[[QYQA'S]]

Friday, January 29, 2010

Kosa Kata untuk anda.Jika rasa tidak tahan ayat skema,jangan cuba-cuba baca.Keberangkalian untuk dapat sakit jantung adalah besar!!!!

Assalamualaikum..
Baik,secara jujurnya,kali ini Qyqa akan menulis secara skema sebetulnya mengikut ejaan yang betul sekali dengan huruf besar mengikut kesesuaiaan..
Harap dapat menerimanya kerana anda akan terbayangkan seorang gadis yang comel sedang serius.

Baik,melalui entri ini(entri adalah perkataan BM,sila rujuk kamus),Qyqa akan menambah kosa kata anda.
Mungkin anda pernah dengar tetapi tidak pernah tahu maksudnya dan mungkin juga anda tidak pernah dengar langsung.


1.liabiliti-bebanan.

Contoh ayat:Masalah penyalahgunaan dadah menjadi liabiliti kepada setiap anggota masyarakat.

2.Vektor-pembawa.

Contoh ayat:"Jika kamu tidak mahu menjadi vektor HIV,jauhkanlah diri dari gejala seks bebas."ujar Dr. Harun kepada Alif.

3.Marcapada-kehidupan.

Contoh ayat:Marcapada kita di dunia ini umpama perjudian besar yang belum tentu untungnya.

4.Inteprestasi-bermaksud.

Contoh ayat:"Anjakan paradigma bolehlah diinteprestasi sebagai perubahan sikap."kata Cikgu Rozaini kepada para pelajarnya.

5.Liberal-lebih terbuka.

Contoh ayat:Sepanyol berani menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan apabila pucuk pimpinan Amerika menjadi lebih liberal.


Baiklah,adakah anda sudah mengantuk membacanya?
Jangan begitu,pembelajaran adalah satu pemahaman yang memerlukan perhatian.Kalau anda mengantuk,bagaimana mahu memahaminya?

Perkataan yang Qyqa nyatakan di atas mungkin tidak banyak tetapi bolehlah anda gunakan untuk karangan BM.Percayalah,semakin banyak kosa kata,semakin tinggi markah yang bakal anda dapat.

Banyak lagi kosa kata yang boleh anda tambah seperti alternatif,era modenisasi,
inspirasi,produktif, rempuhan era globalisasi,ikhtisarnya dan pelbagai lagi.

Nak markah banyak,kenalah bayak istimewanya dalam karangan anda.

Kredit:Cikgu Rozaini untuk pendedahan kosa kata tersebut.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ok!!!!
sudah2lah ye jd skema gitu..
fuhhh!!!!!
sila tarik nafas..
ahahahahahahahahahahahahahaha....
saja jer qyqa nak share amenda diatas tu kat kengkawan.
td cg rozaini yg citer..
dia cakap kebanyakkan karangan budak dalam kelas qyqa tak banyak kosa kata.

cg rozaini janji,kalau dapat A1 BM SPM nanti,dia nak bawa p penang.
segala perbelanjaan ditanggung kecuali,belanja SHOPPING!!!!!!
ha...
sape tak semangat>>???????
dengan memandang wajah cg yg ceria tu,menambahkan lagi keinginan untuk dapat A1 bukan dalam Bm jer tapi untuk semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pesanan:Sila komen menggunakan ayat skema.
Terima Kasih.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Formal katak!!!(bak kata HLOVATE)
He3....
sila terima yang qyqa ada multiple personality..
adious...
wassalam...

6 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haha...
sengal lah anda ini qyqa..
walaumacamanapun,bukankah marcapada itu membawa maksud pada zaman ini?pada akhir-akhir ini?
aku keliru seketika.
betul,betul,betul..
penggunaan kata seerti boleh digunakan dalam rumusan dan karangan..
dan anda pasti akan dapat markah merit.
tahniah.!

eeuuww...pehal cm skema glee nieh?
cm robot pon ade..wakakkakaka...

qyqa PERASAN COMEL.!!!

qyqa said...

oh,awak cik sengal!(ayat terkejut)
benarkah marcapada itu bermaksud pada zaman ini??
hm,mungkinkah saya tersalah dengar sewaktu cikgu mengajar kerana telinga saya boleh dikategorikan sebagai telinga yang kurang upaya untuk mendengar dengar jelas.
Tidak mengapa,nanti saya akan rujuk kembali kepada cikgu.

oh ya,maaf.
tentang ayat gadis comel itu bukan perasan tapi kenyataan.
sila belajar terima kenyataan,terima kasih.

hahahahahahaha...
skema katak!!!!!=p

Cik Siti Wan Kembang Jr. said...

Hatta terdengarlah derapan papan kekunci bergema...menandakan ada puteri yang sudi bersemayam di sini..

Nanda Qyqa, sila belajar terima kenyataan ya! :D

Maka tertulislah apa yang terdetik di hati, mahu sama-sama dikongsi.

Syahadan hanya mahu menyatakan kekaguman akan kesungguhan Nanda Qyqa dalam berkongsi ilmu, memartabatkan tatabahasa Bahasa Melayu bahasa warisan turun temurun kita..

Kendatipun sekejapan cuma, beta berasa bangga dengan Nanda Qyqa atas usaha yang dilaksanakan..

Sukacita beta mahu menasihatkan Nanda Qyqa agar menggunakan Bahasa Melayu baku dalam penulisan Chomelnya Chenta. Hal ini demikian kerana untuk membantu Nanda Qyqa membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat.

Sekalian alam pun bergema, menandakan waktunya sudah tiba, untuk beta berangkat meninggalkan semua..

Semoga apa yang dikongsi di sini sana, dapat dimanfaat bersama...

Arakian, beta memohon diri dahulu. Semoga berjumpa di lain hari.... :)

Maryam Kamal said...

mwahahaha..

kalo nak berbahasa mcm neh,, pengsan dolu sebelum cakap.. ekekeke..

ahax!

qyqa, buat summary sket drp apa yg cik ct wan kembang nun merapu.. akakkaka... :)

cukup panjang x nak cari isi2 pntg? ahax!!!!

:D

qyqa said...

Cik Siti Wan Kembang,patik berasa bangga sekonyong-konyong puteri sudi mencemar duli datang ke sini.

Hamba sungguh gembira mendengar pujian tuan puteri..

Cadangan menggunakan ayat baku untuk novel Chomelnya Chenta mungkin tidak dapat dilaksanakan dek kerana beberapa kekangan.

Hamba sudah menulis novel berkenaan dengan bahasa basah jadi hamba perlu teruskan.

Terima kasih..

qyqa said...

Maryam..
komentar anda memang panjang hingga berbelit-belit saraf neutron saya nak memahaminya.

Summary???
Tidak sanggup!!!!!!!=p