[[QYQA'S]]

Friday, May 14, 2010

CHOMELNYA CHENTA!!18

Keadaan rumah banglo 2 tingkat itu sunyi sepi.Hazrik melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik bacaan.Pintu bilik bacaan itu perlahan-lahan ditolak.Mukanya terjegul ke dalam dan kelihatan tubuh kurus Haji Din sedang enak bersandar di atas kerusi sambil tidur.

Hazrik menghampiri Haji Din.Matanya tertacap pada buku Jangan Bersedih.Buku itu sudah acap kali di baca oleh Haji Din.Hazrik faham dan sangat mengerti mengapa Haji Din suka betul baca buku motivasi yang dikatakan terlaris di Malaysia itu.Pengubat hati.

“Abah..”Bahu Haji Din digoncang perlahan.Tergerak sedikit badan orang tua itu namun matanya masih tertutup rapat.

“Abah..Bangun..”Kali ini goncangannya lebih kuat.

“Lina..Jangan tinggalkan abang Lina..Abang salah.Jangan tinggal abang..”Tangan Haji Din bergerak-gerak.Mukanya juga berkerut-kerut.Hazrik langsung tak terkejut dengan apa yang didengarnya.Sudah acap kali.

“Abah.Ni Ram lah.Bangun.Dah nak maghrib.”

Haji Din membuka mata perlahan-lahan.Tangannya meraup muka.
“Ikram!”perlahan dia melepaskan nafas. “Dah pukul berapa ni?”

Hazrik mengerling jam di dinding. “6.45 petang.”lembut Hazrik jawab.Matanya memanah perlahan wajah Haji Din. “Malam ni kita jemaah kat rumah ye abah.Ram dah lama tak solat dengan abah.”

Haji Din tarik senyuman segaris. “Dah kamu tu jarang balik.Sejak uruskan syarikat abah tu,sibuk memanjang.Dahlah,abah nak mandi.Kita jemaah sama.Kamu imam.Dah lama tak dengar anak abah yang sorang ni baca Al-Fatihah.”dia bangkit.Hazrik Cuma senyum.Menghantar Haji Din keluar bilik dengan pandangan mata.

............................................................................................

Selesai bacaan doa,Hazrik mencapai tangan Haji Din dan dikucupnya dengan penuh kasih-sayang.Haji Din menyandarkan badannya di dinding sementara mahu menunggu waktu isyak.Selalunya waktu-waktu begini di masjid pasti akan diisi dengan membaca surah-surah AL-QURAN.Tapi niat dihati malam ni mahu berbual dengan Hazrik

“Abah mimpi lagi pasal Ibu ya petang tadi?”berhati-hati Hazrik menyoal.Dia duduk bersila menghala abahnya.

Haji Din menghela nafas.Senyuman segaris. “Orang yang buat salah dan tak sempat nak menebus memang akan rasa penyesalan seumur hidup,Hazrik Ikram.”perlahan Haji Din menuturkannya.Matanya terpejam seketika sambil figura Alina,wajah arwah isterinya terbayang.

“Abah jangan fikir sangat.Abah kena jaga kesihatan tu.Risau Ram tengok abah.Doktor Ahmad pun dah pesan kat Ram suruh tengokkan Abah.”terbebel pula Hazrik.Hakikatnya dia memang risaukan abahnya yang sorang ni.

“Patutlah datang.Sebab Doktor suruh.Ni tak ikhlas ye?”sekadar menguji.

“Abah ni.Ram ikhlas lah nak jumpa abah.Lagipun dah nak dekat seminggu Ram tak jenguk abahkan?Ram memang sibuk betul.Encik Razman tu memang buli Ram tau!Ingat dia senior ja Ram hormat dia.”tanpa sedar Hazrik membebel.

Haji Din menggeleng perlahan. “Hidup kenalah kuat.Memang sengaja abah suruh Razman dera sikit kamu.Biar cukup kuat nak kemudi syarikat tu sorang diri.”bahu Hazrik ditepuk perlahan.

Hazrik sekadar mengangguk.

“Abah akhir-akhir ni selalu betul mimpikan Ama dengan Ami.Kamu ingat tak diorang?

“Mana boleh saya lupa adik kembar saya,bah.”perlahan Hazrik menjawab. “Tapi memang tak tahu macam mana dah rupa diorang.Waktu diorang kena bawa lari tu,baru umur 2 tahun.Saya pun kecil lagi.”

Haji Din hanya angguk. “Agaknya kat manalah diorang ye?Mesti dah cantik macam arwah ibu.Abah teringin betul nak jumpa diorang sebelum mata ni tertutup.Teringin sangat.”dia memejamkan mata seolah-olah berfantasi sendiri.

Hazrik mendiamkan diri.Jauh di sudut hatinya sedikit berkecil hati seolah-olah Haji Din tak menghargai kehadiran dirinya disisi.Masih lagi teringatkan sikembar yang entah dimana kedudukannya.Tapi dia sedar,naluri seorang ayah pasti akan merindukan anak kandungnya yang dah terpisah bertahun-tahun lamanya.Dan dia pula,hanya sekadar menumpang kasih Haji Din dan Alina yang sudi membelanya sebagai anak walaupun pertalian mereka sebenarnya hanyalah sekadar menakan.

“Kamu tak kecil hati kan Hazrik setiap kali abah sebut pasal diorang?”seolah-olah memahami apa yang Hazrik fikir,Haji Din bertanya. “Kamu jangan lupa,sebelum kami ambil kamu,kami dah pernah ada Adam tapi meninggal.Kuasa Allah,kamu pula lahir dan ibu bapa kandung kamu meninggal dalam kemalangan sewaktu kamu baru berusia sebulan.Kami ambil kamu dan ibu susukan.Jadi kamu faham kan,kamu dengan Ama Dan Ami dah macam saudara kandung sebab berkongsi susu ibu.Jadi mereka tu adik-adik kamu.”Haji din mengingatkan kembali.Hazrik Cuma terdiam.

Perlahan-lahan kedua belah tapak tangannya melekap ke atas belakang tangan Haji Din. “Abah.Ram janji.Ram akan pastikan sebelum abah tutup mata,abah sempat tengok diorang.Kalau bukan dua-dua pun,Ram janji akan bawa salah seorang.Ram janji bah.”Hazrik berkata penuh semangat.

“Terima Kasih Ram.Terima Kasih.Abah sayang kamu.”

..............................................................................

Aku sedikit tersentak bila dengar ketukan dipintu bilik.Loh..siapa pula yang datang menggangu ketenteraman hidup aku ni?Jangan kata mamat mafia berasma tu udahler.

“Mak!”buat muka terkejut.Pekehelnyer Che Nah duduk depan pintu ni? “Masuklah mak.”aku senyum.Mak ni pelik aje gayanya.Macam James Bond nak masuk rombongan Che Kiah.Ala-ala misteri berlawak gituh.Hamboi!Siap bawa kotak besi sebesar kotak tisu.Kot ye ada duit syiling RM 1 yang tak boleh diguna lagi tak?

“Anak mak ni dah kahwin.Mak nak bagilah benda ni.”terus tak bermukadimah,mak terus jer hulurkan kotak besi tu.Aku yang baru nak duduk dibirai katil,terus tak jadi bangun pergi ke arah mak yang duduk di atas kerusi panjang.

“Apa dalam ni mak?”aku goyangkan kotak besi tu.Keletung-keletang.Udah!Kan betul dalam ni ada syiling RM1.Mak ni suka jer nak buat lawak.

“Buka ajalah.Jangan nak goncang-goncang.”mak muka serius.Aku pula terbeliak mata.Mak serius?Tanpa lawak?Ni ada aura pelik.

“Rantai?”terkejut.Rantai platinum silver yang terukir nama aku.Bila masa mak tempah?Ukiran dia memang cantik.Berkelas tinggi.Betul cantik.Seumur hidup aku tak pernah nak pakai benda mahal macam ni.

Mak angguk. “Ambillah.Jangan hilangkan.Rantai ni penting.Sangat penting untuk Hana.Mak nak Hana simpan rantai ni.Pakai.Nanti kalau jadi apa-apa kat mak,Hana juga yang senang.”

Aku kerutkan muka.Apa yang mak cakap ni?Berbelit-belit macam nak main teka-teki pula. “Mana mak beli rantai ni?”

“Yang tu Hana tak perlu tahu.Yang mak nak,Hana pakai ok.Janji dengan mak.”

Aku angguk.Terus aku kalungkan kat leher.Betul cantik.Sesuai dengan aku.Tapi rasa macam kad keluar kelas pula,siap ada nama.Hehe.Kad keluar kelas ada ker yang gila mahal macam ni?Siaplah kena ragut setiap kali keluar kelas.

“Cantik Hana pakai.Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?”

Aku angguk. “Terima kasih mak sebab bagi rantai ni.Hana suka.Terima kasih juga sebab turunkan wajah ayu mak ni kat Hana.”aku peluk mak.Walaupun hakikatnya,muka aku memang tak sama langsung dengan mak.Boleh kata jauh berbeza juga.Mungkin aku ikut wajah ayah.Ceh..bajetlah aku pernah tengok muka ayah.Gambar pun mak tak simpan.

Lepas aja mak keluar,aku cuba nak lelapkan mata.Liat betul mata ni nak tutup.Tegar dia!Rantai yang ada kat leher aku belek.Entah apa yang aku fikirkan,aku pun tak dapat nak ekprestasikan.Kusut?Tapi sebab apa?

Akhirnya aku buat keputusan turun bawah.Malam-malam ni layan TV macam syok aja.Kot ada movie.Boleh juga jadi peneman.

Hampir nak melatah aku bila bahu ditepuk.Malaun punya Rizkin!Kacau aja daun orang nak layan 3rd Rock from the Sun.

“Menyebuk!Mana ada aku yang cun ni,dia pun nak datang.”aku berkata perlahan tapi mata masih memanah TV.

Dia yang baru duduk kat sebelah dan-dan toleh kanan.Dari ekor mata boleh aja aku tengok dia buat muka.

“Ni vila nenek aku.Suka hati akulah.Buatkan aku kopi.”

Ewah-ewah.Sesedap biskut Marie aja dia menyuruh.Ingat aku maid Indon ker?Buat-buat tak dengar.Buat-buat tak dengar.Buat-buat pandai.Terus pandang TV.

Pap!

“Auch!Sakitlah!”sukahatitakdakperasaan aja dia tepuk peha aku. “Awak ni kenapa?Ada hutang ker?”tajam mata aku tengok dia.

“Yelah.Aku suruh kau buat kopi,asal buat dungu aja?Tolonglah buat.”perkataan tolong tu sedikit merayu pula nadanya.Aku tarik senyuman.

“Haa..lain kali kalau nak suruh saya buat sesuatu,gunalah suara yang lembut macam tu.Barulah teringin saya nak buatkan.Tunggu kejap.”aku bangun menuju ke dapur.

Tak sampai 10 minit,kopi dan milo dah sampai kat ruang tamu.Kopi bertukar tangan.Masing-masing menikmati minuman dengan suasana yang senyap yang hanya ditemani suara dari TV.Ceh!Rasa macam seram pula.Duduk berdua aja dengan Rizkin kat ruang tamu ni.Lampu kat sini tak buka.Harap lampu dari TV dengan kat tangga ajalah.Apasallah tak bijak aku ni pergi buka lampu tadi?Lam-pi lah kau ni Hana.

“Kopi kau sedap.”suara Rizkin memecah sunyi.

Kaget.Puji aku? “Err.Terima kasih.”

“kasih diterima.”dia condongkan badan ke arah aku sambil goyangkan kening.Loh..ni apasal pula tetiba tukar mood jadi romantic man ni?Janganlah nak test romantik kat sini.Naik segala bulu!

“Janganlah cuak sangat kau ni.Aku baru buat suara romantik dah muka cuak semacam.Tu belum aku buat benda lain.Lawak!Agaknya macam manalah kau dating dengan pak we ek?Cerita sikit.”aura Nas Ahmad dah keluar.Nak cerita ker?Tak aibkan diri sendiri ek kalu cerita.

Perlahan aku geleng kepala.
“Saya tak pernah dating lah.Pak we pun tak pernah ada.”

Mata dia bulat. “Tipulah!Takkan kau tak ada pak we?”

“Betullah.Saya tak pernah ada pak we.Kenapa tak percaya?Ha saya tahu kenapa,sebab tak kanlah awek cun macam saya ni tak ada mamat gatal nak kan?”aku buat andaian sendiri.Berapa kali aku nak angkat bakul sendiri ni?

Dia ketawa kuat.Lawak ker?
“Bukan.Sebab awek perasan macam kau ni selalunya laki gatal suka.”

Amboiii..kutuk aku memang pandai.Huh.
“Hurm..Saya memang tak pernah nak lovey dovey couple ni.Tak ada pak we nak pandang saya.Waktu zaman sekolah memang saya gemuk gila.Pernah berat saya sampai 85 kg tau!Bayangkan betapa montelnya.Sebab itulah Ayob panggil saya molen.”dengan sekali memek muka aku bercerita.

“Eh..gemuk betul!”

“Tahu tak per.Kalau awak tengok gambar saya wajik tak percaya tu saya.200 peratus beza.Tambah saya tak pandai nak tempek-tempek make up.Melalui pemerhatian saya,seseorang awek tu ramai orang minat bukannya sebab dia baik pun tapi sebab dia cantik atau gedik.Kalau tak cantik pun tapi kalau tempek bedak berCM tebalnya,cantik juga kan?”

“Dah fitrah manusia suka benda cantik.Habis tu macam mana kau boleh kurus macam ni?”Rizkin semakin minat nak tahu.

“Terima kasih pada demam panas!Alhamdulillah.Lepas seminggu SPM,saya terus demam panas.Seminggu tak kebah!Lepas elok demam,berat jatuh 15 kg.Gila tak gila waktu tu.Makin lama berat saya makin kurang sampailah sekarang.Awak tahu,waktu ambil slip SPM tu,ramai nganga tak percaya.Saya apa lagi,bang..”gaaaaa...selebihnya aku sambung dalam hati bila perasan Rizkin tenung aku macam nak telan.Gulp!Berapa lama dah dia tengok macam tu?Macam tak pernah tengok perempuan aja gayanya.Janganlah nak bagi panahan asmara ker asrama.Aku tak mau!

“Awak ceritalah pasal awak pula!”aku tolak lengan dia.Dia Cuma senyum.

“Kaulah cakap.Bila kau cakap muka kau macam arnab.”

“Err,saya kalau suruh cakap memang boleh tapi boleh tak awak jangan tengok saya macam tu.Awak tak nak bukan kalau kita jatuh cinta.”lepas tu aku bantai ketawa kuat-kuat.Nak tutup rasa gugup.Cawan aku bawa ke mulut.Chait!Milo aku dah habis.Bila pula habis?Cover malu.

“Air kau tu aku minum sampai habis.Sedap sangat.Sorry lah sampai kau kena minum angin pula.”buat sengehan tak bersalah.Bi-bi-bila masa dia ambil cawan aku?

Akhirnya aku sengeh ajalah.Nasib baik debaran AF kat dalam hati ni dah hilang.Kut ye betul nak buat debaran AF,panggillah Sarimah Ibrahim sekali.Ni tinggal aku dengan Rizkin.Mau mati kutu aku.

“Okey,sambung pasal kisah saya.Nak tahu,walaupun dulu saya debab tapi saya ada sorang peminat tau.”

“Peminat?”muka terkejut.

Angguk laju. “Yup!Nama dia Abon.”

Dia ketawa. “Apa kes nama Abon?Tak kormesial langsung.Macam pelakon tu aja.”

“Tak baik tau kutuk orang pertama yang minat kat saya.Abon tu nama panggilan dia.Nama penuh dia tak silap saya Ahmad Saiful.Tak tahulah dari mana muncul nama Abon.Dia tak handsome pun plus kurus kering.Bayangkan bertapa kontranya dia dengan saya.Tapi dia pandai.”

“Bila kau tahu dia syok kat kau?Entah-entah kau yang perasan sensorang.”

“Betul.Semua ni bermula bila saya tolong dia.Dia jatuh.Lutut dia luka.Waktu tu form one.Saya yang tolong dia sapu ubat.Ala,waktu tu saya pun hingusan.Tu tak fikir apa.Tup-tap atap,esok dapat coklat.Tiap-tiap minggu mesti ada aja benda yang dia bagi kat saya tau.”macam-macam.

“Sukalah tu ek?”

“Tak juga.Saya kayu.Tak suka bila orang cakap kami couple.Saya geli dengan benda-benda macam tu.Bila jumpa dia saya mesti masam sebab tak mau dia bagi hadiah.Tapi dia tetap bagi juga.Sampai form 3.Lepas tu result dia bagus,dapat SBP.Jadi,kisah tamat di situ saja.”aku hembus nafas.Puh..rasa macam tak cukup oksigen bercerita.Ni macam dah masuk program bacaan malam sebelum tidur untuk baby tua.

“Macam sweet aja cerita kau tu.Tapi tak kan waktu sekolah kau tak minat sesiapa pun?”dia menahan kuap.Dah mengantuk pun nak korek rahsia lagi.

“Minat tu setakat minat ajalah.Alah,budak perempuan mana yang tak jadi seronok bila tengok mamat handsome gelecek bola,lari kat tengah padang,naik pentas and bla bla bla.Normallah kan?Tapi saya setakat minat ajalah.Tak ada pula nak hantar surat I LAP U DENGAN TISU ker hape.Realistiklah.Tak kan muka handsome nak minat minah gemuk.Macam awak cakap,fitrah suka benda cantik.”

Mulutnya Cuma membentuk O.Mesti dah ngantuk tu.

“Saya baru aja nak suruh awak cerita kisah awak pula.Tapi awak macam dah ngantuk jer.Jomlah naik atas.”

Kami berdiri.
“Awak naiklah dulu.Saya nak basuh cawan-cawan ni.”

“Err,Hana.”

“Yup”

“Mana?Bilik kau ker aku?”muka nakal yang mengantuk.

“Gila!”

“Hahaha”

*Exam mid-year.Exam!Help mi goreng basah..huhuhu..

22 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahaa..gatai no hang nie rizkin...
kome nie hana n rizkin,ble nak rasa debaran jiwa nieh?
keme udoh jenuh nunggunnyeee..

exam kau start ble beb??

qyqa said...

haha..
x bole gelojoh..
tu dah berdebar tuh..he3..

selasa lepas aku da stat arab..
pastu sambung plak 20hb ni..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..bykk la kau gelojoh..aku bukan gelojoh..aku nk kasi dorang pahala jee..HAHA..

aku selasa start..isnin aku ade wat persembahan..heheh..

qyqa said...

ceh..
pahala???
hahaha

hari senin ni aku vvip.
x dak buat apa2 pon.
just cuci mata.
aci tak???he3..

buat persembahan apa???

keSENGALan teserlah.. said...

yelaa pahala..HAHA..

heh..tu bkn vvip..tuh P to the E to the M to A to the L A S..!!

aku n dak klas wat sketsa sket n nynyi saja..

qyqa said...

iyalah tu..
he3..

hang jangan nyanyi tau.
kang mau banjir.
kalu btoi sore sedap,
sila anta demo.
he3

keSENGALan teserlah.. said...

haha..tak bley..
nnty kott la demo aku tak smpai kat kau tp smpai kat mana2 syarikat rakaman n dorang nk amek aku jadi recording artis,,susa nek...cita cita aku bkn artis..
HAHA,,

Siti Soleha Yahaya said...

Best...best....
x sabar nak tggu bab seterusnya...

Siti Soleha Yahaya said...

Best...best....
x sabar nak tggu bab seterusnya...

Maryam Kamal said...

Salam.

Qyqa, style menulis makin matured. Macam dah bersedia nak menjadi penulis profesional aje gayanya. :)

Susunan bahasa makin okey! I like it. Nampak sopan dan teratur. :)

Unsur suspens makin banyak. Nak kata klise pun boleh jugak sebenarnya, sebab konflik yang tetiba Qyqa nak 'create' ni macam dah boleh dibaca.. Tapi takpe. Tak boleh nak agak jugak camna konflik yg Qyqa nak buat sbenarnya.

Yang penting, makin best baca CC. Macam baca novel sebenar. Macam baca dari penulis berpengalaman.

Bagus!

All the best babe! Jaga diri. Good luck!

Wallahu'alam.

aqilah said...

mesti hana tu salah seorang dr kembar tu........adik hazrik. apapun, akak follows............

Natasya K said...

mcm dah baik jer hana ngan rizkin. makin gatal pon ader. hehehe :)

Syie said...

best nye citer ni.. harap smpt abis b4 publish.. tp.. lau dh nk publish pn all da best.. gambatte!
tak sabo nk tggu sambungan..(^_^)

eLLa said...

sweeeeetttttt...
suke2..
n gud luck yer

qyqa said...

zatie..

terimalah kenyataan.syarikat rakaman akan lingkup kalau release album hang..haha

qyqa said...

siti soleha..

terima kasih..

qyqa said...

maryam..

hahaha..
terima kasih mak cik maryam!!!

qyqa said...

aqilah..

akak jgn lupa follow..=)

qyqa said...

sweet..

hahaha..
gatai???

qyqa said...

Syie..

Terima kasih..=)

qyqa said...

ella..

terima kasih juga=)))))

Anonymous said...

qyqa.. lame sgt nk tggu sambungn...
nk yg 19... n sterusnye...
plz k...