[[QYQA'S]]

Wednesday, July 22, 2009

motavasi...aku dah sedar ckit!!!!

ASSALAMUALAIKUM...HALOOOOO...

I'M BACK!!HUHU...INGAT NAK KARANG CERPEN TAPI TAK ADA MOOD LOR,HUHU...BANYAK PULAK MOOD AKU KAN...TENGOK KALENDAR...KALAU HARI BERTUAH AKU,MEMANG AKU GEMBIRA SOKMO..HUHU..ADA PULAK KAN??

HARI NI,AKU ADA CERAMAH MOTIVASI KAT KOLAH,PUKUL 3.00 PETANG!!

ALAHAI...KALAU DAH PUKUL 3 TU,FAHAM2 JELAH KAN...MEMANG NGANTUK.KALAU BOLEH BAWA BANTAL KER TILAM,MEMANG AKU BAWA TAW...MULA TU MEMANG MALAS NAK PI TAPI BILA PIKIR BALIK,TAK PATUT PULAK LIAT CAM TU KAN...HU3

NASIB BAIK AKU PI MOTIVASI NI.RUPANYA,YANG BAGI CERAMAH....USTAZ YANG AKU MINAT GILER...

MAKSUD AKU,AKU TENANG BILA TENGOK MUKA USTAZ NI.KIRANYA DAPAT MENENANGKAN HATILAH..CARA PERCAKAPANNYA PULA,LEMBUT DAN MUNUSUK KALBU...HUHU...

KANDUNGAN ISI MOTAVASINYA IALAH BETAPA UNTUNGNYA JADI BUDAK AGAMA..YELAH DAH MOTIVASI NI MEMANG KHAS UNTUK BUDAK AGAMA..

USTAZ CAKAP..BUDAK AGAMA NI UNTUNG SEBAB BOLEH CAKAP BAHASA ARAB WALAUPUN SIKIT..BUDAK KELAS LAIN,TAK DA KEISTIMEWAAN TU...

AKU PUN TERFIKIR,MEMANGLAH UNTUNG TAPI SUSAH NAK BELAJAR ARAB NI TERUTAMANYA BAHASA ARAB TINGGI.NAK BUAT ESAI!!OOOOIII...SUSAH TU...
ELOK JER AKU PIKIR CAM TU,USTAZ TETIBA MENGATAKAN BAHAWA BELAJAR BAHASA ARAB NI SENANG!

SENANG???TAK!!!!

"SEMUA BAHASA DALAM DUNIA NI SENANG..APA BAHASA YANG SUSAH?SEMUANYA SENANG KALAU KITA BELAJAR.KALAU NAK MAHIR BAHASA ARAB...KENALAH SELALU BERLATIH.BIARLAH SALAH PUN,NANTI LAMA-LAMA PANDAI..CAKAPLAH SELALU MA ISMUKA? KAIFA HA LUKA?"

"SEBENARNYA,HARI2 KITA CAKAP BAHASA ARAB..RAKYAT,ASSALAMUALAIKUM,ALHAMDULILLAH,MESYUARAT,MADRASAH DAN LAIN2 LAGI ADALAH CONTOH BAHASA ARAB YANG KITA GUNAKAN DALAM SEHARIAN CUMA KITA YANG TAK PERASAN."

"BETAPA UNTUNGNYA KITA YANG BELAJAR BAHASA ARAB.BAHASA AL-QURAN.KATA-KATA ALLAH YANG TAK DAPAT DITANDINGI.BILA KITA BACA AL-QURAN,SIKIT2,MUNGKIN KITA AKAN PAHAM..BERLIPAT PAHALA BAGI ORANG YANG BACA AL-QURAN DAN PAHAM APA YANG DIBACANYA.BUKAN SUSAH."

TULAH ANTARA KATA2 USTAZ YANG AKU INGAT WALAUPUN BUKAN SERATUS PERATUS.MEMANG BANYAK BENARNYA TU....UNTUNG BUDAK KELAS AGAMA NI...TAPI,ADA KEMUSKILAN SIKIT...BUDAK KELAS AGAMA PATUTNYA DILETAK NAMA KELAS ARAB,BUKAN KELAS AGAMA SEBAB YANG LEBIHNYA CUMA BAHASA ARAB.

TAPI DARI MOTIVASI TADI,AKU TAU KENAPA DIPANGGIL KELAS AGAMA.SEBAB...BILA KITA BELAJAR BAHASA ARAB,KITA BOLEH FAHAM AYAT AL-QURAN..KITA BOLEH TAFSIR AL-QURAN DAN TAHU KANDUNGANNYA..BILA DAH TAU KANDUNGANNYA,MAKNANYA KITA TAKKAN SUSAH NAK BUAT PAHALA DAN SEGAN NAK BUAT DOSA...ILMU PASAL AGAMA PUN MENINGKAT KAN??BOLEH PAKAI KER TEORI TU??BOLEHLA KAN...

TAPI BAGI MENENGAH RENDAH...MEMANG PATUT PUN PANGGIL KELAS AGAMA SEBAB DA BELAJAR SYARIAH DAN PENDIDIKAN AL-QURAN SUNNAH...EK...


KESIMPULANNYA KAT SINI...BUKANLAH BEBAN SANGAT NAK DOK KAT KELAS AGAMA...DAYA USAHA JER KENA LEBIH CKIT...MALAS CAM AKU,SUSAH BANYAK!!
TAK PER,AKU DAH SEDAR CKIT!!!HUHU{NAK TULIS SEDAR BANYAK,MALU..HOHO}

WASSALAM...

FF


Sunday, July 19, 2009

PERIHAL HAFAL LIRIK DAN ORAL




ASSALAMUALAIKUM...


Penat jugalah minggu ni sebab banyak tugasan yang nak kena disiapakan.

kerja sekolah,tak payah cakaplah,berlonggok.Cikgu bagi kerja cam dah tak jumpa lain waktu...Huk9..

Tapi.kalau dah pelajar tu,memang peel tu tak boleh nak ubah.Selalu tak siap..

Tapi kalau subjek tu aku minat,memang aku buat.Contohnya,Add mate.aku memang minat giler..

kalau biology...ehem...susah nak cakap,memang susah nak buat...tapi result maintain ok(hu3..)..
Sebenarnya,aku nak citer sikit pasal oral..
teacher aku dah cerita yang dia nak buat oral hari rabu.So ramai jugalah yang merungut sebab tempoh cuma ada 3 hari jer..
Aku cam besalah,relaks jer.Depa dok tanya aku dah cari ker benda yang nak dibuat oral...hehe,aku memang tak cari langsung!
tup tap tup tap,dah hari rabu.Alamak!!Aku tak cari lagi bahan.Nak kena cekik ker ni?Aku minta lah belas kasihan dari kengkawan tolong carikan bahan yang aku senang sikit nak hafal.Tapi semuanya berjela.Cam ner nak hafal?
Akhirnya,otak aku mengeluarkan idea yang sangat bernas...
Aku nak baca sajak!Guna jer lirik lagu LOVE STORY yang memang aku minat giler..Hu3...dengan confident,aku baca jer depan teacher.
Fuh...lepas!!Yang best nya,teacher aku siap selidik lagi tu lagu apa.Nak suruh anak dia cari!!huhu...
yang aku nak cakap sebenarnya,tak adalah buruk sangat kalau kami para remaja cam aku ni(ehem) nak hafal lirik lagu.Ada juga kebaikannya.
Contoh,seorang wanita dapat RM 100000.00 dalam JANGAN LUPA LIRIK!!
banyak tu..ha...tu kan ada kebaikkan..
Tapi sebenarnya,yang terbaik....mestilah hafal ayat2 AL-QURAN..KALAMULLAH..
Jujur,memang kalau jarang hafal,liat benar nk ingat.Tapi kalau dah lekat,seronok sebab kita dah hafal KALAMULLAH.
Nak2 budak kelas agama cam aku ni...Hafal hadis,ayat Al-Quran,memang selalu...
Pape pun...ironinya,semua benda bergantung pada diri ek...betulkan..

.

Monday, July 13, 2009

ITULAH CINTA!!

“Faz…tolonglah aku…Please…I beg you.”Akhil masih cuba nak rayu.

“Tak mau!Idea kau ni mengarut tahap dewa.Aku tak mau!”Aku meningkah.Lantaklah orang lain kat kafe ni nak tengok pun.Ada aku kesah??

“Aku dah tak tau nak cari sape lagi.Kau sorang jelah harapan aku.Kalau kau tak nak,hancur masa depan aku.Sanggup kau tengok kawan kau merana?”lemah kedengaran suara Akhil.Aku berdengus.

“O…waktu kau senang,tak ada pun kau nak ingat kat aku.Bila dah ada batu besar,baru kau nak minta tolong aku.Aku tak peduli,aku tak mau.Bukannya aku dapat apa pun kalau tolong kau.Masa depan kau tak ada kaitan dengan aku walaupun seinci!!”keras suaraku.Lantaklah…dah aku tak nak..

“Aku rayu kat kau….Please…Aku dah tak tahu nak cari sape lagi..Kau je sorang.Please..”ada riak tulus dimata Akhil.Aku menongkat dagu.Teh ais Limau aku hirup dan benak fikiranku berputar-putar.

“Ok..aku tolong.”kata putus aku berikan.

“Yes!!Thanks Faz..Kaulah kawan aku dunia akhirat.Dia meraup mukanya tanda syukur.

“Tapi…”kata-kataku mematikan reaksi gembiranya.”Aku tolong kau sekali ni jer..Aku dah tak mau tolong lain kali!”

“Tak pe…Aku janji.Sekali ni jer.”Dia meningkah.Aku Cuma mengangguk.

“Jom!”Akhil menarik lenganku.

“Kemana pula?”Blur ni..

“Aku nak carikan baju yang sesuai sikit dengan kau.Takkan kau nak jumpa mak aku pakai cam ni.”Akhil memandang aku dari atas.Pe salah ke baju yang aku pakai?Stail aku.Trek bottom,tshir besar dan topi dikepala.kasut…sport shoes la beb!

“Eh…asal sampai nak ubah pakaian aku??Bukan nak jumpa menteri pun.”aku menunjukkan rasa kurang senang.

“Salihah Fazrina oi,kalau nak jumpa mak mertua,kenalah pakai baju elok sikit.Pakai baju kurung,heels and…tudung!”

What??Baju kurung??Heels??Tudung??Oh tak…sume tu tak ada dalam kamus hidup aku!!Merepeklah.”Susah sangat nak girlfriend kau ni.Malaslah aku tolong.Dahlah kena berlakon sekali,Eiii.Sengal tau!”

“Kau dah janji!”Keras kedengaran suara Akhil.

“Tu sebelum kau nak ubah imej aku.Kalau aku tahu memang aku tak hingin.”aku membela diri.

Akhil berdengus.”Tak palah.Senang cite,aku kahwin jelah dengan Milah tu.K bye!”Akhil menapak meninggalkan aku.Alahai,sianlah pulak kat mamat ni.Hm…

“Akhil!”langkahnya terhenti bila nama dia aku seru.Dia memalingkan wajah tanpa mengubah posisi badan.

“Aku tolong kau!”dan secara automatic,senyuman terukir di wajahnya.


“Tinggi sangatlah heels ni.Matilah aku.”Aku berdengus apabila Akhil menyuakan heels 4 inci.Nak mati ker pakai kasut tinggi cam tu?Baling kat anjing pun lari punya.

“Alah…kau pakai kejap jer.Keluar dari keta,masuk rumah,keluar rumah.Then,siap!Pastu,kau bole simpan heels tu,nelah tau pasni nak jadi gadis ayu pulakkan?”Amboi,sedap ngutuk aku!Tawanya pula kuat,ngalahkan perempuan galak.Amoi seller ni,sengeh jer tengok perangai tak cukup hormone Akhil.

Biarlah dia berkeras nak aku pakai heels,aku tetap juga nak pakai kasut yang tak bertumit.Akhirnya,kasut flat yang aku dapat.Kira oklah dari heels.Ingatkan lepas tu dah habis.Rupanya dia heret aku pergi butik pula.Suruh cari baju kurung dengan tudung.

Dia ingat aku tak ada baju kurung ker?Tapi kalu tudung,memang kena belilah.Sebabnya,aku Cuma ada 2 helai tudung putih.Tu pun dah berzaman,elok buat kain buruk pun.Pandai dia pilih baju untuk aku,baju kurung biru dengan tudung senada.Ada citarasa!

“Penatnya..”aku mengeluh bila kami melabuhkan punggung di atas kerusu pabjang kat mall ni.

“Ai,bukan perempuan tak ada istilah penat ke kalau shopping ni?”Dia menujah..Uh..ada jer..Belum sempat aku nak jawab,telefon bimbit Akhil berbunyi.Diri bangkit menjauhkan diri dan menjawab telefon.Sebentar kemudian,Akhil kembali.

“Abang aku tepon.Dia ingatkan pasal rancangan esok.Nak bawak bakal ‘adik ipar’ dia”Akhil bercerita tanpaku pinta.Siap tekan lagi perkataan ‘adik ipar’.

“Kan abang kau tu tak kahwin lagi,asal mak kau kalut suruh kau kahwin?Nak langkah bendul pulak..Ke ni petua baru?”soalan kulontarkan.Akhil berdengus.

“Ni semua pasal Datin Lina lah, bestfriend mak aku.Konon nak eratkan lagi tali persahabatan,nak berbesan.Masalahnya,anak dia si Milah yang gedik tu nak kat aku.Hish..minta simpang la aku nak dapat bini cam dia.Dah tu,mak aku suruh aku cari calon kalau tak nak kahwin dengan dia.Tu yang aku cari kau.”penjelasan Akhil membuatkan aku seperti burung belatuk.Terangguk-angguk.

“Jomlah balik.”aku hanya mengangguk,bersetuju.




“Ingat…panggil aku Abang and bahasakan diri kau Faz.”Akhil berbisik ke telingaku bila keretanya sudah sampai di rumah ibunya.Alahai,rasa kecut pun ada.Semalam aku sampai rasa tak nyenyak nak tido mengenangkan pertemuan hari ni.Dahlah kena ubah personality aku 100%.Wa…penyamaran besar!!

Aku sebenarnya sangat kagum dengan reka bentuk rumah ni.Memang cantik.Derap kaki kami semakin menghampiri masuk.Tercegat seorang wanita separuh abad di hadapan pinti.Aku yakin,ni mesti mak Akhil.Dengan yakin,aku hulur tangan.

“Assalamualaikum mak cik..Sihat?Akhil salu cerita pasal mak cik.Memang dia bagus..”ha…aku dah bacakan skrip ni.Tapi yang tak syoknya,mak Akhil ni wat muka seposen.Ai,salah ker?Terasa badanku di siku.

“Ni bukan mak akulah!”Lor…patutlah.Aku tersengeh.

“Dah samapi diorang Kiah?”kedengaran suara wanita.Elegen walaupun dah tua.Ni memang kompem Mak Akhil.Dan…aku salamlah…

Mak dia Nampak cam ok jer tapi dalam hati tak tahulah kan?Aku duduk di sofa diruang tamu.

“Angah,panggil Along kat taman belakang,ajak sekali sini.”Mak Akhil a.k.a Datin Saudah mengarah.Akhil hilang dari pandangan.

“Dah lama kenal Akhil?”tu soalan pertama.Aku mengerutkan wajahku.

“Lama tak lama jugalah mak cik”Huhu…dengan penuh sopan santunnya aku jawab.Tak lama,sorang laki separuh abad turun.Ni mesti ayah si Akhil a.k.a Datuk marzan.Cam peramah jer.Aku rasa Datin Saudah ni nak soal aku lagi,nasib baik Akhil dah datang.Belakang dia,muncul pulak watak tambahan.Kacak!Ni mesti abang dia a.k.a Afzan.

“Datuk,datin,makanan dah siap.Jemput makan.”Pembantu rumah mencelah.Dengan isyarat mata Akhil,aku bangun dan membontoti diorang ke ruang makan.

Tah macam mana,kaki aku tersadung kat karpet mewah rumah ni dan badanku hilang imbangan,terhoyong-hayang dan bakal mendarat macam nangka busuk.Tapi,kat mana ada heroin,mesti ada hero!Badanku disambut dan aku di pegang kemas.Bukan Akhil tapi Afzan!Nafasku berkocak hebat taktala mata kami bersatu.Pegangan tangannya di pinggangku seolah-olah mengalirkan arus elektrik tahap 300 mega watt!!Sedeti.Dua deti.Tiga detik.

“Along!”

“Faz!”

Seolah-olah baru bangun dari tidur,kami sama-sama tersentak.Aku pantas menolak kuat dadanya.Pipiku terasa hangat.

Dimeja makan,aku terasa serba tak kena.Dahlah aku memang tak biasa makan pakai sudu,garpu bisau dan bendalah yang lain.Tambah pula mata Afzan yang asyik tenung aku.Ei,bulu hidung aku terkeluar ker?Aku meraba hidung.

“makan pun nak usik hidung?Kalu keluar benda lain,macam mana nak makan?Gelilah macam ni”
Tet!!Tet!!Tet!!Macam peluru berpandu kata-kata Datin Saudah.Hish!Ada jer nak tegur aku.Aku sekadar memaniskan muka.Akhil ditepiku hanya menyiku lenganku tanda amaran dan Afzan….masih senyum!!Aku meneruskan acara makanku.

“Faz…”aku mendongak bila namaku diseru.Yup!!Datin Saudah…”Kalau makan bole tak jangan nak bunyikan segala pinggan mangkuk.Tak biasa makan ker?”wah….ni agak melebih ni…Kalau ikut hati aku nak jer bagi hadiah tapi….hai hati,sabarlah…

Memang Nampak sangat yang Datin Saudah tak berkenan kat aku.Sampai tak terlintas pun di benak hati,limpa,jantung dia nak hantar aku keluar rumah.Cuma pembantu rumah jer yang iring aku.Afzan,aku tahu dia ushar dari tingkat atas bilik dia.

“Aku minta maaf tau.Mak aku memang cam tu”ada nada kekesalan dalam suara Akhil.Pemanduannya masih tenang.Aku sekadar tersenyum.Dahlah,aku malas nak pikir.



Hari ni,entah apa yang aku mimpi,aku boleh pula nak berjalan-jalan kat shopping kompleks.Salunya,berat sangat kaki aku nak melangkah kat lubuk wanita ni.Huhu…tak per,bole cuci mata.
Langkahku terhenti bila bahuku terasa dicuit.Aku memalingkan wajahku dan….kejutan!!Afzan!!Alahai,kenapalah dalam berlemon orang,aku bole terserempak dengan dia?Entah apalah yang dia pikir bila tengok pakaian aku ni.Trek bottom,tshirt n sport shoes.Tudung,tak ada!!
Aku cepat-cepat melangkah mahu meninggalkan dia tapi dia lagi cepat.Paut lengan aku.

“Kenapa nak lari dari saya?”Gulp….Akhil…sorry,tembelang pecah!!


“Awak menyamar?”bulat mata Afzan bila aku ceritakan perkara sebenar.Hurm…aku sekadar memandang Teh O Ais yang ada kat depan aku ni.Ramai pula orang kat kafe ni.

“Saya tolong Akhil jer.Dah dia tak nak kahwin dengan si Milah tu..”aku cuba mempertahankan diri aku.Afzan berdengus.

“Sebab awak tolong Akhil,saya pulak yang kena kahwin dengan Milah,tahu?”keras suaranya.Eleh…tak takut pun.

“Saya rasa elok juga kalau awak kahwin dengan Milah sebab saya sure 100% tak akan ada perempuan lain boleh tahan dengan perangai mak awak tu”dump!!aku pula bagi ayat bek punya…

Dia sekadar tersenyum.Ai,tak marah pun…Ingat aku buat lawak ker?
“Hm…awak bole pula tahan dengan kata-kata mak saya.Kalau cam tu,awak jer lah yang kahwin dengan saya.”Dia mengelip mata.Sungguh!Aku memang terpana dan jantung aku jadi laju cam orang baru lepas lari 1000 km!!Alahai…hati,kuat!!

“Tak hingin!”Berjaya pun aku meningkah.Dia senyum lagi.

“Kalau kahwin dengan saya,awak selalu disambut!cam heroin Hindustan tau..”Wow,ni lagilah buat muka aku jadi panas.Kalau bole,nak jer aku ambik ais dalam cawan ni,letak kat muka aku.

“Dahlah,malas nak layan awak.”Aku bangun.”Kita dah tak ada hal lagi,saya nak pergi dulu.”Aku menapak tapi kembali berpaling bila dia menyeru.

“Salihah Fazrina…nama yang cantik seindah orangnya.Tapi alangkah bahagianya bila wanita yang menjadi hiasan dunia seperti awak bertudung.Lebih cantik dan ayu.Lambang muslimah sejati.”dia mengenyitkan mata.Dan lagi sekali…aku terpana.Kata-katanya meresap jauh ke dalam hati.Betul-betul meresap.Kenapa?Adakah sebab kata-katanya yang berhemah?Atau mungkin…..Ahhhhh….Dan dia….dah menghilang…Biarlah.



Terkocoh-kocoh aku menapak kedalam restoren bila tengok Akhil yang dah bosan menunggu.

“Mamak,teh O ais satu!”Aku melaung.”Kau pe sal?Macam kucing nak beranak jer aku tengok.”Aku melontarkan soalan.Memang Nampak serabut betul mamat kat depan aku ni.Da masalah hormone ker??

“Mak aku nak kahwinkan Afzan dengan Milah.!”

O…mulutku bulat.Ada perasaan sedih.Kenapa?Aku pun tak tahu.
“Lah…baguslah tu,kan kau tak suka Milah.”aku memulangkan paku buah keras.

“Ada masalah besar kat situ!”Dia cakap cam tu,aku kerut muka.Memang tak faham.

“Senang citer,nanti hari Sabtu aku datang rumah sewa kau!”Ha?dia nak datang rumah sewa aku?Mana boleh!

“Aku datang dengan someone.Memang penting.Hari Sabtu jer aku bole citer.”Cam bole baca fikiran aku jer mamat aku ni.

Aku hanya mengangguk.



Hari Sabtu…..
Ketukan di pintu menggangu aktiviti menonton tv.Dengan langkah malas,aku buka pintu dan…..suprise!!!Akhil and….bukan dengan someone tapi dengan many one!!Siap bawa dulang lagi.Pe ni?Paling penting,Datin Saudah dengan Datuk Marzan pun ada..Ni betul-betul cam nak minang!
Dengan kepala yang penuh seribu persoalan,aku jemput diorang masuk.Lepas tu,aku ketuk pintu bilik housemate aku yang lain,nak suruh diorang buat pa yang patut.Sempat juga aku tukar baju yang suai sikit.

“Kenapa datang ramai-ramai ni?”soalan ku lontarkan.

“Aku nak jawab persoalan kau hari tu.”Akhil menjawab.Nak jawab persoalan aku sampai kena bawa rombongan Kak Kiah!!

“Ada masalah besara kalau mak aku nak kahwinkan Afzan dengan Milah.Sebab….”

“Sebab saya Cuma nak kahwin dengan awak…”

Kata-kata Akhil disambut satu suara lain.Pandangan mataku bergerak kearah pintu dan disitu ada Afzan!!Permainan apa ni??

“Maaf ye…ni bukan gelanggang Raja Lawak nak buat lawak.Saya rasa semua ni tak kena.”Aku meningkah.

“Faz…ni semua betul..”giliran Datin Saudah menyampuk.

“Mak cik…saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku kat sini.Tapi…bukan ke mak cik tak berkenan dengan saya?Dan untuk pengetahuaan mak cik,saya bukanlah Faz yang ayu berbaju kurung,bertudung!!Saya tak macam tu!”aku beremosi.

“Faz….mak cik pertama kali jumpa Faz,mak cik dah berkenan kat Faz..Mak cik saja buat cam tu,nak uji Faz…”Datin Saudah berkata.Aku hanya menggeleng.

Afzan menghampiriku.
“Awak tahu…saya pun terpaut pada awak kali pertama jumpa..Tapi,awak milik Akhil.Tapi bila saya tahu awak menyamar,saya seronok sangat.Saya yakin yang awak memang untuk saya!Saya memang suka kat awak!”Seram sejuk aku mendengar pengakuan Afzan.Ye….aku suka!Tak….tak suka!

“Saya tak suka awak!”ego ni.

“Saya sayang awak!”

“Saya tak sayangkan awak!”

“Saya cintakan awak!”

“Saya…”kata-kataku termati disitu.Tak boleh nak sanggah…Entahlah..
Afzan tersenyum.Dia melutut dihadapanku.

“Salihah Fazrina…hati saya tak menipu bila terdetik untuk suka pada awak…Mulut saya tak menipu bila mengaku cintakan awak..Mata saya tak buta bila lihat awak sebagai bidadari saya..Telinga saya tak tuli bila asyik dengan suara awak…Cinta ni saya nak!”Aku betul-betul terharu.Dahlah jadi drama depan orang ramai ni.Yang lain mengangguk-angguk memberi isyarat menyuruh aku menerima.

“Kahwin dengan saya…..”

Aku menarik nafas.”Tapi…saya tak kenal awak…”

“Perkenalan selepas perkahwinan lebih indah.Diredhai dan halal!”dia meningkah.

“Saya tak pakai tudung…”

“Saya akan bimbing awak!”

Dan sekarang…aku memang tak ada alas an…Aku angguk dan…

“Alhamdulillah…”seisi rumah mengucap syukur…



Hm…memang pelik kalau bicara pasal cinta…Ada yang bercinta punyalah lama tapi tak bersatu.Ada pulak yang baru 3 jam 30 minit 30 saat[Ad+Iz]jumpa terus kahwin…Cam aku,pertemuan singkat membawa erti besar bila hati saling bersatu.Hm…memang perkenalan selepas kahwin lebih indah dan yang paling penting diredhai ALLAH..
Doakanlah aku,Salihah Fazrina akan berbahagia selama-lamanya bersama Afzan Aklil.Amin…

Lupe plak…Akhil dengan Milah cam ne ek??Ok gak kalu depa menjadi…Huhu….Sebenarnya,depa tu nikah selepas aku dengan Afzan naik pelamin…Hek eleh Akhil…kata dulu tak mau kahwin dengan Milah….Ni,dia pula yang gila baying…haha…Tulah CINTA!!

Friday, July 10, 2009

FANTASI CINTA 2

Selepas kenyang makan malam,aku,Leha dan Syura duduk berehat di ruang tamu.Lauk malam ni memang A lah.Lauk asam pedas dengan sayur kubis goreng.Habis lauk-lauk kami bertiga kerjakan.Mestilah sedapkan….dah aku yang masak.Huhu…
Nak diharapkan si Leha yang kerja akauntan ni,masak kari jer lah yang dia tahu.Al-maklumlah,anak mami.Tapi yang peliknya,cakap tak ada pulak gaya mami jarum.Elok je guna bahasa Malaysia yang standart.Nak cover kot…haha…
Yang si Syura,lagilah tak payah suruh.Balik-balik telur je yang dia masak.Agaknya kaum telur ayam pun dah hafal muka minah ni.Nak suruh masak benda lain,kirim salam 1000 kalilah..selama duduk serumah dengan diaorang,aku dah boleh hafal perlakuan zahir dan batin diaorang ni..
“Asal Fyra tak makan malam dengan kita hari ni?”Syura menyoalku.Leha yang tadinya sibuk membaca turut memandangku.
“Pergi keluar dengan Ashraf.”pendek aku menjawab.Mataku masih melekat pada kaca Tv.
“Wah…tercapai impian Fyra nak keluar dengan mamat tu kan?Eloklah,sama-sama mata sepet.Anak nanti muka cam Jepun!”Leha galak menokok.Aku hanya tersenyum.
“Tapi kalau dari pengamatan aku,kau lagi cocok dengan Ashraf tu.Nampak ada chemistry.”sudah…Syura dah mula nak merepek.Dia ni,nama je cikgu tapi tak releven!
“Taklah,Isya ni sesuai dengan Encik Hazrim!”Leha membangkang.
“Tak….Ashraf!”Syura meningkah.
“Encik Hazrim!”
“Ashraf!”
Terkebil-kebil aku melihat telatah 2 orang kawan aku yang tak cukup wayar ni.
“Encik Hazrim tu Nampak charming dan lagi handsome dari Ashraf.Dan yang paling penting,dia ada kafe!”
“Alah…tu semua tak pentinglah.Ashraf tu baik….Nampak macam hero jepun!”Diaorang mula meningkah.
“Stop!”terhenti seketika perdebatan diaorang bila aku menjerit.”Ashraf ker Encik Hazrim ker,dua-dua aku tak suka.Tak payah nak jadi match marker aku.Aku nak hero yang dalam mimpi aku jer.”demi mendengar kata-kataku,kedua-duanya menjeling manja.
“Alah…kitaorang nak gurau jelah.Lagipun,antara kita berempat,kau dengan Fyra yang tak ada pakwe.So,apa salahnya,kitaorang tolong tengok-tengokkan.Mana tahu ada yang sepadan.”Syura berkata.Aku sekadar mencebik.
“Yelah….kalau nak harapkan hero yang selalu kau mimpi tu,aku rasa sampai berjanggut pun tak tentu muncul.Mimpi tu kan mainan tidur.Berpijak di bumi yang nyata Isya..”Leha pulak menyokong.La…malaun betul kawan aku ni,tadi berperang ni bercantum nak tembak aku pula.Huh…
“Korang tak faham…Fantasi cinta aku ni tinggi tau.Sape tahu kalau jadi kenyataan.Aku betul-betul jadi puteri…”aku sengaja berkata begitu,nak biar diorang naik angina,haha…
“Yelah…jadi puteri cendana…”Leha berkata..
Tiba-tiba pintu terbuka.Muncul Fyra dengan wajah muncungnya.Kami konfius ni.Dah keluar dengan mamat Ashraf pun,nak monyok?
“Oit…dah kuar dating pun muncung panjang sampai 10 km!”Syura bermukadimah.Dia ni kalau dah cakap tak ada nak pakai insurans dah.
Fyra duduk disebelah aku.”Korang tahu,aku geram giler dengan Ashraf tau!”kami terdiam mendengar kata-kata Fyra,mengharapkan cerita yang selanjutnya.
“tak sampai 10 minit aku jamah makanan,dia dah ajak balik.Bila aku Tanya soalan,dia jawab sepatah.Dia tu betul-betul kakulah.Macam tak ikhlas nak ajak aku keluar.Kalau dah tak nak,buat apa ajak.Nak sakitkan hati aku ker?Eiii…aku geram tahap cipan ni!Harap muka jer handsome tapi….Uh…geram tau!”Fyra menumbuk-numbuk sofa tanda amarahnya yang menggunung…Cam nak wrestling!
Serba-salah pula aku bila dengar pa yang Fyra cakap.Aku sebenarnya yang patut disalahkan.Dah aku yang kenakan Ashraf supaya dia keluar dengan Fyra.Aku bukan apa,aku Cuma nak buka ruang untuk Fyra.Aku tau Fyra suka kat Ashraf tapi mamat tu cam buat-buat buta pula.
“Kau bertenanglah.Elok kau pergi rehat.”kedengaran suara Leha memujuk.Fyra mengangguk dan melangkah lemah menuju ke kamar.

………………………………………………………………………………………………

“Kenapa kau buat Fyra cam tu?Tak baiklah..”Aku terus menerjah apabila kedengaran suara Ashraf dihujung talian.Bolehlah aku gayut dengan Ashraf sebab aku ada dalam bilik dan aku tak kongsi dengan sesiapa pun.Takut pula kalau Fyra dengar.
“Woit,kot ye pun bagilah salam!”Dia menempelakku.Gulp….lupa daa…
“Assalamualaikum..Ha…jawab solan aku tu…”
“Waalaikumussalam Isya oii….Apa yang aku dah buat kat kawan baik kau tu?”kedengaran keras suara Ashraf.
“Tak baik kau layan dia cam tu.Kau dah kuar dengan dia,jadilah gentleman sikit.Ni,buat dia macam patung.Dia sedih kau tahu tak?”aku pun keraskan suara sekali.
“Dah tu,aku bukannya nak keluar dengan dia!Aku nak keluar dengan kau.Yang kau kenakan aku,sape suruh??Jangan nak salahkan aku pula.”kali ni,volume dia lagi tinggi.Uh…rasa sengal ni!
“Ashraf Aqmil….tak kiralah dengan sape pun kau kuar,kau tak bole nak buat macam tu.Orang ada perassaan tau.Kalau kuar dengan aku ke Fyra ker sama jer.Tak ada bezanya.Jangan kau nak pilih kasih pulak!”aku mula meningkah.
“Yaumul Alisya…aku ada hak untuk pilih dengan sape aku nak kuar.Dah kalau aku yang nak kena jaga perassaan orang lain,sape yang nak jaga perassaan aku?Kau??Kau langsung tak paham aku tau.Aku nak kuar dengan kau…Kau dengan Fyra tak sama ok..Kau special…”Dari mula volumenya tinggi,tetiba jadi perlahan di ayat terakhir..Pelik..
“Special??Aku tak rasa pun..Aku ada hidung,ada tangan,ada kaki…Tak cacat pun…bukan OKU nak jadi special..”aku cuba nak melawak tapi nampaknya tak jadi.Nafas Ashraf kedengaran kencang di pendengaranku…
“Kenapa kau tak mau faham…”lemah kedengaran suara Ashraf..Woit…pe hal??
“Kau pesal ni…tadi marah-marah ni tetiba jadi lain.Hormon tak stabil ke?”tawaku galak.
“Aku sayang kat kau.”terdiam aku demi mendengar kata-katanya.
“Isya….aku cinta kau!”romantisnya suara dia.Gulp.mimpi ke apa?Aku mencubit pipi,memang sakit..
“Dah sah kau memang sakit.Biar aku bawa pergi jumpa dok…”
“Alisya!”kata-kataku terhenti bila Ashraf memintas.”Dengar apa aku nak cakap ni”
Aku terdiam…Dia ni serius ker?Kalau dia buat lawak,ni memang dah lawak tahap dewa sebenarnya.
“Aku sayang kat kau sorang je Isya.Aku memang cintakan kau dari kali pertama kita jumpa.Kau ingat tak hari pertama kau kerja kat kafe,kau tumpahkan air kopi kat baju aku?Sejak tu aku dah rasa ada perasaan kat kau.Selalu sangat aku ajak kau keluar,tak pernah kau nak.Bila tadi kau kata nak keluar,aku memang excited.Tup-tap tup-tap,kau kenakan aku dengan Fyra.Aku tahu dia suka kat aku tapi aku suka kat kau!Kat kau Isya…Yaumul Alisya..”
Aku terpana..Dia serius..Dia suka kat aku…Oh tak…Please lah..
“Weh…aku..aku…”Percakapanku terhenti di situ.Tak tahu nak cakap apa…Oh …
“Tak per.Aku tak suruh kau cakap apa-apa pun.Aku Cuma nak luahkan je.Aku dah lam tahan.Syukur sangat bila dah luahkan..Ok…bye!”
Talian terputus.Lama aku pandang handset yang ada di tangan.Tah-tah handset ni menyamar jadi Ashraf.Eh….aku menepuk dahi meningkah hujah bodoh aku tadi..Tak relevan..
Tak sangka dia suka kat aku.Lebih tepat,CINTA!!!!Oh…susah aku nak interpret apa yang aku rasa sekarang.Pelik dan takut.Pelik sebab Ashraf suka kat aku dan takut kalau Fyra tahu.Dia mesti sedih..Apa nak buat???Diamkan diri!!!
Aku baring diatas katil bujangku….

………………………………………………………………………………………………

Puteri Alisya berjalan bersiar-siar di taman bersama Heronya disisi..Alangkah cerahnya awan seolah-olah merahmati kegembiraan mereka.Jari yang bertaut menambahkan lagi perasaan indah di hati masing-masing.
“Boleh beta tahu siapakah gerangan tuan hamba?”malu-malu Puteri Alisya bertanya.Sang hero memberikan senyuman.Sungguh kacak!
“Puteri Alisya boleh panggil Beta,Putera Arul”
“Tuanku sungguh budiman…”
“Hanya untuk puteri beta yang jelita…”
“Tidakkah molek kalau kekasih tuanku melihat tuanku berjalan bersama beta.Pasti cemburu nanti.Susah nak di pujuk..”Puteri Alisya sekadar menduga.Putera Arul tersenyum manis..
“Tak akan muncul cemburu dihati Kekasih beta kerna dia sedang beriringan dengan Beta.”tersenyum malu Puteri Alisya..
“Ahh tuanku…sengaja mengenakan beta ya..”Cubitan manja dihadiahkan pada Putera Arul.
“Lebih molek kalau dinda memanggil kekanda..Sejuk hati mendengarnya.”merah muka Puteri Alisya mendengar permintaan Putera Arul..
“Kan..”



“Alisya!!!!!!!Bangun!!!!!Dah lambat!!!!”Dump!!badanku terasa berat dipukul.Gempa bumi ker ni??Perlahan mataku buka.Tercegat Fyra bersama bantal ditangannya.
“Isya,dah pukul 9.46 dah.Pukul 10.00 dah nak kena ada kat kafe.Kau nak kena bebel ker?”
Ha?mak……dah lambat!!!!Pantas aku ambil tuala dan bergegas ke bilik air.Baru beberapa saat,aku keluar balik.Fyra buat muka pelik.
“Lambat dah.Tak mau mandi!”terkejut beruk Fyra.Tak sempat dia nak bebel panjang,aku terus masuk dalam bilik.Pakai baju dan yang paling penting….dedorant!!!Entah bape banyak aku spray Rexona,aku pun tak tahu.Tak sampai 5 minit,dah siap….Fyra menggeleng sambil menepuk dahi.Ammah….huhu….




10.05 pagi,sampai pun kat kafe.Fuh…lambat 5 minit.Nasik baik ada skuter pink aku ni.Kalau tak lagilah nahas.Masuk jer kafe…
“Yaumul Insyirah…masuk bilik saya”cam besalah,big bos dah panggil.Kalau aku lambat 5 minit,dia bebel 50 minit agaknya!
Sebelum aku masuk ke bilik Hazrim,aku sempat melihat Ashraf yang sedang mengelap meja.Fyra…pandai dia berlakon,tak Nampak kekok.Bila jer aku melangkah dalam bilik Hazrim,Mataku tertacap pada sorang laki yang berpakaian formal.Sape ni???
“Alisya,ni Encik Mirhas.Peguam.Dia nak jumpa awak.”
Peguam??Nak jumpa aku??Aku ada buat jenayah ker??Sape pulak yang nak saman aku ni…Oh Tuhan…Pe ni…..Aaaaaaaaa…

Thursday, July 9, 2009

FANTASI CINTA 1

Menari-nari Puteri Yaumul Alisya disebuah taman luas di belakang istana.Menyanyi gembira diiringi sang burung seolah-olah tidak ada lansung masalah yang menyelubungi dirinya.Dayang-dayang pula menaburkan bunga mawar merah tanda kegirangan yang amat sangat.

Jika dunia aku yang punya,
Akan ku dirikan sebuah syurga,
Malam tanpa siang,
Untukku bermimpi,
Sepanjang masa tanpa kecewa,
Bertemankan bintang yang setia…

Puteri Yaumul Alisya melompat-lompat dan tiba-tiba badannya terhuyung-hayang apabila hilang imbangan.Hampir-hampir dia terhumban masuk ke dalam sungai yang mengalir di taman.
“puteri!”semua dayang-dayang menjadi cemas dan berlari ke arah Puteri Yaumul Alisya.
Tiba-tiba,muncul hero ditengah-tengah kecemasan yang berlaku.Pantas si jejaka menghampiri puteri dan menangkap pinggang Puteri.Rapat…..agar puteri tidak jatuh ke dalam sungai..
Sedetik….Dua detik….Tiga detik….Lama mata mereka bertaut….Nafas seolah-olah bersatu,masa seolah-olah terhenti,bunyi tak kedengaran.Hanya hati mereka berdebar hebat.
“Puteri tak apa-apa?”lembut suara sang hero.

“Kanda sudah menyelamatkan dinda….”

“Takkan ada hati yang sanggup melihat puteri jelita merana….”sungguh romantic suara sang hero.Matanya memanah tepat ke mata puteri.Jarak wajah mereka sangat hampir dan begitu hampir.
Sang hero merapatkan wajahnya lagi dan lagi dan lagi……sikit lagi…..




“Yaumul Alisya!”tepukan di bahu mengejutkan aku.Aduh!Kacau daun betullah minah mata sepet ni.Aku baru nak capai klimiks mimpi aku,dia dah kacau daun!Aku bangun dari pembaringan dan menghadap Fyra.

“Kalau kau tak kejutkan aku tadi,dah tentu aku tengah syok dengan hero aku taw!”

Fyra tersengeh.”Kau tu dari tadi tidur kat surau ni,bila masa nak solatnya?Kejap lagi dah nak sambung kerja balik.Kalau lambat,nanti bos kesayangan kau tu bagi ceramah FOC plak.Malas aku nak dengar!”

“Aku cutilah!Kau tahu,aku asyik mimpi hero yang sama jer tau.Boleh dikatakan setiap hari.Muka yang sama dalam scene yang berbeza.Macam tak logic kan?Benda tu jadi petanda pe ek?”mata Fyra membulat.

“Orang yang sama?Hm….tak pernah pulak aku alami perkara macam tu…Mungkin juga bakal soulmate kau kot..Biar aku teka sape,Encik Hazrim kan?”ketawa Fyra galak kedengaran.Aku berdengus.

“Kalu bos kita yang kuat membebel tu,baik aku tak payah nak mimpi pun tak apalah.Buat sakit jantung,paru-paru,hati aku jer kalau mimpi dia.Hero aku ni berganda-ganda handsome tau.Kalah Salman Khan!”

“Yelah tu.”Fyra mengalah.”Jom lah balik Kafe.Waktu rehat dah nak habis.”Tanganku ditarik.Aku bangun dan mencapai kain tudung.

Jarak antara musolah ni dengan Kafe tempat aku dan Fyra kerja,memang dekat.So,setiap kali rehat kitaorang akan datang kat sini untuk solat ataupun berehat.Jalan kaki jer.Jimat minyak,kurangkan lalu lintas,dapat bakar lemak and selamatkan bumi.

“Yaumul Alisya,ikut saya ke bilik !”
Wo!Aku baru satu kaki masuk dalam kafe ni,dia dah seru nama aku?Alahai bos….Fyra sempat memberikan jelingan.Tak yahulah maksud jelingan dia tu apa.Samada nak menyakat ataupun pesanan hati-hati.Yang pasti,tekak aku loya nak menghadap bos aku yang handsome a.k.a muka tak ada perasaan tu.Satu jer yang ada,minat nak membebel macam perempuan.

“Kenapa Encik?”aku bertanya selepas melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapannya.Dia memang tak suruh tapi aku nak duduklah juga.

“Saya tak suruh duduk pun.”Gulp!Ek eleh….

“Ada kerusi,memang untuk dudukkan.”tersengeh aku menjawab.Hazrim cam biasalah,buat muka toya dia.”Kenapa Encik panggil saya?”terus kepada point,lebih selamat…

“Hm…baru tadi ada costumer telefon,mengadu pasal awak.Dia cakap awak kurang ajar.Layanan awak teruk.Apa kes?”Hazrim bertanya dengan nada yang serius..

Ha?kurang ajar??Setahu aku,aku memang A dalam bab-bab layan pelanggan ni.Tak ada pula nak kurang ajar ke apa ker.Ni fitnah ni.

“Jujur saya cakap Encik Hazrim,saya rasa tak ada pun saya nak kurang ajar dengan sesiapa.Lagi pun Encik sendiri tahu kan yang saya memang ambil berat pasal pelanggan”aku membela diri.

Hazrim bangkit dari kerusi.”He said that you disturb his personal”
Dah keluar dah bahasa Ibunda celup dia tu.Otakku cuba mengerah memori untuk mengimbas kembali.Personal??Ya….aku tahu….hari tu




Aku duduk di meja hujung kafe.Penatlah,dari tadi ramai pelanggan yang datang.Ingat nak rehat kejap.Aku menangkup di meja.Tak sampai sepulah nadi berdenyut,bahuku di tepuk.Memang kacau daun lor….Aku mengangkat wajahku.
Mulut Fyra terjuih-juih.Aik,sejak bila kawan aku ni jadi sawan??Cam orang tak cukup wayar je.Penat sangatlah tu.Kesian dia.
“Cuba tengok couple kat meja sana.Overlah!”aku memandang pasangan yang ditunjukkan oleh Fyra.
“Ingat ni disko ke nak main sondol-sondol?”suara Fyra tidak senang.Badan yang penat tadi tetiba je semangat.Aku bangun dan menapak kearah pasangan tersebut.Aku berdehem.Tak ada reaksi!
“Boleh tak jaga adab?Ni bukan Disko..”nak tak nak kena juga cakap kalau tak aku pun dapat juga saham dosa diaorang nanti.Si lelaki bangkit.Dia memandangku dan memegang tag namaku.
“Alisya!I’m your costumer and I always right.So,let me do what I want.Just stay away from us!”Wow,speaking pulak..
“Encik misteri,menjadi tanggungjawab saya nak tegur awak.Ni tempat makan bukannya tempat ngap!Fikirlah sikit guna otak”aku sudah mula mengeluarkan ayat kesedaran.Pelanggan di kafe memerhati kami.
“Should I slap you?”sinis.
“Berani buat!”aku mencabar.Aku takut sebenarnya.
Dia memang nak tampar aku tapi nasib baik makwe dia tahan.Blah terus….



“Okey…saya dah faham sekarang.Memang patut awak tegur tapi biarlah berhemah.Jangan cepat nak naik darah…”Hazrim menasihatiku.Kalau bos dah cakap,kenalah angguk-angguk.Tak boleh nak geleng-geleng.
Selepas aku di basuh,barulah aku boleh keluar.Walaupun bilik tu ada air cone tapi macam kat gunung sahara!Fyra sibuk bertanya.Malaslah pulak aku nak cerita.
Ashraf menghampiriku.Ni sorang lagi pekerja kat kafe ni.”Kau kenapa?Monyok sebakul jer?”ada sisa ketawa di hujung kata-katanya.Malas aku nak jawab.Lah…mana pula si Fyra?Tadi elok je kat sebelah aku,bila Ashraf datang terus blah.Memang dia malu kat Ashraf tu…Hahah…Aku ada idea…
“Kau nak keluar malam ni?”soalan ku lontarkan pada Ashraf.Bebola matanya bersinar.
“Nak!”
“Ok…Fyra,Ashraf nak keluar dengan kau malam ni!”Aku melaung.Fyra tersengeh malu tapi Ashraf mencerlung matanya.Lain nak di pancing lain yang dapat!Hahaha…

Tuesday, July 7, 2009

Kenangan kembali bertaut..


Aduh......Pening betullah dengan kerja sekolah yang semakin menimbun...Rasa macam nak holiday selamanya....Tapi,no way!
Tetiba kepala asyik terbayang kenangan lama dengan rakan-rakan...Rindu giler kat diaorang!Yelah,masing-masing dah berpecah...Sape yang dapat result baik....pergi sekolah yang bes...Tapi,tak bermakna orang yang still skolah kat SMSIS ni tak bagus....cuma tak ada rezeki kan....
Dulu,waktu form 3,memang rasa lain sangat dengan form 4 ni....
Mungkin sebab persekitaran kot...Kalau tension pun,still boleh nak gurau ala kanak-kanak rebina..
Kena bebel dengan cikgu,marah,perli....
Hm....besalah tu....Tapi bila di fikirkan balik,benda tulah yang paling aku rindu...Kami sama-sama habiskan waktu getir untuk belajar...
Gaduh-gaduh tu,memang dah besalah weh...Setakat mengumpat dua tiga bakul,memang dah jadi macam makan nasi tambah....selalu buat!
Tu lah kenangan....nak diputarkan balik,wow mustahil...Yang ada cuma serpihan kenangan untuk diingati.....
Bila dah jadi form 4,rasa macam dah ada misi!Kalau main-main pun,otak still ada big mision...Sekarang pun budak kelas aku dah pandai nak cakap pasal future..
"Aku nak jadi pengapit kau nanti!"
"Kita jadi rakan niagalah ek..."
"Nanti aku bagi kau rawatan percuma kat klinik aku..."
Tulah antara bualan kosong antara kami...Mungkin bualan yang pertama tu nampak macam nonsense tapi sebenarnya besar pengertian...
Apa-apa pun...nanti bila kaki aku ni melangkah kat u...Wajiklah aku akan punya lagi banyak kotak memori untuk dikenangi...Rakan-rakan...Guru-guru...
Hm....selagi hidup,buatlah yang terbaik untuk diri sendiri!