Telekung dilipat.Nafas dihela.Badan dihempaskan diatas tilam yang empuk.Ah..damainya pagi Jumaat ni.Nilah agaknya barakah hari Jumaat.Ada ketenangan.Hari ni nak buat apa ye?Rasanya tak ada apa-apa aktiviti.Mengikut pengetahuan akulah.Tak tahulah kalau ada perubahan.Esok pula ada penyingkiran.
Rasanya minggu ni tak banyak sangat pun aktiviti yang dibuat.Paling berat,3 hari yang lepaslah.Birthday party Rizkin.Huh mafia tu..Buat birthday party macam kanak-kanak jer.Kalau akulah,lebih baik buat doa selamat.Lagi berkat.Ni??Party??Puih..kebaratan betul.Siap ada majlis tari menari,tu yang tak tahan.Tapi,sorry to say..nak menari dengan Hana Humaira’ kena ada lessen dari kadi ler..
Tiba-tiba sengehan dari bibir aku muncul.Rasa nak gelak pun ada mengingatkan hadiah yang aku bagi kat Rizkin.Apa ye yang dia fikir?Huwah huwah..Pada aku,buang duit jer nak bagi hadiah mahal-mahal kat Rizkin tu.Semua benda dia dah ada.Kan elok aku bagi singkok dengan tape yang penuh dengan keinsafan?Tu kira ikhlaslah tu.Aku memang tak harap pun yang dia hargai hadiah aku tu. Hehe..tapi duit lebih yang ditaja tu,aku pulangkan balik kat Sya.Aku takkan simpan punya.Shubhah!
Setakat ni,aku tak Nampak lagilah yang ada songkok dan tape dibuang.Tapi hari tu..
“Kenapa kau bagi songkok dengan tape kat aku?”Rizkin menyoal taktala aku tengah menyebuk tolong mak Jah kat dapur.Mak Jah tak kata apa,diam jer sebab Mak Jah memang dah maklum macam mana Rizkin dengan aku.
Aku buat muka.”Kenapa salah?Kena masuk penjara ker?”sinis.
“Tanya pun tak masuk penjara kan?”Dia pun sinis.Hak enda..nak jugek..Mak Jah dah geleng kepala.
Aku buat gigi arnab.”Tu nak bagi peringatan kat awak.Ala-ala amar makruf nahi mungkar.Songkok tu mercu tanda nak bawa awak kearah kebaikan.Menepati skema jawapan yang awak nak tak?”aku angkat kening.
“And tape?Nak cerita kat aku suara kau sedap?”Dia pun angkat kening.Nak jugek..
“Kalau awak rasa macam tu,saya tak boleh nak buat apa.”aku angkat bahu kanan.”Tapi Allah tahu apa niat saya.Tak terbuka hati ker dengar surah Thaha tu?Sedangkan Saidina Umar yang garang pun boleh jadi lembut…Inikan pula Tengku Rizkin Ajmin yang ala-ala mafia hitam..”
Rizkin mula peluk tubuh.”You want to said that I’m so bad without knowing me well huh?Don;t judge its book by its cover,girl.”
“Yes..don’t judge its book by its cover.Awak boleh pula tuduh saya nak menunjuk suara saya kan..”aku sinis.”Apa-apa pun,tu ikhlas dari saya.Saya tak tahu apa citarasa orang kaya macam awak ni..Tapi saya yakin setiap umat islam menghargai kalimah suci Al-Quran.Kan..”
“That’s right village girl or mean molen?”serentak itu,ketawa Rizkin bergema.Aku bulat mata.
“Jangan nak mengada-ngada panggil saya molen!Nak kena tulah?”aku mengangkat jari telunjukku dan mencekak pinggang.
“Tulah apa ye?Jadi gemuk?”Dia julingkan mata..”Burrrr…kan sweet kalau aku gemuk.Kau pun boleh panggil aku molen..”ketawanya makin bergema.Chait!Haprek punya Rizkin.
“Ye..mandat awak tu sesuai jadi mafia hitam..”Aku berdengus.”Silap juga ye saya sebab tak bagi hadiah baju t-shirt kat awak.Warna pink..sesuai dengan awak..Tukar pula jadi mafia pink!”haha..kali ni aku pula ketawa.Dia pula jegil mata.
“What ever..”Rizkin nada malas.”Oh ye..sepupu kau tu,nice!”
“Wo..tolonglah Rizkin..Ja..”
Rizkin potong.”Apa?Ja apa?”
“Jangan nak dekat dengan sepupu saya!He’s normal man!”
“Cekadak kau..Kau ingat aku apa ha?”
“Awak tu…”
Mak Jah dah garu kepala.”Tengku..Hana..”kami berpaling memandang Mak Jah.”Jangan nak bergaduhlah.Err..air liur tersembur pula karang dalam makanan yang Mak Jah masak..”Mak Jah kenyit mata.Kali ni,aku dengan Rizkin sama-sama jegil mata.Pulak!!
Aku tersengeh.Macam-macam.Dari posisi menelentang,aku bertukar kepada posisi mengereng kekiri.Jujur,aku tak suka sangat kalau Rizkin dekat dengan Ayob..Bahaya..Sangat bahaya..Takut apa yang Hazrik cakap tu betul.
Hazrik cakap Rizkin tu bukannya lelaki normal.Luar memang nampak sempurna.Kaya,bergaya,dan kacak..Ni bukan aku cakap tapi Hazrik ye..Tapi sebenarnya Rizkin tu gay!
“Betul!Rizkin tu gay!”Hazrik menekan sewaktu memberitahu.Telefon aku genggam kuat!Biar betul ni..
“Takkanlah..Dia..Ishk..Awak ada bukti ker cakap macam tu?”aku garu kepala.
“Okey,cuba awak fikir kenapa Rizkin tak bagi awak dekat dengan saya?Sebab Rizkin suka kat saya!”
“Wo..biar betul ni..”aku jungkit kening walaupun memang pasti Hazrik yang tengah cakap dalam telefon ni tak Nampak.
“Awak ingat tak saya pernah selamatkan Rizkin waktu awak tolak dia dalam kolam?”Hazrik diam sebentar.”Lepas saya selamatkan dia,dia macam pelik sangat.Sampaikan nak tahu serba serbi pasal saya!Pula tu selalu tenung saya.Saya jadi rimas tahu..”
Aku telan air liur yang rasa masin.”Dia saja jer kot nak tahu pasal awak..”
“Okey,mula tu saya fikir macam tu juga.Lepas tu saya ternampak sesuatu yang meyakinkan keraguan saya ni.Saya ternampak dia berpeluk sakan dengan sorang laki kat tengah Bandar waktu tengah malam.Tak ker pelik?”
Aku mula berfikir.Betu juga tu.Hurm..”Habis tu,asal adakan program Pilih Kasih ni kalau Rizkin tak berminat dengan perempuan?”
“Tengku Rubiahlah..Dia yang cadangkan sebab risau tengok Rizkin tak ada teman.Tengku Rubiah tak tahu kot pasal ni.Lagipun,Rizkin memang tak boleh nak lawan cakap Tengku Rubiah..”
Aku angguk dengar kata-kata Rizkin.Patutlah selama ni suka sangat cari pasal dengan aku..Rupanya dia memang tak minat perempuan.Wo..tapi chop!!Asal dengan aku jer dia suka cari pasal ye?Entahlah..susah aku nak cakap.
Tapi sejak perbualan hari tu,Hazrik dah jarang nak berbual dengan aku.Dia nampak sibuk jer,aku malas nak ganggu.Dia pun dah jarang nak telefon aku.Nak telefon dia ker ha?Aku pandang handset.Chait!Wayar tercabut tu kalau aku tetiba jer nak telefon lelaki.Huh..tak payahlah.
Aku bangkit.Elok aku turun bawahlah.Melamun lama-lama pun tak ada faedahkan.Baik tolong Mak Jah sebab lagi sejam sarapan.Agak-agaknya sarapan apalah pagi ni.Tapi kalau Mak Jah yang masak memang superb!Vasssst gitu,huhu..
Baju kurung kuning air aku sarung.Tudung warna hitam aku pilih.Hehe..sebenarnya tudung ni dah berapa lama pakai tapi tak basuh.Alah..tudung hitam,tak ada salahnya kalau tak basuh selagi tak ada bau.Hehe.Setelah lengkap berpakaian,aku capai beg telekung dan terus turun kebawah.
Para finalis yang lain belum turun lagi.Cuma aku dan kru produksi jer.Aku kerling Hazrik yang memang tengah tengok aku.Kami bertukar senyuman.Aku duduk disofa sementara menunggu finalis yang lain.Sya yang tengah membaca kertas disisiku sungguh khusyuk.Jam dah pukul 6.00 petang.
Tadi waktu sarapan tiba-tiba jer Tengku Rubiah cakap yang petang ni ada aktiviti.Bacaan doa selamat kat rumah Anak Yatim Warisan Islam.Doa selamat sempena mendoakan pemergian pengetua rumah tu yang nak pergi tunaikan umrah.
Tengku Rubiah yang selalu menderma kat rumah anak yatim tu dijemput dan kata Tengku Rubiah,elok juga kalau aktiviti macam ni disertai kami.Aku okey jer tapi aku dapat agak para finalis yang lain tak berapa nak sangat.Al-maklumlah..Dari riak muka pun aku dah tahu.Zarra,siap tersembur air.Alahai,bukannya teruk sangat pun kan.
Bau haruman yang kuat membulatkan mata aku ni.Aku kenal sangat bau perfume tu.Rizkin..Aku halakan mata kearah tangga.Wow!Aku rabun ker ha?Rizkin pakai baju melayu…warna kuning cair.Sesuai dengan kulit dia yang putih.Bukan warna hitam.Dan yang paling penting…Songkok yang dia pakai.Itu songkok yang aku bagi ker?Eh..tak kot.Tapi rasanya ya.
“Aku handsome sangat ker ha?”tak sedar Rizkin dah terpacak kat depan aku.Aku dongak.Sya buat tak tahu jer.
“Boleh tahan ye bila mafia hitam pakai baju melayu.Macam nak pergi nikah!”aku nada buat muka.Rizkin ketawa.
“Yes molen!Memang nak pergi nikah.Ha…”matanya bulat tenung aku.Pe kes?”Kaulah!Kita tengah sedondon ni!”
Sedondon?Mak aih..betullah tu.Sama-sama kuning cair.Elok jer.”Takkan terjadi..Oh ye,songkok yang cantik..”aku angkat ibu jari.
“Tu cara kau nak Tanya ni songkok yang kau bagi ker ha?”kening Rizkin terangkat.Chait!!!Dia kenakan aku..
“Apa-apalah.”Aku dah buat muka malas.Rizkin tersengeh sinis dan berlalu pergi.Mungkin dia nak pergi dulu kot naik Mercedes sebab dah Nampak Tengku Rubiah,Tengku Hasful dan Tengku Mariah turun.Bagus..dia pergi tak rasa panas sangat.
Elok jer,finalis lain dah turun.Hoooolaaa..pertama kali aku nak cakap diorang cantik sebab diorang pakai baju kurung dan selendang.Walaupun selendang tu tak tutup rambut sepenuhnya,tapi sekurang-kurangnya baju yang diorang pakai tak adalah ‘maut’ macam selalu.
Dan…Sya loudspeaker berkumandang.
“Finalis…..Limosun!!!!”
Selesai solat isya’,acara makan bermula.Tenang betul aku tengok muka pengetua rumah ni.Puan Halimah namanya.Aku ingatkan umur dia baru pertengahan 40-an tapi sebenarnya umur dia dah 55 tahun.Memang Nampak muda.Mesti berkat dia jaga anak yatim.
Aku ambil makanan sikit jer sebab perut aku ni tak lapar sangat.Mataku melilau.Nak duduk kat mana ye?Malas nak duduk kat finalis yang lain tu.Yup!Duduk dengan adik-adiklah.Aku Nampak kat meja penjuru ada lagi 2 tempat kosong.Duduk kat situlah.
“Hai!”aku menegur budak-budak tu.Nampak macam kecil lagi.Ada 4 orang.Antara 5 hingga 8 tahun kot.
Budak-budak tu terpinga-pinga.”Assalamualaikum akak!”serentak mereka memberi salam.Aduh..malu aku.Ada pulak bagi ‘hai’.Hehe..
“Waalaikumussalam.”Aku tersengeh malu.Pinggan aku letak dimeja.”Boleh akak duduk kat sini?”
Semua angguk.Aku duduk.Tiba-tiba Hazrik datang bersama pinggan.
“Assalamualaikum adik-adik abang semua.Abang pula boleh duduk tak?”Semua kanak-kanak angguk.Kini,meja penuh dengan 6 orang ahli.Hazrik duduk kat sebelah aku.Okeylah,tak rapat pun.
Belum boleh makan lagi sebab belum doa.Nak tunggu semua para tetamu dah ambil makanan.Jadi,melangutlah dulu..
“Akak nama Hana,abang kat sebelah akak ni nama Hazrik..Adik-adik pula nama apa?”Aku angkat kening menuju pada budak perempuan yang duduk kat sebelah aku ni.
“Saya Aishah”malu dia menjawab.
“Iman..”
“Khazim..”
Dan budak yang terakhir yang duduk disebelah Hazrik..”Wak Sentul!”dengar jer apa yang dia cakap,seisi meja ketawa.
“Eh,betul ni nama wak sentul?Nak panggil apa?”Hazrik masih bersisa ketawa.Budak ni Nampak nakal.
“Nama dia Irham..”Khazim bersuara.Aku dan Hazrik Cuma tersengeh.
“Kenapa tak makan dengan pihak produksi?”Aku bersuara perlahan pada Hazrik.
“Kenapa tak makan dengan finalis?”Soalan aku dijawab dengan soalan balik.Aku buat muka,okey..nak kenakan akulah tu.
“Nanti Rizkin marah kalau awak makan dengan saya..”aku ketawa mengusik.
Hazrik cebik.Tak sempat dia nak jawab,kedengaran doa dibacakan.Kami semua menadah tangan memohon berkat.Amin..dan ngap!!!
Alemak..air aku dah habislah.Tulah,tabiat makan sulam air!Nasib baik perut tak boncit.Aku bangkit bawa gelas menuju ketempat air.Elok jer aku sampai,Rizkin pun ada sekali.Hek eleh,dia pun nak jugek ambil air.
Rizkin merapati aku.Wow,janganler nak melebih.
“Apasal kau dekat dengan Hazrik ha?Kau tak ingat ker apa yang aku cakap hari tu?”Keras nada Rizkin.
Aku kalih muka kekanan menghadap Rizkin.”Bukan saya yang datang dekat dia tapi dia yang datang dekat saya.Jadi,jangan nak marah saya!Kalau sayang sangat kat Hazrik tu,angkut dia jauh-jauh lah!”aku dah mula laser.Aduh..rimas tahu tak.
“Sayang mendanya kau ni?Jangan nak merepek!Kau tolong jauhkan diri dari Hazrik tu!Aku tak suka..”Rizkin masih lagi keras.Aku hembus nafas kasar.
“Awak pula,tolong jauhkan diri dari saya!Saya tak suka!”Aku pula nada kasar.Kat sini pun dia nak tunjuk kuasa ker?Aku ingatkan kalau dah pakai songkok,elok sikit perangainya.Meluat ni.
Aku dah malas nak cakap dengan dia.Air aku ambil dan terus pusingkan badan tapi..alemak!Sekali lagi!Entah apa yang aku pijak,badan dah jadi tak seimbang terumbang ambing.Nyaris nak jatuh!Air yang kat tangan aku,awal-awal lagi dah tertumpah.Tinggal masa jer lagi aku pula nak mendarat kat lantai ni.
Tapi,aku tak terjatuh pun!Aku dapat rasakan pinggang aku dipaut kemas.Rizkin!Berderu nafasku bila kedudukan kami hampir macam ni.Sekali lagi!Cepat-cepat aku stabilkan badan dan menolak lengan Rizkin untuk merungkaikan ikatan tangannya dipinggangku.Semua mata memandang kami.
“Er..terima kasih!”aku terus berjalan laju kerah meja dan makan tanpa memadang yang lain.Semua tengok tadi!Malu ar..Aduh..lepas ni Rizkin kena minta maaf kat bakal suami aku sebab dia dah pegang aku walaupun beralas.Tapi,fuh..tak per.Gay tak minat perempuan!
Aku melangut sorang-sorang menunggu diluar pagar.Acara dah habis.Dah nak balik pun tapi yang lain masih ada lagi kat dalam.Apalah..Tadi beriya suruh aku tunggu kat luar.Ni,diorang tak keluar lagi.Dahlah aku tercongok sorang-sorang kat luar.Seram??Tak pun…
“Hoi!”puh semangat…Dia ni memang nak aku mati ker ha??Sengeh sengeh..
“Boleh tak bagi salam?”aku berdengus.
“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..”
“Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarokatuh..”nah..aku pun jawab panjang.
“Kau pekes?”
“Kes apa?”aku cebik.”Kenapa suka sangat nak cari pasal dengan saya ye?”aku angkat dagu menanya.
“Sebab aku seronok dapat kacau molen dari kampung macam kau ni..”
“Tapi saya tak suka kena kacau dengan mafia hitam yang tak berdaulat!”aku peluk tubuh.
“Kalau kau terpilih jadi bini aku,amacam?”Rizkin jungkit kening.Saat tu,aku pandang dia tajam.
“Tolonglah Rizkin.Jangan nak jadi Pak Pandir.Macamlah saya tak tahu yang awak tak minat perempuan!”Aku menekup mulut sepantasnya.Alemak..aku dah terlanjur kata.Hazrik dah cakap jangan nak memperbesarkan apa yang dia cakap hari tu.Mati aku.
Mata Rizkin dah mencerlung.”Apa kau cakap?Ulang sekali lagi?”Kali ni Rizkin dah dekat dengan aku.Aku telan air liur.
“Err,maksud saya..awak tak minatkan perempuan kampung macam saya..”huh,temberanglah sikit.Sunat!
“I heard what you said just now..Kau memang nak cakap aku ni gay kan?Sebab tu kau tak bagi aku dekat dengan sepupu kau kan?”
Yup!Memang tepat sekali Tengku Rizkin Ajmin oooi..
“Eh..mana ada!”
Rizkin berdengus.”Blah!Aku tahu,mesti Hazrik yang buat cerita kat kau kan?”
Aku telan air liur lagi..Macam mana ni?
“Suka hati awaklah.Malas saya nak layan.Oh ye,mana diorang yang lain ni?Dari tadi tak keluar..”aku cuba mengalih topic perbualan.
Rizkin tarik muka.”Jangan nak ubah topic okey..”Jari telunjuk Rizkin naik.”Aku nak kau jangan pikir yang bukan-bukan pasal aku!”
“Aaaa…”
Baru akau nak buka mulut,terbantut bila sebuah van hitam berhenti tepat-tepat dihadapan kami.Tiba-tiba,keluar 2 orang serba-serbi berpakaian hitam dengan topeng sekali.Huh,ni apa kes ni?Aku pandang Rizkin,Rizkin pandang aku.
2 orang hitam tadi menghampiri aku dan Rizkin.Mulut kami ditekup cepat.Aku cuba meronta namun gagal.Rizkin pula cuba nak melawan tapi pergerakan orang hitam tu lagi tangkas.Penyudahnya,kami tewas dan diangkut masuk kedalam van.Apa ni?Apa yang berlaku?Aku dah tak ingat apa bila perlahan-lahan mata aku tertutup rapat dek kerana chloroform.
*Hai kawan2…okey,
Bermula episode ni,nak bagi kawan2 semua buat pilihan.
Untuk episode ni,anda ada 2 pilihan.
a)Rizkin dan Hana memang betul-betul diculik
b)tak kena culik pun,wakenabeb jer,huwarh2..
Pilih jangan tak pilih.Undian tertinggi akn dipilih.Oh ye,dah pilih jangan lupa komen sekali..Cayang semua=)
33 comments:
org pilih b... haha
A... nnti spnjg kne culik tu bia la dorg knl antara stu sme lain...
huhu
nak A...bleh knl2..hehe
Sy plh A
sya plih A...
ak pilih A.. biar tul2 kena cilik bru best.. boleh diorang rapat skit.. nape lah hazrik ckp rizkin 2 gay.. kot ye pun jealous,guna lah cra len..
b..
saye nk b...
b la..
b..b..b..b..
of coz b...
b....
ha3...sy plh B...
a!! mne la tau tibe2 ada bibit cinta. huahuahua.. mesti rizkin hensem pkai baju melayu kn??
waaaaa..
gay????huhu
nak A..mne lah tw
bleyh wat d0rank
fall in luv!
'__'
wa..ni sume anonymous yg plih b ni org yg same ker???huhu..
wa,ramai nak bt diorang fall in love yei???
huhu..bgus bangat loh,kte tgk undian yg akan dtg..
hana...rizkin memang handsome ble pkai bj mlayu..
bygkan jer kamal adli,huweh2..
Salam qyqa.niza nak pilih A biar diaorang jth cinta...knl sama2..hehe..GAY mmg over sgt..
sy nk A!!!!
kita nak b!
kena culik betul2 tapi Tengku Rubiah yang plan
ahaks...
qyqa...b tau.
btw kamal memang hensem. haha
b jgk
mudah sukses dan tetap semangt semoga berkunjung jg ke blogger saya
hurrmmm..
tataw nk pleh nieh..
hurrmm..
kalo A,,time dorang kene culik tuh,,ley la kenl satu sme len..beromantik2..haha..ley caring2..n depend each other..
tp cm thrill sgt la plak..
kalo b,,besh gak...
takesah la ape pon..tp nk dorang fall in love n kuch2 hota hai..
haha..
smbung2 cpt..
nk aaaaaaaaaaaaaaa.....ok...kalo b,xmo r..heee......
ramainya nak a..
cik gadis kg separa bandar,hana,fzm2,niza,insyirah,n anonymous
he3..kte tgk yg len plak,huhu..
yg nak b pon rmai jg..yunix n ajwa pula nak b..
anonymous pun ramai gak nak b..
cik zatie kte plak kat tengah2..
pasni qyqa kne tgk plak komen kat penulisan2u..
nak tgk ramai a ker b..
kte tugu..
nak A..br la bes...
bg diorg rapat.... ;)
kita vote utk A la:)
nk A!!!!!!!!!!!!
Cik Qyqa,
Harus B!
=D
A laa. Biar pjg sket citer. Pastu wat diorang kene culik sbb ader sorang minah yg tak puas hati sbb tak dpt masuk Pilih Hati dan dier nak culik Mafia tu sbb nak kawen lari.
Amacam ader best?? :D
Kalo A, mesti jadik panjang.. Pastu kalo kat penulisan2u nak jadikan chomelnya chenta nih novel, mesti kena baca kat buku da...
Qyqa, B would make yr story simple. A would make yr story trouble. Hoho.. (ketawa jahat!)
Rasa macam nak A la pulak.. =D
vote for A.. =D
rsenyer cam b..
x pown..just rncgn mafia hitam je kot...
Post a Comment