[[QYQA'S]]

Friday, March 19, 2010

CHOMELNYA CHENTA!! 16

Mak ah..Apasallah pulak tak boleh nak tidur ni?Aku pantas bangkit dari pembaringan dan hidupkan lampu tidur.Jam disisi aku kerling.Dah nak pukul 12.30 pagi tapi mata aku ni tak reti-reti nak tidur?Tekak pun rasa dahaga sangat ni.

Oleh sebab dah tak tahan betul,aku bangkit menuju ke pintu.Ingat nak turun bawah,teguk air sikit,mesti lega.Baru jer aku keluar setapak dari pintu,aku terdengar sesuatu.Langkah orang.Siapa?Rasanya semua dah tidur.Tak kan..pencuri?

Terjengkit-jengkit aku jalan kedepan mencari punca langkah tadi.Bila jer sampai diselekoh koridor,aku nampak satu lembaga yang sedang jalan terjengkit-jengkit.Dah sah pencuri!Dahlah serba hitam.Nak buat apa ni?Jerit?Weh kalau pencuri tu ada pistol,tak ke kena kes naya tu.Ah..Sudah.Ker nak pura-pura tak nampak?Pukul dia!

Mata aku tertacap pada payung yang tergantung.Tangan lebih pantas dari akal,terus capai payung tu dan menuju ke arah lembaga yang tak sedar diri tu.Perlahan-lahan.

Pap!

“Auw..!!”menjerit kecil dia bila batang payung tu kena kepala.Aku jadi cemas,dia tak pengsan.Bila jer dia pusing belakang…Rizkin!

“Hell.Kau buat apa ni ha?”tangannya naik kebelakang kepala meraba kesan pukulan.Mesti benjol tu.

“Err,saya ingat awak pencuri.”

“Kau ingat vila ni reban ayam ker tak ada sistem security ha?Sedap hati jer kau ketuk kepala aku!”keras suara dia tapi perlahan.

“Jangan…”dia menekup mulut aku.

“Cakap perlahan sikitlah.Kang dengar pula ‘mem’ besar,terjaga dia.”

Dia terus tarik tangan aku kembali ke bilik aku.
“Kau tidur cepat,buat macam tak nampak apa-apa!”arahan yang sangat menjengkilkan.

“Awak kenapa macam pencuri ha?Nak ke mana?”melihat penampilan dia dan bau wangi yang semerbak,memanglah dia nak keluar.Takkan nak turun tengok TV kat bawah pakai macam tu?

“Aku nak keluar.Tak boleh bising-bising kang nenek jaga.Nanti dia tak bagi aku keluar.”

“Pergi mana pagi-pagi buta ni?”ayam pun tak bangun lagi,dia dah nak keluar berjalan.Dah tu nak balik pukul berapa?Solat subuh kat mana?Setahu aku yang nak keluar waktu-waktu macam ni,pergi buang masa dan duit kat disko jer.Kat disko tu mengurangkan banyak benda kecuali satu jer,dosa memang meningkat.

“Bukan urusan kau.”

“Ya urusan saya.”

“Blah lah kau.Malas aku nak layan.”dia menuju ke arah pintu bilik tapi sempat aku halang.

“Saya nak ikut!”terkeluar 3 patah perkataan yang aku tak rancang langsung.

“Kau jangan nak cari pasal weh.Kang aku bawa kau keluar jual kat bapak ayam,nak?”

Aku gelak tak ikhlas. “Oh..takutnya.Yang pasti awak tak lah bodoh sangat nak jual nadi untuk mendapatkan harta nenek kan?”sinis.Peluk tubuh.

“Kau..”muka berkerut dan jari telunjuk naik.

“Ker nak saya jerit biar nenek bangun?”kali ni kening aku dah terangkat.Aku memang suka bila dapat gertak mafia ni.Fuuhh.

Dia juga mula dah peluk tubuh.
“Okey fine!Ikutlah.”

Yayayaya!!Hana Humaira’ masih menang okey.
“Tunggu,saya nak tukar baju.”

Tiba-tiba Rizkin sengeh. “Kat sini?”

Oh wah,ini tak betul.
“Saya pun ada bilik air dalam biliklah!”terus aku ambil baju kurung dan masuk ke dalam bilik air.Tak sampai 2 minit,aku keluar dan terus sarung tudung krim,senada dengan baju kurung aku.Siap!

“Jom!”

“Puhhh..”Rizkin muka malas dan tak ikhlas.

………………………………………………………………

“Nak pergi mana?”

“Disko!”dia tenang bawa kereta.

Gulp.Dis..ko??Seumur hidup tak pernah aku jejak kaki kat lubuk tu.Sumpah tak pernah!Mana nak cari disko kat Gerik?Kelebihan tempat yang tak maju macam Gerik adalah,kurang tempat maksiat.Tapi macam ustazah aku kata,nak buat maksiat ni kat mana-mana pun boleh jadi.Syaitan tu tak kenal erti putus asa.

“Takut?”Rizkin bersuara bila aku diam. “Cipta sejarah ek bila gadis berbaju kurung siap bertudung masuk disko.”

Aku tarik nafas dalam. “Kehidupan awak memang dah sebati ye dengan berkunjung ke disko?”persoalan aku lontarkan.Walaupun ayat yang aku ucapkan kedengaran banyak skema,tapi itu soalan yang lahir dari lubuk hati.

Lama dia diam kemudian baru bersuara. “Bukannya apa pun,just nak enjoy.Orang muda.”senangnya jawapan.

“Orang muda patutnya gunakan akal dan kudrat untuk sesuatu yang berguna.Tak salah mencari hiburan.Islam pun bagi kelonggaran untuk berhibur tapi mesti tidak melanggar batas-batas syara’.Bosan?Dengarlah nasyid ataupun lagu.Saya pun bukannya baik sangat 24 jam dengar nasyid,dengar juga lagu Stacy ke Taylor Swift.Tak adalah sampai nak terkinja-kinja.”

Terdengar ketawa sinis Rizkin. “Kau memang bini aku tapi kau tak layaklah weh nak kawal life aku.Tak payah pula nak jadi ustazah.”kereta berhenti di tempat parkir.Dah sampailah tu.Aku menjenguk menerusi cermin depan,tertera nama pusat hiburan.

“Jom keluar.”

“Kejap.Kita berlawan.”

“Apa?”

“Saya bagi teka-teki.Kalau awak menang,awak boleh masuk.Kalau kalah,awak kena bawa saya pergi tempat yang saya nak.Amacam?”

“Hell lah dengan semua tu.Malas aku.”Dia dah mula buka pintu kereta.

Aku ketawa. “Oh..Tengku Rizkin Ajmin bin Tengku Hasful takut nak lawan dengan Hana Humaira’ ye?”

“Kau ni suka betul nak cabar aku kan?Ok,on!”

“Bunga apa yang paling besar dalam dunia?”

“Apa punya senang soalan tu?Bunga Pakma lah.”

“Salah!”

“Apa pula?Betullah bunga tu paling besar.”

Aku geleng kepala. “Bunga ni lagi besar dari kereta ni dan disko yang awak nak masuk tu.”

Dia berdengus. “Amenda?”

“Dah mengaku kalah?”

“Okey,fine!”

Cepat jer aku gelak. “Bunga yang paling besar dalam dunia adalah..BUNGALOW!!!”

“Eh apa pula?”Rizkin tak puas hati.Mugkin rasa jawapan aku tu bodoh agaknya.

“Cuba eja bungalow macam mana?B.U.N.G.A-L.O.W.!”terus keluar gelak besar aku.

“Ceh,kau kenakan aku.”

“Jadi,tutup pintu kereta tu cepat.Hidupkan enjin.Saya nak pergi Dataran Merdeka!”aku sedakahkan senyuman sedekah.

“Menyampah!”

……………………………………………………………………..

“Kamu berdua pergi mana malam semalam?Ker patut nenek cakap pagi tadi?”

Hampir tersedak kopi yang Rizkin minum.Aku pula rasa nasi goreng tersekat kat kerongkong.Nah,ada 4 pasang mata orang yang dah lama meninggalkan zaman muda tengah memanah kami.

Rizkin pandang aku.Apa?Bukannya aku ada skrip nak bagi dia pun.Yang Tengku Rubiah ni pun,sedar pulak dia.

“Hana ni,nak sangat pergi Dataran Merdeka.”

Kali ni,nasi goreng yang dah sampai ke perut rasa nak muntah balik.Dia ni kan,kena balik kat aku.Tak bertamadun.

“Lah,kenapa pergi waktu-waktu orang sedap tidur?”Tengku Hasful menyoal. “Hana?”dia melihat ke arahku.

“Err..Rizkin yang..Auuww!”menjerit kecil aku bila rasa kaki dipijak.Siapa lagi kalau bukan orang sebelah ni?

“Abang..Not Rizkin.”Dia bisik perlahan.

Banyak betullah pantang larang.Aku memangdang Tengku Hasful yang masih lagi menanti jawapan.
“Sebab abang Rizkin yang ajak waktu tu.Abang cakap waktu tu lagi best.Hana pun ikut jer.”Cepat aku capai roti bakar.Wajiklah rasa nak termuntah bila kena cakap macam tu.

Nasib baiklah lepas tu semua orang sibuk makan dah tak tanya pasal hal semalam.Penat den nak buat skrip.

Lepas makan,macam biasa aku akan tolong Mak Jah basuh pinggan dan kemas meja.Lepas siap,Tengku Rubiah panggil duduk di ruang tamu.

“Kamu berdua pergi bersiap.Kita pergi jumpa Zaz,dia nak ambil ukuran badan kamu untuk baju pengantin.”

Kami berdua akur.Tak sampai 5 minit,aku dah turun bawah.Nampak Tengku Rubiah dan mak sedang berbual-bual kat taman.Aiseh laki aku ni,tak turun lagi?Bersolek ke hape?

“Okey,jom!”panjang umur.Dah turun pun.

Perjalanan dari vila ke butik Zaz agak lama juga.Ambil masa dalam 20 minit.Bila jer melangkah masuk..

“Welcome..!!!I ingat you all tak jadi datang.”seorang..eerr lelaki kot datang menyambut kami.Ni pekerja Zaz kot,ker Zaz?

Kami duduk di atas kerusi panjang.Mak,Tengku Rubiah,aku dan Rizkin.

“So,ni menantu Tengku ya?Cantik.Sesuai macam pinang dibelah dua gitu!Ahaks..”dia gelak.

“Memanglah dah menantu aku.Eh,kenapa butik kamu ni sunyi sangat Zaz?Mana pekerja-pekerjanya?”Tengku Rubiah memanjangkan leher.

“Haish.Butik I ni dah maju.Semua pekerja pergi jumpa customer.Entahlah kenapa diorang tu tak nak datang butik ni.Leceh katanya.Because of that,I tinggal sensorang kat sini.”dia bercakap dengan lembut tambah sekali memek muka dan lenggok badan.Nak jer aku gelak tapi tahan,tahan,tahan.

“C’mon Riz,I nak ambil ukuran body you.Baju I dah siap design.Nenek you puas hati.You nak tengok ker?”

“Nope!Kalau nenek dah suka,I terima jer.”Rizkin bangkin dan Zaz terus mengukur badannya.

“Kamu settle kan diorang ye.Aku dengan Che Nah nak keluar pergi spa kat hujung tu.Nak ambil barang.”

Zaz angguk.Tengku Rubiah dan mak terus melangkah keluar.Nenek nak ambil apa?Wah..mak pun dah join pakatan nenek ye.

Sekadar nak mengisi masa sementara menunggu,aku melilau-lilau disekitarnya.Butik ni memang kemas.Tak silap aku Zaz ni macam pernah buat baju untuk artis kot.Sebab tu nenek pilih dia.Selalunya orang cakap idea lelaki lebih kreatif,sebab itulah ramai pereka-pereka lelaki yang berjaya.Tapi yang tak syok bila nak jadi sotong pula.Ni ha calon terdekat.

“Okey Hana your turn!”

“Kejap.Awak yang nak ambil ukuran badan saya?”aku tanya nak kepastian.Boleh kira juga tu soalan bodoh.

“Iyelah.”

“Saya ambil ukuran sendirilah ye.”Yelah,takkan nak bagi Zaz kot.Walupun pada zahirnya dia nampak macam perempaun tapi dia tetap lelaki.Oh tak!Bukan mahram okey nak bagi ukur-ukur badan.

Zaz geleng kepala. “Prinsip I,tak boleh diri sendiri ukur badan.Nanti tak tepat.”Dia diam sekejap. “I know,you segan ek?Okey,suruh Rizkin lah ukur.He’s your husband right?”

Piuh!!!Rizkin?Wargh!!!Tamau.
“Saya ukur sendirilah.”

“Aaa,aaa,aaa.Take this Riz,ukur body wife you.”tali tape bertukar tangan.

“Jangan nak malu pula.”Rizkin kenyet sebelah mata.Hampeh!

“Bahu.”

“Pusing belakang!”aku pusing.Aku dapat rasakan tangan Rizkin tengah mendarat kat bahu.

Lepas tu..

“Lengan.”

“Panjang lengan”

“Dada”

Oh cop!Dada?Tamau.Aku pusing hadap Rizkin.Naaa..ingat senang ker ha?

“Eh cepatlah,dada berapa?”hish Zaz ni,aku cepuk karang!tahu bising jer.Sabar tak boleh?

“Aha,kau jangan nak blusher pula.”nada yang sungguh menjengkelkan!”Pusinglah.Ker kau nak Zaz yang ukur ha?”dia gelak kuat.Zaz pandang pelik.Dia memang tak dengar Rizkin cakap apa sebab perlahan jer.Gelak tu yang kuat.

Okey Hana.Just nak ukur.Relaks.Tak ada salahnya.SUAMI kau juga!
Aku tarik nafas.Rizkin dah letakkan tali tape tu kat belakang yang akan bertemu di depan..Belum pun sempat nak melilit,aku dah terdengar suara nenek dan mak.

“Biar mak saya yang ukur!”terus aku cakap kuat.Ya Allah,kau selamatkan hamba-MU.Syukur.

8 comments:

epy elina said...

hohohooh....
pndai jg hana malu...
hmm....
bila la rizkin 2 jtuh ati kat hana???
x sbr la nak tnggu saat 2....

keSENGALan teserlah.. said...

beb..haha..
pandai kau buat cite kan..
time tgh syok2 nk tgk kegabraan hana n keukuran rizkin,kau kasi mak dan nenek dtg...
haissyyhh,..
pasnih kau suh nenek dan mak suh rizkn gak yg ukur..
kasi can gtuh..ekkekekke..

beb,,nk lagi..please,please..
seblom bukak skola nieh..huhu..
ak taw,,da bukak skola suree2 lme tade n3.hehe..

Unknown said...

hehehe,,,,
sweet,,,,

hana da blushing.....

nk lg,,,

aqilah said...

hahah hana...hana...rizkin pun apalagi ye tak!! suke leeeeeeeeee. nasib baik pembantu heroin tiba tepat pd masanya.............apapun, akak followwwwwwwwww

Ai said...

best2.. nak ag..
hehehe..

Ai said...

best2.. nak ag..
hehehe..

qyqa said...

2 epy:
bilakah saatnya???
tunggu.......

zatie yg-jeles-sbb-aku-lg-cantik:
idea yg menarik tu.
tgk nanti cam ne.=)

miz ruha:
wokeyh!!!!

aqilah:
he3..
bia bt suspen ckit.

aidana:
bole2.
tugu2

intan_aya said...

hahaha....

mmg pandai hana cover malu...

pnjang lagi ke citer nie????
hope x to0 l0ng...