[[QYQA'S]]

Wednesday, December 29, 2010

CHOMELNYA CHENTA 22

Hazrik bermalas-malasan di atas katil bujangnya sambil termenung kearah syiling yang cantik. Satu senyuman terukir tanpa sedar. Dia yakin yang dia tidak silap langsung. Retina matanya masih lagi sihat walafiat untuk menipu dengan apa yang di lihat.

Tadi pagi dia baru turun dari pejabat bangunan majalah ROSE kerana menguruskan hal berkaitan pengiklanan dengan majalah tersebut. Samapai di parker kereta,dia tersentak apabila terpandang sebuah kereta yang amat di kenalinya. Kereta Tengku Rizkin Ajmin. Dan yang pasti,dia tak akan lupa Hana di sisi Rizkin. Walaupun tidak jelas kedengaran apa yang mereka katakan,namun Hazrik yakin bahawa Hana tidak senang apabila Rizkin menyilangkan jari mereka bersama. Apabila Rizkin mengatakan sesuatu,barulah Hana merelakan. Itu pun mukanya masih tak ikhlas.

Hana..bahagia ke dia dengan Rizkin? Gadis sebaik Hana sepatutnya mendapat lelaki yang lebih berganda baiknya dari Rizkin. Dia..sepatutnya kuat untuk menyatakan perasaan kepada Hana tapi berasa terlalu awal ketika Hana masih lagi dalam program bodoh Rizkin-Pilih Hati. Pada fikirannya, Rizkin pasti akan menyingkirkan Hana kerana Hana bukanlah jenis gadis yang Rizkin suka. Malah,mereka tidak sehaluan. Tup-tap tup-tap,mereka hilang dan Tengku Rubiah mengumumkan bahawa Rizkin telah memilih Hana sebagai isteri. Musykil.

Patut ker dia..cuba untuk mendapatkan Hana kembali? Hazrik yakin ada sesuatu yang memaksa Hana dan Rizkin berkahwin. Malahan kemesraan yang Rizkin cuba tunjukkan sewaktu di masjid selepas mereka bernikah hanyalah untuk membuatkan dia cemburu. Ahh..kerana kisah yang lama tu, Rizkin tak pernah nak sebulu dengan dia. Kisah duka...

Ketukan di pintu menyedarkan Hazrik. Muncul Haji Din.

“Jauh termenung?”Haji Din duduk di atas katil. Hazrik cepat bangun dari pembaringannya dengan senyuman.

“Tak ada benda nak buat abah.”dia merenung Haji Din. “Mak Limah kata abah suruh dia kemaskan baju. Abah nak ke mana?”Hazrik menyoal.

“Abah nak ke satu tempat.”

Dahi berkerut. “kemana?”

“Gerik..”

“Gerik?” itu tempat Hana. “Abah nak buat apa ke sana? Ha..tak kanlah abah dah terpikat dengan orang Gerik? Jauh sangat bah.”Hazrik mula senyum. Wah macam seronok apa dapat mak baru. Abah pun segak lagi sebenarnya walaupun umur dah separuh abad.

“Ish tak adalah. Dari abah cari isteri baru,baik cari bakal menantu.”niat nak mengusik.

Hazrik ketawa. “Itu abah jangan risau,Ram boleh cari sendiri. Hm..jadi sebab apa abah nak pergi Gerik?”

“Abah nak cari maklumat pasal adik kamu.”

“Ama dengan Ami ada dekat Gerik? Betul ker? Mana abah tahu?” Hazrik Nampak teruja. Jika betul Ama dan Ami ada di sana,tenanglah hati abahnya jika bertemu semula dengan anak kembarnya tu.

Haji Din menggelengkan kepala.

“Abah tak tahulah Ama dengan Ami ada tak dekat sana tapi seseorang yang abah kenal ada dekat situ. Abah yakin dia boleh bagi malumat yang berguna. Dia tu kenalan rapat arwah ibu kamu.”

Hazrik angguk. terdiam seketika. “Mana abah tahu?”

“Abah upah penyiasat.”

Wajah Hazrik berubah bersalah. “Abah..”tangan sejuk Haji Din diraih. “Ram minta maaf..patutnya Ram yang buat semua ni. Ram dah janji dengan abah tapi sampai sekarang Ram masih lagi tak dapat apa-apa maklumat. Maafkan Ram,bah.”

Haji Din senyum. Sebelah tangannya naik ke kepala Hazrik. Membelai perlahan. “Tak apa nak,abah faham kamu sibuk nak uruskan syarikat tu. Tambah pula kamu baru naik. Abah tak kisah Ram. Tak apa.”dia menyedapkan hati Hazrik.

Hazrik angguk. “Bila abah nak bertolak ke Gerik?”

“Esok.”

“Nak Ram temankan ke?”

“Tak usahlah. Abah pergi dengan Rozman jer. Dia boleh temankan.”

“Kalau abah pergi dengan abang Man,tenang sikit.”Hazrik senyum. Abang Man,pemandu abah memang boleh diharap.

“Bukannya abah budak kecil..”

............................................................................

“Mak Jah nak masak apa petang ni?”aku menjenguk ke dapur. Tak kisahlah berapa kali pun Mak Jah nak halau,aku akan mencemar duli juga turun dapur.

“Ish sibuk betul Puan Muda ni.”aku Cuma ketawa,tahu Mak Jah gurau. “Laksa. Hana suka tak?”

Aku telan air liur. “Laksa Mak Jah? Siapa yang suka makan?”

“Semua pun dalam rumah ni suka makan laksa terutama Rizkin. Suka betul dia dengan laksa. Hana suka tak?” Mak Jah ulang soalan.

Aku geleng. “Hana tak boleh makan laksa.”

“Lah..kenapa? elergi?”kerja Mak Jah terhenti. Dia pandang muka aku.

“Bukan elergi tapi seriau.”

“Seriau?”

“Hurm..waktu Hana umur 10 tahun,memang suka makan laksa. Tapi bila dah terlekat tulang sampai termuntah-muntah,terus Hana tak makan dah laksa sampai sekarang.”muka kelat. Gila aku tak kan lupa peristiwa tuh. Memang aku nyumpah betul yang buat laksa tu. Gilalah sampai aku tercekik. Seriau terus nak makan laksa.

“Biar betul sampai macam tu sekali?”bulat mata Mak Jah.

“Aah..Mak Jah bayanglah dah berapa lama Hana tak makan laksa tu.”

“Habis macam mana ni,cik abang peminat setia laksa.”Mak Jah kenyit mata. Hamboi...

“Bukannya kongsi perut dengan dia.. hana tak kisah jer kalau dia nak makan.”

“Maksud Mak Jah,kenalah belajar masak laksa sebab Rizkin suka.”

“Makan kat kedai sudah..”

Mak Jah dah ketawa. Pak Mat masuk dari pintu dapur.

“Amboi Jah,apa yang seronok tu?”berpeluh-peluh orang tua tu. Dia duduk di atas kerusi. Bergilir-gilir mata memandang aku dan isteri tersayang.

“Hana ni..seriau nak makan laksa sebab pernah tercekik tulang. Ni saya dah masak,tak jamahlah dia.”

Pak Mat senyum. “Lah..apa yang nak diseriau Hana oi. Dalam dunia ni,ada benda yang akan Hana rugi kalau Hana tak buat tau. Salah satu,biar Pak Mat cerita,tak makan laksa yang Mak Jah masak. Memang sedap.”siap angkat ibu jari lagi. Eleh..nak bodek Mak Jah lah tu..

“Tak maulah..”

“Jangan risau,Pak Mat boleh jamin,tak akan tercekik punya.”

Aku sengeh kejap. “Tak apa,Mak Jah buat laksa,Hana buat cucur udang!”

Bila semua dah siap terhidang,semua ahli keluarga berkumpul di meja makan. Hari ni semua pun ada. Selalu Tengku Hasful waktu minum petang tak ada.

“Hana tak makan laksa ker?”

Semua orang pun tengok aku bila nenek Tanya. Aku sengeh 2 saat. “Hana..dah kenyang. Makan cucur pun dah okey.”aku menunjukkan cucur di tangan.

“Sebenarnya dia tak suka makan laksa.”cepat aku kalih ke kanan bila Rizkin bersuara. Eh mana dia tahu? Dia ni.. mesti curi-curi dengar aku sembang tadi. Ni nak saman ni!!

“Kenapa Hana tak suka?”mak mertua pula nak ambil port.

“Tercekik tulang ikan..”chait!!!! Dia jawab lagi. Bukannya kau tu jurucakap aku pun. Tapi aku tetap senyum kat suami ‘terchenta’ ni sebab baik hati tolong jawabkan.

“Kalau Mak Jah masak,tak ada punya nak terlekat tulang. Hana rasalah.”nenek bagi senyuman. Aku balas jer senyuman tu.. nenek..Hana tak maul ah..huhuhuh..

Telefon bimbit Tengku Hasful berbunyi telah mengalihkan perhatian semua orang kepada ayah mertua aku tu. Dia terus bangun menuju ke luar untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Apa yang pasti,aku dapat lihat muka tak senang Tengku Mariah.

“Time nak bersama keluarga pun masih nak jawab panggilan telefon. Janda manalah agaknya.”walaupun perlahan suara Tengku Mariah tapi semua kat meja tu pun dapat dengar.

“Panggilan penting tu. Kamu janganlah nak buruk sangka.”nyata nenek cuba nak memujuk hati menantunya.

Betullah firasat aku,hubungan mertua aku ni memang tak baik sangat. Tak mesra. Boleh Nampak. Masing-masing macam nak donno antara satu sama lain. Kenapa? Betul ker ayah mertua aku tu ada perempuan lain? Kalau tengok gaya,memang boleh tahan handsome. Kalau tak mana nak datang wajah handsome Rizkin ni. Eceh...aku nak puji juga. Alahai,buat apa aku nak sibuk pula..

Selesai makan,aku berjalan-jalan di sekitar taman villa ni. Cantik sungguh. Pandai Pak Mat jaga. Semua ni pun cantik sebab Tengku Mariah suka nak kumpul tumbuh-tumbuhan yang cantik-cantik juga.

Aku Nampak Pak Mat tengah nak cangkul tanah. Mungkin nak tanam tanaman baru sebab aku Nampak anak pokok kat tepi tu. Jangan nak Tanya spesis apa sebab aku pun tahu. Sebab tu aku tak ambil Pertaniah untuk KH waktu dulu walaupun majority budak perempuan pilih tu. Entah apa-apa. Ambil Ekonomi Rumahtangga kan bagus. Boleh kahwin cepat macam aku.

“Pak Mat!!!”

“Hana!!”Pak Mat dah urut dada. “Terkejut Pak Mat tau. Duduklah kat kerusi tu. “Pak Mat menjuihkan bibirnya.

Aku geleng nakal. “Nak tolong cangkul.”

“Jangan nak mengada. Duduk sana sudah.” Pak Mat buat-buat tak peduli. Aku buat muka merajuk. Nak tolong cangkul pun tak boleh ker.

Akhirnya,aku pun duduk juga atas kerusi. Tak sangka,baru 5 saat aku labuhkan punggung atas kerusi ni,Rizkin pun datang nak menyemak. Yang tak syok,Pak Mat boleh pula nak buat-buat haus masuk dapur,tinggalkan kerja mencangkul dia. Report kang baru tahu.

“Apa tengok-tengok?”kasi jeling sikit.

“Bukan dosa pun.”

Aku senyum sinis. “Tahu pula dosa pahala ye.”peluk tubuh bajet kerek gila.

“Dah fikir ker?”

Aku paling kiri. “Fikir apa?”dah berkerut 14 tingkat.

“Nak berbulan madu dekat mana?”

“Uh?..bu..lan..ma..du..??”

“ye..ki..ta..ber..du..a..”kenyit mata.

“Blah!!!!!”

*ingat nak tulis time depa gi honeymoon tapi tak pandai nak buat lah.. Nak cari tempat pun tak tau.. hehehe..any suggestion??? =)

*tengs 4 reading n bg komen..

*OH YA..BLOG NI ADA TWIN POST..KOMEN KAT POST YG SECOND YA..KALAU KOMEN KAT POST FIRST,KOMEN TAK AKAN KELUAR..=)

Thursday, December 23, 2010

Gila!!!

Assalamualaikum..

ish tengah geram gila ni dengan bendalah blog yang satu. ye ia bukan benda bernyawa tapi tak kira nak marah gak!!! emo gila ni.
awat blog post kat blog qyqa ni bole jadi double pula ek?? ini semua bermula(bukan cerita seram) bila qyqa nak edit templat. ish kalau tahu jadi macam ni memang tak kan usik dah..eh geram gila ni..huhuhuhuhu..
lagi geram bila kena hati2 bila nak komen..tak boleh komen kat post yang first tapi kena komen dekat post yg second. so kalau hangpa nak komen,terus ja scroll sampai bawah tanah..takyah pikir banyak kang jadi mereng pula cam qyqa ni..huhuh.kalau komen kat post yang first...takkkan keluar kat blog ni..huhu
rasa blog ni agak cacat bila jadi cam tue..huhuhu..
ang kalau ada yang perasan ada gadjet yang qyqa dah buang sebab...sebab apa ntah..rasa macam benda tu x perlu,tu tangan gatal nak edit.gatal miang!!!

oh ya..hari ni PMR kuar kan..nak ucap TAHNIAH pada budak hitam keluarga ni iaitu MUHAMMAD HAFIZ MOKHTAR sbb ang dapat 8A... baguih..tak malu nak ngaku adek...hehehe
dan pada semua yg berjaya atau tak pada PMR ni,jangan terlalu bangga atau sedih dengan result..kalau berusaha keras...insyaALLAH lain masa boleh berjaya. orang cakap PMR ni sekadar hala tuju aliran..

lastly...bye!!!!

Tuesday, December 21, 2010

CHOMELNYA CHENTA 21

Rizkin menjeling muka tak puas hati Hana. Asal memang nak gelak sebab tengok muka minah ni dah masam kalah jeruk pekasam. Tapi karang buat bergaduh jer. Bosan juga kalau asyik gaduh jer. Mana tak,baru 3 hari kongsi bilik,asyik gaduh jer setiap malam. Ini gaduh betul-betul. Sebab Hana tak puas hati asyik dia jer yang tidur atas katil. Dah ini rumah dia,mestilah nak tunjuk kuasa. Ajak tidur atas katil,kena baling bantal.

Ada 2 sebab kenapa Hana marah nak mati pagi ni.

Pertama,sebab dia tak puas hati bila Rizkin rakam video dia tengah bercakap waktu tidur.

“Bila awak rakam ni?”jeling maut pandang Rizkin yang tengah ketawa nak mati atas katil. Malunya tengok video sendiri dok meracau macam-macam waktu tidur.

“Tahun lepas. Aku pergi kampung kau..”ketawa lagi. “Malam tadilah weh!”ketawa nak mati. Bunyi video dari handset yang dipegang Hana sudah cukup membuatkan dia ketawa nak mati. Boleh jadi Ultraman waktu tidur. Budak tadika ker?

“Aku bangun nak pergi toilet,ingat Pontianak punya bunyi. Sekali dari bakal Pontianak..”Rizkin masih seronok nak sakat. Seronoklah tengok muka minah ni marah semacam. Malulah tu.

Hana tarik nafas. Malu! Malu! Malu! Rasanya penyakit cakap waktu tidur ni dah lama hilang,bila masa datang balik. Mafia hitam ni siap nak rakam pula. Dasar sengal!!

“Apa yang nak gelak? Lawak ker? Awak padam!”Hana mengarah.

“Kalau aku tak mau?”angkat kening buat kerek.

“Saya..”Hana terdiam kejap. “Saya padam sendiri!”jari mula menekan kekunci pad. Alah kalau rosak pun,kan banyak lagi duit nak beli. Kata kaya.

Rizkin terus bangun dari katil nak merampas handset tu. Mana boleh padam,sia-sialah usaha merakam dengan penuh ketekunan tu.

“Jangan nak mengada.”Rizkin cuba nak capai handset tu dari tangan Hana tapi Hana lagi cepat . Dia terus masukkan handset tu dalam kocek seluar.

“Tak dapatlah!!!”jelir lidah. Terus bangun dari kerusi panjang. “Saya boleh padam sendiri!”buat muka berlagak. Ingat dia sorang jer boleh berlagak.

Terus pusing kepala ala-ala iklan shampoo walaupun rambut pendek. Rizkin tarik lengan Hana,terdorong belakang badan Hana melekap pada badan Rizkin. Cepat tangan kanan Rizkin melilit bahu Hana.

“Eh lepaslah!!”Hana rimas. Cuba tarik lengan Rizkin yang ada bawah lehernya.

“Baik kau bagi handset tu..kalau tak...”

“Apa? Ingat saya takut ker?”buat-buat berani. Walhal dah kecut ni. Apa jadah boleh dia nak pegang-pegang suka hati.kalau badan ni kuat dah lama tolak badan Rizkin.

“Aku buat 2 benda. Kiss kau lepas tu aku ambil sendiri handset tu dari poket kau. Nak?”bagi amaran. Walhal jantung dah berdegup kencang gila. Mau tak kencang kalau dah jadi gini. Dahlah dia ni..wangilah pula!

“Aaa..beranilah..berani...”

“Aku memang berani. Kalau nak tahu aku boleh buat.”

“Tak payah!”Hana dah keluarkan handset dari poket seluar.

“Good girl!! And...”Cup! satu ciuman hinggap di pipi sebelum Rizkin melepaskan pegangan.

“Aahhhhhhhh!!!!! Pencabul!!!!!!!!!!!”

Kedua,bila nenek suruh pergi photo shoot untuk jadi cover majalah ROSE-majalah perkahwinan eksklusif. Rizkin tahu,Hana bukan marah nenek tapi marah dia. Geram bila dia kiss pipi Hana lepas tu nak kena buat photo shoot sama-sama.

...................................................................................

“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok perempuan ker?”aku jeling Rizkin yang syok sangat dok ushar muka aku ni. Memanglah sekarang tengah lampu merah,tak boleh ker tengok jalan? Nak juga tengok muka cun aku ni. Ish geram tahap Pluto dengan mamat ni!!!

“ Marah ker budak kampong? Baru kiss dah nak marah..”Rizkin sengeh. “Ni memang muka tak ikhlas kan nak pergi photo shoot dengan abang handsome ni?”

Hana dah pegang tengkuk. Pale patella dia. Kiss jer? Tahu tak kiss tu maknanya begitu besar? Bagi dia? Urgh!!! Geramnya. Nasiblah ada surat nikah tu kira aku boleh bagi pelepasan. Kalau laki sengal kat sebelah aku ni orang lain,dah lama nak ambil parang. Lagi satu,abang handsome? Yuu.. ada juga seperasan manusia macam nih! Memanglah handsome tapi tak payahlah nak cewi.

Malas nak gaduh,aku pandang jalan jer. Rasa tak ada mood betul nak photo shoot. Nama pun majalah pengantin,nanti mesti nak tangkap gambar macam pengantin. Cukuplah sekali waktu majlis persandingan hari tu. Nak kena buat lagi? Lagi satu,kalau ambil jer gambar persandingan hari tu kan lagi senang,tak payah nak kena datang-datang lagi. Urgh!!

“Hoi!!!”terkejut beruk aku bila cermin tingkap diketuk. Lah..dah samapi? Itulah banyak sangat berhalusinasi. Aku keluar. Rasa segan pula bila pakai dress macam ni. Ini semua mama Rizkin aka mak mertua aku yang belikan. Pandai betul.

“Lembablah kau ni!”eh boleh nak kata aku lembab? Aku jadi lembab sebab dia. Lagi nak terkejut beruk bila Rizkin bersilang jari dengan aku.

“Apa ni?”tak habis lagi ker babak gatal dia? Kat sini pun menjadi?

“Jangan nak perasan aku nak pegang kau sangat. Kan baru kahwin. Tunjuklah sikit kita ni romantic orangnya.”urgh!!!! nak berlakon pula! Okey,alas an diterima. Aku dan Rizkin beriringan masuk dalam bangunan yang tinggi ni. Naik lif ke tingkat 4. Waktu jalan tu,ada jer yang pandang senyum-senyum. Wah rasa macam artis pula ni.

“Hai Encik Rizkin dan Puan Hana.”seorang wanita petengahan 30-an datang menyambut kami. Diwajahnya senyuman yang sangat manis. “Saya Puan Basyirah,editor majalah ROSE.”dia menhulurkan tangan untuk bersalaman.

“Kami teruja betul pengantin remaja popular ni nak datang. Sampai saya pun turun padang. Betul cakap orang,tengok dua-dua secara live memang lagi tampan dan cantik!” puan Basyirah bermulut manis sambil kami berjalan. Rasa kembang juga ni.

Kami dibawa kebilik solekan. Sambil disolek,Cik Hayani,wartawan ROSE menyoal kami berdua.

“Adakah Puan Hana dan Tengku pertama kali berjumpa sewaktu Puan Hana menyertai Pilih Hati?”

Aku sedikit tergangu untuk bercakap bila disolek. “Ye..kali pertama jumpa TEngku sewaktu saya menjejakkan kaki ke villa.”ringkas.nak berjela-jela buat aopa. Bukan nak jawab karangan SPM pun. Tapi senyum kena maintain. Baru orang tak kata sombong.

“Jadi apa tanggapan pertama Puan Hana bila berjumpa dengan Tengku?”

Huh? Tanggapan pertama? Eh nak kena jujur ker. Jawapan jujur:SAYA RASA DIA MAFIA HITAM YANG MENJENGKILKAN DAN DIA ADALAH MANUSIA PALING BAJET PERNAH SAYA JUMPA. RASA DIRI AMAT BAGUS DAN SUKA MENYAKITKAN HATI.

Jawapan skema:

“Saya rasa Tengku ada..err..daya tarikan yang kuat..dan..err sangat handsome..bergaya..walaupun anak orang kaya tapi Tengku sangat per..amah dan pandai jaga hati orang lain.”Fuh!!macam kena paksa makan bubur basi jer nak cakap macam tu. Kalau tak kira nak jaga maruah,tak pasal aku nak menipu. Tapi kira pahala juga aku kan sebab tak buka keaiban suami. Eh ye ke? Nasiblah Rizkin tak dengar jawapan aku ni. Entah-entah nanti dia kutuk sebakul pasal aku.

“Apa yang menariknya tentang Tengku pada pandangan Puan Hana?”aduh dia ni...tanya soalan betul-betul susah tau. Menarik tentang Rizkin?

“Muka dia macam Kamal Adli!”terus aku cekup mulut. Aduhai!!!!!! Terlepas cakap. Nanti boleh buat mafia tu melayang ke bulan.

“Oh! Betul juga. Ramai cakap macam tu.”Cik Hayani senyum. “Selain tu?”

“Selain tu?err....banyak sampai tak tercakap!”aku ketawa. Bajet seronok gila cakap pasal Rizkin.

.......................................................................................

Penat juga photo shoot ni. Ingatkan sekejap,rupanya lama. Nasib baik interview buat waktu bersolek. Segan malu gitu bila nak bergambar mesra-mesra dengan Rizkin. Tapi aku,tengok kakilah...profesional. profesional apanya? Apa-apa pun boleh. Entah macam mana hasilnya nanti. Agak-agak Nampak tak wajah pure-pure kedua pengantin remaja popular ni?

“Aku lapar. Kita makan dulu.” Aku angkat bahu tanda setuju. Aku pun lapar. Dah dia nak makan kat luar ni,aku ikut ajer. Isteri mithali? Oh tidak....pengikut makan mithali tu...okey!!

Kami melangkah masuk ke dalam sebuah restoren.

“Nak apa?”Rizkin bertanya bila pelayan menghampiri kami. Aku belek menu..omputeh lah!! Tak faham aku menu ni.

Rizkin macam faham pula bila tengok aku belek menu macam budak 2 tahun dapat buku. Dia terus order untuk aku. Aku sengeh.

“Dasar kampong.”aku Cuma sengeh juga. Macam dah lupa kemarahan dekat villa tadi.

Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Kekanan....kekiri...kekan..eh..pusing balik kiri. Macam kenal jer merpati 2 sejoli dekat meja hujung tu. Mata hantar ransangan ke otak dan...dikenalpasti!!!! oooo..skandal tak mau cerita ye. aku juihkan bibir kea rah merpati 2 sejoli tu. Rizkin sengeh.

“tak payah sebuk hal oranglah.”

“Ish ni orang kita juga. Saya nak ambush kejap. Awak tunggu sini.”

Aku berjalan kea rah mereka. Si lelaki yang tempat duduknya menghadap aku senyum. Dan bila si perempuan berpaling ke belakang,buat muka selamba.

“Oh...dating eh?”aku tarik kerusi.

“memang!”

“Mana ada!”

Keluar 2 jawapan yang berbeza dari mulut Ayob dan Umi. Aku Cuma sengeh nak giat Umi.

“Umi kau nak segan apa. Ngaku jer dating apa nak susah.”

Umi jegil mata. “mana aku dating. Aku terserempak dengan Ayob. M akanlah sekali.”

Aku angguk kepala. “Hm..kebetulan yang menarik. Orang tua cakap banyak jodoh.”aku ketawa. Ayob dah sengeh tapi Umi buat muka kelat.

“Kau datang dengan siapa?”Umi Tanya soalan nak larikan diri dari diusiklah tu.

“Rizkin. Tu kat meja sana.” Umi dan Ayob berpaling.

Umi angguk. “Mak kau dah balik kan?”Umi Tanya. Aku angguk. Mak balik semalam.

“Eh Hana...”

“Apa?”pandang Umi.

“Rizkin romantic tak?”

“Ha?”apa punya soalan. “Giler tak romantic???!!!”


*HOLA..QYQA DAH KEMBALI.THANZ SBB SUDI TUNGGU.SUSAH GILA NAK UPDATE SBB XDAK IDEA SETELAH LAMA TINGGAL N BANYAK PULA BERJALAN. MAK TAK BAGI BW LAPTOP=(.

JGN LUPA KOMEN.NAK TAW GAK BORING KE QYQA TULIS KALI NI.

THANZ 4 READING.

Friday, December 17, 2010

Yeah!!!!!

Assalamualaikum semua..wah lama gila tak update blog konon diri sibuk kalah Pm tau. Yeaaa...sekarang dah tak sibuk..lapang sentiasa..hehehehe

Qyqa akan update CC tapi nanti..Tunggu ya sebab ada hal yang perlu settle and qyqa pun sebenarnya nak rest otak and relax dulu.. Boleh kan kan???

Oh ya..nak buat apa ya dalam tempoh lapang ni?Yelah qyqa ingat tak mau bazir masa lapang sebab nanti rugi.

Ambil lesen.uuu..bayang tu cam best ja tapi qyqa rasa takutlah..errkk..qyqa kecut..takut tak kalau bawa kereta?rasa cam ishhhh..takut ah senang cerita..tapi mak cakap ambil lesen ditanggung penuh tapi kena kerja kat rumah..kerja2 perempuanlah.ahhhh small pieces lah..

okey.tunggu ya akan update nanti.=)

Tuesday, November 16, 2010

Harapan 1MALAYSIA

Assalamualaikum..

Ha,ingat RTM jer ker boleh buat harapan 1malaysia,qyqa pun boleh buat tau..okey bukannya orang skema jer yang tengok RTM,,1malaysia pun tengok RTM kan..hehe..tapi harapan qyqa bukanlah nak belajar makyung ker hape tapi harapan 1malaysia saya adalah untuk sukses menghadapi SPM yang akan bermula hari selasa depan.ha,,,DEPAN!!!!!!!bukannya tahun depan ye tapi minggu depan.Wa..debar tau hati ni macam ala-ala nak nikah.Ceh macam pernah nikah pula.Hm..qyqa tanya Hana,memang dia cakap berdebar kalau nak nikah..-enough merapu.


Kalau tanya persiapan qyqa nak hadap SPM ni,qyqa rasa qyqa tak buat the best nak prepare.Cuma bila dah nak sampai akhir-akhir ni baru qyqa rasa macam ahh aku kena blja lah takkan nak duk gerik lagi kalau result tak bes?Benda tulah jadi pembakar semangat.Tambah bila bekas classmate qyqa datang n cerita pasal trial dia,,,mak aihh,,i jeles tau!!!jadi bendalah tu semua menguatkan semangat nak belajar.Tambah bila semua cikgu2 macam bagi dorongan gila suruh belajar...Tambah bila fikir angan-angan nak terbang ke negara orang dengan tajaan yang yang boleh beli sebiji banglo besar..wah...angan tinggi tau jadi belajar pun kenalah tinggi.


Cuma orang cakap kalau prepare lambat susah sikit.Yup!!!betul tu..qyqa pun rasa tension kekadang bila buat soalan pastu rasa aiiih...pekenamabendalahni tak pernah jumpa!!!!Tapi memandangkan azam yang tinggi ada dalam diri maka teman pun cuba mencari jawapan.Taper taper belek jer buku tebal tu....sementara masih ada masa.lagi bagus buat macam tu dari bajet hebat tapi yang adooooo...


Yang pasti,makin lama nak dekat exam ni macam banyak pula masalah yang mendatang. Memang selalu macam tu ek?Contoh kalau orang dah nak dekat2 kahwin,orang cakap time tuler banyak dugaan..agaknya macam tu jugalah kalau nak exam ni.Tambah bila dah ada dalam palehotak ohhh SPM ni penentu hidupan!!!!Tapi selagi namanya manusia,memanglah kan kita akan selalu diuji tak kiralah nak dekat exam ker hapa..-tibe2 mood PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.


Harapan qyqa,doa-doakanlah ye semoga qyqa dan seangkatan dapat buat yang terbaik dalam exam. Harap ALLAH tak ambil ilmu yang ada dalam kepala nih..Harap hati tenang. Harap segala berjalan lancar sampai habis exam..Doakan ye.....


Akhir kalam,selamat menempuh SPM buat seangkatan dan SALAM AIDILADHA untuk seluruh umat islam....Wassalam...


p/s:Terima kasih/syukran/sheishei/kamsahamida/thank you untuk semua yang jadi PEMBIMBING RAKAN SEBAYA qyqa untuk n3 [belahan jiwa ni] ..hehe.

Friday, October 8, 2010

Aku...tak...tahu...

Kau tahu tak aku bosan yang amat? Kau tahu tak aku benci yang amat? Kau tahu tak hati aku ni tak tenang? Baru jer habis trial,nak buat gerak gempur macam exam betul-betul. Tahu tak aku rasa gerak gempur tu membazir masa?Kenapa tak bincang jer dalam kelas solan tu?Same jer nanti bila dah right nak bincang juga..padahal dah membazir waktu nak jawab. Tahu tak aku menyampah nak jawab exam ni dan berpura-pura tekun? Tahu tak aku malas dah sekarang ni! Aku penat asyik exam sampai aku rasa exam tu nonsense dah. Asyik2 exam...aku muak!!!Aku tertekan.. Aku rasa banyak benda lagi aku tak baca tapi aku rasa macam dah nak putus harapan..masa dah tak lama tapi aku nak kena cover 11 subjek! Sampai 1 tahap aku rasa aku dah malas nak buka buku sebab aku tak dapat apa-apa.Aku tahu aku tak boleh buat macam tu.....




Aku cuba nak faham arab..bukan aku tak cuba..aku cuba..cuba dan cuba...tapi aku tak boleh..aku tak tahu nanti SPM sebenar macam mana..aku takut dan takut tapi aku tak boleh..Selalu aku terfikir awat aku tak ikut jejak Mizan drop jer arab tu..Tapi hati aku yang separuh ni masih kuat lagi..pujuk hati sendiri cakap sayang kalau drop arab..aku mungkin boleh buat..dulu aku bagus add mate..tapi sekarang bila tengok soalan pun aku dah tak paham.nak jawab lagilah...aku sayangkan add mate tu...dan aku..bukan tak berusaha waktu kimia. aku cuba catat nota yang cikgu bagi.Aku cuba nak faham apa yang cikgu ajar..jawab apa yang cikgu tanya..dan tahan kembang kempis bila kena puji..rasa macam dah pandai sangat walhal bila exam hampassss...aku...




Bukan tak ada yang bagi nasihat.Ramai.Opah selalu jer cakap yang aku ni cucu sulung dan kena tunjuk contoh. Aku bila dengar tu jer bersemangat. Lepas tu aku mula hidup dalam dunia yang sendiri. Aku jadi si minah jenin yang mengharapkan kejayaan tapi malas nak berusaha..aku dah mula jadi orang yang bercita-cita rendah..aku..lost..




orang tengok aku gelak2 tapi sebenarnya dalaman aku tak..aku tak tahu nak cakap apa..aku..entah..betul2 bukan aku..waktu nak ambil UPSR aku rasa lagi serius dari sekarang. Aku boleh pantang makan.Tapi sekarang hampasss....where is my fire???????????????????

Tuesday, September 7, 2010

Aidilfitri..

Assalamulaikum.

Hai semua.Dah berapa lama qyqa tak update blog?Cepat buka kalendar dan kira sampai tepat sekali dengan unit.Kalau unit salah jawapan salah*hoi kau ingat ni fizik ka???*cewiss.

Qyqa masih lagi tak boleh nak update chomelnya chenta sebab belum habis exam.Tapi trial dah lepas.Puhhh..wa cakap r..trial susal gila bagi orang malas dan baca buku malam sebelum exam.Tak tahulah result macam mana.Berdebor juga.Tapi biarlah dulu kisah trial tu sebab tujuan qyqa update blog ni tak ada kaitan pun dengan trial tu.Saja nak bagi mukaddimah.Apa?Dah bosan?Ok ok ok,kita beralih ke berita sukan.






Qyqa nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

kot selama qyqa menulis ni ada sakitkan hati sesiapa.Manusia biasa yang tak ada sifat maksum memang tak pernah terlepas dari sebarang dosa.Walau baik mana pun seseorang,secara tidak sengaja mungkin dia ada mengguriskan hati sesiapa.Tambah2 qyqa yg tak berapa nak baik nih.hehe

Beraya ni pada semua bakal2 Calon SPM(cepat terasa) jangan happy sangat.Ingat sikit SKIM PENDERAAN MENTAL masih menunggu.Ingatan ni memang ditujukan khas untuk qyqa juga yang berangan nak makan kuih banyak2 sampai badan dah debab ni.

Pada semua bloggers..terima kasih sebab sudi singgah blog qyqa.Sorry sangat qyqa dah tak aktif nak komen2 entri2 kome.Yang pasti nanti qyqa akan aktif seaktif aktifnya sampai badan kembali langsing kalah LIYANA JASMAY..-sebab dia kecil..maka nama pun kecil.



Pap!tersedar dari lamunan.

Sebelum mengundurkan diri buat masa yang lama lagi..qyqa nak berpantun.Boleh tak ni?Boleh tak?Arghhh..kau baca jer lah walaupun tak sodap..


Budak SPM nak pandu kereta,
Tapi lupa pula tak ada lesen,
Aidilfitri pasti merapatkan kita,
Bersama bermaafan tanda keikhlasan.

theeee..Wassalam.

Pesanan penaja:mainlah mercun banyak2..Kayakan tokey mercun dan cacatkan diri.Ayuh!!!

Monday, July 5, 2010

CHOMELNYA CHENTA!! 20

Aku merenung biasan wajahku di cermin.Aduh..luka pula bibir.Ini mesti sebab terlalu lama pakai lipstick semalam. Mana pernah dibuat seumur hidup Hana Humaira’ pakai lipstick lama macam tu. Pecah tradisi hidup sungguh. Ralit aku perhatikan rekahan di bibir. Macam nampak sangat pula.

Pap! Pap! Pap!

“Hoi kau buat apa kat dalam tu lama sangat ha?”Dah tahu suara siapa. Tak payah nak gatal tanya soalan bodoh,tu siapa?Sebab Cuma ada satu jawapan jer...

“Tengah gosok gigi ni ha. Sabarlah!”

“Oh...Nenek gosok gigi palsu ya. Sebab tu boleh pula cakap waktu gosok gigi.”

Ceh.Hampeh punya orang. Aku celup berus gigi dalam mangkuk tandas karang baru tahu. Nasib baiklah aku tak evil tahap macam tu.

“Ha dah siap! Masuklah cepat mandi. Karang jenuh bau satu bilik.”aku berkata bila kaki melangkah keluar dari bilik air. Rizkin yang tengah baring,bangkit menuju ke bilik air.Entah dia nak buat apa entah.Tadi pukul 6.45 dah mandi.Nak juga tiru aku masuk bilik air sampai 2 kali.

Aku perhatikan jam di dinding.Dah pukul 8.00 pagi.Pukul 6.00 tadi aku dah bangun awal-awal.Niat biarlah aku bangun dulu sebelum Rizkin.Takut kalau dia tengok aku tidur entah dalam posisi apa.Risau juga aku kalau semalam ada mengigau ker apa.Harap-harap tak.

Aku duduk di birai katil.Aduhai..sakit pinggang.Tak tahu apa sebabnya.Nak kata sebab tidur atas lantai,tak logik sangat kot sebab bukannya semalam pertama kali aku tidur atas lantai.Lantai dengan aku tu dah kira kawan baik.Jadi,alasan tadi tak diterima.Kot banyak buat kerja semalam?Kerja apa?Setakat buka hadiah berapa banyak sangatlah pinggang aku ni berkorban.

Memandangkan Rizkin masih lagi ada dalam bilik air,aku baring dulu.Wah..empuk betul.Kalau dapat tidur sekarang ni,maunya terlajak sampai terbakar zohor aku.Tapi mak selalu sangat pesan,tak elok tidur lepas solat subuh nanti rezeki tak masuk.walaupun aku ada suami yang namanya bermaksud rezeki,tapi tetap juga tak boleh tidur lepas subuh!

Pintu bilik air dibuka.Aku bangkit.

Kejap ajalah tu.Bila mata aku memanah Rizkin,terus terpaku pada dagunya yang nampak kesan berdarah.

“Kenapa berdarah?”mataku mengekori langkah Rizkin ke meja solek. Dia menundukkan sedikit badannya supaya dapat melihat biasan wajahnya di cermin meja solek itu.

“Tersalah cukur.”Pendek saja jawapannya.Dia lebih ralit memerhatikan kesan luka.Besar juga tu.Tak sakit rasanya sampai nak meraung.Haha,paling teruk buat wajah dia kurang kacak.Tapi tak adalah sampai nak mencacatkan.

Rizkin berjalan ke arah katil dan sekali lagi tanpa berpamitan,dia merebahkan badannya.Aku cepat berdiri.Dia sudah mengangkat lengan menutupi mata.

“Jangan tidurlah.”

“Biarlah.”

“Nanti rezeki tak masuk.”

“Aku ada banyak rezeki.”

“Takbur!”

“Hakikat!”

Aku cebik.Memang tak guna nak lawan kata dengan insan yang sorang ni.
“Jomlah turun bawah sarapan.Dah pukul 8.30 ni.”

Dia mengalihkan lengan dari muka. “Awal lagilah. Time macam ni Mak Jah tengah prepare.In addition,kita kan pengantin baru,normal apa kalau turun lambat. Banyak kerja!”

Ayat terakhir dia tu membuatkan aku loya betul.
“Kalau macam tu,biar saya turun dulu!”

“Woi jangan!”macam spring,dia bangun. “Okey,jom turun.”Dia dah bangun dari katil.

............................................................................

Tengku Rubiah sengeh. Datuk Hasful sengeh. Datin Mariah sengeh. Che Nah sengeh. Che Su sengeh. Ayob lagilah sengeh!!!

Apa hal diorang ni?Rizkin menonggeng isi kepala memikirkan sebab seisi meja makan ni kecuali dia dan Hana yang asyik sengeh memandang mereka berdua.

“Kenapa semuanya sengeh ni?”

“Hobi baru..”Ayob jadi wakil menjawab. Namun wajahnya menahan ketawa. Rupa macam orang sembelit pun ada juga.

Aku Cuma angkat kening bila Rizkin pandang.Manalah aku tahu sebab apa.Ingat aku ni mesin scan hati manusia?Oiii..

Aku alihkan pandangan pada Ayob.Memerhatikan Ayob kalau-kalau dia sudi nak buka mulut bercerita.Ayob Cuma menggerakkan jarinya sahaja.Jari telunjuknya diarahkan ke arah Rizkin kemudian kedagu kemudian menala ke arah aku dan ke bibir. Bahasa isyarat apa?

Aku pandang Rizkin,tengok dagu.Kemudian jari aku mendarat pula atas bibirku yang pecah.Dagu..luka.Bibir..pecah.Diorang fikir???

Ya Allah!Muka aku dah merah.Yang lain mula ketawa tanpa ditahan-tahan lagi.Rizkin di sebelah hanya buat muka poyo.Rasanya nasi goreng kat depan aku ni boleh kot jadi masker tutup malu.

“Syok sangatlah tu..”Ayob mencelah ketawa.Dia ni..memang!

“Nak tahu,cepat-cepatlah kahwin.Baru tahu syok ke tak.”Rizkin menjawab selamba.Kepala patella dia!

“Auch!”semua mata memandang Rizkin.Dia sengeh kerang sambil jeling aku.Padan muka.Hambek sebiji kena pijak kaki.Cakap tu tak payahlah nak over melangit.Menyampah dan memualkan tekak aku ja.

“Dah fikir ka tempat nak berbulan madu?”hampir nak tersedak aku bila nenek bersuara.Bulan madu?Ingat Fantasia Bulan Madu ker. “Cakap jer nak pergi mana.London,Paris,Itali or anywhere.Nenek boleh support.”

“Belum lagilah Nek.Lagipun Hana ada cakap dekat Riz yang dia tak mahu pergi bulan madu.”

“Betul Hana?”nenek meminta kepastian.

Telan air liur.Kalau ikut hati,mestilah aku nak pergi.Siapa jer dalam dunia ni tak mahu pergi tempat-tempat yang menarik macam tu dengan percuma.Aduh..tapi kalau pergi berdua jer dengan Rizkin buat seram jer.Baik tak payah pergi.
“Hm..Hana ikut Ri..err..abang.”tersasul pula.

“Jangan nak merepek!Just married like both of you mesti pergi honeymoon.”

........................................................................

“Pergi Sabah nak tak?”

“Paris.”

“Ala,kan bagus melancong dalam negara.Boleh meningkatkan ekonomi negara.”

“Kau pergi sorang.”

“Bagus juga.Tak ada mafia hitam yang menyebuk.Tak ada orang yang tiba-tiba nak datang asma.”

“Okey deal!Aku bawa bini muda aku.”dia memusing stereng kereta.

“Dah ada bini muda?Bagus!”

“Tak jealous?”

“Dalam longkang jer campak jealous tu.”aku ketawa.Cemburu?Huh,nehi untuk sekuman pun.Tak ada.

Bump!

Kami terkaku bila terasa bahagian depan kereta dirempuh dari depan. Rizkin keluar dari kereta. Aku turut serta dari belakang.Ooooo..dua kereta mahal telah berlanggaran.

Si pemadu keluar dari kereta.Dia memerhatikan kesan kemek di bahagian depan.Gayanya seperti seorang pemandu.Dia kemudiannya membuka pintu belakang.Seorang lelaki tua keluar.VVIP mungkin.

“Orang muda..perlanggaran yang tak dirancang.”dia mendekati Rizkin dan menghulurkan tangan untuk bersalam.Muka Rizkin yang kelat tak dapat disembunyikan tetapi dia tetap menyambut huluran tangan tersebut.

“Tak ada orang dalam dunia ni yang nak rancang kemalangan macam ni.”Rizkin jawab dingin. “Now,how?”

“Jangan risau.”dia menyeluk koceknya.Buku seperti resit dikeluarkan dan dicatatkan sesuatu diatasnya.Kemudian,dikoyakkannya sehelai. “Ambil ni.Ganti rugi.Tak kira siapa pun yang salah,ambillah.”Dia menghulurkan kepada Rizkin.

Rizkin merenung tajam. “Tak payahlah.Small matter.”

“Ambil.”

“Tak payah.”Rizkin dah berpaling ke belakang.Aku yang Cuma memerhati menghampiri lelaki tua itu.

“Pak Cik,tak apalah.Sikit ja ni.Minta maaf kalau kelakuan suami saya tu teruk.”Aku berbudi bahasa.

Dia tersenyum. “Rizkin memang macam tu.”

Buat seketika aku tersekema.Dia kenal Rizkin?Belum sempat aku nak bertanya,lelaki tua itu sudah masuk ke dalam kereta.Rizkin pula sudah melaung memanggil aku untuk masuk ke dalam kereta.

“Awak kenal dia?”

Diam.

“Kenapa awak macam anti dia?”

“Ayah Hazrik.Datuk Hafizuddin.Sajalah tu nak tunjuk kaya macam anak dia.Sial!”stereng kereta dipukulnya.

“Rizkin!Jangan buat macam tu boleh tak?Kalau kereta ni terbabas macam mana?Awak nak mati?”aku marah.Bahaya dia buat macam tu.

Rizkin menarik nafas.Cuba menenangkan diri.

“Kita hantar kereta ni pergi workshop dulu.”dia berkata akhirnya.Aku hanya diam.Tahu angin jer mamat ni.Huh.Entah apa entah.Aku pun tak paham apa besar sangat dosa Hazrik dekat dia sampai dia tak boleh nak sebulu dengan Hazrik.Kenapa?

Selepas kereta dihantar,kami berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang berdekatan.Suasana masih lagi dingin.Tak sukalah macam ni.Biarlah dia dengan mulut laser dia asalkan keadaan tak macam ni.Suram jer.Macam tengah jalan dengan patung bergerak.

“Awak fikir apa?”aku cuba memecahkan sunyi bila kami sama-sama melabuhkan punggung di atas kerusi panjang.

“Tak ada apa.”

“Fikir pasal Hazrik?”dia Cuma diam. “Awak tahu,dulu saya ingatkan awak ni gay.Suka pada Hazrik sebab awak larang saya kawan dengan dia.Lepas tu saya ingat awak sukakan Ayob.Lawak tak?”aku cuba menceriakan suasana.

Dia Cuma tersengeh. “Aku memanglah jahat tapi tak adalah nak suka kaum sejenis.Tak sanggup nak kena laknat.”

“Jadi awak suka perempuan ek?”

“Comfirm for sure.”

“Hm..taste awak yang pandai bergaya dan seksi kan.Hm..”mataku melilau-lilau. “Macam tu?”aku menjuihkan bibir pada seorang gadis berpakaian sendat.


“Nope!”

“Okey.Macam tu?Cantik dan bergaya.”aku juihkan pula pada seorang gadis berambut blonde.

“Aduh!Minah saleh celup kau kata taste aku?”kali ni dia mula ketawa.Aku juga turut ketawa.Nasib baik di tepi kami tak ada yang duduk.Macam lawak pula,aku isteri dia cakap pasal gadis idaman suami sendiri.

“Ha..pandai pun nak ketawa.Ingatkan dah luruh semua gigi tadi sampai dah tak boleh nak ketawa.”aku berkata.

“Hana.”

“Hm..”

“Jangan buat macam ni selalu.”

“Kenapa?”kening angkat.

“Nanti aku jatuh cinta.”

“Err.oo..key..”aku pandang depan.Dia jatuh cinta kat aku?Macam lawak pula.Asyik gaduh jer,macam mana nak jatuh cinta?Comel ker kalau bercinta asyik bergaduh?Comel ker bencinta kalau masing-masing berbeza?Comel ker kalau bercinta kalau asyik memekik?Comel ker...Ah dah!Berapa banyak soalan yang nak difikir?

“Jom!”dia bangkit.

“Pergi mana?”

“Watson.Cari Lip balm untuk kau.Jangan bagi bibir kering lagi.Nanti kena salah faham lagi.”dia ketawa.

Ceh..

“Kita cari sekali robot pencukur biar dagu tak terluka!”makin galak dia gelak bila aku berkata begitu.

Hm..rasanya aku lebih suka bertekak dengan dia.Full stop.Tak ada half stop dah.

*hai!!!inilah CC20..lepas ni masa untuk struggle.No entri 4 CC.apa2 pon..TQ baca..tayang semua..hehehe=)

Wednesday, June 23, 2010

Kita clash kejap.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Kenapa nak clash?"

"Sebab..."

"You ada perempuan lain ye?"

"Bukan.Sebab..."

"You dah tak sayangkan I?"

"Bukanlah!I nak tumpukan pada Spm!That's the point. I tak mahu fikiran I terganggu.Ramai sangat yang letak harapan pada I. I tak mahu sebab percintaan,I gagal."

"Jadi you anggap I ni pengganggu?"

"No.I nak you pun berjaya sama.I janji,lepas SPM kita couple balik."

............................................................

Berdebarlah tu ye?Haha. Sorry. Ini bukan novel baru atau cerpen baru. Sekadar mukaddimah untuk entri santai ini. Baiklah cepat bagi hukuman sebab saya dah langgar pantang on line waktu sekolah. Ketuk kepala..eh jangan. Er..cubit manja okey kot. Ala,releks sekejap baru habis koko. Ini yang melemahkan cik adik,bila agaknya koko nak berhenti? Malas...

Hari ni dah dapat semua result exam kecuali PJK. Ha..esok nak bincang.Kira halal lah tolak PJK jadi dapat semua result.Secara keseluruhan..agak tak berapa puas hati. Ye,result sangat tak membanggakan. Tak boleh nak collect banyak A macam kutip buah rambutan jatuh seperti Yeng Teng.Huh that's girl I tell you,very clever.Memang salute dia lebih lebih.

Dan sekarang,mahulah saya mencoretkan markah siput saya tu.
Kalau terfikir yang saya ni tak sedar diri sebab nak pula tulis result kat blog walaupun result siput,silakan.Biar jadi fire saya untuk rajin belajar.Sebab saya adalah antara jutaan manusia yang mempunyai sifat malas yang melampau.Bayangkan,baru buka buku BIOLOGY pun dah pening. Baca bab cell division terbayang telur dadar yang berpecah apabila dikocak.Huh.This girl...bad bad.Geleng lagi kepala.

BM-76....A-
BI-73....B+

MM-86...A

SJ-76....A-

BIO-57....C-

KIM-56....C-

FIZ-73....B+

PQS-72....B+

PSI-80....A

MT-77....A-

BAT-58...C-

Secara konklusinya,result kali ini membuahkan, 2A, 3A-, 3B+, 3C-.
wa..sungguh teruk.Tapi syukur sebab ada peningkatan dalam beberapa subjek macam mate tam.Tapi yang sangat terkejut tengok markah KIMIA lebih rendah dari BIOLOGI.Tara percaya..Hakikatnya,saya sangat suka kimia lebih dari bio.

Jadi,apa kaitannya dengan drama sebabak Era yang kat atas tu?Okey.Macam ni.Sekarang dah bulan 6.What????Ya..bulan 6.Maka,semakin hampir saya nak TRIAL SPM...........SPM.
Memandangkan diri ni bukanlah span yang boleh serap air sekaligus,maka saya dah bertekad mahu clash sebentar dengan blog centa hati ni menjelang bulan JULAI yang akan menjengah lagi berapa hari lagi.

Tapi sebelum itu saya janji saya akan post CC 20 pada minggu ni atau selewat-lewatnya pada minggu depan sebagai farewell entry.Tanda saya amat suka menulis dan menghargai mereka yang banyak turunkan jari pada keyboard untuk memberi komen2 yang bernas.Terasa hidup amat gembira bila baca komen2 yang menjana.

Harap semua dapat merestuilah apa yang saya buat ni.Semua pun tahu SPM is the most important exam dalam hidup ni.Jadi saya mahu fokus dengan pelajaran dan lupakan dulu minat saya pada blog ni.Semestinya bila dah habis SPM, saya akan kembali berblog.Kembali rajin double untuk up date.

Kita akan selalu date lagi.Jangan risau.Betul.Ya,kita kembali couple bila saya sudah habis SPM..

Sunday, June 20, 2010

chomelnya chenta!! 19

Majlis persandingan..

Seumur hidup aku sebagai seorang budak kampung,tak pernah sekalipun aku bayangkan yang aku akan diraikan bagai seorang anak raja di majlis persandingan aku.Tak pernah!

Sebab aku sedar,aku bukanlah Cinderella yang ada ibu pari-pari yang boleh tukarkan baju kain buruk secantik gaun putih Taylor Swift,tukarkan labu jadi kereta kuda,tukarkan selipar jepun ke kasut tumit tinggi kaca dan tukarkan tikus jadi pemandu.TaPi bab tikus tu aku tak berkenanlah ye.

Tetapi hari ini,indahnya perasaan memang tak dapat dibayangkan.Bersanding atas pelamin yang indah macam Siti Nurhaliza ni tak pernah terbayang langsung!Walaupun hakikatnya aku bukanlah setuah Cinderella yang dapat berkahwin dengan putera yang dicintai,tapi aku bersyukur juga sebenarnya dapat merasa jadi puteri.

“Tak payahlah sengeh sangat macam orang gila.Coverlah sikit.”terdengar suara Rizkin perlahan ditelinga kiri.Tangan dia pula sedap berlingkar di pinggang aku sebab nak bergambar.Heh kalau tidak jangan haraplah nak macam ni.Buang tebiat aja rasanya.

“Dah nak bergambar,memanglah kena senyum!”

“Macam monyet jer!”Posisi kami bertukar.Kalau tadi sama-sama berdiri,kali ni Rizkin duduk di atas kerusi manakala aku berdiri.

“Kesiannya awak kena kahwin dengan monyet.”Sinis.Orang ramai memandang kami dengan senyuman.Entah apa yang mereka fikirkan,aku pun tak tahu.Tapi kalau selalu aku pergi kenduri,aku selalu doakan pengantin itu akan kekal sampai akhir hayat.Tapi kalau situasi aku sekarang ni…

“Nampaknya pengantin yang kita raikan hari ini…”Suara pengacara majlis berkumandang.Macam kenal jer dia.Orang kampong aku ker? “…iaitu Tengku Rizkin Ajmin dan Hana Humaira’ akan turun memotong kek dengan diiringi lagu dari Dato’ Siti Nurhaliza,Aku Cinta Padamu.”

Lagu Dato’ Siti berkumandang.Aku dan dia beriringan.Tanganku memaut lengan Rizkin.Tak sangka,pandai juga aku berjalan pakai kasut tinggi ni.Tak sia-sia belajar berjalan.Mau seminggu juga ambil masa nak berlatih.

Aku memegang pisau kek dengan kedua belah tangan diikuti tangan Rizkin yang mendarat di atas.Berdebar juga rasanya.Tambah bila badan dia ada kat belakang ni.Pandai-pandai jer ubah plot ye.Semalam berlatih tak ada pun macam ni.Sekadar genggam tangan aku dari tepi.Ini siap kepung badan aku dari belakang.Maunya tak terkejut.Tapi aku,Hana Humaira’ yang sentiasa cool.Mungkin juga nak kasi gempak lebih.Al-maklumlah,press ramai datang.

Kek dipotong.Tepukan bergema.
Tiba-tiba pengacara majlis menghampiri kami.

“Mari kita dengar ucapan ringkas dari kedua mempelai yang sama cantik sama padan. Tengku?”

Mikrofon bertukar tangan.

“Saya bersyukur majlis resepsi hari ini berjalan dengan lancar.Doakanlah perkahwinan saya ini akan kekal dan bahagia aman selama-lamanya.Dan…”Aku cebik.Huh,bahagia konon.Kekal konon.Ate,yang kontrak tu siapa yang nak jawab. “…kami dikurniakan anak secepat mungkin dan seramai mungkin.”
Ketawa meletus dari para tetamu.Aku pula maunya tak terkejut bukan main.Sedap mulutnya baca skrip.Malulah aku.Walaupun benda yang dia cakap tadi tak akan langsung terjadi tapi aku sebagai seorang perempuan mestilah malu bila dengar cakap macam tu.

“Dan Puan Hana?”Mikrofon dihulurkan padaku.Siaplah kau.

“Harapan saya sama juga macam suami saya yang tercinta ni…Err sebagai bukti kasih,saya nak buat permintaan boleh??Abang??”mataku memandang Rizkin.Mungkin dapat membaca bala yang aku nak bagi,mukanya serba salah.Nak tolak depan tetamu ramai macam ni,rasanya dia tak akan.Akhirnya,angguk.

“Hana nak abang nyanyikan lagu untuk Hana.”

Seluruh dewan bertepuk tangan.Rizkin muka tak percaya.Aku muka selamba.Para tetamu teruja.

Dengan penuh gentleman,Rizkin mencapai mikrofon dariku.
“Suara saya memang tak sedap.Tapi demi isteri yang tercinta,saya nyanyi juga.Tapi kalau hujan,jangan salahkan saya.”seluruh dewan bergema dengan tawa.

Entah lagu apa dia nak nyanyi.Jangan lagu Halimah Jongang sudahlah.Maunya aku baling dengan sudu garfu.

Sunggu Indahnya hari berlalu,
Menunggu kasih tambatan hati,
Ingin rasanya selalu berbagi,
Bersamanya kala suatu nanti,

Dia memeluk pinggangku.
“Sebelum abang jumpa Hana,hidup abang tak bermakna.Abang rasa hidup abang tak lengkap.Selalu keresahan.”Matanya tepat memanah mataku.

Andaikan kau jadi milikku,
Selaluku nyanyikan lagu rindu,
Andainya kau dan aku bersatu,
Dunia ini berseri selalu.

“Tapi sekarang,Hana dah jadi milik abang.Tak ada perkataan yang dapat bayangkan betapa indahnya perasaan abang ni.Kalau mampu,abang nak sayang x-ray hati abang ni.Biar sayang nampak betapa dalamnya rindu dan cinta abang.”Dan aku…bagaikan terpukau.Tergamam dengar kata-kata dan bait-bait yang keluar dari mulut Rizkin.Puitis dan umpama api yang mencairkan kekebalan hati.

Ku ingin dirimu dekat dihatiku,
Berdua kita kan raih bahagia,
Ku ingin dirimu turut,
Rasa rindu tuk menatap matamu,
Menatap matamu…

Habis sahaja ayat terakhir,sebuah kucupan hinggap dikedua belah pipiku.Umpama masa terhenti,mata kami saling berpandangan.Sukar untuk aku tafsirkan makna pandangan mata Rizkin.Yang pasti anak mata coklat ini kelihatan sungguh…

Tepukan bergema mengembalikan aku kealam nyata.Ya Allah..apa yang aku fikirkan.Lakonan Hana,Hanya lakonan.Lakonan untuk mengaburi semua orang yang kami adalah pasangan yang paling bahagia.Padahal…Ah…Apalah aku ni.

……………………………………………………………..

“Ayob!!”aku tampar bahu lelaki yang berbaju melayu peach itu. Ayob hanya senyum.Manis betul.

“Tahniah Hana.Kau cantik betul.Macam Cucup!”Terus lagi aku tampar bahu dia.Ada ker samakan aku dengan Cucup,perempuan tiga suku kat kampong aku.Tak berakal betul Ayob ni.

Sebab dah bosan sangat berkepit dengan Rizkin nak layan tetamu,aku lari jer dekat Ayob ni.Malas nak jumpa dengan perempuan-perempuan gedik yang jelas sangat jengkil bila tengok aku.Mesti fikir yang aku tak padan dengan Rizkin dan dah ambil alih tempat yang sepatutnya diorang dapat.Dahlah pula nak kena cakap guna I,You.Huh..tak kuasa aku.

“Hantulah kau ni.Mana kau menghilang ha?Aku nikah hari tu pun kau tak datang.Dahlah sebab kau aku kena nikah dengan mafia tu.”Aku buat muka.Betullah,sebelum aku setuju nak kahwin dengan Rizkin,beria mak cakap aku kena korban sebab nak selamatkan Ayob.Patutnya, aku marahkan Ayob,tapi entahlah.

“Macam tak percaya jer kau tak ikhlas kahwin dengan Tengku kaya tu.Tadi bukan main romantic lagi nyanyi lagu Aril.Kembang tekak aku tengok.”Dia mengusik.Aku hanya buat selamba. “Aku tak datang kau nikah hari tu sebab ada hal.”

“Ada hal?Ker makan hati.”saja nak provokasi.

Ayob jungkit kening. “Makan hati?Apalah kau merepek ni.Tak adanya aku makan hati.Bukannya aku ada hati dengan kau pon.”Aku tepuk dahi.Lain yang aku tanya,lain pula dia faham.Aku maksudkan Rizkin,bukannya aku.

“By the way,aku nak kenalkan makwe aku kat kau.Kejap nanti dia datang.Tadi pergi tandas.Mesti kau terkejut punya.”

“Mana tak terkejut kalau kau couple dengan Cucup.”Aku ketawa kuat.

“Kureng!”bahu aku ditepuk dari belakang.Bila aku paling.. “Boleh kau panggil aku Cucup!”

“Ya Allah,Umi!”terus aku peluk dia.Kami berdakapan erat.

“Lamanya tak jumpa kau!Macam mana kau boleh ada kat sini?Takkan betul kau couple dengan Ayob!”aku teruja.Tetamu disekeliling memerhati.

“Nehi for ever okey!Aku baru transfer U.Kebetulan jumpa Ayob,dia ajak aku datang.Tak sangka betul kau Hana Humaira’ yang kahwin dengan Tengku Rizin Ajmin.Aku ingatkan Hana lain.”

Aku hanya ketawa mengekek.Seronok sangat dapat jumpa Umi.Dah lama betul kami tak bersua sejak keluarga Umi pindah ke Melaka bila umur 14 tahun.Kiranya dah 5 tahu kami tak berjumpa.

“Kenapa,sebab aku Nampak lebih cantik?”

“Sebab dah kurus.Kan dulu kau gendut.Molenlah katakan.”Dia mengusik lagi.Aku dan Ayob ketawa.

“Ayob,ni dah jumpa Umi balik,bila nak luahkan cinta?”aku kenyit mata pada Ayob.Dia garu kepala.

“Nantilah.Ini baru jer jumpa.Nanti Umi ingat aku gelojoh.Nanti dia reject aku buat kali kedua pula.”Lagi sekali ketawa meletus.

Betul.Waktu zaman muda belia dulu,pernah Ayob cakap sukakan Umi.Tak sangka Umi reject sebab ramai cakap mereka dua sama-sama ada hati.Tengok-tengok lain pula jadinya.Bila jer Umi pindah,lagilah merana hati Ayob.Tapi bak kata Ayob,kalau betul dia ada jodoh dengan Umi,mesti akan jumpa balik.urm..ada jodoh ni.

“Nanti jangan lupa buka hadiah aku.Gunakanlah dengan sebaik mungkin ye…”kata-kata Umi penuh suspend lah pula. Aku hanya ketawa.

“Hana..”Ketiga-tiga kepala berpaling pada pemilik suara.Oh..Encik Hazrik. “Tahniah!Awak cantik.”

“Terima kasih.Terima kasih.”Aku angguk kepala.Lagi? “Awak dah makan ker?”

“Saya dah makan.makan sebelum pengantin lagi.Saja tunggu nak jumpa awak dulu.”

Aku Cuma sengeh. “Oh ya,kenalkan kawan saya,Umi.Dan rasanya awak dah kenal kot sepupu saya,Ayob.”

…………………………………………………………….

Punyalah banyak hadiah.Tambah pula semuanya besar-besar.Mula-mula teruja juga aku nak membuka balutan hadiah.Tapi bila dah banyak sangat..tak larat pula!Nasib baik semua ahli keluarga turut nak tolong buka hadiah.Sampaikan nenek pun mencemar dulu.Mak Jah dan Pak Mat pun siap nak bermalam kat villa ni memandangkan badan penat.Sedara-mara yang lain awal-awal lagi dah balik.

“Pemalaslah kau ni.Cuba buat muka teruja.Nanti apa pula kata nenek.”Rizkin bisik ditelinga.Huh,nasib baiklah aku bertudung sekarang,kalau tak maunya rasa air liur dia merembes menusuk ke lubang telinga aku ni.

Malas nak bergaduh dengan dia,aku buat-buatlah semangat.

“Hana..”aku angkat muka pandang nenek. “Kalau dah tak larat,naiklah dulu.”

Aku sengeh.Eh…malulah pula. “Taklah nek,Hana semangat ni nak buka hadiah.Nek jangan risaulah.”Ish…takkanlah aku nak mengaku yang aku memang dah penat dan tak sabar-sabar nak masuk bilik.Nanti lain pula fikiran diorang.Ingat aku dah gatal sangat.Al-maklumlah,malam ni kali pertama sebilik dengan Rizkin.

“Cakap ajalah dah tak sabar Hana!”kata-kata tu mengundang tawa seisi rumah.Ceh.Dasar sepupu tak boleh bawa muafakat.Kenakan aku aja kerjanya.Kan bagus kalau dia balik awal.Ini sibuk juga nak bermalam kat sini.

Penyudahnya,aku buat-buat tak tahu.Tanganku mencapai bungkusan hadiah berwarna hijau pucuk pisang.Wa…dari Ayob.Mulia juga hati dia ya siap nak bagi hadiah.Ingatkan tak berhati perut.

“Eh,hadiah aku.Bukalah cepat!”Ayob teruja.Dia ni memang tak reti nak malu-malu langsung.Depan keluarga Tengku ni pun nak tunjuk perangai.Aku ni lainlah,memang menantu keluarga ni.

“Ayob!”Tak lama,aku jerit.Semua pakat pandang.Bila jer tengok hadiah yang ada ditangan aku,semua gelak.

“Sorry.”Ayob tahan gelak. “Aku tak ada duit nak beli benda mahal-mahal.Kira Drypers tu jadi perangsanglah biar aku dapat anak sedara cepat.”

Aku buat muka.Hampeh.Agaknyalahkan,ada juga ker orang lain bagi hadiah lampin pakai buang kat pengantin?Sungguh tak bermoral.Aku pandang Rizkin,dia pon gelak juga.Seronok sangat ker?

Hampir tengah malam,semua hadiah dah dibuka.Cuma bungkusan berwarna merah jambu jer yang aku tak buka.Hadiah dari Umi.Aku tak berani nak buka depan semua orang sebab pada kad di depan Umi dah bagi amaran jangan buka depan orang,nanti menyesal.Nasib baiklah Si Ayob tak buka cepat walaupun dia yang Nampak bungkusan tu dulu.

Masuk jer bilik,aku tengok lampu bilik air dah terpasang.Mesti Rizkin tengah mandi.Aku?Nak buat apa dekat bilik yang besar ni?Rasanya mafia tu mesti mandi lama.

Bungkusan hadiah Umi,aku letakkan di atas katil.Aku capai tuala dan menuju ke bilik lamaku di tingkat bawah.

Krekk..

Terjojol mataku.Tangan yang dari tadi sibuk menggosok rambut yang basah terus terhenti.Badan yang barunya segar selepas mandi rasa berbahang.Rizkin pula buat muka toya sambil memegang hadiah Umi yang sudah selamat di buka.

Cepat aku rampas baju tidur berwarna merah garang itu dari tangan Rizkin.Malunya.Apalah Umi bagi hadiah merapik macam tu?

“Tak payahlah nak buka hadiah saya.”aku jeling dia yang tengah duduk di birai katil.Bajet kacaklah tu pakai baju tidur kotak-kotak.Macam Mr Bean lagi ada.

“Hadiah kau,hadiah aku juga.Nice.Sexy and sultry.”kenyit mata. “Test sekali tengok.”

Geli-geleman aku.Ada putus wayar ke nak suruh aku pakai baju macam tu.Depan dia?Huh,kirim salam.Dan Umi,siaplah kau nanti!

“Dah.Malas nak layan awak.Saya penat ni.Turun.Saya nak tidur.”ayat penyata.

“Abang dah nyanyi lagu Aril tadi sebagai bukti cinta.Bila pula sayang nak tunjukkan?”dia bangun.Berdiri tegak menghadap aku.Mak aih,boleh luruh segala bulu macam ni.

“Jangan nak mengada berabang sayang pula.Geli tekak!”aku tolak badan dia hingga terjatuh di atas katil.

Dia ketawa mengekek. “Kau Hana,masih lagi dengan sifat menggelabah kau tu.Agaknya tadi aku nyanyi pon,kau dah syok sendiri.Betul tak?”Rizkin berkata sinis sambil matanya menengadah ke syiling.

“Mana ada!Suara pon macam katak puru.”

“Habis yang kau tenung aku tadi,apasal?Macam nak telan jer gayanya.”

“Hobi!”

Rizkin ketawa.Tak lama,diam pula.Aduh...suasana macam inilah yang aku tak suka.Kayu,kaku,kuku.Udahlah aku berdua jer dengan dia.Dekat dalam bilik.Dalam bilik pengantin.Wangi gila.

“Menung apa!”hampir nak tercabut jantung aku bila suara dia dekat di telinga.Dek kerana terkejut betul,badan tak seimbang dan cepat pula tangan Rizkin paut pinggang aku.

Sekali lagi,suasana di dewan tadi muncul.Mata bertentang sedalam-dalamnya.Seolah-olah ingin mengalirkan apa yang difikirkan.Meskipun tanpa irama daripada mana-mana muzik,namun rentak hati seolah-olah bergabung membentuk irama yang tak bernama.Apa yang pasti,aku dapat rasakan kehangatan nafas dia yang semakin ketara.Anak mata coklat itu pula semakin dekat pada pandangan.Debaran dihati seolah-olah gong yang berbunyi bertalu-talu.

Sedar!

Cepat aku tolak dada Rizkin bila sedar seolah-olah ada satu suara ghaib yang bergema.Rizkin pula seperti tersedar dari mimpi bila dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.Nasib baik...kalau tak...

Aku baring di atas katil betul-betul di tengah.

“Sanalah sikit.Aku pun nak tidur.”

“Awak tidur bawah!”

“Apa pula.Ni katil aku.”

“Saya dah cop dulu.”

“Tak kira,aku nak tidur atas katil.”terdesak.

“Ada saya kisah?”

Rizkin geram.Berbekalkan kekuatannya,dia menolak tubuhku hingga berganjak ketepi.Tanpa berpamitan,dia merebahkan badannya di tepi.

“Hei!”macam sping,aku terus bangun dari pembaringan.

“Kau tidur ajalah kat tepi tu,bukan aku nak buat apa pun.Kalau takut sangat,tidur bawah.”dia dah menutup matanya dengan lengan.

Dengan hati yang sebal,aku turun dari katil.Ambil bantal dan aku rampas selimut yang menutupi badan Rizkin.

....................................................................................

Rizkin bangun.Dia memang langsung tak boleh tidur.Dia merenung Hana yang sedang enak berlingkar di bawah.Sedapnya dia tidur,

Terbayang apa yang berlaku sebentar tadi antara dia dan Hana.Waraskah dia kalau nak katakan sebenarnya dia sedikit terpesona dengan Hana?Dia yakin itu bukan rasa cinta.Habis rasa apa?Argh...Mengarut!

Rizkin tekad.Dia perlu cepat merancang strategi supaya nenek membenarkan mereka tinggal sendiri.Tak mahu...

Ada rasa yang bercambah!
There was an error in this gadget