[[QYQA'S]]

Sunday, November 8, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 10

Aku terjaga.Badan aku ni,rasa sengal ya amat melampau-lampau.Dari posisi duduk,aku bangun mematah-matahkan sendi pinggangku.Ya Allah..lega baik punya.Wajiblah rasa sengal satu badan sebab tidur duduk bersandar kat batang pokok.Dah tu,manalah nak cari katil seempuk kuih bengkang dalam hutan ni.Nak tidur baring,memang aku takut.Bukan takut apa tapi…aku kat dalam hutan ni dengan mafia ye.Jadi kesimpulannya kenalah berhati-hati.

Aku tidur kat batang pokok sebelah Rizkin,asing-asing.Tak adanya aku nak tidur sepokok dengan dia.Tak tingginya daulat dia tu.Aku kerling Rizkin,mak aih…dia tidur!Siap baring lagi sesedap rasa macam ular sawa.Pulak tu beralas dengan daun besar.Entah kat mana dia dapat daun sebesar cadar tu.Tapi aku nak puji dia sikitlah sebab pandai buat unggun api.Kalau tak…memang berchenta dengan binatang buas nanti waktu tidur.

“Aku ni bekas pengakap bertauliah!”dia riak ler.Jadi,tak payah banyak cakap atau nak puji dia sebab dia tu besar kepala.Heh..besar kepala tapi ada semput?Huwarh-huwarh,mafia hitam ada semput deh?Lawak..Nasib baiklah bunyi ranting patah yang aku dengan Rizkin dengar semalam tu tak ada apa-apa pun,kalaulah bala yang datang alamatnya kena lari lagi.Heh..kang semput lagi.

Amma..yang aku ni dok berfikir tu apa pasal?Handset dari dalam pokek aku keluarkan.Ooooo,dah pukul 6.15 pagi,bolehlah nak solat.Tapi,mana nak cari air ni?Dengar bunyi sungai pun tak.Tayamun jer lah.Ni daruratkan?Ok!Bagus Hana.Walau apa pun,tak ada diplomasi kalau nak tinggalkan solat.

Aku melilau.Sekarang ni hutan masih lagi gelap.Dengan gunakan bantuan lampu handset yang agak malu-malu kucing tu,aku cari tempat yang sesuai untuk bertayamum.Selesai bertayamum,aku berdiri dan bertawakal dengan yakinnya kat mana kiblat.Tak ada telekung tapi baju aku dah tutup aurat.Pula tu semalam aku pakai stoking.Jadi,tak ada masalah kan.

Usai solat,aku datang balik kat batang pokok.Aku pandang Rizkin.Er..dia tu solat ker tak ye?Uh..ok,aku kejut jer dia.Aku capai ranting dan tujukan pada badan Rizkin.

“Ish..apa ni…”Rizkin menolak ranting tu.Heh,jolok hidung dialah.
Hasyyyyyum!!Bergema.Hahaha,dia bersin baik punya.Rizkin bangun,muka dia Nampak penat.Eh..buat apa semalam.

“Rizkin!Bangun!Sila bangun!Solat subuh!Minta petunjuk nak keluar hutan ni!Bangun bangun bangun!!”Aku bersuara deras.Rizkin mula bangun dari pembaringan tapi mata dia masih tertutup.Aku jolok telinga dia.

“Apa kes kau ni!Sewel ker?”Rizkin tepis kasar ranting kayu tu.”Kau tahu tak aku penat?Baru jer pagi tadi aku tidur sebab dah berjaga semalaman.Ni kau tetiba jer datang macam apa.Aku dah solat tadi sebelum aku tidur.Ni aku betul-betul baru tidur.”Suara Rizkin keras.Aku tarik mulut bawah.Aiyooo,pasal apa pula dia nak berjaga semalaman?

“Yang awak tak tidur semalam,siapa suruh?”Tapi seingat aku,Rizkin dah baring dulu sebelum aku.Dah betul dia tidur baru aku berani nak tidur.

“Eh kau ingat dalam hutan ni selamat ker kalau tidur tak berlindung ha?Ni bukannya tapak khemah weh.Ni betul-betul hutan.”perkataan betul-betul ditekannya.
“Kau bolehlah nyenyak tidur.Aku ni yang duduk berjaga.Aku saja jer pura-pura tidur sebab aku tahu kau takkan tidur selagi aku tak tidur..”Kali ni suara dia perlahan.Aku…ek??
“Aku nak tidur.Nanti kalau aku dah ada tenaga,aku bangun balik dan kita cari jalan keluar.”serentak dengan itu,dia kembali tidur.

Aku garu kepala.Kenapalah dia nak bersusah payah berjaga?Bukannya ada apa pun.Paranoidlah mamat ni.Tak adanya nak jadi tragedy.Entah betul entah tipu dia bangun solat tadi.Aaah,Rizkin tu bukan boleh percaya.Dia tu mengantuk sebab tak biasa bangun awal.Kan??Jadi Hana Humaira’ tak payahler nak rasa terharu ker apa.

Aku melangkah ke batang pokok.Ni nak buat apa ni?Baca buku?Hikayat hutan yang tebal?Tak pun hikayat Hana tersesat bersama mafia?Urhhh.Duduk bersandar kat batang pokok…tetiba mata jadi Garfield dan…kroooh…Wassalam ye.



Hasyyyyyyyum!!
Mak aih…gatalnya hidung.Aku buka mata.Wa!!!!!
“Oiit!Apa ni!?”aku silangkan tangan kedada bila tengok Rizkin kat depan mata.Dia ketawa.

“Hoi molen!Dah bangun?”Dia mengejek.Chait!!”Dah pukul 9.30 pagi ni.”dia berkata sambil menatap jam kat tangan.Aku bangun dari posisi duduk.

“Sedap tidur?”

“Dah awak tidur,saya pun tidurlah..”nak bela diri.

“Heh..kau tu tidur sampai matahari merajuk.Dah,jom makan.”
Makan?Mendanya nak makan?Tanah?

“Kat sini ada restoren ker?”nak jadi bendul…Tanya soalan bodoh.

Rizkin buat muka sinis.Dia yang berdiri depan aku tadi,berjalan kearah bekas tempat unggun api.Ada buah!

“Eh…mana dapat?”aku teruja.Memang perut dah lapar ni.Aku kan perut stoking.Aku datang dekat Rizkin.

“Aku dapat waktu tengah tidur tadi.Ada bidadari bagi.”Chait….asallah dia tak boleh bagi jawapan yang menepati skema?Kenapa mesti nak sindir aku yang baik hati ni?

“Dah..tak payah nak buat muka kesian.Duduklah.Kalau kau tak nak,aku lahap sorang-sorang.”Dia dah duduk.Aku pun duduk juga.Bila masa entah aku buat muka kesian.

“Aku pergi cari tadi.Dapatlah buah ni..”sambil tu buah dah masuk dalam mulut.Ooohh,dia cari.Pandainya.Tapi…

“Eh,boleh makan ker?Entah-entah ni buah racun?”betullah,kat tengah hutan ni.Lepas tu,tak pernah makan pun sepsis buah ni.

“Banyak songehlah kau ni.”kunyahan dia terhenti.”Sebelum aku petik,aku dah kajilah.Aku ada Nampak monyet makan.Tengok okey jer.Makan jerlah.Kalau kau keracunan pun aku tak kisah..”

Hak endah mafia ni..Huh..Aku ambil sebiji dan makan.Hurm..manis oooo..makan dan makan.

“Awak memang pengakap ker dulu?”soalan rambang,baik cakap dari sunyi.Rasa pelik.

“Hurm..”khusyuk makan.

“Banyak pengalamanlah ni?”

“Hurm..”

“Mesti seronok kan?

“Hurm..”
Aduh dia ni..aku punyalah berchenta nak Tanya soalan,dia?Hurm…Hurm…Hurm..
Menyampah betul aku.Selalu,ada jer modal nak cari gaduh dengan aku.

“Apalah awak ni,saya Tanya jawab sepatah.Macam cakap dengan tunggul!”

“Pergilah cakap dengan tunggul tu.”mulutnya menjuih.Chait!!!Benci.Okey..aku diam jer.Memang rasa sengal kalau cakap dengan orang yang kadang kala wayar terputus ni.Kejap tadi boleh pula nak cakap dengan aku,ni datang aura lain pula.

Selesai makan.Tapi jujurnya perut aku ni masih tak kenyang.Tapi okeylah daripada tak ada apa kan.Kami bangun.

Dia jalan.Aku ikut jerlah.Nanti kalau Tanya..jawapannya menyakitkan hati.Apasal cepat sangat emosi dia berubah?Hormon tak cukup tu.

Kami berjalan dan terus berjalan.Ni betul ker ni jalan keluar?Ish..Rizkin ni macam buat-buat tahu jer.Kalau lagi sesat,nak buat macam mana?Kami sampai di dua persimpangan.Rizkin bergerak kekanan namun aku static.

“Nak jadi tunggul kat situ ker?”Rizkin berpaling kebelakang bila aku tak gerak.

“Saya nak ikut jalan yang ni.”jari telunjuk aku terangkat ke sebelah kiri.Dahi Rizkin berkerut.

“Aku rasa ikut jalan ni lagi bagus.”

“Sebab?”

“Sebab aku nak ikut jalan ni!”dia berdegus.“Kalau kau nak ikut jalan tu,silakan.Kalau jadi apa-apa aku tak mau tanggung.”

Aku tarik mulut bawah.”Awak ingat saya takut ker ha?Tak takutlah.Okey,saya akan ikut jalan ni!”akuterus berjalan meninggalkan Rizkin.Huh mafia tu,makin lama nak tujuk ego konon.
Biar aku kena baham harimau daripada kena tunduk dengan arahan dia tu.Apa ingat mandat besar sangat???



Hana terus berjalan meredah hutan.Tapi kenapa rasa macam ada yang ikut kat belakang?Rasa macam diperhatikan.Dup dap dup dap rasanya jantung ni berjalan.Hana terus jalan secepat yang mungkin.Sambil tu tak putus-putus dia berdoa.Wa..janganlah berlaku apa-apa.

Hana berdiri static.Tak tahu kenapa tapi hati rasa tak sedap.Seketika kemudian,dia menarik nafas.Timbul perasaan sesal sebab tak ikut Rizkin.Walaupun Rizkin tu menyakitkan hati tapi sekurang-kurangnya ada juga orang nak bagi perlindungan.

Aaaa..apasal pula ni?Dah jom jalan.Baru jer kaki nak jalan,terasa tak boleh gerak.Apa kes?Kaki oh..janganlah nak mogok pula..Hana pandang bawah.

Ya ALLAH!!!!!!!!!Ular sawa tengah sedap membelit kakinya.Hana rasa nak jerit tapi tak terkeluar.Bulu romanya dah naik.Air matanya terasa nak terjatuh.Tolonglah…Sikit masa nanti,ular tu dah boleh nak belit seluruh tubuhnya dan wassalam.

Tak sedar air matanya menitik.Menyesal dengan ego sendiri.Kalaulah tadi tak ego sangat,tak jadi macam ni.Apa nak bua sekarang Ya Allah??Berikanlah bantuan.Hana menutup matanya perlahan.Dia dah tak berdaya.

Hana terus tutup mata.Mengalah?Ya lah tu.Sebab dah tak tahu nak buat apa.Hana terus pejam mata.

Seketika kemudian,terasa kepalanya diketuk.Kali ni apa pula?
“Dah,buka mata tu!Tak payah nak nangis..”Hana kenal suara tu.Hana buka mata perlahan.Terjegul wajah Rizkin..

Kakinya dipandang.
“Tak payah nak pandang bawah.Bendalah tu dah pergi.”kata-kata Rizkin membuatkan Hana bulat mata.Pantas tangan meraup muka.Syukur Ya Allah…

Wajah putih didepannya ditatap,dia dah jadi hero kali ni!Ikut hati nak peluk jer sebab dah selamatkan nyawa.Tapi,akal masih ada.Haram..

“Baik kau lap air mata kau tu,lawak!”Rizkin sengeh.Lawak betul bila tengok perempuan kampung ni menangis.Nasib baiklah hati dia tak tergamak nak biarkan Hana ni jalan sorang-sorang.Dah tu,ikut Hana jalan belakang.Bila tengok kaki Hana dah kena belit dengan ular,cepat-cepat dia cari kayu dan bakar..Lepas tu,suakan kat ular tu.Nasib baik mau pergi.

Hana mengambil hujung selendangnya dan mengelap matanya.Ish..buat malu jer nangis tadi.

“Mana ada nangislah!Mata masuk habuk tadi.Kalau awak tak datang tadi pun bukannya ada apa pun..”Hana menjawab.

Rizkin buat muka.Ingatkan aku ni jer yang ego besar gajah,si molen ni pun 2x5 jer!
“Bukannya ada apa pun..”Rizkin buat nada mengejek.“Kalau aku tak datang tadi,agaknya kau terus menangis tak buat apa.Terus nak serah nasib mati cam tu jer..”

Hana tarik muka.Rizkin sinis.Eh..lawa juga muka budak ni ye..Aaaa dah Rizkin,tak payah!
“Jom,terus jalan..”

Jalan dan terus jalan.Rizkin mengerling Hana.Lambatnya dia ni jalan.Mesti fikir lagi pasal benda tadi tu.Rizkin mencapai lengan Hana berniat mahu Hana jalan lebih cepat.Namun Hana pantas merentap.Wa..tu baru pegang berlapik tu..

“Asal pula nak pegang-pegang saya?Awak jangan ingat awak dah selamatkan saya,awak boleh nak pegang saya ek..”

“Eh..kau ingat aku lahap ker nak pegang kau?Tolong sikit ye,kau tu jalan macam siput khinzir,lembab sangat..”Rizkin membela diri.

Hana berhenti berjalan.Rizkin pun sama.Apakehelnyer lagi budak kampung ni?Dilihatnya Hana mengutip ranting panjang lebih kurang 2 jengkal.Hana angkat ranting tersebut.

“Awak pegang belah utara,saya pegang belah selatan.Ha..Selamat kan?Tak payahlah awak nak pegang-pegang saya.”Kening Hana terangkat.Rizkin angkat bahu kanan.Ikut jerlah.Kedua-duanya terus memegang ranting tersebut sambil berjalan.Konon-kononnya ranting tu jadi penyambung antara mereka lah tu.

Mereka terus berjalan lagi.Harap dapat keluar.Rasanya hutan macam ni tak tebal kot.Rizkin bulat mata dan pandang Hana.

“Did you hear what I’m hear molen?”

Hana pandang Rizkin.Tangan kanannya naik ketelinga cuba menecam bunyi yang Rizkin dengar.

“Bunyi air!!!”Hana girang.Yabedabedu……..

“Jom cari datang dari mana.”




Aku seronok.Rizkin pun sama.Wa….dah sampai kat sungai weh..Sukanya.Aku rasa ni hulu sungai.Airnya betul-betul segar.Tak tunggu dah,terus jer aku minum.Huh..leganya.

“Eh,kau minum air tu?”Rizkin bertanya.Aku angguk.

“Lah…aku baru jer…”mata Rizkin menghala pada bahagian sungai yang lebih atas sikit dari tempat aku minum.Arrr..janganlah dia cakap yang dia dah buang air kecil dan aku pula dah minum.Tapi dari riak muka dia tu…wa..susah nak ditafsirkan.

“Aku ludah…”Rizkin ketawa.Ha..seronoklah sebab dapat kenakan aku.

“Bila nak berangkat balik ni?”aku bertanya.Malas nak layan.

“Kita stay dulu kat sini,tak mau?”cadangan keluar.Nada dia dah mula serius.
“Sekarang dah pukul 3.00 petang.Hutan ni cepat jer gelap.Aku rasa kalau gerak pun tak jauh mana.Kalau stay dulu kat sini,ada juga bekalan air..”Rizkin garu hidung.

Betul juga tu..Tapi..
“Aaa apa kata kalau kita jalan jer ikut anak sungai ni.Bila dah petang betul baru kita berhenti nak?Kita tak bazir masa dan dekat juga dengan bekalan air.”

“Okey.Jom solat dulu lah.”

Aku angguk.Seronoknya,kalau tadi solat guna tayamum,ni dah boleh ambil air sembahyang dah..Suka suka suka…

Selesai solat,kami terus berjalan.Sambil tu bila berjalan,Rizkin tangkap anak ikan dan bubuh kat daun.Ha..boleh makan buat lauk.Tadi waktu berhenti,tak makan pun.Eh..main berhenti-berhenti ni macam kat R&R pula dah..

Bila jer aku tengok handset,dah pukul 5.00 petang.Dah mula gelap dah.Betullah cakap Rizkin,hutan ni cepat betul gelap.Dah tu,nama pun hutan..

Kami berhenti.

Hutan makin gelap.Aku lepas jer solat asar tadi terus nak simpan air sembahyang,malas nak ambil banyak-banyak kali.Tapi hasrat terbantut bila Rizkin suruh aku siang ikan.Wa..nak pakai apa nya?Pisau pun tak ada.Jadi,dengan penuh keyakinan,aku belah jer perut ikan dengan jari.Nasib baik ikannya kecil.Tapi banyak..Nak kata geli,tak pun..Dah biasa,Lainlah kalau ular..okey,tak mau sebut lagi!

Lepas maghrib,ikan dibakar.Baru aku tahu,rupanya Rizkin buat kayu api dengan lighter.Ceh..ingatkan pandai sangat.

“Awak merokok ker?”aku Tanya.Dah tu,buat apa simpan lighter?

Rizkin pandang aku.”Cubalah anjakan paradigma sikit kau punya pemikiran tu?Asal simpan lighter jer perokok ek?”

Aku tarik mulut bawah.”Tanya jer.Tu pun nak marah.Tak cukup hormone betullah..Tak nak jawab sudah..”

Kesudahannya,persoalan aku tadi tak terjawab.Baik lah berchenta dengan ikan-ikan ni.Hurm..sedap!Memang sedap!Perut lapar,semua pun sedap..





Pukul 8.15 di villa Tengku Rubiah.
“Jadi Tengku,apa nak cakap ni?Tengku Rizkin dengan Hana tak ada.Ni live pula tu.”Sya bersuara.

“Awak jangan risau.Bila jer mula rancangan tu,buat apa yang patut.Bila dah tiba masa nak umumkan penyingkiran,awak halakan kamera pada saya dan saya akan cakap.”Tengku Rubiah tenang.

“Apa yang Tengku nak cakap?”Sya nak tahu.

“Awak akan tahu nanti.”tegas nadanya.Sya dah tak berani nak cakap apa.Dia meninggalkan Tengku Rubiah dan menghampiri finalis yang lain.

“So Sya,how?”Eurica bersuara.

“Wait and see..”

“Ceritalah Sya..”Zarra pula masuk sama.

Sya buat muka serius.”After this okey.Cepat bersedia.In 10 minutes will start.”

Semua akur.Dalam 10 minit,rancangan dimulakan.Yang uniknya,tak ada pengacara.Cuma suara latar jer.Program ni dimulakan dengan imbasan aktiviti yang dibuat sepanjang minggu.Kemudian pandangan finalis.

Tiba waktunya,penyingkiran.Muncul Tengku Rubiah duduk dikerusi khas yang ada diantara finalis.

“Assalamualaikum semua…”mukaddimah.

“Seperti yang semua Nampak,hari ni Tengku Rizkin Ajmin dan Hana Humaira’ tak ada diantara kita.Kemanakah mereka berdua?”nada suspend.

“Sebelum saya mendedahkan dimanakah mereka,saya nak bacakan balik kontrak Program Pilih Hati ni.”Kertas ditangan diangkat.
“Fasa 4,Tengku Rubiah berhak mengubah kontrak ini dan mengawal sepenuhnya peraturan kontrak..”

Kata-kata Tengku Rubiah membuatkan para finalis berpandangan antara satu sama lain.Kenapa?Apa kaitan dengan kontrak pula.

“Rizkin dah buat keputusan bahawa dia nak pilih Hana Humaira’ sebagai isterinya dan sebab itu mereka tak ada disini sekarang!”

Jangankan para finalis,kru produksi pun terkejut!Abang kamera,si Hazrik lagi terkejut badak.Rizkin dengan Hana apa?

Che Nah yang menonton dari rumah tersedak.Apa yang Tengku Rubiah cakap tadi?Che Su disebelah dipandang.

“Akak…Hana dapat jadi isteri Tengku?”Che Su,mak si Ayob tak percaya.Che Nah geleng.Tak mau cakap banyak.Terus pandang TV balik.

“Dan saya dah bersetuju.Jadi,secara rasminya Program Pilih Hati ni berakhir disini..Dan menurut fasa 5 bila saya ubah kontrak,para finalis akan diberi pampas an.”

Semua terpempam.Tak percaya.Biar betul Tengku Rubiah ni?Entah-entah tak berapa nak betul ni?

“Kita kembali selepas ini.”

Iklan ambil alih.Semua meluru ke arah Tengku Rubiah.
“Why Tengku?Why?”Eurica terus bersuara.Mukanya Nampak tak puas hati tahap hiperbola punya dinosaurs.

Tengku Rubiah tenang.
“Awak dengar kan apa yang saya cakap tadi?”

“You lied!”

“Semalam Rizkin ada telefon saya.Dan seperti yang awak semua dengar tadi,dia pilih Hana Humaira’..”masih lagi tenang.

“Tak mungkin!Tengku Rizkin tak suka Hana!He hate the ugly village girl very much!”Zarra pula.

“Kita tak akan tahu apa yang ada dalam hati Rizkin.Saya pun terkejut.Jadi,bila dia dah pilih Hana,saya terus setuju.”

“Jadi,diorang ada kat mana sekarang ni?”Sya menyoal.

“Will know soon..”

Para finalis tak puas hati.Hazrik yang dengar mula berfikir.Tak..tak mungkin Rizkin dengan Hana?Mesti ada yang tak betul ni.Hazrik yakin sangat-sangat.Dia tak tahu apa,tapi seperkara yang perlu dirungkaikan.Tak mungkin Hana boleh nak terima Rizkin yang dipanggil mafia tu.



Tersedak-sedak aku dengan Rizkin.Siapa yang kutuk aku dengan dia ni ha?Rizkin pandang aku,aku pandang dia.Entah…hati rasa tak sedap semacam ni..Memang tak sedap.Entah-entah mafia ni pun dapat rasakan apa yang aku rasa tak?Apa ye sebenarnya?

*
siap jg n3 kali ni,huhuhu..pikir2 balik,tak payahlah bagi pilihan ek...tak per kan..ok enjoy n sila hentam jika tak best...tegur jika silap...cayang sume...

19 comments:

Farah Shamsudin said...

hu~
ske2...
comey ler.
ho...

Anonymous said...

harap en3 strsnya cpt upload...xsbr nk bc...

epy elina said...

huuhuhuhu...
best2 tp hbs la hana klu kawen ngn rizkin, mst rizkin buli...
hazrik ske hana ke?
x sbr nak tngu n3...

qyqa said...

farah..TQ3!!!!

Anonymous..aaa,qyqa akan cuba cepatkan,he3..
tgk la kerajinan menaip dan ilham nak dtg..

epy elina..memg Rizkin tu ska buli pun kan??
ekekeke

keSENGALan teserlah.. said...

wahaaaaaaa...
time kat hutan nieh la masing2 depend each other..
suke2..
sweet n coolioo glee rizkin..
hehe...
waaaa..suspen2..
smbung2..

Captain Rowx! said...

Salam.

Qyqa, thanx.
Siapkan entri nih mesti Qyqa tak cukup oksigen nak bernafas, kan?

=D

Semoga ilham Allah untuk Qyqa dipermudahkan.
Amin.

;)

Jalan cerita yg sgt tak dijangka, dan mukaddimah setiap entri Qyqa mesti melencong ke arah lain dulu sblm flashback balik citer entri sblmnya.

Mcm entri nih.

Besh, besh, besh..
Syuke, syuke, syuke..

Ngee!

~maryam kamal~

hana_aniz said...

wakakaka... abis la kne kawin.
cm ne la hidup dorg nnt?

qyqa said...

zatie..
huhuhu..
coolioo..sedap pula perkataan tu,he3..

captain rowx..
ingatkan sape tadi,rupanya cik maryam kita,he3..
prihatin la maryam ni,qyqa pun baru perasan yg qyqa ska tulis cam tu..
eer,anggap jer yg tu cara menulis qyqa,he3..
TQ..

hana..
haha,hdp mungkin celaru kot,ekeke..

Maryam Kamal said...

Qyqa,
'mafia ada semput..'

macam kenal jer ayat tuh..
(mcm yg maryam komen kat CC 9. perasan sungguh maryam ni, kan? =D)

and,
kdg2n dlm hidup nih kena perasan sbb kita ada perasaan.
;)

(ada satu benda ag nak ckp tp lupa seyh!)

nanti la maryam komen lagy.lagy manyak, lagy masyukk!

=D

Wallahu'alam.

fzm2 said...

waaaaa
brhati per0t gak
c rizkin nih!
huhuhuh
smb0nk2

eiynna_kechik said...

bestnyer..bila nak sambung nie..heheee

qyqa said...

maryam..
he3..memg ciplak ckit ayat maryam..menarik tu..
aaa..komen jer banyak2..qyqa suka apa,he3..

fzm2..
kang buat rizkin kejam jadi ganas pula cter ni,ekeke...

eiynna..
TQ3!!!

Maryam Kamal said...

Cak aa!

Qyqa,
buat kali ketiga, maryam komen lagi..

baru teringat..

cik kak,
apsal byk typing error?
setting elok2 microsoft word tuh..
xde la yg spatutnya huruf kecik jd huruf besar.
then satu dua perkataan tertinggal huruf...
mungkin sbb Qyqa nak cepat kan..
xpelah. learn from mistakes k..

then..

besar nya mandat Rizkin nak tangkap anak ikan bubuh dlm daun..
ikan apa?
sepat? guppy?
xmeronta2 ke ikan tuh?
ke bubuh dlm periuk kera?

agk x logik la part nih..
tetambah ag siang ikan ngan tangan..
mesti kuku hana tajam standard pisau, an?

;)

Qyqa, maafla yer.
kalo maryam komen, mesti berkajang-kajang panjangnya..

ampunn!

demi kebaikan temanku.. ;)

qyqa said...

aaaa...
memg banyak typing error tu..
nak edit microsof word pun x reti,ekeke..
tu yg tanya tu bole jd besar..
huhuhu..

x logik ek???
sebab qyqa pk anak ikan sungai cepat mati..
kecil kan..bukannya ikan keli..
daun dalam hutan tu banyak lebar,he3..
dah ikan tu kecik,so hana bole la guna kuku,he3..
boleh rasanya,
tak per nanti qyqa nak try wat,he3..
kulit ikan tak liat..
he3..

x kesah..
komen jer..
qyqa suka per..
sahabat prihatin la namanya tu..

kan kan kan..
ekeke..

Azlin 773 said...

Hai tikah .... bez bez bez lah...
For me lahhh.... pengumuman Tg Ruby tu akan mencelarukan plot coz binaan plot dah berlaku pelarian dari kronologinya... Tak apa...ada kezutan kat situ!!! Its OK...butt...beware jugak...kdg2 boleh mencelarukan plot dan menurunkan kadar perumitan plot dgn cepat...BUT...i know u can hendle this !! Congrats !!! ....

Anonymous said...

blerw n3 yg keseterusnya nk ciap....bezt gler...

Maryam Kamal said...

qyqa MUSTI boleh nyer..

kan kan kan..?

;)

(buat kali keempatnya..hrp Qyqa x jemu)

=D

qyqa said...

aaaaa...
sifu!!!!
wa,kronologinya susah nak ditafsirkan dah skrg ni,he3....

anonymous..
tgu ye..TQ!!!!

my VVIP....
cik yam!!!!!!!
with my pleasure ok...

Qyqa's VVIP said...

qyqa..

gaya mandat besar la tuh pggil org cik yam, huh?
ngee!
cmna la qyqa ley tau tu my famous nickname??
memang famous amos sumguh!

;)