[[QYQA'S]]

Wednesday, June 23, 2010

Kita clash kejap.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Kenapa nak clash?"

"Sebab..."

"You ada perempuan lain ye?"

"Bukan.Sebab..."

"You dah tak sayangkan I?"

"Bukanlah!I nak tumpukan pada Spm!That's the point. I tak mahu fikiran I terganggu.Ramai sangat yang letak harapan pada I. I tak mahu sebab percintaan,I gagal."

"Jadi you anggap I ni pengganggu?"

"No.I nak you pun berjaya sama.I janji,lepas SPM kita couple balik."

............................................................

Berdebarlah tu ye?Haha. Sorry. Ini bukan novel baru atau cerpen baru. Sekadar mukaddimah untuk entri santai ini. Baiklah cepat bagi hukuman sebab saya dah langgar pantang on line waktu sekolah. Ketuk kepala..eh jangan. Er..cubit manja okey kot. Ala,releks sekejap baru habis koko. Ini yang melemahkan cik adik,bila agaknya koko nak berhenti? Malas...

Hari ni dah dapat semua result exam kecuali PJK. Ha..esok nak bincang.Kira halal lah tolak PJK jadi dapat semua result.Secara keseluruhan..agak tak berapa puas hati. Ye,result sangat tak membanggakan. Tak boleh nak collect banyak A macam kutip buah rambutan jatuh seperti Yeng Teng.Huh that's girl I tell you,very clever.Memang salute dia lebih lebih.

Dan sekarang,mahulah saya mencoretkan markah siput saya tu.
Kalau terfikir yang saya ni tak sedar diri sebab nak pula tulis result kat blog walaupun result siput,silakan.Biar jadi fire saya untuk rajin belajar.Sebab saya adalah antara jutaan manusia yang mempunyai sifat malas yang melampau.Bayangkan,baru buka buku BIOLOGY pun dah pening. Baca bab cell division terbayang telur dadar yang berpecah apabila dikocak.Huh.This girl...bad bad.Geleng lagi kepala.

BM-76....A-
BI-73....B+

MM-86...A

SJ-76....A-

BIO-57....C-

KIM-56....C-

FIZ-73....B+

PQS-72....B+

PSI-80....A

MT-77....A-

BAT-58...C-

Secara konklusinya,result kali ini membuahkan, 2A, 3A-, 3B+, 3C-.
wa..sungguh teruk.Tapi syukur sebab ada peningkatan dalam beberapa subjek macam mate tam.Tapi yang sangat terkejut tengok markah KIMIA lebih rendah dari BIOLOGI.Tara percaya..Hakikatnya,saya sangat suka kimia lebih dari bio.

Jadi,apa kaitannya dengan drama sebabak Era yang kat atas tu?Okey.Macam ni.Sekarang dah bulan 6.What????Ya..bulan 6.Maka,semakin hampir saya nak TRIAL SPM...........SPM.
Memandangkan diri ni bukanlah span yang boleh serap air sekaligus,maka saya dah bertekad mahu clash sebentar dengan blog centa hati ni menjelang bulan JULAI yang akan menjengah lagi berapa hari lagi.

Tapi sebelum itu saya janji saya akan post CC 20 pada minggu ni atau selewat-lewatnya pada minggu depan sebagai farewell entry.Tanda saya amat suka menulis dan menghargai mereka yang banyak turunkan jari pada keyboard untuk memberi komen2 yang bernas.Terasa hidup amat gembira bila baca komen2 yang menjana.

Harap semua dapat merestuilah apa yang saya buat ni.Semua pun tahu SPM is the most important exam dalam hidup ni.Jadi saya mahu fokus dengan pelajaran dan lupakan dulu minat saya pada blog ni.Semestinya bila dah habis SPM, saya akan kembali berblog.Kembali rajin double untuk up date.

Kita akan selalu date lagi.Jangan risau.Betul.Ya,kita kembali couple bila saya sudah habis SPM..

Sunday, June 20, 2010

chomelnya chenta!! 19

Majlis persandingan..

Seumur hidup aku sebagai seorang budak kampung,tak pernah sekalipun aku bayangkan yang aku akan diraikan bagai seorang anak raja di majlis persandingan aku.Tak pernah!

Sebab aku sedar,aku bukanlah Cinderella yang ada ibu pari-pari yang boleh tukarkan baju kain buruk secantik gaun putih Taylor Swift,tukarkan labu jadi kereta kuda,tukarkan selipar jepun ke kasut tumit tinggi kaca dan tukarkan tikus jadi pemandu.TaPi bab tikus tu aku tak berkenanlah ye.

Tetapi hari ini,indahnya perasaan memang tak dapat dibayangkan.Bersanding atas pelamin yang indah macam Siti Nurhaliza ni tak pernah terbayang langsung!Walaupun hakikatnya aku bukanlah setuah Cinderella yang dapat berkahwin dengan putera yang dicintai,tapi aku bersyukur juga sebenarnya dapat merasa jadi puteri.

“Tak payahlah sengeh sangat macam orang gila.Coverlah sikit.”terdengar suara Rizkin perlahan ditelinga kiri.Tangan dia pula sedap berlingkar di pinggang aku sebab nak bergambar.Heh kalau tidak jangan haraplah nak macam ni.Buang tebiat aja rasanya.

“Dah nak bergambar,memanglah kena senyum!”

“Macam monyet jer!”Posisi kami bertukar.Kalau tadi sama-sama berdiri,kali ni Rizkin duduk di atas kerusi manakala aku berdiri.

“Kesiannya awak kena kahwin dengan monyet.”Sinis.Orang ramai memandang kami dengan senyuman.Entah apa yang mereka fikirkan,aku pun tak tahu.Tapi kalau selalu aku pergi kenduri,aku selalu doakan pengantin itu akan kekal sampai akhir hayat.Tapi kalau situasi aku sekarang ni…

“Nampaknya pengantin yang kita raikan hari ini…”Suara pengacara majlis berkumandang.Macam kenal jer dia.Orang kampong aku ker? “…iaitu Tengku Rizkin Ajmin dan Hana Humaira’ akan turun memotong kek dengan diiringi lagu dari Dato’ Siti Nurhaliza,Aku Cinta Padamu.”

Lagu Dato’ Siti berkumandang.Aku dan dia beriringan.Tanganku memaut lengan Rizkin.Tak sangka,pandai juga aku berjalan pakai kasut tinggi ni.Tak sia-sia belajar berjalan.Mau seminggu juga ambil masa nak berlatih.

Aku memegang pisau kek dengan kedua belah tangan diikuti tangan Rizkin yang mendarat di atas.Berdebar juga rasanya.Tambah bila badan dia ada kat belakang ni.Pandai-pandai jer ubah plot ye.Semalam berlatih tak ada pun macam ni.Sekadar genggam tangan aku dari tepi.Ini siap kepung badan aku dari belakang.Maunya tak terkejut.Tapi aku,Hana Humaira’ yang sentiasa cool.Mungkin juga nak kasi gempak lebih.Al-maklumlah,press ramai datang.

Kek dipotong.Tepukan bergema.
Tiba-tiba pengacara majlis menghampiri kami.

“Mari kita dengar ucapan ringkas dari kedua mempelai yang sama cantik sama padan. Tengku?”

Mikrofon bertukar tangan.

“Saya bersyukur majlis resepsi hari ini berjalan dengan lancar.Doakanlah perkahwinan saya ini akan kekal dan bahagia aman selama-lamanya.Dan…”Aku cebik.Huh,bahagia konon.Kekal konon.Ate,yang kontrak tu siapa yang nak jawab. “…kami dikurniakan anak secepat mungkin dan seramai mungkin.”
Ketawa meletus dari para tetamu.Aku pula maunya tak terkejut bukan main.Sedap mulutnya baca skrip.Malulah aku.Walaupun benda yang dia cakap tadi tak akan langsung terjadi tapi aku sebagai seorang perempuan mestilah malu bila dengar cakap macam tu.

“Dan Puan Hana?”Mikrofon dihulurkan padaku.Siaplah kau.

“Harapan saya sama juga macam suami saya yang tercinta ni…Err sebagai bukti kasih,saya nak buat permintaan boleh??Abang??”mataku memandang Rizkin.Mungkin dapat membaca bala yang aku nak bagi,mukanya serba salah.Nak tolak depan tetamu ramai macam ni,rasanya dia tak akan.Akhirnya,angguk.

“Hana nak abang nyanyikan lagu untuk Hana.”

Seluruh dewan bertepuk tangan.Rizkin muka tak percaya.Aku muka selamba.Para tetamu teruja.

Dengan penuh gentleman,Rizkin mencapai mikrofon dariku.
“Suara saya memang tak sedap.Tapi demi isteri yang tercinta,saya nyanyi juga.Tapi kalau hujan,jangan salahkan saya.”seluruh dewan bergema dengan tawa.

Entah lagu apa dia nak nyanyi.Jangan lagu Halimah Jongang sudahlah.Maunya aku baling dengan sudu garfu.

Sunggu Indahnya hari berlalu,
Menunggu kasih tambatan hati,
Ingin rasanya selalu berbagi,
Bersamanya kala suatu nanti,

Dia memeluk pinggangku.
“Sebelum abang jumpa Hana,hidup abang tak bermakna.Abang rasa hidup abang tak lengkap.Selalu keresahan.”Matanya tepat memanah mataku.

Andaikan kau jadi milikku,
Selaluku nyanyikan lagu rindu,
Andainya kau dan aku bersatu,
Dunia ini berseri selalu.

“Tapi sekarang,Hana dah jadi milik abang.Tak ada perkataan yang dapat bayangkan betapa indahnya perasaan abang ni.Kalau mampu,abang nak sayang x-ray hati abang ni.Biar sayang nampak betapa dalamnya rindu dan cinta abang.”Dan aku…bagaikan terpukau.Tergamam dengar kata-kata dan bait-bait yang keluar dari mulut Rizkin.Puitis dan umpama api yang mencairkan kekebalan hati.

Ku ingin dirimu dekat dihatiku,
Berdua kita kan raih bahagia,
Ku ingin dirimu turut,
Rasa rindu tuk menatap matamu,
Menatap matamu…

Habis sahaja ayat terakhir,sebuah kucupan hinggap dikedua belah pipiku.Umpama masa terhenti,mata kami saling berpandangan.Sukar untuk aku tafsirkan makna pandangan mata Rizkin.Yang pasti anak mata coklat ini kelihatan sungguh…

Tepukan bergema mengembalikan aku kealam nyata.Ya Allah..apa yang aku fikirkan.Lakonan Hana,Hanya lakonan.Lakonan untuk mengaburi semua orang yang kami adalah pasangan yang paling bahagia.Padahal…Ah…Apalah aku ni.

……………………………………………………………..

“Ayob!!”aku tampar bahu lelaki yang berbaju melayu peach itu. Ayob hanya senyum.Manis betul.

“Tahniah Hana.Kau cantik betul.Macam Cucup!”Terus lagi aku tampar bahu dia.Ada ker samakan aku dengan Cucup,perempuan tiga suku kat kampong aku.Tak berakal betul Ayob ni.

Sebab dah bosan sangat berkepit dengan Rizkin nak layan tetamu,aku lari jer dekat Ayob ni.Malas nak jumpa dengan perempuan-perempuan gedik yang jelas sangat jengkil bila tengok aku.Mesti fikir yang aku tak padan dengan Rizkin dan dah ambil alih tempat yang sepatutnya diorang dapat.Dahlah pula nak kena cakap guna I,You.Huh..tak kuasa aku.

“Hantulah kau ni.Mana kau menghilang ha?Aku nikah hari tu pun kau tak datang.Dahlah sebab kau aku kena nikah dengan mafia tu.”Aku buat muka.Betullah,sebelum aku setuju nak kahwin dengan Rizkin,beria mak cakap aku kena korban sebab nak selamatkan Ayob.Patutnya, aku marahkan Ayob,tapi entahlah.

“Macam tak percaya jer kau tak ikhlas kahwin dengan Tengku kaya tu.Tadi bukan main romantic lagi nyanyi lagu Aril.Kembang tekak aku tengok.”Dia mengusik.Aku hanya buat selamba. “Aku tak datang kau nikah hari tu sebab ada hal.”

“Ada hal?Ker makan hati.”saja nak provokasi.

Ayob jungkit kening. “Makan hati?Apalah kau merepek ni.Tak adanya aku makan hati.Bukannya aku ada hati dengan kau pon.”Aku tepuk dahi.Lain yang aku tanya,lain pula dia faham.Aku maksudkan Rizkin,bukannya aku.

“By the way,aku nak kenalkan makwe aku kat kau.Kejap nanti dia datang.Tadi pergi tandas.Mesti kau terkejut punya.”

“Mana tak terkejut kalau kau couple dengan Cucup.”Aku ketawa kuat.

“Kureng!”bahu aku ditepuk dari belakang.Bila aku paling.. “Boleh kau panggil aku Cucup!”

“Ya Allah,Umi!”terus aku peluk dia.Kami berdakapan erat.

“Lamanya tak jumpa kau!Macam mana kau boleh ada kat sini?Takkan betul kau couple dengan Ayob!”aku teruja.Tetamu disekeliling memerhati.

“Nehi for ever okey!Aku baru transfer U.Kebetulan jumpa Ayob,dia ajak aku datang.Tak sangka betul kau Hana Humaira’ yang kahwin dengan Tengku Rizin Ajmin.Aku ingatkan Hana lain.”

Aku hanya ketawa mengekek.Seronok sangat dapat jumpa Umi.Dah lama betul kami tak bersua sejak keluarga Umi pindah ke Melaka bila umur 14 tahun.Kiranya dah 5 tahu kami tak berjumpa.

“Kenapa,sebab aku Nampak lebih cantik?”

“Sebab dah kurus.Kan dulu kau gendut.Molenlah katakan.”Dia mengusik lagi.Aku dan Ayob ketawa.

“Ayob,ni dah jumpa Umi balik,bila nak luahkan cinta?”aku kenyit mata pada Ayob.Dia garu kepala.

“Nantilah.Ini baru jer jumpa.Nanti Umi ingat aku gelojoh.Nanti dia reject aku buat kali kedua pula.”Lagi sekali ketawa meletus.

Betul.Waktu zaman muda belia dulu,pernah Ayob cakap sukakan Umi.Tak sangka Umi reject sebab ramai cakap mereka dua sama-sama ada hati.Tengok-tengok lain pula jadinya.Bila jer Umi pindah,lagilah merana hati Ayob.Tapi bak kata Ayob,kalau betul dia ada jodoh dengan Umi,mesti akan jumpa balik.urm..ada jodoh ni.

“Nanti jangan lupa buka hadiah aku.Gunakanlah dengan sebaik mungkin ye…”kata-kata Umi penuh suspend lah pula. Aku hanya ketawa.

“Hana..”Ketiga-tiga kepala berpaling pada pemilik suara.Oh..Encik Hazrik. “Tahniah!Awak cantik.”

“Terima kasih.Terima kasih.”Aku angguk kepala.Lagi? “Awak dah makan ker?”

“Saya dah makan.makan sebelum pengantin lagi.Saja tunggu nak jumpa awak dulu.”

Aku Cuma sengeh. “Oh ya,kenalkan kawan saya,Umi.Dan rasanya awak dah kenal kot sepupu saya,Ayob.”

…………………………………………………………….

Punyalah banyak hadiah.Tambah pula semuanya besar-besar.Mula-mula teruja juga aku nak membuka balutan hadiah.Tapi bila dah banyak sangat..tak larat pula!Nasib baik semua ahli keluarga turut nak tolong buka hadiah.Sampaikan nenek pun mencemar dulu.Mak Jah dan Pak Mat pun siap nak bermalam kat villa ni memandangkan badan penat.Sedara-mara yang lain awal-awal lagi dah balik.

“Pemalaslah kau ni.Cuba buat muka teruja.Nanti apa pula kata nenek.”Rizkin bisik ditelinga.Huh,nasib baiklah aku bertudung sekarang,kalau tak maunya rasa air liur dia merembes menusuk ke lubang telinga aku ni.

Malas nak bergaduh dengan dia,aku buat-buatlah semangat.

“Hana..”aku angkat muka pandang nenek. “Kalau dah tak larat,naiklah dulu.”

Aku sengeh.Eh…malulah pula. “Taklah nek,Hana semangat ni nak buka hadiah.Nek jangan risaulah.”Ish…takkanlah aku nak mengaku yang aku memang dah penat dan tak sabar-sabar nak masuk bilik.Nanti lain pula fikiran diorang.Ingat aku dah gatal sangat.Al-maklumlah,malam ni kali pertama sebilik dengan Rizkin.

“Cakap ajalah dah tak sabar Hana!”kata-kata tu mengundang tawa seisi rumah.Ceh.Dasar sepupu tak boleh bawa muafakat.Kenakan aku aja kerjanya.Kan bagus kalau dia balik awal.Ini sibuk juga nak bermalam kat sini.

Penyudahnya,aku buat-buat tak tahu.Tanganku mencapai bungkusan hadiah berwarna hijau pucuk pisang.Wa…dari Ayob.Mulia juga hati dia ya siap nak bagi hadiah.Ingatkan tak berhati perut.

“Eh,hadiah aku.Bukalah cepat!”Ayob teruja.Dia ni memang tak reti nak malu-malu langsung.Depan keluarga Tengku ni pun nak tunjuk perangai.Aku ni lainlah,memang menantu keluarga ni.

“Ayob!”Tak lama,aku jerit.Semua pakat pandang.Bila jer tengok hadiah yang ada ditangan aku,semua gelak.

“Sorry.”Ayob tahan gelak. “Aku tak ada duit nak beli benda mahal-mahal.Kira Drypers tu jadi perangsanglah biar aku dapat anak sedara cepat.”

Aku buat muka.Hampeh.Agaknyalahkan,ada juga ker orang lain bagi hadiah lampin pakai buang kat pengantin?Sungguh tak bermoral.Aku pandang Rizkin,dia pon gelak juga.Seronok sangat ker?

Hampir tengah malam,semua hadiah dah dibuka.Cuma bungkusan berwarna merah jambu jer yang aku tak buka.Hadiah dari Umi.Aku tak berani nak buka depan semua orang sebab pada kad di depan Umi dah bagi amaran jangan buka depan orang,nanti menyesal.Nasib baiklah Si Ayob tak buka cepat walaupun dia yang Nampak bungkusan tu dulu.

Masuk jer bilik,aku tengok lampu bilik air dah terpasang.Mesti Rizkin tengah mandi.Aku?Nak buat apa dekat bilik yang besar ni?Rasanya mafia tu mesti mandi lama.

Bungkusan hadiah Umi,aku letakkan di atas katil.Aku capai tuala dan menuju ke bilik lamaku di tingkat bawah.

Krekk..

Terjojol mataku.Tangan yang dari tadi sibuk menggosok rambut yang basah terus terhenti.Badan yang barunya segar selepas mandi rasa berbahang.Rizkin pula buat muka toya sambil memegang hadiah Umi yang sudah selamat di buka.

Cepat aku rampas baju tidur berwarna merah garang itu dari tangan Rizkin.Malunya.Apalah Umi bagi hadiah merapik macam tu?

“Tak payahlah nak buka hadiah saya.”aku jeling dia yang tengah duduk di birai katil.Bajet kacaklah tu pakai baju tidur kotak-kotak.Macam Mr Bean lagi ada.

“Hadiah kau,hadiah aku juga.Nice.Sexy and sultry.”kenyit mata. “Test sekali tengok.”

Geli-geleman aku.Ada putus wayar ke nak suruh aku pakai baju macam tu.Depan dia?Huh,kirim salam.Dan Umi,siaplah kau nanti!

“Dah.Malas nak layan awak.Saya penat ni.Turun.Saya nak tidur.”ayat penyata.

“Abang dah nyanyi lagu Aril tadi sebagai bukti cinta.Bila pula sayang nak tunjukkan?”dia bangun.Berdiri tegak menghadap aku.Mak aih,boleh luruh segala bulu macam ni.

“Jangan nak mengada berabang sayang pula.Geli tekak!”aku tolak badan dia hingga terjatuh di atas katil.

Dia ketawa mengekek. “Kau Hana,masih lagi dengan sifat menggelabah kau tu.Agaknya tadi aku nyanyi pon,kau dah syok sendiri.Betul tak?”Rizkin berkata sinis sambil matanya menengadah ke syiling.

“Mana ada!Suara pon macam katak puru.”

“Habis yang kau tenung aku tadi,apasal?Macam nak telan jer gayanya.”

“Hobi!”

Rizkin ketawa.Tak lama,diam pula.Aduh...suasana macam inilah yang aku tak suka.Kayu,kaku,kuku.Udahlah aku berdua jer dengan dia.Dekat dalam bilik.Dalam bilik pengantin.Wangi gila.

“Menung apa!”hampir nak tercabut jantung aku bila suara dia dekat di telinga.Dek kerana terkejut betul,badan tak seimbang dan cepat pula tangan Rizkin paut pinggang aku.

Sekali lagi,suasana di dewan tadi muncul.Mata bertentang sedalam-dalamnya.Seolah-olah ingin mengalirkan apa yang difikirkan.Meskipun tanpa irama daripada mana-mana muzik,namun rentak hati seolah-olah bergabung membentuk irama yang tak bernama.Apa yang pasti,aku dapat rasakan kehangatan nafas dia yang semakin ketara.Anak mata coklat itu pula semakin dekat pada pandangan.Debaran dihati seolah-olah gong yang berbunyi bertalu-talu.

Sedar!

Cepat aku tolak dada Rizkin bila sedar seolah-olah ada satu suara ghaib yang bergema.Rizkin pula seperti tersedar dari mimpi bila dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.Nasib baik...kalau tak...

Aku baring di atas katil betul-betul di tengah.

“Sanalah sikit.Aku pun nak tidur.”

“Awak tidur bawah!”

“Apa pula.Ni katil aku.”

“Saya dah cop dulu.”

“Tak kira,aku nak tidur atas katil.”terdesak.

“Ada saya kisah?”

Rizkin geram.Berbekalkan kekuatannya,dia menolak tubuhku hingga berganjak ketepi.Tanpa berpamitan,dia merebahkan badannya di tepi.

“Hei!”macam sping,aku terus bangun dari pembaringan.

“Kau tidur ajalah kat tepi tu,bukan aku nak buat apa pun.Kalau takut sangat,tidur bawah.”dia dah menutup matanya dengan lengan.

Dengan hati yang sebal,aku turun dari katil.Ambil bantal dan aku rampas selimut yang menutupi badan Rizkin.

....................................................................................

Rizkin bangun.Dia memang langsung tak boleh tidur.Dia merenung Hana yang sedang enak berlingkar di bawah.Sedapnya dia tidur,

Terbayang apa yang berlaku sebentar tadi antara dia dan Hana.Waraskah dia kalau nak katakan sebenarnya dia sedikit terpesona dengan Hana?Dia yakin itu bukan rasa cinta.Habis rasa apa?Argh...Mengarut!

Rizkin tekad.Dia perlu cepat merancang strategi supaya nenek membenarkan mereka tinggal sendiri.Tak mahu...

Ada rasa yang bercambah!

Thursday, June 10, 2010

Anugerah Bintang Popular.

Assalamualaikum.Hai semua.Maaflah lama tak on line.Adik qyqa tu yang belajar dekat MRSM bila jer balik rumah memang betul lepaskan gian dia nak main game.Tak paham apa yang hadap sangat dengan game tuh.

Qyqa tau jer ramai yang(betul ker ramai???Perasan.) menanti CC.Tapi sorry lah qyqa belum sempat lagi nak karang.Hari tu Sabtu sampai Ahad ada lawatan ke Terengganu dan Kelantan.Lepas tu ada persekolahan pula sampai Jumaat ni.Hari Ahad ni pula nak ke kem Easy add mate sampai Rabu.Cuba kira berapa hari jer qyqa rest.Nak buat omwork bertingkat lagi.Aduh duh.Mesti lepas tu nak balik kampung.Ye..kampung saya tak ada internet.huhu

Tapi jangan risau.Qyqa janji.Qyqa akan try juga mencoretkan CC untuk kengkawan yang setia menati.Wait keyh!!!

Oh ya.Kat sini alang-alang merapu,Qyqa nak hebahkan tentang award Bintang popular dari adik sweet sorang ni.

tadaaaaaa....




Comelkan?Arh tak sangka blog qyqa cutest.Mesti kembang gila blog ni.Hiiiiihaaaaa.
Aad arahan tau untuk awards ni.mari baca.

ok, tugas bg sesiapa yg telah menerima award ni ialah:
  1. tulis sebuah entry pasal award ni kat blog korang. nak tulis apa? sila baca yg selanjutnya.
  2. ceritakan bagaimana usaha korang utk mencomelkan blog korang. contoh macam korang mengubah suai blog sampai tak tido malam ke, etc. juga sertakan sekali 2 website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog. sila jgn kedekut ilmu, ya. kita mesti saling berkongsi. :)
  3. tuliskan 5 perkataan yg menggambarkan diri korang. contoh: pandai, pemalas, pelukis, pembersih, peramah.
  4. tag kawan2 korang yg korang rasa patut menerima award ini.
Mari jawab.

Usaha?Tak adalah berusaha sangat pon.Qyqa just pakai bantai ikut sedap hati.Haha.Janji cute.Banyak kali juga dok tukar layout sampai malu blog i ni asyik tukar baju depan orang.Kalau tengah ubah suai blog ni memanglah ambil masa yang lama.Macam gian pon ada.Jealous oooo tengok blog orang lain cantik.Lagilah jealous kalau tuan punya blog tu cantik.Eh..keluar tajuk ker nih.

Qyqa pon tak ingat apa web site yang selalu pergi.Ni kot.
*warung mak enon.
*warung mak kiah.
silalah lawat website ni ya.Cari yang mana berkenan.Banyak kuih yang dijual.Lelong lelong.2 singgit.Ceh panahan mail upin ipin lah ni.

5 perkataan yang describe myself?5 jer?Maksudnya tak boleh lebih.Faham?Hantuk sikit kepala tuh.Banyak makan Twisties.

*Pemalu.
*Talkative.
*pemberangan.
*Rajin.+)
*single.+))))))))

Hambik.Sampai keluar perkataan pemberangan.Chait bukan buah berangan tapi kuat berangan.Yang penting last sekali tu.Sila take note pada sesiapa yang ada abang yeeeee.

Ok..nak tag siapa ye..Ambillah sesiapa yang rajin.Buatlah ye..T qyqa jerit kat shoutbox tuh.
Papai.

There was an error in this gadget