[[QYQA'S]]

Saturday, January 23, 2010

CHOMELNYA CHENTA!! 14

“Keluar!”kali kedua suaraku meninggi.Cepat gebar disisi aku angkat untuk tutup rambut.Nasib baiklah aku pakai baju lengan panjang sebab malam ni sejuk.Aku belum bersedia lagi nak dedahkan diri aku depan Rizkin ni.Walaupun dia pernah tengok rambut aku waktu terlucut dalam hutan,tapi sekali tu aje lah.Tadi aku keluar bilik pun aku masih lagi pakai tudung.Bila Tengku Rubiah cakap kenapa tak buka tudung,aku cakap takut Pak Mat nampak.Tapi sekarang ni???Sesedap rasa jer masuk bilik aku.

“Hell.Diam!”jari telunjuk Rizkin naik.Tangan yang sebelah lagi,menutup pintu bilik.Err..apa dia nak buat?Dahlah sekarang ni bilik aku gelap ya amat.

“Nanti kalau nenek dengar,bangun pula dia.”

Mataku membulat.Menggunakan semangat yang ada,pantas aku capai suis lampu meja.Ha..teranglah sikit.Perlahan-lahan aku bangun dari katil.Tapi yang pasti,pegangan aku pada gebar kat atas kepala ni masih lagi tak lepas.Aiseh..dia pakai boxer dengan singlet datang kat bilik aku?Boleh kira tak senonoh ker?Dup dap dup dap..hai jantung.Janganlah pam darah laju sangat!

“Awak nak apa datang malam-malam ni kat bilik saya?”buat garang.Tak boleh tunjuk lemah.”Tak reti-reti nak tidur?”

Muka dia yang tadinya kelat berubah sinis.Dari penjuru bilik,dia menapak kedepan menuju kearah meja solek dan duduk diatas bangku panjang.Matanya memandang tepat kearahku dan bola matanya bergerak keatas bawah.Hei!!!!

“Kan ni malam pertama kita?”perlahan sekali nada suara dia.Kalau perempuan lain nak cakap romantis,silakan.Tapi aku...nak muntah!

“Jangan nak mengada-ngada.Nak makan kaki?”mataku membulat.Kakiku menghala kearah suis utama.Barulah bilik terang benderang.Kalau tak tadi..macam seram gila.Tambah berdua dengan mafia ni.Burrrrr.....sila buat aksi iklan cocacola ye.Aku berdiri tegak menghadap Rizkin.

“Kaki?Sedap juga tu.Yang kau berbungkus dengan selimut macam hantu bungkus ni apekes?”amboi,kutuk aku! “Macamlah aku tak pernah tengok rambut kau yang kontot tu.Ha..”hoi..itu kata-kata yang bertujuan membuatkan meter kemarahan aku naik.

“Cop!Cop!Cop!”tanganku kembang kuncup macam nak buat cekodok dah gayanya.

“Pertama,awak tak ketuk pintu bila masuk.Kedua,awak masuk bilik saya tanpa kebenaran saya.Ketiga,sesuka suki saka bapak tiri jiran sepupu awak kutuk saya.Jadi,atas tujuan apa awak datang sini?ha?Kalau nak cari darah malam-malam buta ni,sila pergi jumpa drakula.Saya manusia betul.Tak ada taring panjang.”ha...ambek!Skrip yang entah dari mana datang.

Dia gelak.Hei..ingat aku ni Nabil ke nak buat lawak?Kalau tadi aku rasa seram,sekarang aku rasa jengkil!

“Nak tahu sebab apa aku rasa kelakar?Tak sangka aku kahwin dengan perempuan yang ada sawan.”perkataan ‘sawan’ ditekan.Dia cakap aku apa??

“Pertama..aku tak perlu ketuk pintu bilik ni sebab aku bakal pemilik vila ni.Kedua,aku tak perlukan kebenaran kau nak masuk bilik ni sebab kita dah tak ada hijab.Ketiga..aku bukan kutuk tapi memang kenyataan.Puas hati?”

Aduhai!Susah betul cakap dengan dia ni.Heh!

“Eh keluarlah!Saya nak tidur.”aku dah buat nada bosan.

“Aku ada benda nak bincang ni.Tu sebab aku datang bilik kau.Apa kau ingat aku teringin ker nak datang bilik kau ni?Nak hadap muka kau lagi.Tambah sekali dengan selimut selubung kepala kau.Eheh!”

“Eh...bajet bajetlah.Asyik kutuk saya jer.Nak bincang apa?”kasar.

“Kot ye pun,duduklah.”Banyak pula arahan dia.Aku berundur kebelakang berniat nak duduk kat birai katil.Tak kuasa aku nak duduk tepi dia. “Ha...tu nak duduk jauh bebatu ker?Duduk tepi aku ni.Ingat suara aku ni macam Amy Search ker?”Aku tarik nafas.Tarik...hembus..Tarik..hembus.Sabar..

Punggung dilabuhkan disebelah dia. “Sana sikit!Nanti jangkit bau busuk!”

Dia jeling.

Aku jeling balik.Apa susah?

“Eh cepatlah nak bincang apa?”

“Kita kena bincang pasal kita ni.Pasal perkahwinan mengarut kita ni.Pasal hidup kita ni.Pasal masa depan kita ni.Segalanya tentang kita ni.Aku dengan kau.”nada suaranya kini mula serius.Aku berkerut.Sebjek yang menarik untuk dibincangkan.Memang patut dibincangkan.

“Maksud awak?”aku turut serius.

Tarik nafas dalam. “Kau pun faham kan yang memang perkahwinan kita ni tak akan bertahan lama.Memang akan singkat punya sebab kita masing-masing tak ada hati.Kau benci aku,aku lagilah benci kau.Jadi kita kena rancang perkahwinan ni supaya tak ada risiko pada hari-hari yang mendatang.Kita kena bijak kalau tak mahu merana pada masa depan.Kau muda,19 tahun.Muka pun macam budak-budak lagi.Memang tak layak kahwin.Aku pula 23 tahun.Laki...tak puas nak enjoy.So,kita kena buat sesuatu.”

“Nak buat apa?”

“Pertama sekali,lepas sanding nanti kita kena cari jalan supaya kita tak duduk dekat vila ni.Kena cari alasan supaya kita boleh duduk rumah sendiri.Kalau kita duduk sebilik,macam-macam boleh jadi.Kalau duduk rumah sendiri,kita boleh duduk bilik asing-asing dan gaduh sesuka hati.Aku boleh balik lambat suka hati.Kau boleh buat apa jer.Kalau terus duduk kat vila ni,kau faham-fahamlah.Aku tak boleh jamin aku tak buat apa-apa kat kau.Dan aku pun tak percaya takut kau goda aku..”

Saat tu,loya terus tekak aku.Aku?Aku?Aku?Nak goda dia?Hei..tolonglah.Tak pasal.Buurrrr.

“Eh..biarlah kita duduk kat vila ni.Kita boleh gaduh depan nenek.Biar dia tahu bertapa tak serasinya kita ni.Lepas tu senang sikit nak cerai.”aku bagi cadangan.Tak ker sikit punya bijak tu?Satu bintang untuk Hana..

“No!Hell.Tak boleh!Kita kena tunjukkan yang perkahwinan kita ni harmoni dan kekal sebab nenek hanya akan tukarkan harta dia atas nama aku kalau aku buat semua tu.Jadi,bodohlah aku kalau bergaduh dengan kau.Dan aku pun tak lalu nak tunjuk baik jer.”

“Oh..awak gunakan saya!Saya tak mau jadi alat awak.Awak untunglah.Saya?Tak ada apa.Jadi,biarlah sama-sama adil.Saya tak setuju!Kalau ikut rancangan awak tu,sampai bila nak berpura-pura?”aku tak puas hati.Memang sangat tak puas hati.

“Ini bukan soal nak gunakan kau tapi gunakan peluang.Kau ingat pasal apa aku setuju nak kahwin dengan kau?Sebab aku suka kat kau?Tak sama sekali.Sebab nenek dah janji nak bagi harta dia kat aku.”

“Awak ni memang luar alam.Kalau nenek tak bagi harta dia kat awak,dia nak bagi kat siapa ha?”sekadar meluahkan persoalan kat kepala aku ni.

“Kau tak tahu nenek tu macam mana.Kepala dia,dia seorang jer boleh faham.Kalau dia ugut memang dia akan buat.”

Aku berdengus. “Hal tu,tak ada kaitan dengan saya.Yang pasti,saya tak mahu terlibat dengan konspirasi bawah tanah awak ni.Malas.”

“Kau dah terlibat pun.Kan kau dah kahwin dengan aku.”

Jeling. “Cakap apa awak nak sebenarnya ha?”kali ni nada aku dah tinggi.Sakit jiwa betullah.Ada tak ubatnya?Ada..tampar muka mafia kat depan aku ni ha..

“Ikut rancangan aku.Kita kena berpura-pura mesra depan keluarga kita ni.Lepaskan diri dari vila ni dan teruskan.”

“Saya dapat apa?”aku angkat kening.Maaflah ye,dalam dunia sekarang tak ada yang percuma.Semua kena bayar.

“Kau nak apa?”dia pun angkat kening.

“Saya akan fikirkan.”

“Maknanya kau setujulah ni?”

“Terpaksa setuju.Dah alang-alang saya kahwin dengan awak.”Sebenarnya aku setuju atas permintaan mengarut bila kenangkan mak yang seronok tengok aku kahwin.Aku faham,jauh disudut hati mak nak aku bahagia.Aku dapat rasakan.Dan aku yakin tak akan bahagia dengan mafia ni tapi setidak-tidaknya,elok juga kalau perkahwinan ni bertahan sikit.

“Bagus!!!!”Dia memetik jari. “Perkahwinan kita akan bertahan seminima setahun sampailah nenek bagi harta dia atas nama aku.”

“Maknanya kalau nenek bagi harta dia dalam masa terdekat ni,perkahwinan kita tetap akan berterusan dalam tempoh setahun?”

“Yup!Untuk mengelakkan kemusykilan.”

Aku Cuma angkat dahi dua kali.Bijak pula mamat ni kan. “Apa-apalah.Sekarang tolong bawa badan awak ni keluar dari bilik ni.Saya dah ngantuk.”

“Sebelum tu,ingat mulai esok kita kena mesra.Ubah panggilan waktu depan pihak berkuasa.”

“Ha?”

“Macam nenek cakap,abang-Hana..Kalau susah sangat,tak payah panggil apa-apa.”

“Banyak betul undang-undangnya.Dah habis?”

“Hm..dah.Aku nak keluar ni.”Dia berjalan menghampiri pintu sementara aku mengekori dari arah belakang.Tangan masih lagi pegang gebar.

Dipintu. “Sebelum tu..”dia buka pintu. “Aku nak buat sesuatu.” Dia pandang aku?Ha..apa?Eh...Jangan nak.. “Aku nak..”Dia mendekatkan mukanya kearahku dan sepantas kilat gebar diatas kepalaku ditarik sampai terdedah rambut aku.Tak cukup dengan tu,dia menggosok kasar bahagian depan kepalaku hingga habis rambut terjuntai didahi.Gelak.

“Eh..apa ni?”aku bertindak berjalan pantas untuk memukul dia yang dah diluar bilik.Baru jer aku nak pukul badan dia..

“Rizkin!Hana!..”suara tu...Kat belakang..Gulp. “Buat apa ni?”perlahan-lahan kami berdua pusing ke belakang.Peace...Tengku Rubiah dan baju kelawar disitu!Mati.

Bola mata Tengku Rubiah bergerak ke kana kiri.Aku Rizkin aku Rizkin.

“Sorang pakai seluar boxer macam tu.Sorang rambut kusut.”senyuman nakal. “Dah tak sabar ke?”

Tak sabar apa?Tak faham.Eh..kejap.Tengku Rubiah ingat....

“Eh..tak!”

“Tak apanya?Alah..Kamu Rizkin.Sabar-sabar sikitlah.Lepas sanding ni.Tak lama pun.”geleng kepala.Aaa...Tengku Rubiah fikir kotor! “Dah..pergi balik bilik kamu.”

Rizkin garu belakang kepala. “Ala nenek,bini sendiri.Bukan salah pun.Sikit-sikit tak kan tak boleh?”

Ha?Apa yang dia merepek ni?Eh tolonglah..Nanti tak pasal-pasal Tengku Rubiah ingat kami ni terdesak sangat.Ah...

“Dahlah,pergi masuk bilik.”

“Yelah.”Rizkin angguk kepala. “Nenek nak pergi mana pula ni?”

“Dahaga.Nak pergi dapur.”

“Oh....”

Yang pasti,babak pertama lakonan terjadi malam ni tanpa dirancang..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nak jem,aku ambil.

Nak teh,aku ambil.

Eh..nak tukar kopi pula,aku ambil.

Tolong sapu jem kat roti,aku buat.

Suruh semua pun aku buat kat meja makan tu.Dah tu,bila aku nak makan?Ni bukan lakonan,ni nak kenakan aku!

“Riz..”Datin Mariah bersuara. “Tahulah kamu nak Hana layan kamu tapi janganlah macam memdera.Semua benda nak dia buat.Dah tu,bila dia nak makannya?Dah sejuk nasi goreng dia tu.”Alahai mak mertua..sayanglah!

“Alah..memanglah tugas isteri layan suami.Hana tak cakap apa pun,yang awak pula sibuk.”Tengku Hasful menyampuk.Adeh..

“Yelah bang,tapi kesian kat hana.Saya tahu yang dia pun nak makan.”

“Dia tak cakap apa pun..”Tengku Hasful sekadar bernada malas.

Entah kenapa aku rasa yang hubungan mertua aku ni tak mesra.Kadang-kadang aku tengok okey,kadang-kadang dingin.Ker aku yang terlebih analisis?Ceh..baru jer analisis sebenarnya.

“Ehem..”Semua diam. “Semalam Rizkin dengan hana yang bergaduh kat meja ni.Hari ni diorang nampak okey.Ni kamu berdua pula nak bertekak?Makanlah.”

Akhirnya,makan ajerlah.

Lepas makan..

“Hana,Rizkin nak bawa kamu keluar.Bersiaplah.”

Erk???Aku nak kena keluar dengan Rizkin?

“Nak pergi mana?”

Tengku Rubiah tersenyum. “Pergi jer lah.”

Lepas keluhan.Aduhai,malasnyalah aku nak pergi.

“Kejap.Nak naik atas tukar baju.”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Buat apa datang sini?”

“Jalan-jalan.Shopping.”

“Ha?Buang tenaga jer.”

“Sebenarnya nenek yang suruh aku bawa kau keluar.”

“Dah tu?”aku melabuhkan punggung diatas kerusi panjang.Rizkin pun sama.Seronok perhatikan orang lalu lalang kat sini.Banyak ragam.Syok tengok ragam tak cukup kain.

“Dia suruh kita pergi agensi perlancongan.Pilih tempat honeymoon.Kau nak ker?”

Secepat kilat aku pusing kepala kekanan. “Simpang seratuslah.Tak ingin saya!Tak maulah.”

Dia gelak. “Tahu pun.Eh..aku ada idea.Jom!”Dia bangun.

“Nak pergi mana?”aku turut bangun.

“Jom ajelah.”

Aku sekadar menurut mana jer langkah dia.Jangan dia bawa aku pergi tandas lelaki,dahlah.Kang tak pasal-pasal kena halau.Ha,manalah tahu kalau dia memang nak kenakan aku.

Kami sampai disebuah butik.’QUIRA HOME’.Itulah nama butik tu.Quira?Macam pernah dengar jer nama ni.Nama jenama kasut ker?Ker nama rancangan kartun ha?Eh..memandai jer.

“Eh..Rizkin!”Seorang gadis menghampiri kami bila kami sampai kedalam butik.Cantik orangnya.Putih,tinggi dan lansing.Tapi tak boleh lawan ketinggian aku.Macam pernah nampak jer.

“This is your wife right?Sorry I tak datang majlis nikah you all.I ada kerja.Nanti waktu sanding,I mesti boleh datang.Hana right?”dia menghulurkan tangannya kearahku.Aku sambut dengan senyuman.

“Alah,I tahu yang you tu sibuk memanjang.Al-maklumlah business makin berkembang.”kata-kata Rizkin disambut tawa sigadis.

“Hana,you tak ingat I ker?”aku geleng. “I ni yang nak transform you punya gaya waktu minggu pertama.You ngelat sampai Rizkin marah betul.Tapi tak sangka pula,you yang Rizkin pilih.”dia berkata ramah.Ha..barulah aku ingat.Patutlah muka dia macam pernah tengok.Butuik ni pun adalah butik yang sama waktu aku ngelat nak kena transform tu.Maka,atas relevan apakah aku ada kat sini ye?

“So Quira,i need your help.”

“What?”

“Ubah sikit gaya bini I ni.”

Kata-kata Rizkin menyentap aku.Dia apa?

“Eh..apasal pula?

Dia mendekatkan mukanya kearahku.

“Saja suka.”perlahan tapi berbisa.

Aku peluk tubuh. “Saya tak mau.”

“Nak”

“Tak mau.”

“Nak”

“Tak mau”

“Nak”

“Err..excuse me.I ada kat sini.Em..you all nak ruang berbincang ker?”

“Just take a while.”Quira berjalan meninggalkan kami.

“Apasal awak ni?Nak ubah-ubah saya pula.”tak puas hati.

“Gaya kau tu,teruklah.Tak salahkan kalau nak ubah.”Dia cakap gaya aku teruk?Pakai baju kurung,teruk ker?

“Saya pakai baju kurung.Lawalah tu.”

“Lawa apanya.Kain yang kau pakai ni dah ketinggalan zamanlah wei.Buruk.Kau tu dah jadi bini bakal CEO.”

“Eh..macamlah awak tu bagus sangat.”

“Memang.”

Aku diam seketika. “Ha..Saya akan ubah imej saya kalau...”

Angkat kening. “Apa?”

“Awak potong rambut awak,buang warna perang yang kat hujung rambut awak dan tukar gaya.Awak tu dah jadi suami gadis sopan dan bertudung.Amacam?”kelip mata banyak kali.Bajet comel.

“Erk...”




*halow2..ni dia cc14..enjoy ye...kalu x kena jgn lupa tegur..komen jgn x komen...

oh ya..apasal ye,qyqa x bole nak jarakkan setiap perbualan dalam cc ni??
kalu jarakkan dia keluar ralat apa ntah???
so sebab tu qyqa x jarakkan..ada sesiapa boleh jawab???


21 comments:

Anonymous said...

eeee....xsbr nk tggu nx en3...arap cpt kit...

keSENGALan teserlah.. said...

hahaha..comey gle..
bagos2 hana..
dye nk tuka awak,,awak tuka dye..
ske2..

just me said...

comel2
hahaa
lama tunggu tau
br de sambungan nye

epy elina said...

hhohohoho...
lawak la...
comform mst rizkin trkjut tngk rupa hana lpas dia brsolek...
n x mstahil rzlin jtuh cnta kat hana..
best2x....

Ungu Ranger said...

ohhhh qyqa...
daku syg banget padamu...
trimas untok ntry ini!

bagus2..
:)

intan_aya said...

fuh...dpt gak bace part 14 nie...Qyqa siapkan cptlah b4 spm...lagi senang kan...

anyway...citer nie mmg best..can't wait 4 the new part

yunix77 said...

best. bagus la n3 ni dik qyqa. jgn la berenti menulis. keep it up. akak sayangggggg hang

qyqa said...

anonymous...
sabar3..
tq sudi baca...=)

qyqa said...

zatie..
hahaha...
aku pun comey juga..

qyqa said...

abnormalkah???
tq sudi menunggu....

qyqa said...

epu elina..
wah,mungkinkah itu terjadi???
tunggu...................

qyqa said...

ungu ranger...
aku juga syg sama kamu...
huhuhu..same3..

qyqa said...

intan..
qyqa x bole janji la..
sebab otak qyqa ni mereng sikit..
kdg2 x da idea..
he3...
tq...

qyqa said...

yunix..
wah akak!!
kemanakah akak menghilang???
baru kali ni akak muncul...
huhuhuhu...
trimas kak..
cyg akak gak...=)

insy said...

rizkin lepasn degree ke pe kt UK?
lau degree cam xlogik umur die 23. lau amik a-level or matrik dh 1 thun. smbg degree take 4,5 years minimm. mgkn elok 24,25 lh umur die
mm 23... bleh lh lau rizkin pnh lompt kelas time sek rendah (PTS)~ =P

lizz said...

hi qyqa..best!!best!!sempat gak buat samb CC ni..tapi nk tunggu nxt episode...bila?bila?bila?huhu...miss CC...tengok ni..akak bz kat lab..tapi sempat lagi jengok CC ni...teruskn berkarya..but dnt forget ur study...ingat..study smart..

Atilia Athira said...

dah lame mmt smbgn citer nie..huhu..
akhirnye kuar jgak..
:D

qyqa said...

insy..
ek??
he3...qyqa ingat logik jg kalu letak umur Rizkin tu 23 tahun..
hurm..taper2..
nanti qyqa akan buat sesuatu...
tq!!!!

qyqa said...

lizz..
akak!!!
he3..tatau gak bila bole sambung..
ikut keadaan otak qyqa ni yg mungkin mereng selalu jd idea x kua..he3..
wah..tq kak sbb sudi singgah...

qyqa said...

nurul iamn..
tq sbb sudi tunggu...
tq33333..

Anonymous said...

salam...dikkk...plzla smbg...