[[QYQA'S]]

Sunday, September 27, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 5

Rizkin menghempaskan badan sasanya atas tilam.Perasaannya sekarang ni susah nak dibayangkan.Geram tahap cipan+hiperbola+sengal!!!!Ei….Hana Humaira’ memang nak kena betul!Memang budak kampung tu nak kena!Berani betul dia kenakan Tengku Rizkin Ajmin bin Tengku Hasful!Dia tak tahu lagi tu langit tinggi ker rendah.Ingat boleh sampai ker kalau naik helicopter??Wassalam awal-awal lah…

“Kau tahu…nilah restoren paling buruk aku pernah makan”ayat tu Rizkin tuturkan.Yelah,seumur hidup as a Tengku,tak adanya nak jengah tempat makan mamak ni.Low class..

Hana dengan muka toya menjawab”Saya tak mau tahu pun..”Hana tersengeh mengejek.Ceh,memang kurang garam punya perempuan.

“Nak pergi bilik air kejap”Hana bangkit menghilang.

Huh,ada ker tandas kat kedai macam ni?Hati Rizkin mengguman.Pihak produksi pula sedang merakamkan date yang ‘manis giler ni’..Pandangan Rizkin jatuh pada Hazrik yang tengah memegang kamera.Lama dia memerhatikan Hazrik.

Pap!!

Hana memetik jari membuatkan Rizkin terkejut.Puh semangat..

“Ada apa yang awak tenung macam nak telan tu?”Hana menyoal.Rizkin buat tak tahu.Huh…kalau tak fikirkan maruah diri sebagai seorang laki,tak hinginnya aku nak datang kedai mamak ni!Never and ever.

Pesanan sampai.Mee goreng dan teh tarik terhidang.Hana angkat kening.Apa sal pula perempuan ni?

“Boleh ker Tengku Rizkin makan ni huh?”perkataan ‘Tengku’ disebutnya dengan nada mengejek.

“What the hell village girl.Thumbs up for me if I finish this what-ever-it-is!”nada Rizkin keras.Lagi sekali Hana angkat kening mengejek.

“Makan jer lah.Tak payah nak speaking kat sini.Tak adanya orang nak tengok.”selamba Hana bertutur dan disumbatnya mee goreng ke dalam mulut.Tapi dalam hati,Hana memang dah nak gelak giler ni.Tahan!!!Jangan gelak lagi.Manipulated variable dah dibuat.Sekarang tinggal responding variables je!!Huhu..

Rizkin berdengus.Sudu dan garfu dicapai.Mee goreng diulit dengan garfu dan disuap dimulut.

Hana bulat mata.Sebentar lagi saliva akan bertindak.Jeng…jeng…

Satu.Dua.Tiga.

“Bala….!!!!!!Pedasnya!!!!Air!!!!!”Rizkin capai teh tarik didepan.Dengan rakus dia meneguk air.Tapi…ehem…air tu panas!!!

“Bala!!!!”Rizkin bangkit dari kerusi.Seisi alam kini memanah pada Rizkin.Pe ke halnya budak ni?Hatta pihak produksi juga pelik.Hana,memang dah rasa nak terguling kat situ jer.

“Mamak,sky juice!”Hana melaung.Terkocoh-kocoh mamak datang bawa sky juice.Dengan rakus,Rizkin meneguk air.Fuh….leganya…

Tapi lepas tu….”Hana!!!!!!!!!!!!!”


Sebab budak kampung tu,habis aku malu sebesen!Memang hampeh punya budak kampung…Dahlah kemera tengah on.Maunya tak malu.Nasib baik Sya dah janji takkan siarkan peristiwa tadi tuh..Memang Hana nak kena!!!!



Adoyai…tolonglah mulut oi jangan nak sengeh ker gelak ker kalau tengok Rizkin tu.Tapi,memang tak boleh!!!Tadi pun waktu sarapan,mulut ni rasa herot-berot jer nak tahan gelak.Huhu…mana taknya,teringat kisah semalam tu!Muka Rizkin macam udang kena bakar.Memang chomelnya tahap gaban.

“Apa yang awak dah buat kat Tengku?Kesian saya tengok dia tau.”Hazrik bersuara.Aku dengan Hazrik sekarang ada kat taman villa ni.Saja jer aku datang kat dia tadi bila aku tengok dia duduk atas kerusi panjang sambil lap kamera.Macam besalah tu!Kejap lagi ada rakaman.Aku dengar tadi Mak Jah cakap,ada tugasan mengejut.Apa tah!

“Ala…saya usik dia sikit jer tu”aku bersuara perlahan.Mataku memanah Pak Mat yang tengah menyiram pokok bunga.Aku nak tolong tadi,tak hinginnya nak bagi.Sebab tulah aku datang sembang dengan Hazrik.

“Awak Nampak tak saya bangun waktu tunggu pesanan semalam?”soalanku disambut anggukan dari Hazrik.”Saya cakap nak pergi tandas tapi sebenarnya saya pergi kat mamak.Suruh mamak campur lada banyak-banyak dalam mee Rizkin tu.Ha…keputusannya,lalakan dari Rizkin!”

Ketawa kami pecah.

“Mesti Tengku marah.Awak tak takut?Nanti dia singkirkan awak.”Hazrik berkata.

Aku cebik.”Saya tak kisahlah dia nak marah ker hape.Tak kisah!Saya lagi suka kalau dia singkirkan saya.Saya memang dah malas nak hadap Tengku yang ego tinggi melangit tu.Bongkak sangat dengan gelaran ‘Tengku’ kat depan nama dia tu.Huh…malanglah saper jadi bini dia!”aku mengutuk.Eceh…kalau dengan Hazrik memang best buat tempat lepas perasaan.

“Baik Hana jangan kutuk Tengku Rizkin.”Pak Mat menyampuk dengan sengehan.”Nanti kahwin pula dengan dia tu!Ha…jadi Puan Besar!”ketawa Pak Mat dan Hazrik pecah.

“Eleh Pak Mat ni.Berdaulat sangatlah dengan lawak tu!Nanti Hana ngadu kat Mak Jah.Biar malam ni Pak Mat tidur luar!”aku bernada ugutan tapi Pak Mat buat derk jer.Adoi,Pak mat dengan Mak Jah memang sepesen.Moleklah,suami isteri.

“Mak awak apa cerita?”Hazrik buka pertanyaan bila Pak Mat berlalu pergi siram bunga kat bahagian lain.

Aku berdengus perlahan.”Saya dah lama tak telefon mak..”

“Kenapa?”

“Nak guna telefon rumah ni susah betul.Ada sekali saya telefon,Rizkin pergi tarik wayar.Lain hari,Eurica siap perli saya,cakap yang saya nak kikis harta keluarga ni.Belum apa-apa lagi,dah pandai nak guna barang dalam villa ni.Diorang tak pelah ada handset.Bolehlah cakap aci redah macam tu jer.Saya ni?Huh..”aku melepaskan isi hati.

“Lah…kenapa tak cakap dengan saya.”Hazrik menyeluk pokek belakangnya.Handset jenama yang aku-tak-tahu namanya tergenggam di tangan Hazrik.”Nah..”

Aku angkat kening.”Apa?”

“Ambillah hanset ni.Saya ada dua.Awak gunalah handset saya yang ni.Nombor ni pun saya baru jer beli semalam,tak ada orang tahu nombor ni.”

Aku terpegun.”Saya tak boleh ambiklah barang awak.Saya segan.Lagipun kita baru jer kenal.Senang-senang jer awak nak bagi pinjam barang mahal macam ni.Macam mana kalau saya ni jahat?Tak takut?”

Hazrik tersenyum.Aduh…tu boleh cairkan ais kutub utara!
“Orang jahat tak adanya nak cakap diri dia jahatlah Hana oi…Saya percayakan awak.Saya bagi kat awak ni,ikhlas.Tader udang kat mee punya.Awak boleh telefon mak awak bila-bila masa jer.Saya Cuma nak Bantu awak atas nama persahabatan.Lagipun kat sini,awak tak ada saudara kan..”

“Tapi…”

Cepat kata-kataku dipotong Hazrik.
“Okey macam ni..anggap jer saya bagi awak pinjam.Lepas awak keluar program Pilih Hati ni,awak pulangkan pada saya.Hurm?”

Teragak-agak aku angguk.”Oooo….key.”

Hazrik senyum.Hanset ditangannya beralih ketanganku.Aku membelek-belek handset biru ni.Cantik dan Nampak mahal.

“Macam mana nak guna?”aku garu kepala.

Hazrik sengeh,lagi dan lagi!”Kalu nak buat panggilan,tekan ni..Kalau…”

Dan kalau,dan kalau dan kalau.Puh…banyak juga kegunaan handset ni.Tapi aku tak kisah sangat dengan semua tu.Apa yang penting,cara nak buat panggilan.Mak,tunggu Hana telefon!!



Kamera terpasang..Lima orang gadis berdiri dihadapan Rizkin.

“Haloo semua gadis jelita.”Rizkin tersenyum.Tak tertarik pun!”Hari ini ada tugasan mengejut untuk anda semua.Pasti semua tak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang bakal berlaku nanti.”

Tengku Rubiah pula nak cakap.Mestilah,dah big boss.”Sekarang,semua gadis-gadis berada kat dapur.Dan…tugasan mengejut untuk semua finalis hari ni adalah,tugasan memasak.”

Eurica,Zarra,Lufya, dan Mellisa terlopng.Masak??
Aku??Relaks jer..setakat masak…no hal tu.Tak adanya aku nak terkejut beruk macam diorang tu.

“Jadi sekarang,semua finalis akan pergi shopping bahan-bahan mentah yang nak digunakan untuk masak.Bajet sebanyak RM 15.00 akan diberikan dan para finalis hanya boleh gunakan bajet yang diberikan dan bahan yang dibeli.Tak boleh terlebih dan gunakan sumber wang yang lain.Konsep masakan bebas tapi mestilah yang mengenyangkan.Hanya gula dan garam jer yang disediakan.Yang lain,by yourselves .Faham?”tegas nada Tengku Rubiah.

Angguk.

“Bagus.Jadi sekarang,naik limosun.”



RM 15.00?Mak aih…dahlah nak berbelanja kat pasar raya besar ni.Mesti mahal punya.Adusss….Aku menolak troli ke tempat bahan mentah.

Ikut logic…nak masak makanan yang bagi perut kenyang.Tu masalah pertama.Masalah yang kedua,kenyang yang macam mana?Ikutnya perut badak yang kalau makan 2 pinggan pun tak kenyang,macam mana tu huh?Masalah ketiga,nak masak apa ye?Aku memang pandai masak tapi otak aku ni jadi tepu pulak dah..Tak boleh nak pikir.

Dahlah pula tu,kamera menonong ikut.Pergilah zoom kat orang lain,rimas betul.Tapi nasib baik Hazrik yang jadi cameraman.Ha…tu tak per.

“Hana..”Zarra datang menempek kat sebelah aku.Aiiii,ni ajaib bin bapak ajaib ni.Pehal pula minah ni menempek kat aku?

“You nak masak apa?Mesti you dah plan kan?”perlahan Zarra berbisik.Sambil tu,tangannya mencapai sayur sawi yang ada kat depan ni dan dibeleknya.

“Entah..Saya tak fikir lagi”jujur aku akui.

“Finalis!!!!”

Puh semangat…memang tak payah nak guna mikrofon.

“Cepat…20 minutes only!”Sya melaung.

Zarra terkocoh dan meninggalkan aku.Dah dapat idea ker apa yang nak dimasak?Aku nak masak apa ye?Ha,dapat!Jari dipetik.



“Bagus…semua finalis Berjaya beli bahan masakan bawah bajet.Now…time to cook!!”

Semua finalis mula masak.Masak kat taman tu,ala-ala chef 5 bintang tu.Sorang satu dapur.Ala,tajaan.Apa nak kisah.

Semua bertungkus-lumus masak.Nampak kelakar giler bila Nampak sangat yang ada antara mereka tak pernah masuk dapur.Hazrik tersengeh.

Kamera ditangan dihalakan kearah Hana.Gadis ni,lain pula.Nampak sangat yang dia mahir bab potong-memotong ni.Bawang ditangan dipotong cermat namun tangkas.Perilaku Hana sangat menarik.

Dari tu,tak puas pula nak tengok budak ni.Kamera di zoom kan ke wajah Hana.Ya Allah,cantiknya dia.Muka yang panas dan ada titik-titik peluh namun gadis itu tetap Nampak menawan pada matanya.Pipi Hana yang memang merah semulajadi,Nampak lebih merah akibat bahang.Macam Barbie Doll versi sopan.Sangat comel!Hidung kecil yang comel,bibir yang comel,kening yang comel..Semua pun comel!

Perilaku Hana yang mengibas mukanya dengan tapak tangan membuatkan Hazrik lebih terpana.Dari jauh pun Hana boleh buat dada aku ni bergetar.Inikan dari dekat.

“Ehem…!”

Hazrik tersedar.Kamera dimatikan dan kepalanya memusing kebelakang.Rizkin..

“Apasal asyik zoom muka budak kampung tu?”

“Tengku…”Hazrik berdehem.”Kan memang tugas saya..”tanpa nada Hazrik menuturkannya.

“Ker kau dah masyuk dengan budak kampung tu?”sinis nada Rizkin.

“Heh..memang wajar kan seorang lelaki tertarik pada seorang perempuan.Yang tak wajarnya bila jadi terbalik.Tak gitu Tengku?”sekali lagi tanpa nada.Rizkin naik angin.

“Hazrik!”

Laungan dari Sya mematikan niat Rizkin untuk respon.Huh minah ni,kalau jerit memang champion of the world.Kelasss…

“Kau buat apa tu?On camera!”

Hazrik angkat kening pada Rizkin.”So Tengku,my job still need me.So,leave me..”tanpa nada,tanpa raut wajah,Hazrik menuturkan.Rizkin berdengus dan berlalu pergi.




Mak aih…siap pun masakan aku.Teruk juga nak berchenta dengan dapur orang kaya ni.Aku rasa,pakai dapur kat kampung lagi best..

“Tinggal 2 minit!”suara Tengku Rubiah nyaring.

Sup dalam periuk,aku tuangkan dalam mangkuk sederhana besar.Aku taburkan sikit daun bawang,biar Nampak berselera.Kuew tiaw yang tadi aku tos,aku tuangkan dalam mangkuk.Cili hitam,aku bubuh dalam mangkuk kecil.Bukannya kalau makan nanti, nak ambik banyak pun.Lainlah kalau nak kenakan orang,macam yang aku buat kat Rizkin tu..Ehem.Lastly, ketiga-tiga mangkuk aku letak dalam dulang.Mantop ni!

“Masa tamat…!”Semua finalis kelam-kabut.”Bawa hidangan masing-masing ke meja hidangan!”

Serentak itu,semua finalis angkat hidangan masing-masing dan menuju ke meja hidangan untuk dihakimi.Dimeja hidangan,ada 3 orang hakim yang agak berdaulat.Head,Tengku Rubiah.Co-head,bonda terchenta Rizkin ni..Tengku Mariah kot.Ek?Dan…huh,mestilah mafia yang kurang berdaulat tu ada.Dari pandangan mata dia yang menyalurkan laser tu,aku dapat agak yang dia nak kenakan aku balik.Hurm…

Semua finalis berdiri menghadap meja hidangan.Menunggu komen dan markah yang bakal di beri.

Hidangan pertama yang akan di nilai,Lufya.Aku perhatikan masakan Lufya.Apa yang minah melayu-arab ni masak?Macam…

“Telur goreng dengan sos?”kening Tengku Rubiah terangkat.Sah,tekaan aku tepat!!

“Saya bukan tak mahu masak yang lain tapi saya rasa hidangan lain tu bukannya mengenyangkan perut tapi hanya tambahkan lemak perut.So,I just made scramble egg.Ain’t that so good?It such a healthy food.Tengku Rizkin?”

Wah…memang boleh jadi tukang putar alam ni,banyak air liur buat kelentong.Siap bagi senyuman menggoda kat Rizkin lagi tuh.Puh…Tengku Rubiah dan menantunya hanya geleng kepala.Huhu,apa ya yang dia sebut tadi?Scramble egg kan..

Giliran Mellisa pula.Dia ni memang lawa tahap everest!Yelah,pan asean..Aku ni?Kuali Asean jer kot.Aduh.sempat lagi tu..

“Salad?”Rizkin bersuara.

Mellisa senyum.”Hurm..salad lebih baik dari scramble egg.”

“Er..”kata-kata Rizkin terhenti kat situ.Aku kat sini aci tahan gelak jer.Memanglah betul tu salad tapi aku Nampak macam ada kebun sayur jer tu.Tak ada rupa salad.Tah-tah dia aci pakai bedal je buat salad tu,hehe..

Eurica pula.Hurm,hidangan dia Nampak macam meyakinkan jer.Aku jeling sikit.Nak kata mee bukan mee.Nak kata meggi,jauh sekali.Alahai,bermadah pula.

Ketiga-tiga hakim sumbatkan kedalam mulut.
“Puhhhhhh.”isi makanan keluar dari ketiga-tiganya.”masin!”

Zarra..lagi bertuah,just telur rebus dan roti bakar yang dia bagi make-up sikit.

Jeng-jeng-jeng..aku punya pula..Tengku Rubiah dan Tengku Mariah sudah merasa kuew tiaw sup aku tapi Rizkin Cuma pandang je.Apa yang dia fikirkan?

“Riz,kenapa tak rasa?Sedap ni.”Tengku Mariah menegur.Rizkin cebik.

“Riz tak yakin dengan masakan budak kampung ni.Entah-entah,dia campur potassium cynide.Bukan boleh percaya sangat tu!”

Mak aih…sesedap rasa dia jer tuduh aku.Bubuh potassium cynide?Nak mati ker…racun tikus tu.Tak adanya aku tergamak nak buat macam tu!

“Riz…nenek dengan mama kamu makan tak ada jadi apa pun kan?”Tengku Rubiah pula masuk line.Rizkin cebik keji.

“Tak lama dah tu…..”Rizkin bernada ejek.

Tiba-tiba….
“Aduh,sakit perut ni”Tengku Mariah menekan-nekan perutnya.

Lepas tu…
“Auw..perut nenek!”Tengku Rubiah pulak.

Serentak dengan itu,kedua-duanya bangkit dan menuju masuk kedalam villa.Aku dapat rasakan aura bencana yang bakal menimpa.Dan Rizkin…matanya menghantar mesej ‘kan aku dah cakap!’

Tak guna!



Belacan!Cili padi!Jering!Petai!Mangkuk hayun tingkat punya Rizkin!Mukanya handsome macam Kamal Adli tapi hati busuk macam Sarip Dol Kampung Dusun!Kalu campak kat gunung berapi pun tak lut punya hati busuk dia tu.

“Hoi budak kampung!Cepat cabut rumput tu.Jangan nak terkumat-kamit mulut tu.Baca serapah konon.”Rizkin bersuara lantang.Dia yang tengah duduk kat kerusi batu sambil pegang News Strait Time.”Nilah hukuman nya sebab letak julap dalam masakan.Nak kenakan orang.Tunggu malam sikit eh.”

Aku bangkit berdiri dari cangkukng.”Rizkin!Saya tahu,awak yang bubuh julap tu kan?Sebab tu awak tak makan tadi.Awak saja nak kenakan saya!”

“Kau ni ada akal ker tak ha?Kau ingat aku sangggup buat macam tu kat mama dengan nenek aku semata-mata nak kenakan kau?Buatnya nenek aku datang penyakit lain… Lagipun,bila masanya aku nak buat?Ada waktu kau masak,aku datang kat kau?Fikirlah sikit.Dah buat tu ngaku jer lah.”

Aku terdiam.Betul juga tu.Tapi…ish,siapa yang buat?
“Tapi Rizkin,betul.Saya tak buat macam tu.Kalau saya nak kenakan awak pun,saya takkan libatkan mama dan nenek awak!Percayalah,saya tak letak pun julap dalam kuew tiaw sup saya tu…”

“Orang dah berak tepi jalan,mana nak ngaku.Eh…yang kau kenakan aku kat restoren mamak tu,apa kes?”

“Pasal tu…”

Kata-kata aku mati kat situ..



Zarra tersengeh sorang-sorang.Hatinya puas kini.Huh,dasar budak kampung.Senang jer rupanya nak kenakan dia.Waktu Hana tengah masak sup,saja dia datang kononya untuk minta garam.Tanpa Hana sedar,dia masukkan julap kedalam sup yang tengah menggelegak kat atas api.Dan…Hana terkena!

Sebab Hana kalah,maka aku yang menang acara masak ni.Thanks to julap!

Ketukan di pintu bilik menyedarkan Zarra.Pantas dia bangkit dari pembaringan dan membuka pintu.Rizkin!

“Saya nak bagi hadiah dekat awak sebab menang acara masak tadi..”senyuman Rizkin berikan.Huh,Tengku ni memang handsome!

“Dengan sepenuh hati saya terima Tengku..”

Rizkin angkat kening.Dia menyelup pokek dan mengeluarkan sesuatu yang dibalut sapu tangan.”Ni untuk awak..”Rizkin menarik sapu tangan tersebut dan isinya terdedah..Oooo,botol julap!

“Errr,apa ni Tengku?”buat-buat bodoh.

“Julap!”

“Ju…lap..?”Gulp!

“Lain kali kalau nak kenakan Hana,jangan nak libatkan mama dan nenek saya,faham!”sedikit keras nada suara Rizkin.

“Saya…”

“Saya tak kisah awak nak kenakan dia,saya lagi suka but lain kali…ingat,jangan libatkan diorang.Faham?”Rizkin tegas.Zarra hanya angguk.

“Anyway,thanks sebab dah kenakan budak kampung tu.Saya suka and make sure it as a secret huh.”

Angguk lagi.

“Ni hadiah awak..”Rizkin mengeluarkan bekas cicin dari poket dan meletakkannya ditangan Zarra.Kemudian,terus berlalu pergi.



*Salam Lebaran buat semua..mohon ampun zahir dan batin..
*TQ sudi support Chomelnya Chenta ni dan teruskanlah komen ye..nak kutuk,kutuk jer..Tader hal punya..=p
*Nak Tanya..suka Hana dengan Tengku Rizkin or Hazrik??Pilih jangan tak pilih na,=)

14 comments:

hana_aniz said...

hana n rizkin? hana n hazrik? hahaha... nk dgn rizkin! bad boy. comel sket.

arisa aizawa said...

ceih jahat giler,
tapi lawak arr bila pompuan lawa x reti masak,
boleh pulak buat scramble egg, salad, and telur rebus
idea menarik keep it up,
cepat sambung k,

arisa aizawa said...

kalau hana n hizrik x thrill la,
nak hana n rizkin baru best

yunix77 said...

nak rizkin gak
tapi....hana kena denda apa haa pasal julap tu?
kesiannya

qyqa said...

Hana_aniz..
suka hana dgn Rizkin ek??
bad boy comel??he3..btoi gak..

Arisa..
TQ 4 da komen..
he3..masakan2 tu muncul secara automatik..
thrill ek kalu dgn Rizkin??Oyeh..

Yunix..
Hana kena denda cabut rumput..Hu2,cian tau,he3..

Unknown said...

waa...suke baca novel ea?? ;)

qyqa said...

yup chipsmore!!!qyqa suka bc novel...

yunix77 said...

cepat2 qyqa cari idea utk CC 6 plak
cabut rumput jer? 'baiknya' Rizkin
hehehe...

qyqa said...

yunix..
he3..sabor3...
rizkin memg 'baik'

miss nina said...

suka hana dgn rizkin. bagi rizkin kahwin jugaklah dgn hana. bagi jeles pun takpe.. sombong sgt dia nih

Anything said...

nk hana ngan rizkin plizzzzzz

qyqa said...

hai miss nina n @k@yy...ni pun peminat rizkin jg ye,waduhhh..rizkin ramai peminat,he3..

EryaChu said...

best la !
nak lagi meyh ! ^^

Natasya K said...

bersengkongkol rupanyer dua ekor manusia tu aka rizkin and zarra tu... hahaha. kesian pulak kat hana