[[QYQA'S]]

Sunday, April 17, 2011

Stand By Me ~SPECIAL~

Izham duduk di sebelah Adi yang khusyuk menonton TV. Izham tahu Adi perasan yang dia ada di sebelah. Saja nak buat-buat tak tahu. Merajuk lagi agaknya? Aduhai isteriku sayang...

Perlahan-lahan tangan Izham mendarat atas tangan Adi yang sedang menggenggam alat kawalan jauh TV.

“Opss.” Buat muka suci. “Abang nak ambil rimut ni.”

Adi mengetap bibir bawahnya. Macamlah tak tahu. Saja jer tu. Tahan ye hati. Jangan cair. Biar bagi penasaran sikit encik suami tercinta ni. Adi menarik tangannya perlahan dan meletakkan alat kawalan jauh tersebut di atas meja. Matanya masih memandang kaca TV walaupun fikirannya langsung dah melayang jauh.

Dia sebenarnya terkilan dengan sikap Izham akhir-akhir ni, selalu betul lebihkan kerja. Macam tadi, dah janji nak keluar dinner. Adi memang dah bersiap cantik, tup-tap tup-tap Izham membatalkan dinner mereka. Katanya, ada urusan penting di pejabat. Ini, dah pukul 11 malam baru balik.

Izham hanya memandang alat kawalan jauh tersebut. Matanya kemudian beralih pada Adi.

“Ira marah abang?” lembut Izham bertanya.

“Tak.” Sepatah. Dingin. Mana boleh tak marah. Geram betul. Nak melawan, berdosa besar pula. Jadi, merajuk macam ni jalannya.

Izham mengesot punggungnya mendekati Adi di sebelah. Sengaja membiarkan bahu dan peha mereka bersentuhan.

“Abang minta maaf,okey.”telapak tangan Izham dan menekap di atas tangan Adi. Perlahan-lahan ibu jarinya membelai perlahan tangan Adi. “Abang bukan sengaja. Abang betul-betul ada kerja. Ira tahukan, yang syarikat abang tu tengah urus projek besar. Memang nak kena kerja keras. Abng bukan buat benda tak elok.”Izham member penjelasan sekaligus memujuk.

Dia tahu Adi terkilan. Kali ni, nak masuk 4 kali dinner mereka dibatalkan. Memang marahlah si isteri terchenta ni.

Adi diam. Masih lagi berpura-pura menonton TV padahal setiap patah perkataan yang Izham ucapkan, Adi dengar dengan teliti.

“Ira.... jangan macam ni. Nanti malam tak lena abang nak tidur.” Nada suara Izham dah masuk mood romantik. Kepalanya juga dah disandarkan atas bahu Adi. Tangan kirinya mula membelai rambut Adi yang panjang separas pinggang.

Adi rasa nak senyum. Izham memang pandai betul bab pujuk memujuk. Senyuman di bibir cuba ditahan, namun sempat dilihat oleh Izham yang mendongakkan mukanya.

“Ira dah senyum.. baby abang dah senyum!” Izham gembira. Automatic tangannya naik ke udara umpama orang baru lepas menjaringkan gol.

“Bila masa pula Ira jadi baby?” Adi jeling manja.

“Aish.. Ira jangan jeling macam tu. Abang tergoda tau.” Tangan naik mencubit manja pipi Adi. “Dah kita tak ada baby lagi, Ira jadilah baby abang.” Izham mengusik.

“Iyelah tu.”

Izham sengeh. “Ira dah tak marah abang ker?”

“Mana boleh nak marah abang lama-lama. Abang tu ada ubat pengasih.”

“Hah.. tahu pun. Nasib baik abang guna pada Ira seorang jer tahu. Kalau tak, merana nanti.”

Mata Adi bulat. “Berani? Abang buat, siap!” jari telunjuk Adi naik ke udara.

Izham ketawa. Tangan kirinya merangkul bahu Adi. Satu kucupan hangat singgah di dahi Adi. Adi senyum. Hatinya senang dicium suami tercinta.

“Ira tak suka ker abang panggil Ira baby?” Izham memandang Adi.

Adi geleng. “Tak. Macam pelik sangat.”Adi ketawa. Baby? Terbayang dalam palehotak budak yang separuh puberty tu nyanyi lagu Baby.

“Kalau macam tu...” Izham bangun. “Jom!” tangan kanannya dihulurkan kepada Adi. Menunggu untuk disambut.

“Nak pergi mana?” Adi buat muka pelik.

“Nak pergi buat baby yang betul-betul baby.” Izham kenyit mata.

“Abang ni...” muka Adi dah merah.

.........................................................

“Nampak kau macam gemuklah Adi.” Aisya memberi komen. Selamba. Macam tak tahu yang Adi pantang dengar perkataan ‘GEMUK’.

“Mana ada!” Adi berhenti mengagah Aulia yang berusia 5 bulan itu bila mendengar kata-kata Aisya. “Kau ni nak kena pakai specs pula ni. Mengandung banyak kali, sampai vitamin A dah kurang ni.”

“Amboi kau. Sedap jer mengata aku. Baru 4 kali jer pun.” Aulia beralih tangan. Aisya membetukan kedudukan Aulia dalam dukungannya.

“4 kali jer?” Adi ketawa.

“Kau bila lagi?” Aisya bertanya. Seingatnya, dah nak dekat setahun Adi dan Izham berkahwin.

Adi angkat bahu. Menongkat kedua belah tangannya ke belakang dan melunjurkan kaki ke depan. Seronoknya ada tempat lepak ala-ala pondok dekat rumah. Seronoklah anak-anak Saufi dan Aisya bermain. “Belum ada rezeki lagi.”

“Ker korang merancang ni?”

Adi cepat geleng kepala. “Mana ada. Aku tak kisah pun kalau ada anak cepat-cepat ni. Tapi dah rezeki belum sampai. Tunggu jer.”

“Jangan tunggu saja. Berusaha sama. Berdoa sekali. Baru lengkap. Usha, doa, tawakal.” Aisya macam nak buka ceramah pula.

Adi sengeh. Gelas berisi limau ais dihirup perlahan. Sampai habis secawan.

“Suka pula kau minum air limau?” Aisya angkat kening. “Kalau dulu, bukan main tak suka.ini siap pesan aku suruh buat air limau pula.”

Betul, Adi memang tak suka sangat benda masam-masam ni. Aisya pula, memang geng betul segala benda masam dekat rumah ni. Limau ais yang dia bancuh ni pun memang rasa masam lebih. Kaw punya dari kedai.

“Berubah angin.” Adi menuang lagi limau ais ke dalam gelasnya. “Kenapa kau tak ikut Saufi keluar dengan anak-anak kau? Boleh pula dia handle 3 budak kecil tu.”

“Malaslah aku. Lagipun sekali sekala nak biar anak beranak tu keluar sama-sama.”

Adi angguk kepala. “Kau ada tak bergaduh dengan Saufi?”

Aisya angguk kepala. “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Biasalah gaduh benda-benda kecil jer pun. Aku ni kadang-kadang banyak pula kerenah. Nasib baik Saufi boleh tahan.” Aisya membetulkan pakaian Aulia. “Yang penting sabar. Toleransi.”

..........................................................................

Adi menekupkan telapak tangannya ke dahi Izham. Panas betul. Suhu badan Izham naik mendadak. Muka Izham berkerut walaupun tengah tidur.

“Abang... Abang...” rasa tak sampai hati nak gerak, tapi kena juga.

“Jom kita pergi klinik.” Adi berkata bila perlahan-lahan mata Izham terbuka. “Badan abang panas sangat ni. Ira risaulah.”

Izham angguk. perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Adi turut membantu.

Mereka masuk ke dalam kereta. Adi memandu dengan berhati-hati. Sambil itu, matanya sempat menjeling Izham yang memejamkan mata di sebelah. Macam mana boleh demam yek? Sepanjang perkahwinan mereka, ini baru kali pertama Izham sakit.

Mata Adi memerhati segala pemeriksaan yang dilakukan oleh Doktor Afif. Doktok muda itu Nampak tenang saja. Umur mungkin dah lewat 20-an.

“Encik demam biasa saja.” Doktor Afif menulis sesuatu di atas kertas. “Tapi suhu badan Encik agak tinggi. Saya akan bagi ubat. Encik makan ye. dan.. MC 2 hari.

Izham dan Adi mengangguk perlahan.

“Encik dan Puan kena jaga kesihatan elok-elok. Sekarang banyak sangat penyakit.”Doktor Afif sempat memberikan pesanan ketika Adi dan Izham hendak bangun dari kerusi.

Mereka sama-sama tersenyum. “Terima kasih doktor.”

Baru hendak melangkah ke luar dari bilik rawatan, tiba-tiba Adi terasa hendak muntah.

“Uwek.. uwek..” pegangan di lengan Izham terlepas. Adi memegang tekaknya yang terasa hendak mengeluarkan isi perut.

“Puan kenapa?” Doktor Afif mendekati Adi dan Izham.

Adi mengawangkan tangannya. “Tak ada apa doktor. Mungkin saya salah makan.”

“Mari saya check. Mana tau ada apa-apa masalah.”

“Tak apalah doktor.” Adi menggeleng.

“Ira..dah alang-alang ada dekat klinik ni.” Izham bersuara.

Adi angguk.

...........................................................................

Mata Adi khusyuk menatap Kim Hyun Joong di TV. Sambil tu tak henti-henti dia makan asam. Khusyuk sampai tak sedar Izham ada di sebelah.

“Amboi, tengok jer mamat Korea jambu tu, terus lupa abang.”

Adi berpaling sambil tersengeh. “Dia handsome sangat.”

“Dah berapa kali ulang dah ni.” Serius. Dari bulan awal-awal Adi mengandung, sampai dah nak masuk 8 bulan perut memboyot, asyik tengok cerita yang sama jer. Semata-mata nak tengok Kim Hyun Joong ni. Apa yang special sangat pun Izham tak faham. Muka jambu, entah berapa banyak silicon agaknya.

“Ira tak bosan ker sayang?”

Adi geleng. Matanya kembali ke kaca TV. “Kim Hyun Joong ni handsome sangat. Tak boleh nak rasa bosan pon. Pula tu charming. Ira suka tengok muka dia. Orang kata, kalau perempuan mengandung suka tengok wajah seseorang, nanti anak akan ada iras rupa. Kalau anak kita handsome macam dia ni...kan bagus.”bersemangat Adi bercakap.

“Amboi.” Izham cubit manja pipi Adi. “Puan Adira sayang, dalam perut tu anak Encik Izham. Mestilah muka macam saya. Tambah pula, saya lagi handsome dari mamat jambu tu.”

Adi ketawa dan mengelak cubitan Izham. “Abang jealous eh?” nak mengusik Izham. “Iyalah abang lagi handsome dari dia.”

“Tahu pun...” tangan Izham dah merangkul bahu Adi.

“Nanti... nak bubuh nama apa ye kat baby kita ni?” Izham membuka topic perbualan.

“Kalau anak lelaki, bagi nama Adham. Kalau anak perempuan bagi nama Izra. Sedap tak?”

Izham angguk. “Sedap. Boleh makan.”

“Abang ni..” Adi dah cubit peha Izham. “nama-nama tu hasil gabungan nama kita tau. Aisya yang bagi.”

“Bila dia bagi?”

“Waktu Ira keluar dengan dia kat IKEA tu. Yang waktu dia merajuk dengan Saufi.”

Izham cepat petik jari. “Oh! Jadi mesti Ira selalu ingat nama-nama tu kan? Dok bayang abang jadi bapa mithali pada anak-anak tu.”

“Mana ada..”

“Ada...”

“Perasan.”

“Abang perasan dengan Ira jer.” Izham mengucup lembut dahi Adi.

Adi tersenyum.

“Ira... terima kasih tau.”

“Hm.. kenapa?”

“Sudi terima cinta abang. Sudi jadi isteri abang. Sudi jadi ibu kepada bakal anak-anak abang.” Romantis Izham mengucapkannya.

“Sama-sama.”

“Aik.. sama-sama jer? Abang ingat Ira nak cakap benda yang sama. Nak merajuklah.” Izham dah tarik muncung.

Adi tak tahan dah ketawa. Comel betul muka Izham buat gitu. “Iya abang.. Terima kasih sebab pilih Ira jadi isteri abang. Curahkan segala kasih abang pada Ira. Mengajar Ira erti cinta dan kasih. Membuatkan Ira bahagia. Ira sayang sangat kat abang.” Adi peluk lengan Izham. Manja.

“Kalau macam ni manja Ira hari-hari, kena pilih banyak nama lepas ni. Akan ada yang mendatang lepas Adham dan Izra.”

“Abang!!!!!” Adi tampar perlahan bahu Izham. Yang sorang ni pun tak lahir lagi suamiku oiii.

“Rezeki mana boleh tolak kan?”

“Yelah tu....” jeling manja.

“Come..” Izham mendepakan tangannya untuk merangkul Adi. Adi mengikut.

“Will you stand by me forever and ever?”

“I will. Forever and ever.”

~SMILE~


*dah ada button like and share.. qyqa dah maju kan???? entry ni qyqa buat nak bagi cun sikit ending dia. okey tak??? suka tak???? (^_^)

sayang ketat-ketat pada mereka yg follow mini novel ni. thanx a lot okey.. muahhhh..

silalah komen.. (^_________^)

4 comments:

Qwerty said...

aloh aloh alohhh.
comelnyaaa.

hihih.
i loikee.
mekasih awak =)

Mimie said...

cuke-cuke.....
tq qyqa
so nxt coming cite ada lg x?

Anonymous said...

bdk sparuh puberty nyanyi lg baby???
hmm..cm knl je..
huhu..

hazelmohamad said...

so sweet...akak suke