[[QYQA'S]]

Wednesday, May 27, 2009

BUNGA LILI SAHABAT

Suasana kelas 5AS bisisng dengan suara para pelajar yang bersembang.Pasti tiada guru di dalam,maka ramailah yang mula buka kedai kopi menayang cerita baru.Gelak ketawa jelas kedengaran.
Insyirah kelam kabut di tempat duduknya bertungkus lumus mahu menyiapkan kerja sejarah yang lupa di buat semalam.Selepas rehat,cikgu Suraya pasti akan masuk dan meminta kerjanya,kalau tidak di hantar..Alamat bersedialah dengan sesi kaunseling yang panjang lebar sampai telinga pun penuh,tak tahan nak dengar.
Raiqal mendekati Insyirah dan berdiri di sebelah meja.Insyirah mendongak.”Nak per?Aku tengah sibuk ni..”
“Aku nak ajak kau buat study group petang ni.Nak tak?Aku,kau,mail,nani dengan wan.Nak?”
Isyirah memeluk tubuhnya.”Susahlah wei.Korang tak pelah tak duduk asrama.Sekarang dah ada peraturan baru,kalau petang nak prep hanya di bilik prep.Tak boleh ke kawasan luar asrama walaupun sekolah.Kalau aku langgar,alamat famouslah nama aku nanti kena panggil dengan warden.”
Raiqal mengeluh.”Adoi,aku baru ingat nak suruh kau ajar chemistry.Leceh betullah..Aku…”belum sempat Raiqal menghabiskan kata-kata,Cikgu Izian masuk ke kelas bersama seorang budak lelaki.
Raiqal segera kembali ketempatnya.Suasana kelas tiba-tiba menjadi sunyi.Setelah salam di beri,semua pelajar duduk tetapi kepala masing-masing berpesoalan siapakah gerangan pelajar lelaki yang bersama dengan Cikgu Izian.
“Kelas.Ini rakan baru kamu semua.Kenalkan diri kamu.”Cikgu Izian membuka ruang untuk memperkenalkan diri.
“Assalamualaikum semua.Saya Affendi Syakir b Ahmad.Boleh panggil saya Syakir.Saya dari Muar,Johor.Saya pindah kat sini sebab ikut mak ayah tukar kerja.Harap semuanya dapat berikan tunjuk ajar kepada saya yang baru dekat sini.”sungguh matang gaya percakapannya.
Kacak!Itulah perkataan pertama yang muncul apabila melihat Syakir di hadapan.Isyirah seolah-olah dipukau.Ada sesuatu yang menarik mengenai Syakir.Mata Isyirah mengekori langkah Syakir yang berjalan menuju ketempat duduknya,disebelah Raiqal.Emm,boleh jaga kalau masuk jarum,hehehe..Hati Isyirah berdetik.

Selepas seminggu….
“Syira,boleh tolong ajarkan saya Chemistry?”umpama satu mimpi apabila Syakir datang ke tempatnya dan minta diajar.Mana tidaknya,selama seminggu sebelum ini,Syakir langsung tidak pernah bercakap dengannya.Insyirah hanya mengangguk.
Syakir menarik kerusi dan duduk di sebelah Insyirah…rapat…betul-betul rapat….
“Saya bukannya apa,saya selalu tengok awak dapat jawab soalan yang cikgu bagi.Saya kagum dengan awak.Kalau saya,memang susah nak faham.Awak dahlah cantik,pandai pulak tu..”Kembang kucup Insyirah apabila di puji sebegitu.Insyirah tersengeh kecil.
“Awak tak payahlah nak puji lebih-lebih.Malu saya taw..Emm..mana yang awak nak saya ajarkan?”
“Syira…ajar aku jap…”Raiqal tiba-tiba datang mencelah.Syakir menarik muka.
“Nantilah aku ajar kau ye…Aku nak kena ajar Shakir.”memdengar kata-kata Insyirah,Raiqal mendengus dan berlalu pergi.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Insyirah bersiap-siap mahu ke pusat sumber bersama dengan Raiqal.
“Syira,jom pergi kantin.Saya nak belanja awak sebab awak dah ajar saya.”Pelawaan Shakir membuatkan Insyirah serba-salah.kalau ikutkan hati,mestilah dia mahu pergi ke kantin bersama Shakir tetapi janji dengan Raiqal harus ditepati.
“Err,awak pergi kantin dulu,nanti saya datang.”Tersenyum Shakir mendengar kata-kata Insyirah dan dia terus berlalu pergi.
Insyirah menuju kearah Raiqal.”Qal…aku ingat tak jadilah nak pergi PS sebab aku tak bawa kad pinjaman.Aku ingat nak pergi kantinlah nak makan.Aku pagi tadi tak makan.Aku lapar sangat ni..”
“La…kalau kau tak bawa kad,guna je la kad aku.Macam tak biasa pulak.Lagi pun kau kan tak suka makan kat kantin.Pagi tadi bukan kau makan nasi lemak yang Zurin bagi ker?”sanggahan Raiqal membuatkan Insyirah terkedu.
“Ala lain kali la aku pergi PS ek..Kau pergilah sorang taw…k…”Sejurus,Insyirah terus berlalu pergi.Raiqal berdengus tidak puas hati.


Insyirah melihat jam tangannya.Pukul 5.00.Waktu sebegini,pasti budak-budak bola sedang berlatih.Waktu prep sudah berlalu dan bolehlah dia pergi ke padang.Dia harus bercakap dengan Raiqal.Sudah seminggu Raiqal memboikot dirinya sejak peristiwa dia mungkir janji mahu ke PS.Tembelang penipuan dirinya terbongkar apabila Raiqal secara tidak sengaja ternampak kad pinjaman buku PS yang ada didalam beg Insyirah sewaktu Raiqal mahu mengambil buku matematik kepunyaan Insyirah di dalam beg.Marah benar Raiqal apabila ditipu dan lagilah marah Raiqal apabila mengetahui Insyirah menipu kerana Shakir.
Dari jauh Insyirah dapat menangkap Raiqal yang sedang berehat jauh dari rakan-rakan bolanya.Insyirah menghampiri Raiqal yang duduk di bawah pokok rendang.

“Raiqal…”Insyirah menegur.Raiqal hanya buat tak tahu..Ceh,jual mahallah pulak.Insyirah mengambil tempat duduk di sebelah sahabatnya.
“Aku minta maaf..Aku tahu aku salah.Aku tak patut tipu kau semata-mata sebab Shakir.Kau boleh nak marah aku ikut suka hati kau tapi tolonglah jangan tak cakap dengan aku.Kau sahabat aku yang paling rapat,jangan boikot aku macam ni.Aku janji aku takkan buat macam tu dah.Please forgive me..”Insyirah cuba meraih simpati namun Raiqal hanya buat tak tahu.
Insyirah mati kutu melihat Raiqal membatukan diri.Tiba-tiba akalnya mendapat idea.Insyirah menuju ke penjuru padang Dia memetik 2 batang bunga lili dan kembali kearah Raiqal.
“Nah..ambillah bunga ni..tanda penyesalan aku terhadap apa yang aku buat sebelum ni.Ada 2 kuntum lili,satu aku,satu kau.Aku nak hati kita akan sentiasa putih macam bunga lili ni dalam persahabatan kita.Takkan ada dusta sama selali dan persahabatan kita ni akan terus kekal sampai bila-bila.Kalau kau sudi maafkan aku,ambillah 2 lili ni.Nilah simbol persahabatan kita yang akan kekal sampai bila-bila.”Kata-kata Insyirah membuatkan Raiqal tersentuh.Dia memandang wajah Insyirah dan dapat di lihat ketulusan sahabatnya itu.
Raiqal mengambil 2 bunga lili yang ada ditangan Insyirah.”Bunga lili,tolong khabarkan pada sahabat baik saya,Nur Yaumul Insyirah yang saya dah maafkan dia.Saya harap lain kali dia takkan buat macam tu lagi dah.Saya tak kisah kalau dia nak kawan dengan sesape pun tapi saya harap dia takkan lupakan saya.Cerita kat dia ye..Dan lagi satu,suruh dia letak bunga Lili atas kubur saya kalau saya pergi dulu..”kata-kata Raiqal mengembirakan Insyirah.Dia memandang sahabatnya,”Terima kasih Qal”
Mereka sama-sama tersenyum.

Waktu rehat,Insyirah ke PS bersama dengan Raiqal.Ajakan Shakir untuk ke kantin juga di tolak untuk memenuhi janjinya bersama Raiqal.Di PS,mereka mencari buku rujukan kerana peperiksaan awal tahun akan menjelma tak lama lagi.
“Aku nak pergi cari Cikgu Amran kat stor buku kejap taw.”Raiqal beredar menuju ke belakang PS.Matanya melilau mencari Cikgu Amran namun tidak terlihat.
Tiba-tiba,satu tumbukan melayang hinggap di pipi Raiqal membuatkan dia rebah ke tanah.Syakir tersenyum megah.
“Pe kes kau ni?”Raiqal mula berang.Dia bangkit dan bersiap untuk menyerang.
“Kau tu yang sibuk nak kacau Syira.Hari tu elok jer dia dengan aku.Tiba-tiba jer dia tak mau layan aku.Pe yang kau cakap kat dia ha?”
“Apa yang aku cakap?Ni yang aku cakap.”Tumbukan melayang ke muka Syakir.Mereka mula bergelut dan saling tumbuk-menumbuk.Sakit di badan tak dihiraukan janji maruah diri terbela.Habis lebam badan…
“Raiqal!Apa kamu berdua buat ni?”Sergahan Cikgu Amri membatukan mereka.”Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!!!”


Peristiwa pergaduhan Raiqal dan Shakir tersebar pantas.Rata-rata menyalahkan Insyirah yang di katakan sebagai punca utama pergaduhan mereka berdua.Insyirah berasa sangat tertekan.Raiqal dan Shakir cuba menjelaskan hal sebenar kepada Insyirah namun dia enggan bercakap dengan mereka berdua.Dia benar-benar sesal dengan kelakuan Raiqal dan Syakir yang tidak matang.Bergaduh atas perkara yang tak munasabah.Hatinya mula rasa sebal pada 2 lelaki yang membuatkan hidupnya kucar-kacir.
Perasaannya sangat tertekan dengan apa yang berlaku.Ramai mula memandang serong dirinya terhadapa apa yang berlaku.Mana tidaknya,2 lelaki kacak bergaduh gara-gara dirinya.Pasti ramai berfikiran dia terlibat dalam cinta 3 segi.TAKKKK…TAKKK sama sekali!!!
Insyirah menyesal rapat dengan Syakir.Dia pasti Syakir yang mulakan pergaduhan itu sebab Raiqal takkan menyerang kalau tak di serang.Tapi,dia tetap geram pada Raiqal yang tak mampu bersabar.AHHHHH…..


JUMPA DI TAMAN INDAH PETANG NI PUKUL 5 PETANG.ADA YANG TERISTIMEWA MENANTI.
Begitulah bunyi surat yang Insyirah terima pagi tadi.Hatinya berbolak balik untuk pergi atau tak.Siapa yang nak jumpa???Itulah persoalan yang menghampiri benak fikiran Insyirah.Hatinya kuat mengatakan Raiqal ataupun Syakir yang menghantarnya.Insyirah menarik nafas….Aku akan pergi,biarlah benda ni diselesaikan dengan cara baik.Hati Insyirah berdetik.

Terkejut Insyirah apabila melihat orang yang ingin berjumpa dengannya.Bukan Raiqal atau Syakir tapi Syakir dan Raiqal.
“Syira…kita bertiga kena bincang.”Syakir memulakan mukadimah,Raiqal berwajah tenang hanya mengangguk.Insyirah mengerutkan mukanya,dah baik ke diaorang ni?
“Kami tahu kau marah kat kami.Kitaorang minta maaf Syira.Maaf sangat.Waktu tu kitaorang memang dah kena kuasai dengan amarah syaitan,hati rasa marah.Bila Syakir tumbuk aku,aku rasa dia memang dah melampau.Aku memang tak boleh nak terima pa yang dia buat.dan,sebab pergaduhan kami,nama kau tercemar dan hubungan kita jadi renggang.Aku rindukan sahabat aku yang dulu.”Raiqal merayu.
“Raiqal betul.Saya yang salah sebab sangka yang bukan-bukan.Saya ingat awak dah tak sudi nak kawan dengan saya sebab Raiqal racuni awak.Saya ikhlas nak kawan dengan awak.Rasa suka dan sayang saya pada awak memang rasa untuk sahabat.Saya hilang pertimbangan tengok awak bagi bunga lili kat Qal.Saya takut saya tak dapat kawan dengan awak..”
Penjelasan Raiqal dan Syakir membuatkan Insyirah terdiam.Dia tak tahu hendak cakap apa.
“Kau tak maafkan ker?Tunggu kejap…”Raiqal pergi berjalan menyeberangi jalan,Syakir juga turut ikut.Mereka mahu mencari sesuatu istimewa yang ada di taman seberang jalan.Insyirah hanya memerhati tanpa memberikan sebarang respon.
Kelihatan Raiqal diseberang jalan membawa lili putih ditangan.Wajahnya sangat gembira dan dia terus melintas jalan tanpa melihat kenderaan.
“Raiqal”Insyirah menjerit apabila melihat sebuah kereta laju dijalan.Raiqal seolah-olah tidak mendengar jerita Insyirah.Tiba-tiba muncul Syakir dan dia terus berlari kearah Raiqal dan menolaknya mengelak dari kereta laju itu.
Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas.Shakir dilanggar kereta dan Raiqal jatuh,kepalanya terhantuk kuat pada batu besar di tepi jalan.Kedua-duanya tak sedarkan diri.
Insyirah tergaman.Dia amat berharap apa yang dilihatnya adalah ilusi semata-mata.Namun………
“Raiqal...............!Syakir………….!”Insyirah rebah tak sedarkan diri.
Dan bunga-bunga Lili bertaburan di bumi………………….


TELAH TIBA SAAT WAKTU PERPISAHAN KITA,
KERANA TAKDIR YANG MAHA ESA TELAH MENETAPKAN,
Nasyid nyanyian Kumpulan Hijjaz terngiang-ngiang ditelinga Insyirah.Air matanya tumpah lagi.Hatinya benar-benar sesal dan sedih atas apa yang berlaku…Benar-benar yang teramat.Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

“Raiqal….aku sayangkan kau sangat-sangat.Kau sahabat aku yang sangat istimewa.Aku harap kau bahagia…..Jangan kau ingat aku akan lupakan kau….Pergilah,pergi…..itulah yang terbaik….Aku sedih tapi aku redha….Aku akan selalu ingat dan doakan kau….Kau sahabat aku sampai bila-bila,dunia dan akhirat…”
“Syakir…walaupun pertemuan kita singkat,tapi aku hargai persahabatan kita…Aku hargai saat kita berkongsi bersama..Aku pun sayangkan kau…Kau sahabat aku…Kau sanggup korbankan nyawa kau nak selamatkan Raiqal tapi…….”
Air mata Insyirah jatuh lagi….Dia mengeluarkan Bunga lili dan menaburkannya ke atas kubur Raiqal dan Syakir….Sedunya kedengaran lagi.
“Waktu kau cakap taburkan bunga lili atas kubur kau kalau kau pergi dulu,aku ingat kau main-main tapi benda tu jadi kenyataan Qal….”
Insyirah terus menangis dan menagis lagi………………………………………..

6 comments:

ainulmardhiah said...

sdehnye cite...

Anonymous said...

sedih....
lynn lucy

Anonymous said...

sedeynya... tp bes citer ni. membawa pengajaran kepada erti berkawan yang sebenar

nurul iman said...

sedih...camne ye??klau sy ditmpt syira??
oh no??
x sggup ku kehilngn org yg aku kasihi...

Anonymous said...

sedehnyer citer
ni nk nangis plak rsenyer
tetibe teringt plk kengkwn aku
SAYANG KORANG
papepon nice story
n membri pengajaran yg baek
tahniah pde penulis
troskn bekarya ^_^

Najhan79 said...

sedeynya...hilang 2 sahabat skali....dan pergi takkan kembali lagi...

There was an error in this gadget