[[QYQA'S]]

Wednesday, May 27, 2009

BUNGA LILI SAHABAT

Suasana kelas 5AS bisisng dengan suara para pelajar yang bersembang.Pasti tiada guru di dalam,maka ramailah yang mula buka kedai kopi menayang cerita baru.Gelak ketawa jelas kedengaran.
Insyirah kelam kabut di tempat duduknya bertungkus lumus mahu menyiapkan kerja sejarah yang lupa di buat semalam.Selepas rehat,cikgu Suraya pasti akan masuk dan meminta kerjanya,kalau tidak di hantar..Alamat bersedialah dengan sesi kaunseling yang panjang lebar sampai telinga pun penuh,tak tahan nak dengar.
Raiqal mendekati Insyirah dan berdiri di sebelah meja.Insyirah mendongak.”Nak per?Aku tengah sibuk ni..”
“Aku nak ajak kau buat study group petang ni.Nak tak?Aku,kau,mail,nani dengan wan.Nak?”
Isyirah memeluk tubuhnya.”Susahlah wei.Korang tak pelah tak duduk asrama.Sekarang dah ada peraturan baru,kalau petang nak prep hanya di bilik prep.Tak boleh ke kawasan luar asrama walaupun sekolah.Kalau aku langgar,alamat famouslah nama aku nanti kena panggil dengan warden.”
Raiqal mengeluh.”Adoi,aku baru ingat nak suruh kau ajar chemistry.Leceh betullah..Aku…”belum sempat Raiqal menghabiskan kata-kata,Cikgu Izian masuk ke kelas bersama seorang budak lelaki.
Raiqal segera kembali ketempatnya.Suasana kelas tiba-tiba menjadi sunyi.Setelah salam di beri,semua pelajar duduk tetapi kepala masing-masing berpesoalan siapakah gerangan pelajar lelaki yang bersama dengan Cikgu Izian.
“Kelas.Ini rakan baru kamu semua.Kenalkan diri kamu.”Cikgu Izian membuka ruang untuk memperkenalkan diri.
“Assalamualaikum semua.Saya Affendi Syakir b Ahmad.Boleh panggil saya Syakir.Saya dari Muar,Johor.Saya pindah kat sini sebab ikut mak ayah tukar kerja.Harap semuanya dapat berikan tunjuk ajar kepada saya yang baru dekat sini.”sungguh matang gaya percakapannya.
Kacak!Itulah perkataan pertama yang muncul apabila melihat Syakir di hadapan.Isyirah seolah-olah dipukau.Ada sesuatu yang menarik mengenai Syakir.Mata Isyirah mengekori langkah Syakir yang berjalan menuju ketempat duduknya,disebelah Raiqal.Emm,boleh jaga kalau masuk jarum,hehehe..Hati Isyirah berdetik.

Selepas seminggu….
“Syira,boleh tolong ajarkan saya Chemistry?”umpama satu mimpi apabila Syakir datang ke tempatnya dan minta diajar.Mana tidaknya,selama seminggu sebelum ini,Syakir langsung tidak pernah bercakap dengannya.Insyirah hanya mengangguk.
Syakir menarik kerusi dan duduk di sebelah Insyirah…rapat…betul-betul rapat….
“Saya bukannya apa,saya selalu tengok awak dapat jawab soalan yang cikgu bagi.Saya kagum dengan awak.Kalau saya,memang susah nak faham.Awak dahlah cantik,pandai pulak tu..”Kembang kucup Insyirah apabila di puji sebegitu.Insyirah tersengeh kecil.
“Awak tak payahlah nak puji lebih-lebih.Malu saya taw..Emm..mana yang awak nak saya ajarkan?”
“Syira…ajar aku jap…”Raiqal tiba-tiba datang mencelah.Syakir menarik muka.
“Nantilah aku ajar kau ye…Aku nak kena ajar Shakir.”memdengar kata-kata Insyirah,Raiqal mendengus dan berlalu pergi.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Insyirah bersiap-siap mahu ke pusat sumber bersama dengan Raiqal.
“Syira,jom pergi kantin.Saya nak belanja awak sebab awak dah ajar saya.”Pelawaan Shakir membuatkan Insyirah serba-salah.kalau ikutkan hati,mestilah dia mahu pergi ke kantin bersama Shakir tetapi janji dengan Raiqal harus ditepati.
“Err,awak pergi kantin dulu,nanti saya datang.”Tersenyum Shakir mendengar kata-kata Insyirah dan dia terus berlalu pergi.
Insyirah menuju kearah Raiqal.”Qal…aku ingat tak jadilah nak pergi PS sebab aku tak bawa kad pinjaman.Aku ingat nak pergi kantinlah nak makan.Aku pagi tadi tak makan.Aku lapar sangat ni..”
“La…kalau kau tak bawa kad,guna je la kad aku.Macam tak biasa pulak.Lagi pun kau kan tak suka makan kat kantin.Pagi tadi bukan kau makan nasi lemak yang Zurin bagi ker?”sanggahan Raiqal membuatkan Insyirah terkedu.
“Ala lain kali la aku pergi PS ek..Kau pergilah sorang taw…k…”Sejurus,Insyirah terus berlalu pergi.Raiqal berdengus tidak puas hati.


Insyirah melihat jam tangannya.Pukul 5.00.Waktu sebegini,pasti budak-budak bola sedang berlatih.Waktu prep sudah berlalu dan bolehlah dia pergi ke padang.Dia harus bercakap dengan Raiqal.Sudah seminggu Raiqal memboikot dirinya sejak peristiwa dia mungkir janji mahu ke PS.Tembelang penipuan dirinya terbongkar apabila Raiqal secara tidak sengaja ternampak kad pinjaman buku PS yang ada didalam beg Insyirah sewaktu Raiqal mahu mengambil buku matematik kepunyaan Insyirah di dalam beg.Marah benar Raiqal apabila ditipu dan lagilah marah Raiqal apabila mengetahui Insyirah menipu kerana Shakir.
Dari jauh Insyirah dapat menangkap Raiqal yang sedang berehat jauh dari rakan-rakan bolanya.Insyirah menghampiri Raiqal yang duduk di bawah pokok rendang.

“Raiqal…”Insyirah menegur.Raiqal hanya buat tak tahu..Ceh,jual mahallah pulak.Insyirah mengambil tempat duduk di sebelah sahabatnya.
“Aku minta maaf..Aku tahu aku salah.Aku tak patut tipu kau semata-mata sebab Shakir.Kau boleh nak marah aku ikut suka hati kau tapi tolonglah jangan tak cakap dengan aku.Kau sahabat aku yang paling rapat,jangan boikot aku macam ni.Aku janji aku takkan buat macam tu dah.Please forgive me..”Insyirah cuba meraih simpati namun Raiqal hanya buat tak tahu.
Insyirah mati kutu melihat Raiqal membatukan diri.Tiba-tiba akalnya mendapat idea.Insyirah menuju ke penjuru padang Dia memetik 2 batang bunga lili dan kembali kearah Raiqal.
“Nah..ambillah bunga ni..tanda penyesalan aku terhadap apa yang aku buat sebelum ni.Ada 2 kuntum lili,satu aku,satu kau.Aku nak hati kita akan sentiasa putih macam bunga lili ni dalam persahabatan kita.Takkan ada dusta sama selali dan persahabatan kita ni akan terus kekal sampai bila-bila.Kalau kau sudi maafkan aku,ambillah 2 lili ni.Nilah simbol persahabatan kita yang akan kekal sampai bila-bila.”Kata-kata Insyirah membuatkan Raiqal tersentuh.Dia memandang wajah Insyirah dan dapat di lihat ketulusan sahabatnya itu.
Raiqal mengambil 2 bunga lili yang ada ditangan Insyirah.”Bunga lili,tolong khabarkan pada sahabat baik saya,Nur Yaumul Insyirah yang saya dah maafkan dia.Saya harap lain kali dia takkan buat macam tu lagi dah.Saya tak kisah kalau dia nak kawan dengan sesape pun tapi saya harap dia takkan lupakan saya.Cerita kat dia ye..Dan lagi satu,suruh dia letak bunga Lili atas kubur saya kalau saya pergi dulu..”kata-kata Raiqal mengembirakan Insyirah.Dia memandang sahabatnya,”Terima kasih Qal”
Mereka sama-sama tersenyum.

Waktu rehat,Insyirah ke PS bersama dengan Raiqal.Ajakan Shakir untuk ke kantin juga di tolak untuk memenuhi janjinya bersama Raiqal.Di PS,mereka mencari buku rujukan kerana peperiksaan awal tahun akan menjelma tak lama lagi.
“Aku nak pergi cari Cikgu Amran kat stor buku kejap taw.”Raiqal beredar menuju ke belakang PS.Matanya melilau mencari Cikgu Amran namun tidak terlihat.
Tiba-tiba,satu tumbukan melayang hinggap di pipi Raiqal membuatkan dia rebah ke tanah.Syakir tersenyum megah.
“Pe kes kau ni?”Raiqal mula berang.Dia bangkit dan bersiap untuk menyerang.
“Kau tu yang sibuk nak kacau Syira.Hari tu elok jer dia dengan aku.Tiba-tiba jer dia tak mau layan aku.Pe yang kau cakap kat dia ha?”
“Apa yang aku cakap?Ni yang aku cakap.”Tumbukan melayang ke muka Syakir.Mereka mula bergelut dan saling tumbuk-menumbuk.Sakit di badan tak dihiraukan janji maruah diri terbela.Habis lebam badan…
“Raiqal!Apa kamu berdua buat ni?”Sergahan Cikgu Amri membatukan mereka.”Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!!!”


Peristiwa pergaduhan Raiqal dan Shakir tersebar pantas.Rata-rata menyalahkan Insyirah yang di katakan sebagai punca utama pergaduhan mereka berdua.Insyirah berasa sangat tertekan.Raiqal dan Shakir cuba menjelaskan hal sebenar kepada Insyirah namun dia enggan bercakap dengan mereka berdua.Dia benar-benar sesal dengan kelakuan Raiqal dan Syakir yang tidak matang.Bergaduh atas perkara yang tak munasabah.Hatinya mula rasa sebal pada 2 lelaki yang membuatkan hidupnya kucar-kacir.
Perasaannya sangat tertekan dengan apa yang berlaku.Ramai mula memandang serong dirinya terhadapa apa yang berlaku.Mana tidaknya,2 lelaki kacak bergaduh gara-gara dirinya.Pasti ramai berfikiran dia terlibat dalam cinta 3 segi.TAKKKK…TAKKK sama sekali!!!
Insyirah menyesal rapat dengan Syakir.Dia pasti Syakir yang mulakan pergaduhan itu sebab Raiqal takkan menyerang kalau tak di serang.Tapi,dia tetap geram pada Raiqal yang tak mampu bersabar.AHHHHH…..


JUMPA DI TAMAN INDAH PETANG NI PUKUL 5 PETANG.ADA YANG TERISTIMEWA MENANTI.
Begitulah bunyi surat yang Insyirah terima pagi tadi.Hatinya berbolak balik untuk pergi atau tak.Siapa yang nak jumpa???Itulah persoalan yang menghampiri benak fikiran Insyirah.Hatinya kuat mengatakan Raiqal ataupun Syakir yang menghantarnya.Insyirah menarik nafas….Aku akan pergi,biarlah benda ni diselesaikan dengan cara baik.Hati Insyirah berdetik.

Terkejut Insyirah apabila melihat orang yang ingin berjumpa dengannya.Bukan Raiqal atau Syakir tapi Syakir dan Raiqal.
“Syira…kita bertiga kena bincang.”Syakir memulakan mukadimah,Raiqal berwajah tenang hanya mengangguk.Insyirah mengerutkan mukanya,dah baik ke diaorang ni?
“Kami tahu kau marah kat kami.Kitaorang minta maaf Syira.Maaf sangat.Waktu tu kitaorang memang dah kena kuasai dengan amarah syaitan,hati rasa marah.Bila Syakir tumbuk aku,aku rasa dia memang dah melampau.Aku memang tak boleh nak terima pa yang dia buat.dan,sebab pergaduhan kami,nama kau tercemar dan hubungan kita jadi renggang.Aku rindukan sahabat aku yang dulu.”Raiqal merayu.
“Raiqal betul.Saya yang salah sebab sangka yang bukan-bukan.Saya ingat awak dah tak sudi nak kawan dengan saya sebab Raiqal racuni awak.Saya ikhlas nak kawan dengan awak.Rasa suka dan sayang saya pada awak memang rasa untuk sahabat.Saya hilang pertimbangan tengok awak bagi bunga lili kat Qal.Saya takut saya tak dapat kawan dengan awak..”
Penjelasan Raiqal dan Syakir membuatkan Insyirah terdiam.Dia tak tahu hendak cakap apa.
“Kau tak maafkan ker?Tunggu kejap…”Raiqal pergi berjalan menyeberangi jalan,Syakir juga turut ikut.Mereka mahu mencari sesuatu istimewa yang ada di taman seberang jalan.Insyirah hanya memerhati tanpa memberikan sebarang respon.
Kelihatan Raiqal diseberang jalan membawa lili putih ditangan.Wajahnya sangat gembira dan dia terus melintas jalan tanpa melihat kenderaan.
“Raiqal”Insyirah menjerit apabila melihat sebuah kereta laju dijalan.Raiqal seolah-olah tidak mendengar jerita Insyirah.Tiba-tiba muncul Syakir dan dia terus berlari kearah Raiqal dan menolaknya mengelak dari kereta laju itu.
Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas.Shakir dilanggar kereta dan Raiqal jatuh,kepalanya terhantuk kuat pada batu besar di tepi jalan.Kedua-duanya tak sedarkan diri.
Insyirah tergaman.Dia amat berharap apa yang dilihatnya adalah ilusi semata-mata.Namun………
“Raiqal...............!Syakir………….!”Insyirah rebah tak sedarkan diri.
Dan bunga-bunga Lili bertaburan di bumi………………….


TELAH TIBA SAAT WAKTU PERPISAHAN KITA,
KERANA TAKDIR YANG MAHA ESA TELAH MENETAPKAN,
Nasyid nyanyian Kumpulan Hijjaz terngiang-ngiang ditelinga Insyirah.Air matanya tumpah lagi.Hatinya benar-benar sesal dan sedih atas apa yang berlaku…Benar-benar yang teramat.Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

“Raiqal….aku sayangkan kau sangat-sangat.Kau sahabat aku yang sangat istimewa.Aku harap kau bahagia…..Jangan kau ingat aku akan lupakan kau….Pergilah,pergi…..itulah yang terbaik….Aku sedih tapi aku redha….Aku akan selalu ingat dan doakan kau….Kau sahabat aku sampai bila-bila,dunia dan akhirat…”
“Syakir…walaupun pertemuan kita singkat,tapi aku hargai persahabatan kita…Aku hargai saat kita berkongsi bersama..Aku pun sayangkan kau…Kau sahabat aku…Kau sanggup korbankan nyawa kau nak selamatkan Raiqal tapi…….”
Air mata Insyirah jatuh lagi….Dia mengeluarkan Bunga lili dan menaburkannya ke atas kubur Raiqal dan Syakir….Sedunya kedengaran lagi.
“Waktu kau cakap taburkan bunga lili atas kubur kau kalau kau pergi dulu,aku ingat kau main-main tapi benda tu jadi kenyataan Qal….”
Insyirah terus menangis dan menagis lagi………………………………………..

CINTA FATIN DAN FITRI


Aku memeluk tubuhku.Rasa sengal sangat sekarang ni!Dah sejam aku duduk tercongok kat restoren ni.Manalah mamat sengal ni.Semalam dia yang poyo,cakap suruh datang awal.Alih-alih,dia yang lambat.Dasar janji melayu!
Aku memang dah bosan nak tunggu ni…Aku mencapai handsetku dan bersiap mahu pergi namun niatku terbantut apabila mamat sengal tu dah muncul..Uh..siap sengeh lagi.Kalau gigi cantik takpelah juga,ni tak…Drop the water face betul!
Fitri duduk menghadapku.”Sorry,I ada hal sikit tadi…You baru sampaikan?”Mak aiih…bodohnya soalan.Dah trang-trang air aku dah habis,takkan baru seminit baru tunggu?sengal…
“Asal kau nak jumpa?”Aku terus bertanya.Malas nak panjangkan cerita,nanti jadi lain pulak…
Muka Fitri berubah serius.”You tahu tak,our parents nak jodohkan kita?”.
Aku membulatkan mata dan berdiri mengetuk meja.”What?”Semua mata memandang perlakuanku.Aku menekup mulutku dan kembali duduk.”Kau jangan nak main-main.Tak kelakar taw!”Nadaku tegas.
Fitri mengangkat tangannya.”I swear Fatin.Semalam I terdengar diaorang bersembang kat ruang tamu….Diaorang memang serius.Siap buka buku pengantin nak cari baju!”Aku mengerutkan mukaku.
“Apa susah sangat.Kalau kita dua-dua tak mau,mesti tak boleh jalankan?Lagi pun,kau kan dah ada Akma,Mila,Sharen and the others women...Aku pula lansung tak hingin nak kahwin.Kalaupun kita kahwin,memang hancusss….Aku tak suka kau,kau tak suka aku!Uweekkkk….”Aku memegang tekakku.
Fitri tersenyum sinis..”Yes,I memang tak suka you and you pun tak suka i.Tapi………….”Dia mengelipkan matanya….
“Iwant to marry you!”
Tidaaakkkkkkkkkkkk…………………….


Aku memegang kepalaku yang amat berat.Betul-betul aku rasa sengal sekarang.Bala apalah yang datang ni?Ahhhhhhhh…..Dahlah tadi fight dengan mama.Ada jer jawapan mama.Uhhh……
“Ila muda lagi la mama.Takkan dah nak kahwin.Belajar pun tak habis lagi.Habis nanti,dia nak bagi Ila makan apa?Pasir ke ranting?Lagipun Ila tak suka kat Fitri tu…Dia tu,makwe keliling pinggang.Ma nak tengok ke anak ma dapat suami mata keranjang?”
Mama tersengeh dan memandangku.”Ila,soal kahwin ni tak tengok pada umur sayang.Umur 23,dah okey sangat taw.Lagipun apa yang susahnya kahwin sambil belajar?Lagi lah Ila dapat semangat lebih dari Fitri.Mama yakin,mesti Ila dengan dia bahagia.”
Uhhh,aku memuncungkan bibirku.”Ila tak mahu,tak mahu,tak mahu,tak mahu!”Aku memberontak.
“Kamu kena kahwin dengan dia.Fatin Nabila!This is my instruction”Suara papa mencelah kuat.Aku menelan air liur…Aduh,kalau papa dah masuk campur,memang aku kena masak…Tidak………
“Papa bagi 2 pilihan.Kahwin dengan Fitri dan secara automatiknya harta papa,akan diwariskan pada kamu.Atau,kalau tak nak kahwin,papa akan tarik elaun kamu,kamu jangan sambung pelajaran kamu dan harta papa sesen pun….kamu takkan dapat!”Jelas sekali papa memberikan ugutan padaku.
“Ila…..think ok…Ila tak rugi apa-apa pun kalau kahwin dengan Fitri.”Mama cuba memujukku.Aku bingkas bangun dan terus masuk ke dalam bilik.
Bila aku fikirkan balik,aku dah tahu sebab apa Fitri setuju nak kahwin dengan aku.Mesti dia pun dapat ugutan macam aku.Dan….untuk seorang playboy macam dia,duit memang penting.Dia memang takkan rugi apa-apa pun kalau kahwin dengan aku.Yang ruginya aku!
Tapi,aku lagi rugi kalau tak kahwin dengan dia.Tak dapat elaun,tak dapat sambung belajar,tak dapat harta papa!Mak aiih…..Aku bukanlah tamak tapi aku sekarang memang perlukan duit.Aku nak belajar sampai habis.Kalau tak,sia-sia jer aku belajar 4tahun,lagi setahun aku habis…Lepas tu,dapat la jadi doktor…Kerja yang aku idam-idamkan dari kecil.Aaahhhhhh,sengalnya!



“You jangan risau.Kita kahwin jer.Lepas setahun,kita cerai.Waktu tu.our parents dah tak boleh cakap apa dah.Lagipun,kita dah confirm dapat harta diaorang.And…I will not touch you Nabila..I’m promise!”
Disebabkan jaminan Fitri tulah,aku setuju nak kahwin dengan dia.Gila memanglah gila tapi nilah jalan penyelesaiannya.Tu tak masuk gila kami waktu nak pilih warna baju pengantin.
“Pinklah…cantik!”Aku mengusulkan.
Fitri mencebik.”Ingat nak main barby doll ke pakai warna pink?I nak warna biru!”
“Biru hodoh!”
“Pink buruk!”
Dan jalan penyelesaiannya,baju pengantin kami warna biru pink!Yu….dah lah kontra punya warna.Kena gabung jadi 2.Tapi,lama-lama tengok,rasa cantik juga.Pink keputih-putihan digabungkan dengan warna biru laut.Dapat bayangkan tak?Hahaha…
Tapi yang paling aku tak tahan,semua kawan-kawan terkejut and perli aku.Mana taknya,sebelum ni,aku memang suka kutuk dia.Bila diaorang Tanya kenapa kahwin dengan mamat sengal tu,aku cakap jer dah jatuh cinta!Perkara sebenar mesti dirahsiakan!
Dahlah pulak tu,semua minah-minah yang terhegeh kat mamat sengal tu datang serang aku,Tanya kenapa aku ambik diaorang punya pakwe.
“Sebab aku cantik dari kau,sebab tulah dia kahwin dengan aku!”mudah dan padat jawapan aku kan?Setiap sorang,aku bagi jawapan yang sama..Sengal betul minah-minah tu,tak tahu yang Fitri dah main kayu 10!
Esok….esok dah nak kena nikah.Kalau perempuan lain,mesti gembira.Tapi aku,tak ada perasaan lansung!


“Aku terima nikahnya Nur Fatin Nabila BT Mohd Zailani dengan mas kahwin RM180 tunai…….”saksi pun kata sah dan….i am a wife now!Fitri datang dekat padaku.Dia menghulurkan tangan tapi aku Cuma mengangguk.
“Salam lah…”mak cik mana tah yang tetiba menyampuk.Huh…aku tahulah…Aku menyalami Fitri dan sebuah kucupan lekat di dahi aku..Mak oi,rasa air liur dia yang melebihnya!
Selepas habis kenduri,kami terus menaiki kereta Mercedes dan terus balik ke rumah banglo 2 tingkat,hadiah perkahwinan dari parents mamat sengal ni…Errr,agak-agak nak panggil dia apa ek?
“Buatkan I kopi”Mak aiih….jadi king Nampak…
“Kan tadi baru jer lepas minum.Lagi pun minum banyak,nanti boroi!”Dia berdengus apabila aku menjawab.Sempat lagi aku menangkap perkataan malas daripada mulutnya.
“I nak ambik bilik yang paling luas.You,perempuan,dok stor pun cukup.”Cara dia bercakap memang menjengkelkan.Aku ada idea!
“Siapa cepat,dia dapat!”Dengan itu,aku terus berlari dan masuk kedalam bilik tengah,bilik paling luas….haha…Aku kunci!Dari luar,Firi mengetuk-ngetuk pintu .Macam nak runtuh!

Mak oiihhh,sengal betullah!Pancit pulak skuter ni.Dahlah pagi ni ada test.Kalau lambat,wajiklah Prof Amir tak bagi masuk.Nak tunggu teksi,berjanggut lah aku..Eer,takkan nak tumpang mamat sengal tu?
Fitri muncul.Aku berdehem.”Eeer,Fitri,aku nak tumpang kau pergi kampus.Boleh?Tenggiling aku pancit…”
Dia mencebik.”Tak.Lagipun I tak ada kelas.Naik jerlah teksi.I nak pergi main boling ni”
“Please….aku memang terdesak ni.Pagi ni dahlah aku ada test.Please….”
Dia mengusap-ngusap dagunya sambil tersengeh.”Okey,I tumpangkan you tapi,dengan 1 syarat.Iwant to take your room and you take my room.Okey?”Dia mengangkat keningnya…
Ehhhhhhhhhh,sengalnya.Dia kenakan aku!Dengan hati yang tak sampai 1 peratus pun rela,aku angguk kepala.Sengal!

Wah…..sedapnya dia berkepit dengan perempuan lain.Mesra nak mampos.Yang peliknya,tiap kali berkepit mesti dengan perempuan yang berbeza.Bukannya minah-minah tu tak tahu,si mamat sengal tu dah kahwin.Pulak tu,siapa bawa balik rumah.Nasib tak bawa masuk bilik je.Sakit mata aku ni tengok.Nak buat dosa,carilah tempat lain.
“Kau tahu tak dosa bergaul bebas dengan perempuan yang bukan muhrim?Nak sangat masuk neraka?”Aku menempelaknya ketika kami bersantai diruang tamu.
“You jeles kan”Wekkk….nak muntak aku.Hello!
“Aku tak jeles lah.tapt ni soal dosa.Dah pulak tu,kalau mama papa kita dapat tahu perangai kau,tak ke nahas?”Aku cuba berdiplomasi.
Dia tersenyum.”Dosa?You cakap pasal dosa kan..Kalau ikutkan,you tu pun banyak dosa terutamanya dengan I”Aku mengerutkan muka,tanda tak faham.
“I dosa sebab menggauli perempuan yang bukan mahram I tapi you dosa sebab tak hormatkan suami.You cakap dengan I macam I ni adik you.Berengkau aku.Kalau you pandai sangat cakap pasal dosa,mesti you tahu kan syurga you bawah tapak kaki i.You wajib hormatkan I”
Wajahku berubah.Rasa panas ya amat ni.”Kita kan Cuma berlakon jer.Tak payahlah nak menghayati watak sangat.Lagipun jangan cuba nak tutup salah kau dengan babitkan aku ek…”Aku memeluk tubuhku.Uuuhhhh….
“Memang kita tengah berlakon tapi hakikat yang sebenar,you isteri i.Kenapa tak dalam waktu kita berlakon ni,you hormatkan i?panggil I abang.Okey,macam ni.I takkan jumpa dah dengan perempuan-perempuan tu sume.Tapi,you kena panggil I Abang.Anggap ni macam cabaran.Nak?”
Wahhh dia nak mencabar aku pulak.Bukan susah pun nak sebut abang tu.Small matter!
Mula-mula memang nak tergeliat lidah aku nak panggil mamat sengal ni abang tapi lama-lama aku dah boleh biasakan.Dan yang paling penting,dia memang kotakan janji dia,dah tak jumpa minah-minah senget tuh…
Kadang-kadang kalau aku rajin,selalu juga aku masak untuk dia.Tapi,dia suka kutuk masakan aku,cakap masin la,masam la…Aku rasa okey jer…Entah macam mana tah lidah dia.Dok kutuk-kutuk,balun sampai 2 pinggan.Huh…
Aku memang rasa hormat kat dia.Dah lama dok sama ni,baru aku tahu perangai dia macam mana.Tak adalah sengal sangat rupenya…huhu…Tapi,tak da cinta ek…memang tak ada la buat masa ni….for me love is such a rubbish!


“Abang nak bawa Atin pergi mana ni?”Aku menyoal Fitri.Tadi katanya,suruh aku berpakaian cantik dan dia mahu membawaku ketempat istimewa.Rahsia nampak!Lepas 7 bulan kahwin,baru nak surprise.Benda apatah…
“Adalah…Atin sabarlah….”
Aku jadi bertambah pelik bila kami tiba di banglo kepunyaan keluarganya.Gelap jer..
“Jom”Aku membontoti Fitri..Sampai jer dalam rumah….
“Surprise”Tadi gelap sekarang dah cerah.Belon bergantungan dan ramai sangat.Lagu selamat hari lahir bergema.YA ALLAH,macam manalah boleh lupa hari ni birthday aku?Ya ampun….
Mama membawa kek dan menyuruh aku meniupnya.Aku tersenyum dan bersiap mahu meniup lilin.Namun,pegangan tangan Firi di pinggangku membuatkan aku terkesima.Oit,tak pernah weh dia buat macam tu!
“Kita tiup sama-sama ye sayang…Abang nak kongsi hari istimewa dengan sayang.”Bisikan Fitri lembut menampar telinga ku.Pe?Sayang?Aku mengangguk dan kami meniup lilin bersama.Rasa sengal campur rasa pelik bila kami sama-sama tiup lilin.
Kemudian….satu ciuman hinggap di pipiku.Wah,dia ni betul-betul nak ambik kesempatan ker?Aku sekadar merelakan sahaja.Ah…tak luak pun kan.Tapi,sengalnya bila mama suruh aku cium pipi dia pulak..Eh….tak pernah-pernah aku cium lelaki…Yuuuuu……………Dan tanpa rela,aku pun….emmm…
Fitri masih lagi memegang pinggangku.Aku memang nak elak tapi dia memang pandai,dia bawa aku depan mama dengan papa.Owh….aku tahu,mungkin dia nak memantopkan lagi lakonan kami…Uhhh,jangan cepat pasan ek….
Memang seronok betul majlis aku ni.Ramai sangat yang datang.Tapi yang tak sedapnya,tetamu yang tak di undang pun datang.Akma!Dia tu salah seorang peminat fanatik Fitri…Uhhhh,menyebuk jer nak dekat dengan Fitri.Tapi elok juga,Fitri tak adalah nak melekat jer dengan aku…Uhhh,perempuan tu memang tak tahu malu!
Dalam kereta,aku hanya membisu.Fitri pula mungkin penat melayan Akma.Sampai di rumah,aku bergegas mahu naik keatas dan merehatkan diri.Namun,niatku terbantut apabila Fitri memegang tanganku.
“Abang nak bagi sesuatu untuk Atin.Abang harap Atin akan suka and simpan sampai bila-bila.”Dia mengeluarkan sekotak hadiah dan menyuruh aku buka.
Sweetnya…2 gelas cawan berbentuk hati dan terukir nama aku dan dia.Aku tersenyum tapi senyuman ku mati tiba-tiba.
“Abang bagi jelah kat Akma.Atin tak layak nak dapat benda macam ni.Lagipun,Atin tak suka benda-benda macam ni.”
Dia mengeluh.”Atin…abang memang beli ni untuk atin,untuk atin simpan..Ambiklah…please sayang…”Aku terkedu mendengar ungkapan sayang yang keluar dari mulutnya.
“Kan sekarang tak ada orang lain,tak payanhlah abang nak bersayang-sayang dengan atin”aku cuba memperingatkan tentang hakikat sebenar.
“Atin ingat abang berlakon ker?No sayang.I’m serious.Abang betul-betul sayangkan atin.And yang paling penting,I need you angd very love you!”aku betul-betul terkedu banar.Tak tahu nak cakap apa.Aku sekadar menundukkan kepalaku.
“Abang nak atin betul-betul jadi isteri abang yang abadi.Bukan sekadar tertulis di kertas tapi dihati…”Lembut kata-katanya dan menusuk ke dalam hatiku.
Aku mencari anak matanya.”Akma?”ringkas pertanyaanku,dia membulatkan mata.
“Dia tak ada kaitan dalam hidup abang.”Tegas dan yakin jawapannya.”Abang nak kita batalkan perjanjian kita.Abang nak kita tamatkan perjanjian kita ni sayang….”Wahaha,sukanya!
Tapi,aku kenalah jual mahal sikit.”Biar atin pikir dulu.Atin tak nak buat keputusan yang salah pulak nanti.Abang pun tahukan sejarah hidup abang dulu,perkara tu membuatkan atin kena berhati-hati nak pastikan yang abang betul-betul ikhlas.Ungkapan I love you tu besar maksudnya dan atin sendiri pun tak pasti dengan kata hati atin ni.Bagi atin masa.”Aku berlalu pergi meninggalkan Fitri bersama hadiah ditanganku..


Setelah seminggu aku berfikir,akhirnya aku dah buat keputusan muktamad.Yes,I will accept him!Sebelum nak bagitahu kat Fitri,aku nak bagi surprise sikit.Aku nak masak sedap-sedap.Dengan penuh semangatnya,aku gagahkan diri membeli keperluan di market.
Dah siap semua keperluan,aku memandu untuk pulang ke rumah.Sampai satu selekoh,mataku tertarik untuk berhenti apabila terpandangkan kereta Mercedes kepunyaan Fitri tersadai ditepi taman.Apa di buat kat sini?Kata ada test hari ni,asal ada kat taman ni?Hatiku memberontak ingin tahu.Aku berjalan masuk ke taman.
Disatu sudut taman,aku melihat sepasang manusia sedang berdekatan.Hatiku jadi panas ya amat.Fitri dan Akma!Apa yang berlaku ni?Aku berjalan mendekati mereka.Dari arah berlakang,aku cuba menangkap perbualan mereka.
“I tak tipu you ma…betul,I love you!”What?Baru minggu lepas dia cakap macam tu kat aku!
“Habis,kenapa you nak kahwin dengan dia kalau you sayangkan i?I lagi cantik dari dia!”
“I terpaksa!Kalau ikutkan hati I,memang I akan pilih you.Iwill not choose the girl!”Membara ya amat hatiku.Aku takkan nangis!Tak akan!
Aku dah tak sanggup nak dengar perbualan mereka.Aku terus berlari menuju ke kereta.Sampai hati Fitri!Memang dasar buaya!Memang motif dia Cuma nak mainkan aku.Sengal!Dan,aku tarik keputusan aku!


Selepas 5 tahun……….
Aku menarik nafasku perlahan.Dalam beberapa minit saja lagi kapal terbang akan mendarat ke landasan.Tak sabar untuk aku bertemu keluargaku yang amat-amat aku rindui.Lepas jer habis belajar,aku terus sambung belajar kat Ireland selama 5 tahun.
Turun dari kapal terbang,aku mencari-cari kelibat mama dan papa.Cuitan di bahuku membuatkan aku menoleh kebelakang.Dia!
Aku segera memeluk si dia dan dia menghadiahkan kucupan dipipiku.”Mana mama papa?Tak datang ker?”
“Diaorang nak bagi privasi kat abang nak jumpa isteri abang ni….”Fitri mencuit hidungku.Aku tersenyum.Aku benar-benar rindukan lelaki ini.
Mesti korang semua pelikkan macam mana aku boleh still lagi dengan Fitri kan?
Macam ni…
Sebenarnya apa yang aku dengar kat taman tu bukanlah perkara sebenar yang terjadi.Fitri Cuma cakap macam tu sebab Akma ugut nak bunuh diri kalau Fitri tak mahu kahwin dendan dia.So,Fitri terpaksa cakap macam tu.
Sekarang,dah tak payah nak pening pikir pasal Akma sebab dia dah pun jumpa dengan arjuna hati dia.Dah kahwin dah pun.Dengar cerita,dia tengah mengandung.Wah,lagi cepat Nampak.Aku tersengeh.
“Sengeh sorang-sorang,ingat kat pakwe sana ka?”Sergahan Fitri me3ngejutkan aku.
Aku tersengeh dan memegang lengannya.”Memang tengah pikir pasal pakwe pun.Tapi pakwe ni pakwe paling kacak dalam dunia dan paling atin cinta seumur hidup”
“Boleh abang tahu siapa orang tu?”sengehan mencul di bibir Fitri.
“Emmm,Muhammad Fitri Ilham!”Dia tersenyum.Dari riaksinya,aku tahu dia amat terharu.
“Kalau macam tu,boleh abang mintak hadiah?”Aku mengerut mendengar pertanyaan darinya dan terus mengangguk perlahan.
“Emmmm,abang nak anak!”

Aku dan Fitri berjalan ke tempat pakaian bayi.Perutku yang memboyot ni memang besar sungguh.Aku dijangka bersalin minggu depan.So,hari ni baru nak beli baju baby.
“Abang,beli baju warna pink ek…”
“Nak anak kita jadi barby doll ke?Warna birulah.”
“Biru hodoh!”
“Pink buruk!”
Mendengar kata-katanya,aku merajuk.Dia tersenyum dan menarik hidungku lembut.
“Okey sayang.Kita beli la baju pelbangai warna.Takkan nak beli semua warna biru atau pink.Emmm?”Dia menganggkat keningnya.Aku mengangguk.
Tiba-tiba…”Adooooiiiiiiii….abang,air ketuban dah pecah….aaaahhhhhh……”

Alhamdulilah….aku selamat lahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Faiz Nabil.Aku bahagia dan lengkaplah hidup aku sebagai seorang ibu dan wanita.Faiz Nabil telah melengkapkan Cinta Fatin dan Fitri….
“Abang sayang dan cintakan atin.”Aku tersenyum lagi.
There was an error in this gadget