[[QYQA'S]]

Thursday, May 27, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang..

Assalamualaikum..

Cik yam Terima kasih.
Betul.
Sumpah.
Tak perasan langsung yang umur belog ni dah setahun.
Yea..




Selamat hari lahir sayang.
Terima kasih wujud dalam hidup ni.Banyak sangat jasa bendalah maya yang satu ni.
Sampai membuatkan qyqa sayang sangat-sangat kat belog ni.
Bermula dari beloglah qyqa yakin nak menulis dan bagi orang baca.

Kalau ikut sejarah,qyqa memang suka menulis dari sekolah rendah lagi sebab BFF qyqa pon kuat menulis.
Kami suka jer karang cerita.
Qyqa ingat lagi,qyqa bawa buku cerpen pergi sekolah rakyat.
Tajuk cerpen tu "FARHANA"
Entah apalah pandai sangat aku ni,boleh pula elok jer tinggal buku tu atas meja belajar pasal nak main kejar-kejar kat luar.
Dah tahu budak laki kelas tu baik gila..
Elok qyqa masuk kelas,pakat ramai-ramai nyanyi lagu FARHANA.
Ingat tak lagi lagu FARHANA?Ala yang kumpulan Jimbara nyanyi tuh!
Ha..lagu tu lah.
Qyqa pelik..
Dan dan tengok muka semua mamat-mamat tu macam kambing dapat rumput.Sengeh memanjang.
CERPEN AKU!!!!!!!!!!!!!!

Serius,qyqa tak suka orang baca karya qyqa.
Qyqa bukan orang yang terlalu kuat nak terima kritikan.
Tetapi bila ada belog ni,rasa kuat pula bila orang komen sebab dah boleh nak arahkan otak ni cakap kritikan tu bawa pembaikan loji..eh..bakat.
Mungkin sebab tak berdepan kot bila dikritik.
And rasa dihargai bila di kritik.

Melalui belogku ni juga qyqa kenal ramai orang.
Seronok sebenarnya baca tulisan-tulisan orang.
Baca pahit payau orang.

Juga nak disertakan di sini bahawa tarikh lahir belog ini sama dengan hari kelahiran rakan sekelas qyqa.
HAMIZAN HARIRI.
SELAMAT HARI LAHIR.
aku tahu hang tak baca pon belog ni tu aku berani nak ucap kat sini.wakakaka..
tak ucap pon kat dia dalam kelas tadi.
Malas sebab tahu dia blur dan tak bagi reaksi selain senyuman.
Sebab tarikh lahir dia sama dengan belog ini maka qyqa mencemar duli tulis disini.
ok.


aksi bajet macho dari 5 kumbang 5as.
dari kiri:FITRI,MALIM,HAZIM,KHALID DAN HAMIZAN.
oh ya,yang baju biru itu ustaz kami.
gambar dicuri dari facebook fitri=)
Lagi sekali..
sayang blog!!!!
ya,frasa sayang diatas hanya untuk belog saya.
Harap maklum.=)

Saturday, May 22, 2010

Entri khas Shahir.

Assalamualaikum.

Shahir.Kenal tak Shahir tu siapa?Meh nak ketuk sikit kepala kalau tak tahu.
Yes its him!
Shahir AF8.
Entri kali ni memang khas untuk beliau.
Beliau yang qyqa kira sungguh handsome dan berbakat dalam AF tu kalau nak banding dengan pelajar lain.
Beliau yang berbeza dari pelajar lain yang menjadikan ramai mok cik dan gadis2 kat luar terbayang-bayang.
Saya memang admire dia sangat-sangat.
Suara sungguh macho dan sedap.
Terkejut betul bila dia terkeluar.
Tapi bila dia masuk balik memang HHHHOOOOOOORRRRREEEEYYYYY GILA!!!
Suka jer tengok dia kat AF.
Tapi tak suka bila ada satu part dalam diari AF,Rozita Che Wan datang siap nak bersuap Shahir.Heh,jealous aku ni!
Patutnya biarlah Shahir macam tu jer yang bermaksud dipanggil Ustaz.
Dah tu apa kejadahnya ustaz nak kena bersuap dengan artis perempuan yang cun gler tu.
Biarkan Shahir dengan sifat pemalunya tu.
Tak boleh ker???Please...
lagipun dia kan bekas pelajar SMKA....
Patutlah dia menjaga adab dan pergaulan.Tak gitu?Eceh kau.

Shahir pandai tau.Betul tak tipu.

UPSR:5A
PMR:7A 2B
SPM:4A


Kira okey apa.Bekas graduan UIA tu..
Wah.Teruja kejap!

Apa pun,harap Shahir menang malam ni.
Qyqa tak akan suruh anda undi sebab qyqa tak pernah keluarkan sesen pun nak undi bebudak AF ni.
haha.
Good Luck Shahir!


"Qyqa,good luck exam.Jangan jealous abang dengan Rozita tu.Gimik jer.Jangan risau ye.."

Statement jelas.Sila jangan jealous.Sorry Rozita Che Wan.haha.
Okey okey.
Nak baca bukulah ni.
Papai.

p/s:Zatie aka kakak tua,sekarang kau dah boleh ambil kamal adli..=p =p =p

Friday, May 21, 2010

Summary for this week..

Hye there..How are you?Hope all of you happy together-gether with family..
Oh ya,I have missing something right?
Ouch!
Assalamualaikum..
Mentang-mentanglah tajuk guna bahasa penjajah terus lupa nak bagi salam ye...
Astagfirullah..
Manusia...lupa sokmo...huhu..

Baiklah.Minggu ni.Banyak juga yang nak diceritakan.Jadi kalau cikgu BM harap saya buat rumusan hanya 120 patah perkataan,saya GAGAL!!!
Hanya untuk merepek disini,memang menggunakan banyak perkataan..

17/5/2010.
HAPPY TEACHER'S DAY!!!!
Kami semua bergebang di tapak perhimpunan seawal pagi untuk sambut hari yang istimewa ni..
Tak sabar nak tengok persembahan dan tak suka dengar ucapan..
sigh,cakap cepat siapa suka dengar ucapan meleret yang memanjang yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri??

Setiap tahun,upacara dimulakan dengan pearakan guru-guru ke tapak perhimpunan..
Hahaha..tradisi yang tak pernah berubah..
buatlah lain sikit nanti..Err mungkin guru-guru datang masuk perhimpunan naik Mercedes sorang sebijik?

Ucapan..ucapan..ucapan...

Dan.masa persembahan!!!!
Seronok..
Mula-mula dikir barat.
Ceh fitri jadi tukang karut.
Lawak siot..
Cakap hebat bebenor..tapi aku rasa lawak jer tengok hang tau..
tapi menarik..
persembahan yang diingati..

Lepas tua adalah juga persembahan yang lain2..
banyak benor persembahannya sampai jadi mengantuk tengok..
yang menarik bila cikgu2 bergabung baca sajak..
how nice!
saya tak sangka ustaz nasir boleh deklamasikan sajak dengan baik...

Persembahan Ainul and gengs pon seronok..
Menyanyi secara unplugging bersama gitar..
lagu dia ok..
tapi Ainul..pitching larilah...
he3..

Persembahan sketsa lagi menarik..
fuh..
mau kalau LIYANA JASMAY tengok menangis nih!
nanti ada pula yang rampas tempat aktres terbaik...

Disamping ucapan dan persembahan,ada juga anugerah untuk cikgu2..
Paling mengujakan,my mom dapat ANUGERAH GURU PALING PENYAYANG SESI PETANG!
sungguh terkejut!
Opah pun terkejut bila dengar berita ni..
Opah teruja gilerrrrrrrr...
Mak steady jer....

Ada juga lagi perkara yang tak disangka..
Tetiba jer SIR WONG HOE CHIN panggil qyqa yang tengah berehat.
Disuruhnya deklamasi sajak kat atas pentas..
Sir!!!!!Saya malu tahu tak...
Gila dahlah tak berlatih..
muka memang pucat tahap tak hengattttt...
Dengan dada yang berdebar.....

"Saya bukanlah Yuna yang pandai menyanyi,bukan juga A.Samad Said yang pandai berbicara.Cuma berdiri diatas ni nak bersajak.."

Pehh..intro yang tak tahu datang dari mana..
Siap tujukan sajak tu untuk mak lagi kat atas pentas tuh..
mak,terharu tak kakak buat tuh?????
hahahaha...

Adik-adik junior cakap persembahan qyqa paling best..
Suara sedap..
Ceh..bukannya aku menyanyi kat atas tuh..Setakat deklamasi sajak...
tapi bangga juga*wink wink*




*Aku bagi 3 bintang kat persembahan meka noh....



*Tirah mewakili PRS bersajak untuk guru..

*pengetuaku..maaf yea gambar goyang..waktu ni tetiba parkinson



*alalalala..cikgu catwalk yea...


*loh..nyebuk jer 2 orang ni..haaa..aku dah letak gambar kat blog,bila nak belanja???

*guru2 praktikal berkoir..



*penyampai anugerah...


*drama king n queen.

*dikir barat..sungguh cewi..


20/5/2010..
yuuuuuu..
exam syariah!
no komen..

21/5/2010..
sejarah mali..
aduuuuuhhhhhhhhh..
Cikgu Habsah cakap kalau markah bawah 50 kena naik pentas..
wa glamor!!!!!!!!!

minggu depan juga ada exam terus ke hari terakhir sebelum cuti..
wish me good luck k..
wassalam..

Friday, May 14, 2010

CHOMELNYA CHENTA!!18

Keadaan rumah banglo 2 tingkat itu sunyi sepi.Hazrik melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik bacaan.Pintu bilik bacaan itu perlahan-lahan ditolak.Mukanya terjegul ke dalam dan kelihatan tubuh kurus Haji Din sedang enak bersandar di atas kerusi sambil tidur.

Hazrik menghampiri Haji Din.Matanya tertacap pada buku Jangan Bersedih.Buku itu sudah acap kali di baca oleh Haji Din.Hazrik faham dan sangat mengerti mengapa Haji Din suka betul baca buku motivasi yang dikatakan terlaris di Malaysia itu.Pengubat hati.

“Abah..”Bahu Haji Din digoncang perlahan.Tergerak sedikit badan orang tua itu namun matanya masih tertutup rapat.

“Abah..Bangun..”Kali ini goncangannya lebih kuat.

“Lina..Jangan tinggalkan abang Lina..Abang salah.Jangan tinggal abang..”Tangan Haji Din bergerak-gerak.Mukanya juga berkerut-kerut.Hazrik langsung tak terkejut dengan apa yang didengarnya.Sudah acap kali.

“Abah.Ni Ram lah.Bangun.Dah nak maghrib.”

Haji Din membuka mata perlahan-lahan.Tangannya meraup muka.
“Ikram!”perlahan dia melepaskan nafas. “Dah pukul berapa ni?”

Hazrik mengerling jam di dinding. “6.45 petang.”lembut Hazrik jawab.Matanya memanah perlahan wajah Haji Din. “Malam ni kita jemaah kat rumah ye abah.Ram dah lama tak solat dengan abah.”

Haji Din tarik senyuman segaris. “Dah kamu tu jarang balik.Sejak uruskan syarikat abah tu,sibuk memanjang.Dahlah,abah nak mandi.Kita jemaah sama.Kamu imam.Dah lama tak dengar anak abah yang sorang ni baca Al-Fatihah.”dia bangkit.Hazrik Cuma senyum.Menghantar Haji Din keluar bilik dengan pandangan mata.

............................................................................................

Selesai bacaan doa,Hazrik mencapai tangan Haji Din dan dikucupnya dengan penuh kasih-sayang.Haji Din menyandarkan badannya di dinding sementara mahu menunggu waktu isyak.Selalunya waktu-waktu begini di masjid pasti akan diisi dengan membaca surah-surah AL-QURAN.Tapi niat dihati malam ni mahu berbual dengan Hazrik

“Abah mimpi lagi pasal Ibu ya petang tadi?”berhati-hati Hazrik menyoal.Dia duduk bersila menghala abahnya.

Haji Din menghela nafas.Senyuman segaris. “Orang yang buat salah dan tak sempat nak menebus memang akan rasa penyesalan seumur hidup,Hazrik Ikram.”perlahan Haji Din menuturkannya.Matanya terpejam seketika sambil figura Alina,wajah arwah isterinya terbayang.

“Abah jangan fikir sangat.Abah kena jaga kesihatan tu.Risau Ram tengok abah.Doktor Ahmad pun dah pesan kat Ram suruh tengokkan Abah.”terbebel pula Hazrik.Hakikatnya dia memang risaukan abahnya yang sorang ni.

“Patutlah datang.Sebab Doktor suruh.Ni tak ikhlas ye?”sekadar menguji.

“Abah ni.Ram ikhlas lah nak jumpa abah.Lagipun dah nak dekat seminggu Ram tak jenguk abahkan?Ram memang sibuk betul.Encik Razman tu memang buli Ram tau!Ingat dia senior ja Ram hormat dia.”tanpa sedar Hazrik membebel.

Haji Din menggeleng perlahan. “Hidup kenalah kuat.Memang sengaja abah suruh Razman dera sikit kamu.Biar cukup kuat nak kemudi syarikat tu sorang diri.”bahu Hazrik ditepuk perlahan.

Hazrik sekadar mengangguk.

“Abah akhir-akhir ni selalu betul mimpikan Ama dengan Ami.Kamu ingat tak diorang?

“Mana boleh saya lupa adik kembar saya,bah.”perlahan Hazrik menjawab. “Tapi memang tak tahu macam mana dah rupa diorang.Waktu diorang kena bawa lari tu,baru umur 2 tahun.Saya pun kecil lagi.”

Haji Din hanya angguk. “Agaknya kat manalah diorang ye?Mesti dah cantik macam arwah ibu.Abah teringin betul nak jumpa diorang sebelum mata ni tertutup.Teringin sangat.”dia memejamkan mata seolah-olah berfantasi sendiri.

Hazrik mendiamkan diri.Jauh di sudut hatinya sedikit berkecil hati seolah-olah Haji Din tak menghargai kehadiran dirinya disisi.Masih lagi teringatkan sikembar yang entah dimana kedudukannya.Tapi dia sedar,naluri seorang ayah pasti akan merindukan anak kandungnya yang dah terpisah bertahun-tahun lamanya.Dan dia pula,hanya sekadar menumpang kasih Haji Din dan Alina yang sudi membelanya sebagai anak walaupun pertalian mereka sebenarnya hanyalah sekadar menakan.

“Kamu tak kecil hati kan Hazrik setiap kali abah sebut pasal diorang?”seolah-olah memahami apa yang Hazrik fikir,Haji Din bertanya. “Kamu jangan lupa,sebelum kami ambil kamu,kami dah pernah ada Adam tapi meninggal.Kuasa Allah,kamu pula lahir dan ibu bapa kandung kamu meninggal dalam kemalangan sewaktu kamu baru berusia sebulan.Kami ambil kamu dan ibu susukan.Jadi kamu faham kan,kamu dengan Ama Dan Ami dah macam saudara kandung sebab berkongsi susu ibu.Jadi mereka tu adik-adik kamu.”Haji din mengingatkan kembali.Hazrik Cuma terdiam.

Perlahan-lahan kedua belah tapak tangannya melekap ke atas belakang tangan Haji Din. “Abah.Ram janji.Ram akan pastikan sebelum abah tutup mata,abah sempat tengok diorang.Kalau bukan dua-dua pun,Ram janji akan bawa salah seorang.Ram janji bah.”Hazrik berkata penuh semangat.

“Terima Kasih Ram.Terima Kasih.Abah sayang kamu.”

..............................................................................

Aku sedikit tersentak bila dengar ketukan dipintu bilik.Loh..siapa pula yang datang menggangu ketenteraman hidup aku ni?Jangan kata mamat mafia berasma tu udahler.

“Mak!”buat muka terkejut.Pekehelnyer Che Nah duduk depan pintu ni? “Masuklah mak.”aku senyum.Mak ni pelik aje gayanya.Macam James Bond nak masuk rombongan Che Kiah.Ala-ala misteri berlawak gituh.Hamboi!Siap bawa kotak besi sebesar kotak tisu.Kot ye ada duit syiling RM 1 yang tak boleh diguna lagi tak?

“Anak mak ni dah kahwin.Mak nak bagilah benda ni.”terus tak bermukadimah,mak terus jer hulurkan kotak besi tu.Aku yang baru nak duduk dibirai katil,terus tak jadi bangun pergi ke arah mak yang duduk di atas kerusi panjang.

“Apa dalam ni mak?”aku goyangkan kotak besi tu.Keletung-keletang.Udah!Kan betul dalam ni ada syiling RM1.Mak ni suka jer nak buat lawak.

“Buka ajalah.Jangan nak goncang-goncang.”mak muka serius.Aku pula terbeliak mata.Mak serius?Tanpa lawak?Ni ada aura pelik.

“Rantai?”terkejut.Rantai platinum silver yang terukir nama aku.Bila masa mak tempah?Ukiran dia memang cantik.Berkelas tinggi.Betul cantik.Seumur hidup aku tak pernah nak pakai benda mahal macam ni.

Mak angguk. “Ambillah.Jangan hilangkan.Rantai ni penting.Sangat penting untuk Hana.Mak nak Hana simpan rantai ni.Pakai.Nanti kalau jadi apa-apa kat mak,Hana juga yang senang.”

Aku kerutkan muka.Apa yang mak cakap ni?Berbelit-belit macam nak main teka-teki pula. “Mana mak beli rantai ni?”

“Yang tu Hana tak perlu tahu.Yang mak nak,Hana pakai ok.Janji dengan mak.”

Aku angguk.Terus aku kalungkan kat leher.Betul cantik.Sesuai dengan aku.Tapi rasa macam kad keluar kelas pula,siap ada nama.Hehe.Kad keluar kelas ada ker yang gila mahal macam ni?Siaplah kena ragut setiap kali keluar kelas.

“Cantik Hana pakai.Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?”

Aku angguk. “Terima kasih mak sebab bagi rantai ni.Hana suka.Terima kasih juga sebab turunkan wajah ayu mak ni kat Hana.”aku peluk mak.Walaupun hakikatnya,muka aku memang tak sama langsung dengan mak.Boleh kata jauh berbeza juga.Mungkin aku ikut wajah ayah.Ceh..bajetlah aku pernah tengok muka ayah.Gambar pun mak tak simpan.

Lepas aja mak keluar,aku cuba nak lelapkan mata.Liat betul mata ni nak tutup.Tegar dia!Rantai yang ada kat leher aku belek.Entah apa yang aku fikirkan,aku pun tak dapat nak ekprestasikan.Kusut?Tapi sebab apa?

Akhirnya aku buat keputusan turun bawah.Malam-malam ni layan TV macam syok aja.Kot ada movie.Boleh juga jadi peneman.

Hampir nak melatah aku bila bahu ditepuk.Malaun punya Rizkin!Kacau aja daun orang nak layan 3rd Rock from the Sun.

“Menyebuk!Mana ada aku yang cun ni,dia pun nak datang.”aku berkata perlahan tapi mata masih memanah TV.

Dia yang baru duduk kat sebelah dan-dan toleh kanan.Dari ekor mata boleh aja aku tengok dia buat muka.

“Ni vila nenek aku.Suka hati akulah.Buatkan aku kopi.”

Ewah-ewah.Sesedap biskut Marie aja dia menyuruh.Ingat aku maid Indon ker?Buat-buat tak dengar.Buat-buat tak dengar.Buat-buat pandai.Terus pandang TV.

Pap!

“Auch!Sakitlah!”sukahatitakdakperasaan aja dia tepuk peha aku. “Awak ni kenapa?Ada hutang ker?”tajam mata aku tengok dia.

“Yelah.Aku suruh kau buat kopi,asal buat dungu aja?Tolonglah buat.”perkataan tolong tu sedikit merayu pula nadanya.Aku tarik senyuman.

“Haa..lain kali kalau nak suruh saya buat sesuatu,gunalah suara yang lembut macam tu.Barulah teringin saya nak buatkan.Tunggu kejap.”aku bangun menuju ke dapur.

Tak sampai 10 minit,kopi dan milo dah sampai kat ruang tamu.Kopi bertukar tangan.Masing-masing menikmati minuman dengan suasana yang senyap yang hanya ditemani suara dari TV.Ceh!Rasa macam seram pula.Duduk berdua aja dengan Rizkin kat ruang tamu ni.Lampu kat sini tak buka.Harap lampu dari TV dengan kat tangga ajalah.Apasallah tak bijak aku ni pergi buka lampu tadi?Lam-pi lah kau ni Hana.

“Kopi kau sedap.”suara Rizkin memecah sunyi.

Kaget.Puji aku? “Err.Terima kasih.”

“kasih diterima.”dia condongkan badan ke arah aku sambil goyangkan kening.Loh..ni apasal pula tetiba tukar mood jadi romantic man ni?Janganlah nak test romantik kat sini.Naik segala bulu!

“Janganlah cuak sangat kau ni.Aku baru buat suara romantik dah muka cuak semacam.Tu belum aku buat benda lain.Lawak!Agaknya macam manalah kau dating dengan pak we ek?Cerita sikit.”aura Nas Ahmad dah keluar.Nak cerita ker?Tak aibkan diri sendiri ek kalu cerita.

Perlahan aku geleng kepala.
“Saya tak pernah dating lah.Pak we pun tak pernah ada.”

Mata dia bulat. “Tipulah!Takkan kau tak ada pak we?”

“Betullah.Saya tak pernah ada pak we.Kenapa tak percaya?Ha saya tahu kenapa,sebab tak kanlah awek cun macam saya ni tak ada mamat gatal nak kan?”aku buat andaian sendiri.Berapa kali aku nak angkat bakul sendiri ni?

Dia ketawa kuat.Lawak ker?
“Bukan.Sebab awek perasan macam kau ni selalunya laki gatal suka.”

Amboiii..kutuk aku memang pandai.Huh.
“Hurm..Saya memang tak pernah nak lovey dovey couple ni.Tak ada pak we nak pandang saya.Waktu zaman sekolah memang saya gemuk gila.Pernah berat saya sampai 85 kg tau!Bayangkan betapa montelnya.Sebab itulah Ayob panggil saya molen.”dengan sekali memek muka aku bercerita.

“Eh..gemuk betul!”

“Tahu tak per.Kalau awak tengok gambar saya wajik tak percaya tu saya.200 peratus beza.Tambah saya tak pandai nak tempek-tempek make up.Melalui pemerhatian saya,seseorang awek tu ramai orang minat bukannya sebab dia baik pun tapi sebab dia cantik atau gedik.Kalau tak cantik pun tapi kalau tempek bedak berCM tebalnya,cantik juga kan?”

“Dah fitrah manusia suka benda cantik.Habis tu macam mana kau boleh kurus macam ni?”Rizkin semakin minat nak tahu.

“Terima kasih pada demam panas!Alhamdulillah.Lepas seminggu SPM,saya terus demam panas.Seminggu tak kebah!Lepas elok demam,berat jatuh 15 kg.Gila tak gila waktu tu.Makin lama berat saya makin kurang sampailah sekarang.Awak tahu,waktu ambil slip SPM tu,ramai nganga tak percaya.Saya apa lagi,bang..”gaaaaa...selebihnya aku sambung dalam hati bila perasan Rizkin tenung aku macam nak telan.Gulp!Berapa lama dah dia tengok macam tu?Macam tak pernah tengok perempuan aja gayanya.Janganlah nak bagi panahan asmara ker asrama.Aku tak mau!

“Awak ceritalah pasal awak pula!”aku tolak lengan dia.Dia Cuma senyum.

“Kaulah cakap.Bila kau cakap muka kau macam arnab.”

“Err,saya kalau suruh cakap memang boleh tapi boleh tak awak jangan tengok saya macam tu.Awak tak nak bukan kalau kita jatuh cinta.”lepas tu aku bantai ketawa kuat-kuat.Nak tutup rasa gugup.Cawan aku bawa ke mulut.Chait!Milo aku dah habis.Bila pula habis?Cover malu.

“Air kau tu aku minum sampai habis.Sedap sangat.Sorry lah sampai kau kena minum angin pula.”buat sengehan tak bersalah.Bi-bi-bila masa dia ambil cawan aku?

Akhirnya aku sengeh ajalah.Nasib baik debaran AF kat dalam hati ni dah hilang.Kut ye betul nak buat debaran AF,panggillah Sarimah Ibrahim sekali.Ni tinggal aku dengan Rizkin.Mau mati kutu aku.

“Okey,sambung pasal kisah saya.Nak tahu,walaupun dulu saya debab tapi saya ada sorang peminat tau.”

“Peminat?”muka terkejut.

Angguk laju. “Yup!Nama dia Abon.”

Dia ketawa. “Apa kes nama Abon?Tak kormesial langsung.Macam pelakon tu aja.”

“Tak baik tau kutuk orang pertama yang minat kat saya.Abon tu nama panggilan dia.Nama penuh dia tak silap saya Ahmad Saiful.Tak tahulah dari mana muncul nama Abon.Dia tak handsome pun plus kurus kering.Bayangkan bertapa kontranya dia dengan saya.Tapi dia pandai.”

“Bila kau tahu dia syok kat kau?Entah-entah kau yang perasan sensorang.”

“Betul.Semua ni bermula bila saya tolong dia.Dia jatuh.Lutut dia luka.Waktu tu form one.Saya yang tolong dia sapu ubat.Ala,waktu tu saya pun hingusan.Tu tak fikir apa.Tup-tap atap,esok dapat coklat.Tiap-tiap minggu mesti ada aja benda yang dia bagi kat saya tau.”macam-macam.

“Sukalah tu ek?”

“Tak juga.Saya kayu.Tak suka bila orang cakap kami couple.Saya geli dengan benda-benda macam tu.Bila jumpa dia saya mesti masam sebab tak mau dia bagi hadiah.Tapi dia tetap bagi juga.Sampai form 3.Lepas tu result dia bagus,dapat SBP.Jadi,kisah tamat di situ saja.”aku hembus nafas.Puh..rasa macam tak cukup oksigen bercerita.Ni macam dah masuk program bacaan malam sebelum tidur untuk baby tua.

“Macam sweet aja cerita kau tu.Tapi tak kan waktu sekolah kau tak minat sesiapa pun?”dia menahan kuap.Dah mengantuk pun nak korek rahsia lagi.

“Minat tu setakat minat ajalah.Alah,budak perempuan mana yang tak jadi seronok bila tengok mamat handsome gelecek bola,lari kat tengah padang,naik pentas and bla bla bla.Normallah kan?Tapi saya setakat minat ajalah.Tak ada pula nak hantar surat I LAP U DENGAN TISU ker hape.Realistiklah.Tak kan muka handsome nak minat minah gemuk.Macam awak cakap,fitrah suka benda cantik.”

Mulutnya Cuma membentuk O.Mesti dah ngantuk tu.

“Saya baru aja nak suruh awak cerita kisah awak pula.Tapi awak macam dah ngantuk jer.Jomlah naik atas.”

Kami berdiri.
“Awak naiklah dulu.Saya nak basuh cawan-cawan ni.”

“Err,Hana.”

“Yup”

“Mana?Bilik kau ker aku?”muka nakal yang mengantuk.

“Gila!”

“Hahaha”

*Exam mid-year.Exam!Help mi goreng basah..huhuhu..

Friday, May 7, 2010

I'm coming Banding weh!!!

holaaaa....
hahahaha..
gelak dulu sat...
nak berangkat ni pergi ke Banding.
nak berkhemah.
ni adalah pertama kali seumur hidup weh.
excited tak terkira.
hohohoho...
tapi depa cakap kat situ banyak kera lah.
aha!
nanti kena curi baju.
ni nak buat apa pula????
jangan cakap buat bodoh dah...
he3...
nak minta maaf ye.
memang niat qyqa nak sambung CC cuti ni sebelum exam tapi kena pergi khemah ni.Sebenarnya qyqa kena ganti kawan.
gila excited sebab memang doa ada kosong.
last-last dapat!!!!
ALHAMDULILLAH...
jadi doalah cek qyqa tomei-statement pasan giler!!!!!!! selamat dok dalam hutan tu..
entah apa agaknya nak dibuat ye??????
okkkkkk....
cow cow!!!!
errrr,WASSALAM.....
There was an error in this gadget