[[QYQA'S]]

Thursday, October 29, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 9

Aku buka mata perlahan-lahan bila terasa badanku ditolak.Imejnya kabur.Aku cuba perhatikan makhluk dihadapanku.

“Aaaa..”baru jer aku nak jerit,Rizkin dah tekup mulut aku.Jari telunjuknya naik kehidung menyuruh aku diam.

“Diam..kita kat dalam van penyangak ni.Diorang nak culik kita.Kita kena cari jalan nak keluar dari sini.”Rizkin membisikkan kata.Kena culik?Siapa?Aku dengan Rizkin?

“Dalam van?”aku pun cakap perlahan.Rizkin angguk.Patutlah rasa bergoyang-goyang,rupanya kat dalam van yang tengah berjalan.Aku rasa kami berdua kat seat belakang.Aku dongak kepala kedepan,Nampak dua makhluk yang tengah ketawa.Mesti ni dajal yang berani nak culik aku dengan Rizkin.

“Lepas ni,banyaklah duit kita dapat!”si pemandu bersuara.Rakan disebelahnya ketawa kuat.

“Mana taknya,dapat Tengku Rizkin.Paling koman,dapat RM10 juta.Perempuan tu pula,kita boleh buat lauk.Dah bosan,jual jer kat Thailand..”ketawa bergema lagi.

Aku pandang Rizkin.Air liur aku telan..Pahitnya.”Kita nak buat apa ni?Saya takut..”aku bersuara rendah.Rizkin tenung aku.

“Aku tak tahu.Doalah supaya kita dapat keluar dari van ni..”Rizkin lemah.Aku turut diam.Kenapa nak culik aku?Culik mafia ni sorang dahlah.Ni nak sabit aku sekali.Wa…nak jadi lauk malaun dua orang tu?Tak mau!!!

Tiba-tiba aku dapat rasakan van berhenti.Dah sampai ker?Huwarh..nak buat apa ni?

“Woi..asal kau berhenti kat tepi hutan ni?”

“Aku nak buang hajat kejap,dah tak tahan…”si pemandu menjawab.

“Buang nanti-nanti tak boleh ker?Karang apa pulak..”

“Ahhh kau ni,aku nak terkucil sangat ni.Kau jangan risaulah,polis tak kejar kita punya.Mana ada orang perasan diorang ni hilang.Kejap!”serentak itu,pemandunya pergi.

“Hana..”aku pandang kiri bila Rizkin bersuara.Mak aihhh..dekatnya..Ooookeyyy,darurat.

“Sekarang ni masanya..Kita keluar..”

Aku angguk dengar cakap Rizkin.Hati aku ni berdebar ya amat.Takut.Entah penculik tu ada pistol,tak ker naya.Rizkin bergerak kedepan perlahan-lahan.Kemudian…

Dukk!!Rizkin menumbuk kuat belakang kepala penculik tersebut.Aikk..dah tumbang?Ceh..lemah punya penculik.

“Hoi Hana!Kau berangan apa lagi tu?Cepat sini!”Rizkin menyergah.Pintu belakang van sudah terbuka.Aku kalut dan terpinga-pinga.Rizkin pantas tarik tangan aku sampai aku terkeluar dari perut van.Cepat-cepat aku rentap tangan aku dari pergelangan Rizkin.

“Tak payah nak…”kata-kataku mati bila jer aku Nampak penculik yang baru jer habis terkucil tadi muncul.

Serentak dengan itu,aku tarik tangan Rizkin.
“Cepat lari!”

Ala-ala cerita Hindustan,si hero dan heroin kena kejar dengan penjahat,macam tulah keadaan kami sekarang ni.Aku dengan Rizkin dah macam masuk larian pecut berkembar.Penculik tu pula,masih kejar kat belakang.Dahlah aku pakai baju kurung!Nasib baik pakai seluar panjang kat dalam.

Kenapalah waktu-waktu macam ni,tak ada kereta nak lalu kat sini?Abang polis?Abang cicakman?Mana semua orang ni?Dahlah dekat kiri kanan ada hutan..Jangan abang minyak yang muncul sudahlah..

Piung!
Bunyi pistol.Alemak…pistol??Mati!!!

“Rizkin!Dia ada pistol tu,macam mana ni?”aku bersuara kuat.Yelah,dah lari,kenalah lawan arus angin.

“Aku tak tahu..Aku dah nak pancit ni.Aku takut nanti asma aku datang kalau kita terus lari!”Rizkin pun jawab dalam nada yang sama.

Piung!Piung!
Pistol masih lagi berbunyi.

“Kita masuk hutan!”Rizkin bagi cadangan.

“Tak mau!”masih lagi lari.

“Mau!”serentak dengan itu,Rizkin tarik tangan aku menuju ke hutan.Aku yang tak mampu nak lawan,hanya mengikut langkah dia.

Lama kami berlari.Berpusing-pusing supaya penculik tu tak dapat kejar kami.Aku harap sangat yang kami tak akan sesat.Aku dapat rasakan langkah Rizkin makin perlahan.

Aku rentap tanganku dari Rizkin.
“Kita berhenti kat sini.”mengah kejap.”Saya dah tak dengar bunyi tembakan.Mesti dia dah hilang jejak kita.”aku memberitahu.Memang dah tak dengar pun bunyi tembakan.Dan selebihnya,aku kesian tengok Rizkin.Memang Nampak sangat tak cukup nafas.

“Oookey..”Rizkin angguk.Tangannya sudah diletakkan dilutut,dah macam orang nak rukuk.Dia tengah nak qada’ balik oksigen.Aku pun sama.Aku tengok Rizkin macam dah semput sangat.

“Rizkin…Awak okey ker ni?”aku cemas.Kalau sekarang ni bukan waktu kecemasan macam ni,aku memang suka kalau tengok dia macam tu tapi sekarang…tak!!

“Tak per..”Rizkin mengubah posisi.Dia menekan dadanya dan duduk bersandar dipokok besar.Tangannya menyeluk poket seluar.
Sesuatu dikeluarkan.Ohhh..aku tau,tu alat nak pam oksigen kan,untuk orang asma.

Lama kemudian,Rizkin kembali okey.

“Nasib baik benda ni tak jatuh..”Rizkin bersuara.Kemudian,bendalah tu dimasukkan kembali kedalam poket seluarnya.Aku kerut muka.

“Ooookey,sekarang macam mana kita nak keluar dari hutan ni?”aku menyoal.Aku berdiri peluk tubuh sambil pandang dia yang tengah duduk.

“Aku tak tahu..Kita kena cari jalan keluar.Tapi bukan sekarang.Aku dapat rasakan penculik-penculik tu masih ada lagi..”Rizkin diam.”Kita keluar esok.Malam ni kita duduk dulu kat dalam hutan ni..”

Aku bulat mata?Apakehelnyer?Duduk dulu dalam hutan ni?Kena tidur kat sini?Dengan…..Tengku Rizkin Ajmin alias mafia hitam yang amat aku fobia?Oh tak..tamau!!

“Er..kita minta bantuan!”aku seluk poket baju kurung dan mengeluarkan handset aku..err..handset Hazrik.”Kita ada handset!”aku tunjukkan pada Rizkin.

“Cuba kau tengok ada line tak?”sinis nada Rizkin.

Aku garu kepala lepas tengok skrin telefon.Urm..buat pertama kalinya aku nak mengaku salah..Tak ada line.

“Kalau tak dah lama aku guna handset aku..”Kening Rizkin terangkat.”Kau berdirilah kat situ sampai esok..”

Chait!!Dia nak kenakan aku..Kat dalam hutan ni?Aku berdengus.
“Saya memang nak duduk tapi bukan kat sebelah awak!”
Aku berjalan mengelilingi pokok besar tersebut dan duduk disebelah belakang Rizkin.Takut?Nipulah kalau kata tak takut!!Tapi…redah jer..

“Ni semua sebab awak tau!Kenapalah saya pun kena sabit sekali?Cuba kalau waktu tu awak tak keluar dan dekat dengan saya,mesti saya tak kena duduk dalam hutan ni!”aku membebel.Sambil tu,tangan aku sibuk berchenta nak menampar nyamuk-nyamuk yang nak bermanja ni.

“Eh..apa pula salah aku.Tak adanya..Dah penculik-penculik tu nak culik aku,nak buat macam mana?Kalau kau nak sangat salahkan,salahkan nenek aku sebab kaya sangat!”Rizkin melengking.Aku buat muka.Cakap sikit dah nak membising.Pe kes?

“Hazrik bagi kat kau ye handset dia?”Rizkin mula berbicara bila aku diam.

Eh..kat dalam hutan ni pun,dia masih lagi nak cakap pasal Hazrik?Penting ker Hazrik dalam hidup dia?Sayang sangat ker?Ish..takkan tak tau yang gay tu dilaknat?

“Kenapa awak suka dia?”aku balas dengan pertanyaan.Rasanya pertanyaan dia yang tadi tu,kalau aku tak jawab pun,mesti Rizkin dah dapat jawapannya.

“Aku tak suka dialah!Berapa kali aku nak cakap?”suara Rizkin mencecah telinga.Macam marah.

“Habis tu,kenapa susah hati sangat bila saya dekat dengan dia?Sepupu saya pula,kenapa awak suka juga dekat dia?”aku melontarkan persoalan.Ini bukan aku yang buka topic,tapi dia dulu.

“Aku rasa aku tak perlu nak jelaskan apa-apa pun kat kau.Kau bukannya sesiapa pun yang perlu nak menyebuk hal aku.Tapi aku nak ingatkan kau,jauhkan diri dari Hazrik.”

Aku cebik.”Awak pun tak perlu nak sibuk hal saya!Suka hatilah saya nak dekat dengan dia.Pada saya,Hazrik lagi bagus dari awak yang suka menyakitkan hati saya ni..”aku menjawab.Rizkin diam.Aku pun diam.Masing-masing diam.

“Alamak!”tiba-tiba suara Rizkin meletup.

Aku kerut.Tu pehal pulak?Aku bangun dan pergi kearah Rizkin.Chait!Tak ada apa-apa pun.Tapi,kenapa dia pegang kepala?Kepala?Yalah..dah tak ada songkok.Mesti jatuh dalam van tadi ataupun waktu bergelut tadi.

“Kenapa?Tahi burung jatuh?Rasanya burung simpan dulu bendalah tu waktu malam..”aku ketawa.Kemudian,aku kembali berjalan kearah belakang pokok.

Krooh..Krooh..krooh..

Woit!Bunyi apa pula dah tu?

Krooh..Krooh..Krooh..
Eh,makin dekat pula,makin kuat.Errr..macam bunyi..Eh..betul..macam bunyi..Wa..lari!!!

“Rizkin!”aku datang pada Rizkin.”Lari!!”

Rizkin angkat dagu.Mata hitamnya bergerak-gerak.
“Babi hutan!!!!!!”Rizkin jerit.

Terus lari!Lagi sekali!!Laju mengalahkan Usain Bolt..Yelah,kalau nak lari ayu-ayu,kena sondol..kirim salam awal-awal.Kena sertu jawabnya..Kenapalah waktu-waktu macam ni benda-hidung-cantik ni nak timbul?Huwarh..





“Mana pergi Rizkin dengan Hana ni?”Tengku Rubiah sudah melengking.Seisi ruang tamu diam.Tak berani nak cakap apa.Tadi sebelum balik pun Tengku Rubiah dah bising.Dah tak Nampak batang hidung,siapa tak bising?Sampaikan pihak produsi pun tak dibenarkan balik.Sabar jer lah..

“Bonda,entah-entah sesuatu dah terjadi kat Rizkin dan Hana tak?”Tengku Mariah melahirkan kebimbangan.Berubah air muka Tengku Rubiah.

“Maksud kamu?”

“Mana tahu Rizkin dengan Hana kena culik?Kita lapor polis!”Tengku Mariah sudah berdiri.

“Sabar Yah..Diorang hilang tak sampai 24 jam lagi.Mana tahu kalau diorang tak apa-apa..”Tengku Hasful lembut.Tengku Rubiah angguk tanda setuju dengan anaknya.Tengku Mariah tunduk.

“Tengku..”Sya bersuara.Tengku Rubiah mengalihkan pandangan.”Katakanlah Tengku Rizkin tak balik juga,macam mana?Esok hari penyingkiran.Live pula tu..”Muka Sya berkerut.

“Tu awak jangan risau.Saya tahu nak buat apa.”Tengku Rubiah meyakinkan.Kemudian matanya menghala pada para finalis.”Ada tak Hana tinggalkan pesanan pada awak semua?”

Semua geleng.
Tengku Rubiah melepaskan nafas perlahan.
“Kalau macam tu,kita tunggu dulu sampai esok.Lepas tu baru rancangkan perkara lain.Okey,semua boleh balik..”

Semua bangun meninggalkan ruang tamu.Pihak produksi bersiap mahu pulang kerumah.Tengku Rubiah masih belum berganjak.Duduk diatas kerusi.Dia melelapkan mata.





Aku melepaskan nafas.Rizkin pun sama.Adehhhh..penatnya lari.Aduh..sabar jer lah.Kena kejar dengan BAB 1 tu..Puh..Kami berjalan.Aku tak tahu kenapa.Sekadar ikut Rizkin.

“Mana kita nak tidur?”aku bersuara.

“Atas langit!”

Burrr..lawaknya.Ni tak suka ni kalau Tanya orang yang tak cukup wayar ni..

Tiba- tiba telingaku menangkap bunyi ranting patah.Bukannya dari aku dan Rizkin.Rizkin pandang aku.Mungkin dia pun dengar juga.Errr..bunyi apa tu?



*pilihan kali ni..
Apa ye yang Hana dan Rizkin dengar?
A)Bunyi binatang jer..hak elah..
B)Bunyi tapak penculik-penculik tu!!!Eh…takut..



N3 ni wat waktu otak tgh biol,huhu..
esok exam kimia...
ingat nak bw sgala ubat-ubatan supaya tak lupa formula kimia,he3...
ok,kwn2...jgn lupa komen =)

16 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaa..
hahah..
gle adventure..
kuch kuch hota hai adventure punyaa..
muehehee..
smpt2 msok n3 ye..bgos2..
mereleasekan sket tension kat pale nieh..
tensi ngn add math,.,,
warrghh..
hehe..

nk A lorhh..
sian kat rizkin kene lari2..
kang ade yg kene wat cpr kang..
muahahaha..
tp kalo B,,cm best gak..
ley kuch2 hota hai lagi skali..
ekekeke..
so,,tengah2 buley??
=p

fzm2 said...

waaaaaa
smpat marath0n
dlm hutn seh!
hahahha
nak A..nnty x psl2
rizkin smp0t..
huhuhu

Hana_aniz said...

hui.. nak B. kasi kecoh sket. hehehe..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bunyi binatang pijak ranting

Maryam Kamal said...

Mafia ada semput!
hahah

sukati la cik Qyqa nak buat mende.
asal yg senang utk cik qyqa.
payah2 sgt kang, sian lakk..

=D

tp A dah la kot..
sat g amek B, xsempat Hana kawen ngan Rizkin.

;)

nienadia said...

vote for A

lizz said...

salam dik qyqa..good luck for your exam..akak pun baru abis exam..ni yg layan cite ni..best gak..mcm movie lak...dah abis exam sambung cepat yer...nanti tgh syok2 layan cite ni...penulisan2u lak suruh stop..huhu...tidak!!!..

Aisha @ Sara Hamza said...

akak vote B....baru adventure sket.....hehe

yunix77 said...

lizz...tu la pasal
awal2 cerita kita beria2 la support sesebuah cerita. memang frust bila tetiba nak dibukukan.

bukan dengki dgn rezeki penulis tapi perasaan frust tu tetap ada

qyqa...hutannya tebal ke? macam kat pahang tu? uikk...harus la byk binatang buas. takutnya. nnt tak sempat kawen plak Rizkin dgn Hana. camno?

qyqa said...

zatie..
huweh2..
memg ala-ala kuch2 hota hei pon,he3..
tp ni dlm hutan da..
add mate??
membunuh...

fzm2..
huweh..
marathon ala-ala hindustan,huhu..

cik gadis kg n hana n nienadia..
pilihan muktamad?he3..

maryam..
eh,ni kiranya nak hana kahwin dgn rizkin ye??
huhuhu..
bia la bg rizkin semput,hek3..

lizz..
hai kak..
huhu..ala-ala filem zombie kg pisang ker??

kak ecah..
huhu..akak suka adventure ye??
nanti jd cter cnta tragis pula,he3

yunix..
hutannya tak tebal pun..
hutan kat tepi jalan..
besa jer lah..
qyqa pun tak reti nak imagine,hek2..
sederhana tebal kot..

yunix77 said...

qyqa
n3 kali ni tak la akak terasa semput
kalau epi 7 ke 8 eh...amboi macam pecut 100M gituk

terus berusaha lagi yer

qyqa said...

semput eh kak?ni geng tengku rizkin ni,he3..
len kali kena wat warming up lah dulu,baru tak semput,he3..
sbnarnya qyqa wat banyak2 scene sbb takut la pula kalu pmbaca rasa bosan bc..
tu yg main taram jer buh banyak2 scene..
hoho..
pape pon,tq sgt sbb bg nasihat..
i take it as a compliment..
truskan jd fire qyqa na..

sweet_teddy:) said...

pilih B. nanti rizkin semput yg teramat sgt pastu pengsan. hahaha, bertambah kalot citer neh.

cicakgirl said...

haha..sokong sweet_teddy

Anonymous said...

hahaa. sokong sweet teddy jgak! =p

.ika.

qyqa said...

sweet teddy,cicakgirl n ika..
TQ3 sbb buat pilihan...

There was an error in this gadget