[[QYQA'S]]

Monday, August 24, 2009

CHOMELNYA CHENTA!!2

Aku termenung memandang syiling yang berwarna kuning lembut.Memang rasa selesa sungguh duduk berbaring kat dalam bilik ni.Bilik ni luas betul!Aku anggarkan,lebih luas dari ruang tamu rumah aku kat Kampung Air Panas tu!Dengan segala bendanya ada termasuklah TV,meja solek,bilik air,pendingin hawa dan bendalah yang lain.Rasa macam mimpi pula.Tak pernah aku bayangkan yang aku bakal tidur dan berlanding atas katil yang seempuk kuih bangkit mak!

Cakap pasal mak,aku teringat perbualan aku tadi kat telefon.Tu pun aku pinjam telefon rumah ni.Aku manalah ada handset.Dahlah tu,nak guna telefon rumah ni pun aku rasa cam sengal sangat.Nak kena putar-putar pula.Cubalah jadi cam telefon kat rumah aku tu,tekan jerk an senang!

“Betul ker ni Hana?Hana jangan nak kelentong mak lah.”tulah ayat mak bila aku ceritakan apa yang berlaku.

”Mak...Hana bukannya dapat ayah baru pun kalau kelentong mak kan?”aku ketawa kecil.

”Ish Hana ni,kesitu pula dia.Habis tu,macam mana?”mak bertanya.Aku dapat bayangkan muka mak yang berkerut 14 tingkat tu.

”Macam mana ye.Hurm...nanti kalau mak rindu Hana,buka jer TV.Adalah muka Hana yang cun ni.Diary mingguan hari Jumaat dan penyingkiran hari Sabtu.Hana dah tak boleh buat apa dah,dah siap sain kontrak dah pon.Hana tak rugi apa-apa pun.Lepas jer Hana tersingkir nanti,Hana dapatlah kerja kat Syarikat tu..”aku menerangkan.

”Ish..buat apa nak singkir awal-awal?Biarlah lama-lama sikit.Mana tahu,ada rezeki,mak dapat menantu Tengku.Kenduri 7 hari tolak 6 harilah jawabnya Hana..”mak ketawa tapi aku cebik.Kahwin dengan Tengku mafia tu?Uh...gerun aku.

”Kahwin penyalah mak ni.Hana baru 19 tahun.Tak kuasa nak fikir benda tu semuanya.Mak suka sangat nak berfantasi.Apa kata Hana carikan tukang kebun kat Villa ni?Ada juga kan bau-bau bacang dengan keluarga Tengku kan..”aku mengekek ketawa.Nasib baiklah telefon ni kat tempat tersorok sikit,tak adalah nak jadi bahan tontonan orang.

”Tukang kebun?Baik mak ambil Pak mail,ada juga gerai nak bagi pusaka kan..”mak pula ketawa.Aku senang betul dapat cakap dengan mak,hilang rasanya beban dan rasa sengal kat dalam tangkai hati dan lubuk tu.huhu...

”Oklah mak,Hana tak boleh nak lama-lama kat sini.Ni telefon orang.Dari KL ke Gerik,caj nya mesti mahal tu...”

”Yelah...Sejak bila anak mak jadi Hagemaru yang kedekut ni?ha...ni mak nak bagi pesanan.Jaga diri elok-elok kat sana.Ingat,walaupun kita bukan orang kaya tapi kita ada adab.Jaga tu dan jangan nak ikut budaya kuning bandar.Jaga tudung Hana tu.Jangan nak jadi chipsmore,kejap ada kejap tak ada.Mak tak nampak.Hana ingat yer...”mak kalau bab nak menyampaikan amanat,memang mendayu.Yelah,naluri seorang ibu,mestilah nak anak dia jadi orang yang betul-betul orang kan..

”Yelah mak,Hana akan ingat pesanan mak tu.Mak pun,jaga reban ayam kat belakang rumah tu elok-elok.Nanti ada pula orang curi.Okey mak assalamualaikum..sayang mak..muah...”

”Baiklah Hana oi...Waalaikumussalam.Sayang juga kat Hana..”

Serentak itu talian terputus.

Aku masih lagi merenung syiling.Entah palah yang comel ada kat syiling tu,aku pun tak tahu.Yang pasti,aku rasa seronok tengok syiling tu.Dengan katil king size,memang sedap kalau tutup mata ni.

Sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

Dump!!Dump!!
Oit,gempa bumi ke apa ni ha?

”Cik Hana..cepat turun.Semua orang dah tunggu!”

Turun?Nak buat apa?Ya ALLAH,aku lupa!Kami ada masa 30 minit untuk mandi dan bersiap sebab lepas ni ada sesi ’TRANSFORMATION’.Entah apa yang nak ditransform,aku pun tak tahu.

Orang lain bersiap,aku pula pergi berangan.Ha...padan muka.Aku masuk kat dalam bilik air,kumur dan cuci muka.Lepas tu sepantas ayam aku pakai tudung.Nasib baiklah aku cuti,kalau tak nak solat lagi!

Terkocoh-kocoh aku turun tangga.Dari arah tangga,aku tengok semua orang dah siap menunggu.Lagilah cepat aku turun.Elok jer dah sampai ke anak tangga terakhir,kaki aku tersadung pula ala-ala Mak Cik Ronggeng dah!Cepat-cepat aku tutup mata.

Tapi,kat mana ada heroin,kat situ mestilah ada hero.Badan aku yang melayang,disambut kemas.Aku buka mata,nak tengok siapa hero aku ni.Eh...sape pula ni?Tak kenal pun.Cepat-cepat aku tolak badan dia.

”Hana!You lambat!You ingat you tuan puteri ker ha?Bukan kerja tau kalau nak kena tunggu you!”Syazira a.k.a Sya as produser menembakkan butir kata-katanya.Aku tersengeh sumbing.

”Saya minta maaf!”Itu jer lah yang aku boleh cakap kan.Muka Sya masam.Ish...lagi manis tau masak asam pedas mak aku tu.

”Dah,tak mau dengar alasan!Finalis,pergi masuk limosun!”

Demi mendengar kata-kata Sya,kami masuk keluar dan menuju kearah limosun.Mataku sempat menangkap wajah hero aku tadi.Dia tengah pegang kamera.Aku agak,dia mesti cameraman.

Duduk dalam limosun ni memanglah syok tapi rasa canggung lah bila diorang yang lain tak cakap pun dengan aku.

”Hai!Haloooooo.Kok kok kok...mana pergi semua orang?”aku membuat kepak ayam.

No respon.

”Assalamualaikum...tak jawab dosa!!!”

No respon.Diorang ni jimat air liur ke ha?Nyampahnya aku...
Akhirnya,aku ambik keputusan,diam jer lah.Dah orang tak sudi nak cakap kan.

Limosun berhenti.Kami semua keluar.Wah...tingginya bangunan ni.Kami semua diarahkan masuk.Aku jalan beriringan disebelah Milia.

”Kenapa awak semua tak mau cakap dengan saya?”aku berbisik kat telinga Milia.

”You tak tahu ker kat dalam limosun tu ada kamera?Kan Tengku Rizkin ada cakap sebelum kita tandatangan kontrak semalam.”

Ha?kamera?maksudnya aksi bodoh aku tadi tu dirakam?Wah....ni malu tahap cipan ni.Kalau kena siar kat TV,mati aku!!Aku telan air liur...

Kami sampai di di sebuah kedai.Aku tak tahulah ni kedai apa tapi semua teman-teman wanita ada.Make up,baju,eksesori...wah...

Tengku Rizkin muncul.Warna hitam lagi!Cam mafia betul.
”Hello ladies.Hari ni you all semua akan di transform kan dari gaya yang kurang menarik kepada gaya yang menawan.Quira,pakar perunding imej akan beri pendapat kepada you all.”Tengku Rizkin menunjukan tangannya pada gadis disebelahnya.

La....ni ker TRANSFORMATION tu?Nak ubah gaya?Tak maulah aku.Nak bangkang,diorang tengah rakam ni.Ish...susah betullah.

”Hana!”Gulp!!Dia dah seru nama aku dah....

”Mari sini,awak yang akan ditransform kan dulu!Yang lain boleh tengok baju kat sini”

Dengan muka sesen,aku datang dekat Tengku Rizkin.Mak aih...kuatnya minyak wangi dia ni.Tah-tah dalam sebulan,guna sampai 10 botol tak?

”Saya tak mau ubah imej saya!”aku bisik ketelinga Tengku Rizkin.Dia angkat kening.Apa,ingat aku kecut ka?

”Sya ada cerita kat aku pasal aksi kepak ayam kau dalam limosun tadi.Kau nak ker rakaman tu disiarkan ha?”Wo....ni satu ugutan yang tak bertauliah tau!!!!

”Awak ugut saya?”aku menentang pandangan tajam Tengku Rizkin.

”Aku bagi pilihan,bukan ugutan.Terpulang kau nak yang mana.Aku rasa budak kampung macam kau tak kisah pun kan pasal hal-hal macam tu?”Kureng ajar betullah...

Dengan hati yang sebal,aku melangkah menuju kearah Quira.Uh...bersiap sedialah muka ku yang comel...Segala coretan akan muncul...Aku tak rela...Ha,aku ada idea!!

”Aduh....aduh....tolong!!!”Quira yang baru pegang bedak jadi panik bila aku jerit.

”You kenapa ni?Sya,Rizkin!!!”serentak dengan itu,Tengku Rizkin dan Sya datang..

”Saya...sakit perut.Dari tadi lagi cirit-birit.Dah tak tahan ni...Tandas kat mana?”aku menekan-nekan perut.


Kah kah kah kah kah....
Sampai ker kat bilik,aku lepaskan gelak tawa tahap 1000 mega watt ni.Memang tak tahan rasanya.Hahaha..
Aku tak kena pun ubah imej.Lepas aku cakap sakit perut tu,terus aku masuk tandas tak keluar lagi dah..Adalah dalam 3 jam aku duduk jer kat tandas tu.Sebab tak mau kena ubah imej,aku sanggup buat macam tu tau.

Bila jer aku keluar,diorang dah nak balik.Fuh selamat....
Malam ni ada makan malam pula...
Nak buat sesi perkenalan.Wah...malasnya rasa.Nak pakai baju apa yer?



Tepat jam 8.00 malam,kami semua ada dimeja makan.Aku jer pelik antara finalis yang lain.Aku sorang jelah yang pakai baju kurung dan pakai tudung.Yang lain,semua seksi maut tu..Malas aku nak komen..

Makan malam ni ada sekali Tengku Rubiah.Tengku Mariah dan Tengku Hasful merangkap orang tua Tengku Rizkin pun ada sama.Dan yang pasti....kamera turut ada nak merakamkan.Aku menjeling hero aku yang tengah membelek kamera.Aku tak sempat lagi nak ucap terima kasih..

Acara makan dimulakan.Aku telan air liur.Er..cam nelah nak makan ni ha?Pakai garpu dengan pisau.Dahlah nama makanan yang ada kat depan aku pun aku tak tahu.Pelik sangat ni.Tak ada ker nasi ha?Sambal belacan?Petai?mak....

Dengan bertawakal,aku potong jelah bendalah ni.Sedang syok-syok potong,tah macam mana bendalah ni boleh melayang pulak...

Pussssh....
Melayang kat tempat baik punya!Atas kepala Tengku Rizkin!Muka dia dah berubah jadi merah dah...Aku betul-betul takut ni..

”Budak kampung!!!Shit!!”Tengku Rizkin meraba kepalanya dan merenung tajam padaku.

”Off kamera!!!”Tengku Rubiah menjerit.

”Nenek,see what the stupid village girl has done!Is this very good attitude?Very stupid girl!!!”Tengku Rizkin bangun dan menghempap meja makan.Aku telan air liur.

“Riz…tak baik cakap macam tu!Dia tak sengaja lah.”Tengku Rubiah membela aku.

“Tak sengaja?Nenek tahu apa dia buat tadi?Turun lambat,pura-pura sakit perut dan memperbodohkan semua orang.Tah-tah ni pun dia saja buat.Nama jer budak kampung,tah-tah dia ada adegan lain.Am I not right?”pandangan mata Tengku Rizkin membakar.

Aku tertunduk.Kalau sekalipun marahkan aku,kenapa sampai nak caci aku?Memanglah aku salah tapi janganlah buat aku macam ni.Baru 2 hari aku kat sini,maruah aku dah dipijak macam ni.

“Kenapa tunduk macam tu?Malu or nak berlakon lagi?Damn!Kau pergi bungkus baju kau sekarang and get out!!!”Tengku Rizkin mengangkat tangannya.

Aku bingkas bangun.
“Saya memang budak kampung tapi awak tak ada hak langsung nak sumpah saya!Saya sedar saya budak kampung dan awak tak perlu nak ingatkan hakikat tu pada saya!Saya ingat dan akan sentiasa ingat.Awak jangan takut saya akan keluar dari rumah ni secepat mungkin.Dan....maafkan saya!”

Semua terpaku.Aku terus naik kebilik dan mengemaskan barang-barangku.Aku dah tak peduli.Menyampahnya aku pada Tengku Rizkin,memang dah ada kat tahap hiperbola ni.Sesuka suki saka dia jer kutuk aku!Aku tak peduli,aku nak balik kampung malam ni juga!!!

Lepas jer kemas semua,aku turun kebawah...
Tapi,kenapa tiba-tiba gelap ni?Apa yang terjadi?Terasa mataku ditutup dengan kain dan aku tak mampu nak melawan..
Mak....tolong Hana mak!!!!

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
qyqa said...

testing komen,he3

Hana Norisa said...

ahaks...pandai btul Hana tu ngelat...ish3....
sampai nya hatimu Rizkin...owg laen pun ada maruah gk..

Azlin 773 said...

em... semakin siot ...
apa jadi pas ni?? main kucing buta ker ??
ker main nenek bongkok 3 ??

Natasya K said...

aper jd, ceh wat suspen pulak...