[[QYQA'S]]

Wednesday, February 9, 2011

CHOMELNYA CHENTA 26

Alhamdulillah,kaki Rizkin dah sembuh apabila hampir dua hari dia dilarang oleh mak untuk bergerak dengan aktif. Malahan,dia langsung tidak dibenarkan keluar rumah. Maka,aku lebih senang nak keluar ke mana-mana. Bukan tak suka keluar dengan Rizkin,tapi kami selalu sangat menjadi perhatian. Al-maklumlah Pengantin Remaja Popular. Itu tak termasuk lagi mak cik-mak cik yang memuji berlebih-lebihan. Rasa nak tergelak pun ada.

Rizkin memang kena ucapkan terima kasih dekat Pak Ngah yang memang pakar mengurut. Dua malam berturut-turut Pak Ngah datang ke rumah kami untuk mengurut Rizkin. Memang kelakar nak mati bila tengok wajah Rizkin yang berkerut menahan sakit apabila diurut. Malah,Pak Ngah turut mengusik Rizkin apabila mengetahui mengapa Rizkin memanjat pokok. Padan muka,nak tunjuk hebat,dapat balasan.

Budak-budak berlima pula,dengan rasa bersalah datang menjenguk Rizkin. Siap datang bawakan buah-buahan lagi. Rasa bersalah sebab mencabar Rizkin. Pada aku,budak-budak tu tak salah pun. Rizkin yang gatal nak panjat. Musan bersungguh-sungguh nak urut kaki Rizkin walaupun aku dah cakap yang kaki Rizkin dah okey. Memang dia rasa bersalah sebab dia yang gatal nak cabar Rizkin panjat pokok.

“Betul ke rasa bersalah? Abang dah sembuh baru nak datang melawat.”Rizkin menyoal Musan. Dia memeluk tubuh. Tak dapat ditafsirkan samada dia benar-benar serius atau sekadar mahu menguji. Mukanya kelihatan serius ya amat. Ketiga-tiga budak lelaki menundukkan muka. Odah dengan Isya releks sahaja.

“Bukan kami tak mau datang melawat. Tapi semalam dengan kemarin sekolah. Ada kelas tambahan pula tu. Hari ni je tak ada kelas tambahan. Koko pula habis awal. Itu yang sempat lawat abang.”perlahan Musan menjawab. Pandangan matanya jatuh ke bawah. Tak berani nak pandang Rizkin. Tapi ayat yang dituturkannya jelas memberitahu sebab mengapa mereka lambat melawat Rizkin.

“Abang...”Ajim mengambil tempat di sebelah Rizkin. Memegang lengan Rizkin. “Jangan marah Musan. Kesian dia. Tak dapat belajar dengan tenang. Kami yang tengok pun kesian. Dia rasa bersalah ya amat oh.”Ajim cuba memujuk Rizkin. Jelas menunjukkan yang Ajim memang sahabat yang amat baik. “Tadi pun kena marah dengan Cikgu Norhini sebab tak fokos.”

Muka Rizkin berubah riak terkejut. Pelukan di tubuhnya di lepaskan. Matanya memandang Ajim dengan pandangan yang kurang percaya. “Sampai macam tu sekali?”

Ajim angguk.

Malim,Isya dan Odah turut angguk.

Tiba-tiba Rizkin ketawa. Semua terkejut. Ajim yang duduk di sebelah dia apatah lagi. Sampai badannya terdorong ke belakang sebab terlalu terkejut. Dari mood yang sangat serius,tiba-tiba dia ketawa macam tu.

“Abang! Takkan sebab abang jatuh dari pokok,boleh jadi macam ni?”Musan terus bangun dari sofa dan mendekati Rizkin. Terus telapak tangannya menekup di dahi Rizkin dengan muka yang amat cemas. “Abang demam?”

Rizkin ketawa dengan lebih kuat. Tangannya mengalih telapak tangan Musan yang menekup di dahi. “Abang okey.”ketawa Rizkin reda. Dia memandang Musan yang sedang membongkok memandang wajahnya. “Abang tak marahlah. Nak uji jer.”ketawa kembali bersambung.

Akhirnya,kami semua turut ketawa.

“Tapi,sebagai hukuman,abang nak minta sesuatu.”Rizkin kembali bersuara apabila ketawa mula reda. Musan yang sudah kembali duduk,mengerutkan wajahnya. Yang lain-lain pun sama,tak sabar untuk mengetahui apakah hukuman yang Rizkin mahukan.

“Abang nak tengok Atin. lepas tu,abang nak hang cakap yang dia cantik. Depan-depan dia. Depan-depan abang dan kami semua.”

Kali ni,semua orang melepaskan ketawa kecuali Musan. Mulutnya ternganga dan matanya membulat tanda tidak percaya. Air liur nak telan pun payah. Apa punya hukuman macam tu? Hukuman lain pun boleh.

“Tak naklah! Abang carilah hukuman lain.”Musan dan tarik muka masam. Ewah,sekarang dia pula nak merajuk. Tak sanggup nak buat macam tu. Selama ni nak bercakap dengan Atin pun payah. Inikan nak cakap Atin cantik? Atin memang cantik,tapi buang tebiat apa nak cakap macam tu depan-depan dia? Apalah abang Rizkin ni. Budak 12 tahun pun,nak buli macam ni.

Yang lain terus ketawa tak ingat. Aku cuba membayangkan kalau Musan cakap macam tu. Mau lawak antarabangsa. Apalah Rizkin ni,kesian Musan. Tapi sumpah,aku pun teringin nak tengok Atin tu macam mana rupanya. Aku tak kenal Atin. Menurut Odah,Atin tu budak baru. Dia ikut kakak dia,Cikgu Farah berpindah ke Gerik. Tambah Odah lagi,dia anak yatim piatu. Sebab itulah tinggal dengan kakaknya.

“Ada apa ketawa macam nak roboh bumbung rumah?”mak tiba-tiba muncul. Ketawa kami serta-merta mati. Cuma sengehan tak hilang. Mak cuma geleng kepala. Dah faham sangat.

Tetapi bebola mata kami beralih daripada mak ke dua figura yang datang mengekori mak dari belakang memasuki ruang tamu ni. Seorang wanita pertengahan 20-an dan seorang kanak-kanak perempuan. Kedua-duanya melimparkan senyuman kepada kami. Siapa mereka ni?

“Cikgu Farah! Atin!”suara Malim yang agak tinggi telah menjawab pertanyaanku. Oh..Cikgu Farah.. Atin.. Atin? Serta-merta pandangan mataku mengalih kepada Musan yang nyata terkejut. Aku pandang pula Rizkin yang sudah tersedia senyum. Hajat pertama dan tertunai. Nak jumpa Atin.. err.. yang selebihnya?

“Cikgu Farah datang nak ambil baju yang di tempah.”mak memandangku. “Cikgu tunggu kejap. Mak cik ambilkan.”Oh..rupa-rupanya,inilah cikgu yang menempah baju dekat mak.

Cikgu Farah mengangguk.

“Cikgu,Atin, duduklah sini.” Isya dan Odah sudah mengangkat punggung untuk memberikan kerusi kepada Cikgu Farah dan Atin untuk duduk. Aku kerling Musan. Malu-malu miaw nampaknya.

“Anak Mak Cik Nah?” Cikgu Farah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku menyambut salaman tersebut. Atin juga melakukan perkara yang sama.

“Iya. Hana. Saya anak tunggal. Ini suami saya.”aku menunjuk kearah Rizkin di sebelah. Cikgu Farah hanya menganggukkan kepala. Begitu juga Rizkin yang duduk di tengah-tengah antara aku dan Ajim.

“Cikgu,kami tak bawa buku Mate. Nak kena denda ker?”Ajim bersuara tiba-tiba. Kakinya sibuk menguis-guis kaki Musan yang nyata tidak senang duduk. Walaupun Musan tu agak gelap,boleh Nampak muka dia merah semacam. Alahai...comel betul!

Cikgu Farah tersenyum. Tahu yang Ajim mengusik. “Ada-ada jer kamu ni. Ini,kenapa semua sengeh semacam?” Cikgu Farah menyoal. Semua anak muridnya tersengeh pelik kecuali Musan. Musan memang nampak sangat tak selesa.

“Musan.. peluang dah ada depan mata.”Malim tiba-tiba berkata. Kemudian pandangan matanya jatuh pada Rizkin yang tengah menahan ketawa. “Bang,jadi ker?”

Rizkin sudah menekup mulut bila melihat tangan Musan sudah memberi hadiah pada paha Malim. Muka Cikgu Farah bertambah pelik. Atin pula,hanya tersengeh. Aku perhatikan Atin,manis orangnya. Putih melepak dan kecil molek. Muka Atin memang sama macam Cikgu Farah. Dah tu,nama pun adik beradik. Ini nanti kalau dah besar mesti kalah Lisa Surihani. Patutlah Musan suka.

“Kenapa ni?”Cikgu Farah mengulang soalan.

“Ni Cikgu,Fitri nak cakap sesuatu.”Ajim dah bercakap dulu. Musan dah tak tahan nak bagi terkaman. Dikerlingnya dengan jelingan maut yang dasyat. Tapi Ajim buat muka selamba badak jer.

“Ha..Fitri,kenapa?”pandangan Cikgu Farah beralih kepada Musan. Memang normallah cikgu panggil murid dengan nama ikut IC. Nama samaran yang ada tu,jarang sangat dipanggil guru.

Musan mengalih pandangan kepada Rizkin. Mahu meminta belas supaya syarat yang dikenakan tadi tidak perlu dilaksanakan. Rizkin masih sengeh tak ingat. Tak tahan rasa melihat Musan yang seperti cacing kepanasan.

“Minta maaflah cikgu,kena tunggu sikit. Mak cik tak ingat pula kain simpan dekat mana.”mak keluar sambil membawa bungkusan plastik berwarna merah.

Bungkusan plastik bertukar tangan.

“Tak apa mak cik. Terima kasih.”Cikgu Farah dan Atin sudah bangun.

Setelah berpamitan,Cikgu Farah dan Atin berlalu pergi. Emak pula mungkin ke belakang rumah untuk memeriksa anak-anak ayam yang mungkin masih merayau-rayau di luar. Dah petang-petang macam ni,semua kena masuk reban. Nanti ada jer yang baik hati ambil,jual.

Di ruang tamu pula, ketawa terus pecah tak boleh bertahan lagi. Masing-masing dah tak boleh nak simpan. Musan pula,terus bangun menuju kearah Ajim dan meluku kepala Ajim.

“Mangkuk!”hanya itu yang diucapkan. Ajim pula terus ketawa. Tahu kenapa Musan marah sangat.

“Bang,Musan dah habis hutang ke?”Malim bertanya kepada Rizkin.

“Okeylah.”Rizkin mengangguk. Puas mengenakan Musan.

Dan aku bersama yang lain-lain,terus sambung ketawa.

..................................................................

“Betul ker sekolah kau ni dekat?”Rizkin menyoal. Aku angguk.

Memang sekolah aku dekat sangat. Waktu zaman sekolah dulu,memang aku naik bas nombor 11 jer a.k.a. jalan kaki kalau nak pergi sekolah. Dah pagi tadi Rizkin kata nak jalan-jalan,aku bawa pergi sekolah. Sebab hari ni sekolah cuti,aku baru berani nak datang sini.

“Nasib baik pak guard tak duduk dekat pondok ni. Marilah cepat.”Rizkin mengekor aku dari belakang. Tak nampak pun ada pak guard,mungkin pergi buat pemeriksaan di blok-blok yang lain. Lagi bagus. Senang nak masuk.

“Kita macam pencuri pula.”Rizkin tiba-tiba berkata.

“Yang pencuri tu,awak. Pakai serba hitam. Elok sangat. Saya ni pakai baju kurung,sikit punya ayu.”aku sengeh. Rizkin buat tak tahu. Dah lali bila aku komen pasal kehitaman pakaian yang dia pakai.

Kami berjalan-jalan di sekitar sekolah. Sesekali,aku akan menjawab soalan Rizkin tentang sekolah ni. Kata Rizkin,kawasan sekolah ni sikit punya kecil,tapi banyak bangunan. Kalau main treasure hunt,memang berbaloi. Dan untuk pandangan dia tu,aku bagi 10 markah! Tepat sangat.

“Kau dulu aktif ker bersukan?”Rizkin menyoal. Kami bersama-sama duduk di atas kerusi batu menghadap padang sekolah. “Sorry. Lupa kau dulu gemuk.”Rizkin ketawa. Tengok? Mesti punya nak kenakan aku.

“Saya bersukanlah!”aku nak membela diri.

“Huh? Lari dalam guni?”Rizkin ketawa lagi. Dia menepuk dadanya bertalu-talu tanda kelakar ya amat? Kelakar? Ingat aku bergurau ker?

“Saya main lontar pelurulah! Badan saya kan besar waktu tu,memang banyak sangat kelebihan bila main lontar peluru. Juara bertahan daerah 3 tahun berturut-turut tau!”aku dah bangga tak ingat.

“Tipulah.”Rizkin geleng kepala tak percaya.

“Betullah. Nanti balik tengok sijil.”

“Pulun!”Rizkin mengetuk kepalaku perlahan.

“Jangan ketuk ketuk kepala boleh tak? Nanti bodoh.”aku dah tolak dagu dengan belakang tangan. Ingat aku tak bayar zakat ker?

“Bodoh pun tak apa. Bukannya kau belajar pun.”Rizkin menjawab balik. Betul juga tu,aku bukan belajar. Tapi..mana boleh sesuka hati ketuk-ketuk kepala orang.

“Kau SPM berapa A?”tiba-tiba Rizkin menyoal.

“Kenapa?”

“Random..”pandangan Rizkin menala pada kawasan padang sekolah yang luas. Tapi aku pasti yang ekor mata dia boleh Nampak yang aku tengah buat muka pelik dekat sebelah.

“Sikit jer..”aku menguis-nguis tanah dengan kaki yang berselipar. Malu pula nak cerita.

“Berapa?”masih lagi bertanya.

“Awak dululah cerita. Awak berapa A?”aku merenung Rizkin. Dia sengeh .

“9. Puas hati?”

Mulut aku automatik membentuk O besar. Pandainya suami aku ni. Dahlah pandai,handsome pula tu. Kaya. Memang tak layak betul aku nak bergandingan dengan dia. Kelulusan luar Negara pula tu. Aku ni,takat SPM itu jer. Tak sambung pun belajar.

“Tak nak cerita tak apalah. Tak payah nak menung macam ikan temenung. Nanti tak sanggup aku nak makan ikan tu.”Rizkin menyigung lenganku.

Aku Cuma tersengeh.

“Kau tak mahu ke sambung belajar?”Rizkin kembali menyoal.

“Awak rasa kalau tengok saya ni,sesuai jadi apa?”

“Domestic engineer.”dengan yakin Rizkin menjawab.

Mata aku bersinar-sinar. Domestic engineer? Wow! Mesti sesuai sangat tu. Dengar pun macam kerjanya hebat. Gaji mesti besar. Wah.. tak sangka Rizkin ni pandang tinggi dekat aku. Aku angkat-angkat kening sambil sengeh memandang Rizkin. Tapi....

“Apa benda domestic engineer tu? Engineer tu saya tahu. Tapi kerja domestic engineer tu tak pernah dengar.”blur.

Rizkin nak tahan gelak. Tapi muka dia kembali serius.

“Kerja susah.”

“Susah?”

“Bukan semua orang..”

“Bukan semua?”

“Hanya insan terpilih jer..”

“Uuuu.. kira hebatlah dapat jadi domestic engineer tu?”

“Memang.”

“Wah...”aku dah pandang langit sambil genggam tangan. Membayangkan aku bakal jadi engineer domestic.

“Auch!”aku mengaduh bila tangan Rizkin naik mengetuk kepala.

“Apa pula ni?”suara aku naik meninggi.

“domestic engineer tu suri rumah wahai Puan Hana.”

“Apa?”

“It suits you very well”Rizkin dah bangun dan berlari meninggalkan kerusi batu.

“Eh tunggu! Kenakan orang!”aku turut bangun berniat mahu membalas dendam. Tapi,dah aku ni ayu berbaju kurung,memang larian aku tak selaju mana. Ayu gila. Rizkin pula dah lari ke hujung padang sambil buat muka megah.

Menyampah!

.......................................................................

“Bang nanti dah sampai KL jangan lupakan kami tau.”Ajim berkata. Dia menepuk-nepuk tangan setelah selesai mengangkat bagasi ke dalam kereta. Musan,Malim,Odah dan Isya mengangguk-angguk.

Rizkin menggosok perlahan rambut Ajim sambil tersengeh. “Iyalah abang tak lupa. Mana boleh nak lupa budak-budak sengal macam korang ni. Tambah-tambah yang buat abang jatuh pokok.”Rizkin mengusik.

Musan garu belakang kepala bila ternyata yang Rizkin memang memerli dirinya. Yang lain dah ketawa.

“Minta maaf. Abang jangan pula dendam. Dahlah kami nak UPSR tahun ni. Nanti sebab abang berdendam,habis tak dapat 5 A pula.”Musan berkata-kata.

“Tak adalah nak berdendam. Abang rasa sweet sangat.”kali ni Rizkin menggosok perlahan rambut Musan.

“Hah,semua dah habis masuk dalam kereta. Baguslah mika ni!”aku menghampiri mereka yang tengah berbual-bual. Di tangan aku,ada sedikit bekalan yang mak bekalkan untuk tengah jalan nanti. Aku hulurkan pada Rizkin untuk dimasukkan ke dalam kereta.

Mak turut keluar rumah untuk menghantar kepulangan aku dan Rizkin.

Setelah bersalam-salaman,kami masuk ke dalam kereta. Melemparkan senyuman melalui tingkap dan memberikan lambaian.

“Abang...jaga Kak Hana baik-baik!”terdengar suara Malim menjerit sambil tangannya melambai-lambai.

Nak juga budak ni!

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tersenyum sendiri. Kenangan yang sangat manis dan boleh ditakrifkan sebagai ‘bulan madu’ walaupun hanya di kampung halaman aku. Banyak sebenarnya yang aku belajar tentang Rizkin. Dia..sweet juga kalau dikenali dengan betul-betul. Dia.. baik dan pandai ambil hati orang. Cuma dengan aku jer,dia sengal ya amat.

“Ingat..nanti kalau nenek tanya apa-apa,biar aku yang jawab. Kalau aku bagi isyarat,baru kau boleh jawab. Faham?”Rizkin tiba-tiba berkata.

“Okey!”

“Alamak!!!! Aku lupa!!!”Rizkin tiba-tiba menepuk dahinya.

“Apa? Apa? Apa?”aku pula yang cemas. Macam penting aja bunyinya.

“Lupa nak tanya dekat Musan kenapa nama panggilan dia pelik ya amat. Macam Musang!”

“Huh?”riak tak percaya. Aku ingat apalah tadi. Itu rupanya. Bikin gempak betul.


#salam semua..

qyqa cuma nak cakap yang entri selepas ni mungkin ambil masa yang agak lama untuk muncul dekat blog ni. sebab qyqa sekarang tengah edit bahagian dalam novel CC ni untuk menjadikan CC sebagai sebuah cetakan. harap-harap ada rezeki dan benda tu jadi kenyataan. insyaALLAH. memandangkan qyqa rasa jalan cerita novel ni ada yang tak berapa ok,qyqa nak ubah juga dan panjangkan. jadi,qyqa akan ambil masa nak post entri baru supaya tak ada percanggahan. boleh eh?

dan qyqa nak ucap banyak2 terima kasih sbb sudi baca novel ni walaupun ntahpape jer. tak tahulah novel ni makin down kot sebab komen dah makin merudum. ya..salah qyqa sebab tulis tak bagus. minta maaf ye kalau apa yang qyqa tulis tak seperti yang harapkan.

teruskan menyokong!!!! =)#


There was an error in this gadget