[[QYQA'S]]

Sunday, June 21, 2009

CINTA NURIN UMIRAH

Aku membelek-belek novel Syurga Di Hati karya Fatin Nabila.Sudah lama aku mencari novel karya penulis kegemaranku ini.Akhirnya…memang dah rezeki akulah.
Aku menapak ke kaunter pembayaran untuk membayar novel ini.Elok je aku sampai dihadapan kaunter,seorang hamba Allah menolak tubuhku,memotong barisan.Eh…ni yang buat aku naik angina ni.Ingat aku ni batang kayu ker pokok?Hello…
“Awak ni ada matakan.Tak Nampak ker saya yang sampai dulu kat kaunter ni nak bayar?Ker mata awak rabun mengalahkan ayam nenek saya sampai dah tak boleh tengok orang lain?Ni ke rakyat Malaysia?”aku menghamburkan kata.Pantang betul aku kalau orang tak ada adab macam ni..Nama jer rakyat Malaysia.Huh..
Lelaki di hadapanku ini membuka kaca matanya dan memandangku.”Eh…kau samakan aku dengan ayam nenek kau?Ada ke ayam yang kacak macam aku?Ker kau tu yang rabun macam kambing moyang aku yang dungu tu?Aku tolak sikit jer,bukan patah satu rangka badan kau tu.Kecoh betul!”Wah bongkak tahap dewa ni.
Petugas di kaunter berdehem.”Siapa nak bayar dulu?”dengar jer kata-kata tu,pantas aku menolak pemuda ego ni dan membayar harga novel ditanganku.
“Kira sekali!”pemuda itu meletakkan sekali beberapa buah bukunya.
Mencerlung mataku memandangnya.”Saya tak ada duit nak bayar buku-buku awak tu lah!”
Dia hanya tersengeh bongkak tanpa mahu membalas kata-kataku.Apabila petugas kaunter menyatakan jumlah harga buku yang perlu dibayar,dia mengeluarkan 4 keping not RM50.Pe yang dia cuba nak buat ni?Belum sempat aku menghalang,dia lebih pantas.Beg plastik yang diisi buku-buku kami,diambilnya.
Aku mengejar dia hingga di luar kedai buku.
“Nah ambil duit ni dan bagi balik novel saya!”Aku menghulurkan 2 keping not RM10.
Dia mengeluarkan novelku dan mencampakkannya kebawah lantai.Aku menjadi kaget.
“Aku benci betul dengan perempuan bongkak macam kau.Ambillah novel kau tu.Tu pun kalau kau nak jatuhkan maruah kau macam aku dah jatuhkan novel kau tadi.Perempuan nikan tak ada harga diri.Such of rubbish!Boleh tolak dengan duit je kan.”
Panas hatiku mendengar kata-katanya.Siapa yang mulakan dulu?Dia!Bukannya aku.Sekarang,nak jatuhkan maruah aku pula.Ingat dia siapa?Ni aku nak bagi pengajaran ni.
“Lupa saya nak bagi salam perkenalan pada awak kan.Assalamualaikum.Terlebih dahulu,nama saya Nurin Umirah,bukan kau atau cow.Saya minta maaf kalau tadi saya kasar bahasa dengan awak.Tapi,siapa yang mulakan dulu?Awakkan…tak reti nak hormat hak orang lain.Dan sekarang,seronoknya awak menghina saya macam saya tak ada harga diri.Nilah pengajaran untuk awak…”aku merenyukkan duit ditanganku dan membalingkannya ke muka pemuda itu.Aku ambil novel dilantai dan berlalu pergi.Sengal punya laki!


“Kau buat macam tu.Biar betul umi..Fulamak,kelaslah kau!”Begitu semangat nya Atiqah bila aku ceritakan kisah rebut aku sebentar tadi.”Handsome tak mamat tu?”Ha…dia dah mula dah.Mesti nak menanya yang bukan-bukan.
“Eh kau ni,tu pulak yang kau pikir.Aku report kat Aiman,baru tahu!”Ketawa besar Atiqah bila aku mengusiknya dengan perihal tunangnya.
“Ala,Aiman tak kisah.Dia tahu aku ni setia tau.Hehe..Oh ye,kau ingat tak pasal rancangan yang kitaorang bagi kat kau tu?”Dahiku berkerut cuba mengingati cadangan tersebut.
Ya,aku ingat.Diaorang nak kenalkan aku dengan sepupu si Aiman.Kata Aiman,dia kesian kat aku ni….sampai sekarang tak ada pakwe.Mula tu aku serabut juga tapi bila pikir-pikir balik,tak salah mencubakan.Aku pun tak nak jadi Andalusia…Eh,tapi aku baru 24,tak adalah kronik sangat umur aku tu.
“Hoi,berangan pula!”Atiqah menyergahku.”Aiman dah Tanya sepupu dia tu.Hm…dia pun dah setuju.So,lusa korang da blind date.Blind date antara Nurin Umirah dan Abid Aizam.Kau pakai baju kurung warna biru,dia pun pakai t-shirt warna biru.Aturcaranya,makan malam pukul 8.30 di restoren Awana..”Wah,lengkap jadual pemberitahuan yang Atiqah bacakan.
“Aku takutlah…Kalau sepupu Aiman tu jahat macam mana?”Aku melahirkan kebimbanganku.Atiqah berdengus.
“Dia nak buat apalah kat kau dekat tempat awam macam tu?lagipun,kau drive sendiri kan?Janganlah paranoid sangat.Macam mana nak dapat pakwe kalau macam ni.Senang-senang kau bercinta je lah dengan si Hazim tu…Skema!”Bantal ditangganku pantas saja terbang ke muka Atiqah.
Ish…tak maulah aku kalau dengan mamat skema tu…Dahlah hantar surat cinta pun guna surat rasmi.Pe?ingat nak hantar surat rayuan ker??huh…
“So.jadi ek??”lama ku berfikir,akhirnya satu anggukan diberikan.






Alahai….lambat!lambat!lambat!Aku betul-betul lambat untuk blind date aku dengan Hamizan.Jam di dashboard aku kerling,sudah pun pukul 9.00 malam.Alahai,kalaulah aku tak tidur lepas solat magrib tadi,tentu tak jadi macam ni…
Kereta yang ku pandu,dengan pantas aku belok ke simpang disebelah kiri.Dum…YA ALLAH,sekarang apa pula dah ni? Aku keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku.Alahai,habislah kereta aku….
“Tak ada mata ke ha?Memang tolollah…”Aku memandang makhluk dihadapanku,empunya kereta yang berlanggaran dengan keretaku.
“Kau!”
“Awak!”
Hampir serentak kami berkata.Pandangan mata kami bersatu.Mencerlung matanya memandangku.
“Kau ni memang bawa siallah!Kau buta ke”Nikan line aku,yang kau pintas tu pe hal?”Marah benar dia.Aku menelan air liurku…memang aku yang salah pun..
“Eh,kalau ye pun saya salah….tak boleh ke nak cakap alok-elok?Kenapa nak maki saya?Apa awak tak pernah belajar budi bahasa?Kereta saya pun teruk juga taw,bukan kereta awak jer!”Aku membalas.
“Ahhh,yang penting kau yang salah.Sekarang,bayar ganti rugi!”Dia mula menghampiriku dan memegang lenganku.Kecut aku.Apa yang aku nak buat ni,macam mana kalau dia buat benda tak elok kat aku?Dahlah jalan ni sunyi.
“Aaaaaaa….tolong!”sekuat hati aku menjerit!Dan secara tiba-tiba,satu tamparan hinggap dimukaku dan aku pengsan tak sedarkan diri.




Perlahan-lahan aku membuka mataku….Aku kat mana ni?Mataku melilau memerhati sekeliling.
“Puan dah sedar ye…Alhamdulillah..”
“Saya kat mana ni?”
“Puan dekat hospital,tadi suami puan hantar.Puan pengsan dah dekat 4 jam.Suami puan pergi tandas sebentar”apa yang jururawat ni merepek ha?Suami?Puan?Bila masa pulak aku kahwin?Pengsan?Ya….laki tu!
“Sayang dah sedar ye…Alhamdulillah….”tetiba je mamat sengal ni muncul.Aku menarik wajahku.
“Kenapa awak ni ha?”Aku menghembur selepas jururawat itu keluar.Lelaki itu tersengeh.
“Saja jer.Kau pengsan lepas aku tertampar kau.Aku bawalah pergi hospital.Aku cakap jelah yang kau ni bini aku.Senang sikit.Ha,sekarang kau dah sedar,esok kau baliklah.Tak larat aku nak bayar kos!”Alahai,tembok punya orang!
“Saya tak suruh awak bayar!Saya pun ada duit!”
Dia mentghulurkan tangan.”Kalau macam tu,bayar ganti rugi kereta aku.4 angka tau!”Aku menelan air liur.Aku memang tak ada duit pun…
Dia tersengeh sinis dan terus keluar dari bilik.Aku termangu.Aku harus ganti balik duit dia.Aku tak mau da hutang dengan laki ego ni.Dahlah tampar aku.Tak boleh buat suami lansung!Mataku tertacap pada kad kecil yang ada disebelah katilku.Aku mengambilnya.Kad nama.
MUHAMMAD ADIB HAMIZAN BT DATO SOBRI,
PENGURUS BESAR WARNA HOLDINGS.
Laki tadi punya ker?Nama sedap,pangkat besar tapi perangai macam ayam nenek aku!




“Kenapa kau nak pinjam banyak sangat duit?Kau nak buat apa sebenarnya umi?”Atiqah bertanya bertubi apabila aku menyatakan hasratku untuk meminjam wangnya.
“Kau tak bagi tak pelah…”aku berpura-pura merajuk.Atiqah menyentuh bahuku.
“Aku takkan berkira dengan kaulah tapi aku Cuma nak tahu apa masalah kau yang sebenarnya.Aku kan kawan kau.Kesusahan kau,kesusahan aku juga.Jangan nak pendam je.Mesti ada sebab kau nak pinjam duit banyak macam tu kan?”Tersentuh aku dengan keprihatinan dia.Atiqah memang baik.
Aku menarik nafas dan menceritakan segalanya kepada Atiqah.Dia betul-betul terkejut.
“Kalau macam tu,kau bayar duit dia cepat-cepat!Nanti aku keluarkan duit.”
Aku mengucapkan syukur mendengar kata-kata Atiqah.Tiba-tiba kotak memoriku mengingati sesuatu.”Eh,apa jadi kat sepupu Aiman,si Aizam tu?Mesti lama dia tunggu aku kan?Kesian kat dia.”
“Sebenarnya dia tak dapat datang.Dia suruh abang dia gantikan tempat dia,pergi jumpa kau.Tapi abang dia tu bukan boleh sabar pun..Setengah jam tunggu,terus blah.”Atiqah berdengus.
“Kiranya,aku tak adalah bersalah sangat kan?”kata-kataku disambut anggukan perlahan dari Atiqah.



PENGURU BESAR.
Hah,sampai pun aku kat bilik pejabat ni.Bukan main susahnya aku nak mencari.Bukannya sebab apa pun,mulut malas nak bertanya.Aku redah jer masuk dalam bila tengok tempat secretary kosong.Emmm,dah pukul 12.30,mesti pergi lunch tu.
Aku menolak daun pintu.Kosong!Alahai manalah mamat ni.Sementara tu,boleh juga aku meneliti persekitaran bilik ni kan.Bilik pejabat ni luas betul.Aku sangat kagum dengan dekorasinya yang teratur.
Sergahan dari belakang mengejutkan aku dan tanpa sedar badanku terhoyong-hayang dan jatuh terlentang kebelakang.Eh,empuk pulak lantai ni!
“Bangunlah!Kau ingat ni tilam ker?”alamak,patutlah,terhempap atas badan mamat ni rupanya!Aku bingkas bangun.
“Buat apa kau datang sini?Nak robohkan office aku pulak ker?”oh….pedasnya ayat!
“Em…saya datang nak bayar ganti rugi pada awak.Saya poskan sekali kemaafan beribu ikhlas dari dasar hati saya sampai sampul pun tak muat!”Kata-kataku disambut gelak tawa darinya.Lucu ker?
“Aku hargainya.Aku suka kalau orang ikhlas minta maaf macam ni.Aku tak suka perempuan bongkak”
“Awak terimalah ek maaf saya?Kalau macam tu,saya balik dululah,tak mau kacau awak.”Belum sempat aku melangkah 3 tapak,dia mencuit bahuku.
“Apa kata aku belanja kau lunch sebagai tanda perdamaian dan perkenalan kita.Boleh?”alahai,rasa tak sampai hatilah pulak nak menolak.Dia macam ikhlas jer…bolehlah.
La…bawa aku makan kat hotel???Tak pernahlah seumur hidup aku nak makan bendalah daripada tempat-tempat mahal macam ni.Baik kena kedai mamak lagi bes.Aku memang tak paham pun menunya.Aku suruh jelah mamat ni order.
“Kau nama apa ek??”
Dia baru nak Tanya nama aku ker??”Umirah…Awak panggil saya Myra ye…”cewah,nak nama glamorlah jugakan,huhu…”Awak?”
“Kau panggil jer aku Mizan!Anyway,aku bagi baliklah duit ni.Aku tak kisah pun sebenarnya.”wang diatas meja,aku pandang sepi.
“Tak pelah,saya tak mau berhutang dengan awak.Anggap jer tu keikhlasan saya.Lagipun,teruk kereta awak kan?”
Dia menggelengkan kepala.”Kereta kau pun teruk jugakan.Aku tau kau mesti pinjam duit kawan-kawan kau kan?Elok kau guna jer duit tu repair kereta kau.Aku Nampak kau macam pokai jer.”Uh,pandai jelah si Mizan ni.
“Memang saya tengah menganggur pun.Kereta tu bapak saya punya.Sekarang nak apply kerja,susah sangatlah”jujur aku mengaku.
“Kau kerja jelah kat pejabat aku,jadi office girl.”
What???Puncuk dicita,ulam mendatang….janji masyuk….




Terguling-guling Atiqah bila aku ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi.Beberapa kali dia mencubit pipinya.Cam orang sewel pun da juga,haha…
“Betul ni,nak jadi office girl”aku mengangguk menjawab pertanyaannya.
“Mula-mula gaduh…lepas tu kawan…lepas tu kahwin!!!!kahwin!!!kahwin!!!”Mak oiii,memang dah kena sawan kawan aku sorang ni.Aku buat muka serius,biar dia takut sikit.Lama lepas tu,emosi dia dah stabil…
“Si Aizam tu nak jumpa kau,bila nak nya?Aiman dah bagi dia tengok gambar kau,dia berkenan betul.”ha?tunjuk gambar?Alahai,berkenan pula tu…Uh…
“Esok jelah.Awal sikit,pukul 8.00 malam,kat restoren hari tu.Kau ada gambar dia?Bagi aku tengok.”soalan ku di sambut dengan gelengan daripada Atiqah.
“Kau jangan risau,dia handsome tau!”Atiqah ketawa mengekek.Aku berdengus.
“Kalau handsome sangat,pe kes sampai suruh Aiman kenenkan?Mesti ramai perempuan nak dekat kalau dia tu handsome sangat….”Aku meleretkan kata-kataku.Atiqah tersengeh.
“Sebenarnya,dia dah kenal dengan kau sebelum ni.Dia pernah Nampak kau.”dahiku berkerut.”Dia Nampak kau waktu majlis pertunangan aku dengan Aiman hari tu.Dia Nampak jer kau,terus dia minta nombor kau kat aku.Aku bagi,tapi bila dia mesej and call,kau tak layan.Last-last,dia suruh je Aiman tolong”melopong aku mendengar penjelasan Atiqah.Ya,memang pernah aku dapat mesej dan panggilan telefon dari nombor yang aku tak kenal.Dah tu,takkan nak layan.
“Aizam tu baik Umi…Dia dahlah kaya.Keluarga dia ada syarikat besar.Tapi dia tak kerja kat situ,dia jadi doctor taw.Siap dah ada klinik sendiri lagi.Kalu korang menjadi,nanti aku dapatlah rawatan percuma.”Wah,dia pulak yang berangan lebih!
“Nak sangat,kau jadilah bini dia jer.Pas Aiman kat aku!”demi mendengar kata-kataku,bantak ditangan Umi melayang ke mukaku.Aku ketawa lagi.



Tak adalah susah sangat jadi office girl ni.Aku tak payah pun hantar surat macam office boy,Cuma kemaskan office jer.Special taw kerja aku.Orang kat sini pun baik-baik.Tapi,aku tak suka betul dengan Zety,secretary Hamizan.Dia ni gedik nak mapos Nampak sangat yang dia nak goda Hamizan,meluat tau!Malangnya,Hamizan lebih romantic kat aku…Alahai,dia memang ketua yang caring!Jatuh hati?Wah….entahlah…
Malam ni nak jumpa dengan Aizam.Berdebar pun ada.Nak juga tengok handsome sungguh ker?Aku pakai je baju baju kurung warna pink dan tudung warna putih.Huhu,gadis melayu taw!
Sampai jer kat dalam Restoren,seorang lelaki dipenjuru restoren melambai-lambai kearahku.Ya Allah,dia memang handsome giler tapi Nampak nerd and formal.Doktor lah katakana.Aku menghampirinya.Dia menarik kerusi untukku.Fulamak…..memang boleh buat cair ni!Haha…
Kami tak berbual apa-apa pun.Dia cuma pandang aku macamlah aku ni monster.Aku dengar suara dia bila dia buat pesanan.Tak kisahlah….
“Nurin suka makanan yang saya order?”puh….lembutnya suara…..Aku mengangguk.Memang aku rasa segan yang amat nak cakap dengan dia!
“Saya memang doctor tapi saya takkan suntik awak atau bedah awak kalau awak cakap dengan saya”tergelak besar aku mendengar kata-katanya.
“Saya segan…”jujur aku mengakuinya.
“Nurin bukannya tak ada hidungkan?”sekali lagi aku tergelak.Dia pandai buat lawak rupanya.
Kami makan dengan penuh gembira.Hm…memang jejaka idaman melaya taw…Tapi tak pula dia cakap yang dia suka kat aku…hehe,aku tenanti ni…haha…Selepas makan,dia mengajakku berjalan-jalan di taman.Aku sekadar menurut saja.Kami duduk di atas kerusi panjang.
“Dalam hidup saya,saya suka buat sesuatu yang jelas dan bermatlamat.Saya tak suka buat sesuatu yang tak ada hala tuju dan sekadar buang masa.Banyak lagi benda yang perlu kita buat daripada bermain-main”aku mengerutkan dahiku.Apa kaitannya dengan aku?
“Macam tu juga dengan perkenalan saya dengan awak.Saya nak berkenalan dengan awak bukan sekadar suka-suka tapi bermatlamat.Saya nak mengenali awak dengan lebih dalam dan kalau boleh saya nak perhubungan kita ni menjadi serius.Kalau boleh,saya nak terus lamar awak!”Ha?apa yang dia cakap ni?Betul ker?Ish….
“Kita baru jer kenal Aizam.Saya tak nafikan yang awak ada cirri-ciri jejaka idaman saya tapi saya tak mahu terburu-buru.Ni pertemuan kita yang pertama dan masih banyak kepincangan yang belum jelas.Belum tentu kita berdua serasi dan saya tak mahu keputusan ayng dibuat mendatangkan mudarat di ke mudian hari.”
“Saya faham.Tapi saya dapat rasakan yang awak memang jodoh saya.Saya dah banyak tahu pasal awak.Awak je yang perlu kenal tentang diri saya.Awak ambil masa.Dan,izinkan saya untuk mencuri hati awak.Bila awak dah bersedia,awak cerita kat saya.Saat tu,saya akan terus melamar awak.”
Aku terkedu.Dia benar-benar ikhlas.Bodohlah aku kalu melepaskan lelaki seperti ini.Namun,bodoh juga aku jika menipu diri sendiri.Aku tak cintakan dia.Aku cintakan Hamizan!Ah….tapi lelaki yang satu itu,aku tak tahu isi hatinya.
“Bagi saya masa.”itulah yang mampu aku katakana.


Dah sebulan aku kerja kat pejabat ni.Memang seronok lah.Yang paling penting,aku makin dihimpit perasaan pada Hamizan.Dia betul-betul baik.Aku dapat rasakan yang dia pun ada perasaan pada aku tapi tak pula dia lafazkan.Takkan lah aku,perempuan nak lafazkan dulu??Aku bukannya zety yang suka menggoda.
Yang buat aku serba salah,Aizam makin mendekati diriku.Aku tak mau bagi harapan palsu kat dia.Aku memang tak ada perasaan lansung kat dia.Tapi,dia betul-betul baik,tu yang aku tak sanggup nak berterus terang tu.Entahlah.
Uhhhh,terleka mengelamun pulak.Aku membawa air kopi yang baruku bancuh sebentar tadi kebilik Hamizan.Memang dah biasa aku tak ketuk pintu pun,aku terus masuk.
Berderu darahku melihat apa yang berlaku dihadapanku.Cawan yang ku pegang hampir jatuh.Zety duduk atas riba Hamizan??Siap tersenyum lagi.Apa ni??Melihat aku dimuka pintu,pantas Hamizan menolak Zety.Mukanya pucat.
Aku berpura-pura selamba dan meletakkan kopi diatas meja.”Maaf,saya tak tahu Encik Hamizan dan Zety tengah sibuk!”
Aku lihat Hamizan cuba berkata-kata tapi cepat aku berpaling dan keluar dari bilik itu.Rupanya,aku tersilap pandang.Hamizan tak pernah cintakan aku!Dia sukakan Zety!Aku yang tak berguna,perasan!Bodohnya aku.Aku menangis sepuasnya di dalam tandas.
Balik ke rumah,aku menangis lagi dan Atiqah memujukku.
“Kalau betul dia tak suka aku,kenapa dia nak buat aku perasan Tiqah?Aku ingat dia suka kat aku.Sakit hati aku!Aku nak berhenti kerja!”
“Sabar Umi…Sabar….”
Esoknya,surat letak jawatan aku serahkan dan aku terus pulang ke kampung.
Seminggu aku duduk dikampung,panggilan Aizam mengganggu ketenteramanku.Nmaun,benak hatiku mengeluarkan satu idea yang tak pernah aku fikirkan.
“Aizam,awak pernah cakap yang awak akan lamar saya kalau saya dah sedia.Saya memang dah sedia!Awak datang ke kampung saya esok,terus bawa rombongan meminang!Kita kahwin”Aku terus meletakkan telefon.Lantaklah apa yang nak jadi pun,kalau dia datang,memang jodoh aku dengan dia.

Tepat pukul 12.00 tengah hari,rombongan Aizam datang.Aku menarik nafas.Mak lagilah,terkejut sebab aku lansung tak cerita apa-apa pun kat dia.
“Betul anak Aizam ni nak melamar anak mak cik?”emak bertanya kepada Aizam.
“Tak mak cik.”Aku membulatkan mata.Apa ni?
“Ni rombongan meminang untuk abang saya,Adib Hamizan!”Apa??aku mimpikan??Oh….tolonglah……
“Aizam,tak lawak tau!”Aku meninggikan suara.Emak memberi isyarat mata menyuruh aku bertenang.
“Saya memang cintakan awak Nurin,tapi abang saya lagi cintakan awak.Saya tak tahu selama ni yang abang saya dan saya mencintai orang yang sama,iaitu Nurin Umirah.Sampailah saat awak hilangkan diri,abang saya jadi separuh gila!Dia tunjukkan gambar awak dan saya betul-betul terkejut.Saya tahu,awak salah faham dekat abang saya.Atiqah dah ceritakan segala-galanya.Awak memang memang cintakan dia kan?”
Aku terpana.Aizam dan Hamizan adik-beradik?Hamizan cintakan aku?Ah….tak mungkin!
“Awak tak payah nak mereka cerita.Kalu betul dia cintakan saya,dia sendiri yang akan cakap dengan saya!”serentak dengan itu,aku berlari keluar rumah.Aku duduk di bawah pohon jambu di belakan rumah.Aku dah tak pedulikan tetamu yang ada diatas rumah.
Rasa terkejut apabila bahuku disentuh.Aku berpaling.Dia!
“Awak nak apa?pergi!”
“Saya nak awak Myra!Saya cintakan awak!”aku gelak.
“Tak payah nak mainkan saya Encik Hamizan!Kalu awak cintakan saya,kenapa awak boleh pangku Zety dalam pejabat?Boleh pulak berseronok!”aku meningkah.
“Semua tu salah paham.Dia terjatuh atas saya!”
“Terjatuh??Boleh pula senyum-senyum.Kalu betul awak cintakan saya,kenapa tak mengaku dari dulu?”
“Awak cemburukan?Jadi awak memang cintakan sayalah?Saya tak lafazkan isi hati saya sebab saya tak yakin dengan kata hati say.Tapi,bila awak hilangkan diri,saya betul-betul rasa kehilangan.Saya memnag cintakan awak!”Aku terdiam tanpa reaksi.
Dia melutut dihadapanku.”Awak kahwin dengan saya?”
Aku merenung matanya,memang ada cahaya keikhlasan di situ.Aku mengangguk.Air mataku menitis……….



Indahnya cinta bila tercapai,indahnya impian bila menjadi reality.Aku bahagia bersama dia.Cinta Nurin Umirah lengkap bersama Adib Hamizan.Alhamdulillah……
There was an error in this gadget