[[QYQA'S]]

Friday, March 18, 2011

Stand By Me 2

“Assalamualaikum...” Ummi memberi salam kepada si pemanggil. Tak tahu siapa yang telefon tengah hari begini.

“Waalaikumussalam. Ummi, Sya ni.” Aisya senang hati mendengar suara ummi. Kalau wanita ini ada depan mata, dah lama dipeluknya. Hampir 2 bulan sudah tidak berjumpa. Dari KL ke Perak tak ambil masa yang lama tapi kekosongan waktu yang tak ada.

“Aisya. Lama tak telefon ummi. “ ummi tersenyum senang. “Aisya sihat?” ummi bertanya khabar.

Aisya angguk. “Sihat ummi. Sya ada berita gembira dan berita sedih untuk ummi. Ummi nak tahu yang mana satu?” Aisya berniat mengusik. Meskipun hati sedang merusuh namun bila bercakap jer dengan ummi rasa ceria.

Ummi ketawa. “Nak buat suspen ummi ye.. berita gembira dululah.” Ummi tetap melayan usikan Aisya.

Aisya sengeh kejap. “Sya mengandung!”

Ummi ternganga kejap. Kemudian terus tersenyum senang. “Tahniah.. Alhamdulillah murah rezeki kamu ni.” Ummi tumpang gembira.

“Terima kasih ummi. Ummi doakanlah yang baik-baik untuk Sya.” Aisya meminta.

Ummi mengangguk perlahan. Seolah-olah Aisya ada di hadapan. “Ummi sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak ummi terutama kamu dengan Adira.”

Mendengar nama Adira dari mulut ummi membuatkan Aisya terdiam kejap. Memikirkan tentang sahabat baiknya yang merajuk atau lebih tepat marah. Marah kerana dia merahsiakan perkahwinan dan memilih Saufi sebagai suaminya. Aisya melepaskan keluhan tanpa sedar.

“Kenapa ni Sya. Macam susah hati jer. Orang mengandung tak boleh macam ni.” Ummi cepat mengesan. “Berita buruk kamu ni ada kena mengena dengan Adira ker?” ummi serkap jarang dan nyata tepat sekali.

“Dia dah tahu. Semalam. Dia marah betul.” Sebijik-sebijik Aisya bercakap.

“Adira tu memang cepat marah Sya. Tapi hati dia pun cepat sejuk. Lama-lama nanti mesti dia boleh terima. Dia Cuma perlukan waktu. Kamu pun fahamkan Adira tu macam mana. Hati keras tapi baik. Tambah pula nak marah kamu lama-lama, ummi rasa tak.” Ummi cuba menenagkan perasaan Aisya.

“Tapi Sya rasa kali ni Adi betul-betul marah. Dia memang cepat surut marahnya tapi dengan Saufi tak. Dah bertahun lamanya tapi rasa marah dia tak pernah surut.”

“Percayalah cakap ummi. Dia boleh terima. Cuma dia terkejut jer. Bagi dia masa. “ ummi tenang.

Aisya terdiam kejap. “Baiklah ummi.”

“Yang penting, jaga kesihatan kamu tu. Dah mengandung ni kena hati-hati tambah awal-awal bulan. Makan makanan berkhasiat.” Ummi dah bagi terapi telinga. “Saufi tahu tak?”

“Tahu.. sekarang ni Sya kat rumah dialah.” Aisya memberitahu senang. “Saufi suruh Sya tangguh pengajian dulu. Ummi rasa macam mana?” Aisya meminta pendapat.

“Sya sendiri rasa macam mana?” ummi membalas pertanyaan Aisya dengan persoalan juga.

“Sya rasa nak sambung belajar terus. Lagipun lambat lagi baby ni nak lahir. Tapi kalau Saufi nak Sya tangguh, Sya tak kisah.” Aisya menjawab jujur.

“Kamu bincanglah dulu dengan Saufi.” Ummi memberi kata putus.

“Iyalah ummi. Terima kasih.” Aisya tersenyum senang.

Talian dimatikan.

“Telefon ummi ker?” Saufi baru keluar dari bilik air. Bersiap nak solat zohor. Hari ni dia ambil cuti semata-mata nak habiskan cuti dengan isteri tercinta.

“Aah.” Aisya angguk. “Jemaah ker bang?” Aisya bertanya. Memerhatikan Saufi yang membetulkan baju melayunya.

Saufi tersenyum senang memandang isterinya yang duduk di atas katil. “Mestilah sayang. Cepat ambil wuduk.” Saufi member arahan. “Tapi hati-hati.”

Aisya yang baru nak melangkah masuk ke dalam bilik air tersengeh. “Iya bang.”

Mereka solat jemaah yang bersama-sama. Kembang hati solat berimamkan suami sendiri. Dia tahu yang tak salah menerima Saufi sebagai suaminya. Kalaulah Adi tahu bagaimana berubanya Saufi, pasti Adi pun setuju dengan pilihannya.

.................................................

Adi duduk sendirian di meja. Orang lain tak rasa pun nak duduk semeja dengan dia walaupun keadaan kafe waktu tu memang sangat sesak. Nampak muka keruh si Adi, siapa pun takut. Mesti punya ada masalah.

Adi memikirkan tentang Aisya. Pelik. Geram. Macam manalah Aisya boleh pula kahwin dengan Saufi? Selama ni tengok Aisya tak ada pun tanda orang angau. Ni tup tap semalam dapat tahu yang diorang dah kahwin! Bukan sehari dua tapi dah 3 bulan.

Semalam, Aisya tak balik pun bilik. Kelas pun tak datang. Ramai yang bertanya tapi Adi angkat bahu jer. Dia memang tak tahu. Teringin nak telefon bertanya tapi ego di hati pula melarang. Haish!!!

Kerusi sebelah ditarik.

Adi dongak. Mamat ni?

Izham sengeh kambing. Selamba ambil tempat sebelah Adi. Budak-budak lain dah pelik. Izham duduk sebelah Adi, memang nak cari penyakit. 2 orang tu macam minyak dengan air. Tak boleh nak bersekutu langsung.

“Kau nak kena tendang ker?” Adi bertanya geram. Mamat ni pun satu, sebab dia tak pasal-pasal jatuh dalam tasik. Tak ker malu? Depan orang ramai pulak tu.

“Kau nak jatuh kolam ker?” izham jawab balik dengan soalan sengal. Wajah bengis Adi di pandang. Bengis ker? Pada orang lain. Tapi pada dia, wajah Adi ni manis.

“Boleh tak kau duduk tempat lain?” Adi tak senang. Menyampah.

“Kau tengoklah betapa crowded cafe ni. Plus, kerusi ni bukan hak milik kau pun.” Izham angkat kening. Nak sakitkan hati Adi.

Adi menahan sabar. Bangun dari kerusi. “Fine!”

“Kau nak pergi mana?”

“Underground!” Adi terus melangkah ke luar cafe. Tak sedar yang Izham mengekorinya di belakang.

“Dasar betul. Harap muka jer handsome tapi otak tak ada!” Adi membebel sendirian. Tapi dah namanya Adi memanglah suara dia tu kuat sampai Izham yang berjalan di belakangnya boleh dengar bebelan dia.

“Aku memang handsome!”

Suara Izham di belakang memuatkan Adi geram. Cepat dia berpaling ke belakang. “Apasal kau ikut aku huh?”

“Jalan ni bukan kau punya pun.” Senyum mengejek. “Dan jangan nak perasan aku ikut kau.”

Adi tahan sebal. Mamat ni memanglah. Malas nak layan, dia terus melangkah berjalan. Tak peduli samada Izham mengekori dia atau tidak.

Izham di belakang menahan ketawa. Suka benar melihat wajah berang Adi.

Adi segera mengambil telefon bimbit di dalam poket bila terasa getaran.

Siapa? Tak bernama.

Punat hijau segera ditekan. Ada debaran di hati.

“Hello?”

Izham di belakang cuba memasang telinga. Masih mengekori Adi.

“Adira?”

Serta merta jantung Adi berdegup laju. Tak payah diceritakan siapa si pemanggil. Suara tu, Adi sangat-sangat kenal. Terlalu kenal.

“Ni abang.”

“Aku tak pernah ada abang!” cepat Adi meningkah kata-kata Saufi. Abang? Tolonglah. Rasa nak loya tekak. “Kau nak apa?” Adi berdiri static. Izham di belakang turut berbuat demikian.

“Boleh kita jumpa? Abang nak bincang pasal Aisya.” Saufi berlembut. Dia faham kalau Adi nak benci dia. Faham sangat-sangat. Memang patut pun.

“Aku tak mahu jumpa ka....”

Kata-kata Adi terhenti bila tiba-tiba Izham mengambil telefon bimbit tersebut dari Adi. Dengan muka selamba. Tak ada rasa bersalah langsung.

“Nak apa dari Adi?” rasionalnya Izham berbuat begitu kerana dia dapat rasakan yang Adi tak menyukai si pemanggil.

Adi ternganga. Mamat ni! Tapi Adi biarkan saja. Dia pun tak kuasa nak layan Saufi. Biar Izham cakap. Walaupun mamat tu tak tahu hujung pangkal cerita. Main aci redah. Gasaklah kau.

“Siapa ni?” Saufi bertanya. Tiba-tiba keluar suara garau.

“Boyfriend Adi.”

Adi bulat mata. Bila masa pula dia jadi boyfriend aku. Izham Cuma senyum sengeh.

Saufi diam kejap. “Boleh awak bawa Adi jumpa saya? Awak ikut sekalilah. Saya nak bincang dengan dia.”

Izham memandang Adi. “Okey. Kat mana?” ini ada peluang nak menyebuk hal Adi.

Adi berkerut. Apa yang Saufi cakap dekat Izham? Izham Cuma terangguk angguk macam burung belatuk.

“Done.” Telefon bimbit bertukar tangan.

“Kau cakap apa dengan dia?” Adi bertanya kasar.

“Aku boyfriend kau.”

“Bila masa pula kau jadi pakwe aku?”

Izham dah ketawa dulu. “Apa pula pakwe. Bukan boyfriend tu kawan laki ker? Nama jer pelajar pintar. Kononlah kan.”

Adi gigit bibir bawah. Tahap kesengalan mamat ni memang terserlah.

“Jom!” Izham selamba menarik pergelangan tangan Adi.

“Kau nak bawa aku pergi mana?” Adi mengeraskan diri. Cuba merentap pergelangan tangannya. Dahlah musuh, tiba-tiba ajak pergi. Entah nak bawa pergi mana pun tak tahu. Ker nak menyamun.

“Jumpa dengan lelaki tadi. Aku setuju nak bawa kau.”

“You, what?!” Adi betul-betul bengang. “Pandai-pandai kau jer setuju. Aku tak nak!” Adi dah berpaling ke belakang. Berniat nak tinggalkan Izham. Hampas punya mamat.

“Adi. Dia cakap kalau kau sayang Aisya, baik kau jumpa dia!” Izham melaung kuat.

Adi automatic static. Berpaling ke belakang. Memandang wajah izham.

.........................................................

“Kenapa kau mesti ikut?” Adi menjeling Izham yang duduk di sebelahnya. Niat di hati Adi nak datang sini sendiri, tapi Izham mengada-ngada nak ikut. Kata Izham, kalau apa-apa terjadi, dia boleh tolong. Adi yang malas nak layan, ikut jer datang sii naik kereta Izham. Lagipun, nak jumpa Saufi ni. Kalau lah ada pertumpahan darah ker, Izham boleh tolong.

“Saja nak menyebuk.” Izham sengeh. Memerhati sekeliling restoren. “Siapa Saufi tu sebenarnya?” Izham bertanya. Sebab utama dia nak datang, sebab nak tahu siapa Saufi tu. Tapi dia yakin, Adi memang tak ada hati langsung nak datang. Kalau bukan sebab Aisya mesti Adi tak datang. Izham pening lagi. Adi, Saufi dan Aisya. Kisah cinta tiga segi ker?

“Tak payah kau sibuk!” Adi malas nak jawab. Pelik juga hari ni boleh berlembut dengan Izham. Mungkin sebab Saufi.

“Lama tunggu?” Saufi tiba-tiba muncul. Dia Nampak ringkas dengan seluar jeans dan t-shirt biru berkolar. Kacak! Tetap sama macam zaman sekolah dulu. Sesuai dengan Aisya.

Adi diam malas nak jawab.

“Baru jer. Air pun tak sampai lagi.” Izham baik hati tolong jawabkan.

Saufi hanya gelengkan kepala bila pelayan yang datang membawa air untuk Adi dan Izham jika dia mahu memesan makanan atau minuman.

“Straight to the point apa yang kau nak cakap.” Adi tak tunggu lama. Terus bercakap.

Izham di sebelah Cuma memerhati. Dia memang tak tahu hujung pangkalnya. Nak menyampuk pun tak best.

“Adira masih marah betul dengan abang.” Saufi bermukaddimah.

Adi bengang. “First, jangan panggil aku Adira. Second, kau bukan abang aku.”

Saufi tarik senyuman segaris. Marah benar Adi padanya. Dan sayang betul Adi pada Aisya. Kalau tak sayang mesti Adi tak akan datang. Untung benar isterinya dapat sahabat seperti Adi.

“Untuk pengetahuan kau, aku tak akan lupa sampai bila-bila apa yang kau buat kat aku. Dan, aku masih lagi tak dapat maafkan kau. Aku memang tak dapat terima perkahwinan kau dengan Aisya.”

Izham yang mendengar ternganga. Laki ni.. suami Aisya? Bila pula Aisya kahwin? Namun dia tak mahu menyampuk. Masih sedia memasang telinga.

“Tapi rasanya awak nak tengok Aisya bahagia..”

“Tapi bukan dengan kau!” Adi dah memotong percakapan Saufi. Jus tembikai dihirupnya rakus. Panas hati. Panas segala-galanya.

“Boleh tak awak lupakan semua perkara yang berlaku? Maafkan saya.Terima hakikat yang saya dah kahwin dengan Aisya?” lembut Saufi bercakap. Berharap hati Adi akan lembut.

“Kalau aku tak dapat terima pun perkahwinan korang, bukannya berubah apa-apa pun, kan? Kau tetap suami Aisya. Dan Aisya tetap isteri kau. So, what is the problem sampai kau nak minta-minta restu aku?” Adi peluk tubuh.

“Saya nak Aisya gembira.”

Diam.

“Dia tak gembira kalau dia kehilangan sahabat sejati dia. Dan saya tak nak tengok isteri saya sedih. Sakit.. sakit. “ Saufi meminta pengertian Adi. “Kalaupun awak marah saya, jangan marah Aisya. Dia tengah mengandung. Saya tak mahu emosi dia terganggu.”

Yang ni lagi buat Izham ternganga. Aisya dah mengandung? Dah berapa lama diorang ni kahwin?

“Kau betul-betul sayangkan Aisya ker?” Adi bertanya. Dia dapat lihat dengan jelas yang Saufi sangat-sangat mengambil berat tentang Aisya. Tak mahu emosi Aisya terganggu. Nampak yang dia mahu Aisya bahagia.

“Dia tulang rusuk saya Adi. Tulang rusuk yang dekat di hati untuk disayangi. Saya dah terima Aisya sebagai amanah saya untuk dijaga. Dan sekarang dia dah mengandungkan zuriat kami. Saya sayangkan dia. Cintakan dia.” Dengan yakin Saufi menjawab. Dia jujur dengan apa yang dia katakan. Dia nak Aisya bahagia.

Izham menjeling wajah Adi di sisi. Nampak Adi seperti berfikir panjang. Izham dah boleh buat kesimpulan. Aisya berkahwin dengan Saufi dan Adi tak sukakan Saufi. Sebab kenangan dulu. Apa? Dia sendiri tak tahu. Dan sekarang Saufi meminta Adi cuba terima perkahwinan mereka. Saufi tak mahu tengok Aisya bersedih hati. What a good man he is.

“Aku tetap tak boleh terima yang kau kahwin dengan Aisya..”

Saufi melepaskan keluhan. Nampaknya Adi memang keras hati.

“Tapi demi Aisya, aku cuba.”

Saufi cepat tarik senyuman. “Terima kasih Adi.”

“Tak payah. Aku buat sebab Aisya. Bukan sebab kau. Ingat, aku benci kau.”

Saufi tetap senyum. “Tak apa. Itu pun dah cukup. Boleh nanti kalau Aisya telefon, awak cakap elok-elok dengan dia?”

Adi angguk.

Saufi senang hati.

Izham angkat bahu. Lembut hati juga tomboy ni.

“Bila Aisya nak balik?” Adi bertanya. Tahu yang Aisya sekarang pasti berada dengan Saufi.

“Esok. Saya nak dia tangguhkan pengajian. Nanti dia balik ambil barang.”

Adi terdiam. Ya.. aisya dah kahwn. Kenalah ikut cakap suami.

...............................................

Diam.

Yang kedengaran Cuma bunyi pendingin hawa. Juga bunyi bising dari jalan.

Perasaan Adi ketika ini, mungkin lega? Pelikkan? Dia rasa lega pula bila merestui perkahwinan sahabatnya. Rasa marah pada Saufi masih ada namun bila melihat lelaki itu bersungguh-sungguh mahu Aisya bahagia, Adi jadi kalah. Aisya berhak bahagia. Dan.. Nampak seperti Saufi mampu nak bahagiakan Aisya.

“Apa yang kau fikirkan?”

Izham bersuara. Menjeling Adi yang duduk membatu di sebelah.

“Tak ada apa-apa.”

“Kenapa kau bencikan Saufi tu?”

“Sibuk!”

“Aku kan boyfriend kau.” Meletus ketawa Izham. Macam tak percaya mereka boleh naik sekereta. Kalau bukan sebab hal ni, mesti tak ada peluang macam ni.

Adi diam. Malas nak layan. Mamat ni memanglah.

“Kau rasa... Saufi tu betul-betul cintakan Aisya ker? Maksud aku, dari mata lelaki kau.” Adi meminta pendapat Izham. Mungkin lelaki lebih faham lelaki.

“Kau tahu lelaki ni ego tinggi Everest. Kerja nak jaga ego jer. Dan lelaki tak kisah pun kalau perempuan yang tak ada kepentingan dalam hidup dia, nak benci ker nak marah ker kat dia. Tak ada masa nak minta maaf. Tapi bila lelaki sanggup rendahkan ego demi seorang gadis, dia memang cintakan perempuan tu.” Berhenti kejap.

“Saufi tu sanggup jumpa kau demi Aisya. Tak nak tengok isteri dia sedih. Dia memang sayangkan Aisya. Tambah pula sekarang Aisya dah mengandung.”

Adi diam. Berfikir. Apa yang dikatakan oleh Izham ada kebenarannya.

“Aku tak tahu pula Aisya dah kahwin.” Tiba-tiba Izham bersuara.

“Aku pun baru tahu.” Adi jujur.

“Aku baru nak masuk line. Tak apalah, tak dapat Aisya, dapat kawan dia pun okey.”

“Kau nak kena tendang?” jeling.

Izham ketawa senang.

“Kau nak release tension tak?”

“Ada ker pulau yang aku boleh jerit sesuka hati?” Adi bertanya sinis.

“Karok nak?”

“Uh?”

“Alah.. raikan yang kita ni dah berbaik.”

“Bila masa pula?”

“Kalau tak berbaik tak ada kita nak bersembang macam ni.”

“Okey kalau macam tu bagi aku sepak kau.”

“Tunggu tepi tasiklah.”

Adi ketawa juga bila dengar kata-kata Izham.

“Kau belanja?”

“No sweat. First dating mestilah lelaki kena belanja.”

“Whatever.”

15 comments:

WITHOUT A SOUND said...

izham..u r so sweetla....hihihi

qyqa said...

@ WITHOUT A SOUND

manis macam gulakah???
=)

Maryam Kamal said...

jangan panjang sangattttt!

2 episod je lagi, kemudian dahhhh! isi borang UPU pulak la weiii! haha :D

kalau pegi U tapi SBM xfinish lagi, aku siku hidung ang! haha :D

qyqa said...

@ Maryam Kamal

cerita ni memg pndek jer..
jangan riso..
hoho

cam na tau aku x isi upu lagi ni???
haha

xana said...

haha... time2 nie je la kita nak merendek pun..hehe pasnie x da dh la..=P

nice story!=D

keSENGALan teserlah.. said...

wohahaha.
izham sweet. dia hero kah?

Maryam Kamal said...

UPU dah expired! pi isi maktab pulak, cekgu Qyqa! :D

qyqa said...

@ xana

betul tuh..
banyak masa ni..
hehehe

thanx!!!

qyqa said...

@ keSENGALan teserlah..

hahaha sweet as candy eh.
yup hero remaja..

qyqa said...

@ Maryam Kamal

done cik yam..
hehehe

Cempaka R.Minta said...

hii cempaka datang

Mimie said...
This comment has been removed by the author.
Mimie said...

Assalamualaikum
hai qyqa.....cite ni pown ok

hah!! esok dah nak kuar result
so apa perasaan anda? (ni ala2 ada mic bg qyqa nak jwb soklan..kekekee) (>_<)

pepown semoga result qyqa gempak n dapat sambung blaja kat tmpt yg qyqa dah tentukan..Aminnn

Gudluck gal!!

Mimie said...

Assalamualaikum
hai qyqa.....cite ni pown ok

hah!! esok dah nak kuar result
so apa perasaan anda? (ni ala2 ada mic bg qyqa nak jwb soklan..kekekee) (>_<)

pepown semoga result qyqa gempak n dapat sambung blaja kat tmpt yg qyqa dah tentukan..Aminnn

Gudluck gal!!

Anonymous said...

knp aisha kain ngan saufi..hish xska arh..klau sy jd adi..sy xska smpai bila2..dngn ape yg saufi tu pnah buat..huh..sori emo