[[QYQA'S]]

Sunday, March 13, 2011

Stand By Me 1

“Kenapa dengan kau ni?” Adi menepuk belakang badan Aisya yang terbongkok memuntahkan segala isi perut. “Kau salah makan kot.” Adi terus menggosok perlahan badan Aishah. “Nak jumpa doktor?”

Demi mendengar soalan Adi, cepat saja Aisya menegakkan badannya sambil menggelengkan kepala. “Tak apa. Aku sihat. Okey.”

“Okey apa pula. Dari semalam macam ni. Risau aku. Jomlah.” Adi menarik lengan Aisya.

Aisya ketap bibir bawah. Jumpa doktor? Dia tahu berjumpa dengan doktor pasti Adi akan tahu rahsia besar dirinya.

Aisya geleng kepala lagi. Merentap perlahan lengannya dari pegangan Adi dan berjalan perlahan-lahan ke luar dari tandas.

Pandangan matanya semakin kurang jelas. Berpinar-pinar. Dan makin gelap.

“Aisya!” Adi berlari untuk menyambut tubuh Aisya yang sudah rebah ke lantai.

....................................................

“Kenapa dengan dia doktor?” Adi bertanya kepada doktor berbangsa Cina. Dr Chong, nama yang terpamer pada tag namanya. Mata Adi tertacap pada Aisya yang terbaring lesu. Aisya seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Adi pasti, Aisya dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka.

“Dia sihat. Tak ada sakit apa-apa pun. Cuma alahan.” Tenang Dr Chong memberitahu.

“Alahan?” berkerut dahi Adi. “Maksud doktor?”

“She’ll become a mother. Dia dah mengandung 3 minggu.” Nyata kata-kata Dr Chong mengejutkan Adi.

“Me..mengandung? pregnant?” Cuba bertanya dalam BI, mana tahu Dr Chong ni tak faham betul-betul mengandung tu apa.

Cepat Dr Chong mengangguk. “Yes.”

Ya Allah!

Di dalam kereta, Aisya Cuma diam memandang keluar tingkap. Adi juga sama. Masing-masing seperti sudah bisu. Padahal, dalam kepala Adi ada banyak tanda soal yang perlu dipecahkan. Bukan itu saja, rasa marah yang menggunung terhadap Aisya juga tinggi. Mau saja dia luahkan amarah tu, tapi bila tengok wajah pucat Aisya, Adi pendamkan saja. Nanti.

sampai di asrama, Adi memimpin Aisya masuk ke dalam bilik. Membuka tudung sahabatnya dan membaringkan Aisya. Sungguh, Adi rasa sangat janggal kerana dia rasa langsung tidak ikhlas berbuat begitu.

Baru Adi mahu melangkah, Aisya pantas memegang pergelangan tangan Adi.

“Kau tak nak tanya apa-apa?” lemah Aisya bersuara. Adi diam. Langsung tidak memalingkan wajahnya.

“Kau tak nak tahu?” masih lagi melontarkan pertanyaan.

“Aku tak nak tahu apa-apa.” Adi menjawab dingin. Perlahan dia merentap pegangan tangan Aisya di pergelangan tangannya.

“Adira! Please. Dengar apa yang aku nak cakap. Kalau kau benci aku.... siapa lagi aku nak mengadu..?” tersedu-sedan Aisya menahan tangisan. Dia sedar, Adi marah dan keliru. Pada pandangan semua orang, dia gadis yang sangat baik. Sentiasa berbaju kurung dan bertudung litup. Alih-alih, dia mengandung sedangkan tak ada sesiapa pun yang pernah mengetahui bahawa dia telah berkahwin.

“Adi... please.” Aisya masih merayu.

Adi yang baru setapak melangkah dari katil Aisya, kembali berundur. Berdiri merenung Aisya yang kelihatan sangat lemah. Pandangan mata Adi beralih pada perut kempis Aisya. Ya.. dia perlu mendengar segala penjelasan sahabat baiknya ini sebelum menghukum.

Perlahan-lahan, Adi duduk bersila di sisi katil Aisya. “Aku nak dengar. Dan tolong fahamkan aku supaya aku tak benci kau.”

............................................................

Keliru! Itu yang Adi rasakan kini. Semuanya bagaikan tidak masuk akal langsung. Perlahan-lahan Adi menarik nafas panjang. Setelah mendengar penjelasan Aisya, cepat saja kaki Adi berjalan ke luar dari bilik tanpa mempedulikan panggilan Aisya. Dia semacam tidak percaya dengan penjelasan Aisya.

Kerana itu, dia membawa diri di sini. Duduk di atas kerusi batu merenung tasik yang tenang. Perbuatan orang sekeliling langsung tidak dipeduli. Yang Adi tahu, hatinya sakit. Sampai hati Aisya.

“Aku tak buat salah Adi.” Aisya menggeleng perlahan. Nada suaranya sangat lemah. Empangan matanya akan pecah bila-bila masa saja.

Adi merenung tajam. “Tak buat salah? Habis yang dalam perut kau tu.. macam mana boleh ada?” Adi merenung perut Aisya.. ada benih yang tertanam di dalamnya. Persoalannya, benih siapa? Sanggup Aisya melakukan perbuatan terkutuk itu. Sedangkan Aisya seorang gadis yang sentiasa patuh pada agam. Tak pernah tinggal solat dan sentiasa menutup aurat.

“Ini anak aku dengan dia. Bukti cinta kami.”

Adi berang. “Bukti cinta?! Kau gila ker?!” nada Adi makin tinggi. Geram dengan kata-kata Aisya. Bukti cinta apa? Bukti cinta yang bertuankan nafsu semata-mata?

“Anak siapa tu?” Adi mahukan kepastian.

“Suami aku.” Tenang Aisya menjawab. Memandang sahabatnya yang jelas marah.

Adi terpampam. Air mukanya berubah serta-merta. “Su...suami?”

Aisya angguk.

Tak semena-mena Adi ketawa. “Kau jangan nak buat lawaklah Sya. Bila pula kau kahwin? Oh.. kahwin tapi belum nikah? Macam tu maksud kau?” berubah nada sinis.

Aisya geleng kepala. “Kami betul-betul dah menikah secara sah. Dah hampir 3 bulan kami menikah Adi. Dah hampir 3 bulan.”

Adi menggelengkan kepala. “Kau tipu!”

“Sumpah Adi. Sumpah.”

Mulut Adi ternganga luas. Dia tergamam. “Habis.. kenapa kau tak ceritakan pada aku? Aku ni siapa Sya? Kau baru kenal aku ker sampai kau nak rahsiakan dari aku?” Adi beremosi. Tak sangka.. Aisya dah kahwin. Dan lebih tak sangka, Aisya merahsiakan darinya. Sampainya hati.

“Aku minta maaf.. aku tak tahu macam mana nak ceritakan pada kau...”

“Alasan yang tak boleh diterima langsung!” berombak dada Adi menahan marah. “Siapa suami kau?”

“Aku... aku tak boleh cerita.”

Adi bertambah bengang. “Fine!” Adi bangkit dan terus berjalan ke luar dengan perasaan bengang. Sudahlah merahsiakan perkahwinan, bila dah terkantoi mengandung baru nak cerita. Bila nak tahu siapa suaminya, masih juga nak berahsia.

Adi lepas nafas berat. Pandangan matanya menala pada tasik di hadapannya. Dia amat berharap fikirannya boleh setenang tasik ini. Macam tak pernah ada masalah. Tak ada rasa marah.

Adi berpaling ke belakang bila terasa di baling sesuatu. Mungkin batu-batu kecil. Berubah air mukanya bila terpandangkan wajah si pembaling tersebut. Hais.. waktu aku tengah ada masalah, boleh tak jangan datang lagi? Malas nak layan, Adi memalingkan semula wajahnya ke depan kembali menghadap tasik.

“Hoi tomboy, janganlah sombong sangat.” Izham dah berjalan mendekati Adi. Berdiri betul-betul di hadapan Adi. Menghalang pemandangan.

Adi buat bodoh. Memalingkan wajahnya ke kanan. Enggan memberi respon. Selalu, mesti dia akan lawan mamat ni. Tapi sekarang dia langsung tak ada mood. Biarlah.

Izham pelik. Adi buat donno? Ini mimpi ni. Selalu, mesti budak ni akan lawan punya. Mulut laser dia bukan boleh diam. Tak puas hati, Izham membaling batu-batu kecil yang berlebihan dalam tangannya ke tubuh Adi. Harap yang Adi akan member respon.

Adi tarik nafas. Betul-betul tengah tahan marah. “Please pergi tempat lain.” Mata Adi memandang anak mata Izham. “Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau.” Habis saja ayat, Adi terus bangun. Malas nak layan Izham. Fikirannya tengah berserabut. Tak kuasa nak bertekak dengan Izham. Kalau selalu, memang dia dah sepak kaki mamat ni.

izham berjalan di sebelah Adi yang sedang berjalan. Dia mahu tahu kenapa Adi macam tak ada mood.

“Kenapa dengan kau ha?” Izham menyoal.

“Boleh tak jangan sibuk? Pergi main jauh-jauh!” suara Adi dah meninggi. Dia mempercepatkan langkahnya agar Izham jauh ketinggalan ke belakang. Mata orang sekeliling yang melihat mereka langsung tidak Adi peduli.

Izham enggan mengalah. Dia juga turut mempercepatkan langkahnya. Lantas memaut lengan Adi. “Weh kau apasal?” mengulang soalan yang sama dengan struktur ayat dan perkataan yang berlainan.

Adi memandang tajam Izham di hadapannya. Rasa macam nak telan jer mamat ni hidup-hidup. “Lepaskan akulah!” Adi cuba merentap lengannya yang dipegang Izham. Sah-sah tak boleh. Kuat betul Izham pegang. “Aku tendang kau karang masuk tasik. Nak?” Adi bertanya garang. Sepak sekali, mau jatuh dalam tasik ni. Jarak tempat mereka berdiri dengan tasik sangatlah dekat.

“Sepaklah kalau berani.” Izham mencabar. Memang pun dia nak cabar perempuan yang tak serupa perempuan ni. Pakai sikit punya macam laki. Hip hop style. Siap bertopi. Bukit dia memang langsung tak Nampak. Macam manalah dia balut. Tak sakit ker?

Adi geram. Rasa marah berganda-ganda. Dari rasa malas nak layan mamat tiga suku ni, terus rasa nak tendang sekuat-kuat hati. “Ambik ni!” Adi mengangkat kaki kananya dan menendang kaki Izham sekuat hati hingga membuatkan lelaki itu hilang imbangan dan hampir-hampir tumbang. Niat hati Izham, mahu menstabilkan badannya dengan kestabilan badan Adi memandangkan lengan Adi masih lagi dalam pegangannya. Namun, memang malang tak pernah berbau, Adi turut hilang keseimbangan badan.

Mereka sama-sama jatuh ke dalam tasik dengan suara jeritan masing-masing. Orang ramai terkejut dan bergerak menghampiri mereka berdua.

“Ini kau punya pasal!” Adi geram. Malunya. Semua orang pun tengok. Nasib baik jatuh tepi tasik. Tak dalam. Dan penting tasik ni tak terlalu kotor. Tapi... berbau. Rasa macam nak tikam Izham sekarang juga.

Izham buat muka selamba. Berdiri. Mengangkat kedua-dua belah tangan kepada orang ramai tanda dirinya tidak apa-apa.

“Nak duduk dalam ni terus ker?” izham menghulurkan tangannya pada Adi yang masih terduduk di dalam air tasik. Orang ramai dah berjalan meninggalkan mereka.

“Boleh bangun sendiri!” Adi dah bangun. Rasa marah pada Aisya dilupakan seketika. Sekarang geram pada Izham perlu di bayar.

Mereka naik ke darat. Malunya semua orang tengok. Adi dah genggam penumbuk memandang Izham dengan wajah bengis.

“Aku rasa nak tumbuk kau tahu tak?” suara tinggi. Malu memang malu. Tapi dah alang-alang malu, baik terus malu.

Izham gelak. Ketawa kuat.

“Kau sawan ker?”

“Aku baru yakin yang kau betul-betul perempuan.” Izham menekup mulutnya sambil memandang tubuh Adi.

Adi mengecilkan matanya. Cuba mentafsir pandangan mata Izham. He.. he looked at my... kurang hajo punya laki!

................................................

Adi mengehempaskan badannya ke atas katil setelah selesai solat Maghrib. Kemudian menekup mukanya. Ya mak.. malunya. Geram betul dengan Izham. Mamat tiga suku yang paling annoying! Argh... suka sangat nak cari gaduh dengan aku. Tiap-tiap kali datang kuliah, ada jer benda nak kenakan aku. Dahlah 2 kali repeat subjek yang sama. Apa ker bongok sangat?

Dengar cerita dari senior-senior yang pernah sekelas dengan Izham,memang dia malas sangat datang kuliah. Sebab tu gagal. Tapi aku tengok, tiap kali aku datang kuliah ada jer muka mamat tak siap tu. Awal-awal tahun jer tak Nampak. Tapi sejak diorang bergaduh, boleh kata tiap kali kuliah mesti ada muka mamat tu. Rajin pula?

Pandangan mata Adi jatuh pada Aisya. Asyik geramkan Izham sampai lupakan Aisya. Aisya masih lagi tidur. Dari dia pulang tadi Aisya masih tidur. Nak kena kejut juga. Mesti Aisya nak solat.

Solat? Ya.. dia mula solat bila Aisya yang ajak. Bila Aisya cakap betapa pentingnya solat. Bila Aisya cakap betapa terseksanya kita di akhirat nanti kalau tak solat. Bila Aisya cakap yang solat tu tiang agama. Aisya memang gadis yang baik. Mereka sama-sama berkenalan dan membesar di rumah anak yatim. Aisya selalu memberi nasihat. Cuma bila Aisya menyuruh dia merubah penampilan menjadi muslimah sejati, Adi enggan dengar. Entahlah...

Adi bangkit dari pembaringan. Mengejut Aisya untuk bangun solat.

“Kau macam mana?” Adi menyoal bila Aisya usai solat. Masih di sejadah. “Badan bermaya tak?” sekalipun marah, Adi masih mengambil berat terhadap Aisya. Itu sahabat baiknya. Terlalu baik.

Aisya memandang sayu wajah Adi. “Terima kasih.”

Adi diam. Memberi ruang untuk Aisya bercakap. Entah kenapa, marahnya pada Aisya sudah tidak sebesar tadi. Dia Cuma rasa terkilan kerana Aisya merahsikan perkahwinannya. Itu saja.

“Kau tetap ambil berat dekat aku.”

“Ummi tahu ker kau dah nikah?” Ummi.. panggilan untuk pengasas Rumah Anak Yatim Cahaya. Tempat mereka berdua membesar.

Aisya angguk.

“Habis kenapa beria kau nak rahsiakan dari aku?” Adi tak puas hati. Mereka sahabat baik, hal besar sebegini patut di kongsi. Dan Aisya patut ceritan pada semua orang yang dia telah berkahwin. Tak adalah orang nak fitnah nanti bila perut dah memboyot.

“Aku tahu kau takkan suka dia...” perlahan Aisya bercakap. Dia menggigit bibir bawah.

Adi terdiam. Perlahan-lahan turun dari katil dan duduk berhadapan dengan sahabatnya. Memegang belakang tangan Aisya. Lembut.

“Kenapa pula.. kau yang nak kahwin. Pilihan kau, tak ada kena mengena dengan aku. Aku akan suka jer.” Tenang Adi memjawab. Merenung wajah pucat Aisya. “So, nak cerita tak siapa dia?” Adi angkat kening.

“Kejap lagi aku nak keluar dengan dia.. Kau ikut sekalilah kalau nak tahu.”

“Kenapa nak berahsia sangat?” Adi tak puas hati. “Ceritalah sekarang. Aku kenal dia ker?” Adi lebih kepada mendesak.

Aisya serba salah.

“Nanti kau tahu juga kan..”

“Tahu sekarang pun sama juga.”

Aisya geleng. “Kejap lagi..” senyum. Lega hatinya Adi dah tak marah. Itu keistimewaan Adi, mudah marah tapi cepat hilang. Tapi... nanti bila Adi bertemu suaminya, adakah Adi akan setenang ini, atau kembali marah seperti tadi? Harap-harap Adi tak marah.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. masing-masing sudah bersiap. Adi selamba jer. Pakai baju gedabak besar dialah.

“Adi... “ Aisya memegang kedua-dua belah pergelangan tangan Adi. Mukanya penuh mengharap. “Aku nak kau janji sesuatu.”

“Apa?” Adi memandang Aisya yang ayu bertudung.

“Walau siapa pun dia, tolong jangan marah.” Perlahan Aisya meminta. “Janji, please?” memandang ke anak mata Adi.

Adi terdiam. Aisya asyik bercakap benda yang sama. Siapa sebenarnya suami dia? Kenapa pula aku nak marah?

Perlahan-lahan Adi mengangguk.

Aisya menarik segaris senyuman.

Mereka ke tempat yang dijanjikan dengan menaiki kereta. Adi yang memandu. Kereta Myvi ini sebenarnya milik ummi. Ummi baik hati pinjamkan.

“Belok kanan?” Adi meminta arah daripada Aisya. Aisya angguk.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai di hadapan sebuah restoren. Sama-sama melangkah masuk ke dalam restoren tersebut. Apa yang pasti, tiba-tiba Adi berdebar tak tentu. Sebaik saja melangkah masuk ke dalam restoren, jantungnya berdegup dengan lebih laju. Aisya yang berjalan mendahuluinya di depan di pandang. Haishh..

“Kita duduk sinilah.” Aisya menarik kerusi. “Suami aku tak datang lagi.”

Adi Cuma menurut. Pelayan datang mengambil pesanan namun Aisya meminta masa dahulu. Adi Cuma memerhatikan keadaan sekeliling restoren. Cantik dekorasinya. Pelanggan pun ramai. Mesti makan kat sini sedap sangat kot? Matanya melilau-lilau di sekeliling hingga tiba di pintu masuk restoren, mata Adi tertacap pada seseorang. Seseorang yang sangat dikenalinya.

Makin membuatkan jantungnya berdebar, dia jalan menghampiri meja Adi dan Aisya. Adi pandang Aisya. Mata Aisya turut memanah kearah orang yang sama. Takkanlah dia ni.......

“Dia... suami kau?” tanya Adi dengan muka yang langsung tak percaya. Aisya diam. Cuma memandang pada lelaki tersebut.

“Aisya sayang...” lelaki itu tersenyum pada Aisya. Mengambil tempat di sebelah Aisya. Mereka bersalaman. Adi yang duduk di hadapan mereka ternganga. Tak percaya. Dadanya berombak.

“Adira...” Saufi memandang Adi dengan senyuman yang sukar di tafsirkan oleh akal. “Lama tak jumpa..”

Adi cuba menelan air liurnya. Akal menyuruh pergi tetapi kaki enggan bangun dan berganjak. Terkaku terus di tempatnya. Mata Adi memandang Aisya yang jelas seperti ketakutan ya amat. Adi mengetap bibir.

“Dia.. suami kau?” Adi meminta kepastian sedangkan apa yang dilihat sebentar tadi sudah cukup menjawab persoalan tersebut.

“Yes.. and she’s...”

“I’m not asking you!” Adi memotong kata-kata Saufi tanpa memandang lelaki tersebut. Nada suaranya sedikit tinggi hingga menarik perhatian orang yang sedang makan.

“Jawab Sya.” Adi dingin.

“Kau dah janji tadi Adi. Please Adi..” Aisya merayu. Sekaligus mengesahkan pertanyaan Adi tadi.

Dada Adi berapi-api. Marahnya membuak-buak. Muka Saufi langsung tidak dipandang. Menymaphnya pada lelaki itu memang tinggi. Dan dia... suami Aisya?

Saufi pula tenang. Tak member apa-apa reaksi. Dia tahu marahnya Adi pada dirnya. Tapi dia langsung tak peduli. Yang dia peduli.. isterinya. Saufi menggenggam tangan Aisya di bawah meja. Menyalurkan kekuatan kepada isterinya.

Adi angguk perlahan berkali-kali. Boleh di lihat dengan jelas betapa merahnya muka Adi. Telinganya turut merah.

Adi bangkit dari kerusi. Memandang tajam pada Aisya. “Aku balik dulu.” Adi terus melangkah ke luar. Kunci kereta ada dengannya. Dia tak peduli macam mana Aisya nak balik. Ahhh.. kan dah ada suami.

Aisya dan Saufi Cuma terduduk di kerusi.

“Bang... Adi marah.” Aisya seperti mahu menangis.

Saufi menggosok perlahan bahu Aisya. “Jangan risau sayang. Nanti baby pun sedih. Dia akan okey nanti...” Saufi menenangkan isterinya. Aisya hanya angguk perlahan.

Sampai saja di bilik, Adi terus merebahkan badannya ke atas tilam dengan kasar. Marahnya berapi-api. Aisya.... kahwin dengan Saufi!!!!!!! Akal Adi langsung tak dapat menerimanya kerana Saufi merupakan lelaki yang paling tak berguna dan paling dibenci seumur hidup. Aisya pun tahu tentang hakikat tu. Walaupun dah lama tak jumpa dengan saufi namun dia tetap ingat wajah lelaki itu. Meskipun telah berubah sedikit, memang Adi mampu mengecamnya.

Huh.... Adi baring menelentang menghadap syiling. Peristiwa lama kembali berputar.

Saufi.. senior 6 Atas Sains yang sangat popular. Bukan saja berwajah kacak malah sangat pandai dan disenangi oleh semua guru. Maka, ramailah perempuan yang jatuh minat kepada Saufi. Dan Saufi, memang layan saja semua gadis-gadis yang meminatinya. Rezeki jangan ditolak.

Malah Adi yang berhati batu pun boleh jatuh minat pada Saufi. Sebelum ni, datanglah kacak mana pun mamat tu, tak boleh punya nak cairkan Adi. Tapi Saufi ni, memang ada aura yang boleh buatkan perempuan cair.

Semuanya bermula bila Adi ditugaskan untuk mengangkut air menggunakan baldi ke kelas untuk sesi ceriakan kelas. Memanglah budak-budak laki tak berguna. Ada ker dia yang perempuan kena buat kerja tu? Udahlah kelas dengan paip air jauh juga. Tapi kata diorang, Adi perempuan gagah. Dah nasib... lagipun memang dia dapat undian untuk buat kerja tu. Partner pula waktu tu sakit perut, melepas kejap.

“Eh... berat tu. Mari nak tolong. “ Entah dari mana Saufi datang. Tengok-tengok dah ada dekat sebelah Adi.

Adi gugup. Alamak.... Saufi.

Saufi sengeh 3 saat. Kemudia terus ambil baldi dari tangan Adi dan membawanya ke kelas.

Sejak tu, minat Adi pada Saufi makin menggunung. Pantang Nampak, terus jantung berdegup tak tentu pasal. Macam kena kejar dengan anjing. Dan yang lebih pelik, seolah-olah Saufi memang nak rapat dengan dia.

Macam hari tu, ketika latihan sukan Adi duduk berseorangan di atas kerusi batu sambil memandang pelajar yang lain. Aisya tengah berlari. Lawak betul tengok Aisya berlari. Macam kartun pula.

“Hai.. tak berlatih ke?”

Mau tak terkejut beruk waktu tu? Saufi duduk dekat sebelah! Jantung tak payah cakap ,acam nak terkeluar. Saufi duduk kat sebelah... aaaaaa... Adi tertunduk .

“Adira?”

Adira? Dia... tahu nama ku? Ya mak.. bangga tak tahu nak cakap.. dia tahu nama Adira tu. Adi terus goyang-goyangkan kaki.

Perlahan-lahan Adi berpaling menghadap Saufi. Kenapalah dia ni kacak sangat? Ya Allah.. indah betul ciptaan kau.

“Tengah berehat...” malu-malu. “senior?”

Senior? Ceh terskema tanpa sedar.

“Sama juga. “ Saufi melemparkan senyuman. Adi terus tertunduk. Handsome sangat. “Dengar kata Adira dapat wakil sekolah untuk larian?”

Adi angguk tanpa memandang wajah Saufi. Macam mana dia tahu?

“Cikgu suruh abang pantau budak-budak yang masuk larian. Yelah dulu abang pernah wakil sampai kebangsaan. Tapi sekarang dah 19 tahun, tak boleh nak masuk.” Saufi bercerita tanpa dipinta.

Tapi sesuatu dari kata-kata Saufi tadi menarik perhatian Adi. Saufi membahasakan dirinya;abang? Kembang hati dengar.

Sejak tu, mereka bertambah rapat. Tambah pula, setiap petang mereka berjumpa untuk latihan larian bersama dengan para pelajar lain. Tapi memang ketara sangat yang Saufi sangat rapat dengan Adi. Ramai pelajar perempuan cemburu dengan Adi. Macam manalah perempuan macam Adi boleh tarik perhatiaan Saufi?

Malah, Karina si kakak senior tingkatan 5 siap datang menyerang Adi dengan pelbagai kata-kata keji. Tapi Adi tak peduli. Tak memberi kesan langsung. Karina memang macam tu.

“Adira..” itulah panggilan Saufi pada Adi. Kalau orang lain panggil macam tu, memang Adi tak suka. Memang semua kawan-kawan pun panggil Adi. “Esok abang nak jumpa Adira dekat dewan sekolah... pukul 10 pagi. Boleh?”

“Nak buat apa?” Adi bertanya. Walaupun dah rapat, Adi masih tak boleh nak lawan pandangan mata Saufi.

“Kalau Adira tak boleh, tak apalah. “ nada merajuk.

“Okey okey, esok Adi datang.”

Malam tu, Adi langsung tak boleh tidur. Rasa berdebar-debar pula. Apa yang Saufi nak? Ish... rasa seronok dan tak sabar tapi dalam masa yang sama terselit rasa tak sedap hati pula. Entah-entah Saufi nak cakap yang dia cintakan aku tak? Adi ketawa perlahan. Bimbang mengejutkan kawan-kawan yang lain. Hidup dekat asrama ni kena tahu hormat orang. Tak tahu entah pukul berapa Adi tertidur.

Esoknya, Adi bangun paling awal. Selalu kalau waktu cuti macam ni, jangan harap nak bangun awal. Subuh pun gajah jer. Tapi sebab nak jumpa Saufi memang rasa bersemangat. Bila tengok jam pun rasa macam lambat sangat nak sampai angka 10.

Adi berjalan penuh debaran berjalan menuju ke dewan sekolah.

“Kau ni janganlah gementar sangat. Bukan first time nak jumpa Saufi.” Aisya mengusik.

Adi sengeh. Mau tak gementar.

Baru jer melangkah keluar dari kawasan asrama, tiba-tiba Alia budak tingkatan 3 memanggil Aisya. Katanya ada kecemasan. Dan Aisya sebagai Ketua Umum (KU) blok perlu menjalankan tugas. Jadi terpaksalah Adi pergi sendirian.

Sampai di pintu dewan, Adi tarik nafas dalam. Berdebar-debar rasanya. Dia melangkah masuk. Nampak Saufi sudah menunggu di atas pentas dewan. Adi terus berjalan melangkah ke atas pentas. Jantung memang berdebar-debar.

“Kenapa ?” Adi bertanya pada Saufi yang tersengeh. Mereka berdiri betul-betul di tengah pentas.

“Abang nak tahu sesuatu.” Perlahan suara Saufi. Romantic kot? “Adira ada rasa apa-apa tak kat abang?”

Adi tunduk. “Maksud abang?”

“Adira tahu kan semua perempuan kat sekolah ni gilakan abang. Semua nak rapat dengan abang. Abang tak Nampak pula dekat Adira. Abang takut.. bertepuk sebelah tangan.”

Serta merta pipi Adi jadi merah. Bertepuk sebelah tangan? Maknanya... saufi pun suka aku? Biar betul!!!

Perlahan-lahan Adi angkat mukanya. Memandang Saufi di depan. Baru dia perasan, jarak antara mereka sangat rapat. Entah bila Saufi datang mendekatkan jarak.

“Adira... tak pernah ada perasaan pada abang ker?” Saufi bertanya lembut. Adira diam. Menguis-nguis kakinya.

Nak mengaku ker? Malunya. Tapi Saufi sendiri yang tanya.

Perlahan-lahan, Adira mengangguk.

Saufi senyum. “Apa makna anggukan tu?”

Adi memandang Saufi, malu-malu. “Adi suka abang.” Perlahan. Malu.

“Abang tak dengar. Cakap kuat sikit.”

“Adi suka abang!” kali ni, suara Adi lebih kuat.

Push!

Tak semena-mena badan Adira dibalng objek yang lembik. Pecah dan berair. Dari satu, kemudian menjadi bertubi-tubi.

“Semua, keluar!”

Adi keliru. Badannya sudah basah kuyup bermandikan air dari belon yang dibaling entah dari mana. Kemudia di sebalik tirai pentas dewan, keluar sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Di tangan mereka ada yang memegang kamera dan handset. Ada yang memegang telur.

“Boo... Adi perasan!!!!!” salah seorang dari mereka berkata-kata. “Baling!!!”

Serentak itu, telur dibaling kearah Adi.

Adi cuba mengelak namun tak Berjaya. Nak melarikan diri, dirinya dah dikepung. Adi benar-benar keliru dengan apa yang berlaku.

“Dah! Dah!” Saufi meminta mereka berhenti. Dia masuk ke dalam bulatan menyertai Adi yang sudah dikepung.

“Budak, kau dengar sini. Aku saja nak mainkan kau jer. Nak test power.”

Serentak itu, kesemua mereka ketawa.

“Kau ni memang bodoh.”

Ketawa lagi.

Saat itu, Adi rasa marah dan malu yang amat sangat. Sampai hati Saufi buat semua ni?

Dengan sekuat hati, Adi merempuh mereka yang mengepungnya. Berlarilah Adi keluar dewan berlari menuju ke asrama dengan pakaian basah diselaputi telur.

Semua orang terkejut. Pelik. Tertanya-tanya.

Adi menangis semahu-mahunya di bahu Aisya. Meluahkan rasa kesal dan malunya. Tak sangka yang Saufi akan buat macam ni. Malah seluruh ahli bilik Mawar turut mendengar luahan hati Adi. Bersimpati.

“Adi jangan nangis. Tak sangka muka handsome tapi sanggup buat macam tu.”

“Kak, Saufi tu memang suka mainkan orang.”

“Dasar bermuka-muka!”

Adi berasa sedikit tenang mendengar pujukan rakan-rakan sebiliknya. Tapi malunya masih menebal hinggakan Adi tak mahu keluar bilik langsung. Solat dalam bilik, makan pun dalam bilik. Hari cuti Sabtu dan Ahad hanya di dalam bilik. Ikut hati, Adi memang tak mahu langsung datang ke sekolah. Tapi setelah mendengar nasihat Aisya, Adi akur pergi ke sekolah.

Bermula saat itu, kebencian Adi terhadap Saufi bermula. Saufi bukan saja melukakan hatinya malah menyebarkan rakaman peristiwa yang memalukan itu ke seluruh sekolah. Malunya memang ya amat. Ramai yang mengejeknya perasan!

Sumpah, seumur hidup inilah kali pertama Adi merasakan bahawa maruah dirinya telah dipijak-pijak selumatnya. Dan orang yang Berjaya membuat dia berasa begitu ialah Saufi!

Dan sekarang.... kawan baiknya sendiri telah berkahwin dengan orang yang paling dibenci seumur hidup? Sungguh berat. Entah-entah Saufi hendak mempermainkan Aisya. Masa memang boleh merubah seseorang tapi bukan Saufi!

Aku benci dia!!!!!!!! Hati Adi menjerit.



*cak!!!!! hello semua kawan2... ini cerita baru qyqa. bukan novel panjanglah. qyqa nak buat pendek jer. mungkin dalam 3 atau 4 parts jer. sebab qyqa tak post CC jadi qyqa post cerita ni.

thanx a lot pada yang sudi tunggu CC dengan sabar. tapi macam qyqa cakap kat post yg lepas qyqa tak boleh post CC lagi atas beberapa sebab. susah ni nak cerita. complicated lah konon.. hehehehe.

harap enjoy dgn cerita ni...

sayang semua.... =)

15 comments:

xana said...

best2..betul gak sementara tgu cc boleh layan citer nie..best pun best..huhu..btw kita sama umur..hehe..qyqa org kedah ka?

Fatihah said...

salam qyqa...permulaan yg menarik teruskan ek,,,n wat 3@4 part ok la x yah pnjng2 pnt akk nk tgg ehehhehe...rajin2 tau post next n3 heee

qyqa said...

@ xana

thanx!!! =)
wah nampaknya kita ni sama2 bdebor nak amek result kan??? heheheh
x.. qyqa org peroookkkk

qyqa said...

@ Fatihah

salam kak..
thanx sgt2.. =)
tulah ingat nak buat pndek2 jer...
=) okkkkkk

MaY_LiN said...

camana aisya blh kwn ngan saufi..

Unknown said...

best2,,
permulaan yg baek,,
nk lg,,

qyqa said...

@ MaY_LiN

nanti qyqa cerita kat next part.. =)

qyqa said...

@ miz ruha

thanx!!!
=)

keSENGALan teserlah.. said...

moyang.... tak cakap pun kau buat cerita baru... hohoho...

cisssssssskek betul si saufi niii. geram aku.
janganlah dia main2kan aisya jugak. kalau tak mmg nak kena humban dalam loji jeee...

next2.

Maryam Kamal said...

QYQAAAAAAAAAAAA!

Aku syg ko lahhh!
Takde CC, SBM pun jadilahhhh!

Apa yg complicated sgt tu?
Smg segalana dipermudahkan ya!

Sila ikut nasihat aku.

Post SBM 2 secepat mungkin kalau ang tak nak aku blacklist ang kat belog aku!

ngeri x???!

haha :D

with love,
aku! ;)

qyqa said...

@ keSENGALan teserlah..

cam na nak ckp tiba2 dtg idea..
hehehehe

garang eh...
=)

qyqa said...

@ Maryam Kamal

MARYAM!!!!!

syg ang jugalah..
hehehehe

ok ok..
sgt takut nih..
hehehe

Amni said...

menulis jugak ke? serius akak baru tau.. memang best! pandai adik akak sorang ni menulis..

qyqa said...

@ Amni

saja suka2 menulis jer..hehehehe
terima kasih kak..
malu nih.. =)

Anonymous said...

best sgt.. klu sy jd adi pun xkan maafkan org yg dh pijak maruah sy mcm tu skali..