[[QYQA'S]]

Monday, October 12, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 7

“Hana..pergilah main jauh-jauh.Mak Jah boleh buat semua ni.”Mah Jah menegah.Mop ditanganku diambil.

“Alah Mak Jah ni…”aku merengek.”Biarlah Hana tolong mop kan lantai ni.Bukannya susah pun.Hana nak juga keluar peluh.Ni,asyik duduk jer…Badan pun makin kembang.Nak-nak,Mak Jah yang masak..peh,sodap!”ibu jariku naik.Kemudian mop ditangan Mak Jah kembali aku ambil.

Mak Jah mengeluh.”Jangan…Nanti apa pula kata Tengku Rubiah.Nanti Mak Jah juga yang susah..”Mop ditanganku diambil.”Badan Hana tu tak adanya nak kembanglah.Slim jer Mak Jah tengok.Macam papan plywood!”hidungku dicuit.Aku tarik muncung.Adusss…bencinya…nak tolong pun susah ker??Aku duduk diatas kerusi bulat di meja pantri.

Mak Jah sengeh.”Yang lain mana?”soalan mak Jah aku sambut dengan bunyi krooohh.Apa lagi??Membutalah.Mentang-mentang hari ni Ahad,aktiviti tak ada,semua pakat buka kilang tahi mata.Bangun untuk sarapan jer..Nak jaga imej ler.Malas tu..

Mak Jah gelak.”Sunyilah villa ni.Tengku Hasful pergi meeting.Tengku Rubiah dengan Tengku Mariah pun dah keluar.”Mak Jah cerita tanpa aku pinta.Yei??Habis tu mafia hitam yang berdaulat tu kemana?Oh ya…bukan urusan aku pun.

“Berdebar tak semalam?”aku angkat kening.Tak faham dengan soalan Mak Jah.Nak berdebar apa?Bukannya semalam aku pergi nikah,hehe..

“Yelah..waktu penyingkiran.Mak Jah takut betul bila Zarra sebut nama Hana.Ingat kan betul Hana kena singkir.Nasib baik Tengku Rubiah umumkan tak ada penyingkiran minggu ni.”Tangan Mak Jah cekap mengemop lantai dapur.

Huh..pasal semalam tu?Memang betullah.Sabar jerlah.Bila jer Zarra sebut nama aku tu,memang aku dah melompat ala-ala sarkas punya orang.Mestilah seronok.Aku memang nak keluar pun.Aku dah bayangkan amannya bila dah keluar dari villa ni.Dapat kerja setiausaha.Tak payah nak berdepan dengan orang ’tu’ yang menyakitkan hati.Memang syukur ya amat..Alih-alih,Tengku Rubiah muncul.

“Namun minggu ni,kita ada kejutan.”kata-kata Tengku Rubiah mematikan perilaku aku yang terlonjak-lonjak.Semua mata memanah pada Tengku Rubiah.Dia berjalan memasuki kawasan kami.Kamera difokuskan pada dia.

“Bersempena dengan birthday Rizkin minggu depan,maka saya ishtiharkan…”

Aku telan air liur.Janganlah…tolonglah…

“Tak ada penyingkiran…!!!”

Aku tepuk dahi.Amma…dah elok-elok aku kena singkir,tak jadi pula.Aku tengok Zarra dah tarik muncung panjang sedepa.Eh,kau ingat aku suka ker ha???Lantak kaulah nak ada hari jadi pun tapi aku nak keluar!!!!

Keluhan aku lepaskan.Kalaulah aku tersingkir semalam,kan seronok..Apalah malang sangat nasib aku ni?Hidup diatur orang lain.

“Hana!”sergahan mak Jah mengejutkan.”Mak Jah Tanya,boleh pula dia berangan.”sengehan muncul dari bibir Mak Jah.Aku mengeluh lagi.

Mak Jah meletakkan mop dan menghampiri aku.”Mak Jah tahu Hana tak mau tinggal lama-lama kat sini kan?”aku angguk.”Tapi sekurang-kurangnya,ada hikmah Hana masih bertahan kat sini.Mak Jah dengan Pak Mat ada juga teman…”

Aku Cuma angguk.”Alah Mak Jah ni,jangan lah emo sangat.Hana okeylah.”Mak Jah senyum.Baru hendak buka mulut,kedengaran suara Pak Mat memanggil dari taman belakang.Segera Mak Jah keluar meninggalkan aku.

Aku pandang mop yang tertinggal.Sengehan muncul.Ada juga kerja untuk aku.



Selesai minyak wangi disembur,daun pintu dibuka.Langkah Rizkin menuju kearah anak tangga.Ingat nak keluar lepak.Sampai dianak tanggak kelima akhir,nampa Hana yang membelakanginya tengah mengemop ruang tamu.Sengehan nakal muncul.

“Minah indon mana yang jadi orang gaji baru ni?”sinis nada Rizkin.Aku pusing belakang.Waaaa..mamat mafia yang berbau wangi.Eh…awak sembur apa ye??

Oooo..kau kutuk aku ye?..”Aku Acha Septriasa..”nada indon muncul.”Aku datang sini mau cariin bekas pacar aku,Irwan Shah yang gantang bangek..Tapi..yang aku temuin Cuma si mafia yang menyakitin hati aku…Aku nyampah banget ama dia..”aku buat muka.”Apa mas kenal ama Tengku Rizkin Ajmin anaknya Tengku Hasful??”

Rizkin kerut.Aku sengeh.
“Kurenglah kau ni Hana!”jari telunjuknya naik.Woi,nak cucuk hidung aku ker??Banyak berdaulat kau punya jari.

“Ish mas..aku bukannya Hana dong.Aku Acha!Penyanyi ama pelakon terkenal Indonesia..”bahasa indon masih aku gunakan.

“Acha otak lah.Kau jadi acar buah jer layak.Acha tu sikit punya cantik.Kau??Just an ugly girl from village.Layak duduk setaraf dengan gembel..”

Ceh…dia cakap aku gembel??Anak jalanan tu…Cari nahas betul.Tak mau ke nak amalkan konsep 1MALAYSIA dengan aku ni?Tahulah kau orang Bandar.Ni nak kena bagi ngaji ni.

Mop ditangan aku celup kedalam baldi yang berisi sabun.Secepat kilat,aku angkat dan memusingkan mop tersebut kesebelah kiri.

“Hana!!!!!!You…so….Urgh!!!!”Rizkin menjerit.Air sabun selamat mendarat kat t-shirt hitam yang dipakainya.Dah Nampak agak lenjun tu.Dahlah air sabun tu kotor.Wakakaka…

Aku cepat-cepat bergerak.Kang tak pasal-pasal penampar mendarat kat aku.Rizkin pula dah mula dekat dengan aku.Mak aih…kot ye pun nak kejar,tunggulah aku bilas dulu lantai ni.Sabun semedang jer…

Belum sempat aku nak buka langkah,Rizkin dah paut lengan kanan aku.
“Kau ni memang cari nahaslah!”matanya besar.Nak kata ada laser tak ada pun..

Aku meronta mahu melepaskan lenganku dari pegangannya tapi tak boleh.Weh…ni memang incredible hunk ke hape ha?Cicakman..tolong Hana lah.

“Kali ni aku memang nak bagi pengajaran kat kau.”kening Rizkin terangkat.”Kau nak yang mana?Penampar ke pelempang ha?”Rizkin gelak.Mak….

“Tak nak dua-dualah!!!!”aku tolak dada Rizkin dengan tangan kiri.Badan Rizkin hilang imbangan dek kerana lantai yang licin.Lain yang diharapkan,lain pula yang muncul.
Rizkin jatuh dan aku pun sekali.Dah dia pegang lengan aku.

Sekarang,aku betul-betul jatuh kat atas badan dia.Lebih sadis,kami terguling.Boleh bayangkan betapa sengalnya aku.Alahai.drama Hindustan..Aku geli giler ni…

Gulingan terhenti.
Aku jegil mata.
Cuba nak bangun.
Tapi Rizkin bagi tenungan…
Tolonglah jangan nak tenung macam tu..
Aku nak bangun!!!!

Sedaya upaya aku cuba bangun.Tapi lantai licin membuatkan aku hilang imbangan dan sekali lagi jatuh atas Rizkin!!!Sekali lagi!!!Dan sekali lagi!!!!Benci!!!Rizkin yang tadinya kaku kembali sedar.Dia menolak bahuku bangun dan sama-sama berdiri.Tangannya masih melekap dibahuku.Mata dia juga.

“Tengku..Hana..kenapa ni?”

Mata kami berdua menala pada Mak Jah yang kaku dipintu.Pantas aku tepis tangan Rizkin yang masih mendarat atas bahuku.

“Tak ada apa!”

Sama-sama menjawab.Aku pandang dia yang masih pandang aku.Eh,takkan baru terjatuh sekali kau dah jatuh cinta kat aku??Gilooosss…

“Kau..Dah basahkan baju aku.Siap kau!!!”

Ceh…dia marah!!Dia pandang tadi sebab dia nak marah.Bukannya jatuh chenta.Nasib baik.Fuh semangat..Nasib baik ada Mak Jah.Kalau tak,mesti dia dah terkam aku.Dengan muka yang mencuka,Rizkin panjat anak tanggan dan menuju kebiliknya.

Dan…Hana Humaira’ tetap pemenang…




Aku berjalan-jalan.Dari satu kedai aku masuk kekedai yang lain.Ni semua sebab nak cari hadiah hari lahir Rizkin yang akan disambut lusa.Shopping complex ni memanglah besar tapi aku tak tahu nak beli apa.Awal-awal lagi aku dah lari dari kamera.Nasib baik Hazrik dan cameraman yang lain tak kejar aku.

Uh…mendalah nak cari untuk si mafia tu??Aku rasa kalau aku bagi hadiah pun,tak ada maknanya pada dia.Yalah,dia anak orang kaya.Semua benda ada.Dah tu?Takkan nak bagi cakerawala kat dia kot..

Penat berjalan,aku duduk kat atas kerusi panjang.Aku melangut.Teringat pula insiden semalam.Adoyai..macam mana lah aku dapat badi malang semalam??Jatuh atas Rizkin.Gelinya,tak usahlah nak cakap.Geli nak giloooosss.Janganlah dia pikir yang melalut.Uh…tapi,bila aku ingat apa yang Hazrik cakap pasal Rizkin tu,aku jadi lega.Rahsia besar Rizkin tu membuatkan aku lega..Betul-betul lega.

Pap!
Bahu aku ditampar.Aku pandang keatas.Mak aih..kecilnya dunia.

“Molen!!!!!Apa kau buat kat sini?”Ayob berwajah ceria.Aku bangun dari kerusi panjang.Teruja juga dapat jumpa sepupu aku yang sorang ni.

“Kot ye pun,bagilah salam bila jumpa aku!”aku tepuk bahu Ayob.Ayob sengeh.Dia duduk disebelahku bila aku kembali duduk.

“Aku dah bagi salam,kau yang tak dengar..”Ayob sengeh lagi.”Amacam??Seronok tak dapat jadi bakal isteri Tengku?”

“Ceh..Seronok??Aku tak sukalah.Nyampah!!!”aku berdengus.”Pekes kau ada kat sini?UiTM sikit punya kat Shah Alam,amacam boleh datang KL??

“Kau ingat KL dengan Shah Alam jauh sangat ker macam nak pergi Gerik ha?Aku saja keluar dengan kawan-kawan aku.Diorang ajak,aku ikut jer.Tapi diorang sekarang pergi tengok wayang.Aku tak minat ler.Yang kau,apakehelnya kat sini?”

“Aku ada aktiviti sekarang.Nak beli hadiah birthday untuk Tengku tu..”

“Banyak duit kau?”Ayob angkat kening.

“Duit sponser lah..”

Kami ketawa.Walaupun aku tak kamceng sangat dengan Ayob ni tapi sebenarnya dia tak adalah teruk sangat.

“Seriously.. Sejak kau masuk Pilih Hati tu,kau makin cun tau!Bila jer aku cakap kat member yang kau ni sepupu aku,diorang tak percaya!!”Ayob ketawa.

Aku cebik.”Diorang tak percaya sebab aku ni cun.Kau tu cam orang asli..”Kali ni aku yang ketawa,dia yang cebik.

“Kalau aku ni cam orang asli,tak adanya ramai budak kampus tu gilakan aku ni..”nada bangga.Ayob tepuk dada.

Aku buat muka.Memang pun,Ayob memang handsome.Jangankan budak kampus dia,budak kampung aku pun dok tergila-gilakan dia.Tapi pada aku biasa jer.Tapi aku tak pernah Nampak pun Ayob bawa kawan perempuan dia jumpa Mak Ngah.Mana taknya,semua kawan perempuan dia tak menepati piawaian Mak Ngah.Bak kata Mak Ngah,miskin sangat sampai pakai baju tak cukup kain..Aku tersengeh.

“Apalah kau ni molen?Sengeh sorang-sorang?Giloss..”

“Tak payah kutuk aku.Weh,jom teman aku cari hadiahlah.Aku tak reti nak bagi apa kat mafia tu.Kau tolonglah aku.”aku berdiri.Ayob juga.

“Mafia?Besar mandat kau panggil dia macam tu.”

“Macam besar mandat kaulah boleh panggil aku molen!!”

Ayob ketawa.Kami terus jalan.



Rizkin berjalan melintasi setiap kedai.Tapi tak terniat pun nak masuk.Tadi dia melawat finalis-finalis Pilih Hati yang tengah sibuk melawat kedai baju.Sibuklah mereka semua Tanya,nak apa.Rizkin hanya angkat bahu.Yelah..orang yang nak bagi tu yang kena pilih.Bukannya orang yang dapat hadiah.Tapi bila difikirkan balik,rasa kelakarlah.Yelah…ada ker penerima hadiah tahu yang pemberi hadiah nak belikan hadiah.Lawak!!

Tapi tadi,tak Nampak pun budak kampung tu.Manalah dia pergi ye?Geram betul dengan Hana ni.Suka ngelat!

Rizkin masih terus berjalan.Dari kedai baju ke kedai kasut ke kedai buku ke kedai aksesori ke kedai kraftangan islamik…Eh,kedai kraftangan islamik!!!Macam Hana.Rizkin mengundurkan langkahnya kebelakang.Dilihatnya Hana yang membelakanginya sedang leka menatap Khat ayat Al-Quran yang tergantung didinding kedai tersebut.Disisinya da lelaki.Entah apa yang dibualkan,mereka sama-sama tertawa.

Rizkin melangkah masuk.Serentak itu,Hana dan Ayob pusing.Hana bulat mata.Rizkin angkat kening.Ayob garu kepala.

“Hai Tengku Rizkin!”Ayob menghulurkan salam tanda hormat.Rizkin menyambut dan menggenggamnya.Ehem!!!Bila Hana berdehem,baru Rizkin melepaskan tangan Ayob.

“Siapa ni?”Rizkin menghalakan pandangannya pada Hana.

Belum sempat Hana menjawab,Ayob sudah memotong.”Saya sepupu molen ni.Ayob!”Ayob senyum.

Rizkin kerut muka.”Mo-what?”

“Molen….”

“Ayob!!!Diam!!!”cepat Hana memotong sebelum Ayob bukak hikayat lain pula.



Kah!!!!Kah!!!!Kah!!!Kah!!!!
Rizkin memegang perutnya yang terasa senak.Ayob sengeh memanjang.Aku??Masam macam asam bol!!!Menyampahh siut..
Aku pandang ke kanan dan ke kiri.Suasana kat kafe ni tenang jer sebab tak ramai orang..Entah apa mimpi Rizkin,ajak aku dengan Ayob datang kafe ni.

Rizkin mengesat matanya yang basah.Kelakar sangat!Ayob masih lagi senyum.Aku tarik muka.”Tak habis gelak lagi ker ha?Lawak sangat??”aku memandang Rizkin.

“Dah…dah..”Rizkin semput nafas.”Tapi lawak betul!!!Molen!!!Hahaha..”ketawanya bersambung.Aku halakan mataku kearah Ayob pula.Sebab mulut dialah ni.

“Apa makna molen tu?”Rizkin memandang Ayob.

“Ayob!Kau jangan nak cerita ek..Aku..”

Belum sempat aku nak cakap habis,Ayob dah potong.”Molen tu hasil gabungan gemuk dan lemak.Sebab Hana ni dulu gemuk giler.Bayangkan umur baru 11 tahun tapi berat dia waktu tu dah 50 kg lebih.Memang gemuk.Tu yang kitorang budak kampung panggil dia molen.”Ayob ketawa.Rizkin tak payah cakap lah…

“Molen…Tak sangka..”

“Dahlah!”aku bangkit dari kerusi.Panas jer muka aku duduk kat sini.Kena buli dengan 2 mamat mereng ni.”Duduklah sini sembang.Nak pergi beli hadiah!”

Aku terus melangkah keluar dari kafe.Panggilan Ayob aku tak pedulikan.Habislah aku lepas ni…Rizkin dah ada modal nak ejek aku!!





Seisi villa meriah dengan kilauan cahaya yang terang.Para tetamu rancak bersembang.Masing-masing bergaya sakan.Kebanyakkanya datang dari golongan korporat yang kaya.Alunan lagu jazz berkumandang menambahkan lagi kemeriahan.Hari ni ada sambutan hari lahir Rizkin yang ke 23 tahun.Semua kenalan hadir membawa hadiah yang pelbagai.

Aku garu kepala yang dah dilitupi tudung.Badanku berpusing-pusing dihadapan cermin.Mak aih..betul ker aku dah sarung baju ni?Memang…lain betul.Baju ni cantik sangat.Warna kuning emas yang cantik,berlabuci namun tetap menutup aurat.Petang tadi Mak Jah bawa gaun ni masuk dalam bilik.Katanya Tengku Rubiah nak aku pakai untuk malam ni.Hurm..dah Tengku Rubiah suruh.Aku ikut jerlah.

Aku rasa dah macam ala-ala Cinderella versi sopan dah ni.Ek??Tak layak pun nak jadi Cinderella yang cantik tu.Nak solek ker??Alat solek pun tak ada.Hurm..akhirnya,aku ambil bedak Johnson baby dan sapukan kemuka.Sedikit lips balm aku sapu kebibir.Ah..ok lah tu dari habukkan.

Aku kerling jam.Dah pukul 8.30 malam,masa untuk turun.Aku buka pintu dan terus kearah tangga.Sampai dianak tangga terakhir,semua mata menghala kearahku.Apa?Tahulah aku ganjil,tak payahlah nak tengok macam aku seorang kat sini tak ada hidung.

Aku senyum dah terus melangkah menuju kearah finalis yang lain.Bulat mata mereka.Woi,pekes ha?

“Aku ingatkan kau nak pakai baju T dengan trek bottom..”Eurica sinis.Aku Cuma senyum.Tak ada masa nak cari pasal.Korang semua dah cantik,tak payah nak cari pasal dengan akulah.

Hadirin semua terdiam bila muzik terhenti.Semua mata memandang kearah pentas yang ada kek diatasnya.Muncul Tengku Rubiah,Tengku Hasful,Tengku Mariah dan Rizkin diatas pentas.Mikrofon diambil.

“Hari ini,merupakan hari lahir cucu saya,Tengku Rizkin Ajmin yang ke-23.Terima kasih kepada hadirin sekalian yang sudi hadir.”semua hadirin mengangguk mendengar ucapan Tengku Rubiah.”Marilah bersama kita menyanyikan lagu Happy Birthday!”

Serentak dengan itu,seisi villa menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Rizkin.Aku usha Rizkin,Nampak smart dengan tux dibadannya.Eh..dia pun usha aku.Apa?Nak cari pasal ker..Uh..

Selesai nyanyian,Rizkin pula mengambil alih mikrofon.Dia memberikan ucapan yang membuatkan aku menguap tak sudah-sudah.Bosan!

“Saya akan menari dengan finalis-finalis Pilih Hati!”

Tapi,tang ayat tu,membuatkan aku bulat mata.Nak apa?Menari?Ewah ewah..besarnya mandat..macam mana nak ngelat ni ha?

Nama Eurica disebut dahulu.Eurica kedepan dan berdiri dihadapan Rizkin.Memanglah Eurica malam ni cantik tapi seksi aka seksa betul..Baju fesyen kemban..Lagu sway kedengaran.Mereka berdua mula mengatur langkah.

Aku terhendap-hendap mahu menyelinap keluar.Sampai dimuka pintu,aku terlanggar seseorang.Ayob!!!Apa yang dia buat kat sini?

“Apa kau buat kat sini?”

“Kau nak pergi mana ni?”

Serentak kami bersuara.Aku menarik tangan Ayob keluar.
“Apa kau buat kat sini?”mataku mencerun.

“Datang birthday party Riz lah.Dia jemput..”Aku kerut.Riz?Mesranya panggilan.

“Kau pekes duduk kat luar ni?Kenapa tak masuk dalam?”

“Aku tak maulah menari dengan Rizkin tu!”

“Dah tu?”

“Bawa aku lari naik kancil kau sekarang!”

“Huh?”




Rizkin baring.Penatnya badan…seronok memang seronok tapi badan tetap penat walaupun dia bukannya kena buat apa-apa pun.Matanya jatuh pada bungkusan Hadiah yang ada dilantai biliknya.Separuh dah dibuka manakala separuh lagi belum.

Teringin mengetahui isi hadiah yang lain,Rizkin bangkit dan membuka.Ahh…semua hadiah biasa jer.Tak ada yang menarik.Perfume,baju,kasut and sewaktu dengannya.Tak ada yang special lansung.

Tiba-tiba,mata Rizkin terpandangkan bungkusan kecil yang berbalut pink.Segera tangannya mencapai kotak tersebut.Dari Hana..

‘Selamat Hari Lahir yang ke 23..
Dah tua pun..ingat sikit…
Jangan ingat nak enjoy jer..
Hadiah ni x special pun..’

Rizkin tersengeh membaca kad ucapan Hana.Apalah budak kampung ni.Kalau perempuan lain,mesti sibuk nak goda aku..Dia??Pula tu,boleh pula nak larikan diri sebab tak mau menari dengan aku.Nasib baik aku sempat nampak dia.

Lansung tak jadi nak lari dengan Ayob.Bila diajak menari,Hana tak mahu.Mcam-macam alas an yang dia bagi.Akhirnya..Rizkin mengalah.Tak guna paksa kepala batu macam Hana tu.

Rizkin menggoncangkan isi kotak.Apa ye?Pantas Rizkin mengoyakkan pembalut.Dibukanya kotak tersebut.Songkok?Kaset?Kaset apa ni?Mushkil nya.Rizkin mengambil kaset tersebut dan memasangkannya.

Assalamualaikum…

Suara Hana kedengaran.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamtakan Tengku Rizkin Ajmin..
Allah selamatkan kamu..

Suara Hana menyanyikan lagu Allah selamatkan kamu.
Kemudian..
“Saya akan bacakan Surah Thaha.Surah ni sesuai untuk melembutkan hati..”

Kemudian Hana mengalunkan Surah Al-Fatihah diikiti dengan surah Thaha.Rizkin memejamkan mata menghayati bait-bait ayat yang Hana alunkan.Sedap dan begitu menyentuh Hati.Benar..

14 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuuu..
guling2 tak tahannnnnn..!!
hahaha...
comey je..
rizkin taste laki ke??
huhukk jgnlaa..
kalo ye pon,,hope hana ubah dye..
hehe.
sungguh spesel hadiah hana..
ske2..
comey2..
nk lgiii...

abnormal said...

comel nya adiah tu .
siyes comel.
suka2.
dah tersuka kan si riz tu kat hana ..
owh lalalaa...

yunix77 said...

mak aiii....hadiah Hana lain dari yang lain laa
tak pernah daku bagi hadiah songkok kat orang
ni siap baca ayat Thaha lagi

n3 kali ni rasa cam kelam kabut sket la
bila baca tuh...rasa cam lari 100 meter dalam tepoh 10 saat
jangan marah yer qyqa
ko memang chomelllll

errr...ko nak buat sampai berapa episod nih?

Unknown said...

wah...!!

sungguh spesel sekali adiah hana...

xprnh di buat org...

bgs3...

hana_aniz said...

hahahaha.. lawak betul!! bagus! ada islamik! chaiyok!

qyqa said...

zatie..
wah,pandai bt hipotesis ni..
ek??Rizkin taste laki..he3..tugu..
guling2 2 ala2 hindustan ler konon
huwarh3..

abnormal..
hadiah tu comel ek,he3..
makin jg rizkin akan suka kat hana..

yunix..
memg hadiah tu agk unik ckit,he3..
nak ambil daulat tinggi skit..
ek n3 kali ni kelam kabut..
he3..
qyqa rasa pon g2 gak..
baper eposid yer..
entah ler..qyqa rasa tak panjang kot..
yunix nak panjang ka pndek?he3

miz ruha..
xper,nanti qyqa bagi hadiah ktayap plak kat miz,he3..

fzm2 said...

waaaa...
baeknya hana!
ish3 nnty
msty rizkin ter fall
in l0ve eh???huhu

yunix77 said...

dinda qyqa yang chomel jgn marah ehh akak yunix komen
kelam kabut yang dimaksudkan tu bukan kabut sgt
cuma pergerakan dari satu scene ke satu scene agak cepat dan tiba-tiba
rasa cam tengah shopping....tetiba eh-eh dah malam
tetiba eh-eh Rizkin nak menari....tetiba ehhh....dah rizkin dalam bilik

haaa....cenggitu laaa

tapi idea qyqa bagus. semoga hasilkan n3 yang lebih mantoppppp.

pasal episod saya tak kisah. kalau buleh jangan panjang bebenor. hehehe....macam-macam akhak ni kan? ko jangan layan sangat tau.

qyqa said...

hana..
tq..he3..knaler da islamik ckit,he3..

fzm2..
fall in love???
he3..dalahtu

yunix..
ala,qyqa x kisah pun kak..
he3..qyqa ska org tgur..
tu tandanya org prihatin kat qyqa..
btol x????
don woli,doh diuli-uli..
truskan komen..eceh..

HASNORWANI ... said...

cepat sambung yer...suka2...
idea yang bagus, kreatif...
gud luck...

jemput ke blog akk http://nikmatsyukur.blogspot.com

qyqa said...

kak..
ha,sy da msuk blog akak..
tq sdi bc nvel sy ni,ekeke..

nurain rodze said...

jadi mcm ain .
last2 rambut pendek je .
tapi muka ain mmg sesuwai dgn rambut pendek .
say tak nak kt ra,but pnjg.
susah nak jaga.

qyqa said...

wa ain..salah tempat komen ni,he3..
qyqa x tau kalu muka qyqa ni suai ker x ngn rambut pendek,he3..
tp sblum ni salu jer rambt pndek,hu3..
time ni jer nak jd ayu...hoho

Natasya K said...

baik ati pulak hana nak bg kaset mcm tu kat mafia tu?? aper kes?