[[QYQA'S]]

Sunday, January 31, 2010

Hazim on the spot.Mari ushar gigi dia.Tapi jangan nak gelak pulak!!!!!

ASSALAMUALAIKUM semua..
wohaaa...
bertemu lagi.
kali ni tiada lagi ayat skema mahupun yang mengikut piawaian..~mungkin ada sedikit.
kali ni nak bercerita pasal budak ni..




my youngest brother,hazim!!!
dia nak masuk 5 tahun tahun ni.
dia sangat aktif ok.
kuat melalak dan suka buat benda2 pelik..
sangat aktif!!!
nak bukti?????



see.cuba kira dia da bape pusar??
banyak kan???
orang cakap kalau banyak pusar ni sangat aktif.
ker kahwin banyak???
i don't know lah.

oh ya,masih nak cerita pasal hazim aka ajim aka adik cayang.
gigi dia dah tercabut!!!!!!!!!!
sebatang..
hahahahahahahaha..
umur dia 5tahun,kira ok lah kan da cabut gigi...




mulut comot,baru lepas mamam biskut.
see..da x da gigi sebatang.
huhuhu..
nampak cute juga.

bila betul2 senyum,tak adalah nampak sangat kekurangan gigi dia tu.




harap nanti bila gigi kekal dia dah tumbuh semua,tak akan ada gigi macam TIMMY TURNEL(FAIRY ODD PARENTS)
ngeri!!!!!!!




sekadar suka2 nak coret pasal adik tercenta.
esok da nak sekolah.
i fell.........
i don't know..
something strange.
maybe because kim hyun joong will come to see me???~sila gelak ramai2...
aaaahhhh.
fell tired to think about all the messy.
huh...




*gambar sesat.sila abaikan.=p


cow!!!!!
wassalam...


Friday, January 29, 2010

Kosa Kata untuk anda.Jika rasa tidak tahan ayat skema,jangan cuba-cuba baca.Keberangkalian untuk dapat sakit jantung adalah besar!!!!

Assalamualaikum..
Baik,secara jujurnya,kali ini Qyqa akan menulis secara skema sebetulnya mengikut ejaan yang betul sekali dengan huruf besar mengikut kesesuaiaan..
Harap dapat menerimanya kerana anda akan terbayangkan seorang gadis yang comel sedang serius.

Baik,melalui entri ini(entri adalah perkataan BM,sila rujuk kamus),Qyqa akan menambah kosa kata anda.
Mungkin anda pernah dengar tetapi tidak pernah tahu maksudnya dan mungkin juga anda tidak pernah dengar langsung.


1.liabiliti-bebanan.

Contoh ayat:Masalah penyalahgunaan dadah menjadi liabiliti kepada setiap anggota masyarakat.

2.Vektor-pembawa.

Contoh ayat:"Jika kamu tidak mahu menjadi vektor HIV,jauhkanlah diri dari gejala seks bebas."ujar Dr. Harun kepada Alif.

3.Marcapada-kehidupan.

Contoh ayat:Marcapada kita di dunia ini umpama perjudian besar yang belum tentu untungnya.

4.Inteprestasi-bermaksud.

Contoh ayat:"Anjakan paradigma bolehlah diinteprestasi sebagai perubahan sikap."kata Cikgu Rozaini kepada para pelajarnya.

5.Liberal-lebih terbuka.

Contoh ayat:Sepanyol berani menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan apabila pucuk pimpinan Amerika menjadi lebih liberal.


Baiklah,adakah anda sudah mengantuk membacanya?
Jangan begitu,pembelajaran adalah satu pemahaman yang memerlukan perhatian.Kalau anda mengantuk,bagaimana mahu memahaminya?

Perkataan yang Qyqa nyatakan di atas mungkin tidak banyak tetapi bolehlah anda gunakan untuk karangan BM.Percayalah,semakin banyak kosa kata,semakin tinggi markah yang bakal anda dapat.

Banyak lagi kosa kata yang boleh anda tambah seperti alternatif,era modenisasi,
inspirasi,produktif, rempuhan era globalisasi,ikhtisarnya dan pelbagai lagi.

Nak markah banyak,kenalah bayak istimewanya dalam karangan anda.

Kredit:Cikgu Rozaini untuk pendedahan kosa kata tersebut.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ok!!!!
sudah2lah ye jd skema gitu..
fuhhh!!!!!
sila tarik nafas..
ahahahahahahahahahahahahahaha....
saja jer qyqa nak share amenda diatas tu kat kengkawan.
td cg rozaini yg citer..
dia cakap kebanyakkan karangan budak dalam kelas qyqa tak banyak kosa kata.

cg rozaini janji,kalau dapat A1 BM SPM nanti,dia nak bawa p penang.
segala perbelanjaan ditanggung kecuali,belanja SHOPPING!!!!!!
ha...
sape tak semangat>>???????
dengan memandang wajah cg yg ceria tu,menambahkan lagi keinginan untuk dapat A1 bukan dalam Bm jer tapi untuk semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pesanan:Sila komen menggunakan ayat skema.
Terima Kasih.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Formal katak!!!(bak kata HLOVATE)
He3....
sila terima yang qyqa ada multiple personality..
adious...
wassalam...

Tuesday, January 26, 2010

semalam...25hb January..bersamaan 9 SAFAR..SMKSIS huru hara!!!!!

ASSALAMUALAIKUM...
berdebar tak baca tajuk diatas???
itu adalah tajuk terpanjang yang pernah qyqa tulis..
ok,mari kita mulakan penceritaan...

pagi yang indah semalam...
hari isnin..
perhimpunan rasmi..
qyqa tgk odah dah lain macam..
muka dia very toya..
kengkawan cakap badan dia lemah sbb penat..
dia jadi fasi untuk orientasi bebudak form1..
lagipun badan dia masuk air..
ok..taper..taper..
then tetiba,waktu tgh berdiri,odah jatuh..
dia dok kat kantin..
pastu marziah pula tak larat....

habis perhimpunan,masuk kelas..
lepas tu tetiba jer akma meluru masuk kelas sambil nangis..
dia terus menangkup kat paha farah..
dalam hati qyqa,hai..ni kenapa???
keluarga dia kena musibah ker???
akma masih terus menangis...
kami tanya..dia terus nangis..
datang leha.. "cepat bawa dia pergi bilik gerakan!!!"
kami memang dengan penuh tanda tanya,bawa dia pergi bilik gerakan...
memang berat betul badan dia..

sampai bilik gerakan...
baringkan akma..
tgk kat dalam bilik tu ramai sangat...
yg terbaring ada lebih kurang dalam 5 atau 6 org..
semua macam seriau jer...
ustaz anuar try baca ayat2 n nampak okey ckit...

datang ustaz yg x-tahu-namanya...
dia dapat keluarkan 3 botol benda 'tut'

ok...
ingatkan habis kat situ...
tapi x!!!!!!!!!

malam tu,ramai sangat budak perempuan asrama yang macam kena masuk benda tut..
bukan macam tapi memang kena..
ustaz anuar berjaya keluarkan dan islamkan makhluk tersebut...

yang paling menakutkan...
salah seorang pelajar asrama lelaki boleh nampak benda tut dan kejarnya dari asrama sampai masuk padang sekolah!!!!!!
benda tut cakap,dia tak puas hati sebab....

1.budak perempuan asrama tak tutup aurat dgn sempurna..

2.budak perempuan malas turun surau..

3.tak basuh "ROTI" dengan sempurna..

rasanya tulah yang benda tut sampaikan...
pada qyqa...
errr....
apa ya???
ambillah ikhtibar....
peringatan untuk qyqa dan anda juga!!!!

Saturday, January 23, 2010

CHOMELNYA CHENTA!! 14

“Keluar!”kali kedua suaraku meninggi.Cepat gebar disisi aku angkat untuk tutup rambut.Nasib baiklah aku pakai baju lengan panjang sebab malam ni sejuk.Aku belum bersedia lagi nak dedahkan diri aku depan Rizkin ni.Walaupun dia pernah tengok rambut aku waktu terlucut dalam hutan,tapi sekali tu aje lah.Tadi aku keluar bilik pun aku masih lagi pakai tudung.Bila Tengku Rubiah cakap kenapa tak buka tudung,aku cakap takut Pak Mat nampak.Tapi sekarang ni???Sesedap rasa jer masuk bilik aku.

“Hell.Diam!”jari telunjuk Rizkin naik.Tangan yang sebelah lagi,menutup pintu bilik.Err..apa dia nak buat?Dahlah sekarang ni bilik aku gelap ya amat.

“Nanti kalau nenek dengar,bangun pula dia.”

Mataku membulat.Menggunakan semangat yang ada,pantas aku capai suis lampu meja.Ha..teranglah sikit.Perlahan-lahan aku bangun dari katil.Tapi yang pasti,pegangan aku pada gebar kat atas kepala ni masih lagi tak lepas.Aiseh..dia pakai boxer dengan singlet datang kat bilik aku?Boleh kira tak senonoh ker?Dup dap dup dap..hai jantung.Janganlah pam darah laju sangat!

“Awak nak apa datang malam-malam ni kat bilik saya?”buat garang.Tak boleh tunjuk lemah.”Tak reti-reti nak tidur?”

Muka dia yang tadinya kelat berubah sinis.Dari penjuru bilik,dia menapak kedepan menuju kearah meja solek dan duduk diatas bangku panjang.Matanya memandang tepat kearahku dan bola matanya bergerak keatas bawah.Hei!!!!

“Kan ni malam pertama kita?”perlahan sekali nada suara dia.Kalau perempuan lain nak cakap romantis,silakan.Tapi aku...nak muntah!

“Jangan nak mengada-ngada.Nak makan kaki?”mataku membulat.Kakiku menghala kearah suis utama.Barulah bilik terang benderang.Kalau tak tadi..macam seram gila.Tambah berdua dengan mafia ni.Burrrrr.....sila buat aksi iklan cocacola ye.Aku berdiri tegak menghadap Rizkin.

“Kaki?Sedap juga tu.Yang kau berbungkus dengan selimut macam hantu bungkus ni apekes?”amboi,kutuk aku! “Macamlah aku tak pernah tengok rambut kau yang kontot tu.Ha..”hoi..itu kata-kata yang bertujuan membuatkan meter kemarahan aku naik.

“Cop!Cop!Cop!”tanganku kembang kuncup macam nak buat cekodok dah gayanya.

“Pertama,awak tak ketuk pintu bila masuk.Kedua,awak masuk bilik saya tanpa kebenaran saya.Ketiga,sesuka suki saka bapak tiri jiran sepupu awak kutuk saya.Jadi,atas tujuan apa awak datang sini?ha?Kalau nak cari darah malam-malam buta ni,sila pergi jumpa drakula.Saya manusia betul.Tak ada taring panjang.”ha...ambek!Skrip yang entah dari mana datang.

Dia gelak.Hei..ingat aku ni Nabil ke nak buat lawak?Kalau tadi aku rasa seram,sekarang aku rasa jengkil!

“Nak tahu sebab apa aku rasa kelakar?Tak sangka aku kahwin dengan perempuan yang ada sawan.”perkataan ‘sawan’ ditekan.Dia cakap aku apa??

“Pertama..aku tak perlu ketuk pintu bilik ni sebab aku bakal pemilik vila ni.Kedua,aku tak perlukan kebenaran kau nak masuk bilik ni sebab kita dah tak ada hijab.Ketiga..aku bukan kutuk tapi memang kenyataan.Puas hati?”

Aduhai!Susah betul cakap dengan dia ni.Heh!

“Eh keluarlah!Saya nak tidur.”aku dah buat nada bosan.

“Aku ada benda nak bincang ni.Tu sebab aku datang bilik kau.Apa kau ingat aku teringin ker nak datang bilik kau ni?Nak hadap muka kau lagi.Tambah sekali dengan selimut selubung kepala kau.Eheh!”

“Eh...bajet bajetlah.Asyik kutuk saya jer.Nak bincang apa?”kasar.

“Kot ye pun,duduklah.”Banyak pula arahan dia.Aku berundur kebelakang berniat nak duduk kat birai katil.Tak kuasa aku nak duduk tepi dia. “Ha...tu nak duduk jauh bebatu ker?Duduk tepi aku ni.Ingat suara aku ni macam Amy Search ker?”Aku tarik nafas.Tarik...hembus..Tarik..hembus.Sabar..

Punggung dilabuhkan disebelah dia. “Sana sikit!Nanti jangkit bau busuk!”

Dia jeling.

Aku jeling balik.Apa susah?

“Eh cepatlah nak bincang apa?”

“Kita kena bincang pasal kita ni.Pasal perkahwinan mengarut kita ni.Pasal hidup kita ni.Pasal masa depan kita ni.Segalanya tentang kita ni.Aku dengan kau.”nada suaranya kini mula serius.Aku berkerut.Sebjek yang menarik untuk dibincangkan.Memang patut dibincangkan.

“Maksud awak?”aku turut serius.

Tarik nafas dalam. “Kau pun faham kan yang memang perkahwinan kita ni tak akan bertahan lama.Memang akan singkat punya sebab kita masing-masing tak ada hati.Kau benci aku,aku lagilah benci kau.Jadi kita kena rancang perkahwinan ni supaya tak ada risiko pada hari-hari yang mendatang.Kita kena bijak kalau tak mahu merana pada masa depan.Kau muda,19 tahun.Muka pun macam budak-budak lagi.Memang tak layak kahwin.Aku pula 23 tahun.Laki...tak puas nak enjoy.So,kita kena buat sesuatu.”

“Nak buat apa?”

“Pertama sekali,lepas sanding nanti kita kena cari jalan supaya kita tak duduk dekat vila ni.Kena cari alasan supaya kita boleh duduk rumah sendiri.Kalau kita duduk sebilik,macam-macam boleh jadi.Kalau duduk rumah sendiri,kita boleh duduk bilik asing-asing dan gaduh sesuka hati.Aku boleh balik lambat suka hati.Kau boleh buat apa jer.Kalau terus duduk kat vila ni,kau faham-fahamlah.Aku tak boleh jamin aku tak buat apa-apa kat kau.Dan aku pun tak percaya takut kau goda aku..”

Saat tu,loya terus tekak aku.Aku?Aku?Aku?Nak goda dia?Hei..tolonglah.Tak pasal.Buurrrr.

“Eh..biarlah kita duduk kat vila ni.Kita boleh gaduh depan nenek.Biar dia tahu bertapa tak serasinya kita ni.Lepas tu senang sikit nak cerai.”aku bagi cadangan.Tak ker sikit punya bijak tu?Satu bintang untuk Hana..

“No!Hell.Tak boleh!Kita kena tunjukkan yang perkahwinan kita ni harmoni dan kekal sebab nenek hanya akan tukarkan harta dia atas nama aku kalau aku buat semua tu.Jadi,bodohlah aku kalau bergaduh dengan kau.Dan aku pun tak lalu nak tunjuk baik jer.”

“Oh..awak gunakan saya!Saya tak mau jadi alat awak.Awak untunglah.Saya?Tak ada apa.Jadi,biarlah sama-sama adil.Saya tak setuju!Kalau ikut rancangan awak tu,sampai bila nak berpura-pura?”aku tak puas hati.Memang sangat tak puas hati.

“Ini bukan soal nak gunakan kau tapi gunakan peluang.Kau ingat pasal apa aku setuju nak kahwin dengan kau?Sebab aku suka kat kau?Tak sama sekali.Sebab nenek dah janji nak bagi harta dia kat aku.”

“Awak ni memang luar alam.Kalau nenek tak bagi harta dia kat awak,dia nak bagi kat siapa ha?”sekadar meluahkan persoalan kat kepala aku ni.

“Kau tak tahu nenek tu macam mana.Kepala dia,dia seorang jer boleh faham.Kalau dia ugut memang dia akan buat.”

Aku berdengus. “Hal tu,tak ada kaitan dengan saya.Yang pasti,saya tak mahu terlibat dengan konspirasi bawah tanah awak ni.Malas.”

“Kau dah terlibat pun.Kan kau dah kahwin dengan aku.”

Jeling. “Cakap apa awak nak sebenarnya ha?”kali ni nada aku dah tinggi.Sakit jiwa betullah.Ada tak ubatnya?Ada..tampar muka mafia kat depan aku ni ha..

“Ikut rancangan aku.Kita kena berpura-pura mesra depan keluarga kita ni.Lepaskan diri dari vila ni dan teruskan.”

“Saya dapat apa?”aku angkat kening.Maaflah ye,dalam dunia sekarang tak ada yang percuma.Semua kena bayar.

“Kau nak apa?”dia pun angkat kening.

“Saya akan fikirkan.”

“Maknanya kau setujulah ni?”

“Terpaksa setuju.Dah alang-alang saya kahwin dengan awak.”Sebenarnya aku setuju atas permintaan mengarut bila kenangkan mak yang seronok tengok aku kahwin.Aku faham,jauh disudut hati mak nak aku bahagia.Aku dapat rasakan.Dan aku yakin tak akan bahagia dengan mafia ni tapi setidak-tidaknya,elok juga kalau perkahwinan ni bertahan sikit.

“Bagus!!!!”Dia memetik jari. “Perkahwinan kita akan bertahan seminima setahun sampailah nenek bagi harta dia atas nama aku.”

“Maknanya kalau nenek bagi harta dia dalam masa terdekat ni,perkahwinan kita tetap akan berterusan dalam tempoh setahun?”

“Yup!Untuk mengelakkan kemusykilan.”

Aku Cuma angkat dahi dua kali.Bijak pula mamat ni kan. “Apa-apalah.Sekarang tolong bawa badan awak ni keluar dari bilik ni.Saya dah ngantuk.”

“Sebelum tu,ingat mulai esok kita kena mesra.Ubah panggilan waktu depan pihak berkuasa.”

“Ha?”

“Macam nenek cakap,abang-Hana..Kalau susah sangat,tak payah panggil apa-apa.”

“Banyak betul undang-undangnya.Dah habis?”

“Hm..dah.Aku nak keluar ni.”Dia berjalan menghampiri pintu sementara aku mengekori dari arah belakang.Tangan masih lagi pegang gebar.

Dipintu. “Sebelum tu..”dia buka pintu. “Aku nak buat sesuatu.” Dia pandang aku?Ha..apa?Eh...Jangan nak.. “Aku nak..”Dia mendekatkan mukanya kearahku dan sepantas kilat gebar diatas kepalaku ditarik sampai terdedah rambut aku.Tak cukup dengan tu,dia menggosok kasar bahagian depan kepalaku hingga habis rambut terjuntai didahi.Gelak.

“Eh..apa ni?”aku bertindak berjalan pantas untuk memukul dia yang dah diluar bilik.Baru jer aku nak pukul badan dia..

“Rizkin!Hana!..”suara tu...Kat belakang..Gulp. “Buat apa ni?”perlahan-lahan kami berdua pusing ke belakang.Peace...Tengku Rubiah dan baju kelawar disitu!Mati.

Bola mata Tengku Rubiah bergerak ke kana kiri.Aku Rizkin aku Rizkin.

“Sorang pakai seluar boxer macam tu.Sorang rambut kusut.”senyuman nakal. “Dah tak sabar ke?”

Tak sabar apa?Tak faham.Eh..kejap.Tengku Rubiah ingat....

“Eh..tak!”

“Tak apanya?Alah..Kamu Rizkin.Sabar-sabar sikitlah.Lepas sanding ni.Tak lama pun.”geleng kepala.Aaa...Tengku Rubiah fikir kotor! “Dah..pergi balik bilik kamu.”

Rizkin garu belakang kepala. “Ala nenek,bini sendiri.Bukan salah pun.Sikit-sikit tak kan tak boleh?”

Ha?Apa yang dia merepek ni?Eh tolonglah..Nanti tak pasal-pasal Tengku Rubiah ingat kami ni terdesak sangat.Ah...

“Dahlah,pergi masuk bilik.”

“Yelah.”Rizkin angguk kepala. “Nenek nak pergi mana pula ni?”

“Dahaga.Nak pergi dapur.”

“Oh....”

Yang pasti,babak pertama lakonan terjadi malam ni tanpa dirancang..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nak jem,aku ambil.

Nak teh,aku ambil.

Eh..nak tukar kopi pula,aku ambil.

Tolong sapu jem kat roti,aku buat.

Suruh semua pun aku buat kat meja makan tu.Dah tu,bila aku nak makan?Ni bukan lakonan,ni nak kenakan aku!

“Riz..”Datin Mariah bersuara. “Tahulah kamu nak Hana layan kamu tapi janganlah macam memdera.Semua benda nak dia buat.Dah tu,bila dia nak makannya?Dah sejuk nasi goreng dia tu.”Alahai mak mertua..sayanglah!

“Alah..memanglah tugas isteri layan suami.Hana tak cakap apa pun,yang awak pula sibuk.”Tengku Hasful menyampuk.Adeh..

“Yelah bang,tapi kesian kat hana.Saya tahu yang dia pun nak makan.”

“Dia tak cakap apa pun..”Tengku Hasful sekadar bernada malas.

Entah kenapa aku rasa yang hubungan mertua aku ni tak mesra.Kadang-kadang aku tengok okey,kadang-kadang dingin.Ker aku yang terlebih analisis?Ceh..baru jer analisis sebenarnya.

“Ehem..”Semua diam. “Semalam Rizkin dengan hana yang bergaduh kat meja ni.Hari ni diorang nampak okey.Ni kamu berdua pula nak bertekak?Makanlah.”

Akhirnya,makan ajerlah.

Lepas makan..

“Hana,Rizkin nak bawa kamu keluar.Bersiaplah.”

Erk???Aku nak kena keluar dengan Rizkin?

“Nak pergi mana?”

Tengku Rubiah tersenyum. “Pergi jer lah.”

Lepas keluhan.Aduhai,malasnyalah aku nak pergi.

“Kejap.Nak naik atas tukar baju.”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Buat apa datang sini?”

“Jalan-jalan.Shopping.”

“Ha?Buang tenaga jer.”

“Sebenarnya nenek yang suruh aku bawa kau keluar.”

“Dah tu?”aku melabuhkan punggung diatas kerusi panjang.Rizkin pun sama.Seronok perhatikan orang lalu lalang kat sini.Banyak ragam.Syok tengok ragam tak cukup kain.

“Dia suruh kita pergi agensi perlancongan.Pilih tempat honeymoon.Kau nak ker?”

Secepat kilat aku pusing kepala kekanan. “Simpang seratuslah.Tak ingin saya!Tak maulah.”

Dia gelak. “Tahu pun.Eh..aku ada idea.Jom!”Dia bangun.

“Nak pergi mana?”aku turut bangun.

“Jom ajelah.”

Aku sekadar menurut mana jer langkah dia.Jangan dia bawa aku pergi tandas lelaki,dahlah.Kang tak pasal-pasal kena halau.Ha,manalah tahu kalau dia memang nak kenakan aku.

Kami sampai disebuah butik.’QUIRA HOME’.Itulah nama butik tu.Quira?Macam pernah dengar jer nama ni.Nama jenama kasut ker?Ker nama rancangan kartun ha?Eh..memandai jer.

“Eh..Rizkin!”Seorang gadis menghampiri kami bila kami sampai kedalam butik.Cantik orangnya.Putih,tinggi dan lansing.Tapi tak boleh lawan ketinggian aku.Macam pernah nampak jer.

“This is your wife right?Sorry I tak datang majlis nikah you all.I ada kerja.Nanti waktu sanding,I mesti boleh datang.Hana right?”dia menghulurkan tangannya kearahku.Aku sambut dengan senyuman.

“Alah,I tahu yang you tu sibuk memanjang.Al-maklumlah business makin berkembang.”kata-kata Rizkin disambut tawa sigadis.

“Hana,you tak ingat I ker?”aku geleng. “I ni yang nak transform you punya gaya waktu minggu pertama.You ngelat sampai Rizkin marah betul.Tapi tak sangka pula,you yang Rizkin pilih.”dia berkata ramah.Ha..barulah aku ingat.Patutlah muka dia macam pernah tengok.Butuik ni pun adalah butik yang sama waktu aku ngelat nak kena transform tu.Maka,atas relevan apakah aku ada kat sini ye?

“So Quira,i need your help.”

“What?”

“Ubah sikit gaya bini I ni.”

Kata-kata Rizkin menyentap aku.Dia apa?

“Eh..apasal pula?

Dia mendekatkan mukanya kearahku.

“Saja suka.”perlahan tapi berbisa.

Aku peluk tubuh. “Saya tak mau.”

“Nak”

“Tak mau.”

“Nak”

“Tak mau”

“Nak”

“Err..excuse me.I ada kat sini.Em..you all nak ruang berbincang ker?”

“Just take a while.”Quira berjalan meninggalkan kami.

“Apasal awak ni?Nak ubah-ubah saya pula.”tak puas hati.

“Gaya kau tu,teruklah.Tak salahkan kalau nak ubah.”Dia cakap gaya aku teruk?Pakai baju kurung,teruk ker?

“Saya pakai baju kurung.Lawalah tu.”

“Lawa apanya.Kain yang kau pakai ni dah ketinggalan zamanlah wei.Buruk.Kau tu dah jadi bini bakal CEO.”

“Eh..macamlah awak tu bagus sangat.”

“Memang.”

Aku diam seketika. “Ha..Saya akan ubah imej saya kalau...”

Angkat kening. “Apa?”

“Awak potong rambut awak,buang warna perang yang kat hujung rambut awak dan tukar gaya.Awak tu dah jadi suami gadis sopan dan bertudung.Amacam?”kelip mata banyak kali.Bajet comel.

“Erk...”




*halow2..ni dia cc14..enjoy ye...kalu x kena jgn lupa tegur..komen jgn x komen...

oh ya..apasal ye,qyqa x bole nak jarakkan setiap perbualan dalam cc ni??
kalu jarakkan dia keluar ralat apa ntah???
so sebab tu qyqa x jarakkan..ada sesiapa boleh jawab???


Friday, January 22, 2010

Dan pemenangnya adalah....

ASSALAMUALAIKUM....
wuuuuuhaaaaaa.....
baru balik dari merentas desa...
agak penat....
sebab qyqa lari...
hahaha...
agak2 qyqa menang x????
eeerrrrr....
memang menang....
tapi x tersenarai antara 25 peserta perempuan bawah 18 tahun yg terawal..
seperti jangkaan...
memang kategori perempuan dimonopoli oleh kawan2 dari kaum asli...
hebat!!!
mereka sangat hebat..
ada stamina tinggi...
kalau budak lelaki pula..
yg monopoli budak melayu....
yg dapat first untuk lelaki bawah 18 tahun tu memang hebat pon...
atlet sekolah...
tapi dia da upper six...
err...
cam ne tu???
boleh juga kot sebab x cukup 19 lagi...~agaknya...

secara keseluruhannya...
rumah PERDANA agak kurang menonjol...
adeh...sedih tau...ho3.....
untuk keseluruhan....

tempat ke-3:
WAJA..

tempat ke-2:
KEMBARA..







DAN JOHAN MERENTAS DESA KESELURUHAN........
WIRA.....


huhuhu..mana perdana?????
malangnya,PERDANA dan satria x dapat tempat....hurm...
tapi...walaupun kalah merentas desa..
ada lagi peluang nak menang acara lain...
ini baru permulaan!!!!!!

dan cik qyqa????
memanglah sangat.....
awal jer lari lepas tu...
den da x larat!!!!!
jalan juga.....
tapi qyqa tetap seorang pemenang....
pemenang untuk diri sendiri~ayat memujuk...

jadi...
jom lah tengok ckit gambar yg sempat diambil dgn handset...
jd gambarnya x lawa sangat....
shhhhh....
bdk2 SMSIS...
jgn cter kat SIR ALVIN DAN SIR MAKBUL pula...
hahahaha...
enjoyz....







*nilah semangat 1MLAYSIA....berjalan sama2 x kira kaum...


*penjaga check point yg cun n comei..Tiha n Dyba..
ceh!!!meka sempat lagi nak posing ye...

*athirah yg semangat....DIa cakap "jangan ambil gambar aku.aku bukan mawi.."



*la..saper pula ni????x kenal...tangkap jer lah gambar...cun juga..
eh..apasal tengok belakang???


*nurul n aishah..bajet comellah tu..nak tangkap gambar pon payah...muka dua2 dah macam sotong bakar..


*umie...mula2 lari terserempak dgn dia.alih2 dia dah berlepas kat mana ntah...
yg penting..pakai baju ungu walaupun rumah wira..


*muka2 penat yg dah sampai ke penamat..
akma,umie dan atin...
depa tanya qyqa nombor baper???
nombor 1 arrr...hahaha




*ceh..gambar aishah paling menyerlah..org len malas nak posing..penat.
kecuali tirah yg pura2 pegang buku..hahaha...




kesimpulannya...
arrh..
malas nak buat kesimpulan.
rasa macam kena buat rumusan pula!!!!he3...

adious....

WASSALAM...

Thursday, January 21, 2010

Merentas Desa..

Assalamualaikum..
hahaha..
gelak dulu..means mood ceria..
dua tiga hari ni mood den adalah rasa okey sikit..
pasal apa ye??
sebab gembiralah kot..hohoho

esok ada merentas desa..
kalau tahun2 yg sebelum ni,memang qyqa nyampah gila nak merentas desa sebab qyqa bukanlah tergolong dalam mereka yg minat nak bersukan..
qyqa ni cepat pancit tau..
dulu waktu sekolah rendah(waktu tu badan masih skeping macam plywood) qyqa selalu masuk lumba lari n dapat nombor 1.
sampai darjah5-x silapla...
lepas tu..
habiskan borah jo lah..hahahaha

okey berbalik pada hari merentas desa esok..
qyqa rasa excited..
konon azam nak lari sungguh2 ni..
nak masuk desa dengan penuh azam..
mungkin sebab ni last year nak libatkan diri dengan segala bagai bendalah ni..
honestly...
qyqa nak dapat tempat dalam merentas desa tu-kira hiperbola x azam ni???hahaha
tp susah sebab sekolah qyqa ada budak asli which semua ada stamina yg sangat tinggi..
diorang sangat bersemangat n x malu..
qyqa memang malu kalau nak lari tambah depan budak lelaki...
diorang cakap lelaki ni sekali ushar sampai ke dasar...
huhuhuhu-betul ka????
sebab qyqa pernah dengar kawan2 qyqa cakap ada dengar budak laki cakap...
"pesta buah dah bermula"
malunya!!!!!
arrrr.....
semua tu membataskan qyqa....
tu bukanlah faktor sepenuh nya...
tp benda tu turut menghalang fire cik qyqa ni...

jadi...untuk esok...
membawa semangat rumah PERDANA(ungu)...
qyqa akan cuba lari merentas desa sesungguh hati.
Hope x lah pancit...
kalau pancit mana nak cari mekanik ye???????
hidup PERDANA....

amaran kepada rumah
wira(biru)
waja(merah)
satria(hujau)
kembara(kuning)

TAHUN NI PERDANA NAK MENANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ehem......
harap2lah...


oh ya...jawapan teka-teki:dalam banyak2 ikan,ikan apa yg ada bulu ketiak adalah............

IKAN DUYUNG!!!!!!!!!!

WASSALAM...

Thursday, January 14, 2010

KENAPAKAH??????




ASSALAMUALAIKUM...

he3...
entah apa mimpi entah nak tulis blog ni...
rasa bosan hari ni...
walaupun kerja sekolah melimpah ruah tak hingat tapi daku tetap rasa bosan..
hushhh...
baru 2 minggu buka sekolah dah rasa bosan tau!
errr...
sebenarnya ni bukan soal bosan dengan sekolah tapi entahlah...

akhir2 ni perasaan daku jadi x menentu la...
rasa cam pelik sana sini..
segala yang daku rancang mesti x jadi tau..

~daku cadang nak bangun awal pagi..daku kunci jam kat handset...bunyi kuat jer tapi telinga daku buat pekak jer n terus tidur..
alih-alih tetap bangun lambat juga..
jadi perancangan nak study awal pagi........HANGUS........HANGUS.....HANGUS.....

~daku cadang tak mau makan banyak sebab makan banyak akan menyebabkan daku ngantuk waktu belajar tapi....
masakan mak daku terlalu payah untuk ditolak...
sedap benor..
arrrhhhh...
jadi kesudahannya...
berat daku tak turun dan makin MANTOP dong.......


~daku cadang tak mau on line tapi daku tetap on line!!!!!!!!!!!!!he3......nak salahkan siapa?????????daku ler tu...eheh...

adeh adeh....see..banyak perancangan cam hampesssssssssssss....
aha!!!
nak salahkan diri sendiri jer lah...

daku pelik tentang sesuatu ni..
setiap malam,daku mesti sakit bahu tau....
sakit sangat...
kenapa ye????
kawan daku cakap mungkin magrain tapi ye ker???
oh...
tamaulah magrain....
tp okey jer bila daku tgk pc ni...
errr...
ada apa-apa cadangan x sebab apa daku sakit bahu ni?
sakit bahu ni menyebabkan daku payah nak menelaah....
kadang2 kepala daku pun pening.....

okey ler....
tu ja pon nak tulis...
hohohoho....

sebelum daku berakhir...
daku nak bagi teka-teki...

dalam banyak2 ikan,ikan apa yang ada bulu ketiak?????

ha...jawab jangan x jawab..siapa yang pandai mesti dapat jawab.tapi yg x dapat jawab bukan x pandai tapi x terpikir...huhuhu..daku pun x boleh jawab waktu disoal dulu...
n perlu diingatkan...
jawapannya bukan penjual ikan ye...
ini bukan tipu punya ikan..
ikan betul3...
ha...jawab jangan x jawab.....


wassalam...

p/s:pelik x qyqa guna daku..keikeikei....=)

Friday, January 8, 2010

eeeerrrrrr...tak tau nak letak tajuk menda...

I'M VERY EXCITED...........

because....
i'm SPM candidates for this year..


I'M VERY SCARE............

because....
i'm SPM candidates for this year...


I WANT TO CHANGE.............

because....
i'm SPM candidates for this year....


I FELL CRAZY...............

because.....
i'm SPM candidates for this year.....


I FELL DIFFERENT.......

because...
i'm SPM candidates for this year...


I WILL STUDY MORE AND MORE....

because...
i'm SPM candidates for this year...



I'M VERY TIRED...

because...
i'm SPM candidates for this year...



I HAVE TO GIVE MY 200% CONCENTRATE IN CLASS..

because...
i'm SPM candidates for this year...


I HAVE TO SACRIFY MANY THINGS....

because...
i'm SPM candidates for this year...


ALL HAPPENS.......

because...
i'm SPM candidates for this year...







I ALWAYS PRAY THAT I CAN GIVE THE BEST FOR THIS EXAMINATION THAT VERY IMPORTANT IN MY LIFE...

I HOPE ALLAH BLESS ME...

I HOPE MY PARENTS PRAYS FOR ME...

I HOPE MY TEACHERS TEACH ME MUCH AGAIN...

I HOPE YOU ALSO HOPE THE BEST FOR ME....


*sesekali nak bermadah...ho3....melebih-lebih betul kan...


Friday, January 1, 2010

TAHUN CHOMEL...2010



ASSALAMUALAIKUM...SALAM 1MALAYSIA..

wOHAAAAAA...haruslah seronok sebab dah masuk tahun barukan?
countdown sana sini.But qyqa just dok rumah n tgk tv..
hurm..tv jer lah yang tak boring nak pandang qyqa..
err..qyqa yang pandang dia kan?
eheh..x kisahlah weyh!!!

banyak sebenarnya kenangan yang terlakar dalam 2009...
x kiralah dalam dunia realiti mahupun dunia maya ni..BLOGGING!!!!

kejayaan yang sweet...
pasukan bahas sekolah qyqa menang bahas peringkat daerah.
Kiranya kitorang masih kekalkan kejayaan dulu..
walaupun masuk peringkat negeri tewas...
tapi x kisah!!!
n...
qyqa dapat ANUGERAH PEMBAHAS TERBAIK..~harus kembang 2 mangkuk!!!
thanks to sifu nana yang bersusah payah melatih kami ni....
sifu nana yang ngetop!!!
thanks sifu!!!
then..
menda ye????
entahlah..
oh ya!!!!
qyqa masih lagi dapat anugerah cemerlang untuk tahun 2009...
harap tahun depan dapat graduasi n dapat ANUGERAH PENGETUA...
nak dapat bukan senang...
kena dapat straight A dalam peksa..
eheh!!!
stop!!!
pa lagi ekkkk????

BLOGGING...
i'm so happy...
ramai kengkawan dapat....
banyak pengalaman...
luas pemandangan..
yang palaing qyqa seronok...
novel CHOMELNYA CHENTA diterima ramai..
ramai ker???
errr kalau lebih dari sorang tu kira ramailah kan????
he3...
qyqa amat hargai bila kengkawan drop komen...
qyqa sangat hargainya...
komen2 tu banyak bagi peransang untuk qyqa....
n qyqa nak minta maaf andai selama tahun 2009 ni qyqa ada terkasar bahasa ataupun menyakitkan hati sesapa jer..
percayalah...itu bukan disengajakan....

harapan qyqa untuk 2010 ni...
mestilah nak yang lebih baik...
hope qyqa akan lebih rajin...
lebih penyabar...
lebih tawadhuk..
lebih riang..
lebih cun...~ayark!!!!
n semuanya lebih sifat2 positif..

1.nak dapat result cun dalam SPM~11 A'S...INSYAALLAH..
2.nak kurangkan berat badan~banyak kali dah azam ni..entah bila nak berjaya.huhuhu

akhir kalam...
doakanlah sahabatmu ni ya....
HIDUP ISLAM!!!!
TAKBIR!!!
ALLAH HU AKHBAR!!!

wassalam...