[[QYQA'S]]

Monday, November 30, 2009

jangan MARAH qyqa tau...

ASSALAMUALAIKUM semua...jwb jgn x jwb ye,huhuhu....
lama da qyqa x update my blog ni..
bukan sengaja tapi masa tu....
bz semedang...
dengan raya lagi n banyak menda nak buat..(konon2 ler tu)

rasanya tak terlambat kan kalu qyqa nak wish..

SALAM AIDILADHA...

sebenarnya qyqa nak cerita pasal result exam qyqa hari tuh.
even sikit punya teruk(sikit ler konon) tapi qyqa tetap nak cerita gak.

BM-85.....1A
BI-68....2A
SJRAH-76....2A
MATE-89...1A
ARAB-60...4B
MATE TAM-58...5C
FIZIK-62...4B
KIMIA-63....4B
BIO-54..6C
AL-QURAN AS-SUNNAH-78...2A
SYARIAH-71...2A

Teruk kan?Memang banyak jatuh terutama ADD MATE..hari tu boleh dapat A...ni???C weh...bagus punya markah.Cikgu2 pun banyak bising bila tengok result qyqa tu..sume dok bising...qyqa pun da jg wat muhasabah diri..sebab sebelum ni qyqa x da dapat C tu....buruk tau..

sebab apa ye markah ni teruk?duk bermuhasabah diri tu...qyqa pun dapatlah jawapannya...pertama sebab qyqa banyak main dalam kelas.Kedua,qyqa malas.ketiga,qyqa da angau dengan watak RIZKIN DAN HANA....

serius ni...qyqa selalu terbayang macam mana nak buat plot untuk CC yg seterusnya.Tak kira tempat!Kat dalam kelas,waktu tgk TV bahkan mandi pun!!!!!benda ni buat otak qyqa ni mereng...tp nak buat macam mana,qyqa memg dah tangkap cintan dengan CC...

oleh sebab tu...qyqa dah buat keputusan..emmmm...takutlah nak cakap...
tapi jangan marah qyqa tau..plis jangan marah ye...takut2 berani jer nak cakap ni...

sebelum qyqa cakap tu...qyqa nak say

SORRY X100...............

Qyqa nak berhenti tulis CC untuk satu tempoh yg sangat panjang......
tempoh yang panjang sampai qyqa habis SPM....
qyqa dah tekad ni sebab result qyqa teruk...
qyqa kena study n cover balik bab form 4 waktu cuti ni...
tu sebab qyqa nak berhenti menulis CC...
Kalau qyqa masih teruskan tulis CC,fikiran qyqa akan terganggu....
qyqa harap sangat kawan2 boleh faham situasi qyqa ni...
SPM ni penting sangat untuk qyqa...
qyqa nak dpt result yg cemerlang...
x mau result aci tangkap lulus ja...
dan lagi satu....
novel ni dpt peluang untuk diterbitkan...
kalu jadi sungguh...-INSYAALLAH...
qyqa memang akan sambung lepas habis SPM...
X lama sangat,dalam setahun kan....
lepas qyqa free dari SPM n school...
memang qyqa akan sambung....
plisss ye...
jangan marah...
harap sume akan faham situasi qyqa...
pas ni,memang qyqa akan berehat dari menulis....
qyqa akan tinggalkan dunia blogging ni untuk seketika..
boleh kan.....
mungkin kdg2 jer qyqa akan up date blog ni...
kalu ada benda penting....

tapi....
sebagai penghargaan...
qyqa akan masukkan n3 CC ke 12 n sambungan ARIL N AKIM....
sbg pengakhiran...
untuk kwn2......

lagi sekali....
sorry...maaf..asif...
jangan MARAH qyqa tau....
qyqa harap sangat pada semua rakan2 blog ni sama ada yang rajin mengomen atau pun silent reader....akan terus sokong qyqa....
harap sangat....
boleh kan????
kan kan kan...-bt muka comel....=]
pengakhiran.....


WASSALAM.......




Wednesday, November 18, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 11

Aku sengguk lagi.Adeh adeh..Sabarlah wahai badan.Jangan tidur lagi.Jam kat handset baru pukul 9.30 malam takkan dah ngantuk.Alahai,bahana berjalan seharian mana tak penat.Mengalahkan orang masuk bendang.Nyamuk yang gatal nak membeli-belah kat badan aku ni,dah awal-awal kena pap!!Memang nyamuk yang tak makan saman betul.Unggun api dah sebesar semesta pun nak menyebuk kat aku lagi.Nak aku masuk dalam unggun tu ker baru nak bagi aku aman?

Aku pandang Rizkin yang duduk setentang aku.Dia duduk atas kayu ntah-mana-dapat.Mukanya serius.Oh mak..fikir apa?Kerut sana sini.Aku sengeh bawah sedar.Kalau ada lastik getah ni,nak jer aku tuju kat dia.

“Nak masuk tanjung ker?Sengeh sorang-sorang..”Hampir nak terbalik aku duduk bila Rizkin sergah macam tu.Chait!!Memalukan ‘beta’ betul.

“Suka hatilah,ada kacau?”

“Aku tak suka ada bersama dikalangan dengan orang yang G-I-L-A!”Mak aih..tak rasa dia tu cewi tahap cipan ker?Ewah-ewah siap nak mengeja tu.Apa ingat layak ker nak jadi guru tadika kat sini.Maaf ye encik,reject!!!

Aku buat gigi arnab.Bajet comel.
“Awak fikir apa?”sesekali jadi Normah Bechok pun apa salahnya kan.Baiklah bersembang dari diam macam apa jer.

Keluhan dilepaskan. “Macam-macam..”macam-macam apa?Macam-macam ada?
Aku peluk lutut.

“Tak ada apalah.Buat apa nak cerita kat kau..Buang karan jer..”

Heh..tak nak cerita sudah.Ingat saya kisah ker?Erm..tapi teringin juga nak tahu apa yang dia fikir sangat tu.Kesudahannya,sepi sekali lagi merajai.Adeh adaeh..aku tak suka sunyi.Sangat tak suka.

“Sejuk ker?”Aku angkat muka dari pandang tanah.Muka Rizkin ditatap.Pekehelnya nak tanya?Ker tiba-tiba nak jadi mamat romantik,tanggalkan jaket untuk sang gadis yang tengah sejuk?Tapi,dia tak pakai jaket!Harap baju melayu dia tu jer yang dah berapa hari tak basuh.Ehem cik kak,baju awak pun sama ok..Ye ye ye..Tak maulah paku dulang paku serpih.

“Tak.Ok jer.Tak rasa apa.”heh,ego ye.Tapi yang sebenarnya ni bukan ego,cuma tak mau tunjukkan kelemahan.Boleh pakai ker?
“Boleh tanya sikit?”

Angguk.

“Pukul berapa awak nak tidur?Cepatlah sikit tidur sebab saya dah nak tidur ni.Mengantuk!”Macam bertih jagung ataupun lebih tepat,mechine gun!Laju dan bertepatan.Hek hek..

“Kenapa nak tunggu aku pula?Kau tidur jer lah dulu..”Kening dia bertaut.

Aku telan air liur.Aaaa,tak mau lah tidur dulu.Takut!Hello,perhatian ye.Sila faham dan sila memahami.Saya Hana Humaira’ sekarang ni tengah ada dalam hutan dengan seorang lelaki.Entah ke hape pemikiran dia tu,bukannya boleh nak agak apa yang kaum 1 nafsu ni fikir.Memanglah ada 9 akal tapi selalunya yang satu tu yang menang.Jadi,sebagai langkah berjaga-jaga......

“Kau tak payah nak takutlah..”kata-kata Rizkin memotong bicara aku dan akal. “Kalau aku nak buat menda yang tak elok,semalam dah aku buat waktu aku berjaga.Aku ni tak adanya nak buat macam tu.Nak tidur,tidur jer lah”

Aku kerut muka.Adakah itu satu jaminan buatku?Eceh..dah keluar ayat skema kan.Tapi,betul ker boleh dipercayai ni?Tader tipu punya ka?






“Apa muslihat Tengku ni?”

“Tak ada apa-apa muslihat Che Nah.Tak ada.”Tenang nada Tengku Rubiah tapi hati Che Nah gundah gulana.Nasib baik sekarang tengah cakap dalam telefon,kalau berdepan,memang rasa nak buat kari jer.

“Habis kenapa buat pengumuman macam tu?”keras nada Che Nah.Che Su disebelah hanya pasang telinga.

“Susah saya nak terangkan Che Nah.Saya ada banyak kesulitan kat sini..”

Che Nah berdengus. “Kalau macam tu,bagi saya cakap dengan Hana sekarang.Saya telefon pun dia tak jawab.”

“Itulah masalahnya sekarang..”

“Apa?”

“Hana..Rizkin..Dua-dua pun tak ada.Saya pun tak tahu kemana dua budak bertuah tu.Nak kata kena culik,saya tak dapat pun apa-apa panggilan.Saya pun pening.”

Bung!!!Bung!!!Umpama guruh.Hana hilang?Tengku Rizkin sekali?Kemana budak berdua tu pergi?Kemana?

“Tak lawak Tengku..Tak lawak..”Che Nah geleng kepala.Che Su pelik,main melawak apa pula malam-malam macam ni?

“Saya bukan Saiful Apek!”geram. “Che Su,diorang betul-betul hilang!”

“Kemana?”

“Kalau saya tahu,tak adanya saya kena menipu macam tu sekali Che Su oii..”Tengku Rubiah mula picit kepala.Dadanya terasa berdebar-debar.

“Kenapa tak lapor polis?Biar saya yang lapor..”

“Eh..jangan...Tak boleh!”

“Kenapa?Anak dara saya sekarang ni dah hilang,awak nak halang saya telefon polis.Ni bukan lawak!”Che Nah mula tinggi suara.Dalam hal Hana,memang berat.Tak boleh dibuat main-main.

“Che Nah..keluarga saya keluarga yang berpengaruh.Kaya dan ramai musuh.Kalau cerita tentang Rizkin hilang tersebar luas,ramai musuh saya akan ambil kesempatan untuk rampas syer Rizkin..”

Dada Che Nah membuak-buak kemarahan. “Saya tak sangka Tengku,awak lebih pentingkan harta awak dari nyawa cucu awak dan anak saya!Kejam..”

“Ni bukan saja soal harta Che Nah!”nada Tengku Rubiah ikut tinggi tanpa sedar. “Ini soal nyawa juga.Dengar..Saya tak lapor polis tapi saya dah upah penyiasat untuk cari kat mana Rizkin dan Hana pergi.Awak jangan risau.Saya tahu apa yang saya buat..”

Che Nah lepas nafas kasar. “Ingat Tengku..kalau jadi apa-apa kat Hana,saya tak akan maafkan Tengku sama sekali!”

“InsyaAllah,tak akan ada apa-apa..”Nada Tengku Rubiah mula kendur.Tak guna nak marah-marah pun.. “Tapi Che Nah,apa yang saya cakap dalam TV tu,memang saya akan buat..”

“Apa?”

“Kahwinkan Rizkin dan Hana.Tak ada kompromi.Macam yang dah kita aturkan sebelum ni..”tenang Tengku Rubiah cakap.Che Nah diam.

“Bincang benda ni kalau Rizkin dengan Hana dah betul-betul dijumpai..”


Pukul 9.30 pagi,perjalanan kami dimulakan.Tu pun jenuh aku nak kejut Rizkin bangun.Berjaga lagi malam semalam katanya.Kat mana dia jalan,aku ikut jer.Dia utara,aku utara.Selatan,selatanlah aku.Ikut jer.Nak jadi anak yang baik,huhuhu..Kami jalan jer ikut anak sungai ni sebenarnya..

Tapi memanglah tak selesa.3 hari tak mandi,agak-agak syok tak?Ya ampun,memang sedih tau.Memanglah ada sungai tapi nak mandi.....??Oh tak..tak mau!

“Kalau kita tak keluar hutan ni sampai 20 tahun pun,kau tetap tak mau mandi ker?”kata-kata yang keluar dari mulut Rizkin.Ceh,macamlah dia tu mandi..

“Telefon tekan nombor 5,dia pun 2 kali 5!”aku perli.

“Weh cik adik..Aku mandilah!Kau mana tahu..”

Aku buat muka. “Pandan nak tebu,pandai nak menipu..”lagi sekali pantun keluar.

“Heh,aku mandi lah.Malam-malam kau tidur,aku pergilah mandi.Nak mandi siang-siang kang kau yang terkejut kena short..”selamba tanpa penapis dia cakap.

Aku dah tarik muka. “Apa-apalah..”

Masih terus jalan.Tanpa sebarang percakapan.Masih macam semalam,ada ranting yang menghubungkan aku dengan Rizkin.Aku jalan kat tepi sungai,dia tepi aku.

Tak sedar ada lubang kat depan,selamat jer sebelah kaki aku ni dah tersumbat kat dalam.Apa lagi,jeritan aku keluarlah.

“Kaki saya!”

“Relaks..Cuba kau tarik elok-elok..”Rizkin cuba menenangkan. Aku tarik nafas.Cuba bertenang.Seketika kemudian,aku cuba tarik keluar kaki aku ni tapi tak berjaya.Lubang tu ada mendapat tanah.Mana taknya,dekat dengan sungai.Haila haila haila..Nak buat apa lagi?Cuba lagi Hana.Cuba!Aku cuba lagi namun tak berjaya.Kudrat aku ni lemah.

Dahlah sakit sangat kaki aku ni.Rasa macam terpleot jer ni..Ya Allah..sakit.Sakit..Aku cuba lagi namun sia-sia jer.

“Pegang lengan aku!”Rizkin mula bagi arahan.Pekehelnyer?Nak pegang lengan dia pa pasal?Aku tengah sibuk berchenta dengan lubang ni,dia nak buat lawak.

“Pegang lengan aku.Buat jadi sokongan.Boleh aku tarik sekali badan kau.Senang sikit nak keluar.”

“Tak mau!”

“Hana..ni darurat okey.Ker kau nak biar kaki kau terus tersumbat dalam tu?Cepat Hana!Berlapik kan..”suara Rizkin kedengaran lembut ditelinga aku.Aku telan air liur.

Lima saat kemudian,tanganku dah mula naik kat lengan dia.Allah..ni tak pernah-pernah dalam hikayat hidup aku pegang laki ajnabi macam ni.Tak pernah!Lagilah buat aku tak selesa bila tangan Rizkin turut sama cengkam lengan aku.Keadaan sekarang,kami saling sama memegang lengan.Kedudukan jadi rapat.Muka dia dari muka aku?Entah..aku tak berani nak angkat muka.Bukan malu atau takut okey..No no no..Ha..kan dah speaking.Takallam pula..La’ la’ la’..

“Rizkin,nak buat apa ni?”aku bersuara.Aku dapat rasakan tubuh Rizkin yang tiba-tiba tak stabil.Terkejut ke apa?Berangan apa tadi?

“Errr..ooookey sekarang..kau cuba lagi sekali tarik kaki kau tu.Aku tarik sekali badan kau.”

Aku angguk.Dengan lafaz Bismillah..anggukan dari Rizkin.Sepakat.Aku tarik kaki aku dan dia tarik badan aku.Berjaya!

Aku senyum dan pandang Rizkin tapi hati aku ni tetiba pula nak buat paluan kompang bila mata masing-masing saling menikam.Berhenti Hana!Cepat-cepat aku larikan mata.

“Terima kasih..”tu jer yang aku rasa nak ucap.Dia diam. “Ehem..Boleh tak lepaskan lengan saya..”kali ni aku bersuara kuat.Dah!Kholas!Tak payah nak layan perasaan kau Hana!Cukup!

Dek suara aku,Rizkin kembali ke alam nyata.Cepat-cepat dia lepaskan pegangan lengan.

“Aaa..bagus.Kau okey tak?”Rizkin dah kembali jadi Rizkin balik.

“Ookkk..Auw!”baru jer nak cakap okey,kaki ni jadi sakit bila digerakkan.Udah!Bala lagi weh..

“Apasal?”

“Entah,rasanya urat kaki saya dah lari kot.Sakit betul ni..”aku menahan sakit.Memang sakit oooo..

“Kalau macam tu,kita berhenti dululah.Ni pun dah tengah hari..”Rizkin buat keputusan.Aku ikut jerlah.Lagipun kaki aku ni mula mogok.Terhegeh-hegeh aku ikut langkah Rizkin yang menapak kearah tempat yang sesuai nak berehat.Dok tepi sungai nanti,lain cerita pula.

“Boleh ker tu molen?”Rizkin paling bila tengok aku tak saing lagi dengan dia.Aku sengeh dan angkat ibu jari.Setakat nak pergi kat batang pokok besar tu tader hal punya.Tapi,sumpah!!!Memang sakit banget..

Aku duduk kat batang pokok.Rizkin melilaukan mata sambil cekik pinggang.Dah gaya Tok Chu,ketua kampung aku.Waktu ada parit sumbat ker apa ker,macam itu ler gayanya.

“Aku dapat rasakan yang kita dah nak sampai hilir sungai ni.Tak pun nanti jumpa kampung.Boleh minta bantuan.”

Aku Cuma diam.Tak tahu nak cakap apa.Kaki aku ni lagi mencengkam jiwa raga.Tak sedar,Rizkin dah duduk sebelah aku.
“Aaa..pergilah kat pokok lain..!”menghalau.

Dia buat bodo.Ha..elok!Nanti biar jadi betul-betul.Seronok juga kan.
“Teruk ker kaki kau?”dia tanya bila tengok tangan aku dok mengurut pergelangan kaki.

“Entah..Teruk kot.Kalau dapat urut ni,okey kot..”Aaa lah,kalau ada mak kat depan mata sekarang,mesti mak yang tolong urut.Mak mana boleh tengok aku sakit.Mak sayang aku.Mak...

Mak mesti risau.Mak mesti rindu.Mak mesti penasaran.Anak dara dia yang dia sayang dah hilang.Mak..Mak..Mak..Mataku terpejam.Cuba bayangkan mak kat depan mata.Kalau aku putus asa,ayat mak..

“Pantang keturunan orang comel kalau menyerah kalah!Usaha tu lift kejayaan.Man jada wa jada.Wa man zaroa’ hasada..”

Mak suka macam tu.Ye mak..Man jada wa jada.Wa man zaroa’ hasada.Siapa yang berusaha dia yang berjaya.Siapa yang tanam padi,dia dapat hasil.Aura mak terbayang dalam kegelapan mata.

“Aku urut?”

Cepat aku buka mata.Bukan buka jer,siap bulatkan lagi.Kalau Rika Somanto tengok aku,wajiklah menangis.

“Gilos!Tak payah.Surat kadi pun tak ada,ada hati nak urut orang..”

Dia ketawa.. “Main-main jala,main-main jer lah..”nah..dia pun mula bersolaka.Eloklah diiringi sekali dengan kicauan burung.Aku cebik.
“Dah tak payah kau nak buat muka kain buruk tu.Duduklah sini,aku nak tangkap ikan.Nak berapa ekor molen?”

“Ikut suka hati encik mafialah.Saya tak kisah.Nati kena belasah.”nada perli+perli+perli.Menyampah.Rizkin tak kata apa,terus bawa diri beliau ke sungai.Matanya melilau-lilau mencari kayu ranting yang sesuai untuk buat alatan jerat ikat.Aku tak ambil peduli,janji dapat makan.

Dalam pada tu,otak aku mula buat konklusi.Bukan lagu Hujan,Mencari Konklusi tapi konklusi tentang Tengku Rizkin Ajmin bin Tengku Hasful.Na..dia tak adalah teruk sebenarnya.Walaupun menyakitkan hati aku yang amat kecil ni tapi dia kira okeylah sebab tak ada nak ambil kesempatan walaupun kat tengah hutan macam ni.Tak tahulah kalau aku sesat dengan orang lain,macam mana nasib aku.

Tapi aiseh..apapasailer tadi tetiba datang angin jiwang karat bumbung rumah pula?Boleh nak tetiba rasa berdebar-debar.Ceh..ookey,tak payah nak analisis.Biarlah rahsia.Ya..ya..ya..tak payah pikir ler.Ada sabut kat kampung kelikir,buat serabut fikir!

Tangan aku lincah urut kaki.Tapi serius ye cik puan semua,tak seronok kalau urut sendiri.Nak ada orang urut.Siapa?Tak ada siapa Hana oit!Tak payah nak mengada.Ko urut jer sendiri.Harap maklum.Aaah..tidur jer lah.Dan..aura mata Garfield datang.Dan..wassalam ler ye..




Rizkin tepuk kepala tanpa sedar.Aduh mak..Apasallah tadi wayar kat otak aku ni boleh short ha?Tetiber tak pasal-pasal nak datang aura pengasih kat si Hana tu.

Tapi betul,bila jer Hana pegang lengan dia tadi,tetiba rasa sesuatu yang lain.Walaupun berlapik..tapi rasa macam ada pengalir rasa?Ko giler Rizkin!Gila!Nak rasa apa?Kari ayam Alagapas?

Ah..serabut!Bukannya aku tak pernah dekat dengan permpuan lain.Malah lebih dekat dari tadi.Malah dengan perempuan yang lebih cantik dan seksi.Ni..Hak endah.Budak kampung!

Apasal lah kat dalam hutan ni nak timbul pula rasa macam tu?Gilaos!!!Bukan gila dah tu.Huh..jangan Rizkin.Jangan.

Okey..dah tahu sebab apa aku rasa macam tu.Satu jer.Sebab dia perempuan dan aku lelaki!Aha!Tu jer!Tu sahaja!Full stop.Tak ada halfstop dah.Nehi.La’.Normal kan..Yes..normal.

Tapi rasanya agak luar normal juga bila dia sanggup nak berjaga malam semata-mata nak pastikan Hana selamat.Eh...tak!Bukan sebab nak Hana selamat.Sebab nak diri sendiri selamat.Itu jer.

Keluhan keluar.Aaaah..serabut! Ada sabut kat kampung kelikir,buat serabut fikir!Na..dah jangkit aura berpantun Hana.Tapi,tak adanya dia dapat pikir pantun macam ni.Only Rizkin jer.Aha!

Kepala dipusingkan kebelakang.Eh..mak cik ni!Dia boleh tidur sesedap rasa?Memang nak kena.Siap kau!Rizkin berjalan sekeliling.Ranting kayu yang hujungnya tirus dicapai.Niat dihati,nak cucuk hidung Hana.

Sampai beberapa anak langkah jer dari Hana,Rizkin terkaku.Ranting ditangannya jatuh.Hana Humaira’..cantiknya kau.Tenang jer wajah kau waktu tidur.Tak sedar,setapak lagi maju.Mata kau..cantik walaupun tertutup.Maju setapak lagi.Hidung kau..comel!Boleh buat penyangkut baju.Maju setapak lagi.Pipi dia..merah.Gebu.Cantik!Ralit merenung Hana.

Selama ni walaupun berjaga malam tapi dia tak berani nak usha Hana.Takut bisikan syaitan menang,entah apa yang jadi pula nanti.Tapi kali ni.

Dia dah betul dekat dengan Hana.Dari posisi berdiri,Rizkin melutut memandang Hana.Badannya rasa seram sejuk.Dada,dup-dap-dup-dap.Tangan tiba-tiba dah nak naik kewajah Hana.

“Huwah!!!”Hana menggeliat.Rizkin terkejut.Terbelakang Rizkin.Lansung dirinya tersedar.Ya Allah,apa ni!Refleks,tangan naik ke muka sendiri.Bangun,menapak kembali ke sungai.





Ikan bakar masuk ke mulut.Balon!Walau asyik makan ikan bakar,bedal jer lah.Nak demand tengah-tengah hutan macam ni?Harap maklum,sila sedar diri ye!

“Sedap ikan bakar,Terima Kasih!”Aku ucap.Ikan bakar dah habis bedal.

“Erm..no hal.”jawab tanpa perasaan. “Jom gerak..”Rizkin mula bangkit.

Aku berhati-hati nak bangun.Aduyai kaki terchenta.Sila fahamlah akak ni ada kat dalam hutan.Adeh adeh adeh..

“Kau boleh jalan tak?”

“Eh..boleh!”aku angkat kepala.Eksen lebih sikit!Aku cuba jalan beberapa langkah kedepan tapi aku rasa kalau Tuk Kura,watak dalam novel Perlumbaan Kedua buku komsas Tingkatan 4 tengok aku,wajik kena kutuk.Lembab!

Rizkin datang dekat aku. “Aku nak tolong,kerek semacam.Sini!”Dia paut lengan aku.

Cepat aku tepis kuat. “Jangan nak mengada ye.Tak perlu!”

“Habis cik Hana,awak tu lembab gilos!”wah..keluar bahas sopan,awak...Chait!Kepuraan. “Senang cerita,kau pegang jer lah bahu aku ni.Jalan dah terhinjut-hinjut.Macam nenek..”

Aaaa..dalam nak bagi pandangan tu,masih ada ruang nak kutuk aku ye.Tapi idea tu macam bernas. “Okey!Boleh!Yang tu disokong tanpa batasan!”

Secepat kilat bahu Rizkin dihempap dengan tangan kecil aku ni.
“Jom jalan!”

Kami berjalan.Kali ni,aku pegang bahu dia.Ini bukan nak menggatal ye.Tak ada masuk fasa hati.Tak mau!Dia gay ok.

Hurm..agaknya ni nak masuk fasa baik pulih hubungan tercerai antara aku dengan Rizkin tak?Iye?Aha..gaduh selalu pun tak seronok juga kan..



psst...enjoyz k..kalu ada yg x kena,sila ler tegur...drop komen banyak2 pon x der hal punya..ska3,he3..
oh ye,sok adinda terchenta ambil result UPSR...qyqa plak rasa nak....sbnarnya x rasa apa pun,he3....

Sunday, November 15, 2009

CERPEN BARU:TAKDIR MILIK ALLAH

“Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!”

Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.

Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik.



“Assalamualaikum…”ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut.

“Wa..alaikummussalam..”tergagap Indah menjawab.

Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju.

“Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye..”Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.

Indah hanya angguk.Abang??Hurm..

Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.

Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.



Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…

Indah jadi canggung.Aduh..nak buat apa ni?Takkan naki berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.

Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku.Ya Allah…tolong Indah..

Perlahan,Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya.Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya.Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..

Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah.Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun.Tanpa sedar.dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun..

“Awak…maaf..Saya tak boleh!Saya tak bersedia…”Indah menuturkannya.Air matanya tanpa ditahan-tahan,jatuh menuruni pipinya yang gebu.

Irfan tergamam.Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak.

“Tolong!Jangan dekat dengan saya..Saya takut..Jangan!!!”Indah sudah meraung-raung.Irfan berdiri static.

“Indah…demi Allah…abang takkan apa-apakan Indah ok..Bawa bertenang..Tarik nafas sayang..Tarik nafas…”Irfan cuba berdiplomasi.Indah yang mendegar,kembali bertenang.

Irfan menghampiri Indah.Dia membawa Indah duduk di birai katil.Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya.

“Irfan…saya minta maaf…”perlahan Indah menuturkannya.Irfan hanya tersenyum.Tangan kananIndah dicapai dan digenggam.

“Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak lansung.Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita.Dan kita sebagai anak yang soleh,hanya menurut.Saya memang terkejut dengan semua ni.Dan….saya masih lagi tak bersedia…Awak…bagi ruang untuk saya….Saya…melaksanakan tugasan tu…saya…”Indah tak dapat meneruskan kata-katanya.

“Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang,Indah dah ada pilihan ker?”Irfan menuturkannya berhati-hati..

Indah geleng.”Demi Allah…tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya.Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang…..saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya…Saya harap awak faham…”

“Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia.Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah.Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah.Indah ambillah berapa lama pun.”Irfan senyum.Senyuman tu…..buatkan Indah rasa serba-salah..

“Terima kasih Irfan…”Indah cuba tersenyum namun pahit.Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya.Bayangan yang sangat takut….

“Tapi…abang nak Indah patuh syarat abang..”suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.

“Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah.Boleh?”

“Insyaallah wak…”Indah angguk.

“Ehem…bukan awak tapi Abang..”Irfan membetulkan.Indah tersenyum..

“Hm…abang…”

“Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?”Irfan tersengeh nakal.

Indah terkedu.Pegang tangan?Matanya menala pada riba Irfan.Ya Allah…tangannya kemas digenggam Irfan.Tak sedar??Aduh..

Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit.”Indah nak tidur..”Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai.”Indah tidur bawah,abang tidur atas.”

“Tak…Indah tidur atas katil,abang pun tidur atas katil!”

“Tapi…”

“Indah..kan abang dah janji.Takkan Indah tak percaya.Abang kesian kat Indah,nak kena tidur kat lantai.Kalau Indah tak percaya lagi,abang letak bantal golek kat tengah.Ok sayang?”

Indah telan air liur.Hurm…bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan.Adussss…

“Ok”



Indah bangkit dari tidurnya.Mimpi tu datang lagi!Ya ALLAH…Sampai bila Indah kena hadapi semua ni?Indah tak larat..Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh.Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan.Suaminya tak ada.Kemana?

Pintu bilik air terkuak.Irfan keluar dari bilik air dengan tuala.Indah memalingkan wajahnya.Uh…malu..

“Indah dah bangun?Sekarang baru pukul 5.00 pagi.Abang nak buat solat sunat.Indah nak ikut?Boleh kita jemaah..”Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya.Indah angguk.Dah alang-alang terjaga,suami pula dah ajak..Afdalnya ikut jer lah.

Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Nak mandi pagi-pagi macam ni,memang Indah tak tahan.Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.

Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat.Tenteramnya hati Indah,hanya ALLAH yang tahu.Memang tenang mendengar bacaan suaminya.

Usai solat,mereka mengaji bersama.Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.

Azan berkumandang…Solat didirikan.
Dan seperti semalam…sebuah kucupan hinggap didahi Indah.



“Awal kamu berdua bangun…”Hajah Halimah menegur.Irfan hanya tersenyum.Indah pula sibuk menolong membancuh air.

“Kan memang selalunya along bangun awal..”Irfan menjawab.Cucur jagung disumbat kemulut.

“Selalunya tu memanglah..Tapi,ni bukan selalunya..Kan pengantin baru…”Hajah Halimah tersenyum mengusik.Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk.Dapat dirasakan pipinya memerah.

“Dah siap ke sarapannya?”Haji Ali muncul.

“Dah bang..Abang lambat datang.Pengantin baru ni lagi cepat!”

Ketawa Haji Ali bergema.”Mah oii,malu budak-budak tu.Tu ha,muka Indah dah merah tu.”Haji Ali masuk sekaki mengusik.Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka.Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa.

“Er..ummi,biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan..”Indah mencari jalan selamat.Tak lalu rasanya kena sakat jer..

“Eh Kak Indah..awalnya bangun.Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi..”Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya.Aduh…tadi ummi dengan abi.Ni angah pun nak masuk sekaki?Aduh..

“Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan.Panggil uda sekali ye..”

“Ok bos!”






Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan.Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan.Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan.Seminggu selepas kahwin,Irfan membawanya pindah kerumah baru.Kondominium yang sangat cantik dan selesa.

Awal dirumah itu,Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik.Dek kerana percayakan Irfan..akhirnya Indah mengalah.Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya.Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal.Mengingatkan itu,Indah tersenyum sendiri.

Yang paling Indah suka,Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama.Jika tak tahu,Tanya saja pada Irfan.Semuanya dia tahu.Untungkah aku?

Ya..memang untung.3 bulan bersama Irfan,tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan.Memang wujud rasa kasih.Cinta??Sumpah…dia tak tahu.Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari….

Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang.Mimpi dasyat.Semua tu gara-gara paranoid yang melampau.Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu.Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan.Semua tu amat menyesakkan dada.

“Indah….”suara yang dirinduinya menyedarkan Indah.Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.

Irfan menghampiri Indah.
“Esok abang nak pergi out-station.2 hari.Ipoh.”

Indah kerut.”Selalu sangat abang pergi out-station.Kan minggu lepas dah pergi?”

Irfan sengeh.”Dah kerja abang.Nak buat macam mana?Ker Indah rindu kalau abang tak ada?”

Indah geleng.Malu.”Tak..Pergilah.Malam nanti Indah susunkan baju abang.”





Indah melepaskan keluhan.Irfan…sunyinya rumah ni.Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah.Cepat dia buka pintu.Terkejut!Iffah datang.Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya.

“Iffah!Lama tak dengar cerita.Sejak aku kahwin,kau tak pernah datang rumah pun.”Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.

Iffah senyum tawar.”Kau tahulah aku,sibuk.Anak aku tu siapa nak jaga.Rizal asyik sibuk jer.”Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer.

“Indah…”Iffah menyeru.Indah angkat dagu.

“Suami kau pergi Ipoh lagi ker?”pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut.

“Mana kau tahu?”

Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul.Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko.
“Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia.Aku dah cuci.kau tengoklah.”

Indah kerut wajah.Perlahan dia capai sampul surat tersebut.Ditariknya isi didalam.Indah terkedu.Air matanya bergenang.Tanpa dipaksa,mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.

Irfan!Sampai hati.

“Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku..”

“Shhh..”Indah memotong kata-kata Iffah.

“Gambar ni bila lagi?”

“Bulan lepas.Tengoklah perut perempuan tu,dah besar.Aku agak dalam 7 bulan.Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar.Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia.”membuta tuli tuduhan Iffah.

Indah telan air liur. “Terima Kasih Iffah.Kau boleh balik sekarang.”lansung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.





Irfan memerhatikan isterinya.Kenapa nampak lain sangat ni?Tak mesra.Kaku.Aku baru balik,selalunya dia sambut semacam.Ni..

“Indah tak sihat ker?”tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV.Indah menepis perlahan.Irfan pelik.Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat.

“Boleh tak jauh sikit?Panas!”

“Abang rasa sejuk jer.Air cone ni tak cukup sejuk ker sayang?”

“Tak payah nak bersayang-sayang!”kali ni nada Indah dah melangit tinggi. “Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang,rupanya dah ada spare part!”Indah sudah berdiri dari tempat duduknya.Tangannya memeluk tubuh.

“Apa Indah cakap ni?”Irfan masih tenang.

Indah geram melihat ketenangan suaminya.Segera dia melangkah masuk kebilik.Seketika kemudian,dia keluar.Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja.Berterabur.
“Ni apa?”jari telunjuknya menala ke meja.

Gambar-gambar yang bertaburan,Irfan capai.Ditelitinya.Lama.
“Abang boleh terangkan.”

“Terangkanlah!Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni.Dah ada isteri!Indah ni isteri abang yang kedua.Cakap bang!Cakap!”nada Indah tak mampu dikawal.Irfan geleng.

“Bukan sayang.Salah faham.Salah faham.”

Mata Indah dah berair.Penipu!Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni.Irfan mengekori dibelakang.

“Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni..”Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.

Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. “Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?”air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.

Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. “Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan..”Indah kaku. “Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang.”kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya.Istimewa?Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!

Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.

Dump!

Indah kaget.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak.

“Abang!”tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. “Tolong!Tolong!”Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. “Telefon ambulans!”Indah mula menjerit lagi.

“Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja..”Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.

Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah.
“Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah..”sedaya upaya cuba diucapkan.

Indah geleng. “Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!”Indah membalas.

Irfan senyum senang. “ALLAH….”perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan.

“Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.




Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..

Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang….

Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan….sebab tu Indah salah faham.

Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang,Indah akan lakukan apa je untuk abang…Untuk abang…..

Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang………
Memori yang ada Cuma gurauan abang…
Abang………
Takdir ini dah ditetapkan…..
Takdir milik Allah…
Dan Indah terus meratapi.

Wednesday, November 11, 2009

perasaanku.....(jiwang punya tajuk)

muka qyqa yg agk gmbira,he3....


ASSALAMUALAIKUM.......................


heh,gaya mandat besar ni,huhuhu..
aaaaaaaa..........
baru jer pas habis exam!!!
hooooyahhhh!!!!
suker3!!!!!!!!!!!!!
sape yg kata lpas habis exam x best,sila angkat tangan....

Qyqa!!!!!!!
yup!!!!!!
pas habis exam bukannya seronok sgt pun bcos.............
lepas ni dapat result yang menakutkan!!!!!!!!!!!

huwarh........
memang rasa exam kali ni cam hampeh tahap cipan jer tau..
last paper tadi arab tinggi..
u know,waktu nak bt solan essay,kepala ni tetiba jer memberontak..
waaaa,dia tak mau keluar idea....
hehe...sabar jer lah.
qyqa tgk org sebelah,waaaa....
selamber jer dia.
mana taknya,teror arab..
qyqa ni ker....
huhu.....

nasib baik paper one tak susah sangat.
takat solan balaghah tu memang susah pon tapi sek bek yg qyqa bc tu kuar..
huh..kalu tak kuar memang ler.....

habis exam ni,tetap sibuk ok....
nak buat jamuan tapi susah betul nak pilih hari..
nak buat hari rabu minggu depan tapi ramai pula yang tak ada sebab bdk asrama yg jadi biro kena p kursus..
wa...kesian km yg tertinggal kat sini.

Sok pula ada reaseal hari anugerah kokurikulum...
he3...
qyqa dapat sbb masuk bahas...
menang tau,(pekehelnyer nak riak ni??Ya Allah....teruk!!!!!)
huhuhu

Lepas tu nak kena siapakan folio apa-ke-hentah...
orang lain da siap,qyqa baru nak buat,ekeke...
bagus tak??
perhatian!!!!!
jgn tiru sifat malas tu ye...

cuti ni pula,jgn nak berangan dapat rehat ye....
sbb koje skolah dah siap d packing oleh guru2 yg berdedikasi...
aha!!!!!
sbb ape ye??
SPM mali.................
SPM mali...................
huwarh3!!!!!!!
jd konklusinya,ehem....
pikir2 kanlah...

apalah yg qyqa duk merepek ni??he3.........
ok lah tak mau tulih panjg2.........
sakit tgn,he3....


wassalam...

Sunday, November 8, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 10

Aku terjaga.Badan aku ni,rasa sengal ya amat melampau-lampau.Dari posisi duduk,aku bangun mematah-matahkan sendi pinggangku.Ya Allah..lega baik punya.Wajiblah rasa sengal satu badan sebab tidur duduk bersandar kat batang pokok.Dah tu,manalah nak cari katil seempuk kuih bengkang dalam hutan ni.Nak tidur baring,memang aku takut.Bukan takut apa tapi…aku kat dalam hutan ni dengan mafia ye.Jadi kesimpulannya kenalah berhati-hati.

Aku tidur kat batang pokok sebelah Rizkin,asing-asing.Tak adanya aku nak tidur sepokok dengan dia.Tak tingginya daulat dia tu.Aku kerling Rizkin,mak aih…dia tidur!Siap baring lagi sesedap rasa macam ular sawa.Pulak tu beralas dengan daun besar.Entah kat mana dia dapat daun sebesar cadar tu.Tapi aku nak puji dia sikitlah sebab pandai buat unggun api.Kalau tak…memang berchenta dengan binatang buas nanti waktu tidur.

“Aku ni bekas pengakap bertauliah!”dia riak ler.Jadi,tak payah banyak cakap atau nak puji dia sebab dia tu besar kepala.Heh..besar kepala tapi ada semput?Huwarh-huwarh,mafia hitam ada semput deh?Lawak..Nasib baiklah bunyi ranting patah yang aku dengan Rizkin dengar semalam tu tak ada apa-apa pun,kalaulah bala yang datang alamatnya kena lari lagi.Heh..kang semput lagi.

Amma..yang aku ni dok berfikir tu apa pasal?Handset dari dalam pokek aku keluarkan.Ooooo,dah pukul 6.15 pagi,bolehlah nak solat.Tapi,mana nak cari air ni?Dengar bunyi sungai pun tak.Tayamun jer lah.Ni daruratkan?Ok!Bagus Hana.Walau apa pun,tak ada diplomasi kalau nak tinggalkan solat.

Aku melilau.Sekarang ni hutan masih lagi gelap.Dengan gunakan bantuan lampu handset yang agak malu-malu kucing tu,aku cari tempat yang sesuai untuk bertayamum.Selesai bertayamum,aku berdiri dan bertawakal dengan yakinnya kat mana kiblat.Tak ada telekung tapi baju aku dah tutup aurat.Pula tu semalam aku pakai stoking.Jadi,tak ada masalah kan.

Usai solat,aku datang balik kat batang pokok.Aku pandang Rizkin.Er..dia tu solat ker tak ye?Uh..ok,aku kejut jer dia.Aku capai ranting dan tujukan pada badan Rizkin.

“Ish..apa ni…”Rizkin menolak ranting tu.Heh,jolok hidung dialah.
Hasyyyyyum!!Bergema.Hahaha,dia bersin baik punya.Rizkin bangun,muka dia Nampak penat.Eh..buat apa semalam.

“Rizkin!Bangun!Sila bangun!Solat subuh!Minta petunjuk nak keluar hutan ni!Bangun bangun bangun!!”Aku bersuara deras.Rizkin mula bangun dari pembaringan tapi mata dia masih tertutup.Aku jolok telinga dia.

“Apa kes kau ni!Sewel ker?”Rizkin tepis kasar ranting kayu tu.”Kau tahu tak aku penat?Baru jer pagi tadi aku tidur sebab dah berjaga semalaman.Ni kau tetiba jer datang macam apa.Aku dah solat tadi sebelum aku tidur.Ni aku betul-betul baru tidur.”Suara Rizkin keras.Aku tarik mulut bawah.Aiyooo,pasal apa pula dia nak berjaga semalaman?

“Yang awak tak tidur semalam,siapa suruh?”Tapi seingat aku,Rizkin dah baring dulu sebelum aku.Dah betul dia tidur baru aku berani nak tidur.

“Eh kau ingat dalam hutan ni selamat ker kalau tidur tak berlindung ha?Ni bukannya tapak khemah weh.Ni betul-betul hutan.”perkataan betul-betul ditekannya.
“Kau bolehlah nyenyak tidur.Aku ni yang duduk berjaga.Aku saja jer pura-pura tidur sebab aku tahu kau takkan tidur selagi aku tak tidur..”Kali ni suara dia perlahan.Aku…ek??
“Aku nak tidur.Nanti kalau aku dah ada tenaga,aku bangun balik dan kita cari jalan keluar.”serentak dengan itu,dia kembali tidur.

Aku garu kepala.Kenapalah dia nak bersusah payah berjaga?Bukannya ada apa pun.Paranoidlah mamat ni.Tak adanya nak jadi tragedy.Entah betul entah tipu dia bangun solat tadi.Aaah,Rizkin tu bukan boleh percaya.Dia tu mengantuk sebab tak biasa bangun awal.Kan??Jadi Hana Humaira’ tak payahler nak rasa terharu ker apa.

Aku melangkah ke batang pokok.Ni nak buat apa ni?Baca buku?Hikayat hutan yang tebal?Tak pun hikayat Hana tersesat bersama mafia?Urhhh.Duduk bersandar kat batang pokok…tetiba mata jadi Garfield dan…kroooh…Wassalam ye.



Hasyyyyyyyum!!
Mak aih…gatalnya hidung.Aku buka mata.Wa!!!!!
“Oiit!Apa ni!?”aku silangkan tangan kedada bila tengok Rizkin kat depan mata.Dia ketawa.

“Hoi molen!Dah bangun?”Dia mengejek.Chait!!”Dah pukul 9.30 pagi ni.”dia berkata sambil menatap jam kat tangan.Aku bangun dari posisi duduk.

“Sedap tidur?”

“Dah awak tidur,saya pun tidurlah..”nak bela diri.

“Heh..kau tu tidur sampai matahari merajuk.Dah,jom makan.”
Makan?Mendanya nak makan?Tanah?

“Kat sini ada restoren ker?”nak jadi bendul…Tanya soalan bodoh.

Rizkin buat muka sinis.Dia yang berdiri depan aku tadi,berjalan kearah bekas tempat unggun api.Ada buah!

“Eh…mana dapat?”aku teruja.Memang perut dah lapar ni.Aku kan perut stoking.Aku datang dekat Rizkin.

“Aku dapat waktu tengah tidur tadi.Ada bidadari bagi.”Chait….asallah dia tak boleh bagi jawapan yang menepati skema?Kenapa mesti nak sindir aku yang baik hati ni?

“Dah..tak payah nak buat muka kesian.Duduklah.Kalau kau tak nak,aku lahap sorang-sorang.”Dia dah duduk.Aku pun duduk juga.Bila masa entah aku buat muka kesian.

“Aku pergi cari tadi.Dapatlah buah ni..”sambil tu buah dah masuk dalam mulut.Ooohh,dia cari.Pandainya.Tapi…

“Eh,boleh makan ker?Entah-entah ni buah racun?”betullah,kat tengah hutan ni.Lepas tu,tak pernah makan pun sepsis buah ni.

“Banyak songehlah kau ni.”kunyahan dia terhenti.”Sebelum aku petik,aku dah kajilah.Aku ada Nampak monyet makan.Tengok okey jer.Makan jerlah.Kalau kau keracunan pun aku tak kisah..”

Hak endah mafia ni..Huh..Aku ambil sebiji dan makan.Hurm..manis oooo..makan dan makan.

“Awak memang pengakap ker dulu?”soalan rambang,baik cakap dari sunyi.Rasa pelik.

“Hurm..”khusyuk makan.

“Banyak pengalamanlah ni?”

“Hurm..”

“Mesti seronok kan?

“Hurm..”
Aduh dia ni..aku punyalah berchenta nak Tanya soalan,dia?Hurm…Hurm…Hurm..
Menyampah betul aku.Selalu,ada jer modal nak cari gaduh dengan aku.

“Apalah awak ni,saya Tanya jawab sepatah.Macam cakap dengan tunggul!”

“Pergilah cakap dengan tunggul tu.”mulutnya menjuih.Chait!!!Benci.Okey..aku diam jer.Memang rasa sengal kalau cakap dengan orang yang kadang kala wayar terputus ni.Kejap tadi boleh pula nak cakap dengan aku,ni datang aura lain pula.

Selesai makan.Tapi jujurnya perut aku ni masih tak kenyang.Tapi okeylah daripada tak ada apa kan.Kami bangun.

Dia jalan.Aku ikut jerlah.Nanti kalau Tanya..jawapannya menyakitkan hati.Apasal cepat sangat emosi dia berubah?Hormon tak cukup tu.

Kami berjalan dan terus berjalan.Ni betul ker ni jalan keluar?Ish..Rizkin ni macam buat-buat tahu jer.Kalau lagi sesat,nak buat macam mana?Kami sampai di dua persimpangan.Rizkin bergerak kekanan namun aku static.

“Nak jadi tunggul kat situ ker?”Rizkin berpaling kebelakang bila aku tak gerak.

“Saya nak ikut jalan yang ni.”jari telunjuk aku terangkat ke sebelah kiri.Dahi Rizkin berkerut.

“Aku rasa ikut jalan ni lagi bagus.”

“Sebab?”

“Sebab aku nak ikut jalan ni!”dia berdegus.“Kalau kau nak ikut jalan tu,silakan.Kalau jadi apa-apa aku tak mau tanggung.”

Aku tarik mulut bawah.”Awak ingat saya takut ker ha?Tak takutlah.Okey,saya akan ikut jalan ni!”akuterus berjalan meninggalkan Rizkin.Huh mafia tu,makin lama nak tujuk ego konon.
Biar aku kena baham harimau daripada kena tunduk dengan arahan dia tu.Apa ingat mandat besar sangat???



Hana terus berjalan meredah hutan.Tapi kenapa rasa macam ada yang ikut kat belakang?Rasa macam diperhatikan.Dup dap dup dap rasanya jantung ni berjalan.Hana terus jalan secepat yang mungkin.Sambil tu tak putus-putus dia berdoa.Wa..janganlah berlaku apa-apa.

Hana berdiri static.Tak tahu kenapa tapi hati rasa tak sedap.Seketika kemudian,dia menarik nafas.Timbul perasaan sesal sebab tak ikut Rizkin.Walaupun Rizkin tu menyakitkan hati tapi sekurang-kurangnya ada juga orang nak bagi perlindungan.

Aaaa..apasal pula ni?Dah jom jalan.Baru jer kaki nak jalan,terasa tak boleh gerak.Apa kes?Kaki oh..janganlah nak mogok pula..Hana pandang bawah.

Ya ALLAH!!!!!!!!!Ular sawa tengah sedap membelit kakinya.Hana rasa nak jerit tapi tak terkeluar.Bulu romanya dah naik.Air matanya terasa nak terjatuh.Tolonglah…Sikit masa nanti,ular tu dah boleh nak belit seluruh tubuhnya dan wassalam.

Tak sedar air matanya menitik.Menyesal dengan ego sendiri.Kalaulah tadi tak ego sangat,tak jadi macam ni.Apa nak bua sekarang Ya Allah??Berikanlah bantuan.Hana menutup matanya perlahan.Dia dah tak berdaya.

Hana terus tutup mata.Mengalah?Ya lah tu.Sebab dah tak tahu nak buat apa.Hana terus pejam mata.

Seketika kemudian,terasa kepalanya diketuk.Kali ni apa pula?
“Dah,buka mata tu!Tak payah nak nangis..”Hana kenal suara tu.Hana buka mata perlahan.Terjegul wajah Rizkin..

Kakinya dipandang.
“Tak payah nak pandang bawah.Bendalah tu dah pergi.”kata-kata Rizkin membuatkan Hana bulat mata.Pantas tangan meraup muka.Syukur Ya Allah…

Wajah putih didepannya ditatap,dia dah jadi hero kali ni!Ikut hati nak peluk jer sebab dah selamatkan nyawa.Tapi,akal masih ada.Haram..

“Baik kau lap air mata kau tu,lawak!”Rizkin sengeh.Lawak betul bila tengok perempuan kampung ni menangis.Nasib baiklah hati dia tak tergamak nak biarkan Hana ni jalan sorang-sorang.Dah tu,ikut Hana jalan belakang.Bila tengok kaki Hana dah kena belit dengan ular,cepat-cepat dia cari kayu dan bakar..Lepas tu,suakan kat ular tu.Nasib baik mau pergi.

Hana mengambil hujung selendangnya dan mengelap matanya.Ish..buat malu jer nangis tadi.

“Mana ada nangislah!Mata masuk habuk tadi.Kalau awak tak datang tadi pun bukannya ada apa pun..”Hana menjawab.

Rizkin buat muka.Ingatkan aku ni jer yang ego besar gajah,si molen ni pun 2x5 jer!
“Bukannya ada apa pun..”Rizkin buat nada mengejek.“Kalau aku tak datang tadi,agaknya kau terus menangis tak buat apa.Terus nak serah nasib mati cam tu jer..”

Hana tarik muka.Rizkin sinis.Eh..lawa juga muka budak ni ye..Aaaa dah Rizkin,tak payah!
“Jom,terus jalan..”

Jalan dan terus jalan.Rizkin mengerling Hana.Lambatnya dia ni jalan.Mesti fikir lagi pasal benda tadi tu.Rizkin mencapai lengan Hana berniat mahu Hana jalan lebih cepat.Namun Hana pantas merentap.Wa..tu baru pegang berlapik tu..

“Asal pula nak pegang-pegang saya?Awak jangan ingat awak dah selamatkan saya,awak boleh nak pegang saya ek..”

“Eh..kau ingat aku lahap ker nak pegang kau?Tolong sikit ye,kau tu jalan macam siput khinzir,lembab sangat..”Rizkin membela diri.

Hana berhenti berjalan.Rizkin pun sama.Apakehelnyer lagi budak kampung ni?Dilihatnya Hana mengutip ranting panjang lebih kurang 2 jengkal.Hana angkat ranting tersebut.

“Awak pegang belah utara,saya pegang belah selatan.Ha..Selamat kan?Tak payahlah awak nak pegang-pegang saya.”Kening Hana terangkat.Rizkin angkat bahu kanan.Ikut jerlah.Kedua-duanya terus memegang ranting tersebut sambil berjalan.Konon-kononnya ranting tu jadi penyambung antara mereka lah tu.

Mereka terus berjalan lagi.Harap dapat keluar.Rasanya hutan macam ni tak tebal kot.Rizkin bulat mata dan pandang Hana.

“Did you hear what I’m hear molen?”

Hana pandang Rizkin.Tangan kanannya naik ketelinga cuba menecam bunyi yang Rizkin dengar.

“Bunyi air!!!”Hana girang.Yabedabedu……..

“Jom cari datang dari mana.”




Aku seronok.Rizkin pun sama.Wa….dah sampai kat sungai weh..Sukanya.Aku rasa ni hulu sungai.Airnya betul-betul segar.Tak tunggu dah,terus jer aku minum.Huh..leganya.

“Eh,kau minum air tu?”Rizkin bertanya.Aku angguk.

“Lah…aku baru jer…”mata Rizkin menghala pada bahagian sungai yang lebih atas sikit dari tempat aku minum.Arrr..janganlah dia cakap yang dia dah buang air kecil dan aku pula dah minum.Tapi dari riak muka dia tu…wa..susah nak ditafsirkan.

“Aku ludah…”Rizkin ketawa.Ha..seronoklah sebab dapat kenakan aku.

“Bila nak berangkat balik ni?”aku bertanya.Malas nak layan.

“Kita stay dulu kat sini,tak mau?”cadangan keluar.Nada dia dah mula serius.
“Sekarang dah pukul 3.00 petang.Hutan ni cepat jer gelap.Aku rasa kalau gerak pun tak jauh mana.Kalau stay dulu kat sini,ada juga bekalan air..”Rizkin garu hidung.

Betul juga tu..Tapi..
“Aaa apa kata kalau kita jalan jer ikut anak sungai ni.Bila dah petang betul baru kita berhenti nak?Kita tak bazir masa dan dekat juga dengan bekalan air.”

“Okey.Jom solat dulu lah.”

Aku angguk.Seronoknya,kalau tadi solat guna tayamum,ni dah boleh ambil air sembahyang dah..Suka suka suka…

Selesai solat,kami terus berjalan.Sambil tu bila berjalan,Rizkin tangkap anak ikan dan bubuh kat daun.Ha..boleh makan buat lauk.Tadi waktu berhenti,tak makan pun.Eh..main berhenti-berhenti ni macam kat R&R pula dah..

Bila jer aku tengok handset,dah pukul 5.00 petang.Dah mula gelap dah.Betullah cakap Rizkin,hutan ni cepat betul gelap.Dah tu,nama pun hutan..

Kami berhenti.

Hutan makin gelap.Aku lepas jer solat asar tadi terus nak simpan air sembahyang,malas nak ambil banyak-banyak kali.Tapi hasrat terbantut bila Rizkin suruh aku siang ikan.Wa..nak pakai apa nya?Pisau pun tak ada.Jadi,dengan penuh keyakinan,aku belah jer perut ikan dengan jari.Nasib baik ikannya kecil.Tapi banyak..Nak kata geli,tak pun..Dah biasa,Lainlah kalau ular..okey,tak mau sebut lagi!

Lepas maghrib,ikan dibakar.Baru aku tahu,rupanya Rizkin buat kayu api dengan lighter.Ceh..ingatkan pandai sangat.

“Awak merokok ker?”aku Tanya.Dah tu,buat apa simpan lighter?

Rizkin pandang aku.”Cubalah anjakan paradigma sikit kau punya pemikiran tu?Asal simpan lighter jer perokok ek?”

Aku tarik mulut bawah.”Tanya jer.Tu pun nak marah.Tak cukup hormone betullah..Tak nak jawab sudah..”

Kesudahannya,persoalan aku tadi tak terjawab.Baik lah berchenta dengan ikan-ikan ni.Hurm..sedap!Memang sedap!Perut lapar,semua pun sedap..





Pukul 8.15 di villa Tengku Rubiah.
“Jadi Tengku,apa nak cakap ni?Tengku Rizkin dengan Hana tak ada.Ni live pula tu.”Sya bersuara.

“Awak jangan risau.Bila jer mula rancangan tu,buat apa yang patut.Bila dah tiba masa nak umumkan penyingkiran,awak halakan kamera pada saya dan saya akan cakap.”Tengku Rubiah tenang.

“Apa yang Tengku nak cakap?”Sya nak tahu.

“Awak akan tahu nanti.”tegas nadanya.Sya dah tak berani nak cakap apa.Dia meninggalkan Tengku Rubiah dan menghampiri finalis yang lain.

“So Sya,how?”Eurica bersuara.

“Wait and see..”

“Ceritalah Sya..”Zarra pula masuk sama.

Sya buat muka serius.”After this okey.Cepat bersedia.In 10 minutes will start.”

Semua akur.Dalam 10 minit,rancangan dimulakan.Yang uniknya,tak ada pengacara.Cuma suara latar jer.Program ni dimulakan dengan imbasan aktiviti yang dibuat sepanjang minggu.Kemudian pandangan finalis.

Tiba waktunya,penyingkiran.Muncul Tengku Rubiah duduk dikerusi khas yang ada diantara finalis.

“Assalamualaikum semua…”mukaddimah.

“Seperti yang semua Nampak,hari ni Tengku Rizkin Ajmin dan Hana Humaira’ tak ada diantara kita.Kemanakah mereka berdua?”nada suspend.

“Sebelum saya mendedahkan dimanakah mereka,saya nak bacakan balik kontrak Program Pilih Hati ni.”Kertas ditangan diangkat.
“Fasa 4,Tengku Rubiah berhak mengubah kontrak ini dan mengawal sepenuhnya peraturan kontrak..”

Kata-kata Tengku Rubiah membuatkan para finalis berpandangan antara satu sama lain.Kenapa?Apa kaitan dengan kontrak pula.

“Rizkin dah buat keputusan bahawa dia nak pilih Hana Humaira’ sebagai isterinya dan sebab itu mereka tak ada disini sekarang!”

Jangankan para finalis,kru produksi pun terkejut!Abang kamera,si Hazrik lagi terkejut badak.Rizkin dengan Hana apa?

Che Nah yang menonton dari rumah tersedak.Apa yang Tengku Rubiah cakap tadi?Che Su disebelah dipandang.

“Akak…Hana dapat jadi isteri Tengku?”Che Su,mak si Ayob tak percaya.Che Nah geleng.Tak mau cakap banyak.Terus pandang TV balik.

“Dan saya dah bersetuju.Jadi,secara rasminya Program Pilih Hati ni berakhir disini..Dan menurut fasa 5 bila saya ubah kontrak,para finalis akan diberi pampas an.”

Semua terpempam.Tak percaya.Biar betul Tengku Rubiah ni?Entah-entah tak berapa nak betul ni?

“Kita kembali selepas ini.”

Iklan ambil alih.Semua meluru ke arah Tengku Rubiah.
“Why Tengku?Why?”Eurica terus bersuara.Mukanya Nampak tak puas hati tahap hiperbola punya dinosaurs.

Tengku Rubiah tenang.
“Awak dengar kan apa yang saya cakap tadi?”

“You lied!”

“Semalam Rizkin ada telefon saya.Dan seperti yang awak semua dengar tadi,dia pilih Hana Humaira’..”masih lagi tenang.

“Tak mungkin!Tengku Rizkin tak suka Hana!He hate the ugly village girl very much!”Zarra pula.

“Kita tak akan tahu apa yang ada dalam hati Rizkin.Saya pun terkejut.Jadi,bila dia dah pilih Hana,saya terus setuju.”

“Jadi,diorang ada kat mana sekarang ni?”Sya menyoal.

“Will know soon..”

Para finalis tak puas hati.Hazrik yang dengar mula berfikir.Tak..tak mungkin Rizkin dengan Hana?Mesti ada yang tak betul ni.Hazrik yakin sangat-sangat.Dia tak tahu apa,tapi seperkara yang perlu dirungkaikan.Tak mungkin Hana boleh nak terima Rizkin yang dipanggil mafia tu.



Tersedak-sedak aku dengan Rizkin.Siapa yang kutuk aku dengan dia ni ha?Rizkin pandang aku,aku pandang dia.Entah…hati rasa tak sedap semacam ni..Memang tak sedap.Entah-entah mafia ni pun dapat rasakan apa yang aku rasa tak?Apa ye sebenarnya?

*
siap jg n3 kali ni,huhuhu..pikir2 balik,tak payahlah bagi pilihan ek...tak per kan..ok enjoy n sila hentam jika tak best...tegur jika silap...cayang sume...

Friday, November 6, 2009

terSEWEL betullah....

ASSALAMUALAIKUM....
ehem...
mukaddimah yg penting walaupun n3 kali ni nak critakan kesengalan yg berja di hati ni(zati,pinjam nama ko jap!he3...)
sebenarnya qyqa nak cerita skit pasal perkara sewel yg berlaku td...
GERAM!!!!!

nak dijadikan cerita...
tadi kwn qyqa,si umi kg pahit ajak kuar ler p pekan sbb minggu ni bdk ostel bole p outing..qyqa pun tader hal,bole jer sbb bole lepaskan BIOL pale hotak ni pas jawab BIO 3 n PQS(pendidikan al-quran dan as-sunnah)tadi..

waktu pergi pekan tu,ok lagi lah sbb tumpang ayah kawan..
ha..kira mandat tahap besar gajah ler ni sbb tak payah nak p berhimpit naik bus..
selesa pun selesa..
air cond lagi u...
hek3...

then sampai pekan,round2...
dari the store pegi ke your choice ke wah siah..
nak berhenti kat KFC...BOIKOT!!!!(sbnarnya x cukup pitis,hek3)
jalan lagi dan lagi...

tgk jam...wow!!!
dah nak dekat pukul 4.30...
so,umi ajak balik..
qyqa pun okey jer..
ha,p balik naik atas panjat jalan2 g bus station....
nak tunggu kat tempat lain nanti mesti bus penuh..
so nak dijadikan cerita,bas datang lebih kurang 4.30ptg..
happy giler!!!!
wa...bole balik awal...
bila tgk da ramai orang naik bas,kami dua pun naik jg...
survey tempat duduk..
qyqa duk tepi tingkap n umi duk sebelah..
ooooo...key..asal ramai sangat banggla ni or nepal??
tak tau...

tunggu punya tunggu punya tunggu...
aiiiii...
ni da melebih ni...
wa,dah lebih pukul 5 ptg ni...
pekehelnyer dah??
penumpang makin ramai naik bas..
sian kat umi sebab duk kat area bahaya..

"aku tak tahanlah bau depa ni..."
ayat kesian umi..hahaha..qyqa yg duk tepi tingkap pun tahan berchenta,nikan pula dia..

budak asrama yg len dah resah gelisah..
alamat kalau sampai ostel lambat,mapus ler...
nanti guard tu bising...

ok...proses penungguan diteruskan...............
pukul 6.00 ptg!!!!!!!!!!!!
mak cik kutip tiket baru naik..
keadaan dalam bas dah parah!!!
sesak tahap gaban...
bas lagi satu sampai..

"siapa nak naik bas sebelah,pergi..."

oooookey...
qyqa dgn umi and da jg bdk ostel yg len ambik keputusan nak naik nas sebelah sbb rasanya bas tu lagi awal bertolak kot...
tgk2!!!!!
bas yg kami baru tinggalkan tu....
p jalan dulu!!!!!
apa rasa sekarang????
huwarh......
bdk asrama dah bising....

tiba-tiba da dgr laki cakap dengan telefon sambil berdiri kat belakang..

"BA*I KO!AKU TGH NAK NAIK BAS NI..*%$***%%%%........"

selamber badak toya jer dia mencarut...
okey,lantak kaulah...
bas masih bising......
tiba2....

"woi!x bole diam ker?aku bayar tiket ni,nak cakap dalam telefon......".....BLA BLA BLA BLA BLA...
laki yg mencarut tadi tetiba jer meroyan....
dia marah kat bdk asama and mat bangla sbb bising..
mula2 kitorang wat x taw jer tp makin lama laki ni makin mroyan...
aiyoooooooooooooooooooooooooooo................

qyqa da genggam tgn umi..
qyqa takut kalu da pergaduhan...
wa..,,,
tamau!!!!!!!!!!

sampai di destinasi.......
bdk asama n qyqa turun...
bila tgk bas,nampak laki td bg fuck kat bdk asama...
YA ALLAH....
tu ISLAM ye!!!!!
MELAYU........
SEWEL TAK??
SEWEL KAN....




tu jer nak cerita sbenarnya...
hek2...
exam qyqa da lagi 3 hari,
SENIN-FIZIK 3 N CIK MISTERI 3
SELASA-BIOL 1 N 2
RABU-BAHASA ARAB...

pastu??
hooooyah!!!!!!!!!!!
There was an error in this gadget