“Awak potong rambut awak,buang warna perang yang kat hujung rambut awak dan tukar gaya.Awak tu dah jadi suami gadis sopan dan bertudung.Amacam?”kelip mata banyak kali.Bajet comel.
“Erk...”
Kening aku angkat.Ha,kenapa tak percaya ker?Rizkin mengusap dagunya yang tak berjanggut tu.Kenapa tak mau simpan janggut ya.
“Eh kau ni,aku nak ubah kau,ni terbalik pula.Kalau macam tu,tak payah pun tak pe.”
“Eh..tak boleh!Saya memang tak mau ubah imej saya ni tapi awak wajib kena ubah imej awak tu.Ehem,sebab..”kening angkat 2 kali.
Dia macam faham. “Ugutan?”
Geleng. “Pilihan tu.”
“What the??”
“Encik Rizkin.Dengar ye.Puan Hana nak berhikayat.Rambut awak tu tak menepati kualiti seorang lelaki yang macho bagi saya ni.Jadi,awak pun tahu kan awak patut penuhi apa yang saya nak.Ada faham?”
Keluhan besar. “Whatever.”
Gotcha!Hana menang lagi.Tepukan gemuruh banyak kali. “Quira!”
@@@@@@@@@@@@
“Lama lagilah nampaknya saya kena duduk kat rumah Tengku ni.Segan saya.”teh dihirup perlahan.Sedap.Tambah petang-petang macam ni bersantai dekat taman villa ni.Cantik.Dah tak payah nak pergi berjalan-jalan kat luar.
“Ala Che Nah,awak tu bukannya orang lain pun.Besan saya juga kan.Tak luak apa pun kalau awak duduk berlama kat sini.Seronok saya.”Tengku Mariah senyum.Matanya menjeling mak mertuanya disebelah yang sibuk membaca surat khabar.Memang pelik.Orang nak dapat khabar dari surat khabar tu waktu pagi.Yang mak mertua sorang ni,suka baca petang-petang.
Surat khabar diletak. “Betul tu.Sementara nak tunggu diorang sanding ni.Sebulan je lagi.”cekodok disumbat ke dalam mulut.
Berkerut muka Che Nah. “Sebulan?Persiapan sebulan jer ka.Cepat betul.Orang selalu bersiap paling kurang 2 bulan setengah.”
Betullah.Nak buat persiapan persandingan bukan boleh main cincai jer.Kena rancang banyak benda dan melibatkan banyak orang.Nak tempah macam-macam segala bendalah.Tambah lagi nak buat persandingan orang kaya.Tak kan nak buat macam pondok-pondok?
Perlahan ketawa Tengku Mariah. “Che Nah,kalau kena dengan gayanya jangankan sebulan,seminggu pun boleh siap semuanya.Janji kena ada fulus.”
“Segan betul saya.Pihak kami tak keluar langsung duit untuk persandingan nanti.”
“Nak segan apa.Tak kisahlah.Yang penting boleh bagi yang terbaik buat Rizkin dan Hana.Harta kalau simpan banyak-banyak pun tak boleh bawa mati.Baik digunakan untuk sesuatu yang berguna.”Tengku Rubiah berkata perlahan.Teh dihirup. “Oh ya,Che Su dah sampai kampung ker?”Teringat Che Su,tadi pagi-pagi nak bertolak ke Gerik naik bas KL-Gerik.Pelawa nak suruh driver hantar,katanya tak mahu menyusahkan.Katanya tak boleh nak tinggal rumah lama-lama.Nanti nak dekat hari persandingan,dia kan datang balik.
“Dah.Dekat pukul 3 tadi.”
“Ha’ah lah,dah petang macam ni,Rizkin dengan Hana tak balik-balik lagi.Dari pagi keluar.Ke mana agaknya?”persoalan dilontarkan Tengku Mariah.
“Biarlah diorang.Bukannya salah.Lagipun tadi mak suruh diorang pergi agensi perlacongan.Seronok sangat tu.”
Elok ja Tengku Rubiah habiskan ayat,dengar terus bunyi kereta Rizkin.Taman yang dekat jer dengan garaj kereta,boleh terus nampak Hana keluar dengan muka yang tersengeh-sengeh.Betullah cakap Tengku Rubiah,budak berdua tu seronok.
Hana datang kearah meja mereka bersantai.Kerusi kosong yang tinggal satu jer,terus diduduknya.Penat.
Tapi pelik,mana Rizkin?
“Hana,suami kamu kenapa tak keluar kereta?”
Tangan yang nak capai cekodok terus terhenti.Laa.mafia ni tak keluar kereta lagi.Baik,faham dah.Malu ker?Wakakaka.
“Kejap lagi keluarlah tu.”Selamba jer jawab.
Rizkin yang kat dalam kereta dah macam cacing kepanasan.Hampeh punya bini.Dia tinggal aku sensorang dalam kereta ni?Tak ada ihsan lansung.Dahlah menjadi catalyst rambut kesayangan aku ni terkorban.Dari cermin kereta boleh nampak muka Hana yang tersengeh dan 3 lagi wanita dewasa yang dok ushar kereta.
Ok Rizkin,macho beb macho!Keluar tunjukkan gaya rambut baru kau ni.Ok,keluar!Pintu dibuka dan kaki melangkah kearah mereka.
Wajiklah tak terbuka luas mulut Tengku Rubiah dengan Tengku Mariah.Ini..Ini..Rizkin??Look..eerr.
“Wow Rizkin!Nenek dah tak ingat bila kali terakhir kamu potong rambut pendek macam tu!Sangat handsome!”mata masih lagi bulat memanah cucu kesayangan.
“Betul.Kamu pernah cakap tak kan potong rambut atas kolar.Now look at you sayang,so handsome!Dah tak berkarat.”
Maunya Hana tak gelak dengar Tengku Mariah macam tu.Heh..Rizkin itu bukanlah karat pada rambutnya saja tapi pada dalaman.Luaran dah beres di hakiskan.Cepat mulut ditutup bila pandangan Rizkin tajam kearahnya.Oh ya,isteri mithali perlu menjelma sekarang.Cepat dia bangun dan bagi Rizkin duduk.
“Jadi,Hana dah berjaya buat kamu potong rambut.Hm..lepas ni apa lagi agaknya ya.Nenek bagi kredit plus kat kamu Hana.”
“Terima Kasih nenek.”
Hana sengeh gembira.
Rizkin sengeh bakar punya dalam hati!
@@@@@@@@@@@
Huh.Apakah kerja isteri memang termaktub dalam Batu Bersurat bahawa perlu memanggil suaminya untuk turun makan?Penat-penat aku turun bawah,kena balik naik atas panggil mafia ni makan.Heh.Takkan tidur kot?Baru pukul 8 malam.
Baik.Pertama,kena ketuk pintu ker terus terjah macam Nas Ahmad ye?Tangan dah naik nak ketuk pintu tapi tiba-tiba tak jadi.Ceh,bajet aku macam setiausaha nak masuk bilik bos siap kena ketuk-ketuk pintu.Nasib baik tak bawa fail ke hape,lagilah macam setiausaha pun.
Ha,pilihan kedua-redah jerrr.Masuk.Pintu tak kunci.
Ha,betul.Dia tengah tidur!Ya Allah.Entah solat ke tak mamat ni.Pandangan bertebar.Sejadah ada tu.Betullah tu.Solat kot.Hm..tak elok taruh syak.
Dia..pakai..kain pelekat?Tak tahu pula aku mamat mafia hitam ni boleh pakai kain pelekat.Tapi baju T maintain hitam.
“Rizkin..Rizkin..”ibu jari kaki dia aku kuis.
“Shhh!”
Mak!Terkejut den.Matanya tutup tapi mulut menghalau.Mimpi jadi penjaga ayam apa?Pelik pelik.
“Apa punya Hana..”aku yang baru nak kuis dia,terus terhenti.Dia baru sebut nama aku tadi.
“Banyak problem betul.Aku kena ikut pula game dia.Hampeh!Dahlah kolot.”Wah wah wah.Inilah yang dikatakan bencian hati yang amat melampau hinggakan dalam mimpi pun nak kutuk aku?Nak kena. “Tapi..Nasib baik comel.” Terus bulat mata.Dia cakap aku comel?Bangga bangga.Apa lagi dia nak cakap ya?
Amma..aku kena kejut dialah.Pekes pula nak tunggu dia buka hikayat?Aiseh.Baik,mari ke bilik air.Dah siap cebok aku penuhkan dengan air,terus dekat Rizkin dan renjislah...
“Huwarh!”Refleks terus dia bangun dan tangannya terawang macam orang lemas.Mata dia buka dan..
“Hana!”terus bangkit dari katil.
“Pekes kau simbah aku ni?”
“Dah awak tak mau bangun.Bukannya simbah pun,renjis jer..”bela diri.
“Renjis jer..”dia mengejek. “Meh aku nak renjis kau.Air dalam cebok disentuhnya dan direnjis kat muka aku.
“Apa ni?”aku tak mau kalah.Tangan kanan nak sentuh air dalam cebok tapi cepat disambar Rizkin.
“Nak buat apa?”
“Nak balas dendamlah!”jawab kasar.
Dia cuba rampas cebok.Aku angkat tinggi walaupun tak logik perbuatan tu sebab dia lagi tinggi dari aku.Dok berebut cebok,aku kalihkan bendalah tu sana sini,Rizkin cuba pula nak capai.
Dush!Pap!
Bunyi air yang menyimbah dan cebok yang dah jatuh ke lantai.Kami basah!!!Dia tenung aku,aku tenung dia.
“Salah kau!”
“Salah awak!”
Serentak kami berkata.
“Aku tak kira,kau kena mop balik air yang tumpah ni.Mak Jah dah balik dah.Tak boleh nak suruh dia.”Arahan.
@@@@@@@@@@@@@@@@
“Takkan dah habis makan?”Rizkin pelik.
“Yalah,nenek suruh Hana panggil,lama sangat.Sampai kami dah habis makan.Apasal lambat?”Tengku Rubiah dah sengeh nakal.
Rizkin gelak tak ikhlas. “Terlepas bas.”
Tengku Rubiah geleng. “Nenek naik dulu.Kamu makanlah dengan Hana.”Rizkin angguk dan terus duduk diatas kerusi.
“Eh,semua dah habis makan ker?”aku garu kepala.Aha,tak pakai tudung pun.Tak dosa.Buat apa nak susahkan diri berpanas dalam rumah.Lagipun Rizkin tak heran punya.
“Yelah.”jawab malas. “Cepat hidang,aku dah lapar.”
Eh..arahan.Suka sangat bagi arahan.Dahlah menyebabkan aku lambat sebab nak mop bilik dia dan terpaksa tukar baju yang dah basah.
Dengan hati yang nak tak nak,aku senduk lah apa yang ada.Nampak spegeti atas meja,dah tahu yang Rizkin nak makan tu dan bukan nasi.Pelik,aku yang makan tiap-tiap malam tak adanya gemuk pun.Dia pula lelaki tak mau makan nasi malam-malam takut gemuk.
Dah hidang apa yang patut,aku tarik kerusi setentang dengan Rizkin.
“Tolong baca doa.”
Dah,makanlah!Sedap betul.Nyam nyam.Alhamdulillah.Mak Jah memang superb kalau bab masak-masak ni.Mak Jah mungkin orang gaji yang boleh dikatakan agak istimewa sebab ada waktu balik yang berlainan.Aah,Mak Jah tak tinggal pun kat villa ni.Dia dengan pak Mat tinggal dekat rumah sendiri.Awal-awal pagi dah datang villa ni tapi waktu malam balik.Hari isnin,selasa,rabu,sabtu balik lambat dan hari-lain balik awal.Macam hari ni,khamis.Mungkin sebab nak baca Yasin kot.Ceh..aku dah macam jadual bergerak Mak jah pula.
“Weh..”
Aku angkat muka.Apa?
“Aku tak pelik ker dengan rambut macam ni?”
“Asal pelik pula,okey apa.Nama pun lelaki,kenalah rambut pendek.Tak payah nak panjang-panjang.”
“Sejak lepas sekolah,aku tak pernah tau simpan rambut pendek macam ni.Hitam tak berwarna macam ni.”
“Kenapa?”pelik.
“Tak stail weh rambut pendek-pendek.Macam skema tahap pluto.Tak macho.”
“Biar saya sorang jer cakap awak macho.Perempuan lain tak payah.”aku cakap laju.Tangan menyumbat nasi dalam mulut.
“Aha!Kau nak cakap aku macho kan?Atau lebih tepat handsome macam Kamal Adli ha?”ewah..dah keluar aura perasan dia ni.Susah kalau orang SS.
“Tak ada maknanya.”aku terus tunduk makan.Tapi betul,dia handsome.Macam Kamal Adli ataupun lebih handsome sebab dia lebih putih dan gigi pun rapat-rapat tersusun cantik.Memang kalau Kamal Adli tengok dia wajiklah nangis.Haha.Dan dengan rambut dia yang pendek memang macam Kamal Adli.Eh aku ni..Asyik Kamal Adli,dia bayar aku ker?Haha.
@@@@@@@@@@@@
“Eh,apasal tak naik lagi?”terkejut aku.Tadi sebelum aku basuh pinggan,dia cakap nak naik.Ni tup tap dok duduk lagi kat meja makan.Tunggu pencuci mulut dari Bulan ka?
“Tunggu kau.”Apa dia cakap? “Kat rumah ni..”nada seram. “Malam-malam keras sikit.Aku takut kang kau terserempak dengan benda tut,tak ke naya?”
Aiseh..takutlah konon.
“Okey,saya harap dia tak terkejut jumpa awak kat bawah ni.Saya naik dulu.”terus kaki melangkag.Rizkin ikut belakang.
Sampai kat bilik aku. “Saya masuk dulu.”
“Hana!”aku pusing balik bila dia menyeru.Aku pandang dia.
“Emm..Aku..aku..”
“Apa?!”
“Nak..ni!”rambut aku diramasnya dan terus dia lari menuju ke biliknya.
Piuh!Rambut yang berjuntai kat dahi aku tiup.Hampeh punya Rizkin!Pergi masuk Kampung Dusunlah kawan dengan Sarip Dol.
*akhirnya,lahir juga baby CC yg ke 15.Ampun lambat ok!!
*untuk penghargaan buat qyqa,tolong tekan iklan nuff banyak bertubi ya kalau dia dah terjaga.Suka betul tidoq~blog x ramai org singgah.
*enjoyzzzzzzzzzzzzz.
13 comments:
makcek..!!
nk lagik..haha..
cuti skola wajib kasi lagi satu..
oke??
nuff kau kuat tdo..!
tengok la kalu omwok aku x da..
hek3..
nuff aku tu tdoq sbb aku bg bantal.
ko punya nuff da bape weh???
aku ciput!!!!
haha..kau punye bpe??above 50 ade?
hohohoho....
best2....
x sbr nak hana ngn riz brcnta...
dua2 ego...
zatie,aku punya blum sampai ag..
ho3
epy elina,
tq!!
qyqa,,,
aku syg kamu!!!
:))))
trimas yaaaa...
erk..
apa ke mende nye nuff tuhhhh???
yes!!!
finally ada en3 bru..
tp nk lg..heheh
best ar qyqa..
nak lagi boley x??
maryam.......
same2..
syg ang jg..he3..
nuff tu iklan.
fzm2...
nak lagi boley3..
wait ya.
sarah...
tq2..
boley...
kalau bleh,post cepat -cepat erk....
Post a Comment