[[QYQA'S]]

Tuesday, October 6, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 6


“Memang dia nak Hana matilah tu!”aku berdengus.

“Sabar…”suara mak dihujung talian cuba menenangkan aku.”Salah Hana jugakan.Siapa suruh kenakan Tengku..Tak baiklah”

Aku melepaskan keluhan.Dari posisi baring,aku bangkit.Dah lama juga ni aku berbual dengan mak.Sampai telinga pun dah rasa panas.Yelah dah lama tak telefon mak,memang banyak benda yang nak dibualkan.Semua pasal Rizkin yang menjengkilkan tu,aku ceritakan kat mak.

“Tu lain mak.Tu sebab Hana nak bagi pengajaran kat dia.,Mak tahu,dia tu manusia paling bongkak pernah Hana jumpa!!Hana tahu dia yang sabotaj Hana.Julap tu angkara dia..”

“Hana ada bukti ker?”

“Ada..Hana Nampak dia kat bilik Zarra.Dia pegang botol julap tu.Lepas tu bagi kat Zarra.Hana yakin sangat yang dia upah Zarra.Tu yang sampai Zarra boleh menang walaupun Cuma masak telur rebus dan roti bakar.Logik ker?Kalau amali KH tu,wajiklah dapat C-!!”aku bersuara keras.Bukan nak kurang ajar kat mak tapi ni aku lepaskan kat Rizkin alias mafia tu.

“Dia nak uji Hana tu.Hana sabarlah.Untung sabut,mak dapat menantukan dia.Ye tak?”ketawa mak pecah.Aduhhh,mak ni.Dah datang dah aura Raja Lawak.

“Kalau mak dapat menantu macam dia tu,meranalah jawabnya!Baik Hana ambil Hazrik jer..”

“Hazrik?Siapa pula tu?”

“Kawan Hana..dia cameraman.Ni,Hana telefon guna handset dialah.Dia bagi pinjam.Dia baik mak..”aku terangguk-angguk.Ceh..bajetlah konon mak boleh nampak,hehehe.

“Baik sungguh dia.Tapi Hana,jangan ingat semua orang yang baik dengan kita ni baik..”

“Yelah mak….Hana anggap dia kawan baik Hana jer.Mak jangan risau…Hana…”

Kata-kata aku mati bila ketukan dipintu berbunyi.

“Mak,nanti Hana telefon.Ada orang ketuk pintu bilik ni.”

Aku segera mematikan handset bila mak membalas salamku.Tudung aku capai dan terus buka pintu.Eh…apa kes pula dia datang kat bilik aku??Mimpi siang eh…Sengal jer aku rasa.



Che Nah memandang telefon.Hana..rindu betul kat anak dara yang sorang tu.Memang sunyi bila Hana tak ada.Tambahan pula bila Hana dah lama tak telefon.Nasib baiklah ada TV.Boleh juga tengok Hana kat TV tu.Kesian pula dengan nasib Hana kat sana.Harap-harap Hana selamat.Sebab Che Nah yakin dengan janji Tengku Rubiah..Janji rahsia antara dirinya dan Tengku Rubiah.Ye…hanya mereka berdua.

Che Nah melangkah kebilik.Almari yang sudah usang,dibuka perlahan.Che Nah menjengkitkan kakinya.Kotak besi kecil dikeluarkan dan dibawa ke katil.Perlahan-lahan,tangannya membuka kotak tersebut.

Rantai emas berloketkan hati dikeluarkan.Loket diperbuat daripada platinum dan berukir nama Hana Humaira’.Ya…kat dunia ni hanya ada 2 jer rantai ni.Satu di sini dan satu lagi tak tahu dipelosok mana..Ada sesuatu yang membezakan rantai ni dengan rantai-rantai yang lain.Ukirannya.

Bila sampai masanya,rantai ni perlu diserahkan pada Hana.Ya…bila Hana dah dapat rantai ni,maka rahsia yang disimpan selama ni juga akan terbongkar.Hana berhak tahu dan dia wajib dedahkan pada Hana.Entah apalah reaksi Hana…Hana Humaira’..anak mak…



Aku peluk tubuh.Dia pula angkat kening.Eh…berdaulat sangat ker ha?Dahlah ketuk pintu bilik orang,kacau kehidupan aku jer.Ish….geram!!!

“Ha…pe kes?”aku soal tanpa nada.Mata aku pun dah jadi kuyu ala-ala Garfield.Memang tak berbuah kalau cakap dengan dia.

“Eh…suka hati akulah.Ni rumah aku.Aku boleh ketuk pintu sesuka hati..”dia mendongakkan muka.Eh awak…lubang hidung tu besar sangatlah.

“Pembetulan.Ni bukan rumah awak tapi rumah Tengku Rubiah.Lagipun saya tak ada anak tekak kalau nak cakap dengan orang yang menuduh saya walhal dia yang sabotaj saya.Julap kan…”aku perli.Rizkin sinis.

“Oyeh…what ever.”

Eh…dia nak apa sebenarnya ha?Ish,menyebuk betul.”Kalau awak tak ada apa-apa nak cakap,saya nak tutup pintu!”segera aku tolak pintu namun Rizkin sempat menahan dengan lengannya.Woi,tahulah lengan tu sikit punya besar.Tak payah la nak buat macam tu!

“Tengku Rizkin!Awak nak apa sebenarnya ha?”kali ni suaraku sudah melengking.Geram!Pintu bilik aku kembali buka.

“Aku nak bagi amaran kat kau…”

“Apa?”nada malas.

“Jauhkan diri kau daripada Hazrik!”dia bersuara keras.

“Suka suki saka hati sayalah nak dekat dengan dia ker siapa ker.Awak tak ada hak nak halang saya kawan dengan siapa pun..”aku membulatkan mata.Nak salurkan aura ganas.

“Wei,aku tak pedulilah kau nak dekat dengan siapa pun tapi jangan dekat dengan Hazrik!Kalau kau nak dekat dengan jantan lain pun,aku tak heran tapi bukan dengan dia.Atau…..”kata-katanya tergantung kat situ.

Aku berdengus kuat dan kembali memeluk tubuh.”Apa?Awak nak sabotaj saya lagi?Ker awak nak bunuh saya pula kali ni ha?Apa-apa jer lah…”

“Aku tak akan keluarkan kau dari Pilih Hati ni.Kau ingat….Aku tahu kau nak sangat keluar dari Pilih Hati ni kan.Kau dah tahan nak duduk kat sini.Kalau kau ikut cakap aku,aku akan keluarkan kau dari Pilih Hati.”

Aku angkat kening.Aku betul-betul tak faham kenapa Rizkin nak aku jauhkan diri aku dari Hazrik.Aku bukannya buat apa pun dengan dia.Kawan semata-mata.Bukannya aku buat maksiat kat rumah ni…

“Suka hati awaklah.Dah.saya nak tutup pintu ni…”

“Nanti!Jangan kau perasan pula ye.Aku larang kau kawan dengan dia bukan sebab aku suka kat kau atau cemburu…”jari telunjuknya digoyangkan.Aku dah bosan ni.

“Hurm…”Dump!Pintu bilik aku hempas.Menyampah betul..Dia ingat aku nak ikut ker cakap dia ha?Pe kes lah agaknya.Aku rasa dia tu dah tak betul.Wayar tertanggal agaknya.Badan yang rasa sengal,aku hempas kat atas katil.Puh…nyaman.Katil spring,apa nak heran.

Baru jer aku nak tutup mata,bunyi telefon kedengaran.Aku memandang handset disebelah.Siapa?Mak ker?Aku capai handset tapi nombor tu aku tak kenal pun.Agak-agak selamat tak kalau aku angkat?Angkat jer lah.Bukannya boleh keluar bom pun.

“Assalamualaikum…”aku memberi salam.

“Waalaikumussalam…”suara laki garau.Gulp!”Hana…”Eh,dia tahu nama akulah!

“Errr…siapa ye?”aku garu kepala.

“Sampai hati awak tak kenal suara saya ye…”nada merajuk.Oh..dah kenal.Yang empunya handset.

“Hazrik!Alah,saya kenal.Saja nak dengar suara orang tua merajuk.Agaknya sekarang muka awak mesti masam kan..”aku ketawa.Dia juga.

“Yelah..saya orang tua.Awak tu baby lagi kan…”dia kembali ketawa.”Handset macam mana?Ok?”Ceh…telefon aku ni,nak yanya pasal handset dia ker?Haila..

“Hurm..Hanset awak sihat walafiat.Saya dah bagi dia makan,minum,mandi dan tidur…Tapi dia cakap dia rindu awaklah…”

“Ek?Handset yang rindu ker or orang yang guna handset tu rindu?”

Eh…dia kenakan aku balik.Ish..Hana tak boleh kalah.
“Aah..memang rindu tapi bukan kat awak tapi kat kamera awak tu.”aku ketawa.Dia diam jer.Pe kes?

“Hailo hailo..Kopi tak mau milo..Ada orang tak?”

“Hurm..ye..”Hazrik bersuara.”Hana…yang pasal julap tu,awak tak buat kan?”nada Hazrik teragak-agak”

“Tak…saya tak buat.Demi Allah…Kalau saya nak kenakan Rizkin,saya tak akan libatkan Tengku Rubiah dan Tengku Mariah.Tak akan…Awak…percaya saya kan..”

“Saya percayakan awak.Saya tahu,awak takkan berbohong..”lega hati aku dengar dia cakap macam tu.Hazrik memang kawan yang baik.

“Hazrik,awak nak tahu tak..”aku nak buka hikayat ni.”Tadi Rizkin datang ketuk bilik saya.”

“Apa yang dia buat kat awak?”nada Hazrik terkejut.

Aku geleng.”Tak,dia tak buat apa-apa pun.Tapi dia bagi amaran.Dia tak bagi saya dekat dengan awak.Dia kata,akalu saya ikut apa dia cakap,dia akan singkirkan saya.Tapi awak ingat,saya nak ke ikut cakap dia tu?Tak akan!Mafia macam tu,tahu nak ugut orang jer..”

Hazrik melepaskan keluhan.”Awak nak tahu sebab apa dia suruh awak jauh dari saya?”

Aku bulat mata!Telefon ditelinga kanan,aku alihkan kekiri.”Kenapa?”

Hazri hembus nafas.“Sebab dia tu….sebenarnya….”



“Betul,aku Nampak Tengku kat depan bilik perempuan kampung tu!”Eurica bersuara.Mereka semua berkumpul dibilik Eurica bila terima sms sebentar tadi.

“Alah,depan bilik jer..bukannya apa pun.”Lufya bersuara.Dia yang duduk di sebelah Mellisa kat atas kerusi panjang.

“Eh korang ni!”Zarra menyampuk.”Mula-mula memanglah kat depan bilik…lepas tu…”sinis nadanya.

“Betul cakap Zarra tu.Cuba korang fikir,buat apa Tengku datang kat bilik dia?Kalau nak beritahu maklumat,mesti depan kita.Ni,kenapa pula kena main jumpa kat depan bilik?Aku rasa perempuan kampung tu dah bomohkan Tengku.Alah..korang tahu jelah kan,orang kampung…”Eurica memeluk tubuh.

“Aku rasa taklah sebab Hana tu Nampak baik.”Mellisa pula bersuara.

“Tu..nampak jer baik.Bertudung.Kat depan manis,kat belakang hampeh!”Zarra meningkah.

“Tapi,Tengku bukannya suka kat budak kampung tu..Korang pun Nampak sendirikan yang Tengku selalu nak kenakan dia.Hana pun,bukannya nak sangat masuk Pilih Hati ni..Dia terperangkap.”Lufya membela.

“Aku yakin,Hana dah buat sesuatu.Korang nak ker kalau budak kampung yang tak pandai bergaya tu,entah dari ceruk mana tah,kalahkan kita?Malu ooo…Sekurang-kurangnya,biarlah yang jadi isteri Tengku Rizkin dari kalangan yang bergaya,cantik dan kaya macam kita ni.”aura jahat mucul dari Eurica.

“Kau nak buat apa?”Zarra angkat kening.Kes julap tu,tak boleh cerita kat diorang.Kena dirahsiakan sama sekali.Dia pun sebenarnya yakin yang Rizkin dan Hana tak ada apa-apa sebab dia tahu macam mana sukanya Rizkin bila dia kenakan Hana.

“Aku akan pastikan dia keluar!”tekad Eurica bermula.Mula-mula aku akan singkirkan budak kampung tu,lepas tu..korang semua!Dia menjeling Zarra,Lufya dan Mellisa.Tengku Rizkin aku yang punya!Orang lain boleh jalanlah.




Yes!!!Line clear…Rizkin tak ada kat bilik dia.Hahaha..Rizkin,jangan ingat boleh sesuka hati nak buli perempuan kampung macam aku ni.Aku tutup pintu perlahan-lahan.Ke mana dia pergi ye?Tadi aku terdengar bunyi kereta dia.Entah merayap kat mana tah.Ahh,lantaklah.Janji aku boleh jalankan projek aku kat sini.

Buat seketika,aku terpegun.Mak aihhh,cantiknya bilik dia ni.Kemas sangat!Tak macam bilik lelaki pun.Uh..apa nak hairan kan,orang gaji boleh kemaskan.Tapi,memanglah bilik ni sikit punya cantik.

Aku pandang sekeliling.Banyak betul frame gambar yang tergantung.Banyak gambar dia jer.Eh…gambar ambik ijazah.Tak sangka rupanya mafia tu habis belajar.Tapi tengok cara macam letak akal kat lutut.

Aku menuju ke arah almari Rizkin.Kalau nak letak kat baju,baju yang mana satu dia nak pakai nanti.Seluar pun sama juga.Ish…fikir Hana.Fikir!Ha…tuala!Aku menuju kearah tempat penyidai yang berdekatan dengan meja kerja dia.Dan…serbuk tu aku taburkan kat tuala dia.Haha..ni serbuk gatal.Biar padan muka dia.Nasib baik aku bawa serbuk ni dari kampung.Memang ni kira nasib baiklah ada serbuk ni.Siap!!Baru padan muka kau Rizkin.Ada ubi ada batas,dah kau tak ada budi dengan aku,buat apa aku nak balas.

Aku pandang meja kerja Rizkin.Ada bingkai gambar.Gambar dia dengan perempuan.Cantik!Siapa perempuan ni ha?Macam gayanya kacukan.Ah…lantaklah.Baik aku keluar sekarang sebelum terkantoi.Kalau tak…mampus nanti.

Baru jer aku nak pergi ke pintu,aku dengar suara Rizkin dari luar.Mesti dia tengah guna handset tu.Ya ya ya…macam mana ni??Mampus aku…Cari tempat sembunyi.Almari!Dengan lafaz bismillah…redah jerlah masuk dalam almari ni!
Jantung aku ni,tak payah nak kiralah.Dah macam orang baru lepas berlari.Dahlah kena bersembunyi kat baju-baju dia ni.Semuanya hitam!Dasar mafia.Nasib baik wangi.

Pintu almari dibuka.Aiyoyo..Dia nak ambil baju ker?Janganlah dia Nampak aku.Ayokkk!!!Dari celah baju-baju ni,aku Nampak dia tader baju.Oiiii,malunya.Kenapa tak ambil baju dulu lepas tu baru buka?Malunya aku.Bola mata aku alihkan..Puh semangat.Pintu almari ditutup.Kemudian terdengar bunyi air.Dia dah mandi!Cepat-cepat aku keluar dari almari dan terus blah dari bilik tu..

Huhuhu…durjana…Lepas ni,bilik Zarra menanti…Hahaha…pengajaran untuk diorang.



Makan malam ni tenang jer.Semua enak makan makanan yang dimasak mak jah kecuali Rizkin dan Zarra.Dok tergaru sana tergaru sini.Muka masing-masing Nampak resah.

“Riz..kenapa ni?Tergaru sana sini.”Tengku Rubiah bersuara.Aku nak gelak ni,sabar-sabar.Tapi memanglah..sebiji macam beruk.Hahaha…

“Entahlah nek,badan Riz ni gatal semacam”

“Kamu pergi mana tadi?”Tengku Hasful pula masuk line.Jarang Tengku Hasful ada kat rumah.Sibuk agaknya.

“Mana ada pergi mana pun pa..Riz dah mandi banyak kali ni tapi tetap juga gatal.Miang betul..”Rizkin menjawab sambil menggaru.Ala,ciannya…Macam mana nak elok,tiap kali mandi,pakai tuala…Dah tu,serbuk gatal tu memang ada kat tuala pun..

“Zarra?”Pandangan Tengku Rubiah menala pada Zarra pula.

“Saya pun gatal juga badan ni..”

“Nak pergi klinik ker?Ma takut lah kalau jadi apa-apa nanti”Tengku Mariah bimbang.Ish…bukannya apa sangat tu.

“Tak payahlah ma.Kejap lagi nak on air.Nanti Sya dengan produksi nak datang.Kan malam ni ada penyingkiran.”

Penyingkiran?Yelah…malam ni ada penyingkiran.Ha.ha.ha.Aku tak sabar nak tengok telatah Rizkin yang tergaru sana sini depan kamera..Aku harap sangat dia singkirkan aku.



“Kesiannya gatal…sedap?”aku bisik kepada Rizkin taktala kami semua diarahkan keruang tamu.Pandangan Rizkin tajam.

“Kau!How dare you?”keras suaranya.

“Kira ok lah tu dari julap.”aku angkat kening.”Kalau awak dah tak tahan,elok awak singkirkan saya jer..Lagipun,saya dah tahu siapa awak yang sebenarnya.”aku berkata sinis dan terus jalan meninggalkan Rizkin.

Ya,aku dah tahu siapa Rizkin.Hazrik dah cerita kat aku…Tak sangka aku.Hazrik suruh rahsiakan tapi…seronok juga kalau ugut Tengku sorang tu.Aku betul-betul harap dia singkirkan aku malam ni.Aku dah tak tahan.

Kehidupan orang kaya ni bukan aku.Aku Cuma orang kampung yang sukakan benda-benda biasa.Memang tak boleh nak duduk kat villa ni lama-lama.Lansung tak!Tambah pula,rindu kat mak!!!!


Setengah jam kemudian,kami para finalis diarahkan berdiri mengahadap Rizkin.Macam hari tu,seorang akan tersingkir.Gadis yang tak dapat mawar.Kalau minggu lepas,Milia tersingkir.Minggu ni,aku harap aku!!!Hana Humaira’….

“Dihadapan saya,berdiri 5 orang gadis jelita…”Rizkin memulakan mukaddimah bila kamera terpasang.Aikk,tak garu pun.Tahan ler tu.Zarra pun tak menggaru macam tadi dah.Pun nak cover.

“Lufya…”

“Zarra..”

“Eurica..”

“Hana..”

“Mellisa..”

Satu persatu nama kami disebut.Tak boleh ker sebut dalam senafas jer?Bunga mawar ada ditangan Rizkin.

“Tapi malam ni,hanya 4 orang gadis saja akan kekal dalam program Pilih Hati.Gadis yang tak menerima mawar,harus pulang kerumah dan meninggalakan villa ni.”Rizkin menalakan bola matanya ke semua finalis.

“Bunga mawar yang pertama untuk….Lufya!”Lufya tersengeh dan menuju kearah Rizkin untuk mengambil mawar.

“Bunga mawar yang kedua untuk..Eurica!”Eurica kedepan.

“Bunga mawar yang ketiga adalah untuk gadis terbaik minggu ni.Beliau bukan saja dapat hadiah baucer membeli belah bernilai RM2000 malah beliau juga boleh menyingkirkan salah seorang daripada 2 gadis yang belum terpilih..”Rizkin tersenyum.Tu satu kejutan tu!

“Mawar yang ketiga untuk…Zarra!”

Zarra bulat mata.Dia menjerit kecil.Haila…dahlah pakai baju dengan skrit baby..Bajet-bajetlah.Zarra kedepan mengambil mawar.

“Zarra…pilihan ditangan awak sekarang.Antara Hana dan Mellisa….Awak berhak singkirkan salah seorang.”Rizkin bersuara.Tapi,aku sempat tangkap senyuman sinis Rizkin.Ada aku kisah?Tader!!!

Zarra sengeh menggoda…Ala minah ooiii,kau cakap jer lah nak singkirkan aku.Aku tahulah.Dia memang benci aku.Ni dah dapat peluang..apa lagi.

“Terima kasih Tengku..Saya nak singkirkan…”
Mata Zarra bergilir-gilir antara aku dan Mellisa.

“Hana Humaira’!”demi dengar 2 patah nama aku tu,aku terus melompat.Yes!!!!Tercapai juga hajat aku.


*sorry ye kalu n3 kali ni x menarik..otak tgah biol sbb dah nak dekat exam akhir tahun,koje kolah pun melambak..pape pun,teruskan komen ye..TQ!!=) =P
*TQ sudi vote Rizkin n Hazrik..

11 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuuuu..
rizkin kenapa?
ape rahsie dye??
aduhh.mcm2 pikir da nieh..hehe..
hana tersingkir??
hurrmmm..cmne pon,,still nk rizkin ngn hana..
hehe..cpt2 smbung..

fzm2 said...

waaaaaa..
sspen bt0l!
pe rhsia dye
uh????
cpt2 smb0nk

yunix77 said...

disebabkan aku chenta sama Kamal Adli maka aku terima apa saja Rizkin buat

disebabkan aku menyampah dan tak berapa suka kat Awal maka aku takleh terima 'kebaikan' Hazrik

hehehe.....aci dak Qyqa?

Hana_aniz said...

mesti hazrik dgn rizkin ada connection kn?? hmm.. misteri. zara keluarkn hana?? cm ne tu?? rizkin kn x bg.

Anonymous said...

best citer nih!!
cepat sambung yer

qyqa said...

zatie..
nak tau ye rahsianya..sbar,he3..
ttp nak juga hana n rizkin kan..mgkin trjadi

fzm2..
rahsianya akan tiba jg nanti,he3..
jgn suspen2..

yunix..
wa..chenta jg ye kat kamal adli..he3..da pon geng sbb kwn qyqa ska ktok gg dy..
aci ler tu,he3..

hana..
mgkin jg dpa da connection..he3...rhsia..

rakan-tanpa-nama
tgu ye smbgnnya..

normal girl said...

urm ..
cite ni mmg comel la,
suka2.
bila nak update ?

chipsmore said...

cinta pon comel?? hehe ;)

sweet_teddy:) said...

waa!!... suspen lg!

nurul iman said...

hana x terkluar kn??
ye x??

Anonymous said...

best lar gak..

There was an error in this gadget