[[QYQA'S]]

Friday, December 25, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 13

Dalam hidup kita ni,ada banyak perkara yang kadang kala kita lansung tak jangkakan.Kalau perkara tu baik,tak kisah.Tapi kalau benda tu adalah satu mimpi ngeri?Den memang tak mau!Tapi,siapalah kita nak lawan takdir?Ya..Takdir yang telah ditetapkan kepada kita.

Ada dua jenis takdir.Takdir yang pertama,kita boleh ubah macam kejayaan dalam peperiksaan.Katakanlah Allah dah tetapkan yang kita akan dapat 5A jer dalam peperiksaan SPM,tapi kalau kita rajin berusaha dan tak henti-henti berdoa pohon restu Allah dan ayah ibu,Insyaallah takdir tu akan berubah.Mana tahu dapat straight A’s...Allah tak akan merubah takdir sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang ubah.

Tapi,ada juga takdir yang tak boleh diubah lansung!Takdir yang memang dah ditentukan kepada kita sejak azali macam...JODOH!Dan sebab takdir tulah,aku baru jer tadi kena nikah dengan Tengku Rizkin Ajmin.Dah tak payah nak gosok mata,memang betul pun aku dah selamat nikah dengan si mafia hitam tu.Dah sah ye!

Aku terasa peha aku ditepuk kuat.Nasib baik aku tak melatah tau dalam masjid ni.Aku pandang mak kat sebelah kanan.

“Rizkin dah nak datang kat Hana tu,jangan lupa salam dia..”perlahan nada suara Mak.Mata aku menala pada Rizkin yang sedang siap sedia nak melangkah datang kat aku.Amma...kena salam dia?Okey..bab salam tu okey lagi kot.Tapi bab dia nak cium aku punya dahi ni.Eh...tader!Tak mau!Hurm...macam mana lah pula nak mengelat?Ayark..bayangkan kalau dia nak kenakan aku,habis melekat dahi aku dengan air liur mafia hitam tu!Eheh...sediakan bot sebelum banjir Hana..

Tangan Rizkin betul-betul depan biji mata aku.Ceh..ni memang nampak sangat tak ikhlas nak hulur tangan.Aku pandang Rizkin.Wa...mata dia!Macam nak salurkan laser jer gamaknya.Aku telan air liur lagi.Kemudian mata aku menala pada semua yang ada,semua pakat dah paku pandangan kat pengantin baru ni!Aiseh..dah lah press pun ada sekali.

Dengan hati yang separuh ikhlas,aku sambut tangan Rizkin dan salam menunduk.Ah..kalau pasangan lain,mesti rasa ni saat yang syahdu.Tapi bagi aku dan beliau-si-suamiku ni,tak pun!

Dan...Rizkin dah mula tunduk kepala dekat pada dahi aku ni.Ah..janganlah janganlah janganlah..

“Haaaa...shum!!”

Tu dia!Datang tepat pada masanya!Aku terbersin betul-betul tersembur kat muka Rizkin.Alahai..tak kesian.

Aku dapat lihat perubahan muka Rizkin bila jer kena sembur dengan aku.Yang lain-lain terpana tak tahu nak cakap apa.Dalam sejarah kot,pengantin lelaki kena sembur dengan pengantin perempuan waktu nak batalkan air sembahyang.

“Ah tak apalah,masa bergambar!”terus jer Tengku Rubiah mencairkan balik keadaan yang seolah beku tadi.

Dan aku..aha,memanglah bernasib baik.Alhamdulillah.

Eheh..penatnya nak bergambar.Press ni pun satu,tak lekang flash dari kamera tu.Tak tahan aku.Yang pasti,gambarnya tak adalah nak melingkar-lingkar sebab kat dalam masjid ni.Tapi yang ternyatanya pula,memang rasa sangat muka aku ni macam kena buat dari plastik jer.Menyamar senyum gitu!Adeh adeh adeh..Benci tau kena berlakon macam ni.

“Puan Hana,gembira tak terpilih jadi isteri Tengku?”

Ayork!Muka aku yang tadi senyum keatas jadi senyum kebawah.Adeh cik kak,wartawan..Tamau jawablah soalan gitu.Aku hanya sengeh tak berlagu.Press yang mengelilingi masih paku mata kat aku.

Pertama,sebab dia panggil aku Puan??Tolonglah..aku masih muda remaja okey.Walaupun dah kahwin,tamau jadi Puan!Dan yang kedua,GEMBIRA?Nak mintak jer press ni bedah hati aku ni.Mesti dia boleh nampak yang hati aku ni ada SENGAL...

Rizkin siku kuat lengan aku. “Jawablah soalan tu!”perlahan namun keras.Err..arahan?Eheh,ingat aku takut?Tapi takut juga bila nampak muka mak dan muka Tengku Rubiah yang dah kelat.Ada sebab tu nak marah,tadi pasal aku ngelat.Dan sekarang,elok aku tak tambah sebab kemarahan dua orang penting tu.

Tarik nafas.

“Syukurlah,gembira sebab...gembira?”aku buat muka tanpa perasa.Apa lagi nak cakap?Okeylah tu dari tak jawab.Dan nampaknya press tu faham yang aku tak berselera nak jawab soalan.Dialihkan perhatian kepada Rizkin pula.Aku tak ambil peduli.Mujurlah sesi tanya-menanya ni kejap jer bila

Tengku Rubiah hentikah.Huh..






Aku melangkah keluar dulu dari masjid bila Tengku Rubiah suruh.Suami baru aku tu pula,masih lagi dalam masjid.Aku tak kisah sangat.Lagi bahagia dari kena berkepit jer.Aku sandarkan badan pada kereta yang kami naiki tadi.

“Hana Humaira’!”Terangkat bahu aku bila terdengar nama disergah.Serentak dengan itu,aku kalihkan muka kearah kiri.Oh..Zarra.

“Senanglah hati kau sekarang?”Dia berdiri tepat depan aku.Cepat aku tegakkan badan supaya tak rendah dari dia.Aha..tak payah susah-susah nak tonton gua dia.

“Saya ni dirahmati,memang selalu senang hati.”

Dia berdengus. “Tak payah nak berpura-puralah Hana.Aku memang tak faham kenapa Tengku Rizkin tu boleh pula nak kahwin dengan kau ni.Apa istimewa sangat perempuan kampung macam kau ni ha?Dahlah tak cantik,selekeh and low class.”

“Kalau Tengku Rizkin dah pilih saya,tu bermakna saya lebih bagus dari sesetengah orang yang hanya tahu nak hamburkan kata tanpa pakai otak.Ya mungkin saya budak kampung yang selekeh tapi Tengku Rizkin tetap pilih saya.Nak tahu sebab apa?Sebab saya perempuan.P-E-R-E-M-P-U-A-N.Dan bukan betina.B-E-T-I-N-A macam sesetengah orang.”tenang jer aku susun ayat macam dah hafal skrip.Muka Zarra,serta-merta berubah kelat.

“Kau cakap aku betina?”

“Terasa ye?”sinis aku bagi senyuman.

“Hei,kau dengar sini.Aku akan pastikan Rizkin tetap akan jatuh kat tangan aku ni!”Dia menunjukkan genggaman tangannya.Macam nak laungkan kemerdekaan dah gamaknya tu.

“Ok,nanti kalau Tengku Rizkin Ajmin tu nak jatuh dalam lubang,saya panggil awak.Biar dia jatuh dalam tangan awak.Kan?”

“You..”jari telunjuknya naik kemuka aku.

Aku capai jarinya. “Tak payah nak rendahkan maruah awak Zarra.Kalau betul awak nak jadi sangat bini Tengku tu,nanti saya sendiri akan pinangkan awak untuk dia.Jadi madu saya.Awak dapat Tengku Rizkin,saya dapat payung emas.”

Mukanya jelas tak puas hati.Aku agak dia masih lagi nak cakap dengan aku tapi tiba-tiba dia pergi macam tu jer.Kenapa?

“Hana..”

Lah..siapa pula kali ni?Aku kalih pula kebelakang.Hazrik.Segak.Dia pakai baju melayu teluk belanga warna hijau pucuk pisang.Sesuai sangat.Aku tarik senyuman.

“Tahniah.”segaris senyuman dilemparkan.Aku cuma angguk.Dia menyeluk poket baju melayunya dan mengeluarkan sesuatu.Handset kepunyaan dia yang aku pinjam tu.Dua hari lepas,aku ada minta tolong Pak Mat tolong bagi kat Hazrik.Niat aku,tak mau simpan dah handset tu.Ni,kenapa pula keluarkan?

“Saya harap awak boleh simpan handset ni Hana..”

Aku Cuma diam merenung anak matanya.Seakan nak beritahu kesayuan hati dia.Nampak sangat tak bermaya dan kelam.Tak ada semangat.Aku geleng bermakna tak mahu menerima tawarannya.

Satu keluhan kasar dilepaskan.

“Saya patut sedar yang awak tak mungkin akan sudi nak cakap dengan saya bila dah jadi isteri orang kaya.Saya juga bodoh tak pikir yang awak memang boleh beli handset yang lebih mahal dari ni.Saya tak patut cakap dengan awak kan?Saya patut sedar yang handset ni tak bagi apa-apa makna pun pada awak.”

Tersentap aku dengar apa yang dia cakap. “Saya tak macam tu Hazrik.Saya bukan macam tu.Saya tak mahu ambil handset tu sebab saya dah pulangkan pada awak.Tu bukan milik saya.Awak yang cakap handset tu pinjaman pada saya.Dan sekarang,memang betul handset tu ada dengan awak.”

“Saya nak bagi dekat awak.”

Aku geleng. “Saya tak boleh ambil.”

“Lupa..awak orang kaya.”

Muka aku berkerut. “Saya bukan orang kaya Hazrik!Awak ingat saya nak ker?”kali ni nada suaraku sedikit keras.Kenapa perlu dia nak cakap macam tu seolah-olah aku ni lupa daratan?Aku sedar siapa aku.Cuma sekarang ni,aku tak rasa yang aku patut ambil pemberian dia tanpa sebab yang munasabah.

Matanya bulat. “Awak tak nak?Maksudnya perkahwinan ni bukan kehendak awak kan?”

Kali ni,aku pula yang membulatkan mata.Ah tak..aku tak boleh terlepas cakap.

“Memang kehendak saya!”tegas.

“Habis tu?”

Aku terdiam.Nafas aku tarik perlahan-lahan.Mataku jatuh pada Handset yang ada ditangan Hazrik.Cepat aku ambil.

“Okey lah,saya ambil handset ni.Sebagai..err hadiah perkahwinan?”senyuman aku berikan.Harapnya subjek perbualan tadi digugurkan.

“Jawab soalan saya Hana!”

“Awak tak perlu tahulah.Saya dah sah pun jadi isteri dia.”

Lama mata Hazrik memanah mataku.Ke..kenapa baru sekarang aku perasan mata dia cantik?Rasa macam nak mengalirkan sesuatu.Ah..merepek!

“Sayang!”berderu darahku bila terdengar suara yang menyapa.Bahuku diraihnya. “Kau ucap tahniah kat bini aku ker?”pandangan Rizkin menikam Hazrik.

“So done.”

“So you can leave now..”

“I’m..”

Hazrik terus berlalu pergi.Cepat aku tolak badan Rizkin untuk regangkan pegangannya di bahuku.

“Nak action tak payahlah nak melebih sangat!”

“Kau tu yang patut sedar kau dah jadi bini aku.Nak berkasih aku tak kisah tapi ni depan masjid.”

“Awak gay boleh pula?Ha..mana Ayob?Tak datang?”Saja aku nak sakitkan hati dia.Memang aku tak nampak lansung bayang Ayob.Rasa bersalah ker tak sanggup patah hati tengok Rizkin nikah?Mak Ngah boleh jer datang.Dia pula tak datang!

“Balik-balik kau tuduh aku gay.Oh..dah dapat hadiah dari Hazrik ye?”matanya menala pada handset ditanganku.Takkan tak perasan handset ni yang aku guna kat hutan hari tu?Oh lupa..dia tak ada kepentingan pun nak ambil kisah.

“Biarlah.Kan dia tu kekasih saya?”

“Tak heran!”






Suasana diruang makan tenang.Sesekali berdeting dengan bunyi sudu dan garpu.Mak dengan Mak Ngah,tradisi jer.Tangan!Kalau tak apa guna tangan tu?

“Ambilkan aku ayam tu!”ayam dekat hujung meja.Aku bagi jelingan maut.Tak boleh bangun ker ha?Ambillah sendiri.

“Tak ada tangan?Ambillah sendiri?Bukannya golongan OKU pun!”aku masih teruskan suapan aku.

“Kau tu kena layan aku!”

“Saya bukan hamba awak!”

“Kau..”

“Rizkin!Hana!”

Terdiam.Alahai,macam manalah tak boleh kawal tabiat nak gaduh tu?Terlupa pula tengah makan dengan pegawai atasan ni.Pandangan Tengku Rubiah tajam.

“Depan rezeki pun nak gaduh ker ha?Makan!”

Kesudahannya,kami makan dengan wajah tertunduk.Dan saling menjeling!Menyampah.

Habis jer makan,aku tolong Mak Jah kat dapur.Beria Mak Jah halau aku tapi aku buat tak reti.Kata Mak Jah,aku dah jadi menantu rumah ni.Jawab aku,aku tetap hantu juga.

“Hana..sini!”

Statik terus kaki aku ni yang baru keluar dari dapur.Semuanya tengah duduk kat ruang tamu.Tengku Rubiah,mertua aku,mak,mak ngah dan Rizkin.Apahal?Ada buat mesyuarat temasya ker?Dalam pada tu,kaki aku tetap melangkah keruang tamu.

“Duduk!”Aku akur dan melangkah kearah mak dan mak ngah sebab ada satu lagi ruang kosong.

“Duduk tepi suami kamu!”Aduss!Oleh itu,kena duduk jugalah tepi mamat mafia tu.

“Kamu dah jadi suami isteri.Mana boleh cakap pakai main redah.Rizkin!Beraku kau.Hana!Bersaya awak.Ingat kita tengah main pondok-pondok ker?Dekat meja makan pun nak bergaduh?”

“Dia mula dulu!”serentak aku dan Rizkin bersuara dan menunding jari kearah berlawanan. “Apa main tuduh-tuduh?”masih lagi serentak. “Gila!”juga serentak.

“Diam!!!!”giliran Tengku Hasful bersuara.Dan kami terus menunduk macam kena sampuk.Kecut perut aku.Tak pernah dengar Tengku Hasful bersuara macam tu.

“Macam budak-budak.Badan besar panjang tapi perangai lansung tak matang.”

“Angkat muka tu.”

Kali ni aku okey sikit sebab suara emak yang memecah.Muka diangkat.Semua pandang kami berdua macam kami ni penjenayah besar.

“Nenek nak kamu berdua matang sikit!Nenek tahu perkahwinan ni bukan kehendak kamu berdua tapi jangan ikut kepala sendiri.Kena saling hormat.Hari pertama jadi suami isteri pun dah gaduh,entah nanti macam manalah pula tu.”

Aiiiyyyyaaa..ceramah?

“Buat masa ni kamu berdua tinggal dulu bilik asing-asing.Lepas sanding minggu depan baru duduk sebilik.”

Aku cuba kawal muka dari senyum.Ha..yang ni aku suka!!

“Ingat!Nenek tak mahu kamu berdua gaduh.Lagi satu..tukar panggilan kamu berdua.Jangan nak sesedap hati cakap macam orang tak tahu bahasa.”

“Tukar macam mana?”Rizkin terlebih dahulu bersuara.

“Abang-sayang!Abang-Hana!

“Uweksss...!!”serentak kami berdua memegang tengkuk.

“No kompromi!”sengehan muncul dari bibir Tengku Rubiah.






Eheh.Abang-sayang?Abang-Hana?Tak hengen aku.Macam besar sangat daulat tu!Arrhhh....menyampah!Baik aku baring atas katil empuk ni,lagi sedap.Huh..kali ni nasib baik tak payah duduk sebilik dengan Rizkin.Tapi nanti lepas sanding?Aduhai..Ya Allah..macam mana tu?Ah..lantaklah!Lengan diangkat untuk tutup mata aku yang dah macam Garfield.

Krreekk..

Cepat aku buka mata.Aiseh..macam bunyi pintu terbuka.Siapa?Aku tak kunci pintu ker tadi?Cepat aku bangun dari baring dan menghalakan bola mata kearah pintu.Eh..apa dia buat kat sini ha?

“Keluar!!!”jeritan aku terhembur.



*halow sume..he3..dalama cri idea nak sambonk n bru skrg dpt siap.sori sgt2 ye.ingat da xmou tlis da cter ni tp pk blek..x pe jg kalu sambonk.tp qyqa akan JARANG gler up date k..tambh plak pasni da nak stat skul.memg akn lbh busy..

so pd sume yg sudi bc..TQ100000000000....jgn lupa komen k.......cayang sume..

16 comments:

Natasya K said...

nanti munculla perang dunia ke3 dlm rumah tu yg dsebabkan oleh hana and rizkin. hahaha!! :D

keSENGALan teserlah.. said...

qyqa..
syggg ko lebey..
haha..
abg syg yee..
ngaaaaa..comey2..
perang2,,,
dush3..
haha..

Anonymous said...

yeyeyeye bestnye da smbg balek.. qyra, x jd ddibukukan ke citer ni?

Aishah Hamzah said...

haiyo! sudah lama menunggu....hehe papepun smbg lagi yerk!

Anonymous said...

best2.. hehehe... sambong cepat yer.. sy akn ttp menyokong karya anda..huhu..

aqilah said...

bestnye..................nak lagi

Kak Mina said...

Akak memang sukakan karya adik, antara blog pertama yang akak masuk untuk membaca karya-karya penulis, yang menjadikan akak hook dengan ekarya. Good job adik. Selamat menulis. Camnepun pandai-pandailah membahagikan masa untuk belajar dan menulis. Kedua-duanya punya kepentingan. Belajar akan mengaktifkan minda kiri adik dan menulis akan mengaktifkan minda kanan adik, juga akan mjadi sebagai de-stress factor (ini kata nasihat dari doktor pakar jantung akak tp ini kalau adik pandai mbahagi masa). So kedua-duanya akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Make full use of it but do it approriately supaya jangan jadi beban kemudian hari. Good job and thumbs up.

Anonymous said...

lama menunggu citer nie..
akhir nyer ade gak n3 baru..
ermm..bez cgt..
cepat lar smbung erk..

-shahieka-

Maryam Kamal said...

cik qyqa!
sekeh kepala kang!!

part2 best-tahap-gaban ni la dia nak melambatkan update.. hoho

taper qyqa..
smuga sukses slalu..
:D

take care dowh..

qyqa said...

SWEET TEDDY.
HAHAHA..memg perang nanti...

zatie!!!
ko jgn syg aku lbih kang ada org jeles...
he3..
jom join diorang perang!!!
dush!!!

anonymous..
qyqa pun xtw la nak ngomong gimana..
he4..

kak ecah!!!
tolong perah idea ckit..
he4..

qyqa said...

anonymous...
TQ..
truskan sokongan ya....

aqilah...
tunggu ya..

kak mina...
trima kasih atas nasihat tu..
memg kdg2 qyqa ni leka sgt..
ska jer berangan kak..
papepon...truskan menunggu ya...
hoyeeeh!!!!

shahieka..
tq 4 da fire!!!!!

maryam..
adeh..
sakit taw kena sekeh..
he3..
nak bg suspen ckit..
dup dap dup dap oh...

Maryam Kamal said...

kasi finale episode cepat2 dowh..
dok dup dap dup dap nihhhh..
ta larat ohhh nak keje OT slalu jantung nih..
:D

all the best qyqa!

Azlin 773 said...

Hai Tikah ... ermmm... best la sambungan ni...
nak juga tahu gimana kisah suami isteri ni ...mesti byk kes2 yg ter .. ter .. dan ter..
and then boleh memupuk rasa cinta antara Hana n Rizkin....

Adehh... sengal nyer ...mesti hati dorang berbunga-bunga kan........

Sifu Nana.......

qyqa said...

maryam?????
dup dap dup dap????
bgus tu...he3...
wait keyh!!!!!!!

sifu..
he3..memupuk tu????
ekekeke...
tengs sifu

lizz said...

salam...dh lama x jenguk sni..kata nk stop..alih2 ari ni terklik blog qyqa and ada new n3..best2x..ala..bila2 boring..update..no pressure at all..qyqa ada bakat..pandai and kreatif..jgn sia2kan..dpt email akak dulu?..anyway..good luck..and always b at d top..

qyqa said...

salam kak lizz....
he3...
tq kak..
qyqa da dapat email akak..
wish me always k....