[[QYQA'S]]

Friday, January 7, 2011

CHOMELNYA CHENTA 23

“Bawa kereta elok-elok.”

“okey.”

“Jangan laju-laju.”

“okey.”

“Hati-hati.”

“okey.”

Okey kefalehot dia! Bukan main laju sekarang dia bawa kereta. Macam highway ni daftar bawah nama Tengku Hasful pula. Kemain macam main drift jer. Kalau nak mati,janganlah nak sabit aku sekali.

“Perlahan sikitlah mafia! Nak mati ker?”

“Ish kau ni bisinglah. Suka hati akulah.”masih lagi kekal dengan momentum yang sama. Memang sengal kalau cakap dengan dia ni. Apa jadah macam orang gila ni?

Dahlah malam tadi tiba-tiba jer...

“Nenek dah tempah. Esok dah boleh pergi.”

Huh? Aku pandang Rizkin yang menyebuk duduk dekat sebelah.

“Apa nek? Tak faham.”

“Honeymoon kamulah. Petang tadi Riz cakap dekat nenek yang Hana nak pergi Langkawai. Nenek dah suruh papa kamu tempah hotel segala bagai. On line jer. Ha,esok dah boleh pergi.”

Ha..macam tu jer nenek cakap. Terus aku naik susun baju. Mafia ni pun saja nak susahkan aku. Buat senarai baju dia yang aku kena kemaskan. Ingat aku ni orang gaji ker ha??? Tapi aku gagahkan jugalah sebab nak pergi Langkawi. Huh seumur hidup aku tak pernah pun pergi Langkawi. Walaupun berat hati nak pergi dengan Rizkin,tapi rasanya okey. Dekat sini dia tak pernah nak buat tak senonoh kecuali yang kiss tu,aku rasa nanti dekat Langkawi pun sama. Tapi tak tahulah pula kalau mood bertukar bila suasana bilik yang nenek tempah tu romantic gila. Atas tiket ‘pengantin baru’ mestilah bilik tu..eerr..kelam?? Hah Hana Humaira’..sudah-sudahlah tu.

“Nak pergi Gerik keluar tol Ipoh kan?”

Pertanyaan Rizkin menganggu otak aku. “Kenapa?”

“Tak payahlah pergi Langkawi tu.”tenang dia jawab. Kelajuan pemanduan dia pun dah ikut had laju.

Muka terkejut. “Kenapa?”

“Kau memang nak pergi ke?”dari ekor mata Rizkin menjeling.

Ini macam soalan perangkap jer. Memanglah aku nak pergi juga. Aku tak pernah nak pergi Langkawi tu. “Awak tak nak pergi?”jawab dengan soalan.

“Aku tak rasa pergi honeymoon tu baik untuk kita. Aku saja acah nenek cakap kau nak pergi Langkawi. Mana tahu nenek betul-betul dah arrange. Lagipun aku dah batalkan semua tempahan nenek.”

Bulat mata aku. “Awak batalkan? Kalau nenek tahu macam mana?”

“Jangan risaulah. Aku berani jamin tak ada sesiapa pun nak cakap. Dan aku tak rasa nenek nak check kita. Dia faham kot istilah honeymoon yang tak mahu orang ganggu.”

Aku terdiam. “Kenapa awak tak mahu pergi?”aku menyoal. Mungkin nak puaskan hati aku yang kecewa sikit tak dapat pergi Langkawai.

Dia menghembuskan nafas. “Kau kena sedar yang aku ni lelaki. Aku tak mahu ada apa-apa yang berlaku nanti,kau juga yang rugi. Dekat villa tu okey juga sebab suasana dia aku dah biasa. Langkawi nanti..tak tahu tahap romantic dia macam mana. Entah nanti ada babak Hindustan lari-lari teoi pantai. For sure aku boleh tempah 1 lagi bilik untuk kau tapi apa-apa pun boleh jadi. Kau faham ker budak kampong?”

Aku kaget. Tak sangka pula mafia ni fikir benda yang sama dengan aku. Aku Cuma terdiam. Cuba memunggah isi kepala. “Jadi,seminggu ni kita nak pergi mana?”

“Gerik!”

“Huh?”

“Tak suka ker aku nak melawat mak mertua?”

Aku cepat geleng kepala. “Bukan macam tu. Saya Cuma pelik jer. Betul awak nak pergi Gerik ni? Ker pagi tadi awak kena hempap dengan sinki?”aku betul-betul pelik ni.

“Betullah molen! Nak ker tak nak?”

“Tapi kan,suasana kat rumah saya pun awak tak biasa juga macam Langkawi.”cuba nak uji.

Dia ketawa nak mengejek. “Rumah kau tak macam Langkawi!”

.........................................................................

“Betul ini rumahnya?” Haji Din meminta kepastian apabila kereta sudah sampai di hadapan sebuah rumah.

Rozman mengangguk perlahan. “Saya dah ikut jalan yang pak cik tadi bagi. Rumah ni pun warna hijau. Betul dah.”

Haji Din mengangguk.

“Tuan Haji nak keluar ker?”

Angguk. rozman keluar dan membukakan pintu untuk Haji Din. Haji Din melangkah keluar dan memerhatikan rumah kampong yang dicat warna hijau di hadapannya. Jadi inilah tempat tinggal Che Nah.. cantik walaupun rumah kampong. Ada ketenangan bila melihat rumah ini. Di sisi rumah ada pokok gajus dan rambutan.. ada juga pasu-pasu bunga yang tersusun cantik.

Haji Din menghampiri pintu rumah. “Assalamualaikum..”

Che Nah yang ketika itu sedang menonton televisyen tersentak. Dia terus mencapai tudung memandangkan suara yang didengarinya milik lelaki. Dalam hati tertanya-tanya siapa yang datang.

“Assalamualaikum..”Haji Din melaung lagi sekali bila tiada sahutan.

“Waalaikumussalam..”Che Nah melaung dari dalam rumah. Dia membuka pintu. Terpaku. Cuba mengecam lelaki separuh abad di depannya. Rasanya seperti kenal.

“Che Nah..lama tak jumpa..”Haji Din senyum. Melihat Che Nah di muka pintu cukup menggembirakan. Biarpun wajah telah dimamah usia namun dia masih lagi dapat mengecam Che Nah.

Che Nah terkedu. Dia cukup kenal dengan senyuman itu.. “Apa..Tuan Din buat dekat sini?”

“Tak mahu jemput saya masuk?”

Che Nah terdiam. Terkejut dengan tetamu yang tak diundang. Apa yang dia mahu. Nak menolak tetamu yang datang dari jauh,Che Nah tak sanggup. Tapi di depannya.....Tuan Din. Seseorang yang tak disangka akan muncul setelah 18 tahun tidak bertemu.

“Masuklah..”Che Nah cuba memaniskan muka. Dalam hatinya bergolak rasa. Tapi sebagai orang yang sudah matang,Che Nah perlu bertenang.

“Tuan duduk dulu. Saya masakkan air.” Che Nah cepat bergegas ke dapur. Haji Din Cuma membiarkan Che Nah. Dia tahu tak perlu terburu-buru untuk bertanya meskipun hatinya membuak-buak dengan cukup hebat untuk mengetahu mengenai Ama dan Ami.

Sementara Che Nah ke dapur,Haji Din melilaukan mata memandang ke sekitar ruang tamu. Tampak kemas. Matanya terpaku pada sebuah almari hitam bersebelahan televisyen. Tersusun beberapa bingkai gambar. Haji Din mencapai salah satu bingkai gambar seorang budak montel yang sedang duduk di atas sebuah basikal. Wajah budak itu sangat comel. Mungkin anak Che Nah. Anak? Mana suami Che Nah. Dia melilaukan pandangan pada bingkai gambar yang lain,yang ada Cuma gambar Che Nah bersama budak montel itu. Yang pasti,budak montel itu pasti sudah dewasa.

“Tuan?”

“Ye..”Haji Din sedikit tersentak apabila Che Nah menegur. Dia kembali ke kerusi tempat duduknya. Che Nah duduk bertentangan Haji Din. Perasaan ingin tahunya sungguh membuak.

“Lama tak jumpa Nah.”

Che Nah cuba mengukir senyuman. “Ye tuan..dah nak dekat 18 tahun.” 18 tahun bukan tempoh yang singkat. Dengan apa yangpernah terjadi dan tempoh yang terlalu lama tidak bertemu,pasti Che Nah berasa sangat canggung untuk berbual dengan bekas majikannya.

Haji Din mengangguk. “Awak menghilangkan diri macam tu jer dengan Alina. Saya dapat jejak Alina. Tapi tak lama lepas tu dia meninggal. Awak..saya tak pernah jumpa.”dalam maksud kata-kata Haji Din. Che Nah menelan air liur.

“Tuan patut jelas kenapa saya larikan diri dengan Puan Alina.”meskipun nada Che Nah amat lembut tapi kata-katanya memberikan tamparan besar kepada Haji Din.

Haji Din membuang pandangan ke luar tingkap. “Memang salah saya. Sampai Alina makan hati. Larikan diri dengan awak. Bawa sekali Ama dan Ami. Saya terseksa..”

Che Nah menarik nafas. Sebagai orang yang sudah berpengalaman,kata-kata amat penting supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan. “Puan Alina lebih terseksa tuan. Saya ada di samping puan sewaktu dia menghadapi segala kesulitan. Dia larikan diri dengan saya,bawa Ama dan Ami sebab tuan.”

Hati Haji Din terasa berat. Di tahu bila-bila masa saja empangan matanya akan pecah dan turun. Apa yang dikatakan Che Nah semuanya benar. Semua salah dia. Semua salah dia yang tak reti bersyukur.

“Awak tak tahu betapa saya terseksa 18 tahun ni sebab fikirkan segala kesalahan saya. Kesalahan bodoh yang saya buat..menyeksakan ramai orang.. saya nak tebus semua kesalahn saya.”perlahan Haji Din berkata.

Che Nah merenung wajah Haji Din. Nampak sangat sedih dan wujud penyesalan pada wajah tua itu. 18 tahun tidak bertemu,memang wajah Haji Din banyak berubah. Uban juga sudah meliar di rambut. Malah wajah tua itu sudah di hiasi janggut.

“Jadi,apa tujuan Tuan datang ke sini? Tuan tak ada dosa apa-apa pun dengan saya.”

“Saya nak Tanya pasal Ama dan Ami.”

Kata-kata Haji Din menyedarkan dia tentang satu hakikat. Ama..Ami.. pasti Haji Din mahu menjejaki mereka. Memandangkan dia merupakan orang terakhir yang bersama dengan Puan Alina,pasti Haji Din berpendapat bahawa dia tahu di mana Ama dan Ami berada.

“Saya pasti awak tahu di mana si kembar tu. Tolonglah bagi apa-apa maklumat pun. Saya nak cari mereka. Waktu saya jumpa Alina,dia tak mahu cerita di mana Ama dan Ami. Tolonglah Nah.”Haji Din merayu.

Che Nah menelan air liur yang terasa pahit. Memberitahu Haji Din tentang kembar tersebut? Ya Allah.. macam mana ni. Dia tahu,Haji Din berhak tahu tentang kembar-kembar tersebut.

“Saya....”

Bunyi cerek air di dapur mematikan ayat Che Nah. Dia segera ke dapur untuk menutup api. Che Nah termenung sebentar di dapur. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan. Ceritakan hal sebenar kepada Haji Din? Che Nah menggeleng. Dia takut..takut tentang hakikat. Apa yang patut dilakukan? Che Su!! Ya..dia patut bertanya kepada Che Su. Che Nah segera keluar melalui pintu dapur dan menuju ke rumah Che Su yang hanya bersebelahan rumahnya.

.....................................................................

“Kau berak batu ker molen?!”Rizkin terus memekik bila aku masuk ke dalam kereta.

“Hal macam tu pun nak kena report dekat suami ker?”ha..perli baik punya. Bukannya lama sangat aku keluar. Tak sampai 15 minit. Bukannya berhenti dekat R & R ni kena caj pun.

“Dah kau lama sangat. Kot sembelit ke apa. Mana tahu kan.”

“Saya tunggu ni!”hulurkan wafel. “Ramai sangat.” tarik balik wafel. Aku punya. Bukan dia.

“Huh..ramai sangat orang jakun macam kau.” Kereta terus bergerak. Eh banyak sangat cakap. Biarlah jakun pun. Tak pernah kacau dia sekuman pun. Suka susah hati. Aku terus makan wafel. Tak payah peduli orang yang tak cukup wayar.

Kereta terus meluncur di lebuh raya. Kadang-kadang laju macam palesit..kadang-kadang ikut had laju. Dan selalunya ikut otak dia jer nak bawa macam mana pun.

“Rumah kau tu ada tandas ke? Jangan .cakap kena melepas dekat sungai pula”soalan tak boleh blah. Ingat aku duduk dalam hutan ker? Gerik dah majulah weh! Ha..KFC pun dah ada. Memanglah aku duduk dekat Air Panas tapi dalam kawasan Gerik. Panas ni kalau orang kutuk kampong halaman.

“Orang asli kat Gerik tu pun dah pakai telefon bimbit tau. Orang Gerik dah maju! Jangan nak pandang enteng pula. Memanglah rumah saya tu tak sebesar ‘istana’ awak tapi selesa jer.”menyampah.

Dia ketawa. “Rasa tak sabar betul ni. Tak sabar nak tengok rumah kau. Tak sabar nak tengok gambar debab kau nanti. Molen..”ketawa tak sudah..aiiisshhh..mamat nih!!!

Sebab geram gila. Aku sumbat bertubi-tubi wafel dalam mulut. Entah macam mana boleh tersedak. Tepuk-tepuk dada pun tak mau berhenti.

“Kau apa hal?”Rizkin bertanya. Tak kanlah aku tengah berenang nih? Tak Nampak aku tersedak?

Rizkin memperlahankan kereta dan memberhentikan di sisi jalan. Dia cuba mencari sesuatu di kereta. “Air pun tak ada.”melilaukan pandangan.

Aku masih lagi menepuk-nepuk dada. Apahal nak tersedak semacam ni? Siapa yang nak menyebut? Tak semena-mena tangan Rizkin naik di belakang badan aku,menggosok perlahan.. Lagilah aku nak tersedak.

“Tak payahlah.”aku menggerakkan bahu.

“Diamlah. Dah tersedak pun nak melawan. Tadi kau menyumpah akulah agaknya jadi gini.”masih membebel dengan tangan sibuk menggosok perlahan.

“Dahlah. Saya dah okey.”cepat dia alihkan tangan. “Awak ingat ni highway bapak awak ker suka hati nak berhenti macam ni? Cepatlah gerak!”ceh!bukan aku patut ucap terima kasih ker? Susah susah dia nak berhenti semata-mata aku tersedak. Ish..Hana Hana..

“Terima kasih pun kedekut!”dia menggerakkan kereta.

Aku terdiam. Betul kut sebab sedap-sedap jer nak menyumpah suami sendiri. Ha..padan muka. Berdaulat juga mafia sorang ni.

............................................................................

Haji Din pelik. Lama benar Che Nah ke dapur. Persoalan yang singgah sebentar tadi masih belum terjawab. Che Nah larikan diri ker? Ish tak kanlah pula. Ini rumah dia. Nak menjenguk ke dapur,rasa macam tak sesuai.

Haji Din mengangkat punggung dan menuju ke luar. Matanya melilau mencari Rozman. Nampak Rozman sedang berehat di atas pangkin di hadapan rumah. Penat memandu dari KL ke sini.

“Tuan..” Haji Din memalingkan wajah ke belakang bila terdengar suara Che Nah memanggil.

“Minum Tuan.”Che Nah menjemput bila Haji Din melabuhkan punggung di atas kerusi. Haji Din menghirup teh yang masih panas itu dengan perlahan.

“Tuan..”

“Ye..”

“Tuan betul ker nak tahu pasal Am dan Ami?”teragak-agak dia bertanya. Setelah bercakap dengan Che Su sebentar tadi,Che Nah telah tekad.

Haji Din angguk. “Saya nak bertanggungjawab ke atas mereka.”

“Selepas 18 tahun,saya tak rasa yang Tuan perlu nak cari diorang. Kalau betul Tuan nak cari diorang,Tuan dah buat dari dulu. Bukan sekarang.”

Keluhan Haji Din terlepas. “Dah lama saya cuba jejak si kembar tu. Dan dah lama juga saya cuba cari awak tapi tak berhasil. Baru sekarang saya dapat jumpa awak. Tak boleh ker awak bagi peluang kepada saya nak tebus segala kesalahan saya supaya saya dapat hidup dengan aman?”nada suara Haji Din sudah tak tertahan. Dia amat berharap Che Nah akan memberikan sesuatu yang berguna tentang anak-anaknya itu.

“Saya..saya..tak rasa macam tu.”

14 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

weeyy ape ni rizkin..
kecoh laahh..
ak baru nak bayang hotel n bilik yg macam mana nenek dorang booked.
choyy..

tak kira tak kira..kat gerik pon kau kasi yg romantik2..hahahha..
kata gerik best kan.so,sila sila.
*cucuk si qyqa*

next2..

Fatihah said...

msti hana ade kaitan ngan haji din kan??? x saba nk tau seterusnye ^_^

IVORYGINGER said...

hana ada twin ya???
yg mana ama yg mn ami???
ama ke ami yg jd perebutan ant rizkin ngan hazriq dl???
apakah sempat hana smpai gerik n jumpa ayah kandung dia??? writer next plz. he... ;D

qyqa said...

zatie..hahaha..
aku x ckup umo ag nak bt scene2 gituh..wakaka

gerik bes..jgn riso..haha

qyqa said...

fatihah..

mungkin juga..tunggu..=)

qyqa said...

ivoryginger..

kalau nak tahu tunggu yg seterusnya???hehe..*mood berdebar gituh* =)

Maryam Kamal said...

qyqa.

kita dah 18.
dah boleh kalau nak masuk scene 18sx.
haha

i mean, romantik plssss !
tapi jgnla overboard. hehe

:)

makin misteri pulak cerita ni.
from a brighter side, bagus jugak ada sampingan watak misteri Haji Din, Ama Ami bagai..
sekurang2nya takde la focus on love story between Hana dengan Rizkin jep. :)

Qyqa..
bila nak publish CC dlm bentuk bercetak?
ngeee ! :)

Azlin197 said...

Salam 2011 .

Hai ... makin bagus la...
so .. banyak masa skarang kan, boleh la pulun menulis tau !!

Good Job Babe !!!

Mimie said...

haahhahha....lawaklah..pegi Gerikk utk honeymoon???? qyqa2 u sooo do what i've suggest, hahahha...tegelak jer masa baca ne x sangka lak qyqa betol2 buat watak hana suprise abisszzz ngan packet suprise mcm rizkin tu.....menjadi laaa citerr ni..suke sangat2

'neway cepat2 post entry baru ekkk...

(psstt...ppsstt... belom ade yg usha nk terbitkan CC ker?? juling dah mate bace kat monitor jew...)

keep the gud job (n_n)

Mimie said...

lupe nk ckp sakurahanae tu sy lah (><)

qyqa said...

@ Maryam,

hahaha..memang kita dah 18 tapi qyqa rasa macam malu nak tulis part2 romantik tuh..hahaha

tang nak publish tu..akan ada insyaallah..=)

qyqa said...

@Azlin197,

salam 2011 cikgu!!!
thanx...hehehe
memang dah banyak masa..sampai bosan gituh..=)

qyqa said...

@mimie..

hehehehe..kita pon x sgka tau kita nak buat macam ni..thanx tau bg idea..hehehe

oh ya..yg versi cetak..insyaallah kalau ada rezeki...=)
tengah pening nak tulis...=)

lurve_leen said...

best...ske bce...
lwk hahaha

There was an error in this gadget