[[QYQA'S]]

Saturday, August 1, 2009

AIMA NASUHA

Bushhh!!!

Mantap betullah skuter aku ni!Boleh parking dengan hebat.Haha,nasib baik aku tak langgar motor lain kat parking ni.Nak mati??

Dengan langkah yang laju,aku melangkah masuk ke dalam kafe.Nak jumpa somebody..Nak jalan ayu,aku dah lambat nak dekat sejam.Ni semua sebab terleka main game kat bilik tadi…haha..

Dari jauh,aku dah Nampak muka toyer Audin yang melambai kat aku.Eleh,ingat orang tak Nampak ker dia?Jangan cakap dia,lubang hidung pun aku dah Nampak.Aku rasa dia nak sembur aku.Mesti dia dah lama tunggu sebab air kat cawan dia dah habis.Tinggal ketul ais jer.

“Sorry la Din…Lambat sikit,tadi pergi hospital”Ceh…karang ayat ni,haha..

“Kau selalu lambat kan.Tak pergi hospital,cirit la,perut masuk angin la bla bla bla”Hm…dia dah mula dah..

Aku angkat tanganku dan mengembangkan jariku”Stop!tak payah nak jadi mak nenek belakang rumah nenek jiran aku.apa kes kau nak jumpa aku?Cam da hal besar benar.”aku menyoal.

Audin mengeluh..Ai,putus cintun ker?

“Ni pasal rancangan mak ayah kitalah.Kau kan tahu yang kita ni dah ditunangkan sejak kecil.Aku sebenarnya dah lama nak bangkang tapi aku tak berani.Kau tahu kan,papa aku sejak mama aku dah meninggal,penyakit dia bertambah kronik.Aku tak sanggup nak berterus terang.Lagipun,aku dah ada calon sendiri…Aku Cuma berani nak cerita kat kau jer.Aku harap kau tak marah.Kau tak ada simpan pape perasaan kat aku kan?”

Tergelak aku dengar kata-kata Audin terutamanya ayat terakhir dia.Nak jaga hati aku ker?Hahaha..

“Takkan kau sedih sangat sampai jadi gila cam ni?”Audin cemas.Lagilah aku gelak besar.

“Din oi…tak adanya aku nak sedihlah.Ni dengar aku nak cakap.Aku pun tak pernah nak setuju kahwin dengan kau.Aku lansung tak hingin.Aku pun cam kau juga,nak jaga hati mama aku.Aku harap sangat perkahwinan ni tak terjadi.Dah kau ada calon sendiri,baguslah!”bersemangat aku berkata.Audin membulatkan mata,eh…cam toyol..

Audin menggaru kepalanya.”Kiranya,kau suka kalau kita tak jadi?”

“Yes!”

“Kau ada calon lain?”Wah…solan cepuperak ni!Aku manalah ada calon lain.Dah tak da laki nak kawan dengan aku ni.

“Sape perempuan yang konon-kononnya bertuah yang dapat tawan hati kau tu?”Tak mau jawab solan dia,aku Tanya balik soalan lain,jalan selamat ni,hehe..

Audin tersenyum.Hm…Nampak sangat bahagia.

“Nanti aku kenalkan kau dengan dia.Dia cantik dan Pakai tudung cam kau tapi ayu.Tak adalah bolah cam kau!”wah…dalam puji,sempat lagi kutuk aku tu..Hish..

“Yelah…aku memang tak ayu kan.Tu kau tak nak kahwin dengan aku.”nak merajuk lah ni konon.

“Lah…janganlah marah.Kau baik tau tapi aku memang tak boleh nak anggap kau lebih.Kau macam adik aku!”Dia merendahkan suaranya.Aku gelak..

“Lawak jelah kau ni.Tak payah nak emo lor.Dahlah,aku nak blah ni.Nak sambung main game bek punya..”

“Jangan balik lagi!Kita kena bincang cam ne nak cerita kat mama kau and papa aku!”

Dump…ha,ni barulah bala besar.Nak berterus terang?Dengan mama?Oh…aku tak sanggup nak lukakan hati mama..Mama yang banyak berkorban untuk aku…Tak mau..

“Kau lah cerita sendiri.Aku tak mau tanggung risiko.Kang tak pasal-pasal sakit jantung papa kau tu menyerang balik.Tak maulah.”Aku awal-awal lagi angkat bendera putih.

Audin berdengus.

Ala,rasa nak jalan-jalan lah pula.Ingat lepas jumpa Audin tadi,nak balik main game tapi ubah anginlah.Pa kata aku pergi tesco.Bes juga tengok sales.Mak-mak yang terkocoh-kocoh pilih barang,anak-anak yang nangis sebab tak dapat barang and….minah2 yang tak cukup kain!!

Aku sekadar berjalan-jalan sambil mataku melilau-lilau.Tiba-tiba,mataku tertacap pada seorang nenek tua yang sedang berusaha mengambil minyak dari rak atas.Kesian pula aku tengok.Aku menapak kearah nenek tadi dan berniat mahu menolongnya.

“Nek..biar saya tolong!”serentak kata-kata itu aku tuturkan bersama seorang pemuda.Aku dan dia berpandangan.Hek eleh,ingat bagus ker?Serentak itu juga,tangan kami mencapai minyak masak yang sama dan kedudukan tangannya di atas tanganku.

“How dare you?”Geram ni!Cepat-cepat aku tarik tangan.Laki ni sengeh jer.Bagus sangat ker??

“Cu….minyak nenek…”

Alahai,cam ner lah boleh lupa pasal nenek ni?Kesian kat dia..Laki tadi pun Nampak terkejut dan terus ambil minyak tadi,masukkan dalam troli.

“Terima kasih cu…”nenek tadi berlalu pergi.

Aku dan pemuda tadi berlawan pandang.Huh…dahlah ada mata 4,da hati nak lawan mata super laser aku ni.Pirraahh…

“Abang!”datang seorang gadis menepuk bahu laki ni.Nak kata bini,Nampak muda jer,lagipun perempuan ni comel.Tak macam mamat sengal kat depan aku ni.Nak kata adik…muka tak Nampak sama pun.Hurm…whatever..

“Abang,ni ker makwe yang abang cakap tu?”gadis comel dihadapanku menyoal..Hurm,dah sahlah ni adik dia.Hello little sister,I’m not…

“Bukan…ni peah kundur yang sesat.Abang tengah bagi cas mata abang kat dia ni!”amboi-amboi,sedap hidung masin jer dia cakap cam tu.Aku Peah??

“Lah…ni abang awak?Saya ingat mamat sesat dari tanjung rambutan!”Ha…aku pun boleh.Gadis comel tadi memandang kami.Peliklah tu…

“Err..abang,jomlah…”gadis comel tu tarik mamat tak cukup wayar ni.Mungkin dia rasa sat lagi bakal berlaku satu perang!Sempat lagi tu,mamat tadi bagi isyarat…Jari telunjuknya dan hantu ditujukan kematanya dan diarahkan kepada aku.Eleh,kononnya nak cakaplah I’LL WATCH YOU!Ada aku kisah???Tak pun..

Sampai di rumah,aku Nampak mama tengah sibuk nonton TV..hurm,cerita pasal fesyen.Taksub benarlah mama ni kalau pasal fesyen.

“Aima Nasuha Bt Syukran…”hah siap!Kalau mama dah seru nama penuh aku tu,mesti dia nak cakap secara minda orang dewasa.Aku yang tadinya dah naik 2 anak tangga,turun balik dan duduk di atas sofa,hadap mama.

“Ma…”

“Sihat?”Aik…nak Tanya aku sihat??Mestilah aku sihat.Aku angguk jer..

“Tadi mama jumpa Datuk Marzuki..Kami bincang pasal perkahwinan Suha dengan Audin..”Ooo…mama,tadi pun Suha jumpa Audin,bincang hal yang sama juga.Hurm…Baik aku diam jer..

“Kami ingat nak cepatkan perkahwinan kamu berdua.Lgipun,Audin dah kerja.Suha pun dah habis study.Okey tak sayang?”Ok??KO!!Adoi..cam nelah nak berterus terang dengan mama?

“Ma…Suha bukan tak setuju tapi kan kami dua masih terlalu muda.Biarlah kami stabil dari segala hal.Mama tengok Suha,nak masak pun tak pandai lagi.Telur goreng pun boleh hangus.Cam ner nak kahwin??Ma…please,jangan desak kami..”aku cuba berdiplomasi.Hakikatnya sekarang,aku terjerat kat tengah.Impian orang tua dan kehendak hati aku yang memang tak nak kahwin lagi.Tambah pula,Audin dah ada calon.Adil ker kalau niat dan hasrat kami dihalang dengan hasrat orang tua kami yang dibuat tanpa kerelaan hati kami sendiri?

Mama berdengus.”Mama tak desak Suha…Mama Cuma nak yang terbaik untuk Suha..takkan Suha nak hampakan hasrat hati mama dan arwah papa?”Aduh…kalu main sebut arwah papa,ni yang buat aku lemah ni.

“Suha penatlah,Suha nak naik dulu.”aku ambil jalan selamat.Malas nak cakap lagi.nanti tak pasal-pasal,aku derhaka pula..Alahai..

Haha,tekalah sekarang aku kat mana?Aku kat book store taw.Seingat aku,berapa kali jer aku kat lubuk orang-orang skema ni..Haha..

Saja jer aku datang sini,ingat nak cari novel.Entahlah tetiba terdetik kat otak aku nak baca novel bila tengok Kak Kiah,orang gaji rumah aku baca.Cam bes jer bila tengok dia dok tersengeh,muram,masam and the others reaction.Cam orang tak cukup wayar pun ada!

Tengah melilau,mataku tertacap pada sebuah novel berwarna pink.Cepat jer tangan aku mendarat kat atas buku tu.Tapi yang tak syok nya,da pula tangan makhluk asing lain yang dok kat atas tangan aku ni!Eh…nak ambil novel ni juga ker?Siapakah gerangannya??Jeng jeng jeng…

“Awak!”

Serentak kami bersuara.Tak sangka aku jumpa mamat ni lagi.Kenapalah dalam berlemon orang,aku asyik jumpa dia??Kebetulan sangat ni.

“Saya Nampak dulu novel ni.Saya nak!”aku menolak tangannya yang ada diatas tanganku dan mengambil novel tersebut.

“Saya tak kira,saya nak novel tu juga!Dah lama saya cari.Ni dah ada satu jer.Bagi kat saya!”oit…tak gentleman giler…ni nak kena suruh pergi kat toilet gents ni!!

Ada saya peduli?”dengan sekuat tenaga aku,tolak jer mamat sentul ni..Gagagaga,aku lagi cepat….siap dah bayar kat kaunter dah…Baru padan muka!Silap besarlah kalau nak kenakan Aima Nasuha!

Cepat-cepat aku blah dari book store tu.Takut juga kalau mamat tu buat pape..Kan naye tu!Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi.Mesej masuk,dari Audin.

‘Malam ni jumpa ko kat restoren hr 2.Aku nk kenlkan ko dgn mkwe ak.pkl 8,jgn lpe dtg.’

Hurm…dia tunaikan janji dia rupanya.Bolelah aku kenal dengan makwe si Audin ni..Mesti comel.

Tepat pukul 9.00 malam,aku samapi kat restoren.haha…cam besalah,aku memang selalu lambat pun.eh,terlambat!!!

Dari jauh,dah Nampak Audin dan seorang perempuan yang membelakangiku.Tapi yang peliknya,tak ada pula minuman kat atas meja.Hai,dah sejam tunggu,tak minum ker?

“Aku dah agak kau mesti lambat punya.Tu yang aku cakap pukul 8.00.Kitorang baru jer sampai.”Audin terus berkata bila aku sampai kat meja.

“O…kau kenakan aku!”kata-kataku disambut tawa Audin.Aku ni dok berdiri,dia tak nak jemput duduk ker?

“Maya,nilah kawan abang yang abang salu cerita tu,Aima Nasuha.”Gadis yang benama Maya tu memusingkan kepala.Wah!Aku tergamam.Kecilnya dunia.Nilah adik kepada mamat sentul yang salu mengacau ketenangan aku.Maya tersengeh.Aku yakin,dia mesti pikir benda yang sama.

Aku bersalaman dengan Maya dan duduk di sebelahnya.Takkan nak dok kat sebelah Audin,kang ada pula yang cemburu,huwahuwahuwa.

Pelayan datang mengambil pesanan dan Audin memesan set makan malam untuk 4 orang.Aik kenapa kena 4 set?kan ada 3 orang jer,aku,Maya,Audin.Lagi satu untuk sape?Aku memanglah lemah matematik tapi tak adalah sampai bengap sangat nak mengira.Malaslah nak Tanya,wat habis air liur.

“So,bila nak kahwin?”Soalan aku ajukan.Maya nampa malu-malu bila mata Audin menjelingnyaHai,orang bahagialah katakan.

Cam nak nak kahwin kalau aku ada tunang?”selamba Audin menjawab.Maya mengangguk kepala.Huh…ni berat taw.

“Aku da cakap kat mama aku hari tu,tapi tak sangguplah nak beterus terang.Kau tahukan mama aku tu,lembut.”aku berkata perlahan.

“Aku pun cuba nak cakap dengan papa aku tapi aku pun cam kau.Papa aku tu dahlah ada penyakit jantung.Takut aku kalau pape terjadi kat papa”

“Korang kahwin lari je lah.”Gelak tawaku terhambur sedangkan muka Audin berubah kelat.Maya hanya tersenyum.

“Gila!Tak…”

“Sorry lambat!”

Kata-kata Audin terbantu bila dipotong oleh satu suara yang kedengaran dekat dibelakangku.Aku memusingkan kepala,mamat ni!Ya Allah,adik dia nak dating asal dia pun nak nyebok?Mukanya juga terkejut melihat aku.

“Syam…marilah dok kat sini.Kami pun baru jer sampai.”Audin berkata.Dia melangkah dan duduk disebelah Audin berhadapan denganku.

“Ni kau punya orang gaji ker?”Jari dia menuju kearahku.Ceh…cinabeng punya mamat,nak kenakan akulah tu.Ada ke aku yang cun melecun ni dia panggil orang gaji?Buta ker??

“Tak,ni kawan aku.”nada Audin kedengaran serba salah.Aku berdengus.

“O…ni tunang tak jadi kau tu rupanya.Hurm…not bad tapi memang elok kau pilih adik aku.Lebih sesuai dia jadi orang gaji kau jer.”kedengaran sinis suara dia.Memang kurang ajar.Mataku dan matanya bertembung menghantar 100000000000000 kebencian.Memang cinabeng tahap cipanlah mamat ni.Mata kami tak berkelip seolah-olah sedang bermain lawan mata.Aku takkan kalah.

Tiba-tiba,”Adoi!!!”dia menjerit dan mengaduh.Nak taw pasal per?haha,aku pijak kaki dia.Padan muka!!Audin dan Maya berpandangan sesame sendiri.Pening lihat telatah aku dan mamat ni.Aku hanya tertawa kecil.Kalau dia nak pijak balik kaki aku,silap besarlah weh,dah lambat pun,aku dah siap bersila pun ha…haha..

Tak lama,makanan kami sampai.Aku memang lapar pun ni.Elok jer aku nak makan,sesuatu terpelanting ke pingganku.Kacang hijau yang tak lain dan tak bukan datang dari mamat tak cukup hormone depan aku ni.Eiii,geramnya.

Aku buat tak peduli dan meneruskan acara makanku.Tak lama,dia buat lagi.Aku abaikan.Dia buat lagi,aku sua penumbuk.Dia buat lagi…hei,aku dah hilang sabar ni!!Dengan hati yang membengkak,aku ambik pinggan dia dan menuangkan segla isi masuk ke dalam pingganku.Terjojol biji mata mamat ni,Audin dan ,Maya.

“Dia bukan nak makan pun.Baling-baling makanan kat aku,baik aku jer yang makan!Kan Encik Syam?”aku menyebut namanya yang aku dengar dari mulut Maya sebentar tadi dengan nada peril.

Syam menarik pingganku kearahnya.Eii,dia pula nak mabil bahagian aku.Ni tak boleh jadi ni.Aku merampas kembali pingganku.Bila dia cuba ambil kembali,aku memegang sekuat hati.Aku tak mau kalah.Maka,terjadilah perebutan makanan antara kami.Tah macam mana,elok jer makanan kat pinggan tu terpelanting dan jatuh kena pada baju kami berdua.Oh…tidak!!Dan kami jadi wayang kat restoren ni!!Ni semua sebab dialah…

Dah tak da selera nak makan dah,aku segera angkat punggung mahu keluar dari restoren.Betapa malunya bila semua mata kat restoren ni tengok aku.Camlah aku ni alien!!

Bosannya hari ni.Dah 2 hari aku tak kuar rumah sejak kejadian kat restoren tu.Gila punya malu.Kalu aku jumpa mamat tu lagi,memanglah….aku nak jer lumatkan dia.Tak matang lansung!!

Hurm…nak buat apa ye..Ha,aku da idea!Aku ingat nak masuk stor,nak cari barang-barang aku waktu kecil.At least bole tolong kemaskan sekali.

Besar juga stor barang-barang ni..Tengah syok-syok kau menerjah kat stor ni,tetiba jer terpijak pula kaca!Alahai…nasib baik aku pakai kasut.Tapi,bila tengok balik,ni bukan kaca tapi bingkai gambar.Perlahan-lahan aku buangkan kaca diatasnya dan mencapai gambar tersebut.

Gambar seorang laki dan seorang perempuan.Sama cantik dan sama padan.Eh…tunggu.Ni macam mama aku tapi laki kat sebelah ni bukan papa aku.Laki ni..Hurm,aku membalikkan gambar tersebut dan terdapat cacatan dipenjuru gambar tersebut.Sedikit kabur namun boleh ku baca.

‘CINTA ZUKI UNTUK ILA TAK MUNGKIN TERPADAM BIARPUN ILA TERPAKSA MENIKAHI SYUKRAN.

SALAM SAYANG ZUKI SELAMANYA UNTUK ILA.

I LOVE YOU

P/S:JANGAN LUPAKAN ZUKI SAYANG..’

Otakku cuba mencerakinkan apa yang aku baca sebentar tadi.Zuki?Datuk Marzuki ayah Audin?Ila?Aslia ibuku?Syukran ayahku?

Apa sebenarnya ni?Aku tak paham.Kenapa pula Datuk Marzuki tulis cam ni kat mama aku?’terpaksa menikahi’?Apa maksudnya?Mama terpaksa menikahi papa?Mama cintakan Datuk Marzuki?Cinta terhalang ker?Oh God..Secret is gone!!

“Suha?Kenapa ni?Tetiba nak jumpa cam ni.Nak bincang pasal Suha dan Audin?Suha dah bersedia?”Datuk Marzuki menyoalku.3 pasang mata kini memanahku.Datuk Marzuki,mama dan Audin.Masing-masing mengharapkan jawapan bila aku utarakan kemahuanku untuk berjumpa mereka di rumah ini.

“Suha tak mau kahwin dengan Audin!”aku lantang berkata.

Datuk Marzuki dan mama terkejut sedangakn Audin hanya tertunduk.

“Suha,apa yang Suha cakap ni?”Suara mama sedikit meninggi.

“Suha,kenapa?”Datuk Marzuki pula.

“Sebab Audin dah ada pilihan hati.Audin tak mau kahwin dengan Suha papa.Audin Cuma anggap Suha macam adik.Antara kami tak ada sebarang perasaan.”Audin pula bersuara.Mungkin dia sudah ada keberaniaan.

“Jangan nak mengada-ngada.Semuanya dah diatur.Suha dan Audin kena bersatu!”mama sedikit beremosi.

“Kenapa mama dan uncle tak bole nak terima yang kami memang tak boleh kahwin?Uncle nak Audin jadi cam Uncle?Tak dapat kahwin dengan orang yang dicintai?”serentak itu,aku meletakkan gambar semalam diatas meja.Terjojol mata mama dan Datuk Marzuki melihat gambar itu.

“Suha!”suara mama meninggi.Matanya merah menahan rasa.Aku meneguk air liur.Aku tahu,pasti amarah mama akan meletus.Tapi,nilah cara terbaik.

“Mama..sepatutnya mama paham rasa hati kami berdua.Sakit sangat kalau berkahwin dengan orang yang kita tak cintai mama.Sakit.Biarlah Audin dengan pilihan hati dia.Suha pun memang tak ada lansung simpan perasaan kat Audin.Please mama..”lembut nada suaraku menerjah.

Mama terdiam tanpa reaksi.Datuk Marzuki dan Audin berpandangan sesame sendiri.

“Suha…tak semestinya berkahwin dengan orang yang tak kita cintai,hati merana.Perkenalan selepas perkahwinan adalah yang terbaik.Cinta boleh dipupuk.Restu orang tua adalah yang paling penting.”Datuk Marzuki mencelah.

“Jangan menipu uncle,Suha tahu jauh disudut hati uncle ada tersimpan perasaan kat mama.Sebelum ni Suha tak pernah nak tafsir pandangan uncle pada mama tapi sekarang suha tahu.Kenapa tak Uncle dan mama jer yang menikah?”aku membangkang.

“Betul papa.Setidak-tidaknya hasrat papa yang dulu terlaksana.”Audin menyokong.

“Jangan nak merepek.Kisah kami dah lama terkubur dan sekarang kisah kamu berdua.Kamu mesti kahwin!Mesti!!”suara mama meninggi.Tak disangka-sangka,suara mama makin tenggelam dan terus rebah tak sedarkan diri.

Aku termanggu diluar wad.Hajat untuk masuk bertemu mama terbantut.Mama enggan bercakap denganku.Mama dah benci kat aku!Perlahan air mataku terasa bertakung.Salahkah kalau aku sekadar menzahirkan hasrat hati?Enggan berkahwin dengan yang tak dicintai??

Mama….selepas tak sedarkan diri,terus dibawa ke hospital.Tekanan darah mama naik dan terpaksa ditahan di wad.Hatiku memang bimbang jika mama sakit.Aku tak mau mama menderita.

Sentuhan dibahuku membuatkan aku tersentak.Pantas aku mendongak,Datuk Marzuki melemparkan senyuman.Pahit sekali aku nak balas.Dia melabuhkan punggungnya disebelahku.

“Dah jenguk mama?”soalan itu aku jawab dengan gelengan.

“Kenapa?”

“Mama tak mau jumpa Suha..”

“Nanti mama ok lah tu”pujuk Datuk Marzuki.

“Salah ker apa yang Suha cakap tu Uncle?”

Datuk Marzuki tersenyum.”Salah tak salah Suha,Suha tetap dah lukakan hati mama.”

“Tapi memang kami tak mau kahwin.Uncle tak marah pun kat Audin..”’

“Uncle lain,uncle laki tak adalah terlalu emosional sangat.Lagipun sebenarnya uncle dah banyak kali terserempak audin dengan budak perempuan tu.Uncle sebenarnya tak kisah sangat dengan sape Audin nak kahwin tapi uncle terikat dengan janji uncle pada arwah papa Suha.Uncle rasa mama Suha tak mau ingkar dengan janji yang dah dibuat..”

Aku terdiam.Rasionalnya,aku sedikit lega.Yakin amarah mama tak akan lama.

“Uncle masih mengharapkan mama?”perlahan aku menuturkan soalan,bimbang tersilap langkah.

“Semua tu kisah lama Suha.Semua tu kenangan silam..”

“Uncle tak jawab lagi soalan Suha.Masih harap pada mama?”

“Merepek jelah..”

“Masih harap pada mama?”kali ketiga aku ulang soalan ni

“Uncle dah tua lah Suha,hidup pun tak lama.Sekarang ni bukan masa nak mengharap macam dulu-dulu lagi.Kalau uncle masih mengharap pun,mama suha tak kan sama cam uncle…”

Tersengeh aku mendengar kata-kata Datuk Marzuki.”Dipenghujung usia Uncle nilah kena menikmati saat-saat manis.Cubalah uncle.Mana tahu,untung sabut dapat!”

Datuk Marzuki merenung lantai.”Suha setuju ker?”

Aku mengangguk dan Datuk Marzuki tersenyum penuh makna.

Sampai di kafe hospital,aku memesan mee goreng dan segelas air suam.Tak lalu rasanya nak makan tapi perut aku dah memang lapar sangat ni.

Mee goreng yang ada di depan mataku,sedikit saja luaknya..Cukuplah sekadar mengisi perutku.

“Hai!”satu suara menegur.Aku mendongak.La…mamat sentul ni.

“Tak mau jemput saya duduk?”

“Tak malu,duduklah!”

“Memang tak malu pun.”Dia duduk dihadapanku.Kaca mata yang sedikit jatuh ditolaknya.Hm…Nampak kacak!!

“Awak nak apa?Kenapa datang sini?Rasanya kat sini tak ada wad untuk pesakit mental!”lantang aku berkata.

Dia tersenyum.”Saya datang nak jumpa awak!”Aku membulatkan mata.Asal plak nak jumpa aku?

“Awak nak kenakan saya lagi ker?Ker nak balas dendam?”

“Saya nak jadi pendengar kesedihan awak!

“Peliklah awak ni,dahlah kalau jumpa jer asyik nak gaduh.Ni tetiba nak jadi pendengar kesedihan saya.”

“Audin dah ceritakan semuanya kat saya.Jadi saya dah tahu semuanya.Awak tengah bersedih kan?Saya datang kat sini semta-mata nak ceriakan awak..”

Bulat mataku mendengar kata-katanya.

“Kenapa pula nak buat cam tu?”

“Sebab…..saya kawan awak!

Berkerut keningku.Kawan?Musuh adalah..

“Kita lansung tak pernah kenal,cam ne nak jadi kawan?jumpa pun asyik gaduh.Kawan ker cam tu?”

“Kalau cam tu.jom kenal.Saya Ahmad Hisyam Raffi bin Mohd Zami.Awak?”Dia menghulurkan salam.

“Saya Aima Nasuha bt Syukran.Sorry tak boleh salam.Haram!”

Tersengeh dia memandangku.”Friend?”

Aku mengangguk.”Yup!”

“Saya nak minta maaf pasal hari tu…Kesian awak sampai kotor baju.”Syam berkata.

“Saya pun salah juga.Saya pun nak minta maaf.Sekarang kita 0-0!”

Kami tersenyum.Entah kenapa,beban di fikiranku hilang dan aku tetiba jer lalu nak makan mee goreng ni!!

Sebulan kemudian…

“Aku terima nikahnya Siti Aslia bt Asri dengan mas kahwin RM20 tunai”

“Sah?”tok kadi bertanya.

“Sah…”

Saksi pun dah kata sah…Akhirnya aku dapat papa baru!!Mama bersatu dengan Datuk Marzuki a.k.a papa baru aku.Cam tak percaya tapi nilah reality.Susah juga nak suruh mama setuju,tapi Berjaya juga..Haha..

Hubungan aku dengan mama pun dah bertambah baik.Mama dah boleh terima yang aku memang bukan untuk Audin.Audin hanya citkan Maya.Bak kata mama,tak dapat jadi menantu,jadi anak tiri pun tak per..haha..

Yang syoknya,kenduri meraikan perkahwinan mama,papa dan Audin Maya diadakan serentak.Tapi mama papa tak sandinglah..Hehe,mama cakap nenek kebayan tak molek naik pelamin.Ada pula,mama tu still lagi cantik sebenarnya.Ala tak pe kan,janji deah nikah pun dengan papa..

“Secocokkan Maya dan Audin?”Suara Syam singgah di telingaku..Aku mengangguk…

“Habis awak,bila lagi?”Syam menyoal.

“Awak tu patut kahwin dulu,lagi tua dari saya taw!”

“Awak jelah kahwin dengan saya!

Aku tergelak mendengar kata-kata Syam.Suka sangat gurau cam tu.Dengan Syam??Boleh ker??Tak kot…Hehe,bole juga..Eh,tak lah..Bole!!

Ah…tak payah lah nak serabut pikir.Hidup ni tak seperti yang dirancang kan??Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya jadi..Selalu bertentangan..

Nak ramal apa yang akan berlaku antara aku dan Syam,aku memang tak berani.Kalau ada jodoh…huhu…Tengoklah dulu!

9 comments:

Lily Angella said...
This comment has been removed by the author.
Lily Angella said...

best citer ni.
kelakar lah dioarang ni.
ada sambungan ke citer ni???
kalo bleh sambunglah.

Azleena said...

Qiqa ... hai beb..

best ahh...sweet macam loly pop jer citer ni...
Tersengih sensorang time baca .
Tau tak ayat apa yang paling aku suke dalam cerpen ni..

lelaki tak cukup hormon ....pehh...power ahh..
minta izin, aku nak pinjam dari hang ...

ayat aku ke ni?? Tak caya...aku tak nak jd skema lah weh....

ahakss...
babai...Sifu Nana ... nick name baru aku...

Maryam Kamal said...

Salam.

Semua cerpen cinta Qyqa bermula dengan pergaduhan antara hero dan heroin yeah?
Dan kemudiannya jatuh chenta?

Oohh!!

siapa itu Sifu Nana?
(",)

Anonymous said...

best lorh...............

Anonymous said...

kelakar nye.............

Anonymous said...

huhuhuhu......x nk uat smbgan ke????????

Anonymous said...

knape pendek sgt..anyway nice story...keep on

Anonymous said...

Hi everybody!

Sure, you’ve heard about me, because my fame is running in front of me,
friends call me James F. Collins.
Generally I’m a venturesome gambler. all my life I’m carried away by online-casino and poker.
Not long time ago I started my own blog, where I describe my virtual adventures.
Probably, it will be interesting for you to find out how to win not loose.
Please visit my blog. http://allbestcasino.com I’ll be interested on your opinion..

There was an error in this gadget