[[QYQA'S]]

Saturday, October 31, 2009

CERPEN BARU:ARIL & AKIM

Akim meneguk air botol disisinya.Tekaknya yang kering memang dah parah.Mana taknya,dari pukul 10 pagi tadi sampai pukul 2 sekarang ni,duduk memancing.Memang badan rasa sengal.Baldi berisi ikan tangkapan dikerling.Ehem..punyalah lama memancing,tapi ikan yang ditangkap tak sampai separuh baldi pun.Hm..sungai sekarang dah tak banyak ikan..Tenat!

Geng sebelah dipandang.Oiii!Dia buat apa tu?Tangannya ditongkatkan kebelakang,mata pula tertutup.Chait!!!Dia tidur??

“Aril!”Akim membaling batu kecil.

“Hoi superman datang tak bagi salam,salam tak sambut superman melayang?Eh..ada aku kesah??Ye??Aku bukan azwan eh ali ali!”Aril yang tersedar melatah.Dari posisi duduk tadi,dia dah bangun buka langkah silat.Hah hah,Akim gelak..

“Aril..”Akim bangun mencapai lengan Aril.”Woi,dah dahlah tu..Teruklah kau ni!”

Aril masih mamai.Mukanya Nampak tak berdosa.Suci macam bayi.Tapi bila jer roh dia dah sepenuhnya masuk dalam badan..Pap!!Belakang badan Akim dipukulnya.

“Pinggan mangkuklah kau ni!Kenakan aku pula..Aku bagi karang!”Aril menunjukkan sikunya.Ada ker kawan tengah tidur,dia pi kacau?Aril kembali duduk.Begitu juga Akim namun sisa tawanya masih ada.

“Yang kau pergi tidur tu sape suruh?Aku ni yang susah payah nak tunggu ikan..”Akim mencapai tali pancing.

Aril berdengus.”Penatlah weh.Nama jer memancing tapi aku rasa macam masuk formula one!Lama sangatlah kita memancing ni..Aku nak balik ar..Dah tengah hari,Zohor pun kita tak buat lagi..”Aril mengurut tengkuknya perlahan.

“Awal lagi..”jam ditangan dikerling.”Lagi setengah jam,kita baliklah..”Akim memberikan cadangan.Aril hanya angkat kening tanda setuju.

“Aril..”

“Hm..”

“Lepas SPM ni,kau nak buat apa?”mata Akim masih pada sungai.

“Apa pasal keluar soalan cepu-perak ni?Dah tak ada cepumas?”Aril ketawa.Akim geleng.”Entah..kahwin?”tanpa perasaan Aril menuturkan.

Akim pusing kepala 90 darjah kekanan.Matanya bulat.
“Wow!Ni biar betul ni..Hahaha..cucu wak Seman nak kahwin dah..Kalah anak dara sopan kat kampung ni!”Ketawa Akim kuat.

“Weh..tengok kakilah..Asal?Tak percaya kalau aku kahwin awal?”

“Bukan tak percaya tapi tu kira spesis luar semesta dah tu..Aril kahwin??Huwarh..Siapalah malang dapat kau..”kali ni ketawa Akim makin menjadi..

Aril buat gigi arnab.”Malam ni aku cakaplah dengan atuk aku..Mesti dia seronok dapat menancu..”

“Menancu?”

“Lam-pi betullah kau ni!Aku kan cucu dia..Menantu tak sedap..Menancu baru kelas..”

“Ohhhh..macam taucu?”

Sesaat.Dua saat..
Kah!Kah!Kah!Kah!

“Arila!”ketawa mereka mati bila suara yang seperti kilat menyambar..Aril telan air liur.Suara guruh tu,memang dah tahu dah.

Wak Seman cekak pinggang.Muka pucat Aril dan Akim dipandang.
“Tengah-tengah hari buta,tak tahu nak balik rumah?Apa nak jadi?Balik!”Wak seman menghampiri Aril.Telinga comel Aril dicapai dan ditarik membuatkan Aril terdiri.

“Adeh..adeh tok..Sakit..”Aril menjerit kecil.Wak Seman melepaskannya.

“Balik cepat!Kemas!”

“Yes sir!”




Aril menekan alat kawalan jauh.Ahhh..bosannya,tak ada cerita best ker ha?Semua cerita sepesen jer.Pula tu banyak cerita Indon jer.Aku ni kat Malaysia ker Indonesia?

“Ya Allah..”Wak seman tepuk dahi.”Apa anak dara tengok TV kangkang macam ni?Kamu ni tahu sopan tak?”Wak seman menghampiri Aril.

Aril telan air liur.
“Ala Atuk ni..tak sporting lah!”kakinya yang ngebat mengangkang tadi,dibetulkan.Mata dari skrin TV dialihkan pada wajah Wak seman.Kang tak pandang waktu cakap,kena bebel lagi.

“Apa tin-tin?Tin kat belakang rumah tu,adalah!”

Aril ketawa.Adeh atuk ni..Sporting pun tak tahu.Er..kena takallam dalam arab kot,baru atuk faham.

“Tu lagi satu!Gelak macam lelaki.Ila oh..sedar tak yang kamu tu perempuan ha?Bukannya lelaki..Ni perangai tak serupa perempuan.Mengalahkan lelaki.Apa nak jadi..”wak seman menggeleng.Aril hanya diam.Malas nak jawab sebab dah banyak kali benda yang sama jadi topic.

“Atuk ingat..lepas kamu SPM ni,kahwin terus. Setuju tak?”

Aril angguk tapi kemudian matanya bulat.
“Kahwin tuk?”tak percaya.Eh..baru tadi aku main aci nak kahwin dengan Akim,ni termakbul.Alemak..janganlah..

“Yelah..Atuk rasa cara tu jer yang boleh ubah kamu jadi perempuan asli..”

“Ish..buat apa nak jadi perempuan asli..orangkan melayu..”

Wak seman hembus nafas.
“Apa-apa lah Ila oii..Atuk dah tekad,memang nak kahwinkan kamu.Ingat tu.Kalau kamu tak mau pun,atuk tetap akan kahwinkan.Ingat,atuk ada hak nak kahwinkan kamu tanpa persetujuan kamu.Hak arwah abah kamu tu dah jatuh kat atuk “

Wak seman bangun.Mulut Aril masih nganga tak bertutup.Masuk lalat pun redha punya.Beruk pun tak terkejut macam ni!!!Huwarh..



Akim menekan perutnya yang terasa senak ya amat akibat gelak yang melampau-lampau.Memang rasa tak cukup nafas.Aril disebelahnya mencuka.Memanglah kesian tapi lawak!

“Tulah kau!Doa lagi!Adeh..Ni boleh masuk lawak antarabangsa tau!”Akim mengesat air matanya yang menitik.Ni air mata lawak antarabangsa..

Lengan Akim ditolak kasar.”Weh..aku cerita kat kau sebab aku nak luahkan perasaan,bukannya nak bagi kau gelak macam orang tak cukup wayar!”

“Weh..rileks lah.Apasal pula kau nak marah-marah ni?Sejak bila Aril sensitive ni?Oooo..sejak Aril dah jadi Arila kan..”ketawa lagi dan lagi.

“Geramnya dengan kau ni!”Aril jerit.Satu kelas memandang.Pe kes?Tapi dah maklum,Aril dengan Akim memang macam tu,selalu tak cukup wayar.Entah wayar apa yang lupa nak pasang hari ni.

“Ok lah Aril sahabatku.Habis,kau nak buat apa?Apa yang aku boleh tolong?”Akim kembali normal.Walhal dalam hati,rasa nak hantuk jer kepala kat meja sebab nak gelak lagi!!!

“Ermm”jari telunjuk Aril bergoyang didagu.Keningnya pula terangkat-angkat.”Kau jerlah jadi laki aku!”

“Wah!!!!!!!Tak mau!!!!!!”kali ni,jeritan Akim membuatkan satu kelas terkejut.

“Aril!Akim!”suara Joe,ketua kelas kedengaran.Kedua-duanya memandang Joe yang duduk dibelakang.”Sejak bila praktis jadi pasangan Tarzan ni?”dengar jer Joe cakap,satu kelas ketawa berdekah-dekah.Jarang nak dengar Joe bagi humor macam tu.Akim dan Aril tarik muka.

“Tak payahlah kau nak terkejut sampai macam tu sekali..”Aril memdatar.Akim senyum.

“Sorry ar..Tapi aku terkejut sangatlah.Ada ker kau nak aku jadi laki kau?Weh..huhu!You’re not my taste ok!Kau Cuma akan jadi BFF aku sampai bila-bila tau!”

“Oh..kau ingat aku ni nak kat kau?Cekadaklah..Aku Cuma merepek tadi.”Aril melepaskan keluhan.

Akim pandang Aril.Alahai,kesianlah pula kat dia.Bukannya Aril ni tak cantik..Cantik tapi kasar.Kalau kat sekolah,ok lah sebab Nampak dia pakai baju kurung dengan tudung.Tapi kalau kat luar,dressing macam laki.Rambut pendek.Kasar.Nama sedap,Arila Insyirah Iffani..tapi nak orang panggil Aril.Dari kecik lagi macam tu.Pantang kalau orang panggil dia dengan nama dia.Cuma orang tua jer yang dapat daulat panggil dia Ila dan seangkatan dengannya.

“Weh..dah waktu rehat ni.Jom pi library..”Akim bangun.Aril pun ikut sama.



Hari terakhir SPM!!!
Hoyehaho…
Hoyah!!!!
Merdeka!!!!
Joe selaku ketua kelas melaungkan tanda kemenangan.Semua orang keluar dari dewan dengan wajah yang lega.

“Petang ni pukul 3.00,kita berkumpul kat padang!”Joe mengingatkan.Semua ahli 5 Sc 1 angguk faham.

Petang tu,tepat jam 3.15,perbincangan dimulakan.Bukan study group tapi steady group!Hahaha..bala dah lepas,apa nak hairan.
Semua 19 orang berkumpul kat bawah pohon rendang.

“Jadi,apa perancangan kita?”Ashin si penolong ketua membuka kata.Sambil tu mulut dia penuh dengan makanan.Entah mana dapat.Patutlah badan mantop.

“Kita akan buat jamuan.Minggu depan.Kena jemput semua cikgu yang pernah ajar.Budget kita rasanya cukup.Tapi bab jemputan tu kena smooth sebab susah ni.Kan waktu cuti.”Joe garu hidung tanda fikir.

“Makan tempah mana?”Ashin semangat.

“Asal bukan kau yang masak,aku makan jer.”Ashin masam bila Joe mengenakannya.”Kat Mak milah lah.Lagipun dia kan rapat dengan aku.Boleh minta kurang harga.”

“Tempat?”

“Aku ingat nak guna dewan sekolah.Amacam?Berdaulat tak?”kening terangkat.

“Hoyahhh!!!”Satu kelas setuju.Joe memang boleh dapat anugerah ketua terbaik.Memang berdedikasi.

“Kalau gitu,sekarang ni kita lantik AJK.Nanti tak adalah kelam kelibut ye..”

“ok..”

Lantikan AJK jamuan dibuat.Al-maklumlah,kenalah buat meriah macam kenduri kahwin sebab last year nak duduk kat sekolah.Bezanya,tak ada pengantin jer.Hurm..kalau nak pengantin,ambik jer Faza dengan Amir tu.Masing-masing tengah angau cintun.

“Okey..perlantikan dah tamat.Aku rasa,kita tamatkan jer lah mesyuarat kita ni kalau tak ada apa-apa dah.”Joe sudah bersiap mahu bangun.

“Joe,kejap!”Aril menahan.Semua mata memanah kearah Aril dan Akim.Aril cepat-cepat menyiku Akim yang tengah cuba buka kilang tahi mata kat sebelah.Akim bangun.Aril bagi isyarat mata dan mulut.Yang lain nganga tak faham.Pe ke hel lagi ni??

Mulut Akim membentuk O bila faham isyarat Aril.
“Kitorang nak minta tolong..”

17 pasang kening yang lain terangkat tertanya-tanya.



Berita jam 8.00 malam menarik perhatian Aril.Tekun matanya memanah TV.Muncul Wak seman dengan baju solatnya.

“Atuk tak solat isyak ker kat masjid?”Aril bertanya pelik.

“Dah habis pun.Kan dah pukul 8.45.Isyak kan masuk awal sekarang.”wak seman duduk kat sebelah Aril.”Ha..kan bagus duduk sopan macam ni.Pakai kain batik.Baru macam perempuan.”Wak seman mengusap bahu cucunya.Satu-satunya cucu yang dia ada.Mana tak sayang.

“Atuk tak perasan ker yang Ila dah banyak berubah?”Aril menduga Atuknya.Wak Seman hanya angguk.Memang dia perasan perubahan Aril sejal 5 bulan yang lepas.

Agak banyak walaupun tak drastic.Duduk dah sopan.Boleh masuk dapur.Boleh pakai kain batik.Boleh pakai baju kurung pergi kelas tambahan.Cakap pun dah lembut.Kalau dulu bahasakan diri ‘orang’,sekarang dah boleh guna Ila.Tak ada nak merambu memancing sampai 2,3 jam.Semua tu berlaku bila dia cakap nak kahwinkan Aril.Tanpa sedar,Wak Seman mengoyak senyuman.

“Wah atuk.Tu makruh kalau senyum sorang-sorang.Ingat makwe baru ye?”

Wak Seman gelak.”Mana adalah.Pandai-pandai jer cucu atuk ni.Hm..Atuk belum lupa lagi kata-kata atuk nak kahwinkan Ila..”

Muncung Aril muncul.”Tuk..janganlah.Kan Ila dah banyak berubah.Takkan atuk tak Nampak?”

“Kalau dah berubah,maknanya Ila dah boleh jadi isteri orang!”kali ni,wak seman lebih seronok mengusik.

Aril menarik-narik hujung bajunya.”Kalau dah tu cakap atuk,ila nak buat apa kan?”nada sedih.

Tangan Wak Seman mencapai tangan Aril.
“Cucu atuk ni dah pandai nak merajuk.Okeylah sayang..perkahwinan dibatalkan..”

Mata Aril bulat.Wak Seman angguk.
“Yelah..atuk tak ada calon pun..”

“Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”Aril lompat.Seronoknya tak terkata.

“Hai..mana sifat ayu tu?”

Aril sengeh.
“Tapi tuk..perkahwinan tetap ada!!”

Wak seman kerut muka tak faham tapi Aril sengeh muslihat.




Jamuan tingkatan 5 sangat meriah.Macam-macam ada.Semua datang dengan pelbagai ragam.Tapi,ramai orang terpaku tengok Aril ataupun lebih tepat…Arila Insyirah Iffani!!Cantik sangat..Dia pakai tudung dengan kebaya.Mau taknya terjojol mata kaum Adam.

“Kau buat mata diorang tu melalak…”Akim mengusik.

“Kau tak?”

“Aku??You’re BFF??Oh no..”Akim mengekek ketawa.Aril pun.

“Bila lagi ni?”Aril bertanya.

“Sekarang!”Akim meyakinkan.Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing naik keatas pentas.Semua hadirin tertanya-tanya.

“Saya Arila,cucuk wak seman..”

“Saya pula Hakim Irfan,anak Wan Munah..”

Terkejut beruk Wak Seman dan Wan Munah bila terdengar nama disebut cucu dan anak masing-masing.Dahlah duduk semeja.Pandangan mata masing-masing menghantar ‘pekehelnyer?’

“Saya dah lama tak ada opah..”Aril kembali ambil mikrofon.

“Saya pula dah lama hilang abah..”Akim pula.

Muka cikgu-cikgu berkerut tapi geng 5 sc relaks jer sebab masing-masing dah tahu.

“Jadi….”kata-kata Akim mati disitu.

“Siapa setuju kalau Wak seman dan Wan munah nikah?”bersepadu suara Akim dan Aril.

Bulat mata Wak Seman.Bulat lagi mata Wan munah.Budak-budak ni.Seisi dewan hinggar bingar.


“Aku terima nikahnya Wan Maimunah bt Ali dengan mas kahwin RM65 tunai..”

Dah sah!!!!!!!

Wa..dapat opah baru…Aku usha muka pengantin baru.Huhu..nampak berseri walaupun kedut sana-sini.Tapi..ada nur..

“Woi anak sedara!”Akim menepuk bahuku.”Apa rasa?”

“Ye pak cikku…..Rasa nak terkentut..”

“Hak elah..Eh,atuk kau dah kahwin,lepas ni kau nak balik ke imej lama kau ker?”


Aril angkat kening.Ni perli akulah ni.
“Tak..Aku dah tekad nak teruskan imej aku sekarang ni.Bertudung,sopan,lemah lembut..”

Akim sengeh.”Bagus!”

“Nampaknya kisah kita ni lengkap kan?”

“Maksud?”

“Tak semestinya persahabatan lelaki dan perempuan akan berubah kepada cinta..Kita dah buktikan..”

“Hurm..betul..Kisah Aril dan Akim kan?”Akim senyum.Aril angguk.

Pengakhiran sebuah cerita yang indah.Atuk dah selamat kahwin dengan mak Akim.Aku dengan Akim pula,lulus cemerlang SPM.Dapat 10 1A.Siap dapat biasiswa ke Ireland.Nak lepas??Takkan..Hurm..Hati Aril tersenyum puas.Inilah,Aril dan Akim……




*cerpen ni da lama siap tp baru nak buh kat sini sbb rasanya cam tak bes..huhu..ah..x per lah kan..suka hati ler nak letak.ok cepat,hentam qyqa!
!!

4 comments:

fzm2 said...

adeh!at0k
dye plak yg
kawen huhhu
..besh!n0p bad

sweet_teddy:) said...

hahaha, ingat Aril lelaki rupanyer pompuan. tp best citer neh.

NICK IRFAN said...

hahaha klaka la cte ni! besT! mcm cte korea plak? tp ape2 sy respek awk!!! nnt komen la cte kt blog sy? hehehe

nurul iman said...

salam..nape ending ea atok kwen ngn mak akim??
cam x brape best g2..hehehe...nice actually..

There was an error in this gadget