[[QYQA'S]]

Saturday, August 22, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 1

Aku pandang surat yang mak tunjukkan.Berkerut dahiku mengalahkan dahi Pak Man,tokei kedai runcit kat kampong ni waktu nak mengira barang.Ish…biar betul ni.Mak yang duduk bertentangan depan aku angkat kening kanan,ala-ala Ziana Zain punya mak cik dah gayanya,huhu..

“Mana mak kutip surat ni?Tah-tah mak suruh Ayob buat tak?Nak kelentong Hana ek?Cam tak logik jer ni..”aku mengekek ketawa tapi mak buat muka matang.Aik...ni buat aku konfius ni.Mak jarang nak buat muka matang cam tu.Takutlah pulak aku tengok..

“Hana ni,ada pula mak nak kelentong.Betullah ni.Takkan mak nak tipu pulak.Mak dapat apa kalau tipu Hana?Kalau dapat menantu sorang,bagus juga tu.Surat tu baru sampai pagi tadi waktu Hana ada kat warung.Tengah hari tadi mak lupa nak bagi,ni dah malam baru ingat.”

“Ye ker?Setahu Hana,tak ada pula Hana apply kerja kat KL.Ni tup-tap-tip-top,dapat kerja kat sana.Konfius ni.Tah-tah ni komplot nak culik Hana tak?Mesti diorang berkenan kat reban ayam mak tu.Sebab tulah Hana pula yang jadi mangsa,hehe..”serentak dengan tu,mak bangun dari kerusi dan duduk disebelah aku.Dan tak lupa sekali cenderahati,satu cubitan manja…

“Orang serius,dia buat lawak pandai pula.Pergilah sana masuk Raja Lawak,dapat juga faedah.Ni,buat pening kepala mak jer Hana ni..Tak ada jer komplot nak culik Hana lah..Mak dah Tanya Ayob tadi,dia cakap tu memang nama syarikat besar kat KL.betullah tu,Ayob kan tahu benda-benda macam ni..”aku mencebik.Uh…mak ni,kalau Ayob cakap apa,mesti percaya.Ayob tu sepupu aku,anak mak ngah merangkap adik mak.Tahulah Ayob tu budak U tapi selalu sangat percaya apa budak skeding tu cakap..

“Masalahnya mak,Hana tak pernah nak apply pun jawatan ni.Jadi setiausaha pula tu.Kan Hana ni Cuma lepasan SPM jer.Setakat pengalaman bekerja,kerja kat warung Pak Mail jer lah.Ni tiba-tiba nak jadi setiausaha pula.Tak logik sangat ni mak….ni ha,Tengku Rubiah,siapa tu?Tak kenal pun..”aku hala jari telunjuk pada nama yang tercatat sebagai pemegang saham terbesar syarikat Melayu Deligasi..

“Ha!”jeritan mak melayangkan sebentar roh aku.Mak ni,kalau nak menjerit bukannya nak bagi isyarat.Nasib baiklah jantung aku sempat lagi nak berpaut kat tangkai,kalau tak mati den..

”Tengku Rubiah...takkan Hana tak ingat dia?”aku geleng menanti penjelasan mak.

”Yang tumpang rumah kita bulan lepas sebab tersesat tu.Takkan tak ingat.”kata-kata mak menyegarkan balik memori aku yang kabur.

Ha,aku ingat..Tiba-tiba jer malam tu,pintu kena ketuk.Dahlah tengah hujan lebat giler.Dengar bunyi orang ketuk pintu,mestilah rasa suspen kan.Tengok-tengok muncul sorang perempuan tua dengan baju basah berkuyup-kuyup giler..Aku dah jerit awal-awal,ingat langsuir versi sopan,bertudung!Rupa-rupanya,dia kena tinggal dengan pemandu dia.Pemandu dia pergi lepaskan hajat kejap kat kampung ni.Dia pula gatal pergi keluar.Dah naik limosun,mestilah tak nampak penumpangnya kat belakang.Dengan konfidennya pemandu Tengku Rubiah pecut limosun,tertinggal dia terkontang kanting kat tepi jalan.Bertuah...dahlah hujan lebat.

Nasib baik jumpa rumah aku.Sampai demam 3 hari orang tua tu..Sampai tak boleh ingat nombor telefon keluarga dia.Dahlah tas tangan tak bawa,handset pun tertinggal dalam limosun tu..Nasib baik lepas 3 hari,dia sihat.Pastu,get out from our house lah!

”Ni mesti sebab dia nak balas jasa kita tak..”mak buat kesimpulan yang aku kira kalau buat jawapan untuk soalan periksa,kompem dapat 100%!

”Nak balas jasa tu memanglah bagus...Tapi Hana rasa cam tak sedap limpa jer dengan tawaran Tengku ni.Tah-tah ada sotong di sebalik meggi tak?”sekali lagi cubitan mak singgah.

”Hana ni kan,kalau cakap tak pernah nak seriuslah.Mana ada mak masak meggi bubuh sotong,bubuh telur jer..Jimat!!”serentak itu,aku ketawa terbahak-bahak.Betullah tu,mak aku memang jimat a.k.a kedekut.Tapi janganlah cakap mak aku cam tu,nanti marah pulak,hehe...

”Hana pergilah.Ni lah peluang untuk Hana rasa pengalaman baru.Duit gaji pun lagi banyak dari kerja kat warung Pak Mail tu.Bila lagi nak rasa hidup senang?Bukannya datang bergolek orang bagi tawaran cam ni.Hana tak mahu?”

”Mak...Hana dah rasa senang kalau duduk dekat dengan mak tau.Hana tak kisah pun nak kerja kat warung Pak Mail tu.Ada mak,ada syurga...”mak tersentak.Aik,awat pulak ni?Nak jadi anak wayang pulak ker?

”Kalau maka dah tak da?”pertanyaan itu membuatkan aku secara automatik memeluk mak...Mak,jangan cakap cam tu!!!!

”Hana,pergilah.Peluang tak datang bergolek tahu.....Mak dah matang,boleh jaga diri...”mak leretkan kata-katanya.Aku meleraikan pelukan.Aku faham sebenarnya niat mak nak suruh aku kerja kat sana.Mak nak aku rasa hidup senang tapi terjamin ker hidup aku tanpa mak?

”Nanti Hana nak tinggal dengan sape kalau pergi sana?”soalan aku membuatkan mata mak bulat,ala-ala Rika Sumanto,watak jahat dalam sinetron indon yang aku minat.

”Ni jadi yer?Ni kan kat belakang surat tu ada lampiran alamat rumah.Hana pergilah rumah tu.Kalau Hana jadi,boleh mak minta Ayob tolong hantarkan naik kereta kancil dia tu..”

Aku cebik.Ayob lagi ker...Huh,kalau naik kereta kancil tu memang bertuah sangat........Waktu hujan,sabar je lah nak tahan haba dalam kereta.Mana taknya,kereta tu pendingin hawa pun tak ada.Kocai betul!!

”Jadi yer??”kening mak agkat.Aku hanya angguk jer lah...




Sabar jerlah duduk dalam kereta kancil yang maha menyeksakan ni.Dahlah panas,bau busuk pulak tu!Aku agak,tu mesti bau stokin dia tu.Mamat skeding ni bukan boleh kira.Nasib baiklah muka handsome,tak adalah malu sangat aku nak ngaku sepupu!Kalau tak buat malu kaum jer...

Dahlah kereta dia ni buruk tapi cerewet giler.Aku usik sikit pun tak boleh!Macamlah bagus sangat.kalau mercedes bolehlah nak heboh!Apalah Alaudin ni..Ha,kalau nak tahu,Alaudin tu nama sebenar dia.Sedap kan?tapi panggil Ayob...haha...

”Molen!Dah sampai!”Ayob menyentuh bahuku.Aku yang masih mamai terpisat-pisat.

”Woi molen,air liur basi tu!Memang tak boleh buat bini lansunglah kau ni!”Ceh...dia dah panggil aku dengan panggilan yang tak pernah aku iktiraf lansung!Aku lap jer air liur tu dengan belakang tapak tangan.haha...

”Molen,kau ni pengotorlah!Dah cepat turun.Nanti air liur kau tu kena kereta aku yang 5 star ni!”ish...Ayob ni memanglah...Cepat-cepat aku turun.Ayob buka bonet belakang dan keluarkan beg baju aku.

”Kau tak mau teman aku ker?Aku takutlah....”aku memandang banglo besar dihadapan ku.Memang aku takut ni...

”Ala,aku memang nak teman kau tapi aku ada kerja kat UITM.Aku nak uruskan yuran asarama.Ni dah pukul 3 petang.Nanti aku lambat,tutup pula pejabat tu..Dah alang-alang aku hantar kau,baik aku teruskan jer..”

Hm...kalau dah macam tu,tak dapatlah aku nak berteman.Kereta Ayob meluncur pergi.
Aku pandang banglo besar yang ada depan mata aku ni.Beg tarik ala-ala akademi fantasia,aku tarik dan sandarkan ditepi dinding.Aku ingat nak tawaf dulu banglo ni.Elok jer aku nak masuk,mataku tertacap pada pokok mawar yang subur berhampiran pintu masuk.Cepat jer aku sambar bunga tu.Ambik bau sat,nak bau sama tak dengan mawar kat kampung.Manalah tahukan,mawar kat bandar ni tak sama baunya.Al-maklumlah,udara kat sini kureng fresh berbanding dengan kampung.

”Ha...datang pun!Ingat tak datang.Cepat,press dah lama tunggu tu!”tiba-tiba,seorang perempuan tarik lengan aku.La,bila masa pula dia timbul ni?Siap dengan sesuka hati anak tiri laki mak dia jer tarik tangan aku.Dahlah aku pakai baju kurung ni,kalau tersadung mana nak cari hero tolong sambut ha?

Tapi tak terniat pula kat benak limpa aku nak menegah.Tah-tah dia ni penyambut tetamu kat rumah ni tak?Aku terus dibawa ke bahagian kolam.Mak aih...apasal ramai sangat ni?Ada kenduri ker apa ni?Dahlah pula tu,mata aku ni dah cukup sabar dengan silauan yang datang dari mana tah.Aku memang tak nampak dah!!!

Aku ditarik lagi.Kali ni,aku dibawa baik keatas pentas yang ada dipenjuru kolam.Kat atas ni,ada lagi 5 orang gadis yang tengah duduk atas kerusi ala-ala miss World punya PA!!Ada satu lagi kerusi kosong dan perempuan tadi suruh aku duduk kat atas kerusi tu.Dengan persoalan yang lebih susah dari soalan peperiksaan add mate,aku duduk juga kat atas pentas ni.

Aku tak faham,aku Cuma nak jadi setiausaha jer asal kena duduk atas pentas macam ni?Confius giler ni.Dahlah dari tadi silauan tak henti-henti.Aku rasa ni mesti flash dari press.Aku pandang gadis-gadis yang ada kat atas pentas ni.Ada persamaan antara kami!Kami berenam pakai baju warna kuning hitam dan pegang bunga ros kat tangan!!!ooooooo.....what happen here??

Seorang gadis naik ke pentas dan mengambil mikrofon.Ni mesti pengacara majlis.Majlis apa ya?

”Memperkenalkan,6 finalis Pilih Hati yang akan bersaing untuk memenangi hati Tengku Rizkin!”tepukan gemuruh kedengaran tapi jantung aku macam nak tergelincir ni!!!Apa ni?Pilih Hati?Yang aku tahu,Pilih kasih jer.Oh tak...missunderstanding!!!

”Finalis pertama,Eurica Nabilla..”gadis dihujung sekali bangun dan menunduk hormat.Dia menuju kearah gadis pengacara majlis dan memperkenalkan diri.

”Finalis kedua,Mellissa Risha..”

”Finalis ketiga,Zarra Arrina..”

”Finalis keempat,Lufya Qamyra..”

”Finalis kelima,Syuhairah Milia..”

Semua gadis-gadis yang disebut namanya tampil kedepan.Peh,ada yang anak Datuk,Tan sri..Aku?Cucu Datuk jer.Siap ada kacukan lagi..Inggeris,arab,belanda..Aku?campur ayam belanda jer lah..

”Finalis terakhir..Puteri Imtihan..”

Serentak itu,semua biji-biji mata memandang kearahku.Apa?Tu bukan akulah...Asal tengok-tengok pula ha?
Syihairah yang duduk disebelahku menyinggung sikuku.Mulutnya dijuihkan pada mikrofon yang ada dihadapan.Ha?nak kena kenalkan diri ker ni?Macam mana aku nak kenalkan diri kalau tu bukan nama aku ha...

Nak larikan diri,press tengah ramai ni.Nanti tak silap-silap jadi tajuk utama berita.

’SEORANG GADIS MAUT TERJUN PENTAS!’

Huh...gila tu!Dengan hati yang sangat tak rela,aku pergi kearah mikrofon.Hati aku,tak payah nak cakaplah.Berdebar mengalahkan orang nak nikah ni,orang nak sunat pun tak berdebar macam aku tau!

Semua mata masih memanah aku.Aku melilaukan mata dan nampa muka Tengku Rubiah yang baru muncul.Aku dapat rasakan muka dia berubah terkejut.Tapi lepas tu,boleh pula bagi sedekah senyuman dia tu.Ish orang tua ni,tak mau tolong aku ker?Kalau aku silap cakap macam mana?Aku tahu juga nak jaga air muka orang..Aku ada idea!

”Uhuk!!Uhuk!!”aku pegang tekak aku dan bagi mengibas-ngibaskan tangan kiri,isyarat tak boleh.

”Oh..nampaknya finalis kita ni tak berapa sihat.Mungkin mengalami masalah tekak.Tak per...”

Dengar jer dia cakap macam tu,aku blah kat tempat duduk aku.Mataku dihalakan pada wajah Tengku Rubiah.Aku mencari jawapan disebalik anak matanya.Dan aku dah tak dengar apa yang pengacara majlis cakap..



”Macam mana you boleh buat silap Amy!This is not the girl ok!What we want to tell whole the world.Nak mengaku yang kita tersilap?Ni boleh menjatuhkan reputasi kita!”

Hemburan kata dilepaskan pada Amy yang pandai-pandai tarik tangan aku tadi.Aku yang duduk kat sini tercongok macam orang bodoh.Majlis dah berakhir tadi.

”Manalah I tahu Sya.You kata dia pakai tudung and she wear it!Warna baju pun putih kuning and siap pegang bunga mawar.It’s not my fault ok!”Amy membela diri.

Tiba-tiba muncul Tengku Rubiah.Dia berbisik ketelinga Amy dan Sya kemudian mereka beredar.

”Apa yang terjadi Tengku?Tengku tawarkan saya jadi setiausaha tapi kenapa pula saya boleh jadi finalis Pilih Hati?”aku terus bertanyakan soalan sebab aku memang kena dapat jawapannya.

”Salah faham sebenarnya Hana.Finalis terakhir tu datang lambat and awak disalah fahamkan dan sekarang awak kena sertai Pilih Hati ni!”

Kerutan di dahiku muncul ala-ala The Rock.”Kalau saya tak mahu?”

”Awak kena.Pihak kami tak mahu tanggung malu dengan menyatakan tersilap calon.Lagipun,press semua dah kenal awak.Kalau awak tak mahu,awak akn disaman pihak penerbitan sebab dah memalukan syarikat.”tegas nada suara Tengku Rubiah.Tapi,aku terpempam.

”Saya......”kata-kataku mati.

”Awak tak rugi apa-apa kalau jadi finalis Pilih Hati ni!”

”Apa tujuan program ni?”

”Pilih Hati ni adalah untuk mencari isteri cucu saya,Tengku Rizkin.Enam finalis akan bersaing dan setiap minggu akan ada penyingkiran.Rancangan ni dipaparkan di stesen TV.Sebab tulah press datang tadi!”

”Tapi saya tak mahu jadi isteri Tengku Rizkin!”aku meningkah.

”Kau yakin kau yang akan terpilih jadi isteri aku?Jangan nak beranganlah budak kampung!Kau tu yang akn tersingkir dulu.”muncul seorang lelaki,berkaca mata dan berpakaian serba hitam.Ni Tengku Rizkin ker?Peh....kureng garam+asamnya mulut dia ni.Cam longkang!

”Saya tak cakap pun...”aku membela diri.Tengku ni cam mafia jer..

”Dah tu,kau masuk jer lah.Jangan risau,aku takkan pilih kau punya.Aku akn singkirkan kau awal and kau boleh jadi setiausaha seperti tawaran nenek aku.”dia menjungkitkan kening.

”Saya....”kata-kataku terhenti disitu.

”Ker kau kecut ha budak kampung?”

Demi dengar jer kata-kata hodoh Tengku Rizkin ni,pantas aku berkata
”saya tak takut dan saya terima!!”
Tengku Rizkin mencebik tapi Tengku Rubiah tersenyum...

Oh Tuhan...apa yang akan jadi lepas ni?Nak berdepan dengan mafia hitam ni....Lain yang diharap,lain pula terjadi.Mak....tolong Hana!!!!

7 comments:

Azlin 773 said...

Emmm.... baru baca ni qyqa ...

bez... ada something yg menarik cg utk teruskan melayari plot citer ni..

cam bez ni....mafia hitam ...cg suker yg tu...

Azlin 773 said...

cam ada mistake ejaan .. perenggan 18 ..
ayat nyer " kalau maka dah tak ada?"

rasanyer .. "kalau mak dah tak ada " Cube cek ek....K

Anonymous said...

GOOD JOB!KEP IT UP FWENNN..

Natasya K said...

pandainyer akak tulis citer... caiyok!! :D

Anonymous said...

baru nak melepak ni....huhuhu,suke cite ni!!

Anonymous said...

salam
best, pndai qyqa buat cite
ayat y slumber
akak suker


~norti

Anonymous said...

baru baca hari ni nmpak cerita mnarik