[[QYQA'S]]

Thursday, July 9, 2009

FANTASI CINTA 1

Menari-nari Puteri Yaumul Alisya disebuah taman luas di belakang istana.Menyanyi gembira diiringi sang burung seolah-olah tidak ada lansung masalah yang menyelubungi dirinya.Dayang-dayang pula menaburkan bunga mawar merah tanda kegirangan yang amat sangat.

Jika dunia aku yang punya,
Akan ku dirikan sebuah syurga,
Malam tanpa siang,
Untukku bermimpi,
Sepanjang masa tanpa kecewa,
Bertemankan bintang yang setia…

Puteri Yaumul Alisya melompat-lompat dan tiba-tiba badannya terhuyung-hayang apabila hilang imbangan.Hampir-hampir dia terhumban masuk ke dalam sungai yang mengalir di taman.
“puteri!”semua dayang-dayang menjadi cemas dan berlari ke arah Puteri Yaumul Alisya.
Tiba-tiba,muncul hero ditengah-tengah kecemasan yang berlaku.Pantas si jejaka menghampiri puteri dan menangkap pinggang Puteri.Rapat…..agar puteri tidak jatuh ke dalam sungai..
Sedetik….Dua detik….Tiga detik….Lama mata mereka bertaut….Nafas seolah-olah bersatu,masa seolah-olah terhenti,bunyi tak kedengaran.Hanya hati mereka berdebar hebat.
“Puteri tak apa-apa?”lembut suara sang hero.

“Kanda sudah menyelamatkan dinda….”

“Takkan ada hati yang sanggup melihat puteri jelita merana….”sungguh romantic suara sang hero.Matanya memanah tepat ke mata puteri.Jarak wajah mereka sangat hampir dan begitu hampir.
Sang hero merapatkan wajahnya lagi dan lagi dan lagi……sikit lagi…..




“Yaumul Alisya!”tepukan di bahu mengejutkan aku.Aduh!Kacau daun betullah minah mata sepet ni.Aku baru nak capai klimiks mimpi aku,dia dah kacau daun!Aku bangun dari pembaringan dan menghadap Fyra.

“Kalau kau tak kejutkan aku tadi,dah tentu aku tengah syok dengan hero aku taw!”

Fyra tersengeh.”Kau tu dari tadi tidur kat surau ni,bila masa nak solatnya?Kejap lagi dah nak sambung kerja balik.Kalau lambat,nanti bos kesayangan kau tu bagi ceramah FOC plak.Malas aku nak dengar!”

“Aku cutilah!Kau tahu,aku asyik mimpi hero yang sama jer tau.Boleh dikatakan setiap hari.Muka yang sama dalam scene yang berbeza.Macam tak logic kan?Benda tu jadi petanda pe ek?”mata Fyra membulat.

“Orang yang sama?Hm….tak pernah pulak aku alami perkara macam tu…Mungkin juga bakal soulmate kau kot..Biar aku teka sape,Encik Hazrim kan?”ketawa Fyra galak kedengaran.Aku berdengus.

“Kalu bos kita yang kuat membebel tu,baik aku tak payah nak mimpi pun tak apalah.Buat sakit jantung,paru-paru,hati aku jer kalau mimpi dia.Hero aku ni berganda-ganda handsome tau.Kalah Salman Khan!”

“Yelah tu.”Fyra mengalah.”Jom lah balik Kafe.Waktu rehat dah nak habis.”Tanganku ditarik.Aku bangun dan mencapai kain tudung.

Jarak antara musolah ni dengan Kafe tempat aku dan Fyra kerja,memang dekat.So,setiap kali rehat kitaorang akan datang kat sini untuk solat ataupun berehat.Jalan kaki jer.Jimat minyak,kurangkan lalu lintas,dapat bakar lemak and selamatkan bumi.

“Yaumul Alisya,ikut saya ke bilik !”
Wo!Aku baru satu kaki masuk dalam kafe ni,dia dah seru nama aku?Alahai bos….Fyra sempat memberikan jelingan.Tak yahulah maksud jelingan dia tu apa.Samada nak menyakat ataupun pesanan hati-hati.Yang pasti,tekak aku loya nak menghadap bos aku yang handsome a.k.a muka tak ada perasaan tu.Satu jer yang ada,minat nak membebel macam perempuan.

“Kenapa Encik?”aku bertanya selepas melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapannya.Dia memang tak suruh tapi aku nak duduklah juga.

“Saya tak suruh duduk pun.”Gulp!Ek eleh….

“Ada kerusi,memang untuk dudukkan.”tersengeh aku menjawab.Hazrim cam biasalah,buat muka toya dia.”Kenapa Encik panggil saya?”terus kepada point,lebih selamat…

“Hm…baru tadi ada costumer telefon,mengadu pasal awak.Dia cakap awak kurang ajar.Layanan awak teruk.Apa kes?”Hazrim bertanya dengan nada yang serius..

Ha?kurang ajar??Setahu aku,aku memang A dalam bab-bab layan pelanggan ni.Tak ada pula nak kurang ajar ke apa ker.Ni fitnah ni.

“Jujur saya cakap Encik Hazrim,saya rasa tak ada pun saya nak kurang ajar dengan sesiapa.Lagi pun Encik sendiri tahu kan yang saya memang ambil berat pasal pelanggan”aku membela diri.

Hazrim bangkit dari kerusi.”He said that you disturb his personal”
Dah keluar dah bahasa Ibunda celup dia tu.Otakku cuba mengerah memori untuk mengimbas kembali.Personal??Ya….aku tahu….hari tu




Aku duduk di meja hujung kafe.Penatlah,dari tadi ramai pelanggan yang datang.Ingat nak rehat kejap.Aku menangkup di meja.Tak sampai sepulah nadi berdenyut,bahuku di tepuk.Memang kacau daun lor….Aku mengangkat wajahku.
Mulut Fyra terjuih-juih.Aik,sejak bila kawan aku ni jadi sawan??Cam orang tak cukup wayar je.Penat sangatlah tu.Kesian dia.
“Cuba tengok couple kat meja sana.Overlah!”aku memandang pasangan yang ditunjukkan oleh Fyra.
“Ingat ni disko ke nak main sondol-sondol?”suara Fyra tidak senang.Badan yang penat tadi tetiba je semangat.Aku bangun dan menapak kearah pasangan tersebut.Aku berdehem.Tak ada reaksi!
“Boleh tak jaga adab?Ni bukan Disko..”nak tak nak kena juga cakap kalau tak aku pun dapat juga saham dosa diaorang nanti.Si lelaki bangkit.Dia memandangku dan memegang tag namaku.
“Alisya!I’m your costumer and I always right.So,let me do what I want.Just stay away from us!”Wow,speaking pulak..
“Encik misteri,menjadi tanggungjawab saya nak tegur awak.Ni tempat makan bukannya tempat ngap!Fikirlah sikit guna otak”aku sudah mula mengeluarkan ayat kesedaran.Pelanggan di kafe memerhati kami.
“Should I slap you?”sinis.
“Berani buat!”aku mencabar.Aku takut sebenarnya.
Dia memang nak tampar aku tapi nasib baik makwe dia tahan.Blah terus….



“Okey…saya dah faham sekarang.Memang patut awak tegur tapi biarlah berhemah.Jangan cepat nak naik darah…”Hazrim menasihatiku.Kalau bos dah cakap,kenalah angguk-angguk.Tak boleh nak geleng-geleng.
Selepas aku di basuh,barulah aku boleh keluar.Walaupun bilik tu ada air cone tapi macam kat gunung sahara!Fyra sibuk bertanya.Malaslah pulak aku nak cerita.
Ashraf menghampiriku.Ni sorang lagi pekerja kat kafe ni.”Kau kenapa?Monyok sebakul jer?”ada sisa ketawa di hujung kata-katanya.Malas aku nak jawab.Lah…mana pula si Fyra?Tadi elok je kat sebelah aku,bila Ashraf datang terus blah.Memang dia malu kat Ashraf tu…Hahah…Aku ada idea…
“Kau nak keluar malam ni?”soalan ku lontarkan pada Ashraf.Bebola matanya bersinar.
“Nak!”
“Ok…Fyra,Ashraf nak keluar dengan kau malam ni!”Aku melaung.Fyra tersengeh malu tapi Ashraf mencerlung matanya.Lain nak di pancing lain yang dapat!Hahaha…

2 comments:

.:: Suhaidah Tan ::. said...

salam kenal..thankz sudi ikut blog saya...bez lah ni..keep it up eh e novel ni..gud starting..

Azlin 773 said...

Hai... Lily Girl yg comel...

Ni the latest ??

So far okay!! Tak sabar nak tau the next step...

Fuyooo...boleh tahan lah blog hang !!