Selepas kenyang makan malam,aku,Leha dan Syura duduk berehat di ruang tamu.Lauk malam ni memang A lah.Lauk asam pedas dengan sayur kubis goreng.Habis lauk-lauk kami bertiga kerjakan.Mestilah sedapkan….dah aku yang masak.Huhu…
Nak diharapkan si Leha yang kerja akauntan ni,masak kari jer lah yang dia tahu.Al-maklumlah,anak mami.Tapi yang peliknya,cakap tak ada pulak gaya mami jarum.Elok je guna bahasa Malaysia yang standart.Nak cover kot…haha…
Yang si Syura,lagilah tak payah suruh.Balik-balik telur je yang dia masak.Agaknya kaum telur ayam pun dah hafal muka minah ni.Nak suruh masak benda lain,kirim salam 1000 kalilah..selama duduk serumah dengan diaorang,aku dah boleh hafal perlakuan zahir dan batin diaorang ni..
“Asal Fyra tak makan malam dengan kita hari ni?”Syura menyoalku.Leha yang tadinya sibuk membaca turut memandangku.
“Pergi keluar dengan Ashraf.”pendek aku menjawab.Mataku masih melekat pada kaca Tv.
“Wah…tercapai impian Fyra nak keluar dengan mamat tu kan?Eloklah,sama-sama mata sepet.Anak nanti muka cam Jepun!”Leha galak menokok.Aku hanya tersenyum.
“Tapi kalau dari pengamatan aku,kau lagi cocok dengan Ashraf tu.Nampak ada chemistry.”sudah…Syura dah mula nak merepek.Dia ni,nama je cikgu tapi tak releven!
“Taklah,Isya ni sesuai dengan Encik Hazrim!”Leha membangkang.
“Tak….Ashraf!”Syura meningkah.
“Encik Hazrim!”
“Ashraf!”
Terkebil-kebil aku melihat telatah 2 orang kawan aku yang tak cukup wayar ni.
“Encik Hazrim tu Nampak charming dan lagi handsome dari Ashraf.Dan yang paling penting,dia ada kafe!”
“Alah…tu semua tak pentinglah.Ashraf tu baik….Nampak macam hero jepun!”Diaorang mula meningkah.
“Stop!”terhenti seketika perdebatan diaorang bila aku menjerit.”Ashraf ker Encik Hazrim ker,dua-dua aku tak suka.Tak payah nak jadi match marker aku.Aku nak hero yang dalam mimpi aku jer.”demi mendengar kata-kataku,kedua-duanya menjeling manja.
“Alah…kitaorang nak gurau jelah.Lagipun,antara kita berempat,kau dengan Fyra yang tak ada pakwe.So,apa salahnya,kitaorang tolong tengok-tengokkan.Mana tahu ada yang sepadan.”Syura berkata.Aku sekadar mencebik.
“Yelah….kalau nak harapkan hero yang selalu kau mimpi tu,aku rasa sampai berjanggut pun tak tentu muncul.Mimpi tu kan mainan tidur.Berpijak di bumi yang nyata Isya..”Leha pulak menyokong.La…malaun betul kawan aku ni,tadi berperang ni bercantum nak tembak aku pula.Huh…
“Korang tak faham…Fantasi cinta aku ni tinggi tau.Sape tahu kalau jadi kenyataan.Aku betul-betul jadi puteri…”aku sengaja berkata begitu,nak biar diorang naik angina,haha…
“Yelah…jadi puteri cendana…”Leha berkata..
Tiba-tiba pintu terbuka.Muncul Fyra dengan wajah muncungnya.Kami konfius ni.Dah keluar dengan mamat Ashraf pun,nak monyok?
“Oit…dah kuar dating pun muncung panjang sampai 10 km!”Syura bermukadimah.Dia ni kalau dah cakap tak ada nak pakai insurans dah.
Fyra duduk disebelah aku.”Korang tahu,aku geram giler dengan Ashraf tau!”kami terdiam mendengar kata-kata Fyra,mengharapkan cerita yang selanjutnya.
“tak sampai 10 minit aku jamah makanan,dia dah ajak balik.Bila aku Tanya soalan,dia jawab sepatah.Dia tu betul-betul kakulah.Macam tak ikhlas nak ajak aku keluar.Kalau dah tak nak,buat apa ajak.Nak sakitkan hati aku ker?Eiii…aku geram tahap cipan ni!Harap muka jer handsome tapi….Uh…geram tau!”Fyra menumbuk-numbuk sofa tanda amarahnya yang menggunung…Cam nak wrestling!
Serba-salah pula aku bila dengar pa yang Fyra cakap.Aku sebenarnya yang patut disalahkan.Dah aku yang kenakan Ashraf supaya dia keluar dengan Fyra.Aku bukan apa,aku Cuma nak buka ruang untuk Fyra.Aku tau Fyra suka kat Ashraf tapi mamat tu cam buat-buat buta pula.
“Kau bertenanglah.Elok kau pergi rehat.”kedengaran suara Leha memujuk.Fyra mengangguk dan melangkah lemah menuju ke kamar.
………………………………………………………………………………………………
“Kenapa kau buat Fyra cam tu?Tak baiklah..”Aku terus menerjah apabila kedengaran suara Ashraf dihujung talian.Bolehlah aku gayut dengan Ashraf sebab aku ada dalam bilik dan aku tak kongsi dengan sesiapa pun.Takut pula kalau Fyra dengar.
“Woit,kot ye pun bagilah salam!”Dia menempelakku.Gulp….lupa daa…
“Assalamualaikum..Ha…jawab solan aku tu…”
“Waalaikumussalam Isya oii….Apa yang aku dah buat kat kawan baik kau tu?”kedengaran keras suara Ashraf.
“Tak baik kau layan dia cam tu.Kau dah kuar dengan dia,jadilah gentleman sikit.Ni,buat dia macam patung.Dia sedih kau tahu tak?”aku pun keraskan suara sekali.
“Dah tu,aku bukannya nak keluar dengan dia!Aku nak keluar dengan kau.Yang kau kenakan aku,sape suruh??Jangan nak salahkan aku pula.”kali ni,volume dia lagi tinggi.Uh…rasa sengal ni!
“Ashraf Aqmil….tak kiralah dengan sape pun kau kuar,kau tak bole nak buat macam tu.Orang ada perassaan tau.Kalau kuar dengan aku ke Fyra ker sama jer.Tak ada bezanya.Jangan kau nak pilih kasih pulak!”aku mula meningkah.
“Yaumul Alisya…aku ada hak untuk pilih dengan sape aku nak kuar.Dah kalau aku yang nak kena jaga perassaan orang lain,sape yang nak jaga perassaan aku?Kau??Kau langsung tak paham aku tau.Aku nak kuar dengan kau…Kau dengan Fyra tak sama ok..Kau special…”Dari mula volumenya tinggi,tetiba jadi perlahan di ayat terakhir..Pelik..
“Special??Aku tak rasa pun..Aku ada hidung,ada tangan,ada kaki…Tak cacat pun…bukan OKU nak jadi special..”aku cuba nak melawak tapi nampaknya tak jadi.Nafas Ashraf kedengaran kencang di pendengaranku…
“Kenapa kau tak mau faham…”lemah kedengaran suara Ashraf..Woit…pe hal??
“Kau pesal ni…tadi marah-marah ni tetiba jadi lain.Hormon tak stabil ke?”tawaku galak.
“Aku sayang kat kau.”terdiam aku demi mendengar kata-katanya.
“Isya….aku cinta kau!”romantisnya suara dia.Gulp.mimpi ke apa?Aku mencubit pipi,memang sakit..
“Dah sah kau memang sakit.Biar aku bawa pergi jumpa dok…”
“Alisya!”kata-kataku terhenti bila Ashraf memintas.”Dengar apa aku nak cakap ni”
Aku terdiam…Dia ni serius ker?Kalau dia buat lawak,ni memang dah lawak tahap dewa sebenarnya.
“Aku sayang kat kau sorang je Isya.Aku memang cintakan kau dari kali pertama kita jumpa.Kau ingat tak hari pertama kau kerja kat kafe,kau tumpahkan air kopi kat baju aku?Sejak tu aku dah rasa ada perasaan kat kau.Selalu sangat aku ajak kau keluar,tak pernah kau nak.Bila tadi kau kata nak keluar,aku memang excited.Tup-tap tup-tap,kau kenakan aku dengan Fyra.Aku tahu dia suka kat aku tapi aku suka kat kau!Kat kau Isya…Yaumul Alisya..”
Aku terpana..Dia serius..Dia suka kat aku…Oh tak…Please lah..
“Weh…aku..aku…”Percakapanku terhenti di situ.Tak tahu nak cakap apa…Oh …
“Tak per.Aku tak suruh kau cakap apa-apa pun.Aku Cuma nak luahkan je.Aku dah lam tahan.Syukur sangat bila dah luahkan..Ok…bye!”
Talian terputus.Lama aku pandang handset yang ada di tangan.Tah-tah handset ni menyamar jadi Ashraf.Eh….aku menepuk dahi meningkah hujah bodoh aku tadi..Tak relevan..
Tak sangka dia suka kat aku.Lebih tepat,CINTA!!!!Oh…susah aku nak interpret apa yang aku rasa sekarang.Pelik dan takut.Pelik sebab Ashraf suka kat aku dan takut kalau Fyra tahu.Dia mesti sedih..Apa nak buat???Diamkan diri!!!
Aku baring diatas katil bujangku….
………………………………………………………………………………………………
Puteri Alisya berjalan bersiar-siar di taman bersama Heronya disisi..Alangkah cerahnya awan seolah-olah merahmati kegembiraan mereka.Jari yang bertaut menambahkan lagi perasaan indah di hati masing-masing.
“Boleh beta tahu siapakah gerangan tuan hamba?”malu-malu Puteri Alisya bertanya.Sang hero memberikan senyuman.Sungguh kacak!
“Puteri Alisya boleh panggil Beta,Putera Arul”
“Tuanku sungguh budiman…”
“Hanya untuk puteri beta yang jelita…”
“Tidakkah molek kalau kekasih tuanku melihat tuanku berjalan bersama beta.Pasti cemburu nanti.Susah nak di pujuk..”Puteri Alisya sekadar menduga.Putera Arul tersenyum manis..
“Tak akan muncul cemburu dihati Kekasih beta kerna dia sedang beriringan dengan Beta.”tersenyum malu Puteri Alisya..
“Ahh tuanku…sengaja mengenakan beta ya..”Cubitan manja dihadiahkan pada Putera Arul.
“Lebih molek kalau dinda memanggil kekanda..Sejuk hati mendengarnya.”merah muka Puteri Alisya mendengar permintaan Putera Arul..
“Kan..”
“Alisya!!!!!!!Bangun!!!!!Dah lambat!!!!”Dump!!badanku terasa berat dipukul.Gempa bumi ker ni??Perlahan mataku buka.Tercegat Fyra bersama bantal ditangannya.
“Isya,dah pukul 9.46 dah.Pukul 10.00 dah nak kena ada kat kafe.Kau nak kena bebel ker?”
Ha?mak……dah lambat!!!!Pantas aku ambil tuala dan bergegas ke bilik air.Baru beberapa saat,aku keluar balik.Fyra buat muka pelik.
“Lambat dah.Tak mau mandi!”terkejut beruk Fyra.Tak sempat dia nak bebel panjang,aku terus masuk dalam bilik.Pakai baju dan yang paling penting….dedorant!!!Entah bape banyak aku spray Rexona,aku pun tak tahu.Tak sampai 5 minit,dah siap….Fyra menggeleng sambil menepuk dahi.Ammah….huhu….
10.05 pagi,sampai pun kat kafe.Fuh…lambat 5 minit.Nasik baik ada skuter pink aku ni.Kalau tak lagilah nahas.Masuk jer kafe…
“Yaumul Insyirah…masuk bilik saya”cam besalah,big bos dah panggil.Kalau aku lambat 5 minit,dia bebel 50 minit agaknya!
Sebelum aku masuk ke bilik Hazrim,aku sempat melihat Ashraf yang sedang mengelap meja.Fyra…pandai dia berlakon,tak Nampak kekok.Bila jer aku melangkah dalam bilik Hazrim,Mataku tertacap pada sorang laki yang berpakaian formal.Sape ni???
“Alisya,ni Encik Mirhas.Peguam.Dia nak jumpa awak.”
Peguam??Nak jumpa aku??Aku ada buat jenayah ker??Sape pulak yang nak saman aku ni…Oh Tuhan…Pe ni…..Aaaaaaaaa…
1 comment:
Ashraf Aqmil...hero Jepun,dapat kubayangkan...
yang kacak macam hero dalam Masked Rider Kabuto tuu....so handsome...
Nak Aqmil lah.... Hazrim tu so far tak nampak menarik lagi...next lebih mencabar kot watak dia....
Siapa peguam tu?? Dia nak aper?? Next sambungan bila qiqa???
Post a Comment