[[QYQA'S]]

Monday, July 13, 2009

ITULAH CINTA!!

“Faz…tolonglah aku…Please…I beg you.”Akhil masih cuba nak rayu.

“Tak mau!Idea kau ni mengarut tahap dewa.Aku tak mau!”Aku meningkah.Lantaklah orang lain kat kafe ni nak tengok pun.Ada aku kesah??

“Aku dah tak tau nak cari sape lagi.Kau sorang jelah harapan aku.Kalau kau tak nak,hancur masa depan aku.Sanggup kau tengok kawan kau merana?”lemah kedengaran suara Akhil.Aku berdengus.

“O…waktu kau senang,tak ada pun kau nak ingat kat aku.Bila dah ada batu besar,baru kau nak minta tolong aku.Aku tak peduli,aku tak mau.Bukannya aku dapat apa pun kalau tolong kau.Masa depan kau tak ada kaitan dengan aku walaupun seinci!!”keras suaraku.Lantaklah…dah aku tak nak..

“Aku rayu kat kau….Please…Aku dah tak tahu nak cari sape lagi..Kau je sorang.Please..”ada riak tulus dimata Akhil.Aku menongkat dagu.Teh ais Limau aku hirup dan benak fikiranku berputar-putar.

“Ok..aku tolong.”kata putus aku berikan.

“Yes!!Thanks Faz..Kaulah kawan aku dunia akhirat.Dia meraup mukanya tanda syukur.

“Tapi…”kata-kataku mematikan reaksi gembiranya.”Aku tolong kau sekali ni jer..Aku dah tak mau tolong lain kali!”

“Tak pe…Aku janji.Sekali ni jer.”Dia meningkah.Aku Cuma mengangguk.

“Jom!”Akhil menarik lenganku.

“Kemana pula?”Blur ni..

“Aku nak carikan baju yang sesuai sikit dengan kau.Takkan kau nak jumpa mak aku pakai cam ni.”Akhil memandang aku dari atas.Pe salah ke baju yang aku pakai?Stail aku.Trek bottom,tshir besar dan topi dikepala.kasut…sport shoes la beb!

“Eh…asal sampai nak ubah pakaian aku??Bukan nak jumpa menteri pun.”aku menunjukkan rasa kurang senang.

“Salihah Fazrina oi,kalau nak jumpa mak mertua,kenalah pakai baju elok sikit.Pakai baju kurung,heels and…tudung!”

What??Baju kurung??Heels??Tudung??Oh tak…sume tu tak ada dalam kamus hidup aku!!Merepeklah.”Susah sangat nak girlfriend kau ni.Malaslah aku tolong.Dahlah kena berlakon sekali,Eiii.Sengal tau!”

“Kau dah janji!”Keras kedengaran suara Akhil.

“Tu sebelum kau nak ubah imej aku.Kalau aku tahu memang aku tak hingin.”aku membela diri.

Akhil berdengus.”Tak palah.Senang cite,aku kahwin jelah dengan Milah tu.K bye!”Akhil menapak meninggalkan aku.Alahai,sianlah pulak kat mamat ni.Hm…

“Akhil!”langkahnya terhenti bila nama dia aku seru.Dia memalingkan wajah tanpa mengubah posisi badan.

“Aku tolong kau!”dan secara automatic,senyuman terukir di wajahnya.


“Tinggi sangatlah heels ni.Matilah aku.”Aku berdengus apabila Akhil menyuakan heels 4 inci.Nak mati ker pakai kasut tinggi cam tu?Baling kat anjing pun lari punya.

“Alah…kau pakai kejap jer.Keluar dari keta,masuk rumah,keluar rumah.Then,siap!Pastu,kau bole simpan heels tu,nelah tau pasni nak jadi gadis ayu pulakkan?”Amboi,sedap ngutuk aku!Tawanya pula kuat,ngalahkan perempuan galak.Amoi seller ni,sengeh jer tengok perangai tak cukup hormone Akhil.

Biarlah dia berkeras nak aku pakai heels,aku tetap juga nak pakai kasut yang tak bertumit.Akhirnya,kasut flat yang aku dapat.Kira oklah dari heels.Ingatkan lepas tu dah habis.Rupanya dia heret aku pergi butik pula.Suruh cari baju kurung dengan tudung.

Dia ingat aku tak ada baju kurung ker?Tapi kalu tudung,memang kena belilah.Sebabnya,aku Cuma ada 2 helai tudung putih.Tu pun dah berzaman,elok buat kain buruk pun.Pandai dia pilih baju untuk aku,baju kurung biru dengan tudung senada.Ada citarasa!

“Penatnya..”aku mengeluh bila kami melabuhkan punggung di atas kerusu pabjang kat mall ni.

“Ai,bukan perempuan tak ada istilah penat ke kalau shopping ni?”Dia menujah..Uh..ada jer..Belum sempat aku nak jawab,telefon bimbit Akhil berbunyi.Diri bangkit menjauhkan diri dan menjawab telefon.Sebentar kemudian,Akhil kembali.

“Abang aku tepon.Dia ingatkan pasal rancangan esok.Nak bawak bakal ‘adik ipar’ dia”Akhil bercerita tanpaku pinta.Siap tekan lagi perkataan ‘adik ipar’.

“Kan abang kau tu tak kahwin lagi,asal mak kau kalut suruh kau kahwin?Nak langkah bendul pulak..Ke ni petua baru?”soalan kulontarkan.Akhil berdengus.

“Ni semua pasal Datin Lina lah, bestfriend mak aku.Konon nak eratkan lagi tali persahabatan,nak berbesan.Masalahnya,anak dia si Milah yang gedik tu nak kat aku.Hish..minta simpang la aku nak dapat bini cam dia.Dah tu,mak aku suruh aku cari calon kalau tak nak kahwin dengan dia.Tu yang aku cari kau.”penjelasan Akhil membuatkan aku seperti burung belatuk.Terangguk-angguk.

“Jomlah balik.”aku hanya mengangguk,bersetuju.




“Ingat…panggil aku Abang and bahasakan diri kau Faz.”Akhil berbisik ke telingaku bila keretanya sudah sampai di rumah ibunya.Alahai,rasa kecut pun ada.Semalam aku sampai rasa tak nyenyak nak tido mengenangkan pertemuan hari ni.Dahlah kena ubah personality aku 100%.Wa…penyamaran besar!!

Aku sebenarnya sangat kagum dengan reka bentuk rumah ni.Memang cantik.Derap kaki kami semakin menghampiri masuk.Tercegat seorang wanita separuh abad di hadapan pinti.Aku yakin,ni mesti mak Akhil.Dengan yakin,aku hulur tangan.

“Assalamualaikum mak cik..Sihat?Akhil salu cerita pasal mak cik.Memang dia bagus..”ha…aku dah bacakan skrip ni.Tapi yang tak syoknya,mak Akhil ni wat muka seposen.Ai,salah ker?Terasa badanku di siku.

“Ni bukan mak akulah!”Lor…patutlah.Aku tersengeh.

“Dah samapi diorang Kiah?”kedengaran suara wanita.Elegen walaupun dah tua.Ni memang kompem Mak Akhil.Dan…aku salamlah…

Mak dia Nampak cam ok jer tapi dalam hati tak tahulah kan?Aku duduk di sofa diruang tamu.

“Angah,panggil Along kat taman belakang,ajak sekali sini.”Mak Akhil a.k.a Datin Saudah mengarah.Akhil hilang dari pandangan.

“Dah lama kenal Akhil?”tu soalan pertama.Aku mengerutkan wajahku.

“Lama tak lama jugalah mak cik”Huhu…dengan penuh sopan santunnya aku jawab.Tak lama,sorang laki separuh abad turun.Ni mesti ayah si Akhil a.k.a Datuk marzan.Cam peramah jer.Aku rasa Datin Saudah ni nak soal aku lagi,nasib baik Akhil dah datang.Belakang dia,muncul pulak watak tambahan.Kacak!Ni mesti abang dia a.k.a Afzan.

“Datuk,datin,makanan dah siap.Jemput makan.”Pembantu rumah mencelah.Dengan isyarat mata Akhil,aku bangun dan membontoti diorang ke ruang makan.

Tah macam mana,kaki aku tersadung kat karpet mewah rumah ni dan badanku hilang imbangan,terhoyong-hayang dan bakal mendarat macam nangka busuk.Tapi,kat mana ada heroin,mesti ada hero!Badanku disambut dan aku di pegang kemas.Bukan Akhil tapi Afzan!Nafasku berkocak hebat taktala mata kami bersatu.Pegangan tangannya di pinggangku seolah-olah mengalirkan arus elektrik tahap 300 mega watt!!Sedeti.Dua deti.Tiga detik.

“Along!”

“Faz!”

Seolah-olah baru bangun dari tidur,kami sama-sama tersentak.Aku pantas menolak kuat dadanya.Pipiku terasa hangat.

Dimeja makan,aku terasa serba tak kena.Dahlah aku memang tak biasa makan pakai sudu,garpu bisau dan bendalah yang lain.Tambah pula mata Afzan yang asyik tenung aku.Ei,bulu hidung aku terkeluar ker?Aku meraba hidung.

“makan pun nak usik hidung?Kalu keluar benda lain,macam mana nak makan?Gelilah macam ni”
Tet!!Tet!!Tet!!Macam peluru berpandu kata-kata Datin Saudah.Hish!Ada jer nak tegur aku.Aku sekadar memaniskan muka.Akhil ditepiku hanya menyiku lenganku tanda amaran dan Afzan….masih senyum!!Aku meneruskan acara makanku.

“Faz…”aku mendongak bila namaku diseru.Yup!!Datin Saudah…”Kalau makan bole tak jangan nak bunyikan segala pinggan mangkuk.Tak biasa makan ker?”wah….ni agak melebih ni…Kalau ikut hati aku nak jer bagi hadiah tapi….hai hati,sabarlah…

Memang Nampak sangat yang Datin Saudah tak berkenan kat aku.Sampai tak terlintas pun di benak hati,limpa,jantung dia nak hantar aku keluar rumah.Cuma pembantu rumah jer yang iring aku.Afzan,aku tahu dia ushar dari tingkat atas bilik dia.

“Aku minta maaf tau.Mak aku memang cam tu”ada nada kekesalan dalam suara Akhil.Pemanduannya masih tenang.Aku sekadar tersenyum.Dahlah,aku malas nak pikir.



Hari ni,entah apa yang aku mimpi,aku boleh pula nak berjalan-jalan kat shopping kompleks.Salunya,berat sangat kaki aku nak melangkah kat lubuk wanita ni.Huhu…tak per,bole cuci mata.
Langkahku terhenti bila bahuku terasa dicuit.Aku memalingkan wajahku dan….kejutan!!Afzan!!Alahai,kenapalah dalam berlemon orang,aku bole terserempak dengan dia?Entah apalah yang dia pikir bila tengok pakaian aku ni.Trek bottom,tshirt n sport shoes.Tudung,tak ada!!
Aku cepat-cepat melangkah mahu meninggalkan dia tapi dia lagi cepat.Paut lengan aku.

“Kenapa nak lari dari saya?”Gulp….Akhil…sorry,tembelang pecah!!


“Awak menyamar?”bulat mata Afzan bila aku ceritakan perkara sebenar.Hurm…aku sekadar memandang Teh O Ais yang ada kat depan aku ni.Ramai pula orang kat kafe ni.

“Saya tolong Akhil jer.Dah dia tak nak kahwin dengan si Milah tu..”aku cuba mempertahankan diri aku.Afzan berdengus.

“Sebab awak tolong Akhil,saya pulak yang kena kahwin dengan Milah,tahu?”keras suaranya.Eleh…tak takut pun.

“Saya rasa elok juga kalau awak kahwin dengan Milah sebab saya sure 100% tak akan ada perempuan lain boleh tahan dengan perangai mak awak tu”dump!!aku pula bagi ayat bek punya…

Dia sekadar tersenyum.Ai,tak marah pun…Ingat aku buat lawak ker?
“Hm…awak bole pula tahan dengan kata-kata mak saya.Kalau cam tu,awak jer lah yang kahwin dengan saya.”Dia mengelip mata.Sungguh!Aku memang terpana dan jantung aku jadi laju cam orang baru lepas lari 1000 km!!Alahai…hati,kuat!!

“Tak hingin!”Berjaya pun aku meningkah.Dia senyum lagi.

“Kalau kahwin dengan saya,awak selalu disambut!cam heroin Hindustan tau..”Wow,ni lagilah buat muka aku jadi panas.Kalau bole,nak jer aku ambik ais dalam cawan ni,letak kat muka aku.

“Dahlah,malas nak layan awak.”Aku bangun.”Kita dah tak ada hal lagi,saya nak pergi dulu.”Aku menapak tapi kembali berpaling bila dia menyeru.

“Salihah Fazrina…nama yang cantik seindah orangnya.Tapi alangkah bahagianya bila wanita yang menjadi hiasan dunia seperti awak bertudung.Lebih cantik dan ayu.Lambang muslimah sejati.”dia mengenyitkan mata.Dan lagi sekali…aku terpana.Kata-katanya meresap jauh ke dalam hati.Betul-betul meresap.Kenapa?Adakah sebab kata-katanya yang berhemah?Atau mungkin…..Ahhhhh….Dan dia….dah menghilang…Biarlah.



Terkocoh-kocoh aku menapak kedalam restoren bila tengok Akhil yang dah bosan menunggu.

“Mamak,teh O ais satu!”Aku melaung.”Kau pe sal?Macam kucing nak beranak jer aku tengok.”Aku melontarkan soalan.Memang Nampak serabut betul mamat kat depan aku ni.Da masalah hormone ker??

“Mak aku nak kahwinkan Afzan dengan Milah.!”

O…mulutku bulat.Ada perasaan sedih.Kenapa?Aku pun tak tahu.
“Lah…baguslah tu,kan kau tak suka Milah.”aku memulangkan paku buah keras.

“Ada masalah besar kat situ!”Dia cakap cam tu,aku kerut muka.Memang tak faham.

“Senang citer,nanti hari Sabtu aku datang rumah sewa kau!”Ha?dia nak datang rumah sewa aku?Mana boleh!

“Aku datang dengan someone.Memang penting.Hari Sabtu jer aku bole citer.”Cam bole baca fikiran aku jer mamat aku ni.

Aku hanya mengangguk.



Hari Sabtu…..
Ketukan di pintu menggangu aktiviti menonton tv.Dengan langkah malas,aku buka pintu dan…..suprise!!!Akhil and….bukan dengan someone tapi dengan many one!!Siap bawa dulang lagi.Pe ni?Paling penting,Datin Saudah dengan Datuk Marzan pun ada..Ni betul-betul cam nak minang!
Dengan kepala yang penuh seribu persoalan,aku jemput diorang masuk.Lepas tu,aku ketuk pintu bilik housemate aku yang lain,nak suruh diorang buat pa yang patut.Sempat juga aku tukar baju yang suai sikit.

“Kenapa datang ramai-ramai ni?”soalan ku lontarkan.

“Aku nak jawab persoalan kau hari tu.”Akhil menjawab.Nak jawab persoalan aku sampai kena bawa rombongan Kak Kiah!!

“Ada masalah besara kalau mak aku nak kahwinkan Afzan dengan Milah.Sebab….”

“Sebab saya Cuma nak kahwin dengan awak…”

Kata-kata Akhil disambut satu suara lain.Pandangan mataku bergerak kearah pintu dan disitu ada Afzan!!Permainan apa ni??

“Maaf ye…ni bukan gelanggang Raja Lawak nak buat lawak.Saya rasa semua ni tak kena.”Aku meningkah.

“Faz…ni semua betul..”giliran Datin Saudah menyampuk.

“Mak cik…saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku kat sini.Tapi…bukan ke mak cik tak berkenan dengan saya?Dan untuk pengetahuaan mak cik,saya bukanlah Faz yang ayu berbaju kurung,bertudung!!Saya tak macam tu!”aku beremosi.

“Faz….mak cik pertama kali jumpa Faz,mak cik dah berkenan kat Faz..Mak cik saja buat cam tu,nak uji Faz…”Datin Saudah berkata.Aku hanya menggeleng.

Afzan menghampiriku.
“Awak tahu…saya pun terpaut pada awak kali pertama jumpa..Tapi,awak milik Akhil.Tapi bila saya tahu awak menyamar,saya seronok sangat.Saya yakin yang awak memang untuk saya!Saya memang suka kat awak!”Seram sejuk aku mendengar pengakuan Afzan.Ye….aku suka!Tak….tak suka!

“Saya tak suka awak!”ego ni.

“Saya sayang awak!”

“Saya tak sayangkan awak!”

“Saya cintakan awak!”

“Saya…”kata-kataku termati disitu.Tak boleh nak sanggah…Entahlah..
Afzan tersenyum.Dia melutut dihadapanku.

“Salihah Fazrina…hati saya tak menipu bila terdetik untuk suka pada awak…Mulut saya tak menipu bila mengaku cintakan awak..Mata saya tak buta bila lihat awak sebagai bidadari saya..Telinga saya tak tuli bila asyik dengan suara awak…Cinta ni saya nak!”Aku betul-betul terharu.Dahlah jadi drama depan orang ramai ni.Yang lain mengangguk-angguk memberi isyarat menyuruh aku menerima.

“Kahwin dengan saya…..”

Aku menarik nafas.”Tapi…saya tak kenal awak…”

“Perkenalan selepas perkahwinan lebih indah.Diredhai dan halal!”dia meningkah.

“Saya tak pakai tudung…”

“Saya akan bimbing awak!”

Dan sekarang…aku memang tak ada alas an…Aku angguk dan…

“Alhamdulillah…”seisi rumah mengucap syukur…



Hm…memang pelik kalau bicara pasal cinta…Ada yang bercinta punyalah lama tapi tak bersatu.Ada pulak yang baru 3 jam 30 minit 30 saat[Ad+Iz]jumpa terus kahwin…Cam aku,pertemuan singkat membawa erti besar bila hati saling bersatu.Hm…memang perkenalan selepas kahwin lebih indah dan yang paling penting diredhai ALLAH..
Doakanlah aku,Salihah Fazrina akan berbahagia selama-lamanya bersama Afzan Aklil.Amin…

Lupe plak…Akhil dengan Milah cam ne ek??Ok gak kalu depa menjadi…Huhu….Sebenarnya,depa tu nikah selepas aku dengan Afzan naik pelamin…Hek eleh Akhil…kata dulu tak mau kahwin dengan Milah….Ni,dia pula yang gila baying…haha…Tulah CINTA!!

3 comments:

Azleena said...

Emm...thumb up for u !! Best ah...sweet gile..
Faz tu cute

Swetnyer...rasa macam jatuh cinta...musim bunga!!! Cinta ni kan, bukan untuk dibicarakan, tapi untuk dirasai dan dinikmati cam Faz ngan Afzan....

Maryam Kamal said...

Salam.

Wah!
Nampaknya Qyqa menjadikan Miss Eury Dice sebagai inspirasi ya..
gaya penulisan pun spesies Hlovate..

Waaa..
Good luck!
keep up good job yaa!

Wallahu'alam.

eury said...

salam...nice story...simple but nice...tq coz bc ad+iz...ajaa3x fighting!!

There was an error in this gadget