[[QYQA'S]]

Thursday, May 27, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang..

Assalamualaikum..

Cik yam Terima kasih.
Betul.
Sumpah.
Tak perasan langsung yang umur belog ni dah setahun.
Yea..




Selamat hari lahir sayang.
Terima kasih wujud dalam hidup ni.Banyak sangat jasa bendalah maya yang satu ni.
Sampai membuatkan qyqa sayang sangat-sangat kat belog ni.
Bermula dari beloglah qyqa yakin nak menulis dan bagi orang baca.

Kalau ikut sejarah,qyqa memang suka menulis dari sekolah rendah lagi sebab BFF qyqa pon kuat menulis.
Kami suka jer karang cerita.
Qyqa ingat lagi,qyqa bawa buku cerpen pergi sekolah rakyat.
Tajuk cerpen tu "FARHANA"
Entah apalah pandai sangat aku ni,boleh pula elok jer tinggal buku tu atas meja belajar pasal nak main kejar-kejar kat luar.
Dah tahu budak laki kelas tu baik gila..
Elok qyqa masuk kelas,pakat ramai-ramai nyanyi lagu FARHANA.
Ingat tak lagi lagu FARHANA?Ala yang kumpulan Jimbara nyanyi tuh!
Ha..lagu tu lah.
Qyqa pelik..
Dan dan tengok muka semua mamat-mamat tu macam kambing dapat rumput.Sengeh memanjang.
CERPEN AKU!!!!!!!!!!!!!!

Serius,qyqa tak suka orang baca karya qyqa.
Qyqa bukan orang yang terlalu kuat nak terima kritikan.
Tetapi bila ada belog ni,rasa kuat pula bila orang komen sebab dah boleh nak arahkan otak ni cakap kritikan tu bawa pembaikan loji..eh..bakat.
Mungkin sebab tak berdepan kot bila dikritik.
And rasa dihargai bila di kritik.

Melalui belogku ni juga qyqa kenal ramai orang.
Seronok sebenarnya baca tulisan-tulisan orang.
Baca pahit payau orang.

Juga nak disertakan di sini bahawa tarikh lahir belog ini sama dengan hari kelahiran rakan sekelas qyqa.
HAMIZAN HARIRI.
SELAMAT HARI LAHIR.
aku tahu hang tak baca pon belog ni tu aku berani nak ucap kat sini.wakakaka..
tak ucap pon kat dia dalam kelas tadi.
Malas sebab tahu dia blur dan tak bagi reaksi selain senyuman.
Sebab tarikh lahir dia sama dengan belog ini maka qyqa mencemar duli tulis disini.
ok.


aksi bajet macho dari 5 kumbang 5as.
dari kiri:FITRI,MALIM,HAZIM,KHALID DAN HAMIZAN.
oh ya,yang baju biru itu ustaz kami.
gambar dicuri dari facebook fitri=)
Lagi sekali..
sayang blog!!!!
ya,frasa sayang diatas hanya untuk belog saya.
Harap maklum.=)

12 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

errkk..betul ke hanya untuk blog??
bkn untuk hamizan hariri??
whoaaaaa..

qyqa berakal said...

ang jgn nak memandai..
kang jadi skandal akhir tahun..huhu..
mana wish untuk belog aku ni???

keSENGALan teserlah.. said...

oke la tuh scndal akhir tahun..buat kenangan last year..haha..alaa..kena ke wish??HAHAH.

qyqa berakal said...

ceh..
x berdaulat..huhu
pergi sana baca buku..
exam weh exam..=)

keSENGALan teserlah.. said...

haha..3 hari cuti oke..tgk la malam kang..aku qada tdo aku..HAHA..
weyhh..ade fb tak gtaw..!

Maryam Kamal said...

yesss..
saya yang bernama CIK YAM seperti yg disebut oleh Qyqa.. mengucapkan kasih terima.

dan terima kasih kembali kepada cik qyqa kerana dengan adanya blog beliau ini bersama CC nya yang memang chomel, membuatkan saya kerap tersenyum depan lappy. :)

yeah.
Cik Zatie might be right.


Guys and girls,
This post is actually dedicated to Mr Hamizan Hariri, as Miss Qyqa wishes him Happy Birthday.

Alasan untuk wish epy bday pada blog ni hanyalah khayalan qyqa..spt mana beliau bermimpikan Shahir .. keh3

skandal akhir tahun?
baru best!

p/s: Hamizan Hariri Hensem. :)
Kalah Shahir.. don't u think so, Qyqa?

*evil tone*

mwahahahahahaha...

*evil laugh*

:)

qyqa berakal said...

Zatie,

ceh aku ingatkan nak study,qado tidok plak.
ceh.sama macam aku loh.he3..
eerrr fb???

qyqa berakal said...

Cik yam,

uh..aura bangga ya??
hehehe.

same2 cik qyqa ucapkan atas kasih cik yam tu n kasihmu diterima ya.

no,makcik zatie(not cik ok)
is wrong.

niat dihati memg untuk my belog.
berani2 meragui kasih sayang ku pada belog ni ya!(ibu tiri.)

tambahan pula(skema!),
cek x perlukan skandal akhir tahun.udah femes loh..

p/s:what the???x adalah ncem sgt..besa jer.ustaz ag ncem.

keSENGALan teserlah.. said...

cik yam..haha..terima kasih kerana menyokong..

nenek qyqa,
mmg betul kata cik yam..hamizan ini boleh tahan..tapi,,shahir n kamal adli always be the number one..!

eehh..scandal akhir tahun macma perlu..untuk menambah kenangan pada zaman sekolah..
:))))

qyqa berakal said...

komplot la meka 2 org ye..

moyang zatie dan maryam..
terus jadi tom yam campur..
huhuhu.

no!
shahir the very one!

skandal???
ingat aku fasha sandha ker?????=pppppp

Maryam Kamal said...

cik qyqa,
yer2
tau da femes..

ye la..
naek stage on the spot..
saya bukan nak nyanyi cm Yuna, bukan gak nak berpuisi cm ASS, cuma nak deklamasi sajak je..


pastu ada plak yg kata persembahan terbaek, of cos da femes satu skula kan.. tetambah bila jadi anak "CIKGU PLG SPORTING" .. or apa dah? heheh

qyqa, masa kita kecik2, muda beliau gini la skandal itu perlu.. org xcanang serata alam..

cuba jadi cm Fasha Sandha.. tensen dowh! sume dia buat press amek tau..kalo skandal lagi laa..
ni qyqa, stakat skandal kecik2 dengan Mizan Riri Hensem tu.. xde nya cik normah bechok nak tulis kat ruangan Hip dia tu.. haha

qyqa,
tom yam campur adalah sangat sedap dan PALING MAHAL! ;)

berbanding telur mata kerbau yg sorg2 tu.. haha

utk nak suh kitorg hentikan komplot ni sementara, sila post CC 19 dan 20 sebelum atau pada mggu pertama cuti ya!

kalo x, ready utk komplot ini berpanjangan..

Qyqa dan Mizan..
Zatie dan .. er, Kamal Adli? Atau.. Shahir?

er.. heheh

:)

*sorry TERpanjang!*

keSENGALan teserlah.. said...

haha..panjang giloss cik yam balas..adeeehh

tom yam cmpur sedap oke..btw,,aku bukan tom..
HAHAHA..

of kos la cik zatie dgn errrkkk...
tanak dorang laa..cik zatie nk tengku rizkin ajmin.
HAHAHAHAH..

There was an error in this gadget