[[QYQA'S]]

Friday, October 8, 2010

Aku...tak...tahu...

Kau tahu tak aku bosan yang amat? Kau tahu tak aku benci yang amat? Kau tahu tak hati aku ni tak tenang? Baru jer habis trial,nak buat gerak gempur macam exam betul-betul. Tahu tak aku rasa gerak gempur tu membazir masa?Kenapa tak bincang jer dalam kelas solan tu?Same jer nanti bila dah right nak bincang juga..padahal dah membazir waktu nak jawab. Tahu tak aku menyampah nak jawab exam ni dan berpura-pura tekun? Tahu tak aku malas dah sekarang ni! Aku penat asyik exam sampai aku rasa exam tu nonsense dah. Asyik2 exam...aku muak!!!Aku tertekan.. Aku rasa banyak benda lagi aku tak baca tapi aku rasa macam dah nak putus harapan..masa dah tak lama tapi aku nak kena cover 11 subjek! Sampai 1 tahap aku rasa aku dah malas nak buka buku sebab aku tak dapat apa-apa.Aku tahu aku tak boleh buat macam tu.....




Aku cuba nak faham arab..bukan aku tak cuba..aku cuba..cuba dan cuba...tapi aku tak boleh..aku tak tahu nanti SPM sebenar macam mana..aku takut dan takut tapi aku tak boleh..Selalu aku terfikir awat aku tak ikut jejak Mizan drop jer arab tu..Tapi hati aku yang separuh ni masih kuat lagi..pujuk hati sendiri cakap sayang kalau drop arab..aku mungkin boleh buat..dulu aku bagus add mate..tapi sekarang bila tengok soalan pun aku dah tak paham.nak jawab lagilah...aku sayangkan add mate tu...dan aku..bukan tak berusaha waktu kimia. aku cuba catat nota yang cikgu bagi.Aku cuba nak faham apa yang cikgu ajar..jawab apa yang cikgu tanya..dan tahan kembang kempis bila kena puji..rasa macam dah pandai sangat walhal bila exam hampassss...aku...




Bukan tak ada yang bagi nasihat.Ramai.Opah selalu jer cakap yang aku ni cucu sulung dan kena tunjuk contoh. Aku bila dengar tu jer bersemangat. Lepas tu aku mula hidup dalam dunia yang sendiri. Aku jadi si minah jenin yang mengharapkan kejayaan tapi malas nak berusaha..aku dah mula jadi orang yang bercita-cita rendah..aku..lost..




orang tengok aku gelak2 tapi sebenarnya dalaman aku tak..aku tak tahu nak cakap apa..aku..entah..betul2 bukan aku..waktu nak ambil UPSR aku rasa lagi serius dari sekarang. Aku boleh pantang makan.Tapi sekarang hampasss....where is my fire???????????????????

12 comments:

Biskut Marie said...

masih ada masa. Jangan menyerah!
CHAIYOK2!!!

greyskymorning said...

SPM ye,,usaha lg ye dik,,jgn give up,,bykkn berdoa,,and skrg kalau nak cover sume subject mmg rasa x smpt so just latihan jwb soalan2 last year,,Insya-Allah bentuk soalan SPM tu camtu2 je lbh kurang,,biasa2kn la,,good luck=)))))

keSENGALan teserlah.. said...

sama..=(
aku sedih sgt trial ni..

Maryam Kamal said...

qyqa..
aku baca luahan aty hang dengan penuh perasaan doe!~
aku paham..
tapi..
biasala..
dekat2 exam memang macam ni..
hang much better than me, tau x!
sbb hang boleh puasa on9..
ak da try, tapi misi gagal.
jadi, hang lebih baik drp ak.

and..
dekat2 exm ni..
mcm ni la Allah nak uji kita..
skrg ni, tgk citer kartun ntah ape2 pun best tak hengat..
nak melekat je kat TV tuh..
subjek yg minat amt pun dah jadi minat x minat..
tido mmg best skrg..
huhu..
cubaan laa tuh..

hang janganla menrungut macam ni..
ak paham, luahan perasaan..
tp, kan kita xleh merungut bila DIA datangkan ujian?
kena sabar..
SPM je ni..
orang lain berjuang untuk hidup.
aku paham, cuba aku tak reti nak pahamkan hang macam mana aku paham.

huhu

takpe la.
nanti hang akan paham.
yang penting sekarang, jaga diri, jaga hati, jaga kesihatan, jaga iman.
:)

all the best dear. :)

wslm~

Maryam Kamal said...

*merungut

*cuba

qyqa,
aku tahu hang cuma akan baca komen ni bila hang da on9 balik.

aku harap, masa hang on9 balik tuh, hang da oke dan normal.

kita sama2 doakan sama2 kita ek.
jangan putus asa.
Allah takkan uji sesuatu di luar kemampuan kita.
okehh!

:)

qyqa, maaf ek.
komen berjela, macam nak buat entri baru.
haha
involuntary action.
:D
terus tangan bergerak atas keyboard ni, semangat nak nasehatkan hang.
haha

demi chentaku padamu...
heheh

Smile honey!
:)

wallahu'alam.

Farah Shamsudin said...

qyqa,, akak dah lalui apa yg qyqa rasa..
bru tahun lepas akak menduduki spm,,
tapi akak x ambil arab,, jdi akak xtau apa yg qyqa hadapi untuk paper tu,,

tpi kalau add math tu,, qyqa kena byak buat soalan past year, kerana soalannya sama saja every year,, Insyaallah qyqa boleh jawab semasa spm nanti,
tapi kalau kimia, akak x brani nak komen sebb akak pon KO utk subject tu,, haha

qyqa jgn mudah putus harapan,,
sekolah buat byak gerak gempur itu untuk membantu qyqa,,

jgn tension kan diri sgt,,
kita kena study smart,, bukan study hard..
lagi2 bila tinggal beberapa bulan nak spm ni,,

dgn byak nya soalan yg qyqa jawab, qyqa akan dpt jawab semasa spm kelak,,
kawan akak dah buktikan kebersanan menjwab soalan dgn byak ni qyqa, dia x baca buku sejarah pun semasa nak spm,,tpi dia byak jwab soalan2 past year dan target,, alhamdulillah, dia mendapat A+ untuk subject itu,,

kita usaha,, tpi kalau Dia xnak kasik,, kita kena terima dengan redha,,
mungkin ada rezeki lain yg dia nak kasik pada qyqa,,

apa-apa pun, akak ucapkan GOOD LUCK dan SELAMAT MAJU JAYA,, SPM tu penting,, tpi its not means everything in this world,

qyqa said...

thanx pada semua yg bagi fire..rasa bersemangat sikit nak hadap buku..hehehe

Biskut Marie:baiklah..berperang!!!

greyskymorning:aahlah memg rasa x sempat dah nak cover..akan cuba jawab solan past year punya..thanx=)

keSENGALan terserlah:ang jgn sedey tau..tau ang sedey aku pun ikut 2 kaki..kite berusaha same2 ye..

Maryam Kamal:betullah..rasa macam makin banyak pula ujian yg datang time2 macam ni.rasa diri ni kuat jer tapi lembek jer..hehehe..aku faaham rasional ang x nak paham aku tu sebab ang tak nak aku emo kan..tak per..kita same2 fighting hingga hujung..err..bukanlah nyawa tapi hujung SPM..heheeheheheh
memang sekarang kena jaga semua kan..ha
thanx yam bagi nasihat berguna..gud luck kat ang gak...=)))))))

farah:nasihat yg best..qyqa akan cuba ikut pa yg akak cadangkan tuh..hehehe..kimia memang menguji..bolehlah ikut jejak kawan akak sebab qyqa memang malas baca sejarah..tahnx kak=)

hani said...

sabar ye qiqa...
walaupon sy dah 3tahun tinggal spm tapi rasa tension tu still terasa sampai sekarang..
jangan risau,pasal add math tu, memang betul kita kena banyak buat past year je sbb soalan dia hampir sama tiap2 tahun juz tukar nombor2 je..
kimia tak boleh nak komen lebih2 tapi byk tgk past year and tgk jugak eksperimen2 yg qiqa pernah buat...
kalau arab tu...errr, sy no komen jugak sbb dulu tggl kat asrama so arab tu tak wajib pun..

Ai said...

dik qyqa.. jgn putus asa dik.. teruskn usaha..
insyaAllah pasti boleh yer.. ape yg penting bykkn berdoa.. semuanya dtang dari Dia kn.. berusaha, berdoa n tawakal.. tu yg penting..^^,
ape2 pon aja2 fighting.. go2 chaiyok.. gambatek gudasai.. gud luck.. berusaha!!!! ^^,

nurul afiza said...

dik, jgn give up tau.. arab akak xtau sgt nk nsihat mcmne,sbb arab pun nseb bek kredit je, huhu, kimia tgk blik la eksprimen yg dibuat, cube phmkan.. kimia best tau, very interesting.. sng cite, bykkan latihan..actually, akak dh spm 5 thun yg lalu, mybe byk dh silibes baru.. so, xleh nk advise byk2.. hehe

(pndai je nsihat org, huhu)

.:DyA_AnDiKa:. said...

jgn rsau..arab tu lughah quran..
klu kte rse pyah sgt nk fham sume..kte kne muhasabah dr..
dn kmbali pd Allah..
sbb sume ilmu nie dtg dr Allah..
mnta la..
berdoa la..
spy diprmudhkn fham sume..
itu yg prof sy ckp...;)

ANGAH said...

sabar je lah ye. btw, GOOD LUCK FOR YOUR SPM! ;)