Aku sengguk lagi.Adeh adeh..Sabarlah wahai badan.Jangan tidur lagi.Jam kat handset baru pukul 9.30 malam takkan dah ngantuk.Alahai,bahana berjalan seharian mana tak penat.Mengalahkan orang masuk bendang.Nyamuk yang gatal nak membeli-belah kat badan aku ni,dah awal-awal kena pap!!Memang nyamuk yang tak makan saman betul.Unggun api dah sebesar semesta pun nak menyebuk kat aku lagi.Nak aku masuk dalam unggun tu ker baru nak bagi aku aman?
Aku pandang Rizkin yang duduk setentang aku.Dia duduk atas kayu ntah-mana-dapat.Mukanya serius.Oh mak..fikir apa?Kerut sana sini.Aku sengeh bawah sedar.Kalau ada lastik getah ni,nak jer aku tuju kat dia.
“Nak masuk tanjung ker?Sengeh sorang-sorang..”Hampir nak terbalik aku duduk bila Rizkin sergah macam tu.Chait!!Memalukan ‘beta’ betul.
“Suka hatilah,ada kacau?”
“Aku tak suka ada bersama dikalangan dengan orang yang G-I-L-A!”Mak aih..tak rasa dia tu cewi tahap cipan ker?Ewah-ewah siap nak mengeja tu.Apa ingat layak ker nak jadi guru tadika kat sini.Maaf ye encik,reject!!!
Aku buat gigi arnab.Bajet comel.
“Awak fikir apa?”sesekali jadi Normah Bechok pun apa salahnya kan.Baiklah bersembang dari diam macam apa jer.
Keluhan dilepaskan. “Macam-macam..”macam-macam apa?Macam-macam ada?
Aku peluk lutut.
“Tak ada apalah.Buat apa nak cerita kat kau..Buang karan jer..”
Heh..tak nak cerita sudah.Ingat saya kisah ker?Erm..tapi teringin juga nak tahu apa yang dia fikir sangat tu.Kesudahannya,sepi sekali lagi merajai.Adeh adaeh..aku tak suka sunyi.Sangat tak suka.
“Sejuk ker?”Aku angkat muka dari pandang tanah.Muka Rizkin ditatap.Pekehelnya nak tanya?Ker tiba-tiba nak jadi mamat romantik,tanggalkan jaket untuk sang gadis yang tengah sejuk?Tapi,dia tak pakai jaket!Harap baju melayu dia tu jer yang dah berapa hari tak basuh.Ehem cik kak,baju awak pun sama ok..Ye ye ye..Tak maulah paku dulang paku serpih.
“Tak.Ok jer.Tak rasa apa.”heh,ego ye.Tapi yang sebenarnya ni bukan ego,cuma tak mau tunjukkan kelemahan.Boleh pakai ker?
“Boleh tanya sikit?”
Angguk.
“Pukul berapa awak nak tidur?Cepatlah sikit tidur sebab saya dah nak tidur ni.Mengantuk!”Macam bertih jagung ataupun lebih tepat,mechine gun!Laju dan bertepatan.Hek hek..
“Kenapa nak tunggu aku pula?Kau tidur jer lah dulu..”Kening dia bertaut.
Aku telan air liur.Aaaa,tak mau lah tidur dulu.Takut!Hello,perhatian ye.Sila faham dan sila memahami.Saya Hana Humaira’ sekarang ni tengah ada dalam hutan dengan seorang lelaki.Entah ke hape pemikiran dia tu,bukannya boleh nak agak apa yang kaum 1 nafsu ni fikir.Memanglah ada 9 akal tapi selalunya yang satu tu yang menang.Jadi,sebagai langkah berjaga-jaga......
“Kau tak payah nak takutlah..”kata-kata Rizkin memotong bicara aku dan akal. “Kalau aku nak buat menda yang tak elok,semalam dah aku buat waktu aku berjaga.Aku ni tak adanya nak buat macam tu.Nak tidur,tidur jer lah”
Aku kerut muka.Adakah itu satu jaminan buatku?Eceh..dah keluar ayat skema kan.Tapi,betul ker boleh dipercayai ni?Tader tipu punya ka?
“Apa muslihat Tengku ni?”
“Tak ada apa-apa muslihat Che Nah.Tak ada.”Tenang nada Tengku Rubiah tapi hati Che Nah gundah gulana.Nasib baik sekarang tengah cakap dalam telefon,kalau berdepan,memang rasa nak buat kari jer.
“Habis kenapa buat pengumuman macam tu?”keras nada Che Nah.Che Su disebelah hanya pasang telinga.
“Susah saya nak terangkan Che Nah.Saya ada banyak kesulitan kat sini..”
Che Nah berdengus. “Kalau macam tu,bagi saya cakap dengan Hana sekarang.Saya telefon pun dia tak jawab.”
“Itulah masalahnya sekarang..”
“Apa?”
“Hana..Rizkin..Dua-dua pun tak ada.Saya pun tak tahu kemana dua budak bertuah tu.Nak kata kena culik,saya tak dapat pun apa-apa panggilan.Saya pun pening.”
Bung!!!Bung!!!Umpama guruh.Hana hilang?Tengku Rizkin sekali?Kemana budak berdua tu pergi?Kemana?
“Tak lawak Tengku..Tak lawak..”Che Nah geleng kepala.Che Su pelik,main melawak apa pula malam-malam macam ni?
“Saya bukan Saiful Apek!”geram. “Che Su,diorang betul-betul hilang!”
“Kemana?”
“Kalau saya tahu,tak adanya saya kena menipu macam tu sekali Che Su oii..”Tengku Rubiah mula picit kepala.Dadanya terasa berdebar-debar.
“Kenapa tak lapor polis?Biar saya yang lapor..”
“Eh..jangan...Tak boleh!”
“Kenapa?Anak dara saya sekarang ni dah hilang,awak nak halang saya telefon polis.Ni bukan lawak!”Che Nah mula tinggi suara.Dalam hal Hana,memang berat.Tak boleh dibuat main-main.
“Che Nah..keluarga saya keluarga yang berpengaruh.Kaya dan ramai musuh.Kalau cerita tentang Rizkin hilang tersebar luas,ramai musuh saya akan ambil kesempatan untuk rampas syer Rizkin..”
Dada Che Nah membuak-buak kemarahan. “Saya tak sangka Tengku,awak lebih pentingkan harta awak dari nyawa cucu awak dan anak saya!Kejam..”
“Ni bukan saja soal harta Che Nah!”nada Tengku Rubiah ikut tinggi tanpa sedar. “Ini soal nyawa juga.Dengar..Saya tak lapor polis tapi saya dah upah penyiasat untuk cari kat mana Rizkin dan Hana pergi.Awak jangan risau.Saya tahu apa yang saya buat..”
Che Nah lepas nafas kasar. “Ingat Tengku..kalau jadi apa-apa kat Hana,saya tak akan maafkan Tengku sama sekali!”
“InsyaAllah,tak akan ada apa-apa..”Nada Tengku Rubiah mula kendur.Tak guna nak marah-marah pun.. “Tapi Che Nah,apa yang saya cakap dalam TV tu,memang saya akan buat..”
“Apa?”
“Kahwinkan Rizkin dan Hana.Tak ada kompromi.Macam yang dah kita aturkan sebelum ni..”tenang Tengku Rubiah cakap.Che Nah diam.
“Bincang benda ni kalau Rizkin dengan Hana dah betul-betul dijumpai..”
Pukul 9.30 pagi,perjalanan kami dimulakan.Tu pun jenuh aku nak kejut Rizkin bangun.Berjaga lagi malam semalam katanya.Kat mana dia jalan,aku ikut jer.Dia utara,aku utara.Selatan,selatanlah aku.Ikut jer.Nak jadi anak yang baik,huhuhu..Kami jalan jer ikut anak sungai ni sebenarnya..
Tapi memanglah tak selesa.3 hari tak mandi,agak-agak syok tak?Ya ampun,memang sedih tau.Memanglah ada sungai tapi nak mandi.....??Oh tak..tak mau!
“Kalau kita tak keluar hutan ni sampai 20 tahun pun,kau tetap tak mau mandi ker?”kata-kata yang keluar dari mulut Rizkin.Ceh,macamlah dia tu mandi..
“Telefon tekan nombor 5,dia pun 2 kali 5!”aku perli.
“Weh cik adik..Aku mandilah!Kau mana tahu..”
Aku buat muka. “Pandan nak tebu,pandai nak menipu..”lagi sekali pantun keluar.
“Heh,aku mandi lah.Malam-malam kau tidur,aku pergilah mandi.Nak mandi siang-siang kang kau yang terkejut kena short..”selamba tanpa penapis dia cakap.
Aku dah tarik muka. “Apa-apalah..”
Masih terus jalan.Tanpa sebarang percakapan.Masih macam semalam,ada ranting yang menghubungkan aku dengan Rizkin.Aku jalan kat tepi sungai,dia tepi aku.
Tak sedar ada lubang kat depan,selamat jer sebelah kaki aku ni dah tersumbat kat dalam.Apa lagi,jeritan aku keluarlah.
“Kaki saya!”
“Relaks..Cuba kau tarik elok-elok..”Rizkin cuba menenangkan. Aku tarik nafas.Cuba bertenang.Seketika kemudian,aku cuba tarik keluar kaki aku ni tapi tak berjaya.Lubang tu ada mendapat tanah.Mana taknya,dekat dengan sungai.Haila haila haila..Nak buat apa lagi?Cuba lagi Hana.Cuba!Aku cuba lagi namun tak berjaya.Kudrat aku ni lemah.
Dahlah sakit sangat kaki aku ni.Rasa macam terpleot jer ni..Ya Allah..sakit.Sakit..Aku cuba lagi namun sia-sia jer.
“Pegang lengan aku!”Rizkin mula bagi arahan.Pekehelnyer?Nak pegang lengan dia pa pasal?Aku tengah sibuk berchenta dengan lubang ni,dia nak buat lawak.
“Pegang lengan aku.Buat jadi sokongan.Boleh aku tarik sekali badan kau.Senang sikit nak keluar.”
“Tak mau!”
“Hana..ni darurat okey.Ker kau nak biar kaki kau terus tersumbat dalam tu?Cepat Hana!Berlapik kan..”suara Rizkin kedengaran lembut ditelinga aku.Aku telan air liur.
Lima saat kemudian,tanganku dah mula naik kat lengan dia.Allah..ni tak pernah-pernah dalam hikayat hidup aku pegang laki ajnabi macam ni.Tak pernah!Lagilah buat aku tak selesa bila tangan Rizkin turut sama cengkam lengan aku.Keadaan sekarang,kami saling sama memegang lengan.Kedudukan jadi rapat.Muka dia dari muka aku?Entah..aku tak berani nak angkat muka.Bukan malu atau takut okey..No no no..Ha..kan dah speaking.Takallam pula..La’ la’ la’..
“Rizkin,nak buat apa ni?”aku bersuara.Aku dapat rasakan tubuh Rizkin yang tiba-tiba tak stabil.Terkejut ke apa?Berangan apa tadi?
“Errr..ooookey sekarang..kau cuba lagi sekali tarik kaki kau tu.Aku tarik sekali badan kau.”
Aku angguk.Dengan lafaz Bismillah..anggukan dari Rizkin.Sepakat.Aku tarik kaki aku dan dia tarik badan aku.Berjaya!
Aku senyum dan pandang Rizkin tapi hati aku ni tetiba pula nak buat paluan kompang bila mata masing-masing saling menikam.Berhenti Hana!Cepat-cepat aku larikan mata.
“Terima kasih..”tu jer yang aku rasa nak ucap.Dia diam. “Ehem..Boleh tak lepaskan lengan saya..”kali ni aku bersuara kuat.Dah!Kholas!Tak payah nak layan perasaan kau Hana!Cukup!
Dek suara aku,Rizkin kembali ke alam nyata.Cepat-cepat dia lepaskan pegangan lengan.
“Aaa..bagus.Kau okey tak?”Rizkin dah kembali jadi Rizkin balik.
“Ookkk..Auw!”baru jer nak cakap okey,kaki ni jadi sakit bila digerakkan.Udah!Bala lagi weh..
“Apasal?”
“Entah,rasanya urat kaki saya dah lari kot.Sakit betul ni..”aku menahan sakit.Memang sakit oooo..
“Kalau macam tu,kita berhenti dululah.Ni pun dah tengah hari..”Rizkin buat keputusan.Aku ikut jerlah.Lagipun kaki aku ni mula mogok.Terhegeh-hegeh aku ikut langkah Rizkin yang menapak kearah tempat yang sesuai nak berehat.Dok tepi sungai nanti,lain cerita pula.
“Boleh ker tu molen?”Rizkin paling bila tengok aku tak saing lagi dengan dia.Aku sengeh dan angkat ibu jari.Setakat nak pergi kat batang pokok besar tu tader hal punya.Tapi,sumpah!!!Memang sakit banget..
Aku duduk kat batang pokok.Rizkin melilaukan mata sambil cekik pinggang.Dah gaya Tok Chu,ketua kampung aku.Waktu ada parit sumbat ker apa ker,macam itu ler gayanya.
“Aku dapat rasakan yang kita dah nak sampai hilir sungai ni.Tak pun nanti jumpa kampung.Boleh minta bantuan.”
Aku Cuma diam.Tak tahu nak cakap apa.Kaki aku ni lagi mencengkam jiwa raga.Tak sedar,Rizkin dah duduk sebelah aku.
“Aaa..pergilah kat pokok lain..!”menghalau.
Dia buat bodo.Ha..elok!Nanti biar jadi betul-betul.Seronok juga kan.
“Teruk ker kaki kau?”dia tanya bila tengok tangan aku dok mengurut pergelangan kaki.
“Entah..Teruk kot.Kalau dapat urut ni,okey kot..”Aaa lah,kalau ada mak kat depan mata sekarang,mesti mak yang tolong urut.Mak mana boleh tengok aku sakit.Mak sayang aku.Mak...
Mak mesti risau.Mak mesti rindu.Mak mesti penasaran.Anak dara dia yang dia sayang dah hilang.Mak..Mak..Mak..Mataku terpejam.Cuba bayangkan mak kat depan mata.Kalau aku putus asa,ayat mak..
“Pantang keturunan orang comel kalau menyerah kalah!Usaha tu lift kejayaan.Man jada wa jada.Wa man zaroa’ hasada..”
Mak suka macam tu.Ye mak..Man jada wa jada.Wa man zaroa’ hasada.Siapa yang berusaha dia yang berjaya.Siapa yang tanam padi,dia dapat hasil.Aura mak terbayang dalam kegelapan mata.
“Aku urut?”
Cepat aku buka mata.Bukan buka jer,siap bulatkan lagi.Kalau Rika Somanto tengok aku,wajiklah menangis.
“Gilos!Tak payah.Surat kadi pun tak ada,ada hati nak urut orang..”
Dia ketawa.. “Main-main jala,main-main jer lah..”nah..dia pun mula bersolaka.Eloklah diiringi sekali dengan kicauan burung.Aku cebik.
“Dah tak payah kau nak buat muka kain buruk tu.Duduklah sini,aku nak tangkap ikan.Nak berapa ekor molen?”
“Ikut suka hati encik mafialah.Saya tak kisah.Nati kena belasah.”nada perli+perli+perli.Menyampah.Rizkin tak kata apa,terus bawa diri beliau ke sungai.Matanya melilau-lilau mencari kayu ranting yang sesuai untuk buat alatan jerat ikat.Aku tak ambil peduli,janji dapat makan.
Dalam pada tu,otak aku mula buat konklusi.Bukan lagu Hujan,Mencari Konklusi tapi konklusi tentang Tengku Rizkin Ajmin bin Tengku Hasful.Na..dia tak adalah teruk sebenarnya.Walaupun menyakitkan hati aku yang amat kecil ni tapi dia kira okeylah sebab tak ada nak ambil kesempatan walaupun kat tengah hutan macam ni.Tak tahulah kalau aku sesat dengan orang lain,macam mana nasib aku.
Tapi aiseh..apapasailer tadi tetiba datang angin jiwang karat bumbung rumah pula?Boleh nak tetiba rasa berdebar-debar.Ceh..ookey,tak payah nak analisis.Biarlah rahsia.Ya..ya..ya..tak payah pikir ler.Ada sabut kat kampung kelikir,buat serabut fikir!
Tangan aku lincah urut kaki.Tapi serius ye cik puan semua,tak seronok kalau urut sendiri.Nak ada orang urut.Siapa?Tak ada siapa Hana oit!Tak payah nak mengada.Ko urut jer sendiri.Harap maklum.Aaah..tidur jer lah.Dan..aura mata Garfield datang.Dan..wassalam ler ye..
Rizkin tepuk kepala tanpa sedar.Aduh mak..Apasallah tadi wayar kat otak aku ni boleh short ha?Tetiber tak pasal-pasal nak datang aura pengasih kat si Hana tu.
Tapi betul,bila jer Hana pegang lengan dia tadi,tetiba rasa sesuatu yang lain.Walaupun berlapik..tapi rasa macam ada pengalir rasa?Ko giler Rizkin!Gila!Nak rasa apa?Kari ayam Alagapas?
Ah..serabut!Bukannya aku tak pernah dekat dengan permpuan lain.Malah lebih dekat dari tadi.Malah dengan perempuan yang lebih cantik dan seksi.Ni..Hak endah.Budak kampung!
Apasal lah kat dalam hutan ni nak timbul pula rasa macam tu?Gilaos!!!Bukan gila dah tu.Huh..jangan Rizkin.Jangan.
Okey..dah tahu sebab apa aku rasa macam tu.Satu jer.Sebab dia perempuan dan aku lelaki!Aha!Tu jer!Tu sahaja!Full stop.Tak ada halfstop dah.Nehi.La’.Normal kan..Yes..normal.
Tapi rasanya agak luar normal juga bila dia sanggup nak berjaga malam semata-mata nak pastikan Hana selamat.Eh...tak!Bukan sebab nak Hana selamat.Sebab nak diri sendiri selamat.Itu jer.
Keluhan keluar.Aaaah..serabut! Ada sabut kat kampung kelikir,buat serabut fikir!Na..dah jangkit aura berpantun Hana.Tapi,tak adanya dia dapat pikir pantun macam ni.Only Rizkin jer.Aha!
Kepala dipusingkan kebelakang.Eh..mak cik ni!Dia boleh tidur sesedap rasa?Memang nak kena.Siap kau!Rizkin berjalan sekeliling.Ranting kayu yang hujungnya tirus dicapai.Niat dihati,nak cucuk hidung Hana.
Sampai beberapa anak langkah jer dari Hana,Rizkin terkaku.Ranting ditangannya jatuh.Hana Humaira’..cantiknya kau.Tenang jer wajah kau waktu tidur.Tak sedar,setapak lagi maju.Mata kau..cantik walaupun tertutup.Maju setapak lagi.Hidung kau..comel!Boleh buat penyangkut baju.Maju setapak lagi.Pipi dia..merah.Gebu.Cantik!Ralit merenung Hana.
Selama ni walaupun berjaga malam tapi dia tak berani nak usha Hana.Takut bisikan syaitan menang,entah apa yang jadi pula nanti.Tapi kali ni.
Dia dah betul dekat dengan Hana.Dari posisi berdiri,Rizkin melutut memandang Hana.Badannya rasa seram sejuk.Dada,dup-dap-dup-dap.Tangan tiba-tiba dah nak naik kewajah Hana.
“Huwah!!!”Hana menggeliat.Rizkin terkejut.Terbelakang Rizkin.Lansung dirinya tersedar.Ya Allah,apa ni!Refleks,tangan naik ke muka sendiri.Bangun,menapak kembali ke sungai.
Ikan bakar masuk ke mulut.Balon!Walau asyik makan ikan bakar,bedal jer lah.Nak demand tengah-tengah hutan macam ni?Harap maklum,sila sedar diri ye!
“Sedap ikan bakar,Terima Kasih!”Aku ucap.Ikan bakar dah habis bedal.
“Erm..no hal.”jawab tanpa perasaan. “Jom gerak..”Rizkin mula bangkit.
Aku berhati-hati nak bangun.Aduyai kaki terchenta.Sila fahamlah akak ni ada kat dalam hutan.Adeh adeh adeh..
“Kau boleh jalan tak?”
“Eh..boleh!”aku angkat kepala.Eksen lebih sikit!Aku cuba jalan beberapa langkah kedepan tapi aku rasa kalau Tuk Kura,watak dalam novel Perlumbaan Kedua buku komsas Tingkatan 4 tengok aku,wajik kena kutuk.Lembab!
Rizkin datang dekat aku. “Aku nak tolong,kerek semacam.Sini!”Dia paut lengan aku.
Cepat aku tepis kuat. “Jangan nak mengada ye.Tak perlu!”
“Habis cik Hana,awak tu lembab gilos!”wah..keluar bahas sopan,awak...Chait!Kepuraan. “Senang cerita,kau pegang jer lah bahu aku ni.Jalan dah terhinjut-hinjut.Macam nenek..”
Aaaa..dalam nak bagi pandangan tu,masih ada ruang nak kutuk aku ye.Tapi idea tu macam bernas. “Okey!Boleh!Yang tu disokong tanpa batasan!”
Secepat kilat bahu Rizkin dihempap dengan tangan kecil aku ni.
“Jom jalan!”
Kami berjalan.Kali ni,aku pegang bahu dia.Ini bukan nak menggatal ye.Tak ada masuk fasa hati.Tak mau!Dia gay ok.
Hurm..agaknya ni nak masuk fasa baik pulih hubungan tercerai antara aku dengan Rizkin tak?Iye?Aha..gaduh selalu pun tak seronok juga kan..
psst...enjoyz k..kalu ada yg x kena,sila ler tegur...drop komen banyak2 pon x der hal punya..ska3,he3..
oh ye,sok adinda terchenta ambil result UPSR...qyqa plak rasa nak....sbnarnya x rasa apa pun,he3....
18 comments:
waaaaaaaa...
ade rsa ye ichi rizkin?
hahaa..btol2 nenda nk kawenkan rizkin?
hahaha..
dan2 plak peribahasa sme rizkin n hana nieh..
huhu...
nk lagiikkk qyqa...
mau lagikkk...
mau2...
mau22..
nak2..
mahu2..
mau22..
nak2..
hendak2..
wakakakakaak...
dik qyqa...tak sbr nak bc next episod...
adoyai, bila laa budak 2 ekor tu nak kuar dr hutan?
kesian pulak dgr citer diorang :D
hohoho...
rizkin suke kat hana..
bgus2x...
smbung2x..
best sngt..
hurmmm..... gud !Gud !! ..... keep up yea ...
gud...teruskan lagi cter ni...dik qyqa...gud luck spm...
nk lagiii..
nak start nk
berbaek2 dah
tuuuu..hihih
Salam~
[qyqa, org yg slalu bg komen berkajang lagi berjela da muncul.qyqa dan yg lain harap sabar ye!]
Hana pakai henfon ape yek smpai berapa hari sesat pun maintain x kondem? terer tuh! [sila rujuk kebolehan handset hana bgtau jam pukul brp di perenggan 1]
maaf sesangat!
laen kali harus aware dan alert dengan ejaan.
taper2. typing error je tuhs. pls try later, dgn effort yg lebih bombastik!
erm..
takallam.
la'.
kholas.
man jada wa jada.
usaha memartabatkan Bahasa Arab dengan bagus.
ni x, asyik julang English je.. kan3?
tapi bukan sume org paham Arabic cik qyqa syg..
Mungkin qyqa kena sediakan translasi.
Perkataan la' pun ada org yg xpaham, apatah lagi kholas.
erm..
bahasa yg qyqa gunakan untuk CC berbeza dgn bahasa yg Qyqa gunakan kat Takdir Milik Allah.
Sempoi!
Kadangkala bagus, membuatkan pembaca relaks dan ketawa.
Tapi bila sampai situasi serius, kurangkan sikit penggunaan ayat camni utk ambik feel serius tu.
Formal tu tambah sket yaa!
Harap2 Cik Qyqa tak kecik aty dgn komen yg berhektar nih.
Maryam sekadar nyatakan yg Maryam nampak x comey skit kat mata ni, demi kebaikan Qyqa.
Maryam pun ada kelemahan, dan sama2 kita tampung kelemahan masing2.
Salah silap harap diampun, Tuanku Qyqa.
Wallahu'alam.
nakkkk lagiiiiiiiiiiiiii........syokkkkk nye....
incik rizkin sudah jatuh ati ka???? wakakakak sambung lagik qyqa.....
ps:qyqa dh bace e-novel akak yg baru?
to maryam aka my VVIP...
he3,,,,
pasal handset tu memanglah x kondem lagi sbb hana dgn rizkin baru jer sesat dalam hutan.
x sampai seminggu pun..
lagipun hana bukannya guna handset tu nak gayut pun...
just untuk tgk masa...
try cik yam bt...
ha.....
kompem!!!
jadi...he3...
typing error tu memg qyqa lemah gler...
huhuhu
pasal bahasa arab pula...
yup!!!
nak memartabatkan bahasa arab...
he3...
qyqa memang susah nak buat bahasa serius miyus ni,he3...
yg takdir milik Allah tu pun,jenuh berchenta nak bg skema sikit,huhuhu...
i take ur advise...
jgn riso...
qyqa x kecik hati pun...
i proud ok...he3...
alow kak ecah...
aaahaaaa...
qyqa dah bc dah seindah al-hamra...
bes...
cuma hr tu qyqa x sempat nak drop komen...
ska semua cter akak!!!!
zatie...
cahayabintang...
nikmat hidup pada yang bersyukur..
sweet teddy..
epy elina..
leena...
fzm2..
wan_nur..
TQ3!!!!!!!!!!
muaks gitu...he3..
best...best. nak lagi......................
heee. menarik menarik!
nk lgg qyqa.
bglaa diorg klua cpt2 sket=D
.ika.
nk smbgn....x sbr nk tau ending.......
ape jd kat hazrik ye??
mst frust menunggeng lau hana mmg kwen rizki...
apa-apapun cte ni best!
smbg lagi..da best da cite die..hheheee..x sbr nak tahu cite seterrusnya..
Post a Comment