Adi memerhati dengan mulut yang sedikit ternganga. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.
Aisya yang khusyuk menikmati meatball langsung tidak mempedulikan pandangan Adi. Dia makan dengan penuh berselera. Dia mengajak Adi ke IKEA semata-mata mahu menikmati meatball tersebut. Dapat juga akhirnya.
“Kau makan macam dah seminggu tak makan.” Adi memberi komen,jujur. Pertama kali tengok Aisya macam ni. Selalu, Adi yang makan gaya orang Somalia. Aisya, memang tertib makannya. Tak ada gaya tunggang langgang. Ini... udahlah perut 7 bulan tu besar gila. Makan gaya gitu. Memang pelik.
Aisya sengeh. “Aku mengidam benda ni dari semalam. Sebab itulah aku gaduh dengan Saufi!” Aisya bercerita.
Adi terkejut. “Kau gaduh dengan dia?”
Aisya angguk. “Aku ajak makan meatball ni banyak pula alasan. Tak sayang akulah agaknya. Lebih sayang kerja dia tu.” Aisya bercerita gaya merajuk.
“Pukul berapa kau ajak dia makan? Waktu pejabat mana boleh aci redah keluar jer. “ Adi menghirup air minumannya.
Mulut Aisya terjuih. “Waktu tu dia ada dekat rumah. Tengah sibuk nak siapkan kerja-kerja dia dalam bilik kerja dia. Dah pukul 1pagi!”
Hampir tersembur air dari mulut Adi. “Kau ajak dia makan meatball pukul 1 pagi? Memang patutlah dia tak pergi. Kau ni..” Adi geleng. Apalah Aisya ni.
“Aku ajak hari ni. Bukannya waktu pagi-pagi buta tu. Tapi dia macam nak tak nak pula layan aku. Apa yang dikejar sangat kerja tu. Padahal hari ni cuti.”
“Ini kes jealous dengan kerja Saufi ker cik kak?” Adi mengusik.
Aisya jeling. “Tak ada maknanya aku nak jealous dengan kerja dialah. Bukannya orang pun.”
“Habis, ni kau keluar dengan aku, dia tahu ker?” pagi-pagi tadi dah ambil Aisya dengan Myvi. Tak Nampak pula kelibat Saufi waktu tu.
“Aku tinggal nota jer. Tak mau cakap dengan dia.”
Adi rasa nak gelak. “Boleh ker tahan marah dengan bantal peluk malam-malam?” Adi melawak. Sungguh dia seronok tengok Aisya bahagia dengan Saufi. Sampai dia rasa dah tak ada dendam pun pada Saufi. Tengok Aisya happy, Adi pun rasa happy. Ini kali pertama Aisya merajuk dengan Saufi.
Aisya malas layan. Terus menikmati meatball yang sedap gila.
Adi Cuma angkat bahu.
Bunyi nada dering ‘SHY BOY’ membuatkan Adi segera mencapai telefon bimbitnya dari dalam poket. Adi bangkit dan berjalan jauh sedikit dari Aisya.
“Kenapa? Kan tadi aku cakap kita jumpa lain kali.” Sepatutnya hari ni, Adi dan Izham bercadang untuk keluar berdua. Tetapi memandangkan awal-awal pagi lagi Aisya dah menelefon mengajak berjalan, terpaksalah pertemuan mereka dibatalkan.
“Aku tahu. Kau keluar dengan Aisya kan?”
Adi angguk. memang betul pun. Tadi pun dia ada cerita. “Aah. Kenapa?”
“Aku terserempak dengan Saufi. Dia tengah risau ni. Nak cari Aisya. Banyak kali telefon tapi Aisya matikan pula handphone dia. Saufi nak telefon kau tapi nombor kau pula tak ada.”Izham bercerita ringkas.
“Eh? Aisya cakap dia ada tinggal nota.”
Izham menjeling ke arah Saufi yang duduk setentang dengannya di meja makan. “Dia tak nampaklah tu. Korang ada dekat mana?”
“IKEA.”
“Stay situ. Nanti aku suruh Saufi pergi sana.”
“Okey.”
Talian dimatikan.
“Aisya ada dengan Adi. Diorang berjalan dekat IKEA.” Izham memberitahu Saufi.
Saufi tepuk dahi. “Patutlah! Memang semalam dia ajak pergi makan meatball. Tak terfikir pula. Cemas punya pasal.”
Izham Cuma sengeh.
Saufi lega. “Terima kasih Izham. Nasib baik terserempak dengan kau.” Saufi dah bangkit dari kerusi.
“Aku pun nak ikut juga.”
Saufi angkat kening.
“Nanti boleh keluar dengan Adi lepas kau pujuk Aisya.” Izham tersengeh nakal.
Adi kembali duduk. Meatball Aisya sudah habis.
“Siapa telefon? Macam ada rahsia besar pula.”
“Uh? Izham.”
Aisya sengeh. “Kau dengan dia dah makin rapat eh. Kalau dulu, jumpa jer nak gaduh. “ Aisya keluar aura mengusik. “Entah-entah kau tengah couple dengan dia tak?” Aisya serkap jarang.
Muka Adi rasa panas. “Jangan nak merepeklah! Kawan jer.”
“Kawan jer.” Aisya mengejek. “Kau kawan juga dengan lelaki lain tapi dengan Izham ni sikit punya lain.”
“Lain apa pula?” Adi tak puas hati. Sesuka hati jer mak buyung ni nak mengusik.
Aisya malas nak jawab. “Eh, jom baliklah. Aku dah dapat meatball aku. Nak berjalan dekat tempat lain pula.” Aisya dah membetulkan tas tangannya.
“Eh? Eh, tak kan nak balik dah. Jomlah jalan-jalan. Bukan selalu pun datang sini.” Adi mencari helah. Kalau balik sekarang, mesti Saufi tak sempat datang. Kang jadi pula kejar mengejar. Kalah Kuch Kuch hota.. Hota apa entah!
“Bukan kau tak suka ker datang sini? Malas nak jalan?”
“Err. Alah... jomlah” Adi sengeh. Memang betul pun. Dia memang tak suka jalan-jalan dekat IKEA ni. Sakit kaki!
“Ok.”
Sepatah jawapan Aisya membuatkan Adi mengukirkan senyuman. Mereka berjalan beriringan . aisya Nampak teruja.
Bunyi mesej.
Dari Izham. Bertanya di manakah mereka berdua.
Cepat Adi balas.
“Kan betul kau couple dengan dia! Asyik mesej jer.” Aisya sengeh.
“Eh, bukannya kau tahu aku mesej dengan siapa pun.”
“Aku ada Bluetooth.” Aisya kenyit mata.
“Jom ke sana.” Jari telunjuk Aisya naik.
Adi menahan. “Kejap. Aku tak puas lagi tengok dekorasi dekat sini. Nanti dah kahwin senang sikit nak fikir.” Adi dah duduk atas katil yang dipamerkan.
Aisya sengeh. “Izham?”
“Kau tak ada nama lain ker?” Niat sebenar Adi menahan Aisya di sini supaya mudah untuk Saufi menjumpai mereka.
“Itu jer yang sesuai dengan kau.”
“Apa pula? Adi. Izham. Tak padan. Izham. Adi. Langsung.” Adi geleng kepala.
Aisya turut melabuhkan punggungnya di sebelah Adi. “Apa pula tak padan. Adira. Izham. Nanti dapat anak laki bagi nama Adham. Kalau dapat anak perempuan, bagi nama Izra. Ha.. sedap kan? Cantik sangat gabungan nama korang!” Aisya teruja memberi pendapat.
Adi dah dongak kepala.
Adham? Muhammad Adham bin Muhammad Izham.
Nur Izra binti Muhammad Izham.
Adi tarik sengeh tanpa sedar. Menarik juga nama tu.
“Ha.. berangan!”
Cepat Adi sedar diri bila Aisya mencubit perlahan lengannya. Ish rasa ngeri pula bayang benda macam tu. Anak aku dengan izham? Yuuuuu...
Anak mata Adi cepat menagkap tubuh Saufi yang sedang menuju ke arah mereka. Dia jeling Aisya. Nampaknya Aisya tak perasan tu. Perlahan-lahan Adi bangun.
“Kau nak ke mana?” Aisya mendongak memandang Adi.
“Aku.. aku pergi sana jap! Kau tunggu sini!”
Belum sempat Aisya berkata apa-apa, cepat Adi berjalan. Tak toleh belakang. Bila dah jauh sikit, Adi berhenti dan memandang Aisya dari jauh. Menyorok. Nampak pula Saufi dah makin mendekati Aisya. Dan ternyata Aisya dah perasan Saufi. Nampak macam mak buyung tu nak bangun. Tapi sebab perut besar, payah juga nak bangun.
“Sayang nak lari ke mana?” Saufi dah sampai dekat Aisya. Dia senyum. Lega jumpa Aisya. Rasa nak marah tapi tak jadi. Sayang sangat.. mana boleh marah.
Aisya tak jadi nak bangun. Muncungnya panjang sedepa. Dia tak peduli pada mata yang memandang. Pandai-pandai dioranglah nak buat hipotesis.
“Panjangnya muncung.” Saufi duduk di sebelah Aisya. “Marah abang eh?”
“Abang tak ada kerja ker? Kan abang sibuk.” Aisya bertanya tapi matanya langsung tak pandang wajah Saufi. Mau kalau pandang terus cair. Mana boleh. Nak juga merajuk. Bukan selalu pun.
“Okey sayang.. abang salah.” Tangan Aisya diraih. “I’m sorry.”
Aisya jadi sejuk hati. Tapi nak tunjuk marah juga. Dia diam.
“Lain kali kalau nak keluar cerita dekat abang. Aisya tahu kan, wajib minta kebenaran abang. Abang takut kalau jadi apa-apa dekat isteri cantik abang and our baby ni.”
Aisya tunduk. “I’m sorry.”
“Tak apa. Abang tak marah. Abang Cuma risau. Aisya marah abang tak?”
Aisya pandang Saufi. Kemudian dia geleng. “Tak. Dah dapat meatball pun.”
“Amboi! Sayang meatball dari abang?”
Aisya ketawa. “Mestilah sayang abang lebih.”
Adi yang memandang dari jauh bersorak dalam hati. Dah agak dah. Tak tahan punya marah Aisya tuh. Baru kena pujuk sikit, dah cair.
“Ha? Kenapa?” Adi buat-buat tanya bila Aisya menelefon.
Aisya ketawa kejap. “Aku balik dengan Saufi.”
“Yelah.. dah berbaik dengan suami, lupa aku.” Pura-pura merajuk.
“Tak apa, nanti ada juga orang teman kau.”
“Uh?” tak faham.
“Okey. Bye. Assalamualaikum.” Cepat Aisya matikan talian. Saja nak buat Adi tertanya-tanya.
Adi malas nak bertanya. Terus berjalan. Tiba-tiba bahu dicuit. Bila jer toleh belakang....... bapa Adham dan Izra!!!! Okey.. gedik. Izham.
“Kau?” Adi pandang tak percaya.
Izham sengeh. “Aku ikut Saufi tadi. Tapi naik kereta asing-asing.”
Adi angkat bahu. “Aku nak balik dah. Kau nak shopping kat sini ker?”
Izham sengeh lagi. Tak luntur senyuman dia. “Aku datang semata-mata nak dating dengan kau ni.”
Adi ketawa.
“Jomlah jalan.” Izham tarik lengan Adi.
“Kenapa kau nak dating dengan aku?” Adi sengaja bertanya. Mereka beriringan berjalan.
“Sebab kau jer manusia mereng yang aku kenal.”Izham jawab selamba. Kalau ikut hati, nak jer dia cakap sebab utama. Tapi, rasa malu pula. Malu? Chait!!
“Habis kau pun merenglah sebab nak jalan dengan aku?”Adi bertanya tak puas hati. Sedap jer panggil aku mereng.
“Kalau aku cakap, aku suka kau. Kau percaya?” Izham cakap laju-laju. Malah langkahnya makin laju menyebabkan Adi ketinggalan di belakang.
“Kau cakap apa?” Adi meminta kepastian. Ada sesuatu dalam kata-kata Izham tadi yang dirasakan mampu membuatkan jantungnya berdegup lebih laju. Namun, dia tak berapa pasti. Takut tersalah dengar pula. Buat malu nanti.
“Tak ada apalah.”
“Okey.” Adi buat-buat biasa. Walaupun sebenarnya dia nak tahu apa yang Izham cakapkan sebentar tadi.
Mereka terus berjalan. Lepas bosan pusing IKEA, mereka keluar. Naik kereta asing-asing. Berjalan di taman sambil makan ais krim. Nampak kerusi panjang, terus duduk.
“Seronok kan tengok Aisya dengan Saufi.” Izham memecah sunyi.
Adi angguk. setuju. Sesungguhnya perkahwinan tu fitrah manusia.
“Kau tak teringin?”
Soalan Izham membuatkan Adi terdiam. Pandangannya jatuh pada budak-budak yang sedang seronok bermain walaupun dah nak tengah hari. Budak-budak... tahu seronok jer.
“Mestilah aku nak. Nanti tiba masa, aku kahwinlah.” Perlahan Adi menjawab.
“Kau ada ker cirri-ciri lelaki idaman?” Izham terus terusan bertanya.
Adi nak tergelak. “Kau tanya ni macam wartawan Melodi versi sopan pula.”
“Saja nak tahu. Nak jawab tak?” Izham masih menanti jawapan.
“Hmmm....” Ad menjilat ais krim. Otaknya berfikir. “Aku nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Macam mana aku sekarang. Dan boleh bimbing aku.”
“Kalau dia nak ubah kau, kan maksudnya dia nak bimbing kau? Kau boleh terima ker kalau dia nak kau jadi betul-betul perempuan?”
Adi memandang Izham. Kemudian matanya jatuh pada Ais krim di tangan.
“Aku akan berubah bila aku betul-betul nak berubah.” Pendek saja jawapan Adi. Ais krim sudah hampir habis.
“Adira....”
Adi tersentak. Pertama kali dengar Izham panggil macam tu.
“Apa?” mata tak mahu pandang Izham. Terus pandang ke depan.
“Agak-agak, aku ada tempat tak dalam hati kau?” teragak-agak Izham menyoal. Entah kenapa, dia rasa dia perlu berterus terang saat ini.
Tersirap darah Adi. “Err, mestilah! Kau kan kawan aku.” Adi ketawa. Tapi janggal betul kedengaran ketawa tu.
“Lebih dari tu?”
Adi terkaku kejap. Perlahan-lahan memusing kepalanya ke kanan. Dapat dilihat dengan jelas anak mata Izham memanah tepat ke mukanya.
“Apa hal dengan kau ni?”
“Adi. Aku suka kau.”
“Uh?”
“Apa kau ni... peliklah.. ha ha..” Adi cuba ketawa. Namun tersekat.
“Aku......”
“Stop Izham! Jangan cakap apa-apa. Aku nak balik.” Adi dah bangun. Tak sanggup pula nak dengar ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Izham.
“Adi!” cepat Izham mencapai pergelangan tangan Adi. “Aku nak cakap juga. Aku rasa... aku cintakan kau!”
Adi terkaku! Izham cakap......
“Lawak Izham. Okey. Done.” Adi cuba merentap pergelangan tangannya dari Izham.
“Aku serius Adi!”
“Aku rasa lawak!”
“Aku tahu kau pun ada perasaan yang sama macam aku.”
“Tak!”
“Ye!”
“Tak!”
“Aku boleh Nampak dari mata kau yang kau ada perasaan yang sama macam aku!”
Adi diam. Nafas ditarik dalam-dalam.
“Am.. aku rasa kita ni sesuai jadi kawan jer. Tak payah nak lebih-lebih. Lagipun, kau sendiri tak pasti perasaan kau macam mana. And aku mengaku, mungkin aku ada rasa yang sama tapi aku tak pasti. Aku tak mahu hubungan kita rosak nanti.” Dalam pada itu, Adi mengaku perasaannya secara tak langsung.
“Adi... kenapa kita tak cuba?”
“Sebab kita memang tak akan Berjaya! Kau tengok aku macam mana. Tak akan Berjaya.”
“Kita cuba.”
“Kau gila! Aku nak balik.”
“Bagi tempoh sebulan. Kita cuba. Kalau habis tempoh tu, memang kita tak sesuai, kita jadi kawan macam biasa. And tak payah dah cakap pasal hal ni.”
“Kau ingat boleh ker? Lepas tu mesti kita rasa janggal.”
“Kalau betul tak ada perasaan buat apa nak rasa janggal?” persoalan Izham membuatkan Adi terdiam.
“Dalam tempoh sebulan ni, kita cuba berbaik-baik macam lover. Aku. Kau. Cuba pastikan perasaan sebenar kita antara satu sama lain.”
“Aku tak mau. Aku tak ada perasaan kat kau.” Adi enggan.
“Baru tadi kau mengaku!”
“Mana ada!”
Izham melepaskan keluhan berat. “Okey. Kalau macam tu, bagi aku tempoh sebulan nak memenangi hati kau. Untuk tunjukkan pada kau yang aku betul-betul sayang kau.”
“Kalau tak Berjaya?”
“Done. Setakat tu jer. Kita jadi kawan balik.”
“Okey. Ikut kau.”
Balik bilik, Adi terus baring atas katil. Biar betul?! Izham suka aku!
9 comments:
ahha! aku first! haha
*xbulih nombor 1 dlm kelas pun xpa lahh.. asal bulih jd first komen ang.. haha*
oke2.. back to topic.. lupa pulak! eheh!
ooooo.. maknanya, Adira dan Izham la? Mewujudkan Mohd Adham dan Nur Izra? Eheh!
Comel la part cuit bahu dan yang ang kata bapak kepada budak2 tu.. okey, gedik! haha :D
good job, qyqa!
more, please? :D
citer best!!!! >.<
smbung laju2 ye ^^
amboi.. gatai na ang.
suka...suka.................
dah ngaku suka....tapi kata takde...
camne tu???????????????
apapun, akak followwwwwwww
@Maryam Kamal
alalalala cik yam.. comei la ang ni..
hehehe
yup adham and izra tu hasil gabungan nama depa lah..
thanx kawan....
=)
@WITHOUT A SOUND
thanx!!!!
=)
@keSENGALan teserlah..
sbb kena gigit nyamuk..
haha
@aqilah
ni kes main tarik tali..
hehehehe
thanx kak!!!
=)
Post a Comment