[[QYQA'S]]

Showing posts with label stand by me. Show all posts
Showing posts with label stand by me. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Stand By Me ~SPECIAL~

Izham duduk di sebelah Adi yang khusyuk menonton TV. Izham tahu Adi perasan yang dia ada di sebelah. Saja nak buat-buat tak tahu. Merajuk lagi agaknya? Aduhai isteriku sayang...

Perlahan-lahan tangan Izham mendarat atas tangan Adi yang sedang menggenggam alat kawalan jauh TV.

“Opss.” Buat muka suci. “Abang nak ambil rimut ni.”

Adi mengetap bibir bawahnya. Macamlah tak tahu. Saja jer tu. Tahan ye hati. Jangan cair. Biar bagi penasaran sikit encik suami tercinta ni. Adi menarik tangannya perlahan dan meletakkan alat kawalan jauh tersebut di atas meja. Matanya masih memandang kaca TV walaupun fikirannya langsung dah melayang jauh.

Dia sebenarnya terkilan dengan sikap Izham akhir-akhir ni, selalu betul lebihkan kerja. Macam tadi, dah janji nak keluar dinner. Adi memang dah bersiap cantik, tup-tap tup-tap Izham membatalkan dinner mereka. Katanya, ada urusan penting di pejabat. Ini, dah pukul 11 malam baru balik.

Izham hanya memandang alat kawalan jauh tersebut. Matanya kemudian beralih pada Adi.

“Ira marah abang?” lembut Izham bertanya.

“Tak.” Sepatah. Dingin. Mana boleh tak marah. Geram betul. Nak melawan, berdosa besar pula. Jadi, merajuk macam ni jalannya.

Izham mengesot punggungnya mendekati Adi di sebelah. Sengaja membiarkan bahu dan peha mereka bersentuhan.

“Abang minta maaf,okey.”telapak tangan Izham dan menekap di atas tangan Adi. Perlahan-lahan ibu jarinya membelai perlahan tangan Adi. “Abang bukan sengaja. Abang betul-betul ada kerja. Ira tahukan, yang syarikat abang tu tengah urus projek besar. Memang nak kena kerja keras. Abng bukan buat benda tak elok.”Izham member penjelasan sekaligus memujuk.

Dia tahu Adi terkilan. Kali ni, nak masuk 4 kali dinner mereka dibatalkan. Memang marahlah si isteri terchenta ni.

Adi diam. Masih lagi berpura-pura menonton TV padahal setiap patah perkataan yang Izham ucapkan, Adi dengar dengan teliti.

“Ira.... jangan macam ni. Nanti malam tak lena abang nak tidur.” Nada suara Izham dah masuk mood romantik. Kepalanya juga dah disandarkan atas bahu Adi. Tangan kirinya mula membelai rambut Adi yang panjang separas pinggang.

Adi rasa nak senyum. Izham memang pandai betul bab pujuk memujuk. Senyuman di bibir cuba ditahan, namun sempat dilihat oleh Izham yang mendongakkan mukanya.

“Ira dah senyum.. baby abang dah senyum!” Izham gembira. Automatic tangannya naik ke udara umpama orang baru lepas menjaringkan gol.

“Bila masa pula Ira jadi baby?” Adi jeling manja.

“Aish.. Ira jangan jeling macam tu. Abang tergoda tau.” Tangan naik mencubit manja pipi Adi. “Dah kita tak ada baby lagi, Ira jadilah baby abang.” Izham mengusik.

“Iyelah tu.”

Izham sengeh. “Ira dah tak marah abang ker?”

“Mana boleh nak marah abang lama-lama. Abang tu ada ubat pengasih.”

“Hah.. tahu pun. Nasib baik abang guna pada Ira seorang jer tahu. Kalau tak, merana nanti.”

Mata Adi bulat. “Berani? Abang buat, siap!” jari telunjuk Adi naik ke udara.

Izham ketawa. Tangan kirinya merangkul bahu Adi. Satu kucupan hangat singgah di dahi Adi. Adi senyum. Hatinya senang dicium suami tercinta.

“Ira tak suka ker abang panggil Ira baby?” Izham memandang Adi.

Adi geleng. “Tak. Macam pelik sangat.”Adi ketawa. Baby? Terbayang dalam palehotak budak yang separuh puberty tu nyanyi lagu Baby.

“Kalau macam tu...” Izham bangun. “Jom!” tangan kanannya dihulurkan kepada Adi. Menunggu untuk disambut.

“Nak pergi mana?” Adi buat muka pelik.

“Nak pergi buat baby yang betul-betul baby.” Izham kenyit mata.

“Abang ni...” muka Adi dah merah.

.........................................................

“Nampak kau macam gemuklah Adi.” Aisya memberi komen. Selamba. Macam tak tahu yang Adi pantang dengar perkataan ‘GEMUK’.

“Mana ada!” Adi berhenti mengagah Aulia yang berusia 5 bulan itu bila mendengar kata-kata Aisya. “Kau ni nak kena pakai specs pula ni. Mengandung banyak kali, sampai vitamin A dah kurang ni.”

“Amboi kau. Sedap jer mengata aku. Baru 4 kali jer pun.” Aulia beralih tangan. Aisya membetukan kedudukan Aulia dalam dukungannya.

“4 kali jer?” Adi ketawa.

“Kau bila lagi?” Aisya bertanya. Seingatnya, dah nak dekat setahun Adi dan Izham berkahwin.

Adi angkat bahu. Menongkat kedua belah tangannya ke belakang dan melunjurkan kaki ke depan. Seronoknya ada tempat lepak ala-ala pondok dekat rumah. Seronoklah anak-anak Saufi dan Aisya bermain. “Belum ada rezeki lagi.”

“Ker korang merancang ni?”

Adi cepat geleng kepala. “Mana ada. Aku tak kisah pun kalau ada anak cepat-cepat ni. Tapi dah rezeki belum sampai. Tunggu jer.”

“Jangan tunggu saja. Berusaha sama. Berdoa sekali. Baru lengkap. Usha, doa, tawakal.” Aisya macam nak buka ceramah pula.

Adi sengeh. Gelas berisi limau ais dihirup perlahan. Sampai habis secawan.

“Suka pula kau minum air limau?” Aisya angkat kening. “Kalau dulu, bukan main tak suka.ini siap pesan aku suruh buat air limau pula.”

Betul, Adi memang tak suka sangat benda masam-masam ni. Aisya pula, memang geng betul segala benda masam dekat rumah ni. Limau ais yang dia bancuh ni pun memang rasa masam lebih. Kaw punya dari kedai.

“Berubah angin.” Adi menuang lagi limau ais ke dalam gelasnya. “Kenapa kau tak ikut Saufi keluar dengan anak-anak kau? Boleh pula dia handle 3 budak kecil tu.”

“Malaslah aku. Lagipun sekali sekala nak biar anak beranak tu keluar sama-sama.”

Adi angguk kepala. “Kau ada tak bergaduh dengan Saufi?”

Aisya angguk kepala. “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Biasalah gaduh benda-benda kecil jer pun. Aku ni kadang-kadang banyak pula kerenah. Nasib baik Saufi boleh tahan.” Aisya membetulkan pakaian Aulia. “Yang penting sabar. Toleransi.”

..........................................................................

Adi menekupkan telapak tangannya ke dahi Izham. Panas betul. Suhu badan Izham naik mendadak. Muka Izham berkerut walaupun tengah tidur.

“Abang... Abang...” rasa tak sampai hati nak gerak, tapi kena juga.

“Jom kita pergi klinik.” Adi berkata bila perlahan-lahan mata Izham terbuka. “Badan abang panas sangat ni. Ira risaulah.”

Izham angguk. perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Adi turut membantu.

Mereka masuk ke dalam kereta. Adi memandu dengan berhati-hati. Sambil itu, matanya sempat menjeling Izham yang memejamkan mata di sebelah. Macam mana boleh demam yek? Sepanjang perkahwinan mereka, ini baru kali pertama Izham sakit.

Mata Adi memerhati segala pemeriksaan yang dilakukan oleh Doktor Afif. Doktok muda itu Nampak tenang saja. Umur mungkin dah lewat 20-an.

“Encik demam biasa saja.” Doktor Afif menulis sesuatu di atas kertas. “Tapi suhu badan Encik agak tinggi. Saya akan bagi ubat. Encik makan ye. dan.. MC 2 hari.

Izham dan Adi mengangguk perlahan.

“Encik dan Puan kena jaga kesihatan elok-elok. Sekarang banyak sangat penyakit.”Doktor Afif sempat memberikan pesanan ketika Adi dan Izham hendak bangun dari kerusi.

Mereka sama-sama tersenyum. “Terima kasih doktor.”

Baru hendak melangkah ke luar dari bilik rawatan, tiba-tiba Adi terasa hendak muntah.

“Uwek.. uwek..” pegangan di lengan Izham terlepas. Adi memegang tekaknya yang terasa hendak mengeluarkan isi perut.

“Puan kenapa?” Doktor Afif mendekati Adi dan Izham.

Adi mengawangkan tangannya. “Tak ada apa doktor. Mungkin saya salah makan.”

“Mari saya check. Mana tau ada apa-apa masalah.”

“Tak apalah doktor.” Adi menggeleng.

“Ira..dah alang-alang ada dekat klinik ni.” Izham bersuara.

Adi angguk.

...........................................................................

Mata Adi khusyuk menatap Kim Hyun Joong di TV. Sambil tu tak henti-henti dia makan asam. Khusyuk sampai tak sedar Izham ada di sebelah.

“Amboi, tengok jer mamat Korea jambu tu, terus lupa abang.”

Adi berpaling sambil tersengeh. “Dia handsome sangat.”

“Dah berapa kali ulang dah ni.” Serius. Dari bulan awal-awal Adi mengandung, sampai dah nak masuk 8 bulan perut memboyot, asyik tengok cerita yang sama jer. Semata-mata nak tengok Kim Hyun Joong ni. Apa yang special sangat pun Izham tak faham. Muka jambu, entah berapa banyak silicon agaknya.

“Ira tak bosan ker sayang?”

Adi geleng. Matanya kembali ke kaca TV. “Kim Hyun Joong ni handsome sangat. Tak boleh nak rasa bosan pon. Pula tu charming. Ira suka tengok muka dia. Orang kata, kalau perempuan mengandung suka tengok wajah seseorang, nanti anak akan ada iras rupa. Kalau anak kita handsome macam dia ni...kan bagus.”bersemangat Adi bercakap.

“Amboi.” Izham cubit manja pipi Adi. “Puan Adira sayang, dalam perut tu anak Encik Izham. Mestilah muka macam saya. Tambah pula, saya lagi handsome dari mamat jambu tu.”

Adi ketawa dan mengelak cubitan Izham. “Abang jealous eh?” nak mengusik Izham. “Iyalah abang lagi handsome dari dia.”

“Tahu pun...” tangan Izham dah merangkul bahu Adi.

“Nanti... nak bubuh nama apa ye kat baby kita ni?” Izham membuka topic perbualan.

“Kalau anak lelaki, bagi nama Adham. Kalau anak perempuan bagi nama Izra. Sedap tak?”

Izham angguk. “Sedap. Boleh makan.”

“Abang ni..” Adi dah cubit peha Izham. “nama-nama tu hasil gabungan nama kita tau. Aisya yang bagi.”

“Bila dia bagi?”

“Waktu Ira keluar dengan dia kat IKEA tu. Yang waktu dia merajuk dengan Saufi.”

Izham cepat petik jari. “Oh! Jadi mesti Ira selalu ingat nama-nama tu kan? Dok bayang abang jadi bapa mithali pada anak-anak tu.”

“Mana ada..”

“Ada...”

“Perasan.”

“Abang perasan dengan Ira jer.” Izham mengucup lembut dahi Adi.

Adi tersenyum.

“Ira... terima kasih tau.”

“Hm.. kenapa?”

“Sudi terima cinta abang. Sudi jadi isteri abang. Sudi jadi ibu kepada bakal anak-anak abang.” Romantis Izham mengucapkannya.

“Sama-sama.”

“Aik.. sama-sama jer? Abang ingat Ira nak cakap benda yang sama. Nak merajuklah.” Izham dah tarik muncung.

Adi tak tahan dah ketawa. Comel betul muka Izham buat gitu. “Iya abang.. Terima kasih sebab pilih Ira jadi isteri abang. Curahkan segala kasih abang pada Ira. Mengajar Ira erti cinta dan kasih. Membuatkan Ira bahagia. Ira sayang sangat kat abang.” Adi peluk lengan Izham. Manja.

“Kalau macam ni manja Ira hari-hari, kena pilih banyak nama lepas ni. Akan ada yang mendatang lepas Adham dan Izra.”

“Abang!!!!!” Adi tampar perlahan bahu Izham. Yang sorang ni pun tak lahir lagi suamiku oiii.

“Rezeki mana boleh tolak kan?”

“Yelah tu....” jeling manja.

“Come..” Izham mendepakan tangannya untuk merangkul Adi. Adi mengikut.

“Will you stand by me forever and ever?”

“I will. Forever and ever.”

~SMILE~


*dah ada button like and share.. qyqa dah maju kan???? entry ni qyqa buat nak bagi cun sikit ending dia. okey tak??? suka tak???? (^_^)

sayang ketat-ketat pada mereka yg follow mini novel ni. thanx a lot okey.. muahhhh..

silalah komen.. (^_________^)

Saturday, April 16, 2011

Stand By Me 4

Adi baring sambil matanya meliar memandang syiling bilik. Tersengeh-sengeh seorang diri. Ani, rakan sebilik Cuma memerhati. Apa pelik sangat si Adi ni?

Bantal dibaling. Tepat kena muka Adi.

“Weh, apasal ni?” Adi dah pegang bantal tu. Siap sedia nak baling pada Ani yang duduk di katil setentang dengannya.

Ani sengeh. “Aku nak make sure yang kau tu sewel lagi. Dari tadi sengeh sensorang. Makroh kot.”

Pap! Tepat betul kena muka Ani. Adi tetap juga baling bantal tu.

“Bagi salam boleh, nak baling bantal pula. Saman kang baru tau.” Adi dah tayang penumbuk. Ani bantai gelak kuat-kuat. Walaupun baru jer duduk sebilik dengan si Adi ni, tapi dah boleh sekepala.

Adi Cuma geleng kepala.

“Kau dengan Izham apa cerita?” Ani menutup novel yang dibacanya. Berjalan ke katil Adi dan duduk di sebelah Adi. Buat muka comel nak minta jawapan.

“Cerita apa pula?”

Ani lagi tambah sengeh. “Kau jangan tak tahu, sekarang korang dah jadi hot issue tau. Semua orang agak korang ni couple. Dulu selalu gaduh, sekarang kemain sweet gila.”

“Aku dengan dia member jer kot.”

“Memberlah sangat...” Ani mengejek. “Kau tu jangan jual mahal sangat. Izham tu memang suka dekat kau.”

“Eh..mana kau tahu? Macamlah boleh scan hati orang.”

“Orang buta pun boleh nampaklah Adi oi. Memang Nampak sangat dia suka kat kau. Kau ingat tak minggu lepas kau tak datang kuliah sebab demam? Macam cacing kepanasan dia. Beria suruh aku paksa kau pergi klinik.”Ani bersungguh-sungguh.

“Alah.. itu jer pon.”

“Banyak lagilah. Aku malas nak cakap. Kau fikirlah sendiri. Dan kau pun.. Nampak sangat yang kau pun suka dia.”

“Eh..mana ada.” Adi berdalih.

“Ada! Kalau tak kenapa kau pakai jer gelang RM 5 yang dia beli kat pasar malam tu? Setahu aku, kau bukan suka nak pakai aksesori segala bagai ni. Pula tu gelang murah.” Kata-kata Ani membuatkan Adi macam dah masuk dalam perangkap.

“Dah dia beli....” Adi memandang gelang ditangannya. Memang gelang pasar malam pun. Izham belikan ketika mereka sama-sama keluar berjalan di pasar malam.

“Sebab bermakna kan?” Ani memasang soalan perangkap.

“Kau baik jadi kaunselor cinta jer!” Adi menampar bahu Ani.

Ani memegang bahunya. Bisa betul tangan minah ni. “Tempoh sebulan tu dah nak tamat kan?”

Adi mencongak. Aah... lusa. Lusa dah nak habis.

“Jujur aku cakap, dalam tempoh sebulan korang cuba nak get along, aku boleh Nampak yang kau happy sangat. Korang Nampak sesuai and caring satu sama lain. Korang sesuai sangat!”

Adi Cuma sengeh. Memang dalam tempoh sebulan ni, Adi rasa hati memang sentiasa mekar. Seronok. Tak dinafikan yang Izham berani nak ucap kata-kata yang manis, tapi Adi langsung tak pernah membalas. Cuma tersenyum atau alih ke topic lain.

Jujur, ada rasa cinta pada Izham. Tapi Adi rasa ragu-ragu. Entah.. payah nak cakap. Cuma Adi rasa, yang dia masih lagi tak kenal Izham sepenuhnya. Adi dapat rasa yang jejaka itu benar-benar ikhlas, tapi Adi tak mahu nak gelojoh.

“Hoi! Dengar tak aku cakap ni?” Ani menyergah.

“Dengar.....”

“Berangan jer kau ni.”

“Ani.. kau rasa.. aku dengan dia.. sesuai ker. Yelah, kau tengoklah aku ni, kasar. Macam laki. Selalu sangat kalau aku pergi tandas awam, ada jer yang cakap aku salah masuk tandas. Aku ni tak feminin langsung. Tapi...kenapa dia nak suka aku?”teragak-agak Adi bertanya.

Ani menyengeh. “Ini kes tak ada keyakinan rupanya.” Ani menggenggam tangan Adi. “Kau cantik Adi. Kau ada sesuatu yang Izham Nampak. Pada Izham kau cantik. Mungkin kau boleh berubah jadi perempuan betul-betul nanti. Ingat.... fitrah tak boleh dilawan.” Ani memberi keyakinan.

“Kau suka dia kan?” kali ni, Ani dah tepuk tangan.

Adi tersipu-sipu. Malulah pulak.

“Hahaha.. blushing gila muka. Adi.. Adi..”

..........................................................

Adi betul-betul hilang tumpuan. Suara lecture dihadapan langsung tak menarik minat dan perhatiannya. Dia betul-betul resah.

Dari semalam, Izham langsung tak menelefon. Mesej pon tidak. Berkali-kali Adi cuba menelefon, tapi tak diangkat. Adi resah sendiri. Gaya macam kucing nak beranak.

“Adi.. kau kenapa?” Ani berbisik perlahan. Pelik betul Adi ni.

Adi Cuma geleng kepala.

“Kau tolong aku boleh tak?” Adi bertanya kepada Ani bila mereka berjalan keluar dari dewan kuliah.

“Apa?” Ani bertanya. Sambil tu, sibuk dia membetulkan tali beg yang dah bersilang.

“Tanya kejap dekat Rahim, kenapa Izham tak datang.”

“Eh, apasal pula aku? Kau yang nak tahu, tanyalah sendiri. “ Ani sengeh. Dah agak dah, memang Adi macam kucing nak beranak tadi sebab Izham tak datang.

“Aku.. malulah.”

Pecah ketawa Ani. “Sejak bila kau malu pula ni?” Ani dah geleng kepala. “Jom!” Ani tarik tangan Adi berjalan kea rah Rahim yang sedang berjalan menuju ke kafe.

“Rahim!”

Rahim berpaling bila suara Ani memanggil.

“Apa?” langkahnya mati.

“Ni.. Adi nak tanya kau soalan penting. Kalau kau tak jawab, mau dia nak mati kot.”

Pap! Cepat bahu Ani ditampar bila sesedap oren jer menokok tambah.

Rahim sengeh. “Izham?” angkat kening.

“Yup!” Ani tolong jawab.

“Aku pun tak tahu kenapa dia tak datang. Tak try call?”

Adi angguk. “Banyak kali. Tapi di tak angkat.”

“Macam ni, kau pergi jer rumah dia.”

“Kau gila?”

“Ish.. dia tinggal dengan parents dia. Kau jangan risau. Tak ada yang kena tangkap lenjun punya.” Rahim memberi keyakinan.

“Ha.. okey apa Adi. Bagi alamat weh.”

.............................................................................

Adi keluar dari Myvi. Matanya beralih dari kertas ditangan ke rumah banglo 2 tingkat di hadapannya. Berkali-kali dia buat begitu. Mak aih... besar betul rumah mamat ni. Okey rumah parents dia.

Loceng ditekan.

Agak lama, muncul seorang lelaki tua. Siapa ni?

“Cik cari siapa?”

“Err.. saya datang nak cari Izham. Dia.. betulkan ni rumah dia?” teragak-agak Adi bertanya. Mana tahu Rahim nak pedajal aku.

“Oh.. iya iya. Cik ini siapa?” Pak cik itu bertanya.

“Saya.. Adi. Adira. Kawan dia.”

“Oh! Cik Adira!” gaya Pak Cik ni macam teruja. Eh mari masuk! Pintu pagar automatic itu terbuka sendiri.

Adi pelik. Gaya pak cik ni macamlah dah kenal aku.

Adi mengikut pak cik tersebut masuk ke dalam rumah. Terpegun Adi sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Gila cantik! Semua Nampak macam mahal dan eksklusif gitu. Mak bapak Izham ni kerja apa agaknya?

“Nah.. OH Nah..”

“Iya Bang Man oiii.”

Keluar seorang wanita pertengahan 40-an dari dapur.

“Ini Cik Adira datang. Nak jumpa Am.”

Muka wanita yang dipanggil Nah itu berubah ceria. “Cik Adira..”

“Err.. panggil saya Adi jer.” Adi cepat memotong. Pelik sangat orang panggil formal macam tu. Macam kat pejabat pula.

“Ha... mari.. Am ada kat atas tu.” Mak Nah menarik tangan Adi menaiki tangga. Adi Cuma menurut. Macam robot. Otak macam terpukau. Bendul mungkin.

Bila Mak Nah nak buka pintu, cepat-cepat Adi haling. “Err mak cik, tak sesuai pula saya masuk bilik Am. Saya tunggu bawah jer.” Takkan nak masuk bilik anak teruna orang. Gila apa?

“Eh.. ini bukan bilik Am.”

“Huh? Dah tu?”

“Bilik Puan Lina.”

Puan Lina?

Belum sempat Adi nak tanya, Mak Nah dah buka pintu bilik. Cepat ditariknya tangan Adi.

Mata Adi meliar. Ini... macam bilik pejabatlah pula. Dia masih lagi berdiri di belakang Mak Nah memerhatikan seluruh kawasan bilik.

“Puan, Cik Adira dah sampai.”

Adi menjenguk ke depan. Nampak seorang wanita yang Nampak muda dari Mak Nah sedang membaca buku sambil kaki menyilang. Cantik berkebaya. Apakah? Dalam rumah macam ni pun nak pakai cantik-cantik gitu gaya nak masuk ratu kebaya? Pitam kejap.

“Adira... sila duduk.”

Adi teragak-agak. Nak pandang Mak Nah tapi dah hilang pula. Cepat betul tindak balas. Perlahan-lahan, Adi berjalan mendekati sofa yang setentang dengan tempat duduk Puan Lina. Senyum. Pelik.

“Pertama, bila jumpa orang yang lebih tua, kena salam dulu.” Puan Lina meletakkan buku bacaannya ke atas meja. Membetulkan kaca matanya.

Adi tersentak. Ish... lupa pula. Cepat dia bangun dan menyalami Puan Lina.

“Datang nak jumpa Am kan?”

Adi angguk. orang dalam rumah ni macam tahu-tahu jer dia nak datang. Ada Bluetooth ke?

“Mak cik ni... mak Izham ker?”

Puan Lina angguk. “Saya mama Am. Dan mungkin juga bakal mak mertua kamu.”

Hampir tersedak Adi bila mendengar ayat Puan Lina. Bakal mertua? Peh.. jauhnya fikir. Tapi, gaya dia macam tak berkenan jer dengan aku. Dari tadi mata dah gaya yoyo atas bawah atas bawah.

“Saya kawan Am jer.”

“Kenapa datang?”

“Am... saya Cuma nak tahu kenapa dia tak datang kuliah.” Jujur Adi menjawab.

“Kan normal kalau Am tak datang kuliah?”

“Memang.. tapi sejak akhir-akhir ni dia selalu datang kuliah. Dah tak ponteng kuliah macam dulu.”

Puan Lina tersenyum. “Dia demam. Ada dalam bilik. Berehat.”

“Demam? Teruk ker?” cepat Adi bertanya. Takut la kalau kena demam tapioca pula.

“Untung betul Am ada kawan yang baik macam kamu ni. Dari semalam telefon. Mesej. Risau punya pasal, sampai datang sini. Memang Am bertuah.”

Adi gigit bibir bawah. Tak tahu nak tafsirkan kata-kata Puan Lina sebagai pujian atau sindiran.

Perlahan-lahan Adi bangkit. “Kalau macam tu, saya nak balik dululah. Saya dah tahu keadaan Am. Demam jer. Saya... nak balik dulu.”

“Adira.”

Langkah Adi mati. Tapi tak berpaling menghadap Puan Lina.

“Kamu tahu kan yang Izham sukakan kamu.”

Adi diam. Perlahan-lahan dia berpaling menghadap Puan Lina.

“Kamu sukakan dia atau tidak?” Puan Lina bangkit dan menghampiri Adi. Kedua telapak tangannya mendarat di bahu Adi. “Adira. Mak cik akui, mak cik tak berkenan dengan kamu. Tapi Am sukakan kamu. Banyak perubahan Am sejak akhir-akhir ni. Mak cik pelik. Bila mak cik tahu dia berkawan dengan kamu, mak susah hati. Tapi bila fikir perubahan yang berlaku pada Am, mak cik percaya dia untuk kamu.”

Adi terdiam. Tak tahu nak cakap apa. “Maksud mak cik?”

“Am ada cakap pasal percubaan sebulan kamu berdua. Hari ni hari last kan? Mak cik nak dengar dari mulut kamu sendiri, samada kamu sukakan dia atau tak? Lebih tepat, samada kamu cintakan dia atau tak.”

Adi geleng kepala perlahan-lahan. “Saya tak tahu mak cik. Saya Cuma rasa yang saya jauh sangat berbeza dengan Izham.”

“Adira.. ini bukan zaman Bawang Putih Bawang Merah. Mak cik restu kamu berdua.” Puan Lina bersungguh.

Mata Adi bulat. Biar betul mama Am ni. Aku tak cakap apa pun lagi.

“Mak cik... saya tak Nampak macam perempuan pun. Mak cik nak terima saya?”

“Sekarang soalannya... kamu cintakan dia atau tak? Itu dulu.”

Adi tunduk memandang lantai. Macam pelik jer nak mengaku rasa cinta depan mak pihak lelaki. Ini stail zaman Anuar Zain pulak kot.

“Dia... cintakan saya ker?”

Mata Adi memandang wajah Puan Lina.

Puan Lina senyum. Matanya memandang ke arah pintu yang di belakang Adi.

“Aku cintakan kau....”

Adi kaget. Suara dari belakang memang sangat-sangat dia kenal. Adi berpaling ke belakang...... Nampak wajah pucat Izham yang duduk berdiri di muka pintu.

“Adi... aku boleh terima kau seadanya. Aku boleh terima macam mana kau sebab diri kau yang aku cinta. Yang aku tahu, aku cintakan kau.”

Izham menghampiri Adi. “Depan mama aku, aku nak tanya kau... kau cintakan aku atau tak? Kau terima aku atau tak?”

Adi memandang anak mata Izham. Ada ketulusan di situ. Ada rasa cinta dalam hati, tapi rasa yakin sangat-sangat sikit. Adi takut kalau kecewa.

Jangan bilang tidak,

Bila kita belum mencuba,

Siapa yang tahu akan sama,

Hatimu dan juga hatiku,

Ramai yang bercinta,

Bertahun-tahun putus juga,

Ku harapkan benar dirimu,

Walaupun singkat pendekatan,

Jangan bilang tidak.......

Lirik lagu Jangan Bilang Tidak nyanyian Raffi Ahmad dan Ayu Sita seolah-olah berkumandang dalam kepala Adi. Ya... kenapa tak cuba kan...

“Adi,will you stand by me?” Izham bertanya. Senyuman Puan Lina di belakang Adi memberikan semangat.

Adi tarik nafas dalam. Perlahan-lahan dihembusnya. “I will.”

............................................................

Selepas 4 tahun...

Majlis resepsi Adi dan Izham sangat-sangat meriah. Semua tetamu yang hadir memberikan pujian dan doa kepada para pengantin. Adi dan Izham Nampak sangat-sangat secocok duduk bersebelahan tersipu-sipu malu.

Aisya walaupun sedang mengandung 2 bulan, tetap juga nak jadi pengapit Adi. Demi kawan baiknya yang satu ni. Aisya bersyukur, akhirnya kisah percintaan Adi dan Izham bersambung ke jinjang pelamin. Harap Izham dapat membahagiakan Adi dan membimbing Adi ke jalan yang lurus.

Aisya juga sangat-sangat gembira bila Adi meluahkan hasrat untuk bertudung setahun yang lalu. Adi memang Nampak manis bila bertudung. Tiada lagi imej kasar. Betul-betul seperti perempuan melayu terakhir.

Says, Alhamdulillah.

Dan dia pun... bahagia dengan Saufi. Kalau tak bahagia, tak adanya anak keluar setiap tahun. Penat tu memang penat. Tapi dah rezeki Allah bagi. Lepas ni, nak minta cuti daripada Saufi. Nak tutup kilang kejap. Agak-agak, Saufi bagi tak?

Senyum.

~THE END~

Tuesday, March 29, 2011

Stand By Me 3

Adi memerhati dengan mulut yang sedikit ternganga. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.

Aisya yang khusyuk menikmati meatball langsung tidak mempedulikan pandangan Adi. Dia makan dengan penuh berselera. Dia mengajak Adi ke IKEA semata-mata mahu menikmati meatball tersebut. Dapat juga akhirnya.

“Kau makan macam dah seminggu tak makan.” Adi memberi komen,jujur. Pertama kali tengok Aisya macam ni. Selalu, Adi yang makan gaya orang Somalia. Aisya, memang tertib makannya. Tak ada gaya tunggang langgang. Ini... udahlah perut 7 bulan tu besar gila. Makan gaya gitu. Memang pelik.

Aisya sengeh. “Aku mengidam benda ni dari semalam. Sebab itulah aku gaduh dengan Saufi!” Aisya bercerita.

Adi terkejut. “Kau gaduh dengan dia?”

Aisya angguk. “Aku ajak makan meatball ni banyak pula alasan. Tak sayang akulah agaknya. Lebih sayang kerja dia tu.” Aisya bercerita gaya merajuk.

“Pukul berapa kau ajak dia makan? Waktu pejabat mana boleh aci redah keluar jer. “ Adi menghirup air minumannya.

Mulut Aisya terjuih. “Waktu tu dia ada dekat rumah. Tengah sibuk nak siapkan kerja-kerja dia dalam bilik kerja dia. Dah pukul 1pagi!”

Hampir tersembur air dari mulut Adi. “Kau ajak dia makan meatball pukul 1 pagi? Memang patutlah dia tak pergi. Kau ni..” Adi geleng. Apalah Aisya ni.

“Aku ajak hari ni. Bukannya waktu pagi-pagi buta tu. Tapi dia macam nak tak nak pula layan aku. Apa yang dikejar sangat kerja tu. Padahal hari ni cuti.”

“Ini kes jealous dengan kerja Saufi ker cik kak?” Adi mengusik.

Aisya jeling. “Tak ada maknanya aku nak jealous dengan kerja dialah. Bukannya orang pun.”

“Habis, ni kau keluar dengan aku, dia tahu ker?” pagi-pagi tadi dah ambil Aisya dengan Myvi. Tak Nampak pula kelibat Saufi waktu tu.

“Aku tinggal nota jer. Tak mau cakap dengan dia.”

Adi rasa nak gelak. “Boleh ker tahan marah dengan bantal peluk malam-malam?” Adi melawak. Sungguh dia seronok tengok Aisya bahagia dengan Saufi. Sampai dia rasa dah tak ada dendam pun pada Saufi. Tengok Aisya happy, Adi pun rasa happy. Ini kali pertama Aisya merajuk dengan Saufi.

Aisya malas layan. Terus menikmati meatball yang sedap gila.

Adi Cuma angkat bahu.

Bunyi nada dering ‘SHY BOY’ membuatkan Adi segera mencapai telefon bimbitnya dari dalam poket. Adi bangkit dan berjalan jauh sedikit dari Aisya.

“Kenapa? Kan tadi aku cakap kita jumpa lain kali.” Sepatutnya hari ni, Adi dan Izham bercadang untuk keluar berdua. Tetapi memandangkan awal-awal pagi lagi Aisya dah menelefon mengajak berjalan, terpaksalah pertemuan mereka dibatalkan.

“Aku tahu. Kau keluar dengan Aisya kan?”

Adi angguk. memang betul pun. Tadi pun dia ada cerita. “Aah. Kenapa?”

“Aku terserempak dengan Saufi. Dia tengah risau ni. Nak cari Aisya. Banyak kali telefon tapi Aisya matikan pula handphone dia. Saufi nak telefon kau tapi nombor kau pula tak ada.”Izham bercerita ringkas.

“Eh? Aisya cakap dia ada tinggal nota.”

Izham menjeling ke arah Saufi yang duduk setentang dengannya di meja makan. “Dia tak nampaklah tu. Korang ada dekat mana?”

“IKEA.”

“Stay situ. Nanti aku suruh Saufi pergi sana.”

“Okey.”

Talian dimatikan.

“Aisya ada dengan Adi. Diorang berjalan dekat IKEA.” Izham memberitahu Saufi.

Saufi tepuk dahi. “Patutlah! Memang semalam dia ajak pergi makan meatball. Tak terfikir pula. Cemas punya pasal.”

Izham Cuma sengeh.

Saufi lega. “Terima kasih Izham. Nasib baik terserempak dengan kau.” Saufi dah bangkit dari kerusi.

“Aku pun nak ikut juga.”

Saufi angkat kening.

“Nanti boleh keluar dengan Adi lepas kau pujuk Aisya.” Izham tersengeh nakal.

Adi kembali duduk. Meatball Aisya sudah habis.

“Siapa telefon? Macam ada rahsia besar pula.”

“Uh? Izham.”

Aisya sengeh. “Kau dengan dia dah makin rapat eh. Kalau dulu, jumpa jer nak gaduh. “ Aisya keluar aura mengusik. “Entah-entah kau tengah couple dengan dia tak?” Aisya serkap jarang.

Muka Adi rasa panas. “Jangan nak merepeklah! Kawan jer.”

“Kawan jer.” Aisya mengejek. “Kau kawan juga dengan lelaki lain tapi dengan Izham ni sikit punya lain.”

“Lain apa pula?” Adi tak puas hati. Sesuka hati jer mak buyung ni nak mengusik.

Aisya malas nak jawab. “Eh, jom baliklah. Aku dah dapat meatball aku. Nak berjalan dekat tempat lain pula.” Aisya dah membetulkan tas tangannya.

“Eh? Eh, tak kan nak balik dah. Jomlah jalan-jalan. Bukan selalu pun datang sini.” Adi mencari helah. Kalau balik sekarang, mesti Saufi tak sempat datang. Kang jadi pula kejar mengejar. Kalah Kuch Kuch hota.. Hota apa entah!

“Bukan kau tak suka ker datang sini? Malas nak jalan?”

“Err. Alah... jomlah” Adi sengeh. Memang betul pun. Dia memang tak suka jalan-jalan dekat IKEA ni. Sakit kaki!

“Ok.”

Sepatah jawapan Aisya membuatkan Adi mengukirkan senyuman. Mereka berjalan beriringan . aisya Nampak teruja.

Bunyi mesej.

Dari Izham. Bertanya di manakah mereka berdua.

Cepat Adi balas.

“Kan betul kau couple dengan dia! Asyik mesej jer.” Aisya sengeh.

“Eh, bukannya kau tahu aku mesej dengan siapa pun.”

“Aku ada Bluetooth.” Aisya kenyit mata.

“Jom ke sana.” Jari telunjuk Aisya naik.

Adi menahan. “Kejap. Aku tak puas lagi tengok dekorasi dekat sini. Nanti dah kahwin senang sikit nak fikir.” Adi dah duduk atas katil yang dipamerkan.

Aisya sengeh. “Izham?”

“Kau tak ada nama lain ker?” Niat sebenar Adi menahan Aisya di sini supaya mudah untuk Saufi menjumpai mereka.

“Itu jer yang sesuai dengan kau.”

“Apa pula? Adi. Izham. Tak padan. Izham. Adi. Langsung.” Adi geleng kepala.

Aisya turut melabuhkan punggungnya di sebelah Adi. “Apa pula tak padan. Adira. Izham. Nanti dapat anak laki bagi nama Adham. Kalau dapat anak perempuan, bagi nama Izra. Ha.. sedap kan? Cantik sangat gabungan nama korang!” Aisya teruja memberi pendapat.

Adi dah dongak kepala.

Adham? Muhammad Adham bin Muhammad Izham.

Nur Izra binti Muhammad Izham.

Adi tarik sengeh tanpa sedar. Menarik juga nama tu.

“Ha.. berangan!”

Cepat Adi sedar diri bila Aisya mencubit perlahan lengannya. Ish rasa ngeri pula bayang benda macam tu. Anak aku dengan izham? Yuuuuu...

Anak mata Adi cepat menagkap tubuh Saufi yang sedang menuju ke arah mereka. Dia jeling Aisya. Nampaknya Aisya tak perasan tu. Perlahan-lahan Adi bangun.

“Kau nak ke mana?” Aisya mendongak memandang Adi.

“Aku.. aku pergi sana jap! Kau tunggu sini!”

Belum sempat Aisya berkata apa-apa, cepat Adi berjalan. Tak toleh belakang. Bila dah jauh sikit, Adi berhenti dan memandang Aisya dari jauh. Menyorok. Nampak pula Saufi dah makin mendekati Aisya. Dan ternyata Aisya dah perasan Saufi. Nampak macam mak buyung tu nak bangun. Tapi sebab perut besar, payah juga nak bangun.

“Sayang nak lari ke mana?” Saufi dah sampai dekat Aisya. Dia senyum. Lega jumpa Aisya. Rasa nak marah tapi tak jadi. Sayang sangat.. mana boleh marah.

Aisya tak jadi nak bangun. Muncungnya panjang sedepa. Dia tak peduli pada mata yang memandang. Pandai-pandai dioranglah nak buat hipotesis.

“Panjangnya muncung.” Saufi duduk di sebelah Aisya. “Marah abang eh?”

“Abang tak ada kerja ker? Kan abang sibuk.” Aisya bertanya tapi matanya langsung tak pandang wajah Saufi. Mau kalau pandang terus cair. Mana boleh. Nak juga merajuk. Bukan selalu pun.

“Okey sayang.. abang salah.” Tangan Aisya diraih. “I’m sorry.”

Aisya jadi sejuk hati. Tapi nak tunjuk marah juga. Dia diam.

“Lain kali kalau nak keluar cerita dekat abang. Aisya tahu kan, wajib minta kebenaran abang. Abang takut kalau jadi apa-apa dekat isteri cantik abang and our baby ni.”

Aisya tunduk. “I’m sorry.”

“Tak apa. Abang tak marah. Abang Cuma risau. Aisya marah abang tak?”

Aisya pandang Saufi. Kemudian dia geleng. “Tak. Dah dapat meatball pun.”

“Amboi! Sayang meatball dari abang?”

Aisya ketawa. “Mestilah sayang abang lebih.”

Adi yang memandang dari jauh bersorak dalam hati. Dah agak dah. Tak tahan punya marah Aisya tuh. Baru kena pujuk sikit, dah cair.

“Ha? Kenapa?” Adi buat-buat tanya bila Aisya menelefon.

Aisya ketawa kejap. “Aku balik dengan Saufi.”

“Yelah.. dah berbaik dengan suami, lupa aku.” Pura-pura merajuk.

“Tak apa, nanti ada juga orang teman kau.”

“Uh?” tak faham.

“Okey. Bye. Assalamualaikum.” Cepat Aisya matikan talian. Saja nak buat Adi tertanya-tanya.

Adi malas nak bertanya. Terus berjalan. Tiba-tiba bahu dicuit. Bila jer toleh belakang....... bapa Adham dan Izra!!!! Okey.. gedik. Izham.

“Kau?” Adi pandang tak percaya.

Izham sengeh. “Aku ikut Saufi tadi. Tapi naik kereta asing-asing.”

Adi angkat bahu. “Aku nak balik dah. Kau nak shopping kat sini ker?”

Izham sengeh lagi. Tak luntur senyuman dia. “Aku datang semata-mata nak dating dengan kau ni.”

Adi ketawa.

“Jomlah jalan.” Izham tarik lengan Adi.

“Kenapa kau nak dating dengan aku?” Adi sengaja bertanya. Mereka beriringan berjalan.

“Sebab kau jer manusia mereng yang aku kenal.”Izham jawab selamba. Kalau ikut hati, nak jer dia cakap sebab utama. Tapi, rasa malu pula. Malu? Chait!!

“Habis kau pun merenglah sebab nak jalan dengan aku?”Adi bertanya tak puas hati. Sedap jer panggil aku mereng.

“Kalau aku cakap, aku suka kau. Kau percaya?” Izham cakap laju-laju. Malah langkahnya makin laju menyebabkan Adi ketinggalan di belakang.

“Kau cakap apa?” Adi meminta kepastian. Ada sesuatu dalam kata-kata Izham tadi yang dirasakan mampu membuatkan jantungnya berdegup lebih laju. Namun, dia tak berapa pasti. Takut tersalah dengar pula. Buat malu nanti.

“Tak ada apalah.”

“Okey.” Adi buat-buat biasa. Walaupun sebenarnya dia nak tahu apa yang Izham cakapkan sebentar tadi.

Mereka terus berjalan. Lepas bosan pusing IKEA, mereka keluar. Naik kereta asing-asing. Berjalan di taman sambil makan ais krim. Nampak kerusi panjang, terus duduk.

“Seronok kan tengok Aisya dengan Saufi.” Izham memecah sunyi.

Adi angguk. setuju. Sesungguhnya perkahwinan tu fitrah manusia.

“Kau tak teringin?”

Soalan Izham membuatkan Adi terdiam. Pandangannya jatuh pada budak-budak yang sedang seronok bermain walaupun dah nak tengah hari. Budak-budak... tahu seronok jer.

“Mestilah aku nak. Nanti tiba masa, aku kahwinlah.” Perlahan Adi menjawab.

“Kau ada ker cirri-ciri lelaki idaman?” Izham terus terusan bertanya.

Adi nak tergelak. “Kau tanya ni macam wartawan Melodi versi sopan pula.”

“Saja nak tahu. Nak jawab tak?” Izham masih menanti jawapan.

“Hmmm....” Ad menjilat ais krim. Otaknya berfikir. “Aku nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Macam mana aku sekarang. Dan boleh bimbing aku.”

“Kalau dia nak ubah kau, kan maksudnya dia nak bimbing kau? Kau boleh terima ker kalau dia nak kau jadi betul-betul perempuan?”

Adi memandang Izham. Kemudian matanya jatuh pada Ais krim di tangan.

“Aku akan berubah bila aku betul-betul nak berubah.” Pendek saja jawapan Adi. Ais krim sudah hampir habis.

“Adira....”

Adi tersentak. Pertama kali dengar Izham panggil macam tu.

“Apa?” mata tak mahu pandang Izham. Terus pandang ke depan.

“Agak-agak, aku ada tempat tak dalam hati kau?” teragak-agak Izham menyoal. Entah kenapa, dia rasa dia perlu berterus terang saat ini.

Tersirap darah Adi. “Err, mestilah! Kau kan kawan aku.” Adi ketawa. Tapi janggal betul kedengaran ketawa tu.

“Lebih dari tu?”

Adi terkaku kejap. Perlahan-lahan memusing kepalanya ke kanan. Dapat dilihat dengan jelas anak mata Izham memanah tepat ke mukanya.

“Apa hal dengan kau ni?”

“Adi. Aku suka kau.”

“Uh?”

“Apa kau ni... peliklah.. ha ha..” Adi cuba ketawa. Namun tersekat.

“Aku......”

“Stop Izham! Jangan cakap apa-apa. Aku nak balik.” Adi dah bangun. Tak sanggup pula nak dengar ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Izham.

“Adi!” cepat Izham mencapai pergelangan tangan Adi. “Aku nak cakap juga. Aku rasa... aku cintakan kau!”

Adi terkaku! Izham cakap......

“Lawak Izham. Okey. Done.” Adi cuba merentap pergelangan tangannya dari Izham.

“Aku serius Adi!”

“Aku rasa lawak!”

“Aku tahu kau pun ada perasaan yang sama macam aku.”

“Tak!”

“Ye!”

“Tak!”

“Aku boleh Nampak dari mata kau yang kau ada perasaan yang sama macam aku!”

Adi diam. Nafas ditarik dalam-dalam.

“Am.. aku rasa kita ni sesuai jadi kawan jer. Tak payah nak lebih-lebih. Lagipun, kau sendiri tak pasti perasaan kau macam mana. And aku mengaku, mungkin aku ada rasa yang sama tapi aku tak pasti. Aku tak mahu hubungan kita rosak nanti.” Dalam pada itu, Adi mengaku perasaannya secara tak langsung.

“Adi... kenapa kita tak cuba?”

“Sebab kita memang tak akan Berjaya! Kau tengok aku macam mana. Tak akan Berjaya.”

“Kita cuba.”

“Kau gila! Aku nak balik.”

“Bagi tempoh sebulan. Kita cuba. Kalau habis tempoh tu, memang kita tak sesuai, kita jadi kawan macam biasa. And tak payah dah cakap pasal hal ni.”

“Kau ingat boleh ker? Lepas tu mesti kita rasa janggal.”

“Kalau betul tak ada perasaan buat apa nak rasa janggal?” persoalan Izham membuatkan Adi terdiam.

“Dalam tempoh sebulan ni, kita cuba berbaik-baik macam lover. Aku. Kau. Cuba pastikan perasaan sebenar kita antara satu sama lain.”

“Aku tak mau. Aku tak ada perasaan kat kau.” Adi enggan.

“Baru tadi kau mengaku!”

“Mana ada!”

Izham melepaskan keluhan berat. “Okey. Kalau macam tu, bagi aku tempoh sebulan nak memenangi hati kau. Untuk tunjukkan pada kau yang aku betul-betul sayang kau.”

“Kalau tak Berjaya?”

“Done. Setakat tu jer. Kita jadi kawan balik.”

“Okey. Ikut kau.”

Balik bilik, Adi terus baring atas katil. Biar betul?! Izham suka aku!