[[QYQA'S]]

Friday, March 26, 2010

ENTAHapeBENDAntah.

ok3..
mau mula engan sad or happy???
ok,kita mula dengan benda yg sad dulu la kan.
pastu baru happy.
sebab orang selalu cakap mula2 susah lepas tu bahagia.
tapi kenyataannya perlu juga hadapi bendalah yang susah sekaligus menyakitkan ni.

ehem..
saya pemegang result penilaian 1 diri sendiri ingin mengumumkan result exam bebaru ni.
lantaklah nak kata examteruktapicewinaktunjuk.
yup!honestly..
ni la result yg paling hampeh sekali.
entahlah.
gila down bila dengar cikgu2 cakap bench 5AS kami yg paling teruk.
Kami tau cikgu2 cakap gitu nak bagi semangat suruh move up.
buat kesedaran diri.
sedih gak la.
tapi bak kata cikgu. "bia mula2 sikit pastu menaik.bia jadi graph directly proportional"._tak delah cikgu cakap gini.lbh kurang=)
mak pun cakap "tak pe teruk sekarang jangan teruk SPM nanti"(minta betullah tu.AMIN.....)

here presenting you...

BM-78 A-
BI-60 C+
SJ-65 B-
MM-89 A
BAT-58 C-
MT-67 B
FZ-70 B+
KIM-61 C+
BIO-58 C-
PQS-89 A
PSI-74 B+

conclusion:3A,4B,4C.
itulah gred nya kalu ikut yang baru.
apa yang dapat diperhatikan,gred baru ni memberi peluang untuk ramai lulus tapi susah nak dapat A sbb terbahagi kpd A+,A dan A-.
Bila lah nak merasa A+ tu yea???????????????

ALHAMDULILLAH semua kredit tapi hampeh siot kpd siot.
oceh.....
peratus pun just 69.91%.
x per...
usha!usha!usha!

.........................................................................


ok,mari kita fun sikit.
dapat tag dari kak zarith!!!!!!!!
seronok tapi ag bes kalau akak bagi amar dgn qilah...
bolew?????
he3...
here is...



giler tak lawak dapat beautiful blogger.
rasa blog qyqa ni cam pelikpelikcamtuandia.wakakakaka.

::thank & link da person dat gave u award::.

TQ na sis ZARITH..u ingat kat adik ni yang muda remaja.TQ TQ TQ......

.:pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic::

ha sesiapa yg baca nie,silalah ambil ye.
qyqa selama ni tak afda pun nak bagi pape.
just bole bagi tag ni ja.
ambil jgn tak ambil..

.::contact said Blogs and let them noe they've won ::.

wokeyg...uda uda.

.::state 7 things about urself::.


ehem..
apa ye?????

1.suka cakap banyak2..
2.pemalu dgn org yang baru kenal.
3.suka gelak.
4,jimat.-kawan2 cakap qyqa cam hagemaru.ho3...
5.suka taylor swift!!!!!gila kalu x ska minah tu?????????
6.rabun n pakai spek mata-x pakai,rasa mcm nak gila.
7.mula jatuh hati pd fizik.

ha..itu ajalah.malas nak menaip ni sbb nak tgk MY SASSY WIFE SU XIOU MEI.
jadi...cepat ambil tag ni!!!!!!!!!!!!!!he2.....

Sunday, March 21, 2010

Satu janji.Satu tekad.Satu segalanya satu

tetiba jer rasa perlu berjanji tentang sesuatu,.
kenapa pula kena berjanji beriya-iya kat blog?
bukankah janji itu untuk diri aku sendiri?
aku rasa aku harus berkongsi dengan yang diluar sana yang sudi menjenguk blog kusam aku ni dan meninggalkan pesanan*terima kasih*

tentang masalah on line ni ha.
aku tetiba tadi dalam bilik air bernawaitu sesuatu.
dalam banyak2 tempat,bilik air juga nak muncul??
ilham lah...
tak kenal tempat.

aku kan nak SPM tahun ni.
so aku dengan rela hati nak berjanji bahawa aku hanya akan on line hanya pada waktu cuti sekolah.
ya,hanya pada waktu cuti.
tak mau dah macam yang sebelum ni.
balik sekolah terus nak on line.
konon nak baca akhbar ler tapi menyinggah kat blog.
tak mau jadi macam sebelum ni,seronok sengeh2 baca komen kat PENULISAN2U*terima kasih juga*
terawang la konon.

disini,bermulanya satu janji,.
harap kome menyokong aku.
katanya macam nak buat pakatan besar jer tapi sebenarnya nak berjanji jer.
bukan apa,aku ni kalau berjanji nak buat sesuatu selalu tak jadi.
harap kali ni menjadi lah.

last,hari rabu ni aku masuk syarahan agama.
ala,peringkat sekolah jer.
harap menang.
he3..
doa ek..

wassalam.

Friday, March 19, 2010

CHOMELNYA CHENTA!! 16

Mak ah..Apasallah pulak tak boleh nak tidur ni?Aku pantas bangkit dari pembaringan dan hidupkan lampu tidur.Jam disisi aku kerling.Dah nak pukul 12.30 pagi tapi mata aku ni tak reti-reti nak tidur?Tekak pun rasa dahaga sangat ni.

Oleh sebab dah tak tahan betul,aku bangkit menuju ke pintu.Ingat nak turun bawah,teguk air sikit,mesti lega.Baru jer aku keluar setapak dari pintu,aku terdengar sesuatu.Langkah orang.Siapa?Rasanya semua dah tidur.Tak kan..pencuri?

Terjengkit-jengkit aku jalan kedepan mencari punca langkah tadi.Bila jer sampai diselekoh koridor,aku nampak satu lembaga yang sedang jalan terjengkit-jengkit.Dah sah pencuri!Dahlah serba hitam.Nak buat apa ni?Jerit?Weh kalau pencuri tu ada pistol,tak ke kena kes naya tu.Ah..Sudah.Ker nak pura-pura tak nampak?Pukul dia!

Mata aku tertacap pada payung yang tergantung.Tangan lebih pantas dari akal,terus capai payung tu dan menuju ke arah lembaga yang tak sedar diri tu.Perlahan-lahan.

Pap!

“Auw..!!”menjerit kecil dia bila batang payung tu kena kepala.Aku jadi cemas,dia tak pengsan.Bila jer dia pusing belakang…Rizkin!

“Hell.Kau buat apa ni ha?”tangannya naik kebelakang kepala meraba kesan pukulan.Mesti benjol tu.

“Err,saya ingat awak pencuri.”

“Kau ingat vila ni reban ayam ker tak ada sistem security ha?Sedap hati jer kau ketuk kepala aku!”keras suara dia tapi perlahan.

“Jangan…”dia menekup mulut aku.

“Cakap perlahan sikitlah.Kang dengar pula ‘mem’ besar,terjaga dia.”

Dia terus tarik tangan aku kembali ke bilik aku.
“Kau tidur cepat,buat macam tak nampak apa-apa!”arahan yang sangat menjengkilkan.

“Awak kenapa macam pencuri ha?Nak ke mana?”melihat penampilan dia dan bau wangi yang semerbak,memanglah dia nak keluar.Takkan nak turun tengok TV kat bawah pakai macam tu?

“Aku nak keluar.Tak boleh bising-bising kang nenek jaga.Nanti dia tak bagi aku keluar.”

“Pergi mana pagi-pagi buta ni?”ayam pun tak bangun lagi,dia dah nak keluar berjalan.Dah tu nak balik pukul berapa?Solat subuh kat mana?Setahu aku yang nak keluar waktu-waktu macam ni,pergi buang masa dan duit kat disko jer.Kat disko tu mengurangkan banyak benda kecuali satu jer,dosa memang meningkat.

“Bukan urusan kau.”

“Ya urusan saya.”

“Blah lah kau.Malas aku nak layan.”dia menuju ke arah pintu bilik tapi sempat aku halang.

“Saya nak ikut!”terkeluar 3 patah perkataan yang aku tak rancang langsung.

“Kau jangan nak cari pasal weh.Kang aku bawa kau keluar jual kat bapak ayam,nak?”

Aku gelak tak ikhlas. “Oh..takutnya.Yang pasti awak tak lah bodoh sangat nak jual nadi untuk mendapatkan harta nenek kan?”sinis.Peluk tubuh.

“Kau..”muka berkerut dan jari telunjuk naik.

“Ker nak saya jerit biar nenek bangun?”kali ni kening aku dah terangkat.Aku memang suka bila dapat gertak mafia ni.Fuuhh.

Dia juga mula dah peluk tubuh.
“Okey fine!Ikutlah.”

Yayayaya!!Hana Humaira’ masih menang okey.
“Tunggu,saya nak tukar baju.”

Tiba-tiba Rizkin sengeh. “Kat sini?”

Oh wah,ini tak betul.
“Saya pun ada bilik air dalam biliklah!”terus aku ambil baju kurung dan masuk ke dalam bilik air.Tak sampai 2 minit,aku keluar dan terus sarung tudung krim,senada dengan baju kurung aku.Siap!

“Jom!”

“Puhhh..”Rizkin muka malas dan tak ikhlas.

………………………………………………………………

“Nak pergi mana?”

“Disko!”dia tenang bawa kereta.

Gulp.Dis..ko??Seumur hidup tak pernah aku jejak kaki kat lubuk tu.Sumpah tak pernah!Mana nak cari disko kat Gerik?Kelebihan tempat yang tak maju macam Gerik adalah,kurang tempat maksiat.Tapi macam ustazah aku kata,nak buat maksiat ni kat mana-mana pun boleh jadi.Syaitan tu tak kenal erti putus asa.

“Takut?”Rizkin bersuara bila aku diam. “Cipta sejarah ek bila gadis berbaju kurung siap bertudung masuk disko.”

Aku tarik nafas dalam. “Kehidupan awak memang dah sebati ye dengan berkunjung ke disko?”persoalan aku lontarkan.Walaupun ayat yang aku ucapkan kedengaran banyak skema,tapi itu soalan yang lahir dari lubuk hati.

Lama dia diam kemudian baru bersuara. “Bukannya apa pun,just nak enjoy.Orang muda.”senangnya jawapan.

“Orang muda patutnya gunakan akal dan kudrat untuk sesuatu yang berguna.Tak salah mencari hiburan.Islam pun bagi kelonggaran untuk berhibur tapi mesti tidak melanggar batas-batas syara’.Bosan?Dengarlah nasyid ataupun lagu.Saya pun bukannya baik sangat 24 jam dengar nasyid,dengar juga lagu Stacy ke Taylor Swift.Tak adalah sampai nak terkinja-kinja.”

Terdengar ketawa sinis Rizkin. “Kau memang bini aku tapi kau tak layaklah weh nak kawal life aku.Tak payah pula nak jadi ustazah.”kereta berhenti di tempat parkir.Dah sampailah tu.Aku menjenguk menerusi cermin depan,tertera nama pusat hiburan.

“Jom keluar.”

“Kejap.Kita berlawan.”

“Apa?”

“Saya bagi teka-teki.Kalau awak menang,awak boleh masuk.Kalau kalah,awak kena bawa saya pergi tempat yang saya nak.Amacam?”

“Hell lah dengan semua tu.Malas aku.”Dia dah mula buka pintu kereta.

Aku ketawa. “Oh..Tengku Rizkin Ajmin bin Tengku Hasful takut nak lawan dengan Hana Humaira’ ye?”

“Kau ni suka betul nak cabar aku kan?Ok,on!”

“Bunga apa yang paling besar dalam dunia?”

“Apa punya senang soalan tu?Bunga Pakma lah.”

“Salah!”

“Apa pula?Betullah bunga tu paling besar.”

Aku geleng kepala. “Bunga ni lagi besar dari kereta ni dan disko yang awak nak masuk tu.”

Dia berdengus. “Amenda?”

“Dah mengaku kalah?”

“Okey,fine!”

Cepat jer aku gelak. “Bunga yang paling besar dalam dunia adalah..BUNGALOW!!!”

“Eh apa pula?”Rizkin tak puas hati.Mugkin rasa jawapan aku tu bodoh agaknya.

“Cuba eja bungalow macam mana?B.U.N.G.A-L.O.W.!”terus keluar gelak besar aku.

“Ceh,kau kenakan aku.”

“Jadi,tutup pintu kereta tu cepat.Hidupkan enjin.Saya nak pergi Dataran Merdeka!”aku sedakahkan senyuman sedekah.

“Menyampah!”

……………………………………………………………………..

“Kamu berdua pergi mana malam semalam?Ker patut nenek cakap pagi tadi?”

Hampir tersedak kopi yang Rizkin minum.Aku pula rasa nasi goreng tersekat kat kerongkong.Nah,ada 4 pasang mata orang yang dah lama meninggalkan zaman muda tengah memanah kami.

Rizkin pandang aku.Apa?Bukannya aku ada skrip nak bagi dia pun.Yang Tengku Rubiah ni pun,sedar pulak dia.

“Hana ni,nak sangat pergi Dataran Merdeka.”

Kali ni,nasi goreng yang dah sampai ke perut rasa nak muntah balik.Dia ni kan,kena balik kat aku.Tak bertamadun.

“Lah,kenapa pergi waktu-waktu orang sedap tidur?”Tengku Hasful menyoal. “Hana?”dia melihat ke arahku.

“Err..Rizkin yang..Auuww!”menjerit kecil aku bila rasa kaki dipijak.Siapa lagi kalau bukan orang sebelah ni?

“Abang..Not Rizkin.”Dia bisik perlahan.

Banyak betullah pantang larang.Aku memangdang Tengku Hasful yang masih lagi menanti jawapan.
“Sebab abang Rizkin yang ajak waktu tu.Abang cakap waktu tu lagi best.Hana pun ikut jer.”Cepat aku capai roti bakar.Wajiklah rasa nak termuntah bila kena cakap macam tu.

Nasib baiklah lepas tu semua orang sibuk makan dah tak tanya pasal hal semalam.Penat den nak buat skrip.

Lepas makan,macam biasa aku akan tolong Mak Jah basuh pinggan dan kemas meja.Lepas siap,Tengku Rubiah panggil duduk di ruang tamu.

“Kamu berdua pergi bersiap.Kita pergi jumpa Zaz,dia nak ambil ukuran badan kamu untuk baju pengantin.”

Kami berdua akur.Tak sampai 5 minit,aku dah turun bawah.Nampak Tengku Rubiah dan mak sedang berbual-bual kat taman.Aiseh laki aku ni,tak turun lagi?Bersolek ke hape?

“Okey,jom!”panjang umur.Dah turun pun.

Perjalanan dari vila ke butik Zaz agak lama juga.Ambil masa dalam 20 minit.Bila jer melangkah masuk..

“Welcome..!!!I ingat you all tak jadi datang.”seorang..eerr lelaki kot datang menyambut kami.Ni pekerja Zaz kot,ker Zaz?

Kami duduk di atas kerusi panjang.Mak,Tengku Rubiah,aku dan Rizkin.

“So,ni menantu Tengku ya?Cantik.Sesuai macam pinang dibelah dua gitu!Ahaks..”dia gelak.

“Memanglah dah menantu aku.Eh,kenapa butik kamu ni sunyi sangat Zaz?Mana pekerja-pekerjanya?”Tengku Rubiah memanjangkan leher.

“Haish.Butik I ni dah maju.Semua pekerja pergi jumpa customer.Entahlah kenapa diorang tu tak nak datang butik ni.Leceh katanya.Because of that,I tinggal sensorang kat sini.”dia bercakap dengan lembut tambah sekali memek muka dan lenggok badan.Nak jer aku gelak tapi tahan,tahan,tahan.

“C’mon Riz,I nak ambil ukuran body you.Baju I dah siap design.Nenek you puas hati.You nak tengok ker?”

“Nope!Kalau nenek dah suka,I terima jer.”Rizkin bangkin dan Zaz terus mengukur badannya.

“Kamu settle kan diorang ye.Aku dengan Che Nah nak keluar pergi spa kat hujung tu.Nak ambil barang.”

Zaz angguk.Tengku Rubiah dan mak terus melangkah keluar.Nenek nak ambil apa?Wah..mak pun dah join pakatan nenek ye.

Sekadar nak mengisi masa sementara menunggu,aku melilau-lilau disekitarnya.Butik ni memang kemas.Tak silap aku Zaz ni macam pernah buat baju untuk artis kot.Sebab tu nenek pilih dia.Selalunya orang cakap idea lelaki lebih kreatif,sebab itulah ramai pereka-pereka lelaki yang berjaya.Tapi yang tak syok bila nak jadi sotong pula.Ni ha calon terdekat.

“Okey Hana your turn!”

“Kejap.Awak yang nak ambil ukuran badan saya?”aku tanya nak kepastian.Boleh kira juga tu soalan bodoh.

“Iyelah.”

“Saya ambil ukuran sendirilah ye.”Yelah,takkan nak bagi Zaz kot.Walupun pada zahirnya dia nampak macam perempaun tapi dia tetap lelaki.Oh tak!Bukan mahram okey nak bagi ukur-ukur badan.

Zaz geleng kepala. “Prinsip I,tak boleh diri sendiri ukur badan.Nanti tak tepat.”Dia diam sekejap. “I know,you segan ek?Okey,suruh Rizkin lah ukur.He’s your husband right?”

Piuh!!!Rizkin?Wargh!!!Tamau.
“Saya ukur sendirilah.”

“Aaa,aaa,aaa.Take this Riz,ukur body wife you.”tali tape bertukar tangan.

“Jangan nak malu pula.”Rizkin kenyet sebelah mata.Hampeh!

“Bahu.”

“Pusing belakang!”aku pusing.Aku dapat rasakan tangan Rizkin tengah mendarat kat bahu.

Lepas tu..

“Lengan.”

“Panjang lengan”

“Dada”

Oh cop!Dada?Tamau.Aku pusing hadap Rizkin.Naaa..ingat senang ker ha?

“Eh cepatlah,dada berapa?”hish Zaz ni,aku cepuk karang!tahu bising jer.Sabar tak boleh?

“Aha,kau jangan nak blusher pula.”nada yang sungguh menjengkelkan!”Pusinglah.Ker kau nak Zaz yang ukur ha?”dia gelak kuat.Zaz pandang pelik.Dia memang tak dengar Rizkin cakap apa sebab perlahan jer.Gelak tu yang kuat.

Okey Hana.Just nak ukur.Relaks.Tak ada salahnya.SUAMI kau juga!
Aku tarik nafas.Rizkin dah letakkan tali tape tu kat belakang yang akan bertemu di depan..Belum pun sempat nak melilit,aku dah terdengar suara nenek dan mak.

“Biar mak saya yang ukur!”terus aku cakap kuat.Ya Allah,kau selamatkan hamba-MU.Syukur.

Tuesday, March 16, 2010

ini adalah catatan saya yang ke-65.nak cakap betapa meriahnya hidup.

seronok betul bila dah habis penilaian 1.
heh patut cakap peperiksaan sebab ikut format weh.
gila badak nak baca semua dari form4 sampai yang dah belajar dalam masa sehari.
itulah padan muka siapa suruh study last minit??
siapa yang suruh??
aku ler.
ok serius cakap ingatkan bila exam sampai last day sebelum exam,tak akan ada omwok
tapi ternyata angan2ku musnah.
waktu tengah berperang(hiperbola benor) jawab exam,deliver omwok pula.
na..terus hilang apa yang nak jawab(sebenarnya tak ingat juga sebelum tu.wakakakaka).
so kalau cikgu tanya sebab pa markah 'BAIK' sangat,jawablah konsentrasi terganggu disebabkan omwok delivery ni.
hek2..
1 alasan dah ada.
agak-agak cikgu nak buat apa?
ada tak kes baling pinggan?
hek3.

ohhhhhhh..
i lupa nak ucap congrats kat those yang dapat straight a spm last year.
sokolah qyqa dapat 2 orang.
jadilah sebab sebelum ni tak pernah ada.
kira tahun ni buat rekod n jadi the best school untuk daerah.
tak kisahlah nak kata takat tu pun nak cite???
hei semangat k.

qyqa nak share sikit.
waktu tu hari khamis kan bebudak tu p ambil result.
n qyqa pun da exam.
dok waktu rehat yg patut digunakan untuk ulangkaji,pergi soseh pasal result bebudak form5.
tau tau abg yang qyqa minat(muka ala2 arab) dapat 10 A IC!!!
wahaaa....
ayat qyqa... "TAK SIA2 AKU..."gelak2
kawan.. "TAK SIA2 ANG MINAT DIA KAN?"
kih2..
terus jawab exam lepas tu dok sengeh2.
bila dia ada lalu,semua pakat panggil qyqa suruh tengok dia.
waaaaa............
makin handsome!!!!!
da buang jambang.
he3..makin putih.
fitri....memang taste aku ala2 arab bukan bangla!!!
hek2..
sebenarnya bukan minat betul pun,saja jer....
lalalalalala

ada pula extra classes.
emmm...
yummy.
walaupun tak seronok tapi seronok-keling gila!!!
tak adalah,memang rasa malas nak bangun waktu cuti ni awal2 pagi.
selalu waktu cuti ni,lepas subuh gajah tu,bye2 dunia nak beradu balik.
ni nak kena bangun awal pagi.
kelas start awal.
tapi kelas tu memang berguna.
cover bab form 4.
TERIMA KASIH CIKGU!!!!!

selamat mengerjakan umrah buat kawan qyqa...
cik yam..

Friday, March 5, 2010

CHOMELNYA CHENTA!! 15

“Awak potong rambut awak,buang warna perang yang kat hujung rambut awak dan tukar gaya.Awak tu dah jadi suami gadis sopan dan bertudung.Amacam?”kelip mata banyak kali.Bajet comel.


“Erk...”


Kening aku angkat.Ha,kenapa tak percaya ker?Rizkin mengusap dagunya yang tak berjanggut tu.Kenapa tak mau simpan janggut ya.


“Eh kau ni,aku nak ubah kau,ni terbalik pula.Kalau macam tu,tak payah pun tak pe.”


“Eh..tak boleh!Saya memang tak mau ubah imej saya ni tapi awak wajib kena ubah imej awak tu.Ehem,sebab..”kening angkat 2 kali.


Dia macam faham. “Ugutan?”


Geleng. “Pilihan tu.”


“What the??”


“Encik Rizkin.Dengar ye.Puan Hana nak berhikayat.Rambut awak tu tak menepati kualiti seorang lelaki yang macho bagi saya ni.Jadi,awak pun tahu kan awak patut penuhi apa yang saya nak.Ada faham?”


Keluhan besar. “Whatever.”


Gotcha!Hana menang lagi.Tepukan gemuruh banyak kali. “Quira!”


@@@@@@@@@@@@


“Lama lagilah nampaknya saya kena duduk kat rumah Tengku ni.Segan saya.”teh dihirup perlahan.Sedap.Tambah petang-petang macam ni bersantai dekat taman villa ni.Cantik.Dah tak payah nak pergi berjalan-jalan kat luar.


“Ala Che Nah,awak tu bukannya orang lain pun.Besan saya juga kan.Tak luak apa pun kalau awak duduk berlama kat sini.Seronok saya.”Tengku Mariah senyum.Matanya menjeling mak mertuanya disebelah yang sibuk membaca surat khabar.Memang pelik.Orang nak dapat khabar dari surat khabar tu waktu pagi.Yang mak mertua sorang ni,suka baca petang-petang.


Surat khabar diletak. “Betul tu.Sementara nak tunggu diorang sanding ni.Sebulan je lagi.”cekodok disumbat ke dalam mulut.


Berkerut muka Che Nah. “Sebulan?Persiapan sebulan jer ka.Cepat betul.Orang selalu bersiap paling kurang 2 bulan setengah.”

Betullah.Nak buat persiapan persandingan bukan boleh main cincai jer.Kena rancang banyak benda dan melibatkan banyak orang.Nak tempah macam-macam segala bendalah.Tambah lagi nak buat persandingan orang kaya.Tak kan nak buat macam pondok-pondok?


Perlahan ketawa Tengku Mariah. “Che Nah,kalau kena dengan gayanya jangankan sebulan,seminggu pun boleh siap semuanya.Janji kena ada fulus.”


“Segan betul saya.Pihak kami tak keluar langsung duit untuk persandingan nanti.”


“Nak segan apa.Tak kisahlah.Yang penting boleh bagi yang terbaik buat Rizkin dan Hana.Harta kalau simpan banyak-banyak pun tak boleh bawa mati.Baik digunakan untuk sesuatu yang berguna.”Tengku Rubiah berkata perlahan.Teh dihirup. “Oh ya,Che Su dah sampai kampung ker?”Teringat Che Su,tadi pagi-pagi nak bertolak ke Gerik naik bas KL-Gerik.Pelawa nak suruh driver hantar,katanya tak mahu menyusahkan.Katanya tak boleh nak tinggal rumah lama-lama.Nanti nak dekat hari persandingan,dia kan datang balik.


“Dah.Dekat pukul 3 tadi.”


“Ha’ah lah,dah petang macam ni,Rizkin dengan Hana tak balik-balik lagi.Dari pagi keluar.Ke mana agaknya?”persoalan dilontarkan Tengku Mariah.


“Biarlah diorang.Bukannya salah.Lagipun tadi mak suruh diorang pergi agensi perlacongan.Seronok sangat tu.”

Elok ja Tengku Rubiah habiskan ayat,dengar terus bunyi kereta Rizkin.Taman yang dekat jer dengan garaj kereta,boleh terus nampak Hana keluar dengan muka yang tersengeh-sengeh.Betullah cakap Tengku Rubiah,budak berdua tu seronok.

Hana datang kearah meja mereka bersantai.Kerusi kosong yang tinggal satu jer,terus diduduknya.Penat.

Tapi pelik,mana Rizkin?


“Hana,suami kamu kenapa tak keluar kereta?”

Tangan yang nak capai cekodok terus terhenti.Laa.mafia ni tak keluar kereta lagi.Baik,faham dah.Malu ker?Wakakaka.


“Kejap lagi keluarlah tu.”Selamba jer jawab.


Rizkin yang kat dalam kereta dah macam cacing kepanasan.Hampeh punya bini.Dia tinggal aku sensorang dalam kereta ni?Tak ada ihsan lansung.Dahlah menjadi catalyst rambut kesayangan aku ni terkorban.Dari cermin kereta boleh nampak muka Hana yang tersengeh dan 3 lagi wanita dewasa yang dok ushar kereta.


Ok Rizkin,macho beb macho!Keluar tunjukkan gaya rambut baru kau ni.Ok,keluar!Pintu dibuka dan kaki melangkah kearah mereka.


Wajiklah tak terbuka luas mulut Tengku Rubiah dengan Tengku Mariah.Ini..Ini..Rizkin??Look..eerr.


“Wow Rizkin!Nenek dah tak ingat bila kali terakhir kamu potong rambut pendek macam tu!Sangat handsome!”mata masih lagi bulat memanah cucu kesayangan.


“Betul.Kamu pernah cakap tak kan potong rambut atas kolar.Now look at you sayang,so handsome!Dah tak berkarat.”


Maunya Hana tak gelak dengar Tengku Mariah macam tu.Heh..Rizkin itu bukanlah karat pada rambutnya saja tapi pada dalaman.Luaran dah beres di hakiskan.Cepat mulut ditutup bila pandangan Rizkin tajam kearahnya.Oh ya,isteri mithali perlu menjelma sekarang.Cepat dia bangun dan bagi Rizkin duduk.


“Jadi,Hana dah berjaya buat kamu potong rambut.Hm..lepas ni apa lagi agaknya ya.Nenek bagi kredit plus kat kamu Hana.”


“Terima Kasih nenek.”

Hana sengeh gembira.

Rizkin sengeh bakar punya dalam hati!


@@@@@@@@@@@


Huh.Apakah kerja isteri memang termaktub dalam Batu Bersurat bahawa perlu memanggil suaminya untuk turun makan?Penat-penat aku turun bawah,kena balik naik atas panggil mafia ni makan.Heh.Takkan tidur kot?Baru pukul 8 malam.


Baik.Pertama,kena ketuk pintu ker terus terjah macam Nas Ahmad ye?Tangan dah naik nak ketuk pintu tapi tiba-tiba tak jadi.Ceh,bajet aku macam setiausaha nak masuk bilik bos siap kena ketuk-ketuk pintu.Nasib baik tak bawa fail ke hape,lagilah macam setiausaha pun.


Ha,pilihan kedua-redah jerrr.Masuk.Pintu tak kunci.

Ha,betul.Dia tengah tidur!Ya Allah.Entah solat ke tak mamat ni.Pandangan bertebar.Sejadah ada tu.Betullah tu.Solat kot.Hm..tak elok taruh syak.

Dia..pakai..kain pelekat?Tak tahu pula aku mamat mafia hitam ni boleh pakai kain pelekat.Tapi baju T maintain hitam.


“Rizkin..Rizkin..”ibu jari kaki dia aku kuis.


“Shhh!”

Mak!Terkejut den.Matanya tutup tapi mulut menghalau.Mimpi jadi penjaga ayam apa?Pelik pelik.


“Apa punya Hana..”aku yang baru nak kuis dia,terus terhenti.Dia baru sebut nama aku tadi.

“Banyak problem betul.Aku kena ikut pula game dia.Hampeh!Dahlah kolot.”Wah wah wah.Inilah yang dikatakan bencian hati yang amat melampau hinggakan dalam mimpi pun nak kutuk aku?Nak kena. “Tapi..Nasib baik comel.” Terus bulat mata.Dia cakap aku comel?Bangga bangga.Apa lagi dia nak cakap ya?


Amma..aku kena kejut dialah.Pekes pula nak tunggu dia buka hikayat?Aiseh.Baik,mari ke bilik air.Dah siap cebok aku penuhkan dengan air,terus dekat Rizkin dan renjislah...


“Huwarh!”Refleks terus dia bangun dan tangannya terawang macam orang lemas.Mata dia buka dan..


“Hana!”terus bangkit dari katil.


“Pekes kau simbah aku ni?”


“Dah awak tak mau bangun.Bukannya simbah pun,renjis jer..”bela diri.


“Renjis jer..”dia mengejek. “Meh aku nak renjis kau.Air dalam cebok disentuhnya dan direnjis kat muka aku.


“Apa ni?”aku tak mau kalah.Tangan kanan nak sentuh air dalam cebok tapi cepat disambar Rizkin.


“Nak buat apa?”


“Nak balas dendamlah!”jawab kasar.

Dia cuba rampas cebok.Aku angkat tinggi walaupun tak logik perbuatan tu sebab dia lagi tinggi dari aku.Dok berebut cebok,aku kalihkan bendalah tu sana sini,Rizkin cuba pula nak capai.


Dush!Pap!


Bunyi air yang menyimbah dan cebok yang dah jatuh ke lantai.Kami basah!!!Dia tenung aku,aku tenung dia.


“Salah kau!”


“Salah awak!”

Serentak kami berkata.


“Aku tak kira,kau kena mop balik air yang tumpah ni.Mak Jah dah balik dah.Tak boleh nak suruh dia.”Arahan.


@@@@@@@@@@@@@@@@


“Takkan dah habis makan?”Rizkin pelik.


“Yalah,nenek suruh Hana panggil,lama sangat.Sampai kami dah habis makan.Apasal lambat?”Tengku Rubiah dah sengeh nakal.


Rizkin gelak tak ikhlas. “Terlepas bas.”


Tengku Rubiah geleng. “Nenek naik dulu.Kamu makanlah dengan Hana.”Rizkin angguk dan terus duduk diatas kerusi.


“Eh,semua dah habis makan ker?”aku garu kepala.Aha,tak pakai tudung pun.Tak dosa.Buat apa nak susahkan diri berpanas dalam rumah.Lagipun Rizkin tak heran punya.


“Yelah.”jawab malas. “Cepat hidang,aku dah lapar.”


Eh..arahan.Suka sangat bagi arahan.Dahlah menyebabkan aku lambat sebab nak mop bilik dia dan terpaksa tukar baju yang dah basah.


Dengan hati yang nak tak nak,aku senduk lah apa yang ada.Nampak spegeti atas meja,dah tahu yang Rizkin nak makan tu dan bukan nasi.Pelik,aku yang makan tiap-tiap malam tak adanya gemuk pun.Dia pula lelaki tak mau makan nasi malam-malam takut gemuk.


Dah hidang apa yang patut,aku tarik kerusi setentang dengan Rizkin.

“Tolong baca doa.”


Dah,makanlah!Sedap betul.Nyam nyam.Alhamdulillah.Mak Jah memang superb kalau bab masak-masak ni.Mak Jah mungkin orang gaji yang boleh dikatakan agak istimewa sebab ada waktu balik yang berlainan.Aah,Mak Jah tak tinggal pun kat villa ni.Dia dengan pak Mat tinggal dekat rumah sendiri.Awal-awal pagi dah datang villa ni tapi waktu malam balik.Hari isnin,selasa,rabu,sabtu balik lambat dan hari-lain balik awal.Macam hari ni,khamis.Mungkin sebab nak baca Yasin kot.Ceh..aku dah macam jadual bergerak Mak jah pula.


“Weh..”


Aku angkat muka.Apa?


“Aku tak pelik ker dengan rambut macam ni?”


“Asal pelik pula,okey apa.Nama pun lelaki,kenalah rambut pendek.Tak payah nak panjang-panjang.”


“Sejak lepas sekolah,aku tak pernah tau simpan rambut pendek macam ni.Hitam tak berwarna macam ni.”


“Kenapa?”pelik.


“Tak stail weh rambut pendek-pendek.Macam skema tahap pluto.Tak macho.”


“Biar saya sorang jer cakap awak macho.Perempuan lain tak payah.”aku cakap laju.Tangan menyumbat nasi dalam mulut.


“Aha!Kau nak cakap aku macho kan?Atau lebih tepat handsome macam Kamal Adli ha?”ewah..dah keluar aura perasan dia ni.Susah kalau orang SS.


“Tak ada maknanya.”aku terus tunduk makan.Tapi betul,dia handsome.Macam Kamal Adli ataupun lebih handsome sebab dia lebih putih dan gigi pun rapat-rapat tersusun cantik.Memang kalau Kamal Adli tengok dia wajiklah nangis.Haha.Dan dengan rambut dia yang pendek memang macam Kamal Adli.Eh aku ni..Asyik Kamal Adli,dia bayar aku ker?Haha.


@@@@@@@@@@@@


“Eh,apasal tak naik lagi?”terkejut aku.Tadi sebelum aku basuh pinggan,dia cakap nak naik.Ni tup tap dok duduk lagi kat meja makan.Tunggu pencuci mulut dari Bulan ka?


“Tunggu kau.”Apa dia cakap? “Kat rumah ni..”nada seram. “Malam-malam keras sikit.Aku takut kang kau terserempak dengan benda tut,tak ke naya?”

Aiseh..takutlah konon.


“Okey,saya harap dia tak terkejut jumpa awak kat bawah ni.Saya naik dulu.”terus kaki melangkag.Rizkin ikut belakang.


Sampai kat bilik aku. “Saya masuk dulu.”


“Hana!”aku pusing balik bila dia menyeru.Aku pandang dia.


“Emm..Aku..aku..”


“Apa?!”


“Nak..ni!”rambut aku diramasnya dan terus dia lari menuju ke biliknya.

Piuh!Rambut yang berjuntai kat dahi aku tiup.Hampeh punya Rizkin!Pergi masuk Kampung Dusunlah kawan dengan Sarip Dol.



*akhirnya,lahir juga baby CC yg ke 15.Ampun lambat ok!!

*untuk penghargaan buat qyqa,tolong tekan iklan nuff banyak bertubi ya kalau dia dah terjaga.Suka betul tidoq~blog x ramai org singgah.

*enjoyzzzzzzzzzzzzz.



Wednesday, March 3, 2010

:) @ :( ????

FRUST.

jawab exam macam hampeh.

ok,ada lagi sampai minggu depan.

try buat lagi bes...

esok.....
kecintaaan yg kurang iaitu bio..
i try jelah.



pelik:frust exam tp sempat on9 n bc enovel~btoi pelik.