“Mawar yang terakhir adalah untuk…Milia!”
Yes…bagus!!!Sukanya aku….Bila mawar tu untuk Milia bermakna aku tersingkir dan aku dah Berjaya keluar dari tempat yang penuh dengan ego orang kaya ni.Aku dapat kerja dan tak perlu nak meng-glamor-kan diri yang tak berapa cantik nih..Tak perlu nak menghadap Rizkin yang menjengkelkan tu.Perlahan aku kedepan dan berniat mahu meninggalkan tempat ni.
“Hana..awak nak ke mana pula tu?”sergahan Rizkin mengejutkan aku.Eh,dah aku tersingkir mestilah aku nak blah dari sini.Takkan nak termenung jadi ikan termenung pula?Eceh..Dahlah pakai ‘awak’.Depan orang memanglah bersaya-awak.Kat belakang,wassalam lah semua tu.Aku-kau!
“Nak pergi dari sinilah.Takkan nak melangut kat sini?”aku angkat kening berkali-kali.
Rizkin kerutkan keningnya.”Kenapa pula awak nak pergi?Saya tak umumkan lagi mawar yang terakhir ni untuk siapa kan?”kata-kata Rizkin disambut anggukan oleh yang lain.
Ceh…cinabeng betul.Habis tadi tu apa?Takkan Rizkin ni ada kuasa hentikan masa pula?Boleh buat yang lain berhenti dan hanya aku yang boleh dengar apa yang dia cakap.Gila!Tu aku sendiri yang berangan tadi.Padan muka,free jer dapat malu!Depan kamera pula tu.
“Awak berangan ker?”fulamak Rizkin ni,saja jer nak bagi pemerah pipi semulajadi aku ni naik.Tak boleh jadi ni,Hana think something!
“Yelah..saya nak pergi dari sini sebab nak pergi tandas.Kat sini bukan tempat yang sesuai kan?”hah,goreng!Peduli apa aku.
Muka Rizkin berubah kelat.”Stay there and don’t go anywhere.”tegas suaranya.Aku yang malas nak bertekak terus undurkan langkahku.Milia mencebik.Entahlah,aku tak dapat nak tafsirkan cebikan dia tu.
“Baiklah.Mawar yang terakhir adalah untuk gadis yang masih bertahan dalam rancangan ni.Lagi satu,gadis yang terakhir ni adalah gadis terbaik minggu ni dan dapat makan malam bersama dengan saya.”
Huh,makan malam dengan mafia tu.Hai,untunglah kau Milia.Aku tengok muka finalis yang disebut namanya awal tadi berubah sikit.Hah,memang pun korang melepas!Huwah huwah.
“Baiklah.Mawar yang terakhir ni adalah untuk Hana Humaira’!”
Dump!Apa?Oh tak..tolonglah.Giler ker apa ni.
Milia pula dah teriak kat tepi aku.Aku betul-betul blur.Rizkin melangkah kearahku dan menghulurkan mawar merah.
“You’re in my game!”perlahan dia membisikkan kata-kata itu ketelingaku.Aku ternganga.Apa permainan yang ada dalam kepala si Rizkin ni?Teng-teng?galah panjang?Ngee…sengal betullah!
Rizkin dan semua finalis yang lain menghampiri Milia yang teresak.Entah betul ker tak,Rizkin siap peluk lagi si Milia tu.Huh,kebaratan betul!Ah…aku tak peduli yang tu.Yang aku peduli sekarang,nasib aku dengan si mafia ni!Tolonglah…
Aku bingkas bangun dari katil.Jam disisi aku kerling.Dah pukul 3.00 pagi.Dari pukul 1.00 tadi aku cuba nak pejamkan mata tapi memang tak boleh!Ni semua pasal apa yang berlaku tadi.Aku tak dapat nak cerakinkan permainan apa yang Rizkin dah libatkan aku.Aku serabut sangat ni!
Walaupun aku tak berapa nak rapat dan tak berapa nak suka kat si Milia tu tapi aku tetap sedih bila dia tersingkir.Sepatutnya aku!Aku ni!Tapi disebabkan otak mereng Rizkin,lain pula yang dah jadi.Hingar-bingar lah otak aku macam ni.Aku dapat rasakan yang finalis-finalis lain akan bertambah marah kat aku.Huh,Rizkin!!!
Akhirnya,aku turutkan saranan hati aku.Aku pakai tudung dikepala dan baju sejuk kat badan.Perlahan kakiku menapak turun ke bawah menuju kearah dapur.
Huh…leganya dapat minum jus ni.Puh,rasa macam melayang beban kat kepala aku ni.
“Hoi,nak mencuri ker ha?”sergahan membuatkan aku terkejut dan hampir jer cawan aku ni nak jatuh.Ngok ngeklah Rizkin ni.
“Kau nak ambil apa kat dapur ni ha?Ayam?Oh,mesti esok kau nak jual kat pasar.Ye tak?”berdesing telinga aku dengar kata-kata ‘keramat’ dia tu.
“Aah,memang nak jual pun ayam tu.Lagi elok rasanya jual ayam sebab mesti laku.Kalau jual awak,tak ada untungnya.”aku mengeluarkan kata dan Rizkin hanya tersengeh.
Dia menapak kearahku dan aku terdorong ke belakang dan kini belakang badan ku sudah melekap pada peti sejuk.Sekarang,aku betul-betul terperangkap!Badab rizkin kat depan aku,belakang ada peti ais dan kiri kanan ku dihalang dengan tangan Rizkin yang menekap pada peti sejuk.Apa yang dia nak buat ni?
“Apa kata kau uji dulu aku ni laku ker tak?”sengihan nakal mula terbit dari bibir Rizkin.Aku menelan air liur.Peh,memang kelat!!
“Awak…jangan nak buat benda bukan-bukan.Saya jerit karang.Awak…”kata-kataku mati bila Rizkin menekup mulutku.Oit,ni melampau.HARAMLAH!!!
Refleksi tanganku lebih pantas dari fikiran rasional akalku.Jus ditanganku,aku curahkan kemuka Rizkin.
“Shit!Damn you!”kedua-dua belah tangannya beralih kemukanya dan aku terlepas.Aku cepat-cepat menapak namun cepat saja lenganku disambar.
“Lepaslah Rizkin!Awak jangan ingat saya perempuan murahan!Jangan sesuka hati awak nak pegang saya!”aku meningkah.Rizkin melepaskan pegangannya.
“Hoi pempuan kampung!Dengar ni apa yang aku nak cakap.Aku tak teringin pun nak sentuh kaulah.Tak lalu pun.Perempuan kampung macam kau bukan taste aku.Out of the list okey.Jangan kau nak perasan.Aku pun benci kat kau.Tak hingin aku kat kau!”Rizkin bersuara keras.Hello,sekupang pun aku tak heranlah!
“Habis,kenapa awak singkirkan Milia?Kenapa saya ada kat sini ha?Nak jadi penunggu?”aku juga bersuara sama tahap dengan Rizkin.
“Oh,jadi kau ingat sebab aku pilih kau,aku suka kat kau?Dengar ni,aku kekalkan kau sebab aku tak puas lagi nak mainkan kau!Aku masih lagi nak seksa kau.Jangan ingat aku akan pilih kau jadi isteri aku.Never and never!”
Nah…tu dia jawapannya.Dia nak mainkan aku!
“Kau dah memalukan aku!Kau tolak aku masuk dalam kolam and kau ingat aku senang-senang jer nak lepaskan kau ker?Sorry lah!”
Rizkin menghamburkan kata dan terus berlalu.Eceh…ingat aku kesah ker ha?Nak mainkan aku?Kita tengoklah siapa yang akan kena main.Kau atau aku!
“Oh ye,jangan lupa date kita malam esok.You are the best girl this week!”kesengalan jelas terserlah dalam nada suara Rizkin.Huh,entah apalah yang dia nak buat!!!Bongek…
Rizkin tersengeh menghadap syiling.Hatinya tertawa sendiri.Badannya begitu selesa berbaring diatas tilam empuk.Seronoknya jadi anak orang kaya.Apa yang diimpikan semuanya terhidang kat depan mata.Cuma guna jer air liur nak minta apa,mesti dah terhidang.Tapi,bukannya indah sangat pun jadi orang kaya ni,semua benda dah diaturkan oleh kepala besar.Kepala besar yang tak lain dan tak bukan,nenek terchenta tu…Tengku Rubiah..
Semuanya dah diaturkan oleh Tengku Rubiah termasuklah hal nak cari jodoh ni.Boleh pula terkeluar idea kat kepala orang tua tu nak buat rancangan Pilih Hati ni semata-mata nak cari bakal isteri untuknya.Bila Rizkin bantah,cepat jer Tengku Rubiah keluarkan jerutan.
“Lose your share or follow my rules?”
Huh…gampanglah.Kalau tak ikut,habislah tak dapat harta sesen pun.Nak mati??Tapi seronok juga terlibat dengan benda-benda macam ni.Dikelilingi dengan perempuan yang cantik-cantik.
Eurica…
Zarra…
Lufya..
Mellisa…
And….?
Hana Humaira’!!!
Rizkin melepaskan keluhan.Ingat jer kat budak kampung yang kolot tu,hati Rizkin jadi panas.Budak tu memang mencabar tahap ke-macho-an dan ke-handsome-an aku ni!!! Dengan perangai dia yang suka mengelat bila disuruh,pandai menjawab bila diserang,selamba badak bila dimarah memang membuatkan hati Rizkin geram terutamanya pasal Hana tolak dia sampai jatuh kat dalam kolam.Nasib baiklah asma aku tak datang!!!
Kalau ikutkan,memang dia tak mau tengok muka budak kampung tu.Memang dah niat awal-awal nak singkirkan dia tapi disaat akhir,fikiran berubah.Selagi hati tak puas kenakan si Hana tu,dia tak akan lepaskan budak kampung tu!!!
“You are in my game Hana Humaira’!”keras nada Rizkin.
“Kita nak pergi mana malam ni?”aku terus menyoal Rizkin yang tengah berehat kat atas kerusi malam berhampiran kolam.
Rizkin menjatuhkan surat khabar yang dibaca.”Kenapa budak kampung?”
Huh,pekak betullah mafia ni.Aku Tanya sekali pun tak boleh nak dengar ker?
“Awak bagi saya dress yang entah ke hapa namanya,paksa mak jah suruh saya pakai untuk malam ni.Nak pergi mana?”aku cuba mengawal nada suara.Malas nak kuatkan volume ni.
“?Don’t you remember?You are the best girl for the last week.So,that dress for you to wear it this night.I don’t want you look…”
“Stop!!!!!”
Aku cepat memintas kata-kata Rizkin.”Cakap BM tak boleh ker?Gagal waktu SPM ker?”aku menuturkan geram.Lupa daratan betul.
“OK.Aku lupa yang kau manalah faham bahasa tu kan…Kau pakai jer lah.Nak makan kat hotel,takkan nak pakai baju kau yang macam kain buruk tu!”Ceh,cempedak nangka punya bahasa.
“Eh,biarpun baju saya macam kain buruk tapi tutup aurat.Dress yang awak bagi tu,tempah neraka jer jawabnya!”yelah…bayangkan dress paras lutut tak ada lengan!Aku yang bertudung ni nak kena pakai?Wassalam lah awal-awal.
“Aku yang tentukan apa jer.So,jangan nak membangkang!”Rizkin mula berang.Ingat aku kisah ker?Tak kisah walau sekuman pun lah.
“Saya yang menang,jadi biar saya yang tentukan apa yang saya nak pakai.Dan lagi satu,saya tak mau makan kat hotel!”aku sengaja nak apikan lagi amarah Rizkin..
“You….”Rizkin bangkit dari kerusi dan acukan jari telunjuknya ke mukaku.Ingat berdaulat sangat ker..
Aku angkat kening.”Nak adil?Apa kata kita buat cara yang betul.Siapa menang,pihak yang kalah kena akur dengan apa jer yang diarahkan.”
“Ok…nak buat apa?”Rizkin bersuara setelah berfikir.
“Kita lawan teka-teki.Tak dapat jawab…kalah!Hanya satu jawapan jer boleh cakap.”
“Ceh..dah trang-trang lah aku menang.Aku education dari UK.Kau?As a young girl from village!”cewi nak mampusnya…Hana,sabar..kemenangan milik kau!
“OK..Biar aku mulakan teka-teki ni..”Rizkin megah.”Apakah nutrisi makanan yang dapat meneutralkan warna DCPIP?”Kening Rizkin terangkat…
Weh,apa jenis teka-teki tu?Orang main teka-teki kampung,yang dia ni nak sabitkan nutrisi makanan tu apa kes?
“Ha budak kampung,kau tak boleh jawabkan?Tu soalan biology yang tak silap aku budak form 4 pun tahu.Tapi bagi budak kampung macam kau ni,wassalam awal-awal ye..Belajar pun tak tinggi.So,elok kau menyerah jer..The best win huh..”
“Kalau saya dapat jawab?”
“Kalau kau dapat jawab,aku terus menyerah kalah.Tapi aku memang sure kau tak dapat jawab!”
“Er…er…”aku yang tergagap membuatkan Rizkin tersenyum kemenangan..
“Kal….”kata-kata Rizkin mati bila aku pintas.
“Vitamin C yang dapat meneutralkan DCPIP….”
Rizkin ternganga tak percaya dan kemenangan memang milik aku..Hahaha,pandang rendah lagi kat aku.Weh,aku belajar biology lah.Ingat aku tolol sangat ker?Haha Rizkin…The best win!!!
“Rizkin,mana kau punya tux?Kenapa pakai t-shirt?Nak makan kat hotelkan..”Sya bertanya pelik.Aku yang berdiri berhampiran Rizkin,tahan nak gelak.
“Saya dah menang Tengku Rizkin!!!”
“Huh…so?”kening tak-puas-hati terpamer.
“Saya nak makan kat Restoren mamak..OH ye,takkan nak pakai tux pergi makan kat restoren mamak kan?T-shirt please dan….jangan pakai warna hitam!!!Mafia punya kaum tu..Ingat,patuhi janji awak tu.”
“Kalau tak?”kening helah-nak-ngelat terpamer.
“Entahlah,saya tak fikir pun nak buat apa-apa kalau awak tak ikit tapi…saya akan ingat awak sebagai si pengecut yang tak patuh janji dengan perempuan.
Dan yang terjadi…inilah!!!Rizkin pakai t-shirt selain warna hitam…Buat pertama kalinya.
“Tukar plan.Tak jadi makan kat hotel.Pilih kedai mamak.Nak tukar angin.”Rizkin menjawab pendek-pendek.
“Tapi…ni nak buat rakamanlah Riz.”Sya sedikit membantah.
“Apa salahnya.Biarlah orang tengok aku ni jenis low profil.Boleh makan kedai mamak.”ceh,pandai jer nak kelentong!
Setelah semuanya bersiap.kami bertolak.Aku dan Rizkin naik limosun dan pihak produksi ikut dari belakang dengan van.Macam lawak tahap hiperbola….pergi kedai mamak naik limosun..Hahaha…berdaulat sangat tu.
Di restoren mamak….
“Mau pesan apa?”mamak datang ambil pesanan.Aku kerling Rizkin.Nampak sangat yang dia tu tak selesa.Aku memang rasa nak tergelak jer…
“Em..saya pemenang,jadi saya akan order kan makanan…”aku angkat kening pada Rizkin.
“Teh tarik 2,mee goreng 2!”
“Kau tahu…nilah tempat paling buruk aku pernah makan!”Rizkin bersuara bila mamak tu pergi.
“Saya tak mau tahu pun…”aku selamba jawab.Tengku yang sorang ni memang nak kena diajar sikit.Otak aku tiba-tiba keluarkan idea yang sangat bernas.
“Nak pergi bilik air kejap.”aku melangkah meninggalkan Rizkin.Kaki aku bukannya pergi kat tandas tapi……..
*apa ye yang Hana nak buat untuk kenakan Rizkin??teka ler….
4 comments:
writer cpt smb0nk!!!!x sab0
da ni
hahaha.. lawak!!! chaiyok!!
bestnyaaaaaaaa
takleh teka la apa nak buat dgn rizkin tuh
kepala penuh ketupat
hehe
aperlaa dier nak wat ngan tengku rizkin tu? ader2 jew adegan suspen menyuspen dlm citer neh...
Post a Comment