[[QYQA'S]]

Saturday, September 5, 2009

CHOMELNYA CHENTA!! 3

Aku melemparkan pandangan maut pada 2 orang yang ada kat depan mata aku ni.Dahlah tadi matikan lampu,tutup pula tu mata aku.Hei,geramnya…!!!Aku pula disuruh duduk atas sofa,diorang berdiri.Macamlah aku ni penjenayah besar.Orang lain,aku tak tahu pergi mana.

“Awak tak boleh keluar dari villa ni,Hana Humaira’!”Tengku Rubiah berkata tegas.Aku memeluk tubuhku.Rasa sengal tahap cipan ni!!Tengku Rizkin yang berdiri kat sebelah Tengku Rubiah melemparkan senyuman sinis.

“Tengku tak dengar ke tadi yang cucu Tengku ni dah halau saya?Jadi apa gunanya saya kat sini kalau dah memang dia halau saya?Nak jadi patung cendana?Dahlah tadi kaw-kaw dia hina saya.Saya malu!Malu Tengku…”aku tak berniat nak kurang ajar kat orang tua tapi hati aku ni sakit tau.Tambah-tambah bila tengok si mafia tu!!!

“Dah perangai kau tu yang tak elok,aku Cuma tegur.Tu pun nak terasa hati?Perempuanlah katakan..”nada mengejek jelas kedengaran.Tengku Rubiah menyiku mafia tu.

“Tegur?Tu bukan tegur tapi maki!Tak pernah belajar ke perbezaan antara tegur dan maki ha?Tak pernah ambik tahu?”nadaku sudah melengking.Geramnya hanya Tuhan jelah yang tahu.

“Hoi perempuan kampung,jaga mulut kau tu!Nanti tak pasal-pasal makan penyepak aku ni!”muka mafia tu dah berubah merah.Memang macam mafia pun!

“Nak sepak saya?Ada berani?Baculnya kalau sepak perempuan….”aku angkat kening dan bertambah marahnya si mafia tu.

Tengku Rubiah serba salah.Dia menepuk perlahan bahu Rizkin.Aku yakin sangat tahap kemarahan dia dah tahap hiperbola tu.Huh,ingat senang-senang jer ke nak pijak aku?Tengku Rubiah berbisik sesuatu pada Tengku Rizkin dan aku tak hingin pun nak ambil tahu apa yang diorang bisikkan tu.

Tengku Rizkin berlalu meninggalkan aku dan Tengku Rubiah.Fuh…Alhamdulillah Ya Allah…Kau selamatkan mata aku dari menjamah muka si mafia tu.

“Hana,bagi pihak Rizkin,saya nak mohon maaf atas apa yang terjadi.Riz tu memang perangai dia macam tu.Keras kepala,ego.Saya harap sangat Hana tak pergi macam tu jer.Kalau betul Hana nak pergi dan Riz pun macam tu,tunggu hari Sabtu ni.Biar Riz singkirkan Hana dari program ni.Kan lebih elok macam tu?Lepas tu,Hana bolehlah tuntut balik tawaran kerja setiausaha tu.Boleh ye Hana?”lembut suara Tengku Rubiah membuatkan hati aku turut jadi lembut.Bukannya susah nak cakap dengan Hana Humaira’ ni.Aku bukannya jenis orang yang ego tak bertempat.

“Baiklah Tengku,saya akan terus stay kat sini sebab Tengku jer.Kalau fikirkan perangai Tengku Rizkin tu,dah lama saya pergi…”kata-kataku disambut senyuman dari Tengku Rubiah.

“Tapi…boleh tak kalau saya nak minta sesuatu?”teragak-agak aku nak cakap.Ish,rasa seganlah pula ni.

“Apa?Hana nak mas ker intan ker,boleh jer..”bersungguh nada Tengku Rubiah.Aku tertawa.

“Tak,bukan tu.Err…selama saya masih ada kat sini,boleh tak kalau saya nak..er..”

“Apa?”

“Saya nak makan nasi…Bukan saya tak sudi nak makan benda lain tapi perut saya memang tak serasi kalau sehari tak makan nasi.Boleh yer?”aku mengenyitkan mata.Ceh…bajet comellah konon,hehe..Tengku Rubiah tersenyum.



Hari ni,aktivitinya bersantai dengan Rizkin kat kolam.Rizkin?Yelah,Tengku Rizkin a.k.a si mafia tu.Aku dah malaslah nak sebut gelaran ‘Tengku’ yang ada kat depan nama dia tu.Kalau sebut pun,memalukan keturunan jer…

Bosan giler ni.Finalis-finalis yang lain,memang nampak seronok sebab diorang dapat menggedik dengan Rizkin tapi aku,sorrylah..Geli aku nak menempek dekat Rizkin tu.Buat sakit hati dah mata aku jer.Mata?Yup,mata!Sebab dia tu suka sangat pakai pakaian warna hitam!Tak pernah aku Nampak dia pakai warna lain selain hitam.Nasib baiklah dia tu putih,kalau tak Nampak gigi jelah..

Aku duduk kat atas kerusi jauh sikit dari tempat diorang.Mataku melilau-lilau dan tiba-tiba…mataku ternampak hero aku yang selamatkan aku tu!Ala,abang kamera yang sambut badan aku waktu aku nak terjatuh.Aku belum lagi sempat ucap terima kasih kat dia.

Hurm,dia tengah sorang tu dok lap kamera dia atas kerusi panjang.Mungkin kejap lagi nak rakam aktiviti kami.Nak pergi kat dia ke tak?Nak pergi,tak pergi,nak pergi,nak pergi!Dengan langkah yang agak-agak ayu,aku menuju kearah dia.

“Ehem…err tumpang Tanya,jam pukul berapa?”Ya Allah,yang aku pergi Tanya pasal jam tu pasal apa pulak?Ish,ngek ngok betullah.

Dia mengangkat muka dan memandangku pelik.
“Kat tangan cik tu,bukan jam ker?”jawapan dia membuatkan aku termalu sendiri.Ish..

“Err,jam saya ni tak betul!”Hana,cover malu!Jangan gabra Hana!

Dia ketawa,kenapa?
“Jam cik okey lagi sebab tak betul!Jam saya pula dah mati!Saja je nak pakai”
Mak oih…ni ala-ala perangai kedekut mak jer ni,aku tertawa.Dia pun sama.

“Tak mau jemput saya duduk ker?”aku bertanya bila ketawaku reda.Dia menggunakan isyarat tangan menyuruh aku duduk.

“Kenapa Cik Hana tak mau duduk dekat Tengku?Nanti tak dapat pula nak pikat hati dia..”wah,dia tahu nama aku.Huh,mestilah tahu dah dia cameraman.Hehe..

“Macam nak halau saya jer..Saya malaslah nak duduk dekat dia tu.Menyakitkan hati saya jer!”aku bernada mengutuk dan dia masih gelak lagi!Aku tahu dia faham maksud aku sebab waktu makan malam tu,dia pun ada.

“Cik Hana,ramai orang nak pikat Tengku tu.Siapa yang tak mahu?Kacak,kaya,bergaya..Rugi tau!”aku cebik dengar kata-kata dia.

“Kalau semua nak pikat si Rizkin tu,tak kahwinlah lelaki yang lain,ye tak?”dia ketawa lagi.Dia ni memang suka ketawa sejak azali ker?Tapi,aku rasa senang dengan dia ni.

“Kalau macam tu,kenapa cik…”belum sempat dia menghabiskan ayat,aku memintas.

“Boleh tak awak jangan panggil saya cik?Panggil jer nama saya!Hana.H.A.N.A”ha,aku siap ejakan nama aku lagi.

“Oh,ok…Hana…Urm,habis,kenapa awak masuk program ni kalau awak tak teringin nak jadi isteri Tengku?”persoalan dia membuatkan aku terfikir.Nak cerita ker?Takkan dia tak tahu kot yang aku terperangkap.

“Adalah sebabnya.Ok,stop cerita pasal saya.Nama awak apa ye?”

“Saya?Panggil jer saya Hazrik!Tu nama sayalah tu..”dia tersenyum manis.Oh…Hazrik,nama yang sedap.

“Hazrik…ok..saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih kat awak.”

Hazrik angkat kening.”Sebab?”

“Awak dah selamatkan saya.Tak ingat ker yang awak sambut saya kat tanggan semalam?Urm,sebab tu saya rasa patut ucapkan terima kasih!Kalau tak,jadi nangka busuklah saya..”bersemangat aku menuturkan.Hazrik tersenyum lagi.

“No hallah pasal tu.Saya Cuma jalankan tanggungjawab saya memberi bantuan kepada yang memerlukan.Tak gitu?”

Aku angguk dan tersenyum.

“Hana!”puh semangat,siapa pula yang teriak nama aku yang sedap tu?Huh,tak lain dan tak bukan,Rizkin.Dia dah tercegat kat depan aku dan Hazrik.Pe cerita pula ni?Menyebuk jer.

“Kau buat apa kat sini ha?”tinggi melengking suaranya.Eleh,ingat aku heran ker?

“Duduk bersembanglah,takkan menggali kot?”aku jawab dengan sinis.

“Kau sepatutnya duduk dengan kami semua,jom!”dia menarik lenganku.Weh,apa ni ha?Aku merentap lenganku dari pegangan Rizkin.

“Suka hati sayalah saya nak buat apa!”

“Kau…”

“Tengku,dia Cuma berbual dengan saya jer.Tak salah kan?”Hazrik dengan gentleman nya menyampuk.Oh Hazrik,kau sentiasa jadi hero aku.

“Kau jangan nak menyampuk!”Rizkin terus menarik aku dan kedudukan kami kini berhampiran dengan kolam.

“Apa yang awak nak buat?”aku bertanya…

“Apa aku nak buat?Aku…”dia merapatkan mukanya kearah muka ku.Apa ni?Dengan semangat yang aku kumpul………..

Dush!
Tanpa sedar aku tertolak Rizkin kedalam kolam!!!Tak sengaja tu…

Semua yang ada di sekitar kolam menuju kearah kolam untuk melihat keadaan Rizkin.Aku telan air liur.Aku betul-betul tak sengaja.Hazrik menghampiriku.

“Apa awak dah buat Hana?Tengku ada asma!”

Aku bulatkan mata.Serentak dengan itu,Hazrik terjun kedalam kolam untuk menyelamatkan Rizkin.Ya Allah,janganlah apa-apa terjadi kat Rizkin tu.

HANA HUMAIRA’ PUNCA TENGKU RIZKIN MENINGGAL

Aku tak nak statement macam tu keluar kat akhbar!



Lega nya aku bila Rizkin tak apa-apa.Tapi sekarang,semuanya nak pandang serong kat aku.Aku tak salah ok!Aku takkan tertolak Rizkin kalau dia tak cuba nak buat benda tak senonoh.Semua finalis dok mengutuk aku!Tadi aku terdengar sendiri yang diorang semua kutuk aku kat taman.

“Teruklah si Hana tu.Melampau gila kan?”tu suara Mellisa.

“Aku rasa dia nak goda Tengku lah.Tu taktik dia nak menyerlah dari kita yang lain ni.” Hah,kalau suara yang tak sedap tu,suara Zarra.

“Tengoklah pakaian dia tu,memang tak layak nak bersaing dengan kita.Dasar gadis kampung!”Huh,Lufya!!

“Kalau Tengku mati,melepaslah hajat kita nak jadi bini dia kan?Dan aku akan bunuh si Hana tu!”amboi Eurica,sedap jer nak bunuh aku!

“Aku yakin sangat yang esok Tengku akan singkirkan dia dulu.Yelah,dah dia yang buat Tengku macam tu.Siapa berani nak bertaruh?”wah,si Milia ni lagi hebat,siap ajak bertaruh!

Hati aku yang membengkak ni,sabar je lah.Aku ingat nak keluar jer dari tempat persembunyian aku dan serang diorang.Tapi bila difikirkan balik,biarlah.Sebab esok aku yakin sangat yang aku akan tersingkir dan bermulalah kehidupan aku yang tenang!



Semua Finalis berdiri melintang menghadap Rizkin.Malam ni,malam penentuan siapa yang akan tersingkir.5 batang bunga mawar di tangan Rizkin mewakili 5 orang gadis yang masih lagi kekal dalam program pilih hati ni.

“Hai semua gadis-gadis jelita.Hari ini,akan berlaku penyingkiran yang pertama untuk program Pilih Hati.Gadis yang tidak menerima bunga mawar dari saya,mesti pulang dan beliau bukan lagi calon hati saya.”Rizkin memulakan mukaddimah.

Kamera terpasang,dan secara lansung.

“Bunga mawar yang pertama untuk…..Eurica!”yes,bukan aku!

Dengan langkah ayu,Eurica datang kearah Rizkin dan mengambil mawar tersebut.Eleh,aku tahu kalau tak ada orang ni,mesti dia dah terlompat-lompat macam beruk..

“Bunga mawar yang kedua untuk….Zarra!”yes,bukan aku juga!

“Bunga mawar yang ketiga untuk…..Lufya!”

“Bunga mawar yang keempat untuk…..Mellisa!”

Dan sekarang Cuma tinggal 1 mawar.Antara aku dan Milia.Aku yakin yang bunga mawar tu untuk Milia dan aku yang akan tersingkir!Aku yakin sangat-sangat.Aku jelling Milia dan dia memberikan senyuman sinis.Aku dapat rasakan yang dia dapat rasakan kemenangan.

Dengan apa yang aku dah buat kat Rizkin,mesti dia dah tak mau aku ada kat sini lama-lama.Aku pun tak kisah.Biarlah aku tersingkir,dapat kerja setiausaha.

“Baiklah….tiba untuk mawar yang terakhir.Antara Milia dan Hana…”Rizkin bersuara perlahan.Nak suspenlah konon tapi aku tak rasa suspend lansung!

“Bunga mawar yang terakhir untuk……..”

15 comments:

hana_aniz said...

1st!! hahaha... pliz nk rizkin dgn hana!!

qyqa said...

Nak rizkin dgn hana??
he3..tgk dulu

Arisa Aizawa said...

mesti hana kan dapat bunga mawar last tu,
kan,kan,kan

Azlin 773 said...

ehmmm... tak nak la mafia tu bg bunga kat Hana..

Sifu suker lag Hana tu tersingkir dan jd s/usaha dan kawan ngan Hazriq dan mafia tu jeles tahap dewa... kua kua kua ...

baru dia rasa seksanya mencintai ... kan harga sebuah cinta bg mafia tu sgt murah...boleh dibuat pertandingan lagi... tak der kamus cinta betoi....

apa pun ... it's ur story ... kami time seadernya ....

tata ...........

yunixx77 said...

adoiiii
ending n3 nih memang chomel laa
terseksa daku nak tau writer pilih sapa
bukannya mafia tuh yang pilih
hahaha

qyqa said...

To arisa,he3..betul ker hana yg dapat??Tunggu..

Sifu azleena,sifu suka Hazrik ye..ha kita tgk dulu boleh tak dia jadi hero..he3

Yunix77,he3..jangan terseksa tau yunix...ini debaran namanya..he3..

Anonymous said...

slm...sy lynn lucy..huhuhu
da bce story awk.best! n x sbr bk bce n3 bru
tp nk hana ngan rizkin but de hana de konflik perasaan ngan hazrik. hehehe memandai je aek
tp cpt2 mskkn n3 bru tau.
chaiyok!!

lucy_persona@yahoo.com

noorhayaty85 said...

qiqa...cite qiqa best..akak dh bc..dan x sbr nk tahu ape kesudhn citer ni...smbung lh cepat2...x sbr ni..he3

Anonymous said...

Assalaamu 'alaikum.... salam...

yunix77 said...

cepat2 la letak n3 baru qyqa. tak sabar nihhh

qyqa said...

TQ sumer sudi bc criter bdk tak matang cam sy nie,he3..
sy amat hargai komen anda..

to lucy:idea yg bagus tu..mantop!!

to kak yaty:TQ kak sudi bc,he3

to danang:waalaikumussalam

to yunix:he3..sabor..

oh yer..jgn lupa sokong crita ni kat penulisan2u!!
gogo..

Anonymous said...

aaaaaaaaaaaaaaaa

Hana Norisa said...

salam
cepat2 sambung...
nk tahu ceriter seterusya ni...
huhuhuhuhuhu....

tpkan mesti Hana yang dpt bunga tu kan.....
klu Hana tak dpt bunga tu..pe kata bagi Hana Norisa je lah...hehehe...guraw je...

cepat2 taw upload n3 baru...

.amrihalim. said...

msti kamuh ni dak pndai kan?
bagos3. haha

Natasya K said...

tengku 'mafia' tu pilih sapa ek? pilih qyqa? hahaha