[[QYQA'S]]

Thursday, January 13, 2011

CHOMELNYA CHENTA 24

“Sebenarnya Tuan..”teragak-agak Che Nah hendak bersuara. Dia tekad. Mungkin ini yang terbaik untuk waktu ini. Tak perlu tergesa-gesa. Dia sedar risiko yang bakal berlaku. Biarlah. “Puan Alina dah bagi Ama dan Ami pada keluarga angkat yang berbeza.”

Muka Haji Din berubah terkejut. Berkerut. “Awak tahu mana keluarga yang ambil anak-anak saya tu?”

“Saya tak kenal diorang. Tapi satu keluarga tu dah berhijrah ke luar Negara bila ambil Ami.”

“Maksud awak,kemungkinan sekarang ni Ami ada di luar Negara?”Haji Din terdesak untuk tahu.

Perlahan Che Nah angguk. itu adalah hakikat. Hal ini,dia memang tidak menipu. Memang benar keluarga tersebut telah mengambil Ami dan terus berhijrah ke luar Negara. Kenapa dan mengapa Puan Alina mempercayai pasangan suami isteri itu,Che Nah sendiri tidak mengetahui sebab yang munasabah.

“Awak ingat tak nama pasangan yang ambil Ami?”penuh mengharap Haji Din bertanya. Walau hanya sedikit maklumat tentang pasangan itu,kemungkinan boleh menjejak Ami.

Che Nah terdiam. “Ramlam. Saya tahu nama suami dia jer.” Rasanya tak salah dia menceritakan tentang sepotong nama yang tidak berbinkan sesiapa. Bukan mudah untuk mencari.

Haji Din menopong dagu dan merenung jauh. Itu sahaja? Entah berapa orang yang bernama Ramlan di dunia ini. Malah,Negara yang Ramlan duduki juga tidak diketahui.

“Habis tu,Ama? Ama macam mana?”cepat Haji Din bertanya. Kalau jumpa Ama,kemungkinan untuk menjumpai Ami sangat tinggi kerana rupa mereka sangat serupa. Kembar seiras.

“Ama...”yang ini ,dia perlu mereka cerita. “Saya tak tahu.”geleng.

“Macam mana awak boleh tak tahu? Hal Ami awak boleh tahu,macam mana hal Ama awak boleh tak tahu?”nada suara Haji Din sedikit tegang.

Che Nah Cuma tenang. “Buat bersabar tuan. Bersabar.”dengan setenang mungkin Che Nah berkata.

Laungan azan dari masjid mematikan niat Haji Din untuk berkata-kata. Haji Din memejamkan mata,cuba menenangkan hati yang gundah. Dia percaya bahawa berjumpa dengan Che Nah adalah jalan terakhir untuk menjumpai si kembar. Namun dengan maklumat yang sangat sedikit,dia rasa sangat tertekan. Ahh.. Che Nah tak berhak untuk dipersalahkan.

Che Nah pula hanya mampu merenung Haji Din. Entahlah,dia rasa bersalah kerana menipu tapi...nanti rahsia akan terbongkar juga. Dia tak rasa sekarang adalaha masa yang sesuai. Biarlah..biar masa yang jadi penentu segala-galanya.

Azan sudah usai. Kedua-duanya menadah tangan berdoa. Kemudian,Haji Din bangkit.

“Tak apalah Nah. Saya nak ke masjid dulu bersolat.”

Che Nah turut bangkit. “Nanti tuan datang balik ya. Makan dekat sini.”

“Insyaallah.”angguk. elok juga. Dah lama dia tidak merasa masakan Che Nah. “Nah..”Haji Din menghentikan langkahnya di hadapan pintu. Che Nah menanti kata-kata dari mulut bekas majikannya.

“Minta maaf sebab terlalu mendesak awak. Tadi,saya hampir-hampir nak marahkan awak. Saya minta maaf.”

Che Nah terkedu. Tuan..minta maaf? Tuan yang dulunya penuh ego dan amarah kini dengan mudah menyesal dan minta maaf? Benar..masa telah merubah segalanya. Che Nah hanya mengangguk perlahan dan menghantar dengan Haji Din ke kereta dengan pandangan mata.

..............................................................

“Susahlah nak cari rumah kau. Macam nak masuk hutan cari tongkat ali!”merungut. bising. Mengada.

“Susah? Awak tu yang tak faham arahan. Lulus BM tak?”betul apa. Arahan aku sikit punya jelas tau. Dia tu yang tak boleh nak faham. Suka-suka jer main belok waktu aku terlelap. Nasib baik aku terlelap kejap jer. Kalau lama,alamat dah sampai kat mana entah.

“Menjawab menjawab. Nak tersedak lagi?”main ugut ingat aku takut. “Lepas ni terus jer ker?”Rizkin membelok di simpang.

“Hm..bila jumpa rumah warna hijau yang cantik,itulah rumah saya.”senyum dengan penuh semangat. Tak sabar nak bagi kejutan dekat mak. Wah wah berdebar gitu.

Rizkin membelok apabila ternampak rumah warna hijau. Aku dah tak sabar-sabar. Terus keluar kereta bila dah berhenti. Rizkin pun ikut sama.

“Molen..rumah kampong tapi pakai kereta mewah. Biar betul!” Rizkin berkata bila matanya mendarat pada kereta mewah berwarna hitam yang tersadai di laman rumah.

“Saya tak tahu ni kereta siapa.”aku memandang Rizkin yang berdiri di sebelah. “Oh tak,entah-entah pencuri tak?!”aku kaget. Mana tau nak rompak rumah aku. Rompak rumah aku? Erk!!

Rizkin dengan selamba ketuk kepala aku. “Asal ni main-main ketuk kepala? Ingat tak bayar zakat ker?”sesedap lemon jer nak ketuk-ketuk kepala orang.

“Pencuri apa tengah hari buta ni. Pakai kereta macam ni? Nak rompak rumah kau? Haha..lawak terlalu antara benua!!”betul juga tu dia cakap. Tetamu mak kot?

Kami sama-sama menapak masuk ke dalam rumah. Memang biasalah orang kampong kalau tak kunci pintu. Aman jer. Sampai ruang tamu,hidung aku dah terhidu aroma masakan yang sangat sedap dari dapur. Ai ai ai..mak tahu ker aku nak datang ni?

“Jom pergi dapur. Saya rasa mak ada dekat dapur.”aku memberitahu Rizkin. Dia hanya mengikut langkah aku. Aku rasa kalau aku tak cerita mana dapur pun,dia boleh cari sebab rumah aku ni kecil jer. Siapa yang nak tersesat tu kira kena masuk balik tadika. Kalau sesat dekat villa Rizkin..ha..logik sangat sebab besar.

“Mak!!!!Ha....”jeritanku terhenti bila ternampak seorang lelaki tua dan lelaki dewasa tengah duduk di atas kerusi di meja makan. Mak yang sedang menceduk lauk nyata terkejut.

“Hana!!” Mak terus menghentikan kerjanya dan memeluk aku erat. “Tak cakap pun nak datang..terkejut mak.”satu ciuman hinggap di atas dahiku. Aku menyalami mak dan Rizkin pun ikut sama.

“Kami nak bagi kejutan dekat mak. Sebab tu saya tak bagi Hana cerita dekat mak.”Rizkin tersengih sambil menjawab. Aku ikut angguk.

Pandangan aku yang pelik kepada kedua lelaki yang ada di dapur membuatkan mak membuka mulut. “Kenalkan bekas majikan mak.”mak memperkenalkan lelaki tua tersebut.

Mindaku bekerja. Macam kenal jer pak cik ni. Ha! Ayah Hazrik kan. Betullah. Hari tu Rizkin dengan pak cik ni berlanggar kereta.

“Kecil betul dunia!”Haji Din tersenyum. Aku hanya angguk. aku jeling muka Rizkin,dan nyata muka dia kurang senang. Hai..kalau apa pun yang ada kaitan dengan Hazrik,memang dia ni tak suka.

“Tak sangka pula mak pernah kerja dekat rumah pak cik!”aku berkata bila mak memceritakan bahawa mak pernah bekerja di rumah Haji Din.

Mak tersenyum. “Lah Rizkin,kenapa makan sikit sangat?”mata mak memandang pinggan Rizkin. Sikit saja luak nasinya. Tak lalu makan masakan kampong atau lebih tepat tak lalu makan depan Haji Din? Aku melarikan mata kepada Haji Din. Yang nyata,Haji Din hanya buat-buat biasa.

“Manja!”perlahan namun semua dekat meja ni pun dapat dengar. Tak semena-mena tangan Rizkin mencubit perlahan lenganku. Sakitlah!! Isyarat mata aku hantar.

“Oh Rizkin tak biasa makan masakan kampong ye?”mak membuat andaian. Aku tahu mak bukan terasa tapi prihatin. Mesti mak ingat yang Rizkin tak pandai nak makan masakan kampong ni. Ha..mafia? kau nak jawab apa? Aku kerling Rizkin di sebelah.

“Err..bukan mak. Saya biasa jer makan masakan kampong. Selalu juga Mak Jah masak. Hari ni..segan pula.”dia memberi alasan. Aku,memang rasa nak tergelak. Segan?

“Lah..apa yang nak disegannya. Hana,ambillah lauk untuk Rizkin tu. Layan suami.”mak memberi arahan. Loh..aku pula? Ish..ngada-ngada betul mafia ni tau.

“Nak lauk ni ker?”aku menunjukkan lauk kari kepala ikan. Dia hanya angguk sambil tersengeh. Kami terus makan dengan penuh selera. Mak kalau masak,memang tak boleh tandinglah. Juara benua gituh!

Aku tak tahulah kalau aku ni berhalusinasi ker tapi aku rasa macam Haji Din ni asyik ushar jer muka aku. Kejap tengok mak,kejap tengok aku. Kadang-kadang terperangkap juga anak mata dia dengan aku tapi dia buat-buat selamba jer. Kenapa? Ada yang pelik ker? Entah-entah? Eh..takkanlah pula...

Selesai makan,aku menolong mak membersihkan dapur dan membasuh pinggan mangkuk. Rizkin dah masuk bilik. Haji Din dan pemandu dia pula,tengah berehat di ruang tamu. Macam tak sopan pula mafia tu duduk dalam bilik. Tapi elok juga,nanti entah apa yang terkeluar dari mulut Rizkin kalau dia bersembang dengan Haji Din.

“Kenapa Pak Cik Din datang sini mak?”aku menyuarakan persoalan yang ada dalam kepala sambil memandang mak yang sedang memotong agar-agar sirap. Aku masih lagi membilas pinggan mangkuk.

“Cari mak.”pendek jer jawapan. Nada mak pun macam tak mahu aku Tanya lebih-lebih.

“Buat apa?”tanganku masih meneruskan kerja.

“Kenapa Hana nak tahu?”mak Cuma tersenyum.

Aku sengeh. “Manalah tahu kan,pak cik datang bawa hajat besar?”aku mula nak giat mak. Kerja memotong buah mak terhenti.

“Hajat apa pula?”berkerut dahi mak. Yang ni syok ni..

“Waktu kita makan tadi,dia asyik jer nak ushar mak. Lepas tu ushar Hana pula.. entah-entah dia nak pinang mak tak?”aku mula mengeluarkan andaian. Habis tu,asal pula nak ushar-ushar orang?

“Ish! Merepeklah..”

“Apa pula merepek mak. Habis tu asal pula dia datang jauh-jauh dari KL ni nak datang cari mak?”aku mengelap tangan dengan kain. Semua pinggan mangkuk sudah habis berbilas. Aku mencapai sepotong buah jambu.. sedap..

“Eh,mana Hana tahu pak cik datang dari KL?”mungkin mak terkejut sebab tadi tak ada pula diperkatakan dari mana Haji Din datang.

“Tader tader. Mak nak alih topik pula.”aku muncungkan mulut. Macamlah tak tahu yang mak nak alih topik.

“Dah jangan nak merepek. Pergi hantar buah ni.”mak menghulurkan mangkuk berisi buah jambu dan pencicah. Aku akur dan terus hantar ke depan.

“Eh ada makan lagi?”Haji Din berkata bila aku membawa buah jambu. “Pak Cik kenyang lagi ni.” Dia menepuk-nepuk perutnya.

Aku tersengeh. “Ni buah jambu jer. Buat cuci mulut. Patut makan sebelum ambil nasi tapi hentam ajelah..”aku melawak. Terus duduk di atas kerusi setentang Haji Din dan pemandunya.

“Tanam sendiri ker?”Haji Din mencicah buah jambu.

Aku angguk. “Dekat belakang rumah ni.”tiba-tiba senyuman nakalku muncul. “Pak cik datang nak pinang mak eh?”

Hampir tersedak orang tua tu bila aku habis bertanya.

.............................................................................................

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik bila Haji Din dan pulang. Hampeh punya Rizkin,bukan nak keluar langsung. Tunjuk sungguh yang dia memang tak suka. Patut hormatlah tetamu. Bila jer aku masuk dalam bilik,tengok Rizkin dah tidur. Penatlah tu memandu. Okeylah aku maafkan. Sementara tu,elok kalau aku solat dulu. Ini dah pukul berapa.

Selesai mandi dan solat,aku berdoa. Memohon kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kan orang kata,doa tu senjata orang mukmin. Selesai solat,aku berdiri di sisi katil. Dia..dah solat ker?

“Awak solat ker tak?”aku pernah tanya soalan tu dekat dia. Ialah,kami duduk sebilik. Jarang betul nampak dia sujud dekat sejadah tu. Solat Jumaat memang penuh. Agaknya takutlah tu kalau kantoi dengan nenek. Kalau solat 5 waktu ni,aku ingat berapa kali jer aku nampak. Okey boleh guna alasan yang aku tak Nampak bila dia solat kan?

“Kadang-kadang aku buat,kadang-kadang tuang. Ikut masa.”selamba jer dia jawab. Tapi aku dah bulat mata.

“Kan solat tu tiang agama.”

“Aku tahulah. Bukan aku tak pernah belajar agama. PAI SPM aku A1.”masih lagi selamba.

“Solatlah.. tak kira kita tengah senang ke susah ke sakit ke sihat ke kita kena selalu ingat Allah. Bayangkan betapa pentingnya solat sampaikan boleh guna isyarat hati kalau dah tak mampu sangat.”aku guna nada suara yang paling lembut. Pada aku,muslimin yang tak solat memanglah manusia yang tak tahu bersyukur dan takbur. Sedap-sedap sedut oksigen free,tak mahu nak sujud pada Dia. Weh,rumah tak ada tiang memang robohlah. Sedangkan reban ayam pun kena ada tiang,inikan pula rumah manusia kan.

“Hm..”itu jer dia cakap. Selalu,dia mesti nak sakitkan hati aku kalau aku cakap apa pun. Tapi kali ni,jawapan agak skema.

“Rizkin..Rizkin...bangun..”bahu dia aku goyangkan. “Bangunlah..”kali ni goncangan lebih kuat bila tak ada tindak balas.

“Penatlah...”

“Bangunlah....”masih lagi perlahan suara aku. Tapi goncangan badan dia dah lebih kuat. “Solat...”

“Hm...” hm?Hm..tapi masih lagi tak bangun. Ni nak kena ni. Aku capai bantal peluk dan......

“Kau gila ker?!”kuat juga suara dia. Terus dia bangun bila kena pukul dengan bantal peluk. Matanya mencerlung tanda marah. Aku Cuma sengeh. Tak takut langsung. Dia memang macam ni,kalau bangun tidur mood mesti tak baik.

“Hana,kenapa tu?”ketukan dari pintu kedengaran. Mesti mak terdengar jeritan Rizkin. “Kenapa Hana?”

“Aaaaa..tak ada apa-apa mak. Rizkin mengigau..”aku menahan ketawa. Takkanlah nak cakap aku kena marah? Mau gempar pula.

“Lah...tengah hari macam ni pun mengigau?”walaupun suara mak perlahan,tapi aku masih boleh dengar.

“Kau kenapa?”Rizkin bersuara balik bila pasti mak dah berlalu dari muka pintu.

“Bangunlah,salin baju,mandi,solat..nanti saya bancuh susu!”kenyit mata nak mengusik. Dia yang tadinya masam,tak tahan nak senyum.

“Cari kejap tuala dengan baju aku.”arahan dah keluar.

“Asal pula saya nak kena cari.”tak puas hati. Bukannya dia tak ada kaki dengan tangan. Sihat walafiat lagi.

“Sebab...”dia menekan bahuku hingga terduduk aku di atas katil. Dia mencapai tanganku. Apakehel...buang tebiat? “Pertama...”jari telunjukku dinaikkan. “Kau yang letak semua baju-baju aku.”Aku terdorong ke belakang sikit bila muka dia makin mara ke depan. Dia..betul-betul mengigau ker?

“Sebab kedua...”jari hantuku pula dinaikkan. “Kan isteri kena layan suami.”aku makin nak belakangkan badan bila dia makin nak ke depan. Dahlah senyum macam..macam..err..

“Yang ketiga....”dia menaikkan jari manisku. “Kan kita tengah honeymoon.”suara tu betul-betul dekat tepi telinga aku. Nafas dia pun aku boleh dengar.

“Mengada!!!”aku tolak kuat badan dia. Aku kembali berdiri. Dia? Ketawa nak mati. Macam lawak sangat gayanya. Dah elok-elok bangun,dia baring balik sambil tekan-tekan perut.

“Kau ni molen,aku acah sikit dah blushing gila.”ketawa lagi.

“Ambil ni!!!”aku hempap lagi badan dia dengan bantal peluk tadi. Aku dah tak peduli dia yang galak gelak. Terus pergi dekat beg baju dan memunggah isi cari tuala dan baju pak cik tu.

“Nah..”letak di birai katil dan terus keluar bili. Menyampah+sengal.

Tengok TV dalam 15 minit jer,aku dah rasa bosan. Mak mana? Aku menjenguk ke luar rumah bila mak tak ada dalam rumah. Tengok mak tengah ambil daun kucai. Ha..mesti nak buat cucur. Wah..sedap sedap.

“Nak Hana tolong ker?”aku mendekati mak. Mak berdiri dari cangkungan.

“Dah habis buat pun. “mak senyum. Kami beriringan berjalan hendak masuk ke dalam rumah. Tapi,langkahku mati bila mak ajak duduk berbual di anjung rumah. Aku Cuma menurut. Duduk di atas kerusi kayu bersebelahan mak. Daun kucai dan pisau di tangan,mak letak di bawah.

“Mak nak tanya pendapat Hana eh?”aku laju bercakap dulu.

Mak tergelak. “Pendapat apa pula?”

“Nak terima ker tak pinangan Pak Cik Din tu..Hana tak kisah.”aku menahan gelak. Mak dah cubit manja pipi aku.

“Mengarutlah.”mak menggeleng.

Aku masih lagi nak tergelak. Tadi bila aku tanya dekat Haji Din pasal pinangan tu,Haji Din ketawa besar. Siapa cakap lagi cadangan aku tu bagus. Boleh aku jadi anak dia.

“Hana dengan Rizkin macam mana?”mak mengalih topik perbualan. Aku terkedu. Terus tangan garu muka yang tak gatal. Sengeh kejap 2 saat.

“Biasa jer. Okey.”aku angguk perlahan sambil tertunduk merenung kaki sendiri yang tengah berayun.

“Kenapa tak pergi Langkawi?”

“Ha?”bulat mata aku bila dengar pertanyaan mak. Mak tahu? Biar betul. Aduh..kantoya kantoya.. akhirnya aku sengeh. “Mana mak tahu?”

“Semalam Tengku Rubiah telefon bagi tahu. Mak terkejut betul tadi bila Hana sampai.”

Aku mengetip bibir. Apa yang aku nak cakap? Takkan nak cerita alasan yang Rizkin cakap tu? Mau kena sembelih apa. Mau pecah isi rumah ni dengan villa kalau dua-dua belah keluarga tahu yang aku ni masih dara,Rizkin tu teruna trang-trang lagi.

“Errr..”

Mak meraih tanganku. Merenung aku. Aku terus mengetip bibir. “Mak tahu,Hana dengan Rizkin kahwin tanpa cinta. Susah nak terima keadaan masing-masing. Masih lagi belajar tentang diri masing- masing. Kalau Hana rasa Hana perlukan masa nak belajar tentang perkahwinan ni,mak tak marah. Mak faham. Jangan risau,mak takkan cerita pada Tengku Rubiah yang Hana dengan Rizkin datang sini.”dalam maksud kata-kata mak. Buatkan aku rasa macam tertimbus dalam tanah pula. Kena ker aku berterus terang? Mak macam tersirat nak cakap yang dia tahu keadaan sebenar aku dengan Rizkin.

“Mak..bukan..bukan..”kata-kata ku terhenti. Cuba mencari ayat yang sesuai. Aku tak mau mak susah hati fikirkan pasal perhubungan aku dengan Rizkin. Lagipun..tak perlu nak pening-pening sebab aku dengan Rizkin dah buat perjanjian yang hubungan kami ni tak akan lama punya.

“Kami bahagia mak..”aku mendongak bila terdenga suara dari muka pintu. Rizkin..dia senyum. Terus duduk di sebelahku. “Saya saja ajak Hana datang sini.”tenang dia bercakap. Memandang mak seketika kemudian merenungku. “Kan Hana?”aku Cuma angguk. terdiam. Rizkin datang tepat pada masanya untuk mereka cerita.

“Saya tak mahu pergi Langkawi bukan sebab tak mahu honeymoon dengan Hana tapi sebab saya dah selalu sangat datang Langkawi. Saya rasa,datang sini pun kira honeymoon. Boleh saya kenal dunia Hana dengan lebih dekat. Kenal Hana dengan lebih erat. Macam mak cakap,kami berkahwin tanpa cinta,jadi saya rasa lebih elok saya gunakan waktu honeymoon ni untuk kenal dunia Hana. Dan mak jangan risau..kami bahagia... sedang belajar mencintai.”dia merangkul bahuku dan mendekatkan tubuhku ke tubuhnya. Terasa panas pipi ya amat. Malunya buat macam ni depan mak. Tapi aku faham,Rizkin buat macam ni sebab nak yakinkan mak. Aku bukan heroin dalam novel,nak salah faham bila suami kontrak buat macam ni. Aku....releks jer kot???

Mak melepaskan nafas lega. Tersenyum manis dan mengurut dada. “Lega mak bila dengar Rizkin cakap macam tu. Mak ingatkan kamu berdua masih lagi tak okey.”mak mengangguk perlahan berulang kali. “Macam tu,cepatlah mak dapat cucu ye?”

Ayark!!!

Selepas magrib,mak ajak aku dan Rizkin ke rumah mak ngah. Alah..memang jauh ya amat oh.. dekat sebelah rumah jer. Keluarga mak aku ni memang nama dok wariskan Che kat depan. Mak aku, Che Hasnah binti Che Abu. Orang panggil Che Nah. Mak ngah pula, Che Suhana binti Che Abu. Orang panggil Che Su. Aku tak dapatlah Che tu,sebab ayah aku tak ada Che.

Kami makan malam dekat rumah mak ngah. Lepas makan,kami solat isya’ berjemaah. Pak ngah jadi imam dan Rizkin jadi bilal. Okey juga dia jadi bilal walaupun tak sesedap mana. Pada aku,dia tahu nak azan pun aku dah rasa bagus. Kan dia tu mafia? Pakai pun t-shirt jer. Aku dah cakap pakai baju melayu,tak mau. Nak juga pakai t-shirt hitam. Tak tahulah berapa banyak koleksi baju hitam dia.

Selepas berborak panjang,kami pulang ke rumah pada buku 10 malam. Tak sangka,Rizkin pandai juga nak borak dengan Pak Ngah. Siap berjanji pula tu esok magrib nak pergi surau. Bagus bagus.

“Penat!”Rizkin berkata sebaik sahaja dia menghempas badannya di atas tilam. Aku cuma tersengeh dan menanggalkan tudung. Aku pun penat juga naik kereta dari KL ke sini. Kalau aku yang duduk jer pun dah penut,inikan pula yang memandu. Aku duduk di atas kerusi meja solek.

“Terima kasih.”aku berkata sambil memandang kea rah cermin meja solek dan langsung tak pandang Rizkin.

“Asal?”

“Gerik!”

“Huh?”

“Yelah..awak tanya asal? Saya asal dari kg Air Panas Gerik.”aku sengeh. Kali ni aku dah pandang dia.

Dia geleng kepala. Kemudian bangkit. “Kau elok masuk Raja Lawak tu. Ha..mana tahu jadi juara kan.”nak juga buat lawak kan.. “So,kenapa nak berterima kasih dekat aku?”

“Sebab tolong reka cerita tadi dekat mak..”

“Hm...”dia kembali baring. Aku terdiam. Dia mengantuklah tu..nak tidur. Nak tidur?

“Takkan saya tidur lantai lagi. Ni kan rumah mak saya,biarlah saya tidur atas katil.”aku berkata. Dia memandangku.

“Aku penat memandulah. Kalau kau nak,marilah tidur sini.”dia menepuk-nepuk tilam. Ish..tak mau aku.

“Tak apalah..saya ambil toto. Rasa dalam bilik ni ada toto.”aku melangkah ke almari. Mana boleh tidur atas lantai kat kampong ni. Kalau dekat villa tu kira ampun lagi sebab siap ada karpet. Ini semata-mata lantai. Dahlah waktu malam sejuk gila. Tak sanggup aku.

Bila jer aku buka almari,tak ada pun toto. Mana? Selalu memang mak simpan toto dekat sini. Aisehhh..

“Ada ker?”suara Rizkin bertanya.

“Aaaa?”cepat aku tutup almari. “Ada..ada..”aku terus ke luar dari bilik. Aduh weh..takkanlah nak ambil toto dari bilik mak kut? Tadi baru jer cakap bahagia..ini tetiba nak ambil toto..kantoyo la nanti. Selepas mencuci muka di bilik air,aku terus berlalu ke ruang tamu,menonton televisyen. Layan aje lah cerita yang patut. Mak..mesti dah tidur. Dah nak dekat pukul 11,mak memang suka tidur awal.

.............................................................................................

Rizkin terjaga dari terlelap. Memandang jam di dinding. Sudah hampir pukul 1 pagi. Memang sejuk betul malam ni. Pasang kipas pun nombor 3 jer tapi sejuk ya amat. Rizkin pantas bangkit. Mana Hana? Dia menjeling ke bawah,tetapi Hana tidak ada. Ke mana dia?

Rizkin melangkah ke luar dari bilik menuju ke bilik air. Selesai hajat,dia menuju pula ke ruang tamu,perasan yang TV masih terpasang. Dia menghampiri TV untuk menutupnya kemudian tersedar yang Hana sudah terlentuk tidur di atas sofa. Rizkin menggeleng kepala dan yakin,mesti dalam bilik tu tak ada toto yang tersimpan.

Selepas menutup suis TV,Rizkin terus mengangkat Hana ke dalam bilik. Nasib baiklah minah ni ringan. Rizkin membaringkan Hana di atas tilam. Takkanlah nak jadi suami kejam,sejuk-sejuk macam ni suruh isteri tidur atas lantai. Bukannya dia nak buat benda tak senonoh pun dekat Hana. Tapi..yang tak senonoh tu sebenarnya senonoh jer. Hati nakal Rizkin berbisik. Cepat dia menggeleng. Gila apa aku ni.

Rizkin meletakkan bantal peluk di tengah-tengah. Tak mahu Hana menyangka yang bukan-bukan esok pagi dan selebihnya dia takut juga kalau dia yang nak melebih-lebih. Dia menyelimuti Hana dengan selimut tebal. Kemudian baru dia tersedar yang hanya ada satu selimut sahaja dalam bilik. Hm...perlahan-lahan dia menarik sedikit selimut tersebut supaya dapat menyelimuti dirinya juga.

Rizkin memandang syiling bilik. Walaupun tak mewah seperti di villa,tapi rumah ni rasa aman jer. Tak adalah banyak benda dia nak kondem. Tapi tang bilik air tak ada heater tu yang tak seronok. Dah biasa mandi air panas,maunya tak terkejut bila mandi air sejuk.

“Handsomenya!!!! Handsome!!!”terkejut beruk Rizkin bila terdengar Hana bercakap. Lah minah ni..mengigau lagi. Handsome? Siapa? Aku? Aku dah lama tahu.

“Rasa nak cubit pipi dia..handsome sangat..aegyo..”tangan Hana dah mengawang-ngawang di udara gaya nak mencubit pipi. Rizkin pegang pipi sendiri. Tak tahu pula yang selama ni Hana nak cubit pipi aku? Tak cakap... rizkin sengeh bangga. Ingatkan budak kampong ni tak perasan yang dia handsome gila. Tapi..aegyo tu apa pula?

Rizkin terus mengereng ke kanan tanda berminat nak dengar apa yang bakal Hana cakap. Direnungnya muka Hana. Beberapa saat dah lepas..tapi Hana masih tak cakap apa-apa. Dari cahaya samar-samar,Rizkin dapat lihat dengan jelas wajah tidur Hana.

Comel..hidung mancung..muka bersih tak berjerawat.. bentuk muka bujur sirih. Mata pun nampak cantik jer bila tertutup. Sayang sebab Hana berambut pendek. Kalau panjang mesti ayu. Tak sedar,semakin rapat pula wajahnya dengan Hana.

Teringat bila tadi dia sengaja mahu mengusik Hana. Dia tahu Hana kecut bila tiba-tiba dia meraih tangan gadis ini dan merapatkan wajahnya kea rah Hana. Jangan tanya dia..mau tak berdebar. Tapi laki macho mesti pandai kawal emosi. Dan..apa yang dia katakan tadi kepada mak..memang hebat macam drama skrip. Kami bahagia? Bahagia ker?

Dia rasa dengan Hana ni..kadang-kadang rasa macam seronok..kadang-kadang geram dengan mulut tak boleh blah Hana. Pakai main cakap jer. Tapi itu keistimewaan Hana yang tak reti nak berlagak ayu. Dalam banyak-banyak perempuan yang dia pernah kenal,Hana memang unik. Mungkin juga dia nak jadi macam watak-watak hero yang klise,sukakan gadis unik. Macam Hana Humaira’ ni. Tanpa sedar lagi,semakin bertambah rapat wajahnya dengan Hana. Deru nafas Hana dapat didengar dan dirasai. Satu debaran wujud. Dia merenung dahi. Dari dahi jatuh kedua kelopak mata yang tertutup dan jatuh ke hidung mancung Hana. Kemudian,jatuh ke bibir nipis Hana. Gulp!!

Hampir sangat bibirnya mahu menyentuh bibir Hana. Tapi....

“Lee Hong Ki!!!!!!!”Hana tiba-tiba menjerit dan tangannya serta-merta naik ke atas dan hampir-hampir terkena batang hidung Rizkin. “Saranghae!!!!!”kali ni,tangan Hana membentuk love pula.

Rizkin menepuk tahu. Potong stim betul. Huh.. rupa-rupanya dia mimpi Lee Hong Ki,pakwe korea yang jambu tu. Rizkin ingat macam mana Hana suruh dia berhenti kereta hari tu sebab nak beli majalah yang ada muka pakwe jambu tu jadi cover. Huh! Baik tidur.

.......................................................................................

“Betul ker awak tak buat apa-apa ni?”aku menarik selimut melitupi tubuhku. Tak percaya aku boleh tidur sekatil dengan Rizkin. Bila aku buka mata tadi,sedap jer tangan dia melilit badan aku. Mau jer aku jerit tapi tahan. Aku kejutkan dia.

Rizkin dah buat muka bosan. “Aah..aku dah buat kerja aku. Lepas tu aku pakaikan balik baju kau.”agaknya sebab dah bosan menafikan yang dia memang tak buat apa-apa,Rizkin terus cakap macam tu.

Muka aku dah merah. “Macam mana saya boleh ada atas katil ni?”seingat aku semalam aku terlelap waktu tengah tengok TV. Aku memang dah tanam niat..biar jer tidur dekat sini. Ha..nanti kalau mak tanya,jawab jer terlena. Ini tiba-tiba pula aku ada sekatil dengan dia.

“Kesian tengok kau..aku angkatlah. Takkan nak biar tidur bawah. Sejukkan..”masih lagi nada malas+mengantuk.

“Habis tu kenapa tak letak bantal peluk? Tak pasal-pasal awak...”tak payahlah aku sebut. Dia pun sedar apa yang dia buat tadi waktu terjaga.

“Aku dah letak,tapi dah beralih.”

“Awaklah alih!”sedap aku tuduh. Dah tak puas hati,pakai tuduhlah.

“Eh..elok sikit eh. Cuba tengok bahagian bawah lantai kau.”

Aku pusing ke lantai. Memang bantal peluk tu ada dekat lantai bahagian aku. “Saya tidur lesaklah..”cuba nak tutup malu. Tengok muka,aku tau dia nak cakap apa.

“Malulah tu. Cakap jer kau memang nak aku peluk. Tambah sejuk-sejuk macam semalam kan?”aku dah agak dia nak cakap macam tu!!

Ketukan di pintu bilik mematikan niat aku nak balas balik kata-kata dia. “Hana.. Rizkin.. bangun..subuh..”mak memanggil.

Selepas sarapan,kami dikejutkan dengan kedatangan member-member kecil aku. Lama betul tak jumpa diorang! Kami berbual di anjung rumah.

“Macam mana mika tau akak balik ni?”aku menyoal mereka semua tahu saja aku dah balik. Budak-budak 5 orang ni memang rapat dengan aku. Ajim,Musan,Malim,Odah,Asya. Diorang semua budak-budak sekolah rendah. Paling muda si Asya,10 tahun. Ajim,Musan dengan Malim dah 12 tahun. Odah,11 tahun. Aku ni dah macam rakan sebaya diorang dah.

“Kami tau lah..oh..akak kerek eh balik tak mau jumpa kami..”Musan buat gaya merajuk. Budak debab ni memang kuat cakap.

“Pandailah hang. Mestilah akak nak jumpa mika. Akak baru sampai semalam.”aku membela diri.

“Tah hang ni Musan..nak fitnah akak pula.”Odah sokong aku. “Akak,kami suka tau tengok akak dekat TV..nampak cantik.” Dia menyengeh.

“Ye ker? Ker nak bodek akak ni?”aku mengusap kepalanya.

“Akak...”

“Huh?”aku pandang Malim.

“Mana Tengku yang handsome tu? Kami nak tengok face to face ni.”Malim gaya nak giat. Loh..teringin nak jumpa Rizkin ker?

“Kenapa nak jumpa dia pula?”aku menyoal.

“Muka dia macam Kamal Adli betul. Asya suka tengok.”nak tergelak aku bila Asya cakap macam tu.

“Ker akak nak sorok suami handsome?”Ajim pula nak giat.

Aku hanya ketawa mengekek. Budak-budak ni memanglah. Bukannya tak mahu panggil Rizkin tapi dia tengah mandi. Dia bukannya nak mandi subuh-subuh tadi,sejuk katanya. Sejuk? Uh..bila ingat sejuk..kena ingat yang malam tadi.

“Hana....”aku memadang ke arah pintu bila terdengar suara Rizkin menyeru. Dia Nampak pelik bila aku dikelilingi dengan budak-budak berlima ni. Mesti nak tahu siapa diorang ni.

“Uuuuuu....”

“Apa yang uuuuuuu?”aku pandang Ajim.

“Memang handsome!!!!!!”serentak mereka berlima berkata. Loh!!!


pesanan penaja:blog ada twin post..komen d post kedua ye..=)

terima kasih banyak2 sebab still support chomelnya chenta.. rasa dihargai gituh..keep supporting me keyh...saranghae..=)

19 comments:

Unknown said...

best2,,
nk lgi,,

keSENGALan teserlah.. said...

hahaha..

oklah oklah.lee hong ki memang lagi handsome dari kamal adli.
tp,kesian kamal adli palsu aka rizkin ni tau hana wat gtu.
nasib tak kena heart attack.
HAHAHA.
lawak2..

lagi2.

nienadia said...

terbaik la qyqa. gaya tulisan qyqa dh makin baik. tahniah ya. tak perlu lebih2 pun, dah dpt rasa aura romantik rizkin tu. honeymoon kat kmpg lg best kot :)

Emaharuka said...

Best best
nak lg kak:-)

aqilah said...

confirm!!!! hazrik dgn hana adik beradik!!!!!!!!!!! best!!!!!!! yg pasti, i follow.....!!!!!!!!!!

qyqa said...

@ Miz ruha..

thanx!!!!=)

qyqa said...

@ keseNGALan terserlah,

sbb Lee hong ki handsome sgt,aku tolak weh pinangan dy..jgn cter org..haha

thanx!!!!

qyqa said...

@nienadia,

terima kasih..rasa malu plak..hehe
memg x bole tulis lebih2 dah sbb bt part gini pun dah berapa kali qyqa dok picit pipi..=)

qyqa said...

@emaharuka,

thanx!!!tunggu....=)

qyqa said...

@aqilah,

kantoyolah plak..hehehe
thanx!!!

lynn lucy said...

best nyerr!!
nk lg dan lg!!
harap2 prjlnan hdup hana
n rizkin bhgia..n nk
tgk plak rizkin jdk risau ke..
gelabah ke..mcm org mati kutu ke..
klau hana xde kejap.antara mereka
mmg da ade rase syg..tp rizkin tu jer ego sket..hana lak mcm x yakin..
lbh2 la plak akak ni, qyqa.hikhik
jgn maraaa.tp akak mmg sker CC n x sbar nk tggu ending.
wish u all d best. :D

qyqa said...

@lynn lucy,

heheheh,
terima kasih akak!!!!=)
xdak la qyqa nak marah plak..
lagi ada hati dlm taman tau..hehehe
thanx again!!!!

Maryam Kamal said...

QYQAAAAAAAAAAA !

Aku sumpah ang kawen dengan mamat korea jambu tuuuu..

Ohhh, sangat touching entry kali ni.. menggoda jiwa btollll!!!

Ohhhh. Aku dah nak gila nih. haha

Mafia pun ada ciri2 dedikasi dan toleransi. maju btolll !

haha

saranghae jugakkk lahhh ! :)

Anonymous said...

tqah ke ni????xcye lgsg...
hahaha....
umo hg xsmpai lg 18...
tp syok abis la CC kali ni......
ang punye ejaan je kureng....
cm maslh yeng teng yg dlu je...
hahahaha....
pape pon....
ak ske!!!!
-tyra93-

Anonymous said...

tqah ke ni?????
hahaha...cm xcye lak....
umo hg xsmpai 18 lg la...
xpe2..ak rhsiakn....
tp syok la plak CC kalau slalu cmni.. =)
ang pnye ejaan je kureng ckit...
cm mslah yeng teng yg dlu je...
hahaha
pape pon
ak ske!!!!!
-tyra93-

qyqa said...

@maryam kamal,

harap sumpahan tu mgena..hahaha

hahahaha..tengsss ohh...

saranghae!!!!!

qyqa said...

@tyra...

weh ang...
aku kan dah 18
hahahha
bialah advance ckit..
ekekeke..
\masalah ejaan tu sbb banyak sgt tulis smpai x sdor
hahah
tp x ksah kalu kna cpmpare dgn yeng teng...

tengsssssssssssssss

23assie said...

nak lagiiiiii~ :D

Umie Naziera said...

tlong la sambung awak oiiiiii.... ;)