[[QYQA'S]]

Sunday, June 20, 2010

chomelnya chenta!! 19

Majlis persandingan..

Seumur hidup aku sebagai seorang budak kampung,tak pernah sekalipun aku bayangkan yang aku akan diraikan bagai seorang anak raja di majlis persandingan aku.Tak pernah!

Sebab aku sedar,aku bukanlah Cinderella yang ada ibu pari-pari yang boleh tukarkan baju kain buruk secantik gaun putih Taylor Swift,tukarkan labu jadi kereta kuda,tukarkan selipar jepun ke kasut tumit tinggi kaca dan tukarkan tikus jadi pemandu.TaPi bab tikus tu aku tak berkenanlah ye.

Tetapi hari ini,indahnya perasaan memang tak dapat dibayangkan.Bersanding atas pelamin yang indah macam Siti Nurhaliza ni tak pernah terbayang langsung!Walaupun hakikatnya aku bukanlah setuah Cinderella yang dapat berkahwin dengan putera yang dicintai,tapi aku bersyukur juga sebenarnya dapat merasa jadi puteri.

“Tak payahlah sengeh sangat macam orang gila.Coverlah sikit.”terdengar suara Rizkin perlahan ditelinga kiri.Tangan dia pula sedap berlingkar di pinggang aku sebab nak bergambar.Heh kalau tidak jangan haraplah nak macam ni.Buang tebiat aja rasanya.

“Dah nak bergambar,memanglah kena senyum!”

“Macam monyet jer!”Posisi kami bertukar.Kalau tadi sama-sama berdiri,kali ni Rizkin duduk di atas kerusi manakala aku berdiri.

“Kesiannya awak kena kahwin dengan monyet.”Sinis.Orang ramai memandang kami dengan senyuman.Entah apa yang mereka fikirkan,aku pun tak tahu.Tapi kalau selalu aku pergi kenduri,aku selalu doakan pengantin itu akan kekal sampai akhir hayat.Tapi kalau situasi aku sekarang ni…

“Nampaknya pengantin yang kita raikan hari ini…”Suara pengacara majlis berkumandang.Macam kenal jer dia.Orang kampong aku ker? “…iaitu Tengku Rizkin Ajmin dan Hana Humaira’ akan turun memotong kek dengan diiringi lagu dari Dato’ Siti Nurhaliza,Aku Cinta Padamu.”

Lagu Dato’ Siti berkumandang.Aku dan dia beriringan.Tanganku memaut lengan Rizkin.Tak sangka,pandai juga aku berjalan pakai kasut tinggi ni.Tak sia-sia belajar berjalan.Mau seminggu juga ambil masa nak berlatih.

Aku memegang pisau kek dengan kedua belah tangan diikuti tangan Rizkin yang mendarat di atas.Berdebar juga rasanya.Tambah bila badan dia ada kat belakang ni.Pandai-pandai jer ubah plot ye.Semalam berlatih tak ada pun macam ni.Sekadar genggam tangan aku dari tepi.Ini siap kepung badan aku dari belakang.Maunya tak terkejut.Tapi aku,Hana Humaira’ yang sentiasa cool.Mungkin juga nak kasi gempak lebih.Al-maklumlah,press ramai datang.

Kek dipotong.Tepukan bergema.
Tiba-tiba pengacara majlis menghampiri kami.

“Mari kita dengar ucapan ringkas dari kedua mempelai yang sama cantik sama padan. Tengku?”

Mikrofon bertukar tangan.

“Saya bersyukur majlis resepsi hari ini berjalan dengan lancar.Doakanlah perkahwinan saya ini akan kekal dan bahagia aman selama-lamanya.Dan…”Aku cebik.Huh,bahagia konon.Kekal konon.Ate,yang kontrak tu siapa yang nak jawab. “…kami dikurniakan anak secepat mungkin dan seramai mungkin.”
Ketawa meletus dari para tetamu.Aku pula maunya tak terkejut bukan main.Sedap mulutnya baca skrip.Malulah aku.Walaupun benda yang dia cakap tadi tak akan langsung terjadi tapi aku sebagai seorang perempuan mestilah malu bila dengar cakap macam tu.

“Dan Puan Hana?”Mikrofon dihulurkan padaku.Siaplah kau.

“Harapan saya sama juga macam suami saya yang tercinta ni…Err sebagai bukti kasih,saya nak buat permintaan boleh??Abang??”mataku memandang Rizkin.Mungkin dapat membaca bala yang aku nak bagi,mukanya serba salah.Nak tolak depan tetamu ramai macam ni,rasanya dia tak akan.Akhirnya,angguk.

“Hana nak abang nyanyikan lagu untuk Hana.”

Seluruh dewan bertepuk tangan.Rizkin muka tak percaya.Aku muka selamba.Para tetamu teruja.

Dengan penuh gentleman,Rizkin mencapai mikrofon dariku.
“Suara saya memang tak sedap.Tapi demi isteri yang tercinta,saya nyanyi juga.Tapi kalau hujan,jangan salahkan saya.”seluruh dewan bergema dengan tawa.

Entah lagu apa dia nak nyanyi.Jangan lagu Halimah Jongang sudahlah.Maunya aku baling dengan sudu garfu.

Sunggu Indahnya hari berlalu,
Menunggu kasih tambatan hati,
Ingin rasanya selalu berbagi,
Bersamanya kala suatu nanti,

Dia memeluk pinggangku.
“Sebelum abang jumpa Hana,hidup abang tak bermakna.Abang rasa hidup abang tak lengkap.Selalu keresahan.”Matanya tepat memanah mataku.

Andaikan kau jadi milikku,
Selaluku nyanyikan lagu rindu,
Andainya kau dan aku bersatu,
Dunia ini berseri selalu.

“Tapi sekarang,Hana dah jadi milik abang.Tak ada perkataan yang dapat bayangkan betapa indahnya perasaan abang ni.Kalau mampu,abang nak sayang x-ray hati abang ni.Biar sayang nampak betapa dalamnya rindu dan cinta abang.”Dan aku…bagaikan terpukau.Tergamam dengar kata-kata dan bait-bait yang keluar dari mulut Rizkin.Puitis dan umpama api yang mencairkan kekebalan hati.

Ku ingin dirimu dekat dihatiku,
Berdua kita kan raih bahagia,
Ku ingin dirimu turut,
Rasa rindu tuk menatap matamu,
Menatap matamu…

Habis sahaja ayat terakhir,sebuah kucupan hinggap dikedua belah pipiku.Umpama masa terhenti,mata kami saling berpandangan.Sukar untuk aku tafsirkan makna pandangan mata Rizkin.Yang pasti anak mata coklat ini kelihatan sungguh…

Tepukan bergema mengembalikan aku kealam nyata.Ya Allah..apa yang aku fikirkan.Lakonan Hana,Hanya lakonan.Lakonan untuk mengaburi semua orang yang kami adalah pasangan yang paling bahagia.Padahal…Ah…Apalah aku ni.

……………………………………………………………..

“Ayob!!”aku tampar bahu lelaki yang berbaju melayu peach itu. Ayob hanya senyum.Manis betul.

“Tahniah Hana.Kau cantik betul.Macam Cucup!”Terus lagi aku tampar bahu dia.Ada ker samakan aku dengan Cucup,perempuan tiga suku kat kampong aku.Tak berakal betul Ayob ni.

Sebab dah bosan sangat berkepit dengan Rizkin nak layan tetamu,aku lari jer dekat Ayob ni.Malas nak jumpa dengan perempuan-perempuan gedik yang jelas sangat jengkil bila tengok aku.Mesti fikir yang aku tak padan dengan Rizkin dan dah ambil alih tempat yang sepatutnya diorang dapat.Dahlah pula nak kena cakap guna I,You.Huh..tak kuasa aku.

“Hantulah kau ni.Mana kau menghilang ha?Aku nikah hari tu pun kau tak datang.Dahlah sebab kau aku kena nikah dengan mafia tu.”Aku buat muka.Betullah,sebelum aku setuju nak kahwin dengan Rizkin,beria mak cakap aku kena korban sebab nak selamatkan Ayob.Patutnya, aku marahkan Ayob,tapi entahlah.

“Macam tak percaya jer kau tak ikhlas kahwin dengan Tengku kaya tu.Tadi bukan main romantic lagi nyanyi lagu Aril.Kembang tekak aku tengok.”Dia mengusik.Aku hanya buat selamba. “Aku tak datang kau nikah hari tu sebab ada hal.”

“Ada hal?Ker makan hati.”saja nak provokasi.

Ayob jungkit kening. “Makan hati?Apalah kau merepek ni.Tak adanya aku makan hati.Bukannya aku ada hati dengan kau pon.”Aku tepuk dahi.Lain yang aku tanya,lain pula dia faham.Aku maksudkan Rizkin,bukannya aku.

“By the way,aku nak kenalkan makwe aku kat kau.Kejap nanti dia datang.Tadi pergi tandas.Mesti kau terkejut punya.”

“Mana tak terkejut kalau kau couple dengan Cucup.”Aku ketawa kuat.

“Kureng!”bahu aku ditepuk dari belakang.Bila aku paling.. “Boleh kau panggil aku Cucup!”

“Ya Allah,Umi!”terus aku peluk dia.Kami berdakapan erat.

“Lamanya tak jumpa kau!Macam mana kau boleh ada kat sini?Takkan betul kau couple dengan Ayob!”aku teruja.Tetamu disekeliling memerhati.

“Nehi for ever okey!Aku baru transfer U.Kebetulan jumpa Ayob,dia ajak aku datang.Tak sangka betul kau Hana Humaira’ yang kahwin dengan Tengku Rizin Ajmin.Aku ingatkan Hana lain.”

Aku hanya ketawa mengekek.Seronok sangat dapat jumpa Umi.Dah lama betul kami tak bersua sejak keluarga Umi pindah ke Melaka bila umur 14 tahun.Kiranya dah 5 tahu kami tak berjumpa.

“Kenapa,sebab aku Nampak lebih cantik?”

“Sebab dah kurus.Kan dulu kau gendut.Molenlah katakan.”Dia mengusik lagi.Aku dan Ayob ketawa.

“Ayob,ni dah jumpa Umi balik,bila nak luahkan cinta?”aku kenyit mata pada Ayob.Dia garu kepala.

“Nantilah.Ini baru jer jumpa.Nanti Umi ingat aku gelojoh.Nanti dia reject aku buat kali kedua pula.”Lagi sekali ketawa meletus.

Betul.Waktu zaman muda belia dulu,pernah Ayob cakap sukakan Umi.Tak sangka Umi reject sebab ramai cakap mereka dua sama-sama ada hati.Tengok-tengok lain pula jadinya.Bila jer Umi pindah,lagilah merana hati Ayob.Tapi bak kata Ayob,kalau betul dia ada jodoh dengan Umi,mesti akan jumpa balik.urm..ada jodoh ni.

“Nanti jangan lupa buka hadiah aku.Gunakanlah dengan sebaik mungkin ye…”kata-kata Umi penuh suspend lah pula. Aku hanya ketawa.

“Hana..”Ketiga-tiga kepala berpaling pada pemilik suara.Oh..Encik Hazrik. “Tahniah!Awak cantik.”

“Terima kasih.Terima kasih.”Aku angguk kepala.Lagi? “Awak dah makan ker?”

“Saya dah makan.makan sebelum pengantin lagi.Saja tunggu nak jumpa awak dulu.”

Aku Cuma sengeh. “Oh ya,kenalkan kawan saya,Umi.Dan rasanya awak dah kenal kot sepupu saya,Ayob.”

…………………………………………………………….

Punyalah banyak hadiah.Tambah pula semuanya besar-besar.Mula-mula teruja juga aku nak membuka balutan hadiah.Tapi bila dah banyak sangat..tak larat pula!Nasib baik semua ahli keluarga turut nak tolong buka hadiah.Sampaikan nenek pun mencemar dulu.Mak Jah dan Pak Mat pun siap nak bermalam kat villa ni memandangkan badan penat.Sedara-mara yang lain awal-awal lagi dah balik.

“Pemalaslah kau ni.Cuba buat muka teruja.Nanti apa pula kata nenek.”Rizkin bisik ditelinga.Huh,nasib baiklah aku bertudung sekarang,kalau tak maunya rasa air liur dia merembes menusuk ke lubang telinga aku ni.

Malas nak bergaduh dengan dia,aku buat-buatlah semangat.

“Hana..”aku angkat muka pandang nenek. “Kalau dah tak larat,naiklah dulu.”

Aku sengeh.Eh…malulah pula. “Taklah nek,Hana semangat ni nak buka hadiah.Nek jangan risaulah.”Ish…takkanlah aku nak mengaku yang aku memang dah penat dan tak sabar-sabar nak masuk bilik.Nanti lain pula fikiran diorang.Ingat aku dah gatal sangat.Al-maklumlah,malam ni kali pertama sebilik dengan Rizkin.

“Cakap ajalah dah tak sabar Hana!”kata-kata tu mengundang tawa seisi rumah.Ceh.Dasar sepupu tak boleh bawa muafakat.Kenakan aku aja kerjanya.Kan bagus kalau dia balik awal.Ini sibuk juga nak bermalam kat sini.

Penyudahnya,aku buat-buat tak tahu.Tanganku mencapai bungkusan hadiah berwarna hijau pucuk pisang.Wa…dari Ayob.Mulia juga hati dia ya siap nak bagi hadiah.Ingatkan tak berhati perut.

“Eh,hadiah aku.Bukalah cepat!”Ayob teruja.Dia ni memang tak reti nak malu-malu langsung.Depan keluarga Tengku ni pun nak tunjuk perangai.Aku ni lainlah,memang menantu keluarga ni.

“Ayob!”Tak lama,aku jerit.Semua pakat pandang.Bila jer tengok hadiah yang ada ditangan aku,semua gelak.

“Sorry.”Ayob tahan gelak. “Aku tak ada duit nak beli benda mahal-mahal.Kira Drypers tu jadi perangsanglah biar aku dapat anak sedara cepat.”

Aku buat muka.Hampeh.Agaknyalahkan,ada juga ker orang lain bagi hadiah lampin pakai buang kat pengantin?Sungguh tak bermoral.Aku pandang Rizkin,dia pon gelak juga.Seronok sangat ker?

Hampir tengah malam,semua hadiah dah dibuka.Cuma bungkusan berwarna merah jambu jer yang aku tak buka.Hadiah dari Umi.Aku tak berani nak buka depan semua orang sebab pada kad di depan Umi dah bagi amaran jangan buka depan orang,nanti menyesal.Nasib baiklah Si Ayob tak buka cepat walaupun dia yang Nampak bungkusan tu dulu.

Masuk jer bilik,aku tengok lampu bilik air dah terpasang.Mesti Rizkin tengah mandi.Aku?Nak buat apa dekat bilik yang besar ni?Rasanya mafia tu mesti mandi lama.

Bungkusan hadiah Umi,aku letakkan di atas katil.Aku capai tuala dan menuju ke bilik lamaku di tingkat bawah.

Krekk..

Terjojol mataku.Tangan yang dari tadi sibuk menggosok rambut yang basah terus terhenti.Badan yang barunya segar selepas mandi rasa berbahang.Rizkin pula buat muka toya sambil memegang hadiah Umi yang sudah selamat di buka.

Cepat aku rampas baju tidur berwarna merah garang itu dari tangan Rizkin.Malunya.Apalah Umi bagi hadiah merapik macam tu?

“Tak payahlah nak buka hadiah saya.”aku jeling dia yang tengah duduk di birai katil.Bajet kacaklah tu pakai baju tidur kotak-kotak.Macam Mr Bean lagi ada.

“Hadiah kau,hadiah aku juga.Nice.Sexy and sultry.”kenyit mata. “Test sekali tengok.”

Geli-geleman aku.Ada putus wayar ke nak suruh aku pakai baju macam tu.Depan dia?Huh,kirim salam.Dan Umi,siaplah kau nanti!

“Dah.Malas nak layan awak.Saya penat ni.Turun.Saya nak tidur.”ayat penyata.

“Abang dah nyanyi lagu Aril tadi sebagai bukti cinta.Bila pula sayang nak tunjukkan?”dia bangun.Berdiri tegak menghadap aku.Mak aih,boleh luruh segala bulu macam ni.

“Jangan nak mengada berabang sayang pula.Geli tekak!”aku tolak badan dia hingga terjatuh di atas katil.

Dia ketawa mengekek. “Kau Hana,masih lagi dengan sifat menggelabah kau tu.Agaknya tadi aku nyanyi pon,kau dah syok sendiri.Betul tak?”Rizkin berkata sinis sambil matanya menengadah ke syiling.

“Mana ada!Suara pon macam katak puru.”

“Habis yang kau tenung aku tadi,apasal?Macam nak telan jer gayanya.”

“Hobi!”

Rizkin ketawa.Tak lama,diam pula.Aduh...suasana macam inilah yang aku tak suka.Kayu,kaku,kuku.Udahlah aku berdua jer dengan dia.Dekat dalam bilik.Dalam bilik pengantin.Wangi gila.

“Menung apa!”hampir nak tercabut jantung aku bila suara dia dekat di telinga.Dek kerana terkejut betul,badan tak seimbang dan cepat pula tangan Rizkin paut pinggang aku.

Sekali lagi,suasana di dewan tadi muncul.Mata bertentang sedalam-dalamnya.Seolah-olah ingin mengalirkan apa yang difikirkan.Meskipun tanpa irama daripada mana-mana muzik,namun rentak hati seolah-olah bergabung membentuk irama yang tak bernama.Apa yang pasti,aku dapat rasakan kehangatan nafas dia yang semakin ketara.Anak mata coklat itu pula semakin dekat pada pandangan.Debaran dihati seolah-olah gong yang berbunyi bertalu-talu.

Sedar!

Cepat aku tolak dada Rizkin bila sedar seolah-olah ada satu suara ghaib yang bergema.Rizkin pula seperti tersedar dari mimpi bila dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.Nasib baik...kalau tak...

Aku baring di atas katil betul-betul di tengah.

“Sanalah sikit.Aku pun nak tidur.”

“Awak tidur bawah!”

“Apa pula.Ni katil aku.”

“Saya dah cop dulu.”

“Tak kira,aku nak tidur atas katil.”terdesak.

“Ada saya kisah?”

Rizkin geram.Berbekalkan kekuatannya,dia menolak tubuhku hingga berganjak ketepi.Tanpa berpamitan,dia merebahkan badannya di tepi.

“Hei!”macam sping,aku terus bangun dari pembaringan.

“Kau tidur ajalah kat tepi tu,bukan aku nak buat apa pun.Kalau takut sangat,tidur bawah.”dia dah menutup matanya dengan lengan.

Dengan hati yang sebal,aku turun dari katil.Ambil bantal dan aku rampas selimut yang menutupi badan Rizkin.

....................................................................................

Rizkin bangun.Dia memang langsung tak boleh tidur.Dia merenung Hana yang sedang enak berlingkar di bawah.Sedapnya dia tidur,

Terbayang apa yang berlaku sebentar tadi antara dia dan Hana.Waraskah dia kalau nak katakan sebenarnya dia sedikit terpesona dengan Hana?Dia yakin itu bukan rasa cinta.Habis rasa apa?Argh...Mengarut!

Rizkin tekad.Dia perlu cepat merancang strategi supaya nenek membenarkan mereka tinggal sendiri.Tak mahu...

Ada rasa yang bercambah!

12 comments:

Anonymous said...

salam...
fuh...
pumya lama sy tunggu cite
akhirnya bersambung gak...
tq pnulis...

kUsUt iTu StYlO said...

huhuhuhu...
taw xpew..
lme gler tnggu nk bce sambungan citer nie...

Maryam Kamal said...

dear mak cik Qyqa,
terima kasih banyak2 atas CC 19 yg sedikit menggeli-gelemankan bulu kaki!

romantik gak qyqa nehhh.. mwahaha..
agak2,
Riri tu ada gaya2 rizkin x?

dan qyqa, ada gaya2 Hana x?
haha

*betul ke yam sebut Riri tu? lupa da sape name ehem2 qyqa.. tanter Zati, help me! mwahaha*

:)

howeva, gaya penulisan yang semakin baik!
suka, suka, suka.

mesti BM qyqa makin superb!
:)

Y-niey said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa...
bez..
nk agiey..hehe..

keSENGALan teserlah.. said...

moyang..!!
suke suke..
haha..
pandai kau pilih time nk masuk n3..

awwww...
rizkin sudah rasa pape kee??
ekekekekee...

aqilah said...

best................best!!!!!!!!!!!nak lagi...................

Ai said...

yo..
dorang nk jth cintan le...
kih..kih..
comey kot.. haha

dik qyqa smbung ah ek.. ^^"

Miss Kira said...

hahaha... sukanya....
mesti rizkin rsa something2 kan..
hahaha

Najhan79 said...

dah lama nunggu en3 dari cik qyqa ni..best sgt CC19 ni..cepat la sambung ke CC20..dah tak sabar nak menunggu entry baru ni...

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaaaa best nya! :D
nak lagi nak lagi hehe

Anonymous said...

bes2................

Anonymous said...

salam..aduhai..akhirnyer ari ni dpt bace gak cc19!
Wow! interesting.haaaa rizkin da rase pape aehh..
bagus2 tu la hana kn special huhuhu.
lepas ni nk g aehh.klau bleh jgn lame sgt.x sabau.
:P

salam..lucy_persona@yahoo.com