Mia menolak troli yang berisi barangan keperluan rumahnya ke bahagian minyak masak. Pergerakkannya agak perlahan kerana troli tersebut berat dipenuhi dengan pelbagai barangan. Memandangkan Puan Alina iaitu emaknya sudah bersara dari membeli barangan keperluan rumah,maka dia yang harus mengambil alih tugasan itu setiap bulan. Mahu harapkan adiknya si Mirza,mimpi sajalah. Ada bagusnya juga dia yang membeli barangan keperluan rumah kerana dia boleh membeli barangan jenama kesukaannya. Tambahan pula,segala kos keperluan rumah ditanggung oleh abahnya. Tak sedar,Mia tersengeh sendiri.
Bump!!!!Tak sedar,dia telah melanggar seorang pemuda yang membelakangi troli tersebut.
“Aduh!!!!!”si pemuda menggosok bahagian belakang badannya yang rasa sakit setelah dilanggar oleh troli Mia.
Mia tergamam tidak tahu hendak berkata apa-apa. Dia menghampiri pemuda tersebut dengan rasa yang amat bersalah. Mestilah sakit ya amat sebab troli yang dibawanya sangat berat.
“Minta maaf..minta maaf.. saya yang salah..saya yang....”kata-kata Mia terhenti bila si pemuda berpusing menghadap Miadia tergamam tidak tahu hendak berkata apa. Si pemuda itu juga sama. Dia yang mulanya hendak marah,terus tergamam apabila terpandangkan Mia.
“Da..Da...nial..”tersekat-sekat nada Mia.
Si pemuda senyum. “Mia Daniella. Long time no see.”
“A..aah..lama tak jumpa..okey..bye!!”Mia tidak berminat hendak memanjangkan perbualan. Dia cepat menolak troli dan berharap Danial tidak akan bercakap apa-apa pun. Tetapi pergerakkannya menjadi lambat di sebabkan trolinya yang berat. Langsung dah lupa pasal minyak. Yang dia tahu,dia mahu cepat bayar dan keluar dari pasar raya ini.
“Let me help you.”Danial sudah berdiri di sisi Mia dan menolak troli tersebut.
“Tak payah.”Mia menghentikan troli tersebut. “I boleh tolak sendiri.”Mia menolak trolinya ke depan.
“Hey! Jangan sombong sangat. Let has a cup of tea?”
Langkah Mia terhenti. Dia berpaling ke belakang. “Sure.”senyuman terpaksa. Dia tak mahu Danial anggap yang dia masih mengingati kisah lama dan enggan bertemu dengan Danial.
“So..you buat apa sekarang?”Danial menghirup minumannya perlahan. Matanya tidak lepas dari menatap Mia di hadapan. 3 tahun tidak berjumpa,bekas isterinya sudah berubah. Dari rambut perang dahulu,kini sudah bertudung litup. Wajahnya masih ke anak-anakan walaupun sedikit matang. Mengikut perkiraan,Mia sudah 25 tahun. Muda 3 tahun darinya. Pasti masa dan pertambahan usia membuatkan wanita di hadapannya berubah. Tiada lagi baju seksi,tiada lagi mekap tebal.
“I kerja dengan papa. You? Seronok ker kerja dekat overseas?”Mia melontarkan pertanyaan. Hakikatnya,dia rasa sangat lemas. Mata Danial tidak lepas memandangnya. Apa yang tak kena? Pasti perubahan dirinya membuatkan Danial terkejut.
“Seronok.. I baru balik minggu lepas. You sihat ker? Banyak berubah.”
“Hm...”Mia hanya tersengeh. Akhirnya dia melarikan matanya ke tempat lain. Rasa segan nak menatap bekas suaminya.
..............................................................
Mia termenung menghadap syiling. Nafas berat dilepaskan. 3 tahun tak berjumpa,memang banyak perubahan yang berlaku pada Danial. Dia Nampak lebih matang dan gayanya sudah tidak seperti dahulu.3 tahun..dia dah berkahwin ke? Tak mungkin dia nak tanya,takut pula Danial tersalah tafsir. Kalaulah perkahwinan mereka kekal dahulu,pasti sekarang dia sudah ada anak yang petah berkata-kata. Cepat Mia menggeleng laju menyedarkan diri kealam realiti.
Anak? Berkahwin tanpa cinta atas kehendak orang tua,macam mana nak ada anak? Mula-mula bila dapat tahu yang dia bakal berkahin dengan Danial,memang protes habisan. Dia yang pada itu hanya tahu berhibur,memanglah tidak mahu berkahwin. Tambahan pula waktu itu Danial terang-terangan mengakui yang dia sudah mempunyai kekasih.
Akhirnya perkahwinan mereka berlangsung juga. Selama 8 bulan mereka berumah tangga,tak pernah aman. Ada saja perkara yang hendak digaduhkan. Mereka dengan hal masing-masing. Perjanjian juga termeterai yang mereka tidak akan masuk campur hal masing-masing. Pendek kata,hubungan suami isteri mereka hanya di atas kertas sahaja.
Perkahwinan mereka berakhir bila Danial berterus terang kepada keluarga yang dia mahu menikahi Syerry,gadis Belanda yang dicintainya. Semua ahli keluarga Danial membangkang dengan keputusan Danial. Dan dia,akhirnya membuka rahsia tentang perkahwinan mereka membuatkan seluruh ahli keluarga tergamam.
Dengar cerita Syerry tidak mahu bertukar agama dan percintaan mereka berakhir. Dan..Danial membawa diri ke luar Negara. Sejak tu,Mia tidak pernah bertemu dengan Danial. Hubungannya dengan bekas mertua pula,masih baik. Mia sekeluarga pasti berkunjung ke rumah bekas mertuanya setiap kali menjelang hari raya. Setiap kali ke sana,mahu saja dia bertanya tentang Danial tapi...malu.
.....................................................................
“Ala mak,Mia malaslah pergi.”Mia cuba nak mengelat.
“Eh,mana boleh tak pergi. Shasha kahwin. Nanti apa pula kata Aunty Nani?”mata Puan Alina mencerlung. “Kenapa tak mahu pergi?”cepat Puan Alina berkata. Selalunya,Mia yang suka sangat nak pergi kenduri.
Mia terdiam. Pergi kenduri Shasha..Shasha anak Aunty Nani..Aunty Nani tu mama Danial. Argh!!! Malaslah nak jumpa dia.
“Profesional sikit Mia.”
“Huh?”Mia tak faham. Nak professional apa pula?
“Takkan sebab nak elakkan Danial,sampai tak mahu datang kenduri Shasha? Kan semua tu dah berlalu.”lembut Puan Alina berkata. Dia harus memujuk Mia supaya menghadiri kenduri ini. Rancangannya bersama Puan Nani kena berjalan.
“Okeylah. Mia pergi.”dengan nada malas,Mia bersetuju.
Mia memerhatikan Shasha dan pasangannya yang cantik bersanding di atas pelamin. Sama cantik dan sama padan. Kedua-dua mempelai Nampak sangat bahagia. Apatah lagi bersanding di dalam dewan hotel mewah sebegini. Dia dulu pun sama tapi.......
“Ingat waktu kita dulu ker?”satu suara kedengaran amat jelas di telinga. Mia tahu siapa dan dia tak mahu berpaling.
“I tak suka ingat benda yang dah lepas.”datar Mia berkata.
“Mia..”
“Hm..”Mia masih lagi memandang pasangan pengantin di atas pelamin. Tak rasa hendak memandang orang di sebelah.
“You dah berpunya ke?”pertanyaan Danial membuatkan Mia terdiam. Kenapa Danial perlu bertanya?
“Kenapa you nak tahu sangat?”kali ini,barulah Mia memandang kea rah Danial dan dia baru perasan yang mereka berpakaian sedondon berwarna hijau.
“Kalau you dah ada teman,bawalah dia pergi birthday party I minggu depan.”Danial menghulurkan kad jemputan dan berlalu pergi meninggalkan Mia. Mia merenung kad jemputan tersebut. Ah..dia yang terlalu sensitive. Danial tak bermaksud apa-apa bila bertanyakan sama ada dia sudah berpunya atau belum.
Mia masih lagi merenung kad jemputan yang di berikan oleh Danial. Kalau dia tidak hadir pasti Danial menyangka yang bukan-bukan. Kalau hadir,nak datang dengan siapa? Memang dia sedang solo sekarang. Hafiz!!! Ya Hafiz!!!
“Oh awak nak saya teman pergi birthday party siapa?”Hafiz menyoal bila Mia menelefon dan menceritakan keinginannya.
“Err..kawan lama saya. Err..”Mia terdiam sebentar. Perlu ke dia menceritakan kepada Hafiz bahawa orang itu adalah Danial? Kalau tidak diceritakan pun,nanti pasti Hafiz akan tahu juga.tapi,mahu ker Hafiz pergi kalau tahu yang dia mahu ke birthday party Danial.
“Okeylah. Saya tak kisah. Cerita jer tarikh dan masa. Untuk awak,saya tak kisah.”
Ahh.. Hafiz terlalu baik. Sangat baik sampaikan dia merasakan bahawa dia tidak layak untuk menerima cinta Hafiz. Bukan sekali dua Hafiz menyatakan perasaan cintanya,namun entah kenapa Mia tidak rasa yang dia mampu untuk menerima Hafiz.
Hafiz terlalu baik. Selama 3 tahun ini,Hafizlah yang banyak merubah dirinya. Memberikan nasihat yang tak putus-putus. Dia..tak standing Hafiz. Atau lebih tepat sebenarnya,dia menyintai Danial. Dan bodohnya,dia menanti Danial. Bila Danial muncul,dia teras gementar ya amat sangat. Selama perkahwinan mereka,dia diam-diam menanam angan untuk menjaga perkahwinan mereka. Namun bila Danial tekad mengahwini Sherry,baru Mia sedar yang perkahwinan mereka langsung tidak memberikan apa-apa makna kepada Danial.
.......................................................................
Danial berbual-bual dengan tetamu yang hadir. Sepatutnya acara memotong kek sudah dilakukan tetapi bayangan Mia yang masih tidak kelihatan membuatkan dia mahu menunggu gadis itu.
“Selamat Hari Lahir Danial.”kedatangan Mia di sambut dengan senyuman Danial. Dia mengambil huluran kotak Mia. Dia sungguh teruja apabila Mia hadir.
“Selamat Hari Lahir juga Danial.”ucapan lelaki di sebelah Mia mematikan senyuman Danial. Ini...teman istimewa Mia kah? Tetapi menurut Puan Halina,Mia masih solo.
“Ini...”dia memandang Mia.
Mia teragak-agak. “Kawan I..”Danial tersenyum memandang Hafiz. Kalau itu,baguslah.
“Mari Mia.”dia menarik tangan Mia.
“Eh ke mana?”
“Potong kek dengan I.”Danial berkata lembut. Tak tahu kenapa,dia mahu Mia. Mahu Mia disisinya menyempurnakan ulang tahun ke 28 tahunnya. Dan Mia...hanya menurut langkah Danial.
Dan Hafiz..sekadar memerhati dari bawah bila Mia menemani Danial memotong kek. Pedih hatinya tak usah dicakap. Nampak sangat memang Mia masih cintakan bekas suaminya itu. Dia..umpama menanti di pinggiran. Mia Nampak ceria betul di samping Danial. Kalau Danial yang boleh bahagiakan Mia.....apakah daya.
Bila Mia memberitahu bahawa mereka akan ke party Danial sewaktu di dalam kereta tadi,dia sedikit sedih. Namun dia berfikiran positif yang Mia hanya ingin memenuhi undangan bekas suaminya sahaja. Tambahan pula,Mia mengajak dia turut serta. Namun sekarang....apa yang di depan mata....cukup menyakitkan.
“Saya minta maaf Hafiz.”Mia berkata sebaik sahaja kereta Hafiz meninggalkan rumah Danial.
“Kenapa?”Hafiz berlagak tenang. Gelora hatinya amat pedih namun tak guna menunjuk. Dia harus tenang.
Mia terdiam. Lelaki ini..kenapa kau baik sangat Hafiz? Kalaulah kau marah aku sekali pun,aku tak kisah. Ini..kau bersikap tenang. Malah tetap tunggu aku.. hafiz..
“Saya...saya..”tersekat-sekat Mia hendak bersuara.
“Tak apa Mia. Tak payah cakap apa-apa. Saya tak marah.”
Mia terdiam lagi. Ada perkara yang hendak dia katakan lagi. “Danial ajak saya keluar.”
“Jadi?”
“Awak tak marah?”
Marah? Sudah tentu Mia!! Sudah tentu!!! Kalau kau tahu hati aku sakit,kenapa mesti katakan kepada aku Mia? “Siapa saya nak marah Mia? Siapa saya? Saya bukan sesiapa pun Mia.”
“Saya kejam kan Hafiz?”Mia serba salah. Dia memang kejam. Memilih untuk keluar dengan Danial bermakna memberi peluang kepada Danial dan menutup peluang Hafiz.
“Awak berhak bahagia Mia. Bagilah peluang pada awak dan dia. Saya Nampak awak boleh ketawa dengan Danial tadi dan bukan dengan saya.”
“Hafiz..saya..”Mia ketandusan kata-kata. Hafiz...kau terlalu baik.
Kereta sampai di hadapan rumah Mia. Hafiz memandang Mia. “Memang dia kan yang awak nanti selama ini? Memang dia kan yang awak harap-harapkan selama 3 tahun ni? Dia dah ada depan mata dan saya Nampak yang dia ada hati pada awak. Pergilah Mia..bagi peluang pada dia..saya..saya tak kisah. Awak boleh keluar.”sayu suara Hafiz.
Kereta Hafiz terus meluncur laju sebaik saja Mia keluar dari kereta. Hafiz..aku tahu kau sedih..maafkan aku Hafiz..memang Danial yang aku nanti. Aku harap ada peluang antara kami. Aku tak boleh nak tipu diri. Memang aku gembira tadi.. hati Mia berbisik memandang sayu.
....................................................................
“Rasa pelikkan kita keluar macam ni?”Danial bertanya sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi panjang.
Mia hanya mengangguk. “Pasangan cerai kan.”ketawa.
“Mia.. “
“Hm...”
“I harap you bagi peluang pada I.. I tak mahu jadi bodoh macam dulu. I harap kita boleh jadi lebih rapat. I nak kita serius.”
“Maksud you?”Mia mahukan kepastian.
“Ingat tak kita kahwin 8 bulan jer. Dalam 8 bulan tu,tipu kalau I kata langsung tak tercuit dengan you. Tapi I terperangkap dengan janji terhadap Sherry. I harap you halang I tapi you bongkarkan pula rahsia perkahwinan kita. Buatkan I anggap yang..yang you tak mahu perkahwinan kita panjang. I bawa diri lepas tu. Dalam 3 tahun ni.. I belajar jadi manusia. Balik ke sini dengan harapan nak jumpa dengan you.”panjang lebar Danial berkata. Dari sinar mata,Mia tahu yang Danial tidak berbohong. Jelas kejujuran di mata lelaki itu.
“You tahu....3 tahun ni..I memang tunggu you..”malu-malu Mia katakan.
“Kita..patut bagi peluang pada diri sendiri kan...”
Mia angguk. dia tak sangka,mereka berkongsi rasa yang sama. Bercerai dan terpisah selama 3 tahun ni,kerana salah faham dan ego masing-masing.
Sejak dari hari itu,mereka sering keluar bersama,meluangkan masa bersama-sama. Malahan,keluarga kedua-dua belah pihak turut gembira. Mereka amat berharap yang Mia dan Danial akan bersatu semula.
Mia sebenarnya rasa kehilangan sesuatu. Sudah hampir sebulan setengah mereka tidak berhubung dan bertemu dengan Hafiz apabila Mia menceritakan bahawa dia dan Danial bersetuju untuk memberikan peluang kepada diri masing-masing sewaktu mereka keluar berdua buat kali pertama selepas birthday party Danial. Mia tak tahu apa yang mendorongnya menceritakan hal tersebut kepada Hafiz sedangkan dia tahu Hafiz pasti akan terluka. Dia..mahu Hafiz putus harapan kepadanya.
Tapi kadang-kadang dia sendiri terkeliru dengan perasaan dan hati sendiri. Sewaktu bersama dengan Danial,dia akan teringatkan Hafiz..malahan,tempat-tempat yang dituju bersama Danial juga akan menggamit memorinya bersama Hafiz. Tidur malamnya juga kadang-kadang termimpikan Hafiz. Dia..terkeliru. hendak menghubungi Hafiz dulu,Mia malu. Dia yang beria mahu lelaki itu menjauhkan diri,takkan pula mahu menghubungi lelaki itu kini?
Mia mengangkat pergelangan tangannya memandang rantai gelang berwarna perak. Gelang ini merupakan hadiah dari Hafiz untuk hari lahirnya pada tahun lepas.
“Kalau ditakdirkan awak bukan untuk saya pun,awak kena janji yang awak kena jaga juga gelang ni. Bila dah jumpa arjuna hati awak dan orang itu bukannya saya,awak bukalah rantai gelang ni dan simpan. Boleh?”itulah kata-kata Hafiz sewaktu memberikan rantai tangan ini. Sekarang...Danial arjuna hatinya. Dia memang kena tanggalkan gelang ni. Tapi... entah kenapa hatinya bagai tidak membenarkan dia menanggalkan gelang tersebut. Ah....kalutnya!!!!
..............................................................................
Mereka bersama-sama berjalan di tepi pantai. Seperti kebanyakan pasangan bercinta yang lain,mereka berbual-bual sambil berjalan. Tiba di sebiji batu besar,mereka menghentikan langkah dan duduk di atas batu besar tersebut.
“You tahu..kadang-kadang manusia ni hanya akan menghargai sesuatu benda kalau dah hilang...”Danial mengucap perlahan.
Pandangan mata Mia yang seronok melihat laut dialihkan menghadap Danial. “Maksud you?”
“Contohnya orang tu sentiasa ada di depan mata. Kita langsung tak hargai. Tapi bila dia dah hilang,baru kita rasa kehilangan sesuatu dan baru sedar yang kita cintakan dia.”
“Apa yang you cuba nak cakap Danial?”Mia tahu Danial bermaksudkan sesuatu.
“Mia..you betul-betul cintakan I ker?”ada getaran dalam suara Danial.
Mia terdiam. “Kenapa nak tanya soalan macam tu. You sendiri tahu.”hakikatnya Mia tak senang ditanya begitu.
“Kenapa you tak pakai cincin yang I bagi? Dan kenapa mesti sentiasa pakai gelang yang Hafiz bagi tu?”
Soalan Danial mengejutkan Mia. Benar,dia hanya pakai sekali saja cincin pemberian Danial. Dan gelang ini...mana Danial tahu?
“Betullah kan yang gelang tu pemberian Hafiz?”Danial menyambung kata apabila Mia terdiam. “Selama ni I tertanya-tanya kenapa you asyik jer renung gelang tu. Kadang-kadang you termenung. I tak rasa hati you ada bersama bila kita jumpa. You entah jauh melayang ke mana.”
Mia menggeleng. “Bukan macam tu Danial.”
“Mia..jangan nak tipu diri Mia. I nak masuk meminang,you tak mahu. Nak masa. Tapi you sebenarnya tak sedar yang you cintakan Hafiz. Bukan I.”
“I dah pilih you! Jadi I akan bersama you. Lagipun Hafiz dah tak peduli tentang I.”Lantang Mia berkata. Dia tak mahu mengakui tuduhan melulu Danial itu.
“You pilih I sebab you ingat you cintakan I. You ingat rasa cinta 3 tahun yang dulu tu masih mekar. Tapi sebenarnya tak. You dah tak rasa apa-apa pada I. “
“Apa tujuan you cakap macam ni? You don’t know my heart dan jangan nak cakap macam-macam.”Mia mula beremosi.
Danial geleng. “I tak mahu you buat silap Mia. I tak mahu you derita. Kita pernah gagal dulu dan I tak mahu perkahwinan kita gagal buat kali kedua nanti. I sayangkan you. I cintakan you.”
“Habis kenapa you nak kaitkan Hafiz kalau you sayangkan I?”Mia menjerit. Perasaannya tidak terkawal.
“Sebab I nak you bahagia. I nak you bahagia. Hafiz sedarkan I tentang satu perkara. Mencintai tak semestinya memilik. Dia jumpa I semalam. Dia suruh I jaga you elok-elok. Dia mengaku yang dia tak boleh lepaskan you dengan mudah tapi dia rela kalau I boleh bahagiakan you. Dan I tahu,orang yang boleh bahagiakan you....adalah Hafiz.”
Kata-kata Danial membuatkan Mia mengalirkan air mata. “Betul ke Hafiz jumpa you? Dia..dia ada dekat mana sekarang?”
Danial tersenyum. “You memang nak tahu pasal dia kan?”
Mia tertunduk. “I minta maaf Danial. I keliru dengan perasaan sendiri. Memang betul cakap you.. i rasa yang I...memang cintakan Hafiz.”
Bagai guruh yang menyambar hati Danial. Walaupun dia sudah bersedia untuk mendengar pengakuan itu tapi dia tetap berasa sedih. Emosi kena dikawal.
“Elok you mengaku sekarang dari menyesal nanti. You pergilah air port. Hafiz nak pergi London. Dia nak duduk di sana.”
Mia segera berlari apabila mendengar kata-kata Danial.
“You nak ke mana? I hantarkan.”Danial menjerit.
“Air port!”
...............................................................................
Mia segera berlari masuk ke balai perlepasan apabila kereta Danial sampai. Dia melilaukan mata ke sana sini untuk mencari Hafiz. Air matnya jatuh bercucuran. Dia tak mahu Hafiz pergi. Tak mahu.. dia perlukan Hafiz. Dia hendak mengakui isi hatinya.
“Hafiz!!!!!!!!!”Mia menjerit kuat apabila ternampak kelibat Hafiz yang sedang duduk di atas kerusi. Mia segera mendekati Hafiz.
Hafiz yang ternampak Mia berubah riak terkejut. “Mia..awak buat apa dekat sini?”soalah diaju apabila Mia menghampiri. Andai gadis itu halal didakap,pasti sudah dilakukan. Rindunya usah dicakap. Selama 3 bulan ini,dia hanya mampu memandang Mia dari jauh.
Mia mengah menahan nafas. “Jangan pergi.... saya...”
“Kenapa? Kenapa saya tak boleh pergi? Sama jer kalau saya ada di sini atau tidak.”
Mia mengangkat lengannya dan menarik gelang di tangan. “Sebab saya tak akan buka gelang ni. Sebab arjuna saya itu adalah orang yang member gelang ni. Dan saya harap dia tak akan meninggalkan saya. Awak..janganlah tinggalkan saya..”air mata Mia mengalir laju. Dia tidak peduli pada mata yang memandang.
Jelas Hafiz sangat terkejut. “Mia..saya Hafiz. Bukan Danial. Awak betul ke ni?”Hafiz tak percaya.
Mia pantas angguk. “Boleh tak awak jangan pergi. Saya mengaku yang saya sangat sayangkan awak. Saya nak awak ada disini. Please...”
“Mia...”Hafiz terharu. Hafiz mengangguk.
“Saya cintakan awak!!!!”serentak mereka berkata.
Mia merapati lagi Hafiz. “Boleh awak terus duduk di sini dan jangan pergi?”berkaca matanya.
“Demi awak Mia..demi awak...”Hafiz mengangguk perlahan. “Tapi saya kena pergi hari ini. Saya ada urusan kerja.”
“Awak bukan nak pergi sana terus?”wajah Mia terkejut. Hafiz menggeleng.
“Danial cakap.......awak nak pergi sana terus tinggal.”
“Danial???”Hafiz mula berfikir. Danial..pasti telah korbankan perasaannya untuk melihat Mia dan dia bahagia. Tak sangka,Danial rela berkorban. Terima kasih Danial.
“Awak akan tunggu saya kan? Lagi 2 minggu saya balik.”Hafiz menagih janji. “Dan lagi 2 minggu juga,rombongan meminang akan sampai.”
Mia tertunduk malu. “Saya tunggu awak.”dalam hatinya rasa gembira. Inilah saat gembira yang belum pernah dirasakan. Rasa bahagia ya amat bila orang yang benar-benar dicintai berkata begitu. Bila cinta...ada kepahitan..disebalik kepahitan pasti ada kemanisan. Dia yang terkeliru sebentar dengan perasaan akhirnya tersedar bahawa memang Hafizlah yang dicintai. Terima kasih Danial.... terima kasih.
Danial yang memandang dari jauh hanya mampu tersenyum. Sedih di hati ada tapi tetap ada bahagia melihat senyuman Mia sebegitu. Bila cinta...perlukan pengorbanan. Andai memang Hafiz yang terbaik untuk Mia..dia rela. Yakin akan wujud srikandi dari-NYA.