[[QYQA'S]]

Saturday, January 29, 2011

CHOMELNYA CHENTA 25

Aku dan Rizkin duduk sambil memerhatikan Ajim,Musan dan Malim bermandi-manda. Nampak sangat gembira. Idea nak datang ke Lawin ni datang dari Musan. Katanya dah lama sangat tak datang Lawin. Rizkin pun setuju. Aku ikut saja. Odah dengan Isya pula tak mahu ikut.

“Nak makan ker nasi lemak?”aku bertanya pada Rizkin yang ralit memerhatikan Malim dibuli oleh kedua sahabatnya.

Rizkin menggeleng. “Aku kenyang lagi. Tadi berapa banyak aku tambah.”Rizkin menolak. Memang tadi sampai 2 pinggan dia makan. Kalau nasi lemak yang mak masak,memang tak ada siapa yang boleh nak lawan.

Memandangkan Rizkin menolak,aku makin seorang. “Awak rasa antara tiga-tiga budak tu,mana yang paling handsome?”aku melontarkan soalan dengan mulut yang penuh.

“Kenapa tanya soalan tu?”dia memandangku. Aku Cuma sengeh. “Kalau handsome,Ajim agaknya sebab dia macam kemas. Musan pula muka manis sangat. Ha...Malim ni,comel!!!”teruja Rizkin menjawab. Memang betul apa yang dia cakap tu. “Tapi aku rasa kalau Malim ni dah matang,dia akan lebih handsome dari Ajim. Unfortunately,tak boleh nak challenge aku!”wah...ayat sikit punya megah diri. Gua dah kembang semangkuk.

“Saya ingat awak tak suka budak-budak. Tapi Nampak macam awak mudah pula mesra dengan budak-budak tu.”

“Aku suka budak. Tapi payah juga nak tunjuk perasaan. Mungkin sebab aku tak ada adik.”perlahan Rizkin menjawab.

“Kalau macam tu,kenalah cepat ada anak......”kata-kataku mati disitu. Apa yang aku merepek ni? Hana kau ni memanglah!

Rizkin sengeh lebar. “Apa? Anak ? good idea!”dia mendekatkan wajahnya. “Sayang dah bersedia ker? Abang anytime!”muka Rizkin nakal tak hengat.

Muka aku panas dah. Pura-pura makan dengan tekun dan memerhatikan budak bertiga tu mandi. Dan mata Rizkin tak lepas-lepas lagi memandang aku.

“Suaplah abang sikit sayang.. abang lapar...”merengek tiba-tiba. Dia ni kenapa pula? Berdrama tak tentu pasal. Aku dah tak senang hati. Jantung pula suka-suka jer nak pam laju-laju. Takut sangat badan tak cukup oksigen!

“Makanlah sendiri. Tu...sikit punya banyak.”aku memuncungkan bibir menunjuk pada bekalan makanan.

“Abang nak bermanja pun tak boleh. Alah sayang...suaplah...”masih nada merengek. Buat muka seposen. Dia ni. Sebab malas nak layan,aku pun suapkan je. Aku pernah dengarlah cikgu aku cakap,kalau nak anak dengar cakap kena bagi makan pakai tangan. Insyaallah anak tak akan degil. Ha...kalau suap suami macam ni,boleh kira ker?

“Amboi. Romantiknya kak!”suara Musan kedengaran. Dia sengeh sambil berjalan kearah kami. “Kami ni budak bawah umur.”dia duduk di sebelah ku.

“Nak juga ker? Akak boleh suapkan.”aku tak mahu mengalah.

“Eh musan jangan kacau daunlah. Pergi sana. Ni bini abang tau. Mana boleh duduk sebelah.”Rizkin menepuk bahu Musan dari belakangku. Kemudian dengan selamba,Rizkin memaut bahuku.

“Ala,Abang Rizkin ni kedekutlah.”Musan pura-pura merajuk.

“Weh Musan hang tak payah kacau daunlah!”terdengar suara Ajim memekik. “Atin sorang dahlah. Mari mandi sini.”Gelak tawa Ajim disambut Malim. Musan yang geram terus menuju kea rah mereka dan membalas dendam. Kecoh jadinya bila Ajim dan Malim berpakat membalas serangan air Musan.

“Dah turunkan tangan awak.”

Tangan turun. “Blushing muka.”dia tersengeh lagi. “Aku ada sebab tau buat macam ni.”

“Kenapa?”perasaan ingin tahu menguasai. Entah-entah sebab tadi budak-budak tu ada tanya kenapa kami berdua cakap macam kawan. Rizkin terguna kau,aku di depan mereka.

“Gatal.”ketawa dia pecah. Dan aku...tahan rasa sengal dalam hati.

Selepas hampir sejam setengah kami di Lawin,terus berkemas untuk pulang. Bekalan nasi lemak juga habis licin. Malim yang makan paling banyak. Memang tak padan dengan badan kecil.

“Atin tu awek hang eh Musan?”aku menyoal bila kereta dah bergerak.

“Mana ada!”Musan cepat jawab.

“Bertepuk sebelah tangan kak. Atin tu sekelas dengan Odah.”Ajim baik hati menjawab. Musan yang tak puas hati,bagi tamparan dekat bahu Ajim. Ajim tak balas,tapi gelak dengan kuat. Aku tersengeh.

“Dia cantik eh?”aku masih lagi nak menggiat.

“Entah.”Musan angkat bahu. Ajim tersengeh tak tahan. Mungkin takut nak jawab nanti kena tampar lagi.

Kemudian kami masing-masing terdiam. Yang kedengaran Cuma suara radio. Bila aku menoleh ke belakang balik,Nampak Malim dah tertidur. Ajim dan Musan masing-masing memandang ke luar tingkap. Penat bermain mungkin.

...........................................................................

Aku berjalan beriringan bersama-sama Rizkin menuju ke rumah. Kami baru saja usai solat Isyak. Waktu perjalanan pergi ke masjid tadi,Pak Ngah turut bersama. Tapi sekarang hanya tinggal kami berdua apabila Pak Ngah mahu berbual-bual sebentar dengan AJK masjid. Kata Pak Ngah,masjid sekarang seolah-olah tempat eksklusif untuk warga emas sahaja kerana jarang benar mahu melihat belia-belia muda untuk bersolat di masjid. Kalau kanak-kanak tu,ramai juga. Budak-budak remaja pula lebih suka melepak di tepi-tepi jalan sehingga maghrib menjelma.

“Takut ker?”Rizkin tiba-tiba bersuara.

Aku angkat kening memandang Rizkin. Jalan yang diterangi dengan lampu jalan membolehkan aku melihat wajahnya. “Cakap terbalik eh? Jangan risau...waktu-waktu macam ni selamat lagi.”aku sengeh.

“Kalau aku takut,kau nak buat apa?”dia menyoal.

Aku mengerutkan dahi tanda berfikir. Kalau dia takut,aku nak buat apa? “Mana pernah saya tengok hero dalam cerita Korea penakut. Selalu heroin tu takut,hero akan lindung.”aku membetulkan kain telekung di tangan kanan.

“Ceh,itu Korea. Lakonan semata-mata. Tak faham aku apasal muka diorang jambu ya amat. Boleh cakap macam perempuan dah.”dia sedap mengutuk.

“Cakap jer awak jealous sebab tak handsome macam diorang kan?”aku memprovok. Betullah cakap Rizkin,mamat-mamat Korea memang muka jambu habisan. Kalah kulit aku ni. Tapi yang pasti salah satu factor mungkin cuaca agaknya.

“Tolonglah. Aku ni berjuta macho dan handsome dari diorang. Tambah pakwe kesukaan kau tu. Ha..apa nama? Lee Hoki? Badminton? Golf?”Rizkin ketawa. Amboi sedap-sedap jer perleceh nama pakwe kesukaan aku tu.

“Lee Hong Ki!!!”satu cubitan hinggap di lengannya. Oppsss..refleks yang agak.....luar biasa?

“Eh..kau cubit aku ni...”dia tersengeh. “Rasa macam loving pula.”

“Ha...memang loving pun kan? Bolehlah cubit banyak-banyak. Dia ketawa terus. Tak ada nak tapis-tapis. Dia ni,aku rasa macam romantic juga. Romantic dengan cara mengusik. Okey udahlah tu,melebih-lebih pula.

Bila kami sampai,mak sedang menyulam lengan baju kurung sambil menonton televisyen. Aku mendekati mak bila selesai menyalin pakaian.

“Baju siapa mak sulam tu?”aku duduk di sebelah mak. Memegang kain baju kurung tersebut. Cantik.

“Baju cikgu sekolah. Dia minta tolong mak jahitkan. Lepas habis sulam ni,siaplah.”mak menjawab.

“Kan mak dah lama tak ambil upah menjahit?”betullah. seingat aku,dah setahun lebih juga mak pencen menjahit. Penat kata mak. Aku boleh jugalah menjahit baju kurung tapi tak cekap sangat. Nak menyulam pun aku tak pandai lagi.

“Sajalah mak jahitkan. Dah dia minta tolong. Baik cikgu tu. Manis jer orangnya. Kalau jumpa mak dekat pasar,selalu sangat dia tumpangkan. Semua mak cik-mak cik berkenan nak buat menantu.”mak memuji.

“Mana lagi manis? Hana ker cikgu tu?”aku merangkul lengan mak dan melentukkan kepala di bahu mak. Lama betul tak bermanja.

“Amboi dah kahwin pun nak bermanja dengan mak? Nanti Rizkin cemburu pula. Kenalah Hana pujuk dia.”mak mengusik. Tangan mak naik membelai rambut pendekku.

“Takkan dengan mak pun nak cemburu.”aku tersengeh. “Dah lama ni tak urut mak. Nak Hana urutkan?”aku mengangkat kepala dan memandang mak.

“Urutkan tangan mak ni. Lenguh dah.”mak menghulurkan tangan kanannya. Aku mengurut perlahan. Bukan betul-betul urut pun. Sekadar nak bermanja.

“Untungnya mak. Hana tak pernah urut saya pun.”Rizkin tiba-tiba muncul. Dia tersengeh dan duduk di sebelahku. Aku duduk di antara mak dan Rizkin.

“Lah...kenapa tak suruh?”

“Takkan nak paksa orang. Sedihlah macam ni.”buat suara berjauh hati. Aku dah cebik. Uh..suka kacau daun betul.

“Ha..kan betul mak cakap. Rizkin cemburu.”mak mengusikku. Urutanku terhenti.

“Orang muda mana boleh urut. Nanti cepat tua.”aku menjawab. “Nanti kalau jatuh pokok baru boleh urut.”aku sengeh.

“Ish budak bertuah ni. Doa suami macam tu pula.”mak menepuk pahaku perlahan. Tahu yang aku sekadar bergurau.

Bila jam dah pukul 11 malam,mak dah nak masuk tidur. Tinggal aku berdua dengan Rizkin di ruang tamu. Mata aku memang dekat TV tapi akal dan fikiran aku melayang jauh.

“Nanti kalau nenek tanya pasal honeymoon ni,saya takut tak boleh nak jawab.”aku bersuara. Pandangan Rizkin beralih dari muka Rozita Che Wan ke mukaku.

“Maksud?”

“Selalu pergi honeymoon mesti ada tangkap-tangkap gambar. Beli barang-barang. Kita?”aku melontarkan persoalan. Betulkan,orang pergi honeymoon mesti nak abadikan kenangan.

“Tak payah risaulah. Nenek tak complicated sangat. Aku tau nak buat apa.”dia bangun. “Aku nak tidur dulu. Nak join?”dia menghulurkan tangan.

Aku dah garu kepala. “Tak. Nak tengok drama ni dulu.”gila apa dia. Apasal dia macam lain eh? Aku tak tahu apa,tapi dia memang lain.

Bila aku rasa yang Rizkin dah tidur,barulah aku masuk bilik. Aku menjeling kea rah Rizkin. Dah nyenyak pun tidur. Memanglah nyenyak kalau sejuk macam ni. Perlahan-lahan aku menuju ke almari dan mengambil toto. Toto ni aku ambil diam-diam dari bilik mak petang tadi.

Aku bentangkan toto dan baring. Tiba-tiba teringatkan perjanjian perkahwinan kami. Setahun. Bukan tempoh yang lama. Aku rasa kalau antara kami bijak menjaga hati,tak akan ada yang terluka bila dah sampai masa yang kami perlu berpisah.

Hampir sebulan kami menikah,aku dapat rasakan yang dia ada berubah. Cakap pun tak ada nak tengking-tengking. Cuma kalau bab menjengkilkan tu memang juara. Dan Rizkin...semacam mesra. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Berlakon mungkin?

Ah...apa yang aku peningkan sangat ni. Tidurlah!!!!

..............................................................

“Banyak ke buah dekat dusun atuk hang?”aku bertanya kepada Ajim. Kami sekarang sedang berjalan menuju ke dusun Haji Poji,atuk si Ajim ni. Musan cakap boleh makan buah dekat sana.

“Sekarang dah tak banyak sangat kak Hana. Kan musim buah pun dah nak habis.”Ajim menjawab. Dia menuntun basikalnya. Budak-budak lain sekadar berlenggang.

“Abang reti ke panjat pokok?”Odah bertanya kepada Rizkin. “Kami rasa orang Bandar mana main panjat-panjat pokok ni.”

“Mestilah.”jawab dengan angkuh gila. Budak-budak ketawa. Tak tahu apa yang ada dalam fikiran diorang. Mungkin juga.....dah tak pandai pun tak mahu mengaku? Haha.

“Wah..boleh tahan.”aku berkata apabila sampai di dusun. Banyak juga pokok buah-buahan yang masih berbuah. Paling banyak mestilah pokok buah rambutan.

“Atuk dah jolokkan buah. Marilah pergi pondok.”Ajim mengajak. Kami semua mengikut menuju ke pondok kecil. Memang situlah tempat berehat bila dah penat bekerja.

“Manis betul langsat ni.”aku berkata. Semua pun angguk. ada banyak juga jenis buah-buahan yang Haji Poji kaitkan. Rambutan ada,pelam ada,manggis pun ada.

“Hang dah siap kerja mate ke? Esok ada waktu Mate.”Musan menyoal Malim dan Ajim. Odah dan Isya terus makan sebab tak ada kaitan pun dengan mereka.

Ajim menepuk bahu Musan. “Sejak Cikgu Farah ajar mate ni,hang makin bersemangat eh. Kalau dulu nak muntahlah belajar mate. Ada harapanlah nak dapat 5A.”Ajim mengusik.

“Cikgu Farah tu cun eh?”aku bertanya.

“Dia tu akak Atin. Nak dapat adik,kenalah ambil hati akak dia dulu.”Malim dah ketawa dulu. Kami yang lain turut ketawa. Cuma Musan jer buat muka selamba. Hai,baru darjah 6 dah pandai nak suka-suka.

“Abang betul ker pandai panjat pokok?”Musan bersuara berniat hendak menukar topik.

“Nak abang buktikan ker?”

“Yup!!!!”

“Okey..mari.”dia dah bangun. Kami semua turut bangun.

“Baik jangan.”aku berbisik di telinga Rizkin. “Nanti jatuh,kan payah?”aku menjegilkan mata.

“Mesti tak punya.”yakin.

.................................................................................

Aku mengurut perlahan betis Rizkin. Dia menahan sakit. Itulah,berlagak lagi. Dah tak pandai nak panjat pokok,tak payahlah nak jadi hero. Nasib baik waktu dia jatuh tu Haji Poji datang,boleh tolong hantarkan. Waktu terjatuh tu,agak tinggi juga dia dah panjat. Alasan,ada kerengga. Yelah tu.

“Kau ni macam tak ikhlas jer nak urut.”Rizkin yang sedang meniarap berkata.

“Memang pon.”aku menjawab sarkastik.

“Tapi kalau aku tak jatuh,mesti aku tak dapat rasa urutan kau ni. Masin juga mulut kau.”dia berkata lagi.

“Ha..lepas ni kalau nak rasa urutan saya,pergi terjun dekat mana-mana.”

“Bagus idea tu.”

“Gila!”


*QYQA DAH EDIT BLOG NI..TUKAR PULAK,KOMEN DEKAT POST FIRST BOLEH KELUAR KOMEN..KOMEN DI POST YG SECOND X BOLEH KELUAR.. SORRY YE MENYUSAHKAN.=)

Monday, January 17, 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !



Assalamulaikum semua!!!!!

Qyqa dah ditag oleh fathiah raihana untuk join CONTEST BLOG PALING CANTIK,COMEL DAN KEMAS. Terima kasih untuk peluang ini. ngeh3.. sebenarnya cik adik manis ni tag untuk blog qyqa yang lagi satu tu tapi blog yang tu macam kosong sangatlah. tak per,ambil ajalah blog ni. agak cun dari blog QYQA'S SIDE tuh...hehehe...

tah tahulah blog qyqa ni tergolong dalam part mana. nak kata comel,tak semengah mana pun. cantik??? tak pun.. kemas??? agak bersepah juga dengan banyak gajet kan. tapi cuba sajalah nasib. mana tahu mengena. dapat hadiah. ini kali pertama nak join contest macam ni. selalunya.......M. HEHEHE...kalau nak join boleh saja......


syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.


Maka,qyqa nak tag ler 5 insan bertuah ni. ha..yang tak kena tag pun boleh join juga. jangan malu2..ewah..macam contest sendiri pulakan nak over2 gitu..ngeh ngeh.
qyqa tag:

Thursday, January 13, 2011

CHOMELNYA CHENTA 24

“Sebenarnya Tuan..”teragak-agak Che Nah hendak bersuara. Dia tekad. Mungkin ini yang terbaik untuk waktu ini. Tak perlu tergesa-gesa. Dia sedar risiko yang bakal berlaku. Biarlah. “Puan Alina dah bagi Ama dan Ami pada keluarga angkat yang berbeza.”

Muka Haji Din berubah terkejut. Berkerut. “Awak tahu mana keluarga yang ambil anak-anak saya tu?”

“Saya tak kenal diorang. Tapi satu keluarga tu dah berhijrah ke luar Negara bila ambil Ami.”

“Maksud awak,kemungkinan sekarang ni Ami ada di luar Negara?”Haji Din terdesak untuk tahu.

Perlahan Che Nah angguk. itu adalah hakikat. Hal ini,dia memang tidak menipu. Memang benar keluarga tersebut telah mengambil Ami dan terus berhijrah ke luar Negara. Kenapa dan mengapa Puan Alina mempercayai pasangan suami isteri itu,Che Nah sendiri tidak mengetahui sebab yang munasabah.

“Awak ingat tak nama pasangan yang ambil Ami?”penuh mengharap Haji Din bertanya. Walau hanya sedikit maklumat tentang pasangan itu,kemungkinan boleh menjejak Ami.

Che Nah terdiam. “Ramlam. Saya tahu nama suami dia jer.” Rasanya tak salah dia menceritakan tentang sepotong nama yang tidak berbinkan sesiapa. Bukan mudah untuk mencari.

Haji Din menopong dagu dan merenung jauh. Itu sahaja? Entah berapa orang yang bernama Ramlan di dunia ini. Malah,Negara yang Ramlan duduki juga tidak diketahui.

“Habis tu,Ama? Ama macam mana?”cepat Haji Din bertanya. Kalau jumpa Ama,kemungkinan untuk menjumpai Ami sangat tinggi kerana rupa mereka sangat serupa. Kembar seiras.

“Ama...”yang ini ,dia perlu mereka cerita. “Saya tak tahu.”geleng.

“Macam mana awak boleh tak tahu? Hal Ami awak boleh tahu,macam mana hal Ama awak boleh tak tahu?”nada suara Haji Din sedikit tegang.

Che Nah Cuma tenang. “Buat bersabar tuan. Bersabar.”dengan setenang mungkin Che Nah berkata.

Laungan azan dari masjid mematikan niat Haji Din untuk berkata-kata. Haji Din memejamkan mata,cuba menenangkan hati yang gundah. Dia percaya bahawa berjumpa dengan Che Nah adalah jalan terakhir untuk menjumpai si kembar. Namun dengan maklumat yang sangat sedikit,dia rasa sangat tertekan. Ahh.. Che Nah tak berhak untuk dipersalahkan.

Che Nah pula hanya mampu merenung Haji Din. Entahlah,dia rasa bersalah kerana menipu tapi...nanti rahsia akan terbongkar juga. Dia tak rasa sekarang adalaha masa yang sesuai. Biarlah..biar masa yang jadi penentu segala-galanya.

Azan sudah usai. Kedua-duanya menadah tangan berdoa. Kemudian,Haji Din bangkit.

“Tak apalah Nah. Saya nak ke masjid dulu bersolat.”

Che Nah turut bangkit. “Nanti tuan datang balik ya. Makan dekat sini.”

“Insyaallah.”angguk. elok juga. Dah lama dia tidak merasa masakan Che Nah. “Nah..”Haji Din menghentikan langkahnya di hadapan pintu. Che Nah menanti kata-kata dari mulut bekas majikannya.

“Minta maaf sebab terlalu mendesak awak. Tadi,saya hampir-hampir nak marahkan awak. Saya minta maaf.”

Che Nah terkedu. Tuan..minta maaf? Tuan yang dulunya penuh ego dan amarah kini dengan mudah menyesal dan minta maaf? Benar..masa telah merubah segalanya. Che Nah hanya mengangguk perlahan dan menghantar dengan Haji Din ke kereta dengan pandangan mata.

..............................................................

“Susahlah nak cari rumah kau. Macam nak masuk hutan cari tongkat ali!”merungut. bising. Mengada.

“Susah? Awak tu yang tak faham arahan. Lulus BM tak?”betul apa. Arahan aku sikit punya jelas tau. Dia tu yang tak boleh nak faham. Suka-suka jer main belok waktu aku terlelap. Nasib baik aku terlelap kejap jer. Kalau lama,alamat dah sampai kat mana entah.

“Menjawab menjawab. Nak tersedak lagi?”main ugut ingat aku takut. “Lepas ni terus jer ker?”Rizkin membelok di simpang.

“Hm..bila jumpa rumah warna hijau yang cantik,itulah rumah saya.”senyum dengan penuh semangat. Tak sabar nak bagi kejutan dekat mak. Wah wah berdebar gitu.

Rizkin membelok apabila ternampak rumah warna hijau. Aku dah tak sabar-sabar. Terus keluar kereta bila dah berhenti. Rizkin pun ikut sama.

“Molen..rumah kampong tapi pakai kereta mewah. Biar betul!” Rizkin berkata bila matanya mendarat pada kereta mewah berwarna hitam yang tersadai di laman rumah.

“Saya tak tahu ni kereta siapa.”aku memandang Rizkin yang berdiri di sebelah. “Oh tak,entah-entah pencuri tak?!”aku kaget. Mana tau nak rompak rumah aku. Rompak rumah aku? Erk!!

Rizkin dengan selamba ketuk kepala aku. “Asal ni main-main ketuk kepala? Ingat tak bayar zakat ker?”sesedap lemon jer nak ketuk-ketuk kepala orang.

“Pencuri apa tengah hari buta ni. Pakai kereta macam ni? Nak rompak rumah kau? Haha..lawak terlalu antara benua!!”betul juga tu dia cakap. Tetamu mak kot?

Kami sama-sama menapak masuk ke dalam rumah. Memang biasalah orang kampong kalau tak kunci pintu. Aman jer. Sampai ruang tamu,hidung aku dah terhidu aroma masakan yang sangat sedap dari dapur. Ai ai ai..mak tahu ker aku nak datang ni?

“Jom pergi dapur. Saya rasa mak ada dekat dapur.”aku memberitahu Rizkin. Dia hanya mengikut langkah aku. Aku rasa kalau aku tak cerita mana dapur pun,dia boleh cari sebab rumah aku ni kecil jer. Siapa yang nak tersesat tu kira kena masuk balik tadika. Kalau sesat dekat villa Rizkin..ha..logik sangat sebab besar.

“Mak!!!!Ha....”jeritanku terhenti bila ternampak seorang lelaki tua dan lelaki dewasa tengah duduk di atas kerusi di meja makan. Mak yang sedang menceduk lauk nyata terkejut.

“Hana!!” Mak terus menghentikan kerjanya dan memeluk aku erat. “Tak cakap pun nak datang..terkejut mak.”satu ciuman hinggap di atas dahiku. Aku menyalami mak dan Rizkin pun ikut sama.

“Kami nak bagi kejutan dekat mak. Sebab tu saya tak bagi Hana cerita dekat mak.”Rizkin tersengih sambil menjawab. Aku ikut angguk.

Pandangan aku yang pelik kepada kedua lelaki yang ada di dapur membuatkan mak membuka mulut. “Kenalkan bekas majikan mak.”mak memperkenalkan lelaki tua tersebut.

Mindaku bekerja. Macam kenal jer pak cik ni. Ha! Ayah Hazrik kan. Betullah. Hari tu Rizkin dengan pak cik ni berlanggar kereta.

“Kecil betul dunia!”Haji Din tersenyum. Aku hanya angguk. aku jeling muka Rizkin,dan nyata muka dia kurang senang. Hai..kalau apa pun yang ada kaitan dengan Hazrik,memang dia ni tak suka.

“Tak sangka pula mak pernah kerja dekat rumah pak cik!”aku berkata bila mak memceritakan bahawa mak pernah bekerja di rumah Haji Din.

Mak tersenyum. “Lah Rizkin,kenapa makan sikit sangat?”mata mak memandang pinggan Rizkin. Sikit saja luak nasinya. Tak lalu makan masakan kampong atau lebih tepat tak lalu makan depan Haji Din? Aku melarikan mata kepada Haji Din. Yang nyata,Haji Din hanya buat-buat biasa.

“Manja!”perlahan namun semua dekat meja ni pun dapat dengar. Tak semena-mena tangan Rizkin mencubit perlahan lenganku. Sakitlah!! Isyarat mata aku hantar.

“Oh Rizkin tak biasa makan masakan kampong ye?”mak membuat andaian. Aku tahu mak bukan terasa tapi prihatin. Mesti mak ingat yang Rizkin tak pandai nak makan masakan kampong ni. Ha..mafia? kau nak jawab apa? Aku kerling Rizkin di sebelah.

“Err..bukan mak. Saya biasa jer makan masakan kampong. Selalu juga Mak Jah masak. Hari ni..segan pula.”dia memberi alasan. Aku,memang rasa nak tergelak. Segan?

“Lah..apa yang nak disegannya. Hana,ambillah lauk untuk Rizkin tu. Layan suami.”mak memberi arahan. Loh..aku pula? Ish..ngada-ngada betul mafia ni tau.

“Nak lauk ni ker?”aku menunjukkan lauk kari kepala ikan. Dia hanya angguk sambil tersengeh. Kami terus makan dengan penuh selera. Mak kalau masak,memang tak boleh tandinglah. Juara benua gituh!

Aku tak tahulah kalau aku ni berhalusinasi ker tapi aku rasa macam Haji Din ni asyik ushar jer muka aku. Kejap tengok mak,kejap tengok aku. Kadang-kadang terperangkap juga anak mata dia dengan aku tapi dia buat-buat selamba jer. Kenapa? Ada yang pelik ker? Entah-entah? Eh..takkanlah pula...

Selesai makan,aku menolong mak membersihkan dapur dan membasuh pinggan mangkuk. Rizkin dah masuk bilik. Haji Din dan pemandu dia pula,tengah berehat di ruang tamu. Macam tak sopan pula mafia tu duduk dalam bilik. Tapi elok juga,nanti entah apa yang terkeluar dari mulut Rizkin kalau dia bersembang dengan Haji Din.

“Kenapa Pak Cik Din datang sini mak?”aku menyuarakan persoalan yang ada dalam kepala sambil memandang mak yang sedang memotong agar-agar sirap. Aku masih lagi membilas pinggan mangkuk.

“Cari mak.”pendek jer jawapan. Nada mak pun macam tak mahu aku Tanya lebih-lebih.

“Buat apa?”tanganku masih meneruskan kerja.

“Kenapa Hana nak tahu?”mak Cuma tersenyum.

Aku sengeh. “Manalah tahu kan,pak cik datang bawa hajat besar?”aku mula nak giat mak. Kerja memotong buah mak terhenti.

“Hajat apa pula?”berkerut dahi mak. Yang ni syok ni..

“Waktu kita makan tadi,dia asyik jer nak ushar mak. Lepas tu ushar Hana pula.. entah-entah dia nak pinang mak tak?”aku mula mengeluarkan andaian. Habis tu,asal pula nak ushar-ushar orang?

“Ish! Merepeklah..”

“Apa pula merepek mak. Habis tu asal pula dia datang jauh-jauh dari KL ni nak datang cari mak?”aku mengelap tangan dengan kain. Semua pinggan mangkuk sudah habis berbilas. Aku mencapai sepotong buah jambu.. sedap..

“Eh,mana Hana tahu pak cik datang dari KL?”mungkin mak terkejut sebab tadi tak ada pula diperkatakan dari mana Haji Din datang.

“Tader tader. Mak nak alih topik pula.”aku muncungkan mulut. Macamlah tak tahu yang mak nak alih topik.

“Dah jangan nak merepek. Pergi hantar buah ni.”mak menghulurkan mangkuk berisi buah jambu dan pencicah. Aku akur dan terus hantar ke depan.

“Eh ada makan lagi?”Haji Din berkata bila aku membawa buah jambu. “Pak Cik kenyang lagi ni.” Dia menepuk-nepuk perutnya.

Aku tersengeh. “Ni buah jambu jer. Buat cuci mulut. Patut makan sebelum ambil nasi tapi hentam ajelah..”aku melawak. Terus duduk di atas kerusi setentang Haji Din dan pemandunya.

“Tanam sendiri ker?”Haji Din mencicah buah jambu.

Aku angguk. “Dekat belakang rumah ni.”tiba-tiba senyuman nakalku muncul. “Pak cik datang nak pinang mak eh?”

Hampir tersedak orang tua tu bila aku habis bertanya.

.............................................................................................

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik bila Haji Din dan pulang. Hampeh punya Rizkin,bukan nak keluar langsung. Tunjuk sungguh yang dia memang tak suka. Patut hormatlah tetamu. Bila jer aku masuk dalam bilik,tengok Rizkin dah tidur. Penatlah tu memandu. Okeylah aku maafkan. Sementara tu,elok kalau aku solat dulu. Ini dah pukul berapa.

Selesai mandi dan solat,aku berdoa. Memohon kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kan orang kata,doa tu senjata orang mukmin. Selesai solat,aku berdiri di sisi katil. Dia..dah solat ker?

“Awak solat ker tak?”aku pernah tanya soalan tu dekat dia. Ialah,kami duduk sebilik. Jarang betul nampak dia sujud dekat sejadah tu. Solat Jumaat memang penuh. Agaknya takutlah tu kalau kantoi dengan nenek. Kalau solat 5 waktu ni,aku ingat berapa kali jer aku nampak. Okey boleh guna alasan yang aku tak Nampak bila dia solat kan?

“Kadang-kadang aku buat,kadang-kadang tuang. Ikut masa.”selamba jer dia jawab. Tapi aku dah bulat mata.

“Kan solat tu tiang agama.”

“Aku tahulah. Bukan aku tak pernah belajar agama. PAI SPM aku A1.”masih lagi selamba.

“Solatlah.. tak kira kita tengah senang ke susah ke sakit ke sihat ke kita kena selalu ingat Allah. Bayangkan betapa pentingnya solat sampaikan boleh guna isyarat hati kalau dah tak mampu sangat.”aku guna nada suara yang paling lembut. Pada aku,muslimin yang tak solat memanglah manusia yang tak tahu bersyukur dan takbur. Sedap-sedap sedut oksigen free,tak mahu nak sujud pada Dia. Weh,rumah tak ada tiang memang robohlah. Sedangkan reban ayam pun kena ada tiang,inikan pula rumah manusia kan.

“Hm..”itu jer dia cakap. Selalu,dia mesti nak sakitkan hati aku kalau aku cakap apa pun. Tapi kali ni,jawapan agak skema.

“Rizkin..Rizkin...bangun..”bahu dia aku goyangkan. “Bangunlah..”kali ni goncangan lebih kuat bila tak ada tindak balas.

“Penatlah...”

“Bangunlah....”masih lagi perlahan suara aku. Tapi goncangan badan dia dah lebih kuat. “Solat...”

“Hm...” hm?Hm..tapi masih lagi tak bangun. Ni nak kena ni. Aku capai bantal peluk dan......

“Kau gila ker?!”kuat juga suara dia. Terus dia bangun bila kena pukul dengan bantal peluk. Matanya mencerlung tanda marah. Aku Cuma sengeh. Tak takut langsung. Dia memang macam ni,kalau bangun tidur mood mesti tak baik.

“Hana,kenapa tu?”ketukan dari pintu kedengaran. Mesti mak terdengar jeritan Rizkin. “Kenapa Hana?”

“Aaaaa..tak ada apa-apa mak. Rizkin mengigau..”aku menahan ketawa. Takkanlah nak cakap aku kena marah? Mau gempar pula.

“Lah...tengah hari macam ni pun mengigau?”walaupun suara mak perlahan,tapi aku masih boleh dengar.

“Kau kenapa?”Rizkin bersuara balik bila pasti mak dah berlalu dari muka pintu.

“Bangunlah,salin baju,mandi,solat..nanti saya bancuh susu!”kenyit mata nak mengusik. Dia yang tadinya masam,tak tahan nak senyum.

“Cari kejap tuala dengan baju aku.”arahan dah keluar.

“Asal pula saya nak kena cari.”tak puas hati. Bukannya dia tak ada kaki dengan tangan. Sihat walafiat lagi.

“Sebab...”dia menekan bahuku hingga terduduk aku di atas katil. Dia mencapai tanganku. Apakehel...buang tebiat? “Pertama...”jari telunjukku dinaikkan. “Kau yang letak semua baju-baju aku.”Aku terdorong ke belakang sikit bila muka dia makin mara ke depan. Dia..betul-betul mengigau ker?

“Sebab kedua...”jari hantuku pula dinaikkan. “Kan isteri kena layan suami.”aku makin nak belakangkan badan bila dia makin nak ke depan. Dahlah senyum macam..macam..err..

“Yang ketiga....”dia menaikkan jari manisku. “Kan kita tengah honeymoon.”suara tu betul-betul dekat tepi telinga aku. Nafas dia pun aku boleh dengar.

“Mengada!!!”aku tolak kuat badan dia. Aku kembali berdiri. Dia? Ketawa nak mati. Macam lawak sangat gayanya. Dah elok-elok bangun,dia baring balik sambil tekan-tekan perut.

“Kau ni molen,aku acah sikit dah blushing gila.”ketawa lagi.

“Ambil ni!!!”aku hempap lagi badan dia dengan bantal peluk tadi. Aku dah tak peduli dia yang galak gelak. Terus pergi dekat beg baju dan memunggah isi cari tuala dan baju pak cik tu.

“Nah..”letak di birai katil dan terus keluar bili. Menyampah+sengal.

Tengok TV dalam 15 minit jer,aku dah rasa bosan. Mak mana? Aku menjenguk ke luar rumah bila mak tak ada dalam rumah. Tengok mak tengah ambil daun kucai. Ha..mesti nak buat cucur. Wah..sedap sedap.

“Nak Hana tolong ker?”aku mendekati mak. Mak berdiri dari cangkungan.

“Dah habis buat pun. “mak senyum. Kami beriringan berjalan hendak masuk ke dalam rumah. Tapi,langkahku mati bila mak ajak duduk berbual di anjung rumah. Aku Cuma menurut. Duduk di atas kerusi kayu bersebelahan mak. Daun kucai dan pisau di tangan,mak letak di bawah.

“Mak nak tanya pendapat Hana eh?”aku laju bercakap dulu.

Mak tergelak. “Pendapat apa pula?”

“Nak terima ker tak pinangan Pak Cik Din tu..Hana tak kisah.”aku menahan gelak. Mak dah cubit manja pipi aku.

“Mengarutlah.”mak menggeleng.

Aku masih lagi nak tergelak. Tadi bila aku tanya dekat Haji Din pasal pinangan tu,Haji Din ketawa besar. Siapa cakap lagi cadangan aku tu bagus. Boleh aku jadi anak dia.

“Hana dengan Rizkin macam mana?”mak mengalih topik perbualan. Aku terkedu. Terus tangan garu muka yang tak gatal. Sengeh kejap 2 saat.

“Biasa jer. Okey.”aku angguk perlahan sambil tertunduk merenung kaki sendiri yang tengah berayun.

“Kenapa tak pergi Langkawi?”

“Ha?”bulat mata aku bila dengar pertanyaan mak. Mak tahu? Biar betul. Aduh..kantoya kantoya.. akhirnya aku sengeh. “Mana mak tahu?”

“Semalam Tengku Rubiah telefon bagi tahu. Mak terkejut betul tadi bila Hana sampai.”

Aku mengetip bibir. Apa yang aku nak cakap? Takkan nak cerita alasan yang Rizkin cakap tu? Mau kena sembelih apa. Mau pecah isi rumah ni dengan villa kalau dua-dua belah keluarga tahu yang aku ni masih dara,Rizkin tu teruna trang-trang lagi.

“Errr..”

Mak meraih tanganku. Merenung aku. Aku terus mengetip bibir. “Mak tahu,Hana dengan Rizkin kahwin tanpa cinta. Susah nak terima keadaan masing-masing. Masih lagi belajar tentang diri masing- masing. Kalau Hana rasa Hana perlukan masa nak belajar tentang perkahwinan ni,mak tak marah. Mak faham. Jangan risau,mak takkan cerita pada Tengku Rubiah yang Hana dengan Rizkin datang sini.”dalam maksud kata-kata mak. Buatkan aku rasa macam tertimbus dalam tanah pula. Kena ker aku berterus terang? Mak macam tersirat nak cakap yang dia tahu keadaan sebenar aku dengan Rizkin.

“Mak..bukan..bukan..”kata-kata ku terhenti. Cuba mencari ayat yang sesuai. Aku tak mau mak susah hati fikirkan pasal perhubungan aku dengan Rizkin. Lagipun..tak perlu nak pening-pening sebab aku dengan Rizkin dah buat perjanjian yang hubungan kami ni tak akan lama punya.

“Kami bahagia mak..”aku mendongak bila terdenga suara dari muka pintu. Rizkin..dia senyum. Terus duduk di sebelahku. “Saya saja ajak Hana datang sini.”tenang dia bercakap. Memandang mak seketika kemudian merenungku. “Kan Hana?”aku Cuma angguk. terdiam. Rizkin datang tepat pada masanya untuk mereka cerita.

“Saya tak mahu pergi Langkawi bukan sebab tak mahu honeymoon dengan Hana tapi sebab saya dah selalu sangat datang Langkawi. Saya rasa,datang sini pun kira honeymoon. Boleh saya kenal dunia Hana dengan lebih dekat. Kenal Hana dengan lebih erat. Macam mak cakap,kami berkahwin tanpa cinta,jadi saya rasa lebih elok saya gunakan waktu honeymoon ni untuk kenal dunia Hana. Dan mak jangan risau..kami bahagia... sedang belajar mencintai.”dia merangkul bahuku dan mendekatkan tubuhku ke tubuhnya. Terasa panas pipi ya amat. Malunya buat macam ni depan mak. Tapi aku faham,Rizkin buat macam ni sebab nak yakinkan mak. Aku bukan heroin dalam novel,nak salah faham bila suami kontrak buat macam ni. Aku....releks jer kot???

Mak melepaskan nafas lega. Tersenyum manis dan mengurut dada. “Lega mak bila dengar Rizkin cakap macam tu. Mak ingatkan kamu berdua masih lagi tak okey.”mak mengangguk perlahan berulang kali. “Macam tu,cepatlah mak dapat cucu ye?”

Ayark!!!

Selepas magrib,mak ajak aku dan Rizkin ke rumah mak ngah. Alah..memang jauh ya amat oh.. dekat sebelah rumah jer. Keluarga mak aku ni memang nama dok wariskan Che kat depan. Mak aku, Che Hasnah binti Che Abu. Orang panggil Che Nah. Mak ngah pula, Che Suhana binti Che Abu. Orang panggil Che Su. Aku tak dapatlah Che tu,sebab ayah aku tak ada Che.

Kami makan malam dekat rumah mak ngah. Lepas makan,kami solat isya’ berjemaah. Pak ngah jadi imam dan Rizkin jadi bilal. Okey juga dia jadi bilal walaupun tak sesedap mana. Pada aku,dia tahu nak azan pun aku dah rasa bagus. Kan dia tu mafia? Pakai pun t-shirt jer. Aku dah cakap pakai baju melayu,tak mau. Nak juga pakai t-shirt hitam. Tak tahulah berapa banyak koleksi baju hitam dia.

Selepas berborak panjang,kami pulang ke rumah pada buku 10 malam. Tak sangka,Rizkin pandai juga nak borak dengan Pak Ngah. Siap berjanji pula tu esok magrib nak pergi surau. Bagus bagus.

“Penat!”Rizkin berkata sebaik sahaja dia menghempas badannya di atas tilam. Aku cuma tersengeh dan menanggalkan tudung. Aku pun penat juga naik kereta dari KL ke sini. Kalau aku yang duduk jer pun dah penut,inikan pula yang memandu. Aku duduk di atas kerusi meja solek.

“Terima kasih.”aku berkata sambil memandang kea rah cermin meja solek dan langsung tak pandang Rizkin.

“Asal?”

“Gerik!”

“Huh?”

“Yelah..awak tanya asal? Saya asal dari kg Air Panas Gerik.”aku sengeh. Kali ni aku dah pandang dia.

Dia geleng kepala. Kemudian bangkit. “Kau elok masuk Raja Lawak tu. Ha..mana tahu jadi juara kan.”nak juga buat lawak kan.. “So,kenapa nak berterima kasih dekat aku?”

“Sebab tolong reka cerita tadi dekat mak..”

“Hm...”dia kembali baring. Aku terdiam. Dia mengantuklah tu..nak tidur. Nak tidur?

“Takkan saya tidur lantai lagi. Ni kan rumah mak saya,biarlah saya tidur atas katil.”aku berkata. Dia memandangku.

“Aku penat memandulah. Kalau kau nak,marilah tidur sini.”dia menepuk-nepuk tilam. Ish..tak mau aku.

“Tak apalah..saya ambil toto. Rasa dalam bilik ni ada toto.”aku melangkah ke almari. Mana boleh tidur atas lantai kat kampong ni. Kalau dekat villa tu kira ampun lagi sebab siap ada karpet. Ini semata-mata lantai. Dahlah waktu malam sejuk gila. Tak sanggup aku.

Bila jer aku buka almari,tak ada pun toto. Mana? Selalu memang mak simpan toto dekat sini. Aisehhh..

“Ada ker?”suara Rizkin bertanya.

“Aaaa?”cepat aku tutup almari. “Ada..ada..”aku terus ke luar dari bilik. Aduh weh..takkanlah nak ambil toto dari bilik mak kut? Tadi baru jer cakap bahagia..ini tetiba nak ambil toto..kantoyo la nanti. Selepas mencuci muka di bilik air,aku terus berlalu ke ruang tamu,menonton televisyen. Layan aje lah cerita yang patut. Mak..mesti dah tidur. Dah nak dekat pukul 11,mak memang suka tidur awal.

.............................................................................................

Rizkin terjaga dari terlelap. Memandang jam di dinding. Sudah hampir pukul 1 pagi. Memang sejuk betul malam ni. Pasang kipas pun nombor 3 jer tapi sejuk ya amat. Rizkin pantas bangkit. Mana Hana? Dia menjeling ke bawah,tetapi Hana tidak ada. Ke mana dia?

Rizkin melangkah ke luar dari bilik menuju ke bilik air. Selesai hajat,dia menuju pula ke ruang tamu,perasan yang TV masih terpasang. Dia menghampiri TV untuk menutupnya kemudian tersedar yang Hana sudah terlentuk tidur di atas sofa. Rizkin menggeleng kepala dan yakin,mesti dalam bilik tu tak ada toto yang tersimpan.

Selepas menutup suis TV,Rizkin terus mengangkat Hana ke dalam bilik. Nasib baiklah minah ni ringan. Rizkin membaringkan Hana di atas tilam. Takkanlah nak jadi suami kejam,sejuk-sejuk macam ni suruh isteri tidur atas lantai. Bukannya dia nak buat benda tak senonoh pun dekat Hana. Tapi..yang tak senonoh tu sebenarnya senonoh jer. Hati nakal Rizkin berbisik. Cepat dia menggeleng. Gila apa aku ni.

Rizkin meletakkan bantal peluk di tengah-tengah. Tak mahu Hana menyangka yang bukan-bukan esok pagi dan selebihnya dia takut juga kalau dia yang nak melebih-lebih. Dia menyelimuti Hana dengan selimut tebal. Kemudian baru dia tersedar yang hanya ada satu selimut sahaja dalam bilik. Hm...perlahan-lahan dia menarik sedikit selimut tersebut supaya dapat menyelimuti dirinya juga.

Rizkin memandang syiling bilik. Walaupun tak mewah seperti di villa,tapi rumah ni rasa aman jer. Tak adalah banyak benda dia nak kondem. Tapi tang bilik air tak ada heater tu yang tak seronok. Dah biasa mandi air panas,maunya tak terkejut bila mandi air sejuk.

“Handsomenya!!!! Handsome!!!”terkejut beruk Rizkin bila terdengar Hana bercakap. Lah minah ni..mengigau lagi. Handsome? Siapa? Aku? Aku dah lama tahu.

“Rasa nak cubit pipi dia..handsome sangat..aegyo..”tangan Hana dah mengawang-ngawang di udara gaya nak mencubit pipi. Rizkin pegang pipi sendiri. Tak tahu pula yang selama ni Hana nak cubit pipi aku? Tak cakap... rizkin sengeh bangga. Ingatkan budak kampong ni tak perasan yang dia handsome gila. Tapi..aegyo tu apa pula?

Rizkin terus mengereng ke kanan tanda berminat nak dengar apa yang bakal Hana cakap. Direnungnya muka Hana. Beberapa saat dah lepas..tapi Hana masih tak cakap apa-apa. Dari cahaya samar-samar,Rizkin dapat lihat dengan jelas wajah tidur Hana.

Comel..hidung mancung..muka bersih tak berjerawat.. bentuk muka bujur sirih. Mata pun nampak cantik jer bila tertutup. Sayang sebab Hana berambut pendek. Kalau panjang mesti ayu. Tak sedar,semakin rapat pula wajahnya dengan Hana.

Teringat bila tadi dia sengaja mahu mengusik Hana. Dia tahu Hana kecut bila tiba-tiba dia meraih tangan gadis ini dan merapatkan wajahnya kea rah Hana. Jangan tanya dia..mau tak berdebar. Tapi laki macho mesti pandai kawal emosi. Dan..apa yang dia katakan tadi kepada mak..memang hebat macam drama skrip. Kami bahagia? Bahagia ker?

Dia rasa dengan Hana ni..kadang-kadang rasa macam seronok..kadang-kadang geram dengan mulut tak boleh blah Hana. Pakai main cakap jer. Tapi itu keistimewaan Hana yang tak reti nak berlagak ayu. Dalam banyak-banyak perempuan yang dia pernah kenal,Hana memang unik. Mungkin juga dia nak jadi macam watak-watak hero yang klise,sukakan gadis unik. Macam Hana Humaira’ ni. Tanpa sedar lagi,semakin bertambah rapat wajahnya dengan Hana. Deru nafas Hana dapat didengar dan dirasai. Satu debaran wujud. Dia merenung dahi. Dari dahi jatuh kedua kelopak mata yang tertutup dan jatuh ke hidung mancung Hana. Kemudian,jatuh ke bibir nipis Hana. Gulp!!

Hampir sangat bibirnya mahu menyentuh bibir Hana. Tapi....

“Lee Hong Ki!!!!!!!”Hana tiba-tiba menjerit dan tangannya serta-merta naik ke atas dan hampir-hampir terkena batang hidung Rizkin. “Saranghae!!!!!”kali ni,tangan Hana membentuk love pula.

Rizkin menepuk tahu. Potong stim betul. Huh.. rupa-rupanya dia mimpi Lee Hong Ki,pakwe korea yang jambu tu. Rizkin ingat macam mana Hana suruh dia berhenti kereta hari tu sebab nak beli majalah yang ada muka pakwe jambu tu jadi cover. Huh! Baik tidur.

.......................................................................................

“Betul ker awak tak buat apa-apa ni?”aku menarik selimut melitupi tubuhku. Tak percaya aku boleh tidur sekatil dengan Rizkin. Bila aku buka mata tadi,sedap jer tangan dia melilit badan aku. Mau jer aku jerit tapi tahan. Aku kejutkan dia.

Rizkin dah buat muka bosan. “Aah..aku dah buat kerja aku. Lepas tu aku pakaikan balik baju kau.”agaknya sebab dah bosan menafikan yang dia memang tak buat apa-apa,Rizkin terus cakap macam tu.

Muka aku dah merah. “Macam mana saya boleh ada atas katil ni?”seingat aku semalam aku terlelap waktu tengah tengok TV. Aku memang dah tanam niat..biar jer tidur dekat sini. Ha..nanti kalau mak tanya,jawab jer terlena. Ini tiba-tiba pula aku ada sekatil dengan dia.

“Kesian tengok kau..aku angkatlah. Takkan nak biar tidur bawah. Sejukkan..”masih lagi nada malas+mengantuk.

“Habis tu kenapa tak letak bantal peluk? Tak pasal-pasal awak...”tak payahlah aku sebut. Dia pun sedar apa yang dia buat tadi waktu terjaga.

“Aku dah letak,tapi dah beralih.”

“Awaklah alih!”sedap aku tuduh. Dah tak puas hati,pakai tuduhlah.

“Eh..elok sikit eh. Cuba tengok bahagian bawah lantai kau.”

Aku pusing ke lantai. Memang bantal peluk tu ada dekat lantai bahagian aku. “Saya tidur lesaklah..”cuba nak tutup malu. Tengok muka,aku tau dia nak cakap apa.

“Malulah tu. Cakap jer kau memang nak aku peluk. Tambah sejuk-sejuk macam semalam kan?”aku dah agak dia nak cakap macam tu!!

Ketukan di pintu bilik mematikan niat aku nak balas balik kata-kata dia. “Hana.. Rizkin.. bangun..subuh..”mak memanggil.

Selepas sarapan,kami dikejutkan dengan kedatangan member-member kecil aku. Lama betul tak jumpa diorang! Kami berbual di anjung rumah.

“Macam mana mika tau akak balik ni?”aku menyoal mereka semua tahu saja aku dah balik. Budak-budak 5 orang ni memang rapat dengan aku. Ajim,Musan,Malim,Odah,Asya. Diorang semua budak-budak sekolah rendah. Paling muda si Asya,10 tahun. Ajim,Musan dengan Malim dah 12 tahun. Odah,11 tahun. Aku ni dah macam rakan sebaya diorang dah.

“Kami tau lah..oh..akak kerek eh balik tak mau jumpa kami..”Musan buat gaya merajuk. Budak debab ni memang kuat cakap.

“Pandailah hang. Mestilah akak nak jumpa mika. Akak baru sampai semalam.”aku membela diri.

“Tah hang ni Musan..nak fitnah akak pula.”Odah sokong aku. “Akak,kami suka tau tengok akak dekat TV..nampak cantik.” Dia menyengeh.

“Ye ker? Ker nak bodek akak ni?”aku mengusap kepalanya.

“Akak...”

“Huh?”aku pandang Malim.

“Mana Tengku yang handsome tu? Kami nak tengok face to face ni.”Malim gaya nak giat. Loh..teringin nak jumpa Rizkin ker?

“Kenapa nak jumpa dia pula?”aku menyoal.

“Muka dia macam Kamal Adli betul. Asya suka tengok.”nak tergelak aku bila Asya cakap macam tu.

“Ker akak nak sorok suami handsome?”Ajim pula nak giat.

Aku hanya ketawa mengekek. Budak-budak ni memanglah. Bukannya tak mahu panggil Rizkin tapi dia tengah mandi. Dia bukannya nak mandi subuh-subuh tadi,sejuk katanya. Sejuk? Uh..bila ingat sejuk..kena ingat yang malam tadi.

“Hana....”aku memadang ke arah pintu bila terdengar suara Rizkin menyeru. Dia Nampak pelik bila aku dikelilingi dengan budak-budak berlima ni. Mesti nak tahu siapa diorang ni.

“Uuuuuu....”

“Apa yang uuuuuuu?”aku pandang Ajim.

“Memang handsome!!!!!!”serentak mereka berlima berkata. Loh!!!


pesanan penaja:blog ada twin post..komen d post kedua ye..=)

terima kasih banyak2 sebab still support chomelnya chenta.. rasa dihargai gituh..keep supporting me keyh...saranghae..=)

Friday, January 7, 2011

CHOMELNYA CHENTA 23

“Bawa kereta elok-elok.”

“okey.”

“Jangan laju-laju.”

“okey.”

“Hati-hati.”

“okey.”

Okey kefalehot dia! Bukan main laju sekarang dia bawa kereta. Macam highway ni daftar bawah nama Tengku Hasful pula. Kemain macam main drift jer. Kalau nak mati,janganlah nak sabit aku sekali.

“Perlahan sikitlah mafia! Nak mati ker?”

“Ish kau ni bisinglah. Suka hati akulah.”masih lagi kekal dengan momentum yang sama. Memang sengal kalau cakap dengan dia ni. Apa jadah macam orang gila ni?

Dahlah malam tadi tiba-tiba jer...

“Nenek dah tempah. Esok dah boleh pergi.”

Huh? Aku pandang Rizkin yang menyebuk duduk dekat sebelah.

“Apa nek? Tak faham.”

“Honeymoon kamulah. Petang tadi Riz cakap dekat nenek yang Hana nak pergi Langkawai. Nenek dah suruh papa kamu tempah hotel segala bagai. On line jer. Ha,esok dah boleh pergi.”

Ha..macam tu jer nenek cakap. Terus aku naik susun baju. Mafia ni pun saja nak susahkan aku. Buat senarai baju dia yang aku kena kemaskan. Ingat aku ni orang gaji ker ha??? Tapi aku gagahkan jugalah sebab nak pergi Langkawi. Huh seumur hidup aku tak pernah pun pergi Langkawi. Walaupun berat hati nak pergi dengan Rizkin,tapi rasanya okey. Dekat sini dia tak pernah nak buat tak senonoh kecuali yang kiss tu,aku rasa nanti dekat Langkawi pun sama. Tapi tak tahulah pula kalau mood bertukar bila suasana bilik yang nenek tempah tu romantic gila. Atas tiket ‘pengantin baru’ mestilah bilik tu..eerr..kelam?? Hah Hana Humaira’..sudah-sudahlah tu.

“Nak pergi Gerik keluar tol Ipoh kan?”

Pertanyaan Rizkin menganggu otak aku. “Kenapa?”

“Tak payahlah pergi Langkawi tu.”tenang dia jawab. Kelajuan pemanduan dia pun dah ikut had laju.

Muka terkejut. “Kenapa?”

“Kau memang nak pergi ke?”dari ekor mata Rizkin menjeling.

Ini macam soalan perangkap jer. Memanglah aku nak pergi juga. Aku tak pernah nak pergi Langkawi tu. “Awak tak nak pergi?”jawab dengan soalan.

“Aku tak rasa pergi honeymoon tu baik untuk kita. Aku saja acah nenek cakap kau nak pergi Langkawi. Mana tahu nenek betul-betul dah arrange. Lagipun aku dah batalkan semua tempahan nenek.”

Bulat mata aku. “Awak batalkan? Kalau nenek tahu macam mana?”

“Jangan risaulah. Aku berani jamin tak ada sesiapa pun nak cakap. Dan aku tak rasa nenek nak check kita. Dia faham kot istilah honeymoon yang tak mahu orang ganggu.”

Aku terdiam. “Kenapa awak tak mahu pergi?”aku menyoal. Mungkin nak puaskan hati aku yang kecewa sikit tak dapat pergi Langkawai.

Dia menghembuskan nafas. “Kau kena sedar yang aku ni lelaki. Aku tak mahu ada apa-apa yang berlaku nanti,kau juga yang rugi. Dekat villa tu okey juga sebab suasana dia aku dah biasa. Langkawi nanti..tak tahu tahap romantic dia macam mana. Entah nanti ada babak Hindustan lari-lari teoi pantai. For sure aku boleh tempah 1 lagi bilik untuk kau tapi apa-apa pun boleh jadi. Kau faham ker budak kampong?”

Aku kaget. Tak sangka pula mafia ni fikir benda yang sama dengan aku. Aku Cuma terdiam. Cuba memunggah isi kepala. “Jadi,seminggu ni kita nak pergi mana?”

“Gerik!”

“Huh?”

“Tak suka ker aku nak melawat mak mertua?”

Aku cepat geleng kepala. “Bukan macam tu. Saya Cuma pelik jer. Betul awak nak pergi Gerik ni? Ker pagi tadi awak kena hempap dengan sinki?”aku betul-betul pelik ni.

“Betullah molen! Nak ker tak nak?”

“Tapi kan,suasana kat rumah saya pun awak tak biasa juga macam Langkawi.”cuba nak uji.

Dia ketawa nak mengejek. “Rumah kau tak macam Langkawi!”

.........................................................................

“Betul ini rumahnya?” Haji Din meminta kepastian apabila kereta sudah sampai di hadapan sebuah rumah.

Rozman mengangguk perlahan. “Saya dah ikut jalan yang pak cik tadi bagi. Rumah ni pun warna hijau. Betul dah.”

Haji Din mengangguk.

“Tuan Haji nak keluar ker?”

Angguk. rozman keluar dan membukakan pintu untuk Haji Din. Haji Din melangkah keluar dan memerhatikan rumah kampong yang dicat warna hijau di hadapannya. Jadi inilah tempat tinggal Che Nah.. cantik walaupun rumah kampong. Ada ketenangan bila melihat rumah ini. Di sisi rumah ada pokok gajus dan rambutan.. ada juga pasu-pasu bunga yang tersusun cantik.

Haji Din menghampiri pintu rumah. “Assalamualaikum..”

Che Nah yang ketika itu sedang menonton televisyen tersentak. Dia terus mencapai tudung memandangkan suara yang didengarinya milik lelaki. Dalam hati tertanya-tanya siapa yang datang.

“Assalamualaikum..”Haji Din melaung lagi sekali bila tiada sahutan.

“Waalaikumussalam..”Che Nah melaung dari dalam rumah. Dia membuka pintu. Terpaku. Cuba mengecam lelaki separuh abad di depannya. Rasanya seperti kenal.

“Che Nah..lama tak jumpa..”Haji Din senyum. Melihat Che Nah di muka pintu cukup menggembirakan. Biarpun wajah telah dimamah usia namun dia masih lagi dapat mengecam Che Nah.

Che Nah terkedu. Dia cukup kenal dengan senyuman itu.. “Apa..Tuan Din buat dekat sini?”

“Tak mahu jemput saya masuk?”

Che Nah terdiam. Terkejut dengan tetamu yang tak diundang. Apa yang dia mahu. Nak menolak tetamu yang datang dari jauh,Che Nah tak sanggup. Tapi di depannya.....Tuan Din. Seseorang yang tak disangka akan muncul setelah 18 tahun tidak bertemu.

“Masuklah..”Che Nah cuba memaniskan muka. Dalam hatinya bergolak rasa. Tapi sebagai orang yang sudah matang,Che Nah perlu bertenang.

“Tuan duduk dulu. Saya masakkan air.” Che Nah cepat bergegas ke dapur. Haji Din Cuma membiarkan Che Nah. Dia tahu tak perlu terburu-buru untuk bertanya meskipun hatinya membuak-buak dengan cukup hebat untuk mengetahu mengenai Ama dan Ami.

Sementara Che Nah ke dapur,Haji Din melilaukan mata memandang ke sekitar ruang tamu. Tampak kemas. Matanya terpaku pada sebuah almari hitam bersebelahan televisyen. Tersusun beberapa bingkai gambar. Haji Din mencapai salah satu bingkai gambar seorang budak montel yang sedang duduk di atas sebuah basikal. Wajah budak itu sangat comel. Mungkin anak Che Nah. Anak? Mana suami Che Nah. Dia melilaukan pandangan pada bingkai gambar yang lain,yang ada Cuma gambar Che Nah bersama budak montel itu. Yang pasti,budak montel itu pasti sudah dewasa.

“Tuan?”

“Ye..”Haji Din sedikit tersentak apabila Che Nah menegur. Dia kembali ke kerusi tempat duduknya. Che Nah duduk bertentangan Haji Din. Perasaan ingin tahunya sungguh membuak.

“Lama tak jumpa Nah.”

Che Nah cuba mengukir senyuman. “Ye tuan..dah nak dekat 18 tahun.” 18 tahun bukan tempoh yang singkat. Dengan apa yangpernah terjadi dan tempoh yang terlalu lama tidak bertemu,pasti Che Nah berasa sangat canggung untuk berbual dengan bekas majikannya.

Haji Din mengangguk. “Awak menghilangkan diri macam tu jer dengan Alina. Saya dapat jejak Alina. Tapi tak lama lepas tu dia meninggal. Awak..saya tak pernah jumpa.”dalam maksud kata-kata Haji Din. Che Nah menelan air liur.

“Tuan patut jelas kenapa saya larikan diri dengan Puan Alina.”meskipun nada Che Nah amat lembut tapi kata-katanya memberikan tamparan besar kepada Haji Din.

Haji Din membuang pandangan ke luar tingkap. “Memang salah saya. Sampai Alina makan hati. Larikan diri dengan awak. Bawa sekali Ama dan Ami. Saya terseksa..”

Che Nah menarik nafas. Sebagai orang yang sudah berpengalaman,kata-kata amat penting supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan. “Puan Alina lebih terseksa tuan. Saya ada di samping puan sewaktu dia menghadapi segala kesulitan. Dia larikan diri dengan saya,bawa Ama dan Ami sebab tuan.”

Hati Haji Din terasa berat. Di tahu bila-bila masa saja empangan matanya akan pecah dan turun. Apa yang dikatakan Che Nah semuanya benar. Semua salah dia. Semua salah dia yang tak reti bersyukur.

“Awak tak tahu betapa saya terseksa 18 tahun ni sebab fikirkan segala kesalahan saya. Kesalahan bodoh yang saya buat..menyeksakan ramai orang.. saya nak tebus semua kesalahn saya.”perlahan Haji Din berkata.

Che Nah merenung wajah Haji Din. Nampak sangat sedih dan wujud penyesalan pada wajah tua itu. 18 tahun tidak bertemu,memang wajah Haji Din banyak berubah. Uban juga sudah meliar di rambut. Malah wajah tua itu sudah di hiasi janggut.

“Jadi,apa tujuan Tuan datang ke sini? Tuan tak ada dosa apa-apa pun dengan saya.”

“Saya nak Tanya pasal Ama dan Ami.”

Kata-kata Haji Din menyedarkan dia tentang satu hakikat. Ama..Ami.. pasti Haji Din mahu menjejaki mereka. Memandangkan dia merupakan orang terakhir yang bersama dengan Puan Alina,pasti Haji Din berpendapat bahawa dia tahu di mana Ama dan Ami berada.

“Saya pasti awak tahu di mana si kembar tu. Tolonglah bagi apa-apa maklumat pun. Saya nak cari mereka. Waktu saya jumpa Alina,dia tak mahu cerita di mana Ama dan Ami. Tolonglah Nah.”Haji Din merayu.

Che Nah menelan air liur yang terasa pahit. Memberitahu Haji Din tentang kembar tersebut? Ya Allah.. macam mana ni. Dia tahu,Haji Din berhak tahu tentang kembar-kembar tersebut.

“Saya....”

Bunyi cerek air di dapur mematikan ayat Che Nah. Dia segera ke dapur untuk menutup api. Che Nah termenung sebentar di dapur. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan. Ceritakan hal sebenar kepada Haji Din? Che Nah menggeleng. Dia takut..takut tentang hakikat. Apa yang patut dilakukan? Che Su!! Ya..dia patut bertanya kepada Che Su. Che Nah segera keluar melalui pintu dapur dan menuju ke rumah Che Su yang hanya bersebelahan rumahnya.

.....................................................................

“Kau berak batu ker molen?!”Rizkin terus memekik bila aku masuk ke dalam kereta.

“Hal macam tu pun nak kena report dekat suami ker?”ha..perli baik punya. Bukannya lama sangat aku keluar. Tak sampai 15 minit. Bukannya berhenti dekat R & R ni kena caj pun.

“Dah kau lama sangat. Kot sembelit ke apa. Mana tahu kan.”

“Saya tunggu ni!”hulurkan wafel. “Ramai sangat.” tarik balik wafel. Aku punya. Bukan dia.

“Huh..ramai sangat orang jakun macam kau.” Kereta terus bergerak. Eh banyak sangat cakap. Biarlah jakun pun. Tak pernah kacau dia sekuman pun. Suka susah hati. Aku terus makan wafel. Tak payah peduli orang yang tak cukup wayar.

Kereta terus meluncur di lebuh raya. Kadang-kadang laju macam palesit..kadang-kadang ikut had laju. Dan selalunya ikut otak dia jer nak bawa macam mana pun.

“Rumah kau tu ada tandas ke? Jangan .cakap kena melepas dekat sungai pula”soalan tak boleh blah. Ingat aku duduk dalam hutan ker? Gerik dah majulah weh! Ha..KFC pun dah ada. Memanglah aku duduk dekat Air Panas tapi dalam kawasan Gerik. Panas ni kalau orang kutuk kampong halaman.

“Orang asli kat Gerik tu pun dah pakai telefon bimbit tau. Orang Gerik dah maju! Jangan nak pandang enteng pula. Memanglah rumah saya tu tak sebesar ‘istana’ awak tapi selesa jer.”menyampah.

Dia ketawa. “Rasa tak sabar betul ni. Tak sabar nak tengok rumah kau. Tak sabar nak tengok gambar debab kau nanti. Molen..”ketawa tak sudah..aiiisshhh..mamat nih!!!

Sebab geram gila. Aku sumbat bertubi-tubi wafel dalam mulut. Entah macam mana boleh tersedak. Tepuk-tepuk dada pun tak mau berhenti.

“Kau apa hal?”Rizkin bertanya. Tak kanlah aku tengah berenang nih? Tak Nampak aku tersedak?

Rizkin memperlahankan kereta dan memberhentikan di sisi jalan. Dia cuba mencari sesuatu di kereta. “Air pun tak ada.”melilaukan pandangan.

Aku masih lagi menepuk-nepuk dada. Apahal nak tersedak semacam ni? Siapa yang nak menyebut? Tak semena-mena tangan Rizkin naik di belakang badan aku,menggosok perlahan.. Lagilah aku nak tersedak.

“Tak payahlah.”aku menggerakkan bahu.

“Diamlah. Dah tersedak pun nak melawan. Tadi kau menyumpah akulah agaknya jadi gini.”masih membebel dengan tangan sibuk menggosok perlahan.

“Dahlah. Saya dah okey.”cepat dia alihkan tangan. “Awak ingat ni highway bapak awak ker suka hati nak berhenti macam ni? Cepatlah gerak!”ceh!bukan aku patut ucap terima kasih ker? Susah susah dia nak berhenti semata-mata aku tersedak. Ish..Hana Hana..

“Terima kasih pun kedekut!”dia menggerakkan kereta.

Aku terdiam. Betul kut sebab sedap-sedap jer nak menyumpah suami sendiri. Ha..padan muka. Berdaulat juga mafia sorang ni.

............................................................................

Haji Din pelik. Lama benar Che Nah ke dapur. Persoalan yang singgah sebentar tadi masih belum terjawab. Che Nah larikan diri ker? Ish tak kanlah pula. Ini rumah dia. Nak menjenguk ke dapur,rasa macam tak sesuai.

Haji Din mengangkat punggung dan menuju ke luar. Matanya melilau mencari Rozman. Nampak Rozman sedang berehat di atas pangkin di hadapan rumah. Penat memandu dari KL ke sini.

“Tuan..” Haji Din memalingkan wajah ke belakang bila terdengar suara Che Nah memanggil.

“Minum Tuan.”Che Nah menjemput bila Haji Din melabuhkan punggung di atas kerusi. Haji Din menghirup teh yang masih panas itu dengan perlahan.

“Tuan..”

“Ye..”

“Tuan betul ker nak tahu pasal Am dan Ami?”teragak-agak dia bertanya. Setelah bercakap dengan Che Su sebentar tadi,Che Nah telah tekad.

Haji Din angguk. “Saya nak bertanggungjawab ke atas mereka.”

“Selepas 18 tahun,saya tak rasa yang Tuan perlu nak cari diorang. Kalau betul Tuan nak cari diorang,Tuan dah buat dari dulu. Bukan sekarang.”

Keluhan Haji Din terlepas. “Dah lama saya cuba jejak si kembar tu. Dan dah lama juga saya cuba cari awak tapi tak berhasil. Baru sekarang saya dapat jumpa awak. Tak boleh ker awak bagi peluang kepada saya nak tebus segala kesalahan saya supaya saya dapat hidup dengan aman?”nada suara Haji Din sudah tak tertahan. Dia amat berharap Che Nah akan memberikan sesuatu yang berguna tentang anak-anaknya itu.

“Saya..saya..tak rasa macam tu.”