Cik yam Terima kasih.
Betul.
Sumpah.
Tak perasan langsung yang umur belog ni dah setahun.
Yea..

Selamat hari lahir sayang.
Terima kasih wujud dalam hidup ni.Banyak sangat jasa bendalah maya yang satu ni.
Sampai membuatkan qyqa sayang sangat-sangat kat belog ni.
Bermula dari beloglah qyqa yakin nak menulis dan bagi orang baca.
Kalau ikut sejarah,qyqa memang suka menulis dari sekolah rendah lagi sebab BFF qyqa pon kuat menulis.
Kami suka jer karang cerita.
Qyqa ingat lagi,qyqa bawa buku cerpen pergi sekolah rakyat.
Tajuk cerpen tu "FARHANA"
Entah apalah pandai sangat aku ni,boleh pula elok jer tinggal buku tu atas meja belajar pasal nak main kejar-kejar kat luar.
Dah tahu budak laki kelas tu baik gila..
Elok qyqa masuk kelas,pakat ramai-ramai nyanyi lagu FARHANA.
Ingat tak lagi lagu FARHANA?Ala yang kumpulan Jimbara nyanyi tuh!
Ha..lagu tu lah.
Qyqa pelik..
Dan dan tengok muka semua mamat-mamat tu macam kambing dapat rumput.Sengeh memanjang.
CERPEN AKU!!!!!!!!!!!!!!
Serius,qyqa tak suka orang baca karya qyqa.
Qyqa bukan orang yang terlalu kuat nak terima kritikan.
Tetapi bila ada belog ni,rasa kuat pula bila orang komen sebab dah boleh nak arahkan otak ni cakap kritikan tu bawa pembaikan loji..eh..bakat.
Mungkin sebab tak berdepan kot bila dikritik.
And rasa dihargai bila di kritik.
Melalui belogku ni juga qyqa kenal ramai orang.
Seronok sebenarnya baca tulisan-tulisan orang.
Baca pahit payau orang.
Juga nak disertakan di sini bahawa tarikh lahir belog ini sama dengan hari kelahiran rakan sekelas qyqa.
HAMIZAN HARIRI.
SELAMAT HARI LAHIR.
aku tahu hang tak baca pon belog ni tu aku berani nak ucap kat sini.wakakaka..
tak ucap pon kat dia dalam kelas tadi.
Malas sebab tahu dia blur dan tak bagi reaksi selain senyuman.
Sebab tarikh lahir dia sama dengan belog ini maka qyqa mencemar duli tulis disini.
ok.
aksi bajet macho dari 5 kumbang 5as.dari kiri:FITRI,MALIM,HAZIM,KHALID DAN HAMIZAN.
oh ya,yang baju biru itu ustaz kami.
gambar dicuri dari facebook fitri=)
Lagi sekali..sayang blog!!!!
ya,frasa sayang diatas hanya untuk belog saya.
Harap maklum.=)